Khamis, 20 Mei 2010

Cabar Pas tutup pusat jadi di negeri sendiri


PAS yang bersetuju Allah digambarkan dalam konsep triniti, hari ini sibuk membantah isu lesen pertaruhan bola sepak piala dunia. Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan misalnya meminta Menteri, YB Jamil Khir dan para mufti menentang keras kebenaran ini.

Sebelum Pemuda Pas mencabar sesiapa eloklah mereka mencabar pimpinan mereka di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan menarik semula lesen premis judi yang berada di negeri-negeri ini.

Sungguhpun semua lesen judi diluluskan oleh kerajaan Persekutuan, namun lesen membuka premis perniagaan termasuk judi di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Oleh kerana PBT di kelima-lima negeri ini di bawah Pakatan Rakyat maka kita cabar mereka menarik semua lesen kelulusan berniaga bagi premis judi ini.



Ramai kita tidak bersetuju dengan judi. Namun ramai orang bukan Islam sudah menjadikan judi ini budaya mereka. Bukan setakat tikam nombor, malah kepeutusan pilihan raya negara ini juga sekarang ini di kawal oleh bookies yang pro DAP. Sebab itu di banyak kawasan Cina majoriti, BN kalah.

Sebagai muslim yang tinggal di Malaysia kita hanya ada dua pilihan ketika ini:


1. Memilih parti yang mengatakan Allah ada anak bernama Jesus dan tidak salah mengatakan Allah dalam konsep trinity. Parti ini juga sungguhpun tidak mengeluarkan lesen hiburan baru tetapi membiarkan kegiatan perjudian haram, rumah urut dan vcd cetak rompak berleluasa bagi menguntungkan rakan dalam pakatan mereka.

atau

2. Memilih parti yang meluluskan lesen judi dan arak tetapi turut membuat undang-undang menghalang orang Islam berjudi atau minum arak.


Sudah tentula jelas pilihan kita.

Usahlah buang masa berdemontrasi isu judi sukan sedangkan semua macam tikus dalam kepuk padi apabila berhadapan isu kalimah Allah. Luluskan lesen judi haram tetapi BERSENGKONGKOL DENGAN PARTI YANG MELINDUNGI JUDI HARAM, RUMAH URUT DAN KEGIATAN SAMSENG TIDAK HARAM?

Kita cabar Pas dan Pakatan Rakyat tarik semua lesen premis judi di negeri Selangor. Kita juga cabar Pas tutup semua pusat perjudian haram yang berselindung di sebalik kafe siber di Selangor jika benar mereka mahu menghapuskan perjudian.-sumber: mykmu.net

NOTA KAKI: Isu kelulusan lesen judi pertarungan bola sepak piala dunia sudah memasuki era penentangan yang semakin terbuka sehingga ada pihak tertentu terutama parti politik yang akan menganjurkan perhimpunan selepas sembahyang jumaat esok di beberapa masjid di seluruh negara.

Tidak ada orang Islam yang beriman dan waras akan bersetuju dengan kegiatan judi yang jelas tertulis di dalam Al Quran tentang gejalanya buruknya hukumnya.

Tentu kerajaan Barisan Nasional yang diketuai UMNO juga tidak akan bersetuju kalau kegiatan judi itu dibuat secara terbuka.

Tetapi kelulusan lesen tersebut bukan dibuat secara terbuka sebagaimana kebenaran untuk membuka kedai makan , minumam dan sebagainya , tentu ia mempunyai kawalan dan peraturan tertentu sebagaimana kelulusan pusat judi lain seperti sport toto dan sebagainya.

Oleh jika desakan untuk membatalkan kelulusan lesen judi bola sepak itu juga harus disertakan dengan pengharaman premis perjudian lain di negeri yang dikuasai oleh pihak yang membantah itu.

Bukan sekadar melihat isu tersebut sebagai isu politik yang boleh digunakan untuk mendapat keuntungan politik semata-mata. Biarlah jika tindakan untuk mengharamkan kegiatan itu hendaklah dibuat secara keseluruhan.

Yang menariknya, dalam pembangkang memperjuangkan isu ini, terutama dikalangan pemimpin dan anggota PKR, adalah mereka sedar siapakah sebenarnya yang memberikan kelulusan lesen berkenaan.

Tahukan mereka, sebenarnya, lesen perjudian itu di luluskan oleh Menteri Kewangan sewaktu itu yang kini menjadi pemimpin utama mereka, persoalan seharusnya dituju kepada orang pertama yang meluluskan kalau benar ingin menolak perjudian itu dan bukan untuk kepentingan politik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan