Selasa, 12 Mac 2013

PI BALA DI BAYAR RM700 RIBU UNTUK BUAT FITNAH

Pelarian politik, P Balasubramaniam yang baru-baru ini disambut bagaikan seorang perwira oleh PKR apabila pulang ke tanah air setelah sekian lama melarikan diri, kini berada di hospital kerana masalah jantung. Belum pun sempat mengelilingi negara , hanya sempat dua program yang diaturkan PKR beliau telah pun rebah. mungkin inilah balasan tuhan terhadap orang yang membuat fitnah. Untuk mengelak masyarakat membuat tanggapan Bala menerima balasan tuhan kerana memfitnah, PKR cepat-cepat mengatakan apa yang menimpa Bala adalah angkara ilmu hitam yang digunakan keatasnya bagi menutup mulutnya. Sekali lagi mereka memfitnah ! Umum mengetahui sebaik sahaja Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mendakwa beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim , Anwar tiba-tiba mengheret Balasubramaniam berada di sebelahnya di pejabat PKR untuk membuat dakwaan bahawa Datuk Seri Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Sedangkan dalam perbicaraan di mahkamah sebelum itu Bala tidak pernah berkata demikian. Kenapa dan mengapa tiba-tiba Bala menjadi begitu ? Raja Petra mengetahuinya dan ada jawapannya. Untuk pengetahuan pembaca sekalian Raja Petra dan Bala pernah menetap bersama di London. Jadi tidak mustahillah beliau mengetahui segalanya. In October 2006, Bala was in Razak’s office at the time when they received a phone call from Puravalen (picture above). Puravalen said he had something very urgent to discuss with Razak concerning Altantuya. Razak then agreed to meet Puravalen who arrived not long after that. Puravalen told Razak that the police were about to arrest him (Razak) for the murder of Altantuya. Razak suddenly went pale and started to panic. Puravalen told Razak not to worry and that he will handle this matter provided that he (Razak) agreed that he (Puravalen) will act for him as his lawyer. Later Razak’s family found out that Puravalen was actually linked to Kalimullah and was feeding information to the ‘other side’ (Karpal Singh included) through Kalimullah. Razak’s family suspected that Puravalen, who is very close to Sivarasa, was trying to fix up Razak so they decided to sack Puravalen and replace him with Shafee Abdullah. Dalam tahun 2006 ketika Bala sedang berada di pejabat Razak Baginda , Razak telah menerima panggilan telefon daripada seorang peguam yang bernama Puravalen. Dimana dalam perbualan itu Puravelan mengatakan beliau ada sesuatu yang mustahak untuk dibincangkan dengan Razak berhubung Altantuya. Razak bersetuju dan Puravelan tiba tidak lama selepas itu. Dalam pertemuan itu Puravelan memberitahu Razak bahawa polis akan menangkapnya berhubung pembunuhan Altantuya. Razak mula pucat dan panik. Puravelan menenangkan Razak dan berkata jangan bimbang kerana dia akan mewakili Razak dalam kes itu. Kemudian Razak menyedari yang Puravelan sebenarnya mempunyai kaitan dengan Kalimullah dan memberikan maklumat kepada Karpal Singh. Keluarga Razak menamatkan khidmat Puravelan, yang juga rapat dengan seorang lagi peguam PKR, Sivarasa. Kemudian Razak telah melantik Shafee Abdullah sebagai peguam. In July 2008, Puravalen was the one who introduced Bala to Sivarasa and Americk. Sivarasa then arranged for Bala to meet DSAI to discuss signing a SD to directly implicate Najib and Rosmah to Altantuya’s murder. Bala met DSAI twice, the first time a few days before the SD was signed and the second time on the SD day itself wherein he sat beside DSAI and gave his PC flanked by his lawyer. The first time Puravalen brought Bala to meet DSAI, he was promised RM700,000.00 if he agreed to come up with the SD by 1st July 2008. DSAI had agreed to pay the RM700,000.00 through Puravalen and the payment was to be made in two stages — Part A, RM200,000.00, immediately and Part B, RM500,000.00, after the PC. On 1st July 2008, Bala made the SD and proceeded to conduct the PC on 3rd July 2008, organised by DSAI and his lawyers at the PKR HQ. Bulan Julai 2008 Puravalen memperkenalkan Bala kepada Sivarasa dan seorang lagi peguam bernama Americk Shidu. Sivarasa kemudiannya mengaturkan Bala untuk bertemu Anwar Ibrahim untuk membincangkan akaun bersumpah bagi mengaitkan Datuk Sri Najib dan isteri secara langsung dalam pembunuhan Altantuya. Bala bertemu anwar dua kali. Kali pertama beberapa hari sebelum beliau tandatangan akaun bersumpah dan kali kedua pada hari akaun bersumpah itu ditandatangani. Hari itu juga Bala berada di sebelah Anwar Ibrahim membuat sidang media dan diapit oleh peguamnya membaca akaun bersumpahnya yang memfitnah PM dan isteri. Ketika kali pertama Bala dibawa oleh Puravalen untuk bertemu Anwar dia telah dijanjikan RM 700,000.00 jika bersetuju muncul bersama akaun bersumpah pada 1 Julai 2008. Anwar bersetuju untuk membayar RM 700,000.00 melalui Puravelan dan bayaran dibuat dalam dua peringkat. Peringkat pertama RM 200,000.00 dibayar serta merta , dan peringkat kedua RM 500,000.00 selepas sidang media. Pada 1 Julai 2008 Bala membuat akaun bersumpah dan diteruskan dengan sidang media pada 3 Julai 2008 yang diaturkan oleh Anwar Ibrahim dan peguamnya di ibu pejabat PKR. Unfortunately for Bala, after the PC, Puravalen only paid him RM100,000.00 although he had received RM200,000.00 from DSAI. Puravalen told Bala that DSAI had instructed for the balance to be paid after a few days. The balance RM500,000 Puravalen pocketed all to himself without Bala knowing. This angered Bala and he tried to contact DSAI through his lawyer, Americk, and other people he knew in PKR such as Sivarasa. But DSAI never responded at all to him because DSAI believed that Bala was fully paid. At the same time, Bala started getting calls from the Brickfields Police Station and he became worried that the police will lock him up again like the last time during the Altantuya case. He started to panic as DSAI was not responding to him and the lawyer had just cheated him of his only income to enable him and his family to leave Malaysia. Bala doesn’t know that Puravalen cheated him. Malang buat Bala kerana selepas habis sidang medianya Puravelan hanya membayarnya RM 100,000.00 walaupun dia telah menerima RM 200,000.00 untuk dibayar kepada Bala. Puravelan memberitahu Bala bahawa Anwar mengarahkan supaya bakinya dibayar dalam masa beberapa hari lagi. Baki RM 500,000.00 telah disapu oleh Puravelan tanpa diketahui Bala. Perkara itu telah menimbulkan kemarahan Bala dia dia cuba menghubungi anwar melalui peguamnya dan orang-orang dalam PKR yang dia kenali seperti Sivarasa. Tetapi Anwar tidak pernah respon kerana Anwar percaya Bala telah dibayar sepenuhnya. Dalam masa yang sama Bala mula menerima panggilan dari Balai Polis Brickfields dan dia bimbang polis akan melokapkan seperti semasa siasatan kes Altantuya sebelumnya. Dia mula panik bila Anwar Ibrahim tidak pedulikannya dan dia telah ditipu oleh peguamnya. Belia tidak ada pilihan melainkan dia dan keluarganya meninggalkan Malaysia. Selanjutnya anda boleh baca di FMT. Cuma apa yang kita boleh katakan disini, Anwar sanggup buat apa sahaja termasuk untuk mengeluarkan wang yang banyak demi untuk memfitnah musuhnya. Kini Bala balik semula ke Malaysia kerana dia telah diyakinkan bahawa Anwar akan menjadi PM selepas PRU ke 13. Jika dia tidak pulang menolong pembangkang dia akan rugi jika Anwar menjadi PM kelak dan tidak mustahil dia akan dikenakan tindakan kerana membuat SD kedua yang dkatakan palsu. Sumber Sel13.com

JANGAN AMBIL MUDAH ISU LAHAD DATU- MUSA HITAM

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata, kerajaan perlu kaji dengan lebih mendalam dan melihat isu ini dengan lebih jauh. Katanya, isu ini tidak harus ditangani seperti dahulu menerusi kaedah ketenteraan tanpa mengira kesan sampingan. "Jangan ambil mudah seperti isu lain, jangan ucapkan syabas terlalu awal. Kita perlu sedar, ini adalah isu yang belum pernah berlaku sebelum ini. "Kita perlu pertimbang untuk buat kajian terperinci dan melihat isu ini lebih jauh. Isu ini bukan hanya perang menembak, (tetapi) peperangan psikologi," katanya, semalam. Musa turut menegaskan kerajaan perlu berhati-hati bagi mengelakkan kesan negatif terhadap negara. "Apa yang kita boleh buat dengan mereka (pengganas), kerana mereka ada di sana. "Jika isu ini jadi negatif dan anggap semua orang Sulu adalah musuh, anda akan menghadapi masalah, kerana mereka sudah ada di sana," kata beliau. Beliau turut melahirkan rasa khuatir isu ini jadi serius. "Apa yang perlu kita buat, saya tidak tahu bukan kerja saya, tetapi saya amat khuatir terhadap isu ini," katanya.-Sumber: Sinar Harian

BN YAKIN MENANG 160 KERUSI- AHMAD MAZLAN

Barisan Nasional (BN) berkemampuan untuk memenangi sekurang-kurangnya 160 daripada 222 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti dan mendapatkan kembali majoriti dua pertiga. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan (gambar) yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, BN juga berkemampuan merampas kembali negeri-negeri yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum tahun ini. “Selain mengekalkan 140 kerusi yang dimiliki BN pada ketika ini, kita akan ambil lima daripada 23 kerusi Parlimen PAS, 10 daripada 31 kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan lima daripada kerusi yang kini dimiliki oleh DAP.” “Dengan 140 kerusi Parlimen BN dan ditambah pula dengan 20 kerusi, kita berkeyakinan tinggi untuk memperolehi 160 kerusi, iaitu melebihi dua pertiga,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pada pemberita selepas merasmikan taklimat jentera penerangan BN Johor di Dewan Tan Sri Mohamed Rahmat di sini. Beliau berkata, suasana politik negara pada ketika ini jauh berbeza berbanding menjelangnya PRU-12 pada 2008 yang lebih memihak kepada pihak pembangkang.
“Jika pada 2008 ada tsunami politik, kini tsunami itu terhenti dengan BN akan mengambil balik apa yang ia hilang pada PRU-12 lepas. BN akan turun pada pilihan raya umum kali ini dengan lebih berkeyakinan,” katanya.
Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghentikan tsunami politik yang berlaku pada 2008 menerusi pelbagai program seperti Gagasan 1Malaysia dan bantuan-bantuan kepada rakyat di bawah jenama 1Malaysia. “Kesemua perkara ini telah menghentikan tsunami politik, jikalau kita telah berjaya menghentikannya, takanlah kita tidak boleh mendapat lebih daripada 140 kerusi Parlimen (yang kita perolehi pada PRU-12),” katanya. Namun kata Ahmad, jentera BN perlu terus bekerja-keras melakukan persiapan dan mengelak daripada melakukan “cah keting” atau sabotaj parti, sebaliknya mematuhi arahan pemimpin serta menyokong calon-calon BN. Mengenai negeri-negeri yang kini dipimpin oleh pembangkang, katanya, secara aturannya BN mempunyai peluang paling cerah untuk merampas kembali Kedah, diikuti Selangor, Kelantan dan terakhir, Pulau Pinang. Mengenai sokongan masyarakat Cina terhadap BN pada PRU-13 kali ini, beliau berkata, BN berkeyakinan pandangan mereka terhadap BN kali ini telah berubah berbanding pada 2008 yang mencatatkan penurunan. Bagi masyarakat Cina katanya, mereka amat mementingkan isu-isu berkenaan ekonomi, peluang perniagaan, penjanaan kekayaan dan kestabilan politik. Di dalam perkara terbabit, Ahmad berkata masyarakat Cina mengakui BN telah berjaya menjaga ekonomi negara negara ini dengan baik serta mewujudkan pelbagai peluang perniagaan di samping memelihara kestabilan politik. “Saya yakin masyarakat Cina akan berubah pandangan pada pilihan raya umum kali ini,” katanya. — Bernama