Isnin, 31 Mei 2010

Masjid dan surau solat hajat dan doa nazilah



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyeru masjid dan surau di seluruh negara mengadakan solat hajat dan bacaan qunut nazilah mulai malam ini bagi memohon keselamatan semua anggota misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, solat hajat itu diharap dapat diadakan serentak di seluruh negara selepas solat Maghrib hari ini dan juga selepas solat Jumaat ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini hari ini sebagai reaksi terhadap keganasan tentera Israel ke atas kapal Mavi Marmara yang

terlibat dalam misi `Flotila Kebebasan' bagi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.
-

Senarai nama rakyat Malaysia yang berada dalam kapal Mavi Marmara

Berikut senarai nama nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza yang berada di kapal Mavi Marmara yang diserang dan ditawan tentera rejim Israel awal pagi semalam.

Maklumat adalah berdasarkan laman web Lifekine4Gaza.

* Noorazman Mohd Samsuddin, HaluanPalestin
* Dr Mohd Arbai'e Syawal, Haluanalestin
* Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan al-Haddad, HaluanPalestin
* Al-Hami Husain Suhaimi, HaluanPalestin
* Mohd Nizam Mohd Awang, HaluanPalestin
* Hasanuddin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
* Jamuliddin Elias, Yayasan Amal
* Dr Selamat Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
* Abdul Halim Mohd Redzuan, Muslim Care
* Mustafa Mansur, Mapim
* Ashwad Ismail, wartawan Astro
* Shamsul Kamal Latif, jurukamera Astro

Nasib mereka masih belum diketahui.

NOTA KAKI: Mari kita sama sama mendoakan agar mereka berserta semua anggota misi kemanusiaan itu di lindungi Allah daripada kekejaman rejim yahudi laknatullah itu.

Najib arah Wisma Putra selamat sukarelawan Malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah mengarahkan Kementerian Luar supaya menyelamatkan sukarelawan Malaysia yang berada di dalam kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang diserang Israel semalam.

Katanya, memandangkan tidak ada komunikasi dengan pihak yang terlibat, maka Malaysia akan berusaha mendapatkan bantuan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dan negara ketiga yang lain.

"Saya dah minta Wisma Putra berusaha menyelamatkan sukarelawan kita. Kita amat sukar mendapat maklumat...tidak ada komunikasi dengan pihak terlibat," katanya pada sidang akhbar pada hari Selasa.

Seramai 12 rakyat Malaysia, termasuk seorang wartawan dan seorang jurukamera Astro Awani, dilaporkan berada di atas kapal Turki iaitu Mavi Marmara yang diserang Israel.

Setakat ini, belum ada sebarang maklumat yang diterima berkaitan nasib kesemua rakyat Malaysia di dalam kapal yang diserang dan sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh.

Menurut laporan agensi berita asing, Israel telah menahan 480 aktivis pro-Palestin yang ditahan di dalam kapal itu dan akan mengusir 48 yang lain.

-- BERNAMA

Makiman SUP Datuk Hishammudin



Bekas Anggota Parlimen Hulu Langat Datuk Markiman Kobiran pada Isnin mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik yang baru kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Markiman, 53, mengangkat sumpah menyimpan rahsia di hadapan Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabat Perdana Menteri di sini dan disaksikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Beliau menggantikan Datuk Abdul Hamid Nazahar.

Markiman adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat dan bekas Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan.

Sekitar kekejaman Isreal terhadap misi kemanusiaan ke Gaza






PARTI POLITIK SATU SUARA TENTANG KEZALIMAN REJIM YAHUDI

Demi menentang keras kekejaman Isreal, pelbagai lapisan rakyat yang turut menganuti fahaman politik berbeza hari ini bersatu hati, berganding suara bagi melahirkan ketegasan mengutuk serangan tidak berkeperikamanusiaan rejim yahudi itu.

Pelbagai pertubuhan politik dan badan bukan kerajaan mula berkumpul di beberapa lokasi di ibu negara antaranyam, di kedutaan Amerika dan pejabat Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu bagi menyatakan pendirian keras itu.


Bagi parti politik pula, penentangan terhadap serangan itu, tidak berakhir di situ sahaja, malahan meraka juga dijangka akan menyerahkan usul kepada Parlimen agar mengadakan sidang khas ataupun sekurang-kurangnya usul khas mengecam tindakan zalim rejim Yahudi.


NGO Life Line for Gaza akan mengadakan perhimpunan awan dan menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) mendesak supaya kuasa besar itu bertindak terhadap rejim tersebut.

“Kami akan berkumpul di pekarangan Tabung Haji dan kemudian akan bergerak ke Kedutaan AS,” kata jurucakapnya Solehuddin Shuib.

Manakala Majlis Perundingan Melayu (MPM), juga dijangka akan turut sama mengadakan perhimpunan aman dan menyerahkan memoramdum bantahan.

Jurucakapnya, Datuk Ibrahim Ali menggesa rakyat pelbagai kaum agar turut sama-sama menyertai tindakan itu.

“Selain itu kami juga akan mengadakan solat hajat malam ini,” kata Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas dan Presiden Perkasa.

Dalam pada itu, maklumat twitter menunjukkan Pemuda Barisan Nasional (BN) akan menyerahkan memorandum kepada Pejabat Perwakilan PBB diJalan Dungun.

Mereka akan diketuai oleh Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin yang kemudiannya dijangka akan mengemukakan resolusi kepada Speaker Dewan Rakyat meminta isu itu dibahaskan di Parlimen Isnin depan.

Usul yang serupa dijangka akan dikemukakan oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian yang akan menghantar usul berkenaan kepada Speakar pagi ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd. Akin Pemuda Pakatan Rakyat akan menggerakkan Inisiatif Rakyat Malaysia tengah hari ini bagi mengadakan perhimpunan aman dan menyerahkan memorandum kepada Kedutaan AS.

“Usaha kami ini akan disertai oleh parti-parti politik Pakatan Rakyat dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan,” katanya.


KUALA LUMPUR KUTUK KEZALIMAN ISREAL

Sementara itu, semalam Kuala Lumpur mengutuk dan menggesa Majlis Keselamatan PBB memberi teguran keras terhadap rejim itu.

Laporan Bernama menyebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia akan mengusulkan perkara tersebut kepada peringkat tertinggi Majlis Keselamatan PBB supaya perkara ini dibincangkan dalam masa terdekat.

“Saya atas nama kerajaan dan rakyat Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh rejim Tel Aviv terhadap konvoi yang membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza,” katanya kepada wartawan selepas melancarkan Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia semalam.

Beliau juga berkata “seluruh dunia harus mengutuk dan mengecam tindakan rakus rejim itu.”

“Saya harap insiden ini akan membawa kepada satu tindakan yang boleh membawa kepada teguran keras terhadap Israel,” katanya.

Najib berkata serangan ini juga menunjukkan rejim Tel Aviv tidak menghormati langsung undang-undang antarabangsa dan menggunakan kuasa mereka sesuka hati tanpa sebarang pertimbangan sama ada tindakan mereka akan membawa kepada kehilangan nyawa orang-orang yang tidak berdosa.

Perdana Menteri berkata pada masa ini beliau juga sedang menunggu butir dan maklumat sahih mengenai nasib rakyat Malaysia yang turut serta dalam konvoi itu.

Salah sebuah daripada sembilan buah kapal kecil konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, yang dianjurkan oleh kumpulan pro-Palestin dan pertubuhan hak asasi manusia Turki iaitu Mavi Marmara telah diserang oleh tentera Israel semalam berdekatan Gaza.

Dua rakyat Malaysia, iaitu seorang wartawan dan seorang jurukamera dari Astro Awani, dilaporkan berada di atas kapal itu dan nasib mereka masih tidak diketahui.





12 RAKYAT MALAYSIA BERADA Di KAPAL MAVI MARMARA

Dua belas rakyat Malaysia disahkan berada di kapal Mavi Marmara - kapal utama flotila enam kapal yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang diserbu dan diserang oleh tentera rejim Israel.

Mereka termasuk dua wartawan sebuah televisyen berbayar di Malaysia.

Mereka adalah sebahagian daripada misi 11 anggota yang dinamakan Lifeline4Gaza, yang mengambil bahagian dalam 'Flotila Kebebasan' bagi membawa bantuan kemanusiaan ke Semenajung Gaza.

Adalah dipercayai Lifeline bukan badan kemanusian tunggal dari Malaysia yang terbabit, kerana ada beberapa kumpulan yang bergerak secara berasingan dengan kapal yang lain.

Jurucakap Lifeline4Gaza, Dr Hafidzi Mohd Noor berkata sembilan daripada mereka adalah sukarelawan dari enam NGO dari Malaysia.

Mereka termasuk Haluan, Aqsa Syarif, Yayasan Amal, Muslim Care, Palestine Centre of Excellence (Pace) dan Jemaah Islamiah Malaysia (JIM).

Dr Hafidzi berkata dia gagal menghubungi kumpulannya itu apabila serangan bermula dan mereka belum dapat mengenal-pasti identiti ke-12 rakyat Malaysia berkenaan.

Sementara itu, menurut ADUN Meri, Dr Abd Rani Osman ang kini di Instanbul juga mengesahkan penahanan rakyat Malaysia itu.

Dr Abd Rani melalui SMS kepada Malaysiakini juga memberitahu bahawa sekurang-kurangnya 16 aktivis pro-Palestin dibunuh, manakala puluhan lagi cedera dalam serangan itu.

Kapal Mavi Marmara yang dimiliki Turki itu kini dilaporkan dibawa ke Haifa, manakala semua penumpangnya akan dipenjarakan.

Dua wartawan Astro Awani itu dikenalpasti sebagai Ashwad Ismail dan jurugambar dan Samsul Kamal Abdul Latip. Usaha Malaysiakini menghubungi Ashwad setakat ini tidak berhasil.

Manakala dalam laman Twitter-nya, Ashwad hanya mengemaskinikan statusnya kira-kira 14 jam lalu.


LIGA ARAB PANGGIL MESYUARAT TERGEMPAR

Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa, memanggil mesyuarat tergempar bagi membincangkan tindakan perkumpulan 22 negara Arab terhadap apa yang disifatkan "tindakan keganasan" Israel terhadap kapal misi bantuan antarabangsa ke Gaza.

"Setiausaha Agung Liga Arab sudah memanggil mesyuarat tergempar peringkat wakil bagi membincangkan jenayah kejam tentera Israel terhadap orang awam tidak bersenjata yang menyebabkan ramai terbunuh dan cedera.

"Liga Arab mengutuk tindakan keganasan itu," menurut kenyataan pertubuhan itu yang dipetik oleh Reuters.

Sementara itu, AFP pula melaporkan Hamas hari ini menyeru rakyat Arab dan umat Islam supaya 'berhimpun' di kedutaan-kedutaan Israel di seluruh dunia bagi membantah serangan maut rejim itu terhadap kapal-kapal yang membawa bekalan bantuan ke Semenanjung Gaza.

“Ka
mi menyeru semua rakyat Arab dan umat Islam supaya berkumpul di kedutaan-kedutaan rejim Zionis itu di seluruh dunia,” kata jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri sambil menggunakan perkataan Arab 'intifada'.

Perdana Menteri Hamas Ismail Haniya di Gaza mengecam 'serangan' berkenaan dan turut meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melindungi aktivis yang mengikuti misi penghantaran bekalan bantuan itu.


"Mavi Marmara on alert. Semua berada pada tahap tertinggi. Dua pesawat pemantau Drone dipercayai milik Israel kelihatan


MPM MAHU SIDANG KHAS PARLIMEN

Majlis Perundingan Melayu (MPM) menggesa kerajaan memanggil sidang khas Parlimen bagi membincangkan tindakan ketenteraan terbaru Israel hari ini, yang menyerang konvoi misi kemanusiaan menyebabkan hampir 16 orang terbunuh.

Ibrahim mahu isu serangan Israel sebagai usul pertama untuk dibincangkan di Parliamen.
Dalam pada itu, DAP pula menggesa persidangan khas melibatkan pelbagai pihak diadakan dengan segera bagi membincangkan tindakan Israel yang disifatkan sebagai zalim.

Mengulas lanjut pendirian mereka, Datuk Ibrahim Ali berkata, sekiranya tidak dapat mengadakan sidang khas, MPM mahu sidang Parlimen yang bermula Isnin ini menjadikan isu serangan Israel hari ini sebagai usul pertama untuk dibincangkan.

Permintaan itu juga dikemukakan oleh PAS hari ini.

“Saya sebagai Ahli Parlimen Bebas boleh membawa usul ini, tetapi biar kerajaan yang membawa usul ini, dan saya mahu ia dijadikan sebagai usul pertama sidang Parlimen kali ini,” kata Ibrahim selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar MPM di sini hari ini.

Sudah sampai masa untuk samy pergi- Tun M




"Samy sudah sampai masanya untuk pergi," kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan menambah "dalam kepimpinan saya, hampir setiap orang telah bersara, termasuk diri saya".

"(Yang) tinggal (hanya) dia (Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu) seorang sahaja," katanya kepada pemberita selepas menonton teater "Mulan & Mushu" karya Robert D San Sousi yang diolah semula oleh Sheery Mariam dan diarah oleh Ow Yeong Soon Ling pada festival Akademi Seni Budaya Dan warisan Kebangsaan (Aswara) di sini malam Isnin.

Dr Mahathir berkata sudah tiba masanya Samy Vellu melepaskan jawatan yang dipegangnya lebih tiga dekad itu bagi memberikan peluang kepada calon lain.

Beliau berkata Samy Vellu telah mencatat rekod bersejarah dengan memegang jawatan presiden sebuah parti politik di negara ini yang paling lama.

"Bila dia pegang jawatan terlalu lama, sudah tentu orang tidak mahu dia," katanya.

Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita mengenai krisis MIC sekarang terutama mengenai langkah terbaru Samy Vellu memecat setiausaha agung parti S. Murgussan semalam.

-- BERNAMA

Jumaat, 28 Mei 2010

S Vell Paari mohon maaf



Anggota Jawatankuasa Pusat MIC (CWC), S. Vell Paari hari ini memohon maaf atas dakwaan beliau bahawa UMNO mengupah 'pembunuhan politik' dan di belakang Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) untuk menyingkirkan Datuk Seri S. Samy Vellu sebagai presiden parti itu.

Vell Paari berkata, adalah jelas bahawa UMNO tidak terbabit dalam mana-mana cara dengan pergerakan GAS memandangkan perkembangan yang berlaku, baru-baru ini.

"Dan ramai pemimpin UMNO telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak menggalakkan atau bekerja dengan V. Mugilan (bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC) dalam sebarang cara pun.

"Dengan itu, saya ingin memohon maaf kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan UMNO mengenai kenyataan awal saya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan ringkas itu, Vell Paari menyifatkan kenyataan kontroversinya yang diutarakan kerana beliau merasakan adalah tugas beliau untuk membela ayahnya, Samy Vellu.

"Malahan, saya juga bertindak kerana Mugilan dan bekas anggota CWC, G. Kumar Aamaan telah mengulangi secara terbuka mengaitkan nama UMNO ke dalam kenyataan dan tindakan mereka baru-baru ini," kata beliau.

Vell Paari telah mendakwa bahawa UMNO menggunakan 'pembunuhan politik' untuk mengasingkan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dalam temu bual dengan laman web Free Malaysia Today pada Isnin lepas.

"Saya juga telah menjelaskan kedudukan saya kepada Perdana Menteri awal hari ini.

"Maju ke hadapan, saya harap kita boleh melupakan ini semua dan bekerjasama seperti yang kita sering ada dalam keluarga Barisan Nasional," kata beliau.

Rabu, 26 Mei 2010

10,000 Orang Dijangka Hadir Perhimpunan Anti-Samy




Seramai 10,000 orang dijangka menghadiri pelancaran Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Ahad ini, melebihi jangkaan awal 7,000 orang, dakwa bekas timbalan ketua Pemuda MIC V Mugilan.

"Pada hari itu, saya kata 7,000 orang tetapi sekarang angka itu telah meningkat kepada 10,000 orang kerana kami sedang mendapatkan sokongan daripada pelbagai pihak," Mugilan berkata pada sidang akhbar di sebuah restoran India di sini Rabu.

Mereka yang dijangka datang termasuk anggota MIC, pemegang saham Maika dan kaum India yang bukan anggota MIC.

Mugilan juga berkata beliau sendiri yang telah menempah Dewan Merdeka di PWTC untuk perhimpunan pada Isnin lepas dan bukan Umno seperti yang didakwa oleh ketua Pemuda MIC T Mohan semalam.

Oleh kerana dewan tersebut boleh menempatkan kira-kira 5,000 orang, beberapa layar besar akan dipasang di luar dewan untuk yang lain mengikuti perhimpunan itu.

Mugilan, yang dipecat oleh presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu Khamis lepas, mendesak presiden MIC itu berundur Julai ini.

"Pada mulanya, saya mendesak beliau untuk berundur akhir tahun ini tapi sekarang saya telah menukar strategi dan membuat keputusan untuk mendesak beliau berundur pada bulan Julai ini," kata Mugilan.

Katanya, keputusan terbaru itu diambil selepas mendapati sokongan untuk mendesak Samy Vellu adalah "terlalu kuat dan sentimen anti-Samy Vellu ini bagus".

Mugilan berkata beliau akan mengumumkan satu pelan pada pelancaran itu untuk mendesak Samy Vellu berundur lebih awal.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah bekas anggota jawatankuasa kerja pusat K.P.Samy dan G.Kumar Aamaan yang juga dipecat Samy Vellu pada Isnin lepas.

Ditanya jika perhimpunan itu gagal mendesak Samy Vellu membut demikian, Mugilan berkata: "Kami akan memberitahu media bahawa Samy Vellu adalah pemimpin terbaik. Kami akan duduk diam dan menyerah."

Mugilan juga menunjukkan resit penempahan Dewan Merdeka dengan bayaran awal RM5,000 bertarikh 24 Mei.

"Resit penempahan dewan itu atas nama saya, kita telah membuat bayaran awal RM5,000 pada 24 Mei. Saya telah berjumpa dengan orang PWTC pada hari Isnin dan telah menempah sebagai orang biasa," katanya sambil menafikan tuduhan Mohan.

Katanya, resit tersebut telah diserahkan di Balai Polis Dang Wangi bagi memohon permit dari polis untuk mengadakan perhimpunan ituyang belum diterima lagi.BERNAMA

Berdosakah Saya Sebagai Siam Malaysia?"


Berdosakah Saya Sebagai Siam Malaysia?"


BERJAYA DALAM DUKA... (Dari kiri) Syalit Keowmani Eh Sau, Phisnukh Uttraphan Pim, Elicesa Lalitta Ea Chuan, Maleewan Perashot, Sukeht Thavil dan Vicsofee Sukahut Som mendengar penerangan daripada Boon Som Inong (kanan) mengenai kegagalan mereka meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi walaupun mendapat keputusan cemerlang dalam SPM di Wat Siam Telok Wan Jah, Alor Setar, baru-baru ini.



Bekas almarhum Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman ialah seorang berketurunan Siam.

Masyarakat Siam di Malaysia dianggarkan kira-kira 60,000 orang. Kehidupan mereka tertumpu di beberapa negeri utara, iaitu negeri-negeri yang bersempadan dengan Thailand - tanah asal mereka.

Kira-kira 2,000 (bancian 2008) berada di Perak, 6,000 (2008) di Perlis, 30,000 (2007) berada di Kedah dan 13,000 (2008) berada di Kelantan. Menurut ensiklopedia Wikipedia, secara politiknya masyarakat Siam Malaysia dikenali dengan status bumiputera, iaitu status yang sama dengan Melayu, Kadazan-Dusun, Iban dan masyarakat Portugis Melaka.

Mereka juga adalah ahli UMNO dan boleh membuat simpanan dalam saham amanah, ASB dan ASN.

Menurut ensiklopedia itu lagi, kebanyakan masyarakat itu mengamalkan cara hidup Melayu. Ini dibuktikan dalam masyarakat Siam Kelantan. Tiada siapa yang boleh meneka Melayu atau Siam jika mereka bercakap Melayu.

Kitaran masyarakat mereka sedang berkembang, dari segi intelektual dan taraf hidup. Mereka ini dikenali sebagai kumpulan yang amat menyokong kerajaan BN dan penyokong kuat UMNO. Mereka boleh menjadi penentu pada sesuatu pilihan raya dalam kawasan yang kosentrasi besar masyarakat itu.

Namun apa yang saya temui mengenai masyarakat ini baru-baru ini amat mengejutkan. Apakah mereka ini tercicir? Apakah mereka ini tidak dipedulikan? Apakah anak-anak mereka yang cerdik dan pandai disisihkan?

Persoalan ini bermain di fikiran saya. Boon Som a/l Inong, rakan saya yang juga bekas wartawan agensi berita asing dan bekas setiausaha akhbar dua Menteri Besar Kedah dan menteri Kabinet, seorang aktivis masyarakat Siam, membawa saya menyelami masyarakat beliau itu.

Sayu saya melihat wajah-wajah anak- anak Siam yang cerdik pandai ini tercicir. Mereka ini adalah aset dan modal insan yang berharga bagi masyarakat itu, khasnya dan negara amnya.

Kanak-kanak ini yang amat bangga menjadi sebahagian rakyat Malaysia, belajar dalam sistem pendidikan negara. Di mana mereka ini sekarang selepas peperiksaan SPM baru-baru ini? Di masa kanak-kanak sebaya mereka bergembira dapat menjejaki ke pusat pengajian tinggi atau ke pusat- pusat matrikulasi, ke mana kanak-kanak Siam ini berada?

Sila lihat senario ini. Ia berlaku dalam negara kita ini dan dalam masyakat kita ini.

1. Vicsofee Sukahut a/p Som 921216-02-5300, SPM 2009 ( 8A 1B), SMK Bandar Baru Darul Aman - tercicir.

2. Sukeht a/p Thavil 920831- 02-5412, SPM 2009 (10A), MRSM Kubang Pasu - tercicir.

3. Maneewan a/p Perashot 920212- 02-5712, SPM 2009 (9A1B), Sekolah Menengah Sains Mohd. Jiwa, Sungai Petani - tercicir.

4. Elicesa Lalitta a/p Ea Chuan 921005-03-5146, SPM2009 (6A2B3C) SMK Tumpat, Kelantan - tercicir.

5. Syalit Keowmani a/l Eh Sau 920210-02-5727, SPM2009 (7a, 2b) SM Sains Pokok Sena, Kedah - tercicir.

Turut tercicir dan gagal mendapat sebarang tempat ialah:

Phisnukh Uttraphan a/l Pim, 900904-03-5146 memperoleh keputusan 11A SPM 2007, antara pelajar paling cemerlang Maktab Sultan Ismail Kota Bharu.

Menurut bapa Phisnukh, Pim, 57, yang juga Timbalan Presiden Persatuan Siam Kelantan, kegagalan itu telah menyebabkan anaknya hilang semangat untuk belajar. Beliau terpaksa pindahkan anaknya ke sekolah lain ke Tingkatan 6, kerana Phisnukh malu untuk menghadapi rakan sekolahnya.

Pim dari Kampung Terbak Kelantan berkata, pada pemerhatian beliau tiada seorang pun masyarakat Siam Malaysia yang mendapat keputusan cemerlang Peperiksaan SPM 2009 berjaya ke pusat-pusat matrikulasi atau ke IPTA.

''Kami masyarakat keturunan Siam, yang rata-rata ahli UMNO dan layak melabur dalam ASB dan dianggap bumiputera memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan persepsi negatif tentang dasar meritrokrasi dan 1Malaysia.

''Ini kerana pelajar dan ibu bapa masyarakat Siam mengetahui bahawa rakan pelajar bumiputera setingkatan dengan mereka yang mendapat keputusan kurang daripada 5A mendapat pelbagai tawaran sama ada ke program matrikulasi, IPTA atau program Asasi Sains.

''Sebagai kaum yang memiliki taraf ekonomi dan taraf pendidikan yang masih rendah (rata-rata terdiri daripada petani dan penoreh getah) saya memohon pihak kerajaan mempertimbangkan atau memberi kelonggaran bagi pelajar keturunan Siam untuk melanjutkan pelajaran mereka dalam institusi kerajaan.

Dengar suara Perashot a/l Pom, 54, pula. ''Saya amat kecewa kerana anak saya Maleewan mendapat kelulusan 9A gagal ke kursus matrikulasi dan IPTA.

''Saya tidak mampu lagi menghantar anak saya ke IPTS memandangkan pendapatan saya agak rendah dan menanggung seorang lagi kakaknya yang masih belajar di tahun kedua IPTS," kata juruteknik dari Air Hitam, Kedah ini.

Walaupun anaknya gagal. Perashot masih menaruh harapan. ''Pihak berwajib tolong semak sama ada mereka terlepas pandang. Harap masalah anak saya mendapat perhatian Kementerian Pelajaran Malaysia untuk masa depan adik-adiknya kemudian.

''Anak saya belajar bersungguh- sungguh harap kerajaan tidak mensia-siakan harapannya dan cita-cita untuk menjadi seorang doktor," katanya.

Dengar pula suara Vicsofee Sukahut a/p Som, 18, dari Kampung Huma, Jalan Wang Tepus, Jitra, Kedah. Beliau mendapat 8A1B.

''Saya tidak tahu apa yang perlu saya sebutkan lagi, semuanya gagal, terserah kepada Kementerian Pelajaran Malaysia mempertimbangkan permohonan saya.

''Bukan irihati dan berhasrat dengki kepada sesiapa tetapi rakan saya yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang daripada saya hampir semuanya mendapat tempat di matrikulasi dan IPTA.

''Kadang-kadang saya tertanya apakah dosa saya dilahirkan sebagai rakyat berketurunan Siam di Malaysia. Kami sentiasa mendokong dasar kerajaan, penyokong setia kerajaan BN tetapi dalam pendidikan kami dipinggirkan malah boleh dianggap dianaktirikan.

''Saya berharap kerajaan mengambil tindakan segera bagi membetulkan keadaan dan menggubalkan kembali dasar pengambilan masyarakat Siam di matrikulasi dan IPTA. Kecemerlangan sepatutnya dihadiahkan imbuhan bukannya kekecewaan," kata bekas pelajar SMK Bandar Baru Darul Aman, Jitra ini.

Saya tergamam mendengar kata- kata gadis manis Vicsofee ini.

Saya juga tiada daya untuk membantunya dan rakan-rakan senasibnya yang cemerlang itu.

Kita serahkan kepada kebijaksanaan kerajaan - Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia dan IPTA yang bersimpati untuk menyelamatkan potensi kanak-kanak itu. - Utusan Malaysia

Selasa, 25 Mei 2010

UMNO tidak campur urusan parti komponen


MNO tidak pernah mencampuri urusan parti-parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) walaupun ketika mereka sedang bergelut dengan masalah dalaman masing-masing.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan, UMNO tidak pernah berniat untuk berbuat demikian apatah lagi memecahbelahkan parti-parti komponen kerana ia akan memberi kesan terhadap kekuatan BN sendiri.

Beliau yang berasa amat kesal apabila UMNO dituduh menggunakan ‘pembunuhan politik’ (political assassin) untuk memecahbelahkan MIC mahu tuduhan itu disertakan dengan bukti jika ia benar-benar berlaku.

“Saya kesal dan kecewa kerana adanya tuduhan seperti ini. Ia tidak sepatutnya berlaku dan tidak seharusnya UMNO dipersalahkan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan bangunan tambahan baru Institut Kemajuan Desa (Infra) di sini, hari ini.

Mohd Shafie diminta mengulas tuduhan S. Vell Paari iaitu anak Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu bahawa UMNO menggunakan ‘pembunuhan politik’ untuk memecahbelahkan parti komponen BN itu dalam wawancara dengan laman web Free Malaysia Today semalam.

Vell Paari yang merujuk kepada desas-desus mengenai kewujudan Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) mendapat restu daripada pemimpin tertinggi UMNO turut menyelar parti orang Melayu itu kerana memulakan satu tindakan berbahaya.

Bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan menubuhkan GAS yang akan dilancarkan pada 30 Mei ini selepas dipecat daripada parti itu berikutan desakannya supaya Samy Vellu segera berundur.

Mohd. Shafie berkata, kepimpinan UMNO tidak pernah berbincang atau bercakap mengenai sebarang usaha untuk masuk campur dalam masalah MIC.

“Apa yang kita ingin lihat ialah parti komponen BN diperkuatkan. Saya tidak tahu sehingga tahap ini kita dipersalahkan. Parti komponen lain juga ada masalah tetapi ini tidak berlaku,” katanya.

Beliau berkata, MCA yang mengalami kemelut dalaman tidak menyalahkan UMNO atas perkara yang berlaku sebaliknya berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik.

Lagi isu biadap keluarga Samy...


PEMUDA MIC UGUT KAJI SEMULA KEDUDUKAN DALAM BN

Jika kelmarin anak Samy Vellu, Vell Paari buat hal dengan menuduh UMNO terlibat hendak menjatuhkan bapanya, semalam Ketua Pemuda MIC, T. Mohan pula, yang baru setahun jagung dalam politik berkata, MIC tidak akan teragak-agak mengkaji semula kedudukannya dalam Barisan Nasional (BN) jika dakwaan itu benar.

Memang kurang ajar betul si Mohan ni. Siapa dia nak ugut UMNO dan siapa dia nak ugut BN?

Apa yang dia tahu tentang sejarah perjuangan UMNO dan BN, bahkan apa yang dia tahu tentang sejarah perjuangan MIC sehingga sesuka hati nak mengeluarkan kenyataan BUSUK seperti itu?

Apa masalah Mohan sehingga nak paksa UMNO menjelaskan tujuan penyewaan sebuah dewan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada hari pelancaran gerakan menyingkirkan Samy Vellu itu?
Suka hatilah siapa nak sewa dewan itu yang dia nak sakit hati sangat kenapa?

Selama ini pun dah beribu kali orang menyewa dewan di PWTC tapi kenapa pula kali ini dia beriya-iya sangat nak tahu siapa yang hendak berbuat demikian?

Dia CEO PWTC ka? Dia ada share dalam PWTC ka? PWTC tu harta dia ka?

Mohan berkata demikian bila mengulas kenyataan bekas timbalannya, V. Mugilan yang dilaporkan akan membawa 7,000 ahli GAS pada majlis perhimpunan dan pelancaran pertubuhan itu di PWTC Ahad ini.

Selain Mugilan, dua ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, G. Kumar Aamaan dan KP Samy turut dipecat daripada parti itu semalam kerana turut mendesak Samy Vellu berundur.

Berikutan desakan-desakan berkenaan, anak Samy Vellu, S. Vell Paari yang juga ahli CWC MIC dalam wawancara dengan laman web Free Malaysia Today semalam mendakwa UMNO kini melakukan ‘pembunuhan politik’ terhadap ayahnya dengan turut terlibat dalam penubuhan GAS.

Dalam perkembangan sama, Mohan turut meminta polis supaya tidak mengeluarkan permit bagi membenarkan perhimpunan dan pelancaran GAS.

Katanya, perhimpunan pertubuhan tidak berdaftar itu berupaya memberi implikasi keselamatan kepada orang awam di sekeliling kawasan tersebut.

‘‘Jika mereka kata ada 7,000 ahli serta bekas ahli parti mendesak Datuk Seri (Samy) meletakkan jawatan, saya akan bawa 14,000 ahli Pemuda MIC yang menyokong beliau

(Samy Vellu) tetapi mampukah polis jamin soal keselamatan di sekeliling?
‘‘Lagipun polis pernah membatalkan perhimpunan Hindraf pada 2008 lalu yang memperjuangkan nasib komuniti India sedangkan GAS hanya bercakap mengenai seorang individu (Samy Vellu) jadi saya harap tidak ada double standard dalam hal ini,” katanya.

Sekali lagi Unta Belang nak tanya, siapa dia nak minta polis tidak keluarkan permit untuk perhimpunan itu?

Dia SB kah? Dia OCPD ka? Dia Ketua Polis Negara ka?

Mengenai dakwaan dia boleh bawa 14,000 ahli Pemuda MIC untuk menyokong Samy Vellu, Unta Belang nak tanya sikit, kenapa baru sekarang nak bawa 14,000 ahli itu, masa pilihan raya kecil Hulu Selangor, kenapa tak bawa?

Kenapa masa di Hulu Selangor tempoh hari, UMNO saja yang bersungguh-sungguh, masa tu kenapa tak kerahkan 14,000 ahli yang dikatakannya itu untuk sama-sama membantu jentera BN memenangi kerusi tersebut?

Nampaknya selaku Ketua Pemuda BN, Khairy kenalah ajak si Mohan ni masuk Askar Wataniah.

Dah tak terkawal rasanya disiplin si Mohan ni. Nanti lagi dibiarkan, dia pun sama merapu macam Vell Paari juga

Sekurang-kurangnya bila dia masuk Askar Wataniah, dia boleh faham bagaimana pentingnya kita menjaga disiplin dalam setiap perbuatan kita , tingkah laku kita serta lidah kita.

Kalau tak nak masuk Askar Wataniah pun takpa, Pandu Puteri boleh buka keahlian untuk T. Mohan.

Lagipun setakat berani keluar kenyataan di surat khabar saja tak cukup untuk jadi Ketua Pemuda, apatah lagi jika mempunyai akal yang pendek lagi dangkal seperti abang Mohan kita tu

Ingat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak cakap buruk padahnya!- Malaysia Instinct.

UMNO DI BELASAH TERUK

UMNO di belasah teruk oleh kawan sendiri. Mudahnya politik hari ini. Bila sudah kalah, salahkan orang lain. Bila sudah di benci ahli, salahkan parti lain. Sendiri tengok cermin lah.
Kali ini Semi Value, menjadi manusia yang kacang lupakan kulit. Pepatah-pepatih moden ada sebut, " rumah kata pergi, kubur kata mari". Apa lagi tunggu ? Dah tua berjangut tapi masih tak sedar diri.
Antara punca kekalahan BN dalam PRU 12 lalu adalah sebab Semi Value. Itu sebabnya berderet-deret calon BN-MIC bungkus. Di Sungai Siput bungkus, di Tapah bungkus, di Kapar bungkus, di Kota Raja bungkus.
Apa lagi yang Semi Value mahu tunggu ?? Apa lagi yang Semi mahu negotiate ?? Tak cukupkah ratusan juta yang diangkut dan dirampas dari kaum India, kaumnya sendiri. Cukup lah Semi, orang India menderita dan tidak maju kerana kamu. Kerana kerakusan kamu.
Usia MIC sudah 64 tahun. Semi value jadi raja dalam Mic sudah 31 tahun. Dalam tempoh dia memerintah orang India sangat berpecah-pecah kerana ketamakan dan kemabukan dia berkuasa. Dalam tempoh itu juga Mic menjadi parti yang syok sendiri.
PPP, IPF, MIUP, Parti Makkal Sakthi menjadi pesaing utama Mic sekarang. Manakala dalam Dap dan Pkr sudah ada berpuluh orang India yang menjadi wakil rakyat. Saingan Mic sangat pesat dan sangat kritikal untuk mewakili kaum India.
31 tahun menjadi Presiden parti adalah jangka masa yang sangat lama. Itu satu bukti bagaimana Semi menjadi manusia yang tidak demokratik dalam kepimpinan. Pengukuhan kepimpinan melalui kronisme samada melalui hubungan keluarga atau bekas pegawai menjadi antara punca penolakan masyarakat India kepada Mic.
Dalam hal pendemokrasian kepimpinan ini Mic kena belajar dari MCA yang menghadkan presiden hanya memegang tampuk kuasa selama 2 penggal berturut-turut. Tidak ada cara lain untuk parti di Malaysia menambat hati rakyat kecuali membuktikan mereka mahu berubah kepada kepimpinan yang benar-benar demokratik, transparent dan lebih terbuka.
Publisiti murahan anak Semi yang cuba hendak mengangkat dirinya sebagai bakal Presiden Mic juga tidak membantu meredakan kebencian rakyat kepada Semi Value. Vell Paari ada kepentingan. Dia cakap sebab dia anak Presiden. Dia biadap. Dia kena tanya guru BM dia, apa makna biadap.
Harapan Mic adalah kepada kepimpinan muda seperti YB Kamalanathan. Paari kena belajar menyusur akar seperti YB Kamal. Menembak, membelasah dan memukul UMNO bukan lah cara baik membuka dan memulakan langkah politik dinegara ini. Paari buta sejarah. Paari kena belajar sejarah. Paari jadi boneka bapanya yang sangat desperado sekarang. Sumber Warisan 2057,blogspot.



MUGILAN NAFI CAM PUR TANGAN UMNO

Bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC V Mugilan menafikan Umno adalah "pemandu utama" Gerakan Anti Samy (GAS) yang akan dilancarkan pada 30 Mei ini.

Mugilan berkata gerakan itu merupakan ilhamnya sendiri tanpa campurtangan mana-mana pihak dan beliau tidak memerlukan fikiran pihak ketiga kerana mampu berfikir secara rasional demi kepentingan parti.

"Menuding jari kepada pihak ketiga membuktikan bahawa Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu dan anaknya S Vell Paari yang baru dilantik mengikut jalan belakang (sebagai anggota Jawatankuasa Pusat MIC) mula bimbang dengan sokongan yang saya terima," katanya dalam laman blog GAS di Kuala Lumpur.

Mugilan berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Vell Paari bahawa Umno terlibat dalam perhimpunan GAS Ahad ini.

Mugilan mendakwa bagi mengalih perhatian dan sokongan anggota MIC terhadapnya, Vell Paari cuba menyalahkan pihak ketiga iaitu Umno sebagai punca masalah dalaman MIC.

"Saya hendak nasihatkan beliau, jangan salahkan pentas kalau tidak tahu menari, akur dengan kelemahan diri dan insaf. Parti MIC lebih penting daripada kepentingan diri," katanya.

Mugilan berkata MIC pernah menjadi sebuah parti yang kukuh dan kuat dalam mempertahankan kepentingan masyarakat India tetapi kini ia hanya tinggal sejarah.

"MIC menjadi lemah kerana kepimpinannya yang hanya mementingkan diri dan lemah dari segi strategi politik. Kegagalan Samy Vellu memainkan kuasa politik sebagai 'mengawasi dan menegur' dalam BN adalah punca utama kenapa masyarakat India menjauhi BN," dakwanya.

Beliau berkata masyarakat India kini sudah matang dan mainan silap mata oleh Vell Paari tidak lebih dari satu lawak jenaka.

"Satu-satunya ubat yang paling berkesan untuk memulihkan MIC sekarang adalah pengunduran Samy Vellu dengan segera supaya Timbalan Presiden boleh mengambil alih kepimpinan parti dan merangka strategi politik yang betul dan berkesan," katanya.

- Bernama

S Vell Paari jangan kurang ajar- Syed Ali



Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mengingatkan anak Presiden MIC, S Vell Paari supaya jangan kurang ajar menuduh UMNO mengamalkan ‘pembunuhan politik’ untuk memecahbelahkan komponen Barisan Nasional (BN).

“UMNO tidak bermasalah dengan rakan-rakan komponen BN yang lain, kecuali MIC sentiasa bergolak kerana ahlinya meluat dengan kepimpinan diktator presiden parti itu,” tegas Ketua Bahagian UMNO Cheras itu.

Beliau berkata, Datuk Seri S. Samy Vellu bukan terlalu penting kepada politik Malaysia malah kerjaya politik beliau selama ini pun banyak bergantung kepada ehsan orang Melayu dan UMNO.

Sehubungan itu, Syed Ali menegaskan, tuduhan tersebut selain tidak berasas, malah dilihat amat melampau dan ianya menyakitkan hati ahli-ahli UMNO.

“Jangan terlalu biadap kerana masyarakat India di negara ini berada dalam keadaan selesa termasuk keluarga Samy Vellu hasil pertolongan UMNO,” tegasnya.

Katanya, tanpa UMNO yang mendominasikan kerajaan BN, masyarakat India termasuk Vell Paari belum tentu lagi menikmati kesenangan dan kemewahan hidup seperti hari ini.
Beliau memberitahu, kerana permuafakatan BN dan atas belas kasihan UMNO, Samy Vellu diberikan bertanding di kawasan majoriti pengundi Melayu dan diberikan jawatan menteri.
Oleh itu katanya, tuduhan tersebut juga secara tidak langsung telah menghina reputasi Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO serta Pengerusi BN.

“Mulut Vell Paari terlalu celupar buat tuduhan karut, jangan salahkan UMNO apabila masyarakat India sudah bosan dan jelek dengan kepimpinan bapanya yang dilihat sebagai kuku besi,” uajrnya.
Serentak itu, beliau mahu Vell Paari menarik balik tuduhan tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh ahli-ahli UMNO.

Syed Ali mengulas kenyataan Vell Paari yang turut menuduh pemimpin tertinggi UMNO berada dibelakang kewujudan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) dan turut membayangkan tindak-tanduk dan polisi UMNO menyebabkan berlakunya pelbagai masalah dalam BN.

Dalam kenyataannya yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan hari ini, beliau juga dilaporkan berkata : “parti-parti komponen hanya penumpang di dalam bas yang dipandu oleh UMNO,”

Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menjelaskan, UMNO tidak ada masa untuk mencampuri urusan dalaman MIC yang bergolak sekian lama.

“Saya minta Vell Paari sedar diri bahawa politik di negara ini tidak diasaskan oleh kepentingan atau perbezaan kasta,” tegasnya.

Katanya lagi, lanskap politik di Malaysia tidak sama dengan apa yang berlaku di India sehingga ada di kalangan pengikutnya berlutut di kaki presiden parti.

Beliau berkata, anak Samy Vellu itu sengaja mengaitkan UMNO dengan kemelut MIC bagi menutup segala kepincangan sebenar.

“Vell Paari sepatutnya berasa malu kerana masyarakat India di negara ini,” tambahnya.

Krisis MIC, siapa yang kurang ajar?



Anak mana yang tak sayang bapanya, tetapi membela atau menyayangi bapa bukan bermakna kita boleh bertindak sesuka hati kita tanpa mengambil kira perasaan orang lain di sekeliling kita.

Itulah yang terjadi dengan S. Vell Paari yang merupakan anak Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu. Dek terlalu taksub untuk membela bapanya yang teruk dikritik akhir-akhir ini, Vell Paari telah menuduh UMNO menggunakan 'pembunuhan politik' (political assassin) untuk memecahbelahkan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

Kepala otak dia!!!!

Nak membela bapa dia satu hal la, siapa pun tak larang dan memang tanggung jawab seorang anak untuk membela nasib bapanya tetapi tindakannya menuduh kewujudan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) mendapat restu daripada pemimpin tertinggi UMNO, bagi Unta Belang satu tuduhan yang melampau.

Pada yang belum tahu, minggu lepas, bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan menubuhkan GAS yang akan dilancarkan pada 30 Mei ini selepas dipecat daripada parti berikutan desakannya supaya Samy Vellu segera berundur.Pelancaran GAS dijangka dihadiri kira-kira 7,000 orang yang mempunyai hasrat sama mendesak Presiden MIC itu segera meletak jawatan.

Lebih biadap lagi, Vell Pari yang juga Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC turut mempersoalkan adakah benar tindakan masyarakat Cina dan India tidak memilih BN dalam pilihan raya umum lalu disebabkan kepimpinan MIC dan MCA.

''Ia tiada kena-mengena dengan soal kepimpinan dua parti ini (MIC dan MCA). Ketidaksamarataan yang berlaku hari ini merupakan penyebab kepada perkara itu,'' katanya.

Dengan menggunakan metafora BN sebagai sebuah bas, Vell Paari berkata, parti-parti komponen hanya penumpang dalam bas yang dipandu oleh UMNO itu.

''Parti-parti komponen hanya penumpang. Bas itu dipandu oleh UMNO,'' katanya yang membayangkan tindak-tanduk dan polisi UMNO menjadi punca masalah berkenaan.

Beliau turut mendakwa antara sebab utama BN kehilangan undi kaum India pada pilihan raya umum lepas adalah berikutan tindakan meruntuh kuil, isu menarik kembali lesen pengedar besi buruk dan penahanan pemimpin Hindraf.

Menurutnya, semua perkara itu bukan dilakukan oleh bapanya, namun Presiden MIC tersebut dipersalahkan atas kehilangan sokongan kaum India untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar.

Beliau menyeru semua ahli MIC dan masyarakat India supaya 'membuka mata' mereka terhadap perkara berkenaan kerana jika dibiarkan pada masa hadapan pemimpin parti-parti komponen akan menjadi 'kad menu' UMNO yang akan menentukan siapa yang patut menjadi presiden, timbalan presiden dan sebagainya.

Wah ini sudah lebih. Bila kita berdiam diri dan bertolak-ansur, inilah jadinya. Senang-senang saja orang nak pijak kepala kita. Setahu Unta Belang, masa Dr. Mahathir dan Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri, takde pula anak-anak mereka menyalahkan MIC atau parti komponen lain dalam BN bila bapa mereka dihentam atau dikritik habis-habisan oleh pihak lawan.

Tapi Vell Paari ni nampaknya cuba nak main kasar dengan 'menembak' sesuka hati bila bapanya dikritik. Unta Belang harap Najib selaku Pengerusi BN melihat kembali setiap tuduhan dan butir perkataan yang keluar dari mulut Vell Paari ini.

Ingat, kita semua bukan tidak tahu latar belakang Vell Paari, cuma atas dasar dan semangat setiawakan BN, kita buat 'dunno' je walaupun kehadirannya dalam politik terutama dalam MIC lebih kepada liabiliti berbanding aset.
APA KOMEN SUK UMNO...

Sambil menafikan ia menaja dan menyokong Gerakan Anti Samy Vellu, komponen utama Barisan Nasional (BN) Umno mengingatkan MIC tidak sama sekali menyeret parti itu ke dalam kancah krisis kepimpinan yang dilalui sekarang.

“Jangan seret Umno dalam krisis MIC,” kata Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Rauf menegaskan, Umno tidak pernah terlibat dalam memihak mana-mana ahli atau pemimpin untuk mengeruhkan keadaan dengan menyatakan sokongan agar melakukan perkara menentang kepimpinan komponen BN.

“MCA pun pernah berhadapan dengan masalah, kami tawarkan sokongan untuk menyelesaikan atas semangat sebagai adik-beradik dalam keluarga, jadi Umno tidak mencampuri urusan dalaman (komponen BN),” kata beliau.

Sehubungan itu tambah beliau, apa yang diperkatakan oleh anak Presiden MIC, Vell Paari adalah satu tuduhan tidak berasas sama sekali.

“Tidak, tidak... ia satu tuduhan, kami sendiri ada banyak perkara untuk diselesaikan,” kata beliau dengan mempersoalkan tuduhan sedemikian.

“Umno tidak akan merentasi sempadan hubungan (dengan komponen BN)... itu tuduhan (Vell Paari), tidak benar,” katanya.

Vell Paari, yang dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) lebih seminggu lalu mendakwa Umno menggunakan pendekatan “pembunuhan politik” untuk mencetuskan huru-hara dalam MIC khususnya terhadap Samy Vellu.

Anak Samy Vellu itu menyatakan demikian mengulas program Gerakan Anti Samy Vellu yang digerakkan oleh bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan yang dipecat dari MIC minggu lalu.

Mugilan mengumumkan kelmarin bahawa kempen itu akan dimulakan Ahad ini.

Vellu Paari, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Maika Holdings, sayap pelaburan MIC, mendakwa Umno memperlihatkan teladan tidak sihat dengan bertindak di sebalik tirai menyokong seseorang apabila hubungan Umno dengan Samy Vellu semakin dingin.

Beliau yang juga penasihat Pemuda MIC pusat mendakwa Umno menggunakan ahli dan pemimpin MIC untuk membunuh kerjaya politik Samy Vellu yang memimpin parti itu sejak 1979.

“Apabila anda tidak gembira, anda menggunakan orang dalam parti untuk melakukan semua ini. Ia menjejaskan asas demokrai, semangat Barisan Nasional dan juga keputusan ahli untuk menentukan siapa yang harus menjadi ketua (mereka),” kata Vell Paari, satu-satunya anak lelaki Samy Vellu.

Kelmarin, Presiden Umno dan timbalannya menggesa MIC segera menyelesaikan krisis semasa supaya tidak melemahkan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

MIC melihat Umno dari sudut ‘serong’ sejak pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor bulan lalu.

MIC dan Samy Vellu secara peribadi telah memprotes langkah pucuk kepimpinan BN memilih calonnya sendiri iaitu Mugilan bertanding di Hulu Selangor.

Calon disyorkan oleh Samy Vellu iaitu timbalannya Datuk G. Palanivel tidak mendapat perkenan Umno dan komponen BN yang lain.

Sebagaimana secara calon keluar berkompromi BN bersetuju dengan nama baru MIC, P. Kamalanathan.

Ketika ditanya sama ada Umno dilihat menyokong Mugilan kerana berkaitan dengan perkembangan ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor itu, Rauf berkata, Umno menjalin hubungan baik dengan semua orang.

“Umno tidak baik dengan Mugilan sahaja... Umno baik dengan orang, semua parti komponen BN, kita bekerja sebagai satu pasukan,” katanya lagi.

Berhubung soalan sama ada Umno akan menghubungi MIC untuk menjelaskan, Rauf berkata, “tidak, tiada keperluan.”

“Saya pun tidak kisah dengan dakwaan tidak berasas (Vell Paari) itu,” katanya.

Sejak dua minggu lalu MIC berhadapan dengan krisis kepimpinan apabila Samy Vellu menggunakan kuasanya untuk memecat empat pemimpin iaitu Mugilan, V. Subramaniam, K.P. Samy dan G. Kumar Aamaan.

Samy dan Kumar dipecat semalam — tiga hari selepas meminta Samy Vellu berundur segera bukannya pada suku ketiga tahun depan.
SATU TUDUHAN BIADAP- Muhyiddin



Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh S.Vell Paari, anak Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, kononnya Umno menjadi punca kepada masalah dalam MIC, sebagai sesuatu yang biadap.

Timbalan Perdana Menteri menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan meminta Vell Paari supaya menghentikan tindakan tidak bertanggungjawabnya itu.

“Umno ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan oleh anak Samy Vellu itu. Ia adalah sesuatu yang biadap,” katanya ketika ditanya mengenai tuduhan yang dibuat oleh Vell Paari terhadap Umno. Vell Paari mendakwa Umno menggunakan pendekatan “pembunuhan politik” untuk memecahbelahkan MIC.

Muhyiddin (gambar), yang juga Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis ramah mesra dengan guru-guru daerah Muar dan Ledang di Kompleks Sukan Pagoh di sini hari ini.

Isnin, 24 Mei 2010

Mencari manifesto PAS Kedah...



Dalam PRU 12 tahun 2008 PAS Kedah telah mengeluarkan satu Manifesto Pilihanraya yang cukup hebat lagi menarik bertajuk " KEDAH SEJAHTERA NIKMAT SEMUA".

Terdapat tiga Teras dalam manifesto tersebut dan ianya ialah:Petadbiran,Hal Ehwal Islam, Hak dan Kepentingan Non Muslim. Isi kandungan manifesto diperjelaskan seperti berikut :



1. PENTADBIRAN.

A. Mentadbir dengan baik dengan mengutamakan KEADILAN, PERTANGGUNGJAWABAN dan INTEGRITI.
B. Mempastikan pentadbiran yang SIFAR RASUAH.
C. Mengkaji semua elaun dan keistimewaan yang dinikmati oleh MENTERI BESAR dan Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) Kerajaan.
D. Melaksanakan pemberian kontrek secara telus dan adil.
E. Melaksanakan perancangan strategik dengan tujuan menambah hasil dan mengurangkan perbelanjaan.
F Menyediakan kemudahan pinjaman tanpa FAEDAH untuk kakaitangan kerajaan.

2. HAL EHWAL ISLAM
A. Menubuhkan Institusi Imam (Maahad Imamah)untuk melahirkan pegawai mesjid yang terlatih.
B. Elaun untuk imam yang setimpal dengan peranan mereka sebagai ketua kariah.
C. Memberi elaun kepada guru guru Al-Quran persendirian.
D. Mempercepat proses penyelesaian masaalah kekeluargaan Islam dalam Mahkamah Syariah.

3. HAK DAN KEPENTINGAN NON-MUSLIM
A. Menjamin peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan beragama dihormati mengikut kepercayaan masing-masing.
B. Mengiktiraf dan menjamin budaya, adat resam semua kaum.
C. Melantik EXCO daripada bukan Islam.

Selepas 2 Tahun 2 Bulan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS memerintah negeri Kedah sudahkah mereka menunaikan semua janji janji yang mereka tabur semasa berkempen dan ianya terkandung didalam Manifesto mereka.

Secara rambangnya kita dapati PAS dan PR tidak dapat mentadbir Kedah dengan baik serta efisien.Masaalah air, sampah, pelaburan luar dan domestik,pengangguran,kemiskinan dan berbagai bagai masaalah lagi makin bertimbun dan PAS GAGAL untuk menyelesaikanya.

Tetapi yang paling malang sekali untuk Rakyat dan pengundi Kedah ialah janji meraka untuk melaksanakn hukum HUDUD jika menang dalam pilihanraya telah hilang sama sekali.

Rakyat dan pengundi Kedah cuba renung,bertenang, berfikir secara rasional dan ikhlas apakah kita masih mahu Kerajaan sebegini terus memerintah negeri yang kita sayangi ini ?

sumber: Syburi Times

Ahad, 23 Mei 2010

Juara Rakyat untuk dekatkan pemimpin dengan rakyat



Program Juara Rakyat yang dianjurkan oleh Barisan Nasional sebagai satu plaform untuk mendekatkan pemimpin pemimpin dengan rakyat disamping bagi mendapatkan maklum balas masyarakat.

Timbalan Pengerusi BN , Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dalam setiap program yang dianjurkan ia akan memberi peluang kepada pemimpin untuk mendekatkan diri dengan rakyat dan mengetahui masalah sebenar.

"Kita tidah kamu dituduh cakap tak serupa bikin sebaliknya akan terus serius menolong rakyat menangani masalah dan isu-isu demi perubahan,"katanya ketika berucap di program Juara Rakyat peringkat Wilayah Persekutuan.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, BN menjadikan program Juara Rakyat sebagai platform kerajaan untuk mendekati dan mendapat maklum balas masyarakat.

Tambah beliau program ini ntuk kerajaan mendekati rakyat, mengetahui aspirasi mereka serta perkara-perkara yang mereka mahu diberikan perhatian dan tumpuan.

Katanya, walaupun pada umum mungkin situasi adalah baik tapi apabila pemimpin turun padang duduk semeja bercakap dan bertanya, ada perkara tertentu yang perlukan perhatian pimpinan tempatan dan juga kerajaan akan diketahui.

“Pembangkang hanya tahu buat kenyataan bohong kepada rakyat, kata BN zalim dan tindas rakyat, kononnya merekalah pembela rakyat dan BN tak bawa perubahan pada rakyat,” katanya.

“Walaupun kerajaan sudah buat macam-macam tetapi (kerajaan) akan terus bekerja untuk kesejahteraan rakyat,” katanya.

Muhyiddin berkata, kerajaan tidak akan berhenti setakat sedia ada tetapi akan terus menyediakan kemudahan termasuk kepada penduduk bandar.

Sebab itu katanya, kerajaan akan menanggung sebahagian kos membaiki lif dan penyelenggaraan prasarana rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kuala Lumpur.

"Kerosakan lif berlaku di mana-mana... bertahun-tahun rosak, tangga agak teruk. Jadi kerajaan menimbang dan Kabinet buat keputusan apa saja prasarana, soal pembaikan lif, dan kos sebahagian akan ditanggung oleh kerajaan,” katanya..

Sementara itu dalam sidang media selepas menghadiri program Hari Keluarga Parlimen Setiawangsa di PPR Sungai Bonus, Muhyiddin yang juga Pengerusi BN Wilaya Persekutuan berkata, segala maklum balas yang diterima daripada masyarakat akan dikumpul bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

"Pastinya di Wilayah Persekutuan ini ialah kawasan ibu kota tetapi masalah isu bandar itu masih isu utama, baik soal tempat kediaman, kebersihan, peluang pekerjaan, pelesenan, soal berkaitan dengan kebajikan dan rakyat miskin bandar," katanya.

Sempena program Juara Rakyat itu, Muhyiddin juga akan berkunjung ke PPR Seri Melaka, Cheras bagi menghadiri majlis perkahwinan selain menyertai penduduk setempat bagi acara minum petang.

Antara yang hadir program berkenaan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejateraan Bandar,Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Ketua-Ketua UMNO Bahagian di Wilayah Persekutuan dan pemimpin parti komponen BN.

Umno Kedah nafi lobi lompat parti


Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyangkal dakwaan bahawa pemimpin parti itu terlibat dalam melobi wakil rakyat Pakatan agar lompat parti.

"Jika berlaku lompat parti, ini kerana mereka sendiri yang sudah tidak sanggup lagi menipu rakyat terutamanya apabila kerajaan negeri gagal menunaikan janji saperti yang ditaburkan semasa kempen pilihan raya umum lalu," katanya kepada pemberita, di Baling hari ini.

Jamil Khir yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata berasaskan situasi yang berlaku di Kedah sekarang, tidak mustahil kerajaan Pakatan Rakyat yang diteraju PAS itu akan tumbang.

"Sekiranya berlaku pembubaran DUN (Dewan Undangan Negeri) dalam masa terdekat Umno dan BN sedia menghadapinya," katanya.

Beliau yang sebelum itu merasmikan Program Juara Rakyat peringkat DUN Kuala Ketil di Baling diminta mengulas desas-desus mengatakan empat ADUN Kedah dari PKR dan DAP akan melompat parti.

Samy pecat 100.000 ahli MIC- S .Subramanian



Bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S Subramaniam, berkata beliau bersimpati dengan timbalan ketua Pemuda MIC Malaysia yang baru dipecat, V Mugilan tetapi menafikan mereka bekerjasama menubuhkan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS).

"Tuduhan ahli Jawatankuasa Pusat (CWC) MIC yang baru dilantik, S Vell Pari yang juga adalah anak Samy Vellu dalam sebuah akhbar berbahasa Tamil hari ini bahawa kami bekerjasama menubuhkan GAS adalah berniat jahat," kata Subramaniam.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sambutan ulang tahun Kuil Sri Subramaniar di Serdang, dekat sini, hari ini, Subramaniam berkata, sejak berkecimpung dalam arena politik beliau tidak pernah "menikam orang dari belakang".

Katanya, beliau sedang berbincang dengan peguamnya kemungkinan menyaman Vell Pari.

Subramaniam yakin usaha Mugilan menubuhkan GAS mendesak Samy Vellu berundur akan mendapat sokongan kuat daripada akar umbi MIC di seluruh negara.

"Bukan saja pimpinan MIC peringkat bawahan yang mahu Samy Vellu berundur malahan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir dua tahun lalu pernah menasihat Presiden MIC itu berundur," katanya.

Subramaniam mendakwa, Samy Vellu telah memecat kira-kira 100,000 ahli parti selama lebih 30 tahun beliau menjadi presiden.

"Lagi cepat pertukaran kuasa berlaku lagi baik untuk MIC," katanya.-Bernama

Sabtu, 22 Mei 2010

Mugilan bantu kempen- Tengku Adnan




Ramai orang termasuk kalangan wartawan yang membuat liputan kempen pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor baru ini hairan dengan dakwaan Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu bahawa Timbalan Ketua Pemudanya, V.Mugilan sabotaj Barisan Nasional waktu itu.

Ini kerana tidak kedengaran langsung kisah beliau yang juga Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor ada menjalankan kegiatan seumpama itu sepanjang tempoh kempen.

Beliau hadir masa majlis pengumuman P Kamalanathan sebagai calon di markas BN dan juga semasa hari penamaan calon.Selain itu beliau diketahui ke sana sini membantu kempen.

Malah Sabtu, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang diminta oleh wartawan mengulas pemecatan Mugilan atas dakwaan itu juga menyuarakan rasa hairan.

Beliau turut menafikan Mugilan ada sabotaj BN dan sebaliknya banyak membantu kemenangan BN di Hulu Selangor.

"Mugilan tolong…Mugilan kempen," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Cawangan Bunga Anggerik di Presint 8 di Putrajaya Sabtu.

Tengku Adnan kesal dengan pemecatan Mugilan kerana melihat beliau seorang anak muda yang berpotensi menjadi pemimpin masyarakat India pada masa depajn.”Kenapa kita nak menidakan orang seperti ini,”ujarnya.

Beliau merasa pemecatan itu adalah tidak adil.

Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu bertindak memecat Mugilan atas dakwaan beliau sabotaj BN masa kempen pilihanraya kecil itu.

Difahamkan Samy Vellu tidak senang hati kerana sebelum pengumuman calon BN kebanyakan media telah highlight nama Mugilan sebagai salah seorang yang mungkin dipilih bertanding.

Pada ketika yang sama media melaporkan orang harapannya iaitu Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel tidak popular dikalangan orang Hulu Selangor.

Laporan-laporan berkenaan bukanlah dari kenyataan Mugilan tetapi dari pemantauan dan tinjauan media sendiri di Hulu Selangor.-Agendadaily.

Hendak seribu daya...



Kata orang, rezeki ada di mana-mana, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Ini satu pengalaman menarik yang harus ditauladani oleh generasi muda hari ini, dari berpeleseran di jalanan adalah lebih baik kepintaran yang ada digunakan ke jalan yang manfaat.

Nasi lemak hartamas, perniagaan yang diusahakan oleh anak muda yang masih belajar di pusat pengajian tinggi di ibu kota hanya mengunakan bonet kereta sebagai tapak jualan.

Dengan hanya RM 1.50 sahaja, dan menggunakan rangkaian Facebook juga, anak muda ini berjaya menjual di antara 60 hingga 100 bungkus setiap malam.

Nasi lemak yang "memang power" ini boleh di dapati setiap malam di depan hartmas square.

Tahniah buat, Muizz, semoga akan ada seribu lagi anak muda seperti anda...

Kemelut MIC perlu diselesaikan-PM



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berharap kemelut dalaman MIC, satu daripada parti komponen Barisan Nasional (BN), dapat diselesaikan.

Najib yang juga Pengerusi BN, berkata kemelut itu semakin hangat kerana ramai di kalangan pemimpin parti terbesar kaum India itu berpendapat perlunya berlaku perubahan dalam kepimpinan tertinggi parti.

Beliau berkata, apa yang penting adalah MIC sebagai parti komponen BN perlu memainkan peranan untuk meyakinkan rakyat supaya menyokong parti pemerintah.

“Perkara ini harap dapat diselesaikan oleh MIC,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Aero Mall dan Bandar Lapangan Terbang Senai di Lapangan Terbang Senai di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai kemelut dalaman MIC yang menyaksikan Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan, dipecat berikutan desakannya supaya Presiden parti, Datuk Seri S Samy Vellu, melepaskan jawatannya.

Di Kuala Lumpur, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pihak supaya jangan menimbulkan isu baru dan berpecah ketika BN sedang mengukuhkan parti.

NOTA KAKI: Krisis y ang berlaku dalam MIC bukan perkara baru, ia sudah lama perpanjangan malahan tsunami politik dalam pilihan umum lalu juga didorong oleh apa yang berlaku dalam parti itu.

Bagaimanapun sehingga hari ini, pemimpin parti itu tidak sedar dengan apa yang berlaku dan masih mengakui peranan mereka yang menyatukan masyarakat india di negara ini sedangkan realitinya masyarakat india juga sudah bosan dengan tingkah laku itu.

Sepatutnya pemimpin utama parti itu tidak harus berdolak dalih dan sudah sampai masanya untuk mencari jalan keluar yang elok dan tak perlu memberi pelbagai alasan lagi.

Ini kerana apa yang berlaku dalam parti itu bukan sahaja memjejaskan mereka sahaja, malahan turut menjejaskan kompenan Barisan Nasional dan nasihat Pengerusi BN itu harus di ambil kira.

Jangan sampai dah menjadi bubur baru nak bertindak. Rakyat sudah semakin bosan dengan gelagat pemimpin yang tak sedar diri.

GAS Mugilan untuk jatuhkan Samy



Bekas timbalan ketua pemuda MIC V Mugilan - yang baru dipecat - hari ini melancarkan gerakan besar-besaran, dinamakan GAS atau Gerakan Anti-Samy Vellu bagi menjatuhkan presidennya.

Menurut Mugilan, beliau akan memimpin perhimpunan melawan Samy Velly di Kuala Lumpur pada 30 Mei ini, kemudian diikuti di negeri-negeri lain.

Bercakap dalam sidang media di Petaling Jaya, Mugilan terus mengkritik kepimpinan Samy Velly yang didakwanya puca kegalan MIC dan masyarakat India.

Beliau menjangkakan 7,000 orang akan menyertai perhimpunan pada minggu depan itu, "termasuk beberapa pemimpin kanan MIC yang telah dipecat Samy".-Malaysiakini

"Kita pernah guna kayu api, hari ini kita guna gas.

"Tetapi kalau ada orang yang ketinggalan zaman mahu gunakan kayu api, saya tidak tahu hendak kata apa," katanya disambut gelak-ketawa pemberita yang hadir.

Jumaat, 21 Mei 2010

Menteri nafi belia Kelantan tak dijemput sambutan hari belia

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek menafikan belia Kelantan tidak dijemput menyertai sambutan Hari Belia Negara peringkat kebangsaan yang diadakan di Putrajaya minggu lepas.

Malah, katanya belia dari negeri Kelantan antara yang teramai mewakili negeri ke perhimpunan Hari Belia selama tiga hari di Pusat Konvensyen Putrajaya bermula 14 Mei lepas.

Beliau berkata lebih 150,000 belia menyertai perhimpunan itu dan mengambil bahagian dalam pelbagai acara, termasuk larian serta futsal dengan mewakili negeri masing-masing.

"Semua belia dari seluruh negara dijemput ke perhimpunan itu mewakili pertubuhan yang didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia dan jemputan tidak dibuat melalui kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung berkelompok cawangan-cawangan Umno dalam bahagian Tumpat malam tadi.

Beliau diminta mengulas dakwaan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Abdul Fatah Mahmood yang kecewa kerana menurutnya Kelantan tidak dijemput menyertai majlis sambutan Hari Belia Negara 2010 peringkat kebangsaan.

- Bernama

Nik Aziz mengaku UMNO kuat



Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno kerana parti lawan itu lebih kuat daripadanya.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata pengalaman lepas juga mengajar PAS agar tidak mengulangi kesilapan bekerjasama dengan Umno sebelum disingkir daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

"...kita ditendang begitu sahaja apabila kita tidak diperlukan. Pengalaman itu sudah cukup memberi pengajaran kepada kita, kita tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang lebih kuat daripada kita," kata Nik Abdul Aziz pada kuliah mingguannya, di sini pada Jumaat.

Nik Abdul Aziz berkata PAS mempertimbangkan faktor kekuatan setara itu berasaskan prinsip 'menang-menang' yang hanya boleh dicapai jika kedudukan kedua-dua parti sama kuat.

"Islam mengajar supaya kita bekerjasama dengan pihak lawan, jika kedudukan kita sama kuat barulah kerjasama itu mencapai matlamat, kalau tidak kita mudah ditindas," katanya.

Beliau juga mempertahankan kerjasama PAS dan DAP yang disifatkannya telah banyak membantu masyarakat Cina memahami Islam dan tidak lagi menganggap masyarakat Islam sebagai golongan ekstremis.

DAP juga katanya menerima Islam sebagai asas perjuangan PAS.Bernama

NOTA KAKI: Akhirnya Musyidul Am PAS,Datuk Nik Aziz Mat bersetuju bahawa UMNO adalah sebuah parti yang kuat.

Walaupun dengan memberi pelbagai alasan untuk tidak mahu bekerjasama dengan parti yang mewakili orang Melayu itu tetapi dalam masa yang sama , Nik Aziz terpaksa mengakui kekuatan UMNO.

Dengan ini jelas, pelbagai alasan yang diberikan PAS sebelum ini untuk tidak mahu bekerjasama dengan UMNO lebih kepada helah politik yang enggan untuk mengakui kelemahan sendiri.

Sepatutnya sebagai sebuah parti yang lemah, PAS tidak perlu bergantung kepada parti yang lemah juga, sebaliknya harus memilih dahan yang kuat untuk bergantung, agar tidak jadi seperti kata perpatah, si luncai terjun dengan labu-labunya.

Tetapi Nik Aziz memilih untuk basah dan berenang bersama parti yang lemah dan lebih berminat memecahkan perpaduan rakyat dari menyatukan bangsa dan kaum di negara ini, dan kalau macam ini pemikiran pemimpin PAS, tak kemana parti ini sekadar menjadi bahan mainan golongan yang sama sama lemah kerana enggan belajar dari orang yang kuat. Kesian kat Nik Aziz, lagi kesian kat ahli PAS.

Di pecat kerana desak Samy berhenti




Pemecatan Timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan daripada parti tiada kena mengena dengan dakwaan beliau telah sabotaj parti dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor Mac lepas.

Sebaliknya, katanya beliau dipecat kerana beliau meminta presiden parti Datuk Seri S. Samu Velly melepaskan jawatannya selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Mugilan, yang akan merayu terhadap pemecatannya melalui surat yang diterimanya pada kira-kira 11 malam semalam, memberitahu Bernama:

"Satu-satunya sebab bagi pemecatan saya, seperti dinyatakan dalam surat itu, ialah kerana meminta Samy Vellu meletakkan jawatan...ia (pemecatan) tiada kena mengena dengan isu (saya) sabatoj parti dan Barisan Nasional pada pilihan raya kecil Hulu Selangor.

"Surat itu menyatakan saya dipecat daripada parti, berkuatkuasa serta merta, dan saya boleh merayu dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat pemecatan itu, kepada CWC (jawatankuasa kerja pusat, badan pembuat keputusan tertinggi MIC).

Beliau mendesak Samy Vellu meletakkan jawatannya dengan segera atau selewat-lewatnya Disember, selepas presiden parti berkata beliau akan meletakkan jawatan "lapan atau sembilan bulan" sebelum penggalnya sebagai presiden parti tamat pada Mei 2012.

Mugilan yakin jika Samy Vellu melepaskan jawatan tertinggi parti itu, BN akan memperoleh sekurang-kurangnya 80 peratus undi kaum India pada pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Mugilan, yang juga Ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Selangor, akan mengadakan sidang akhbar pada 11 pagi esok di Restoran Lotus di Jalan Gasing, Petaling Jaya.

Beliau berkata pelan tindakan drastik terhadap kepimpinan Samy Vellu akan diumumkan pada sidang akhbar itu.

Khamis, 20 Mei 2010

Cabar Pas tutup pusat jadi di negeri sendiri


PAS yang bersetuju Allah digambarkan dalam konsep triniti, hari ini sibuk membantah isu lesen pertaruhan bola sepak piala dunia. Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan misalnya meminta Menteri, YB Jamil Khir dan para mufti menentang keras kebenaran ini.

Sebelum Pemuda Pas mencabar sesiapa eloklah mereka mencabar pimpinan mereka di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan menarik semula lesen premis judi yang berada di negeri-negeri ini.

Sungguhpun semua lesen judi diluluskan oleh kerajaan Persekutuan, namun lesen membuka premis perniagaan termasuk judi di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Oleh kerana PBT di kelima-lima negeri ini di bawah Pakatan Rakyat maka kita cabar mereka menarik semua lesen kelulusan berniaga bagi premis judi ini.



Ramai kita tidak bersetuju dengan judi. Namun ramai orang bukan Islam sudah menjadikan judi ini budaya mereka. Bukan setakat tikam nombor, malah kepeutusan pilihan raya negara ini juga sekarang ini di kawal oleh bookies yang pro DAP. Sebab itu di banyak kawasan Cina majoriti, BN kalah.

Sebagai muslim yang tinggal di Malaysia kita hanya ada dua pilihan ketika ini:


1. Memilih parti yang mengatakan Allah ada anak bernama Jesus dan tidak salah mengatakan Allah dalam konsep trinity. Parti ini juga sungguhpun tidak mengeluarkan lesen hiburan baru tetapi membiarkan kegiatan perjudian haram, rumah urut dan vcd cetak rompak berleluasa bagi menguntungkan rakan dalam pakatan mereka.

atau

2. Memilih parti yang meluluskan lesen judi dan arak tetapi turut membuat undang-undang menghalang orang Islam berjudi atau minum arak.


Sudah tentula jelas pilihan kita.

Usahlah buang masa berdemontrasi isu judi sukan sedangkan semua macam tikus dalam kepuk padi apabila berhadapan isu kalimah Allah. Luluskan lesen judi haram tetapi BERSENGKONGKOL DENGAN PARTI YANG MELINDUNGI JUDI HARAM, RUMAH URUT DAN KEGIATAN SAMSENG TIDAK HARAM?

Kita cabar Pas dan Pakatan Rakyat tarik semua lesen premis judi di negeri Selangor. Kita juga cabar Pas tutup semua pusat perjudian haram yang berselindung di sebalik kafe siber di Selangor jika benar mereka mahu menghapuskan perjudian.-sumber: mykmu.net

NOTA KAKI: Isu kelulusan lesen judi pertarungan bola sepak piala dunia sudah memasuki era penentangan yang semakin terbuka sehingga ada pihak tertentu terutama parti politik yang akan menganjurkan perhimpunan selepas sembahyang jumaat esok di beberapa masjid di seluruh negara.

Tidak ada orang Islam yang beriman dan waras akan bersetuju dengan kegiatan judi yang jelas tertulis di dalam Al Quran tentang gejalanya buruknya hukumnya.

Tentu kerajaan Barisan Nasional yang diketuai UMNO juga tidak akan bersetuju kalau kegiatan judi itu dibuat secara terbuka.

Tetapi kelulusan lesen tersebut bukan dibuat secara terbuka sebagaimana kebenaran untuk membuka kedai makan , minumam dan sebagainya , tentu ia mempunyai kawalan dan peraturan tertentu sebagaimana kelulusan pusat judi lain seperti sport toto dan sebagainya.

Oleh jika desakan untuk membatalkan kelulusan lesen judi bola sepak itu juga harus disertakan dengan pengharaman premis perjudian lain di negeri yang dikuasai oleh pihak yang membantah itu.

Bukan sekadar melihat isu tersebut sebagai isu politik yang boleh digunakan untuk mendapat keuntungan politik semata-mata. Biarlah jika tindakan untuk mengharamkan kegiatan itu hendaklah dibuat secara keseluruhan.

Yang menariknya, dalam pembangkang memperjuangkan isu ini, terutama dikalangan pemimpin dan anggota PKR, adalah mereka sedar siapakah sebenarnya yang memberikan kelulusan lesen berkenaan.

Tahukan mereka, sebenarnya, lesen perjudian itu di luluskan oleh Menteri Kewangan sewaktu itu yang kini menjadi pemimpin utama mereka, persoalan seharusnya dituju kepada orang pertama yang meluluskan kalau benar ingin menolak perjudian itu dan bukan untuk kepentingan politik.

TPM turun padang bersama rakyat KL


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan ’berada di atas padang bersama rakyat’, melancarkan program Juara Rakyat peringkat Wilayah Persekutuan pada Sabtu 22 Mei.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, kelainan program kali ini ialah Muhyiddin akan menaiki bas, makan nasi lemak santai bersama rakyat dan hadir pada majlis perkahwinan serentak tiga pasangan Melayu, Cina dan India mengikut adat resam masing-masing.

’’ Pemimpin Barisan Nasional (BN) bukan sahaja turun padang tetapi sentiasa berada di atas padang bersama rakyat untuk menjadi pembela dan menjuarai kehidupan rakyat.,’’ katanya pada sidang media mengenai pelancaran program Juara Rakyat Wilayah Persekutuan hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, program Juara Rakyat sangat penting kerana BN mahu meneruskan tradisi mengutamakan rakyat sebagai nombor satu dan BN juga nombor satu di hati rakyat.

Dalam politik, tegas beliau, persaingan adalah untuk mendapat nombor satu dan menjadi juara.

’’Tidak ada istilah naib juara dalam politik. Sebab itu rakyat mesti diutamakan. Banjir, kebakaran dan apa sahaja masalah serta aduan rakyat, BN mesti menjadi juara., mesti sampai dulu dan membantu rakyat,’’katanya.

Ahmad memberitahu, seramai 15,000 rakyat pelbagai kaum dijangka hadir pada program yang julung kali sambutan acara dikendalikan sendiri oleh Barisan Nasional Bahagian, bermula dengan Parlimen Titiwangsa, Setiawangsa dan Bandar Tun Razak.

Seawal 8.30 pagi, Muhyiddin akan bersarapan nasi lemak dan kopi o santai bersama kira-kira 7,000 warga kota, pemimpin komponen BN dan ahli Majlis Tertinggi UMNO yang menjadi bapa angkat program Juara Rakyat parlimen-parliman Wilayah Persekutuan, di Perumahan Rakyat (PPR) Perkasa, Jalan Nakhoda, off Jalan Cochrane.

“Pengerusi BN Wilayah Persekutuan itu akan menyampaikan ucapan pada 9.30 pagi, disusuli pemberian bantuan kepada 350 rakyat miskin dan warga kurang upaya Melayu, Cina dan India. Selepas itu melancarkan program gunting rambut percuma lepasan Giat Mara dan melawat pameran.

“ Pada 11 pagi,Timbalan Perdana Menteri bersama pemimpin komponen BN yang lain akan menaiki bas ke PPR Sungai Bonus. Di situ beliau akan menyertai majlis ramah mesra bersama 3,000 warga kota dari kawasan parlimen Setiawangsa dan melancarkan pertandingan English On Wheels kanak-kanak, memasak, melukis dan gubahan dewasa,’’ katanya.

Timbalan Presiden, tambah beliau, akan singgah di Masjid Az-Zubair Ibnu Awam, BandarTun Razak Cheras untuk sembahyang Zohor sebelum menghadiri majlis persandingan tiga pasangan pengantin Melayu, Cina dan India di Bandar Tun Razak, sesuai dengan Gagasan 1Malaysia, elemen yang diutamakan dalam program Juara Rakyat.

Ahmad memberitahu, majlis persandingan mengikut adat resam masing-masing, julung kali diadakan serentak. Muhyiddin akan menyempurnakan acara merenjis bagi pengantin Melayu, disusuli acara minum teh bagi pengantin Cina dan acara khas bagi pengantin India sebelum bersama-sama 5,000 penduduk menghadiri jamuan makan tengahari.

Menjawab pertanyaan media, Ahmad berkata, program Juara Rakyat Wilayah Persekutuan adalah yang kelima dilancarkan, selepas kejayaan pelancaran di Kedah, Perak dan, Kelantan.

Program Juara Rakyat peringkat kebangsaan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak di Bukit Beruntung, Hulu Selangor pada 9 Januari 2010. Ia menarik seramai lebih 20,000 pengunjung.

Beliau menjelaskan. program Juara Rakyat sudah dilaksanakan di hampir semua UMNO Bahagian melibatkan 191 bahagian setiap bulanan.

“Ia berjaya merapatkan interaksi antara kaum dan antara pemimpin politik dengan rakyat setempat, selain memberikan manfaat ilmu, pendidikan, sukan serta pengisian kerjaya kepada pengunjung,’’ katanya .

Program Juara Rakyat juga, ujar beliau, membuka peluang kepada usahawan tempatan dan golongan muda mempamer serta memasarkan keluaran produk masing-masing.

Tambah beliau, tema-tema bulanan mempelbagaikan skop program dan aktiviti yang berbeza setiap bulan .

Ahmad menegaskan, adalah penting semua UMNO bahagian melaksanakan program Juara Rakyat mengikut tema dan format dua hari satu malam, melibatkan komponen Gagasan 1Malaysia iaitu penglibatan parti-parti komponen BN, seperti yang telah diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO.

Katanya,tempoh itu, tidak semestinya berturutan. Program sebelah malam adalah ceramah atau forum yang dikendalikan bersama oleh Biro Penerangan UMNO.

Samy Vellu berundur September tahun depan


Samy Vellu berundur September tahun depan


Datuk Seri S Samy Vellu hari ini mengumumkan beliau akan melepaskan jawatan presiden MIC yang dipegangnya sejak 1979 dalam tempoh lapan bulan sebelum penggalnya sekarang tamat pada Mei 2012.

Ini bermakna beliau akan melepaskan jawatan tersebut pada bulan September tahun depan.

Semasa membuat pengumuman itu dalam sidang akhbar sebelum berlangsungnya konvensyen MIC Wilayah Persekutuan di ibunegara, presiden MIC itu tidak menyatakan kepada siapa beliau akan menyerahkan jawatan tertinggi parti itu.

"Saya akan berundur dalam masa lapan atau sembilan bulan selepas penggal saya tamat pada Mei 2012. Saya akan serahkan jawatan presiden pada waktu itu.

'Inilah yang telah saya maklumkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) semasa saya berjumpa beliau sebelum pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

"Saya akan serahkan kepimpinan parti kepada pemimpin generasi akan datang. Sebelum itu, saya akan melakukan rombakan parti secara menyeluruh bermula dengan pemimpin cawangan dan negeri.

'Orang selalu bertanya bila saya akan melepaskan jawatan saya dan inilah tempoh masa yang saya telah tetapkan.

"Saya mahu semua anggota parti tahu bahawa transformasi MIC akan diteruskan. Peralihan kuasa dalam MIC akan berjalan dengan lancar," katanya.

Samy, 74, dipilih semula untuk menerajui parti buat kali kesembilan pada tahun lepas.

Sabtu, 15 Mei 2010

Wee dedah skandal pasir di Dengkil




Kronologi Peristiwa
1. Di Februari 2010, Tiga pengadu dari skandal penambangan pasir telah mendekati Puchong MP, YB Gobind Singh, dan YB Gobind Singh telah mengesahkan bahawa dia telah memberitahu Ronnie YB Liew, EXCO Selangor ahli dan "Adun Angkat" untuk Dengkil tentang skandal ini.
2. Pada 1 Mei 2010 YB Lim Ng suee (YB Ng), DAP Adun untuk Sekinchan, bertemu dengan pengadu tentang skandal ini. Hari ini (14 Mei 2010), YB Ng mengakui di Bintang bahawa pengadu telah melihat dia pada 01 Mei 2010 dan ia menyarankan agar mereka "Untuk melewati saluran yang betul". YB Ng berkata kepada pengadu untuk melihat YB Saari Sungib (PAS Adun untuk Hulu Kelang). YB Ng kemudian pergi untuk perjalanan ke luar negeri pada hari berikutnya. Dia juga berkata: “Bila anda ingin menuduh seseorang, masalah ini harus diselidiki secara menyeluruh dan bukti konkrit perlu dijumpai terlebih dahulu. " Saya percaya bahawa dalam pandangan keseriusan aduan, YB Ng mesti mempunyai maklumat atasannya dalam kerajaan Negara Selangor.
3. Minggu Pertama Mei 2010, MP Kapar, YB Manikavasagam, menulis tentang skandal ini penambangan pasir di Dengkil di blog dan memberi 72 jam notis kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Yab Khlaid Ibrahim (Khalid) untuk menubuhkan sebuah badan bebas untuk menyiasat masalah ini.
4. Pada 10 Mei 2010 YB Manikavasagam mempunyai mesyuarat tergempar dengan ahli parlimen yang lain selama Perkataan skandal di De Palma Hotel Ampang. Ke-11 ahli parlimen sepenuhnya disokong YB Manikavasagam untuk suara dari skandal ini dan permintaan untuk sebuah badan bebas untuk menyiasat.
5. Pada 11 Mei 2010 YB Manikavasagam menyerahkan dokumen-dokumen untuk menyokong tuduhan tentang rasuah di KSSB dan selanjutnya YB Tan Sri Khalid Ibrahim YB Manikavasagam mencabar untuk mengajukan laporan tentang skandal penambangan pasir kepada pihak berkuasa.
6. Pada 12 Mei 2010 YB Manikavasagam mengajukan laporan polis berhubung dengan skandal ini penambangan pasir. YB Tan Sri Khalid Ibrahim akan tetap janji dan bertemu dengan YB Manikavasagam. YB Manikavasagam menyerahkan dokumen-dokumen pada hal ini kepada YB Tan Sri Khalid Ibrahim. Setelah itu, YB Tan Sri Khalid Ibrahim maklumat pers bahwa ia disebut skandal ini penambangan pasir untuk SELCAT untuk menyiasat masalah ini dan ia juga menyatakan penyesalannya bahawa YB Manikavasagam tidak masuk melalui jalur dalaman untuk menyelesaikan masalah ini.
7. Pada 13 Mei 2010, Penambangan pasir milik syarikat Selangor Sdn Bhd Kuala Semestra (KSSB) mengeluarkan kenyataan melalui pengarahnya, En Ramli Abd Majed. KSSB membantah tuduhan rasuah yang dibuat YB Manikavasagam menentangnya. Ini adalah respon pertama dari KSSB selepas tuduhan rasuah pecah secara terbuka sejak 1st minggu 2010.KSSB Mei juga menuntut agar meminta maaf YB Manikavasagam dan menarik tuduhan palsu dalam masa 48 jam atau menghadapi tindakan undang-undang bagi pencemaran nama baik atas apa yang telah terkena Manikavasagam YB. KSSB juga menyeru YB Manikavasagam untuk mengundurkan diri dan membayar pampasan kepada syarikat selepas itu disingkirkan.
____________________
Kronologi atas kejadian yang paling mengganggu anda sekurang-kurangnya.
Pada awal Februari 2010 Menteri Besar sepenuhnya menyedari skandal ini penambangan pasir di Dengkil. Alasannya adalah bahawa Puchong MP DAP, YB Gobind Singh telah secara rasmi mengeluh tentang kata skandal untuk YB Ronnie Liew, EXCO Selangor DAP ahli di Negara Kerajaan dan "Adun Angkat" untuk Dengkil. Tapi tidak ada tindakan yang diambil oleh YB Tan Sri Khalid Ibrahim.
Ketika YB Tan Sri Khalid Ibrahim menyerahkan dokumen berhubung dengan skandal ini dia mencabar YB Manikavasagam untuk mengajukan laporan kepada pihak berkuasa. Ketika YB Manikavasagam mengajukan laporan polis, YB Tan Sri Khalid Ibrahim menyatakan penyesalannya bahawa tidak dibesarkan harus dipecahkan secara dalaman. Aku benar-benar terkejut dengan pernyataannya. Nya ahli EXCO DAP, YB Ronnie Liew, tahu tentang ini dalam bulan Februari 2010. Oleh kerana itu, YB Tan Sri Khalid Ibrahim dianggap mempunyai pengetahuan tentang skandal ini dan ia seharusnya telah melancarkan SELCAT dengan penyelidikan bermula. Jika hal ini dilakukan dan penyelidikan yang layak dilakukan, tidak akan ada masalah seperti itu.
Selanjutnya, seperti baru-baru ini sebagai 1 Mei 2010, YB Ng menerima aduan daripada pengadu tentang skandal ini. Harus dicatat bahawa YB Ng sangat cepat untuk mengajukan laporan dengan kedua Makabe melawan YB Khir Toyo yang saya dan ahli-ahli parlimen PKR yang lain disokong sepenuhnya. Aku benar-benar hairan mengapa YB Ng tidak mengemukakan laporan tentang skandal penambangan pasir sebelum "perjalanan ke luar negeri-nya". Mungkin skandal ini tidak penting baginya.
Berdasarkan kedua-dua fakta melotot saja, YB Tan Sri Khalid Ibrahim dan ahli EXCO nya dianggap mempunyai pengetahuan penuh skandal pasir ini. Namun, tidak ada sebarang tindakan diambil untuk melancarkan SELCAT disebut untuk menyiasat skandal ini serius.
Pada tarikh 10 Mei 2010, 11 ahli parlimen PKR yang diterbitkan berdiri tegas mereka melalui YB Dato Kamarul Bahrain, MP untuk Teluk Kemang, untuk menyokong YB Manikavasagam dan permintaan untuk sebuah badan bebas untuk menyiasat skandal itu. Masih belum ada tindakan yang diambil oleh YB Tan Sri Khalid Ibrahim dan ahli EXCO nya.
Fakta-fakta ini mencolok menunjukkan bahawa YB Tan Sri Khalid Ibrahim dan ahli EXCO nya tidak mempunyai kemahuan politik untuk mempertahankan dan melindungi kepentingan rakyat itu. Jadi apa CAT (Kompetensi, Akuntabilitas dan Transparency) yang mereka bicarakan? Mereka tidak berjalan perbualan. Mungkin mereka semua merujuk pada kucing pus!
Setelah YB Manikavasagam mengajukan laporan, YB Tan Sri Khalid Ibrahim dan ahli EXCO nya akan melompat ke dalam tindakan untuk memulakan SELCAT tersebut. Walaupun saya merasa bahawa pelancaran SELCAT pada tahap ini hanyalah mencuci mata, lebih baik daripada tidak sama sekali. Setidaknya PKR atau PR masih boleh menebus dirinya bahawa YB Tan Sri Khalid Ibrahim dan ahli EXCO nya telah mengambil tindakan walaupun mungkin telah terlalu terlambat dan terlalu sedikit.
Saya sangat terkejut perhatian bahawa KSSB mengambil masa lebih dari seminggu untuk menyahut Manikavasagam YB.
Pertama-tama, kita harus melihat struktur syarikat KSSB. Ini bukan sebuah syarikat terhad biasa (sendirian Bhd). KSSB adalah syarikat yang seluruh sahamnya dimiliki oleh MB Incorporated (Menteri Besar Incorporated). Ini bermakna bahawa KSSB berada di bawah kawalan penuh dari Selangor Kerajaan melalui pejabat Menteri Besar iaitu YB Tan Sri Khalid Ibrahim.
Saya percaya bahawa YB Tan Sri Khalid Ibrahim adalah ketua KSSB ini. Saya yakin bahawa ia sepenuhnya diberitahu tentang skandal penambangan pasir ketika itu berkata skandal masuk ke tempat terbuka. Mengapa dia tidak mengarahkan KSSB untuk membuat mereka berdiri ketika hal ini terjadi di tempat terbuka beberapa sepuluh hari yang lalu? Kenapa sekarang?
Dari fakta, jelas bahawa kenyataan KSSB terakhir hanyalah renungan dan / atau cara politik oleh napoleons kecil untuk tujuan utama kawalan kerosakan dan untuk mengintimidasi dan muntah Manikavasagam YB. Kenyataan tersebut harus sudah diterbitkan akan selepas tuduhan rasuah pecah awam. Tapi tidak.
Sebagai seorang ahli parlimen pembangkang dan ahli politik untuk lebih dari 23 tahun, saya sangat kecewa bahawa tidak satupun dari para pemimpin PR atas keluar untuk ikut campur dalam masalah serius ini melibatkan kepentingan umum. Kita semua tahu bahawa YB Lim Kit Siang sangat cepat mengeluarkan kenyataan yang menyeru Suruhanjaya Royal mengenai hal-hal yang dianggap oleh dia menjadi kepentingan awam. Tapi coba lihat ini masalah serius, orang akan berfikir bahawa YB Lim akan menegur anaknya, YB Ronnie Liew, kerana gagal untuk bertindak pada bulan Februari 2010 (ketika YB Gobind memberitahu) dan pada masa yang sama menyeru pembentukan suatu royal Suruhanjaya untuk menyiasat skandal ini.
Silakan melihat janji mereka kepada masyarakat:
"Ketika DAP dan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan, kita akan berlatih Kompetensi, Akuntabilitas dan Transparency (CAT), dan melaksanakan sistem tender terbuka, membolehkan kebebasan bercakap dan mengembalikan pemilihan pemerintah daerah."
Berdasarkan fakta-fakta di atas, yang merangkumi miskin atas kerja oleh YB Tan Sri Khalid Ibrahim dan ahli EXCO, aku tinggalkan kepada anda untuk mengadar apa yang sebenarnya CAT berarti bagi mereka.
Seperti untuk saya, saya telah cukup banyak perbincangan ganda, standard ganda, nepotisme, kronisme dan sebahagian besar dari semua, kegiatan napoleons kecil / Trendy kiri, Yang akan melakukan apapun untuk mencapai impian mereka iePutrajaya! Saya tidak boleh lagi berpura-pura bahawa semuanya baik-baik.
Saya sudah mempertimbangkan hal ini untuk waktu yang lama dan saya telah mencapai keputusan untuk mengundurkan diri dari semua jawatan dalam PK