Jumaat, 1 Februari 2013

Kalimah Allah hak Islam

Penganut-penganut agama lain tidak mempunyai hak untuk menuntut kesamarataan dalam soal beragama termasuk penggunaan kalimah suci Allah kerana tindakan seumpama itu amat bertentangan dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan negara ini. Sehubungan itu bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim meminta penganut-penganut bukan Islam sedar tentang kedudukan tersebut terutama kedaulatan Islam sebagai Agama Persekutuan supaya mereka lebih bijak membawa diri dengan tidak menyentuh isu-isu sensitif. Beliau berkata, penggunaan kalimah Allah sememangnya amat berkaitan dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan langkah mempertahankannya daripada dicemari oleh pihak tidak bertanggungjawab merupakan satu jihad yang perlu digalas oleh seluruh umat Islam negara ini. ''Hanya Islam sahaja Agama Persekutuan dan bukannya agama Kristian, Buddha atau Sikh. Penganut-penganut agama lain harus sedar tentang kedudukan ini dan sebab itu mereka tidak boleh menuntut hak kesamarataan dalam soal beragama,'' katanya. Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan ringkas selaku Pengerusi Sekretariat Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Persekutuan selepas pembentukan rasminya di Masjid Negara di sini hari ini. Hadir sama Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dan Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) Ismail Mina Ahmad. Bercakap kepada pemberita selepas majlis pembentukan sekretariat itu Ahmad Fairuz berkata, Perlembagaan tidak menghalang penganut bukan Islam mengamalkan agama masing-masing tetapi hendaklah dibuat secara aman damai ''Usaha mereka hendak menggunakan kalimah Allah merupakan satu perkara yang sensitif bagi orang Islam dan kemungkinan boleh mencetuskan perbalahan dan juga perkara-perkara yang tidak diingini. ''Ini bererti penganut-penganut agama lain itu telah tidak mengamalkan agama mereka secara aman dan damai,'' katanya. Dalam perkembangan sama, Ahmad Fairuz mengakui sejak negara merdeka lebih 50 tahun yang lalu beliau tidak pernah melihat bagaimana Islam telah dicemari dengan begitu hebat. ''Sebagai seorang Islam saya sendiri terasa amat sangat. Jika kita sebagai seorang Islam tidak mempertahankan hak kita sebagai muslimin apa ertinya kita sebagai seorang Muslim. ''Saya rasa kebanyakan orang Islam akan mengatakan kita perlu berjihad dalam hal hak kita telah dipermainkan, diperlekehkan dan cuba dicemarkan oleh penganut-penganut agama lain,'' katanya. Sementara itu, beliau turut menarik perhatian pemberita bagaimana Kamus Dewan turut merujuk perkataan God kepada tuhan. ''Sebentar tadi saya melihat kamus dwibahasa menyatakan perkataan God itu merujuk kepada tuhan dan tidak menyatakan Allah tetapi ada juga disebut salah satu pengertiannya merujuk kepada Allah namun khusus untuk Islam sahaja. ''Dalam kamus sendiri telah menjelaskan Allah itu hanya untuk Islam, jadi orang bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah,'' ujarnya. Beliau turut menyentuh mengenai pelaksanaan Enakmen Kawalan Agama Bukan Islam di 10 negeri yang antara lain mengharamkan penganut-penganut agama lain daripada menggunakan kalimah Allah. ''Cuma saya memikirkan mengapa kita tidak menguatkuasakan undang-undang yang telah dibuat di 10 negeri ini. Mungkin juga tiada laporan dibuat. ''Saya fikir jika laporan dibuat sudah tentu penyiasatan akan dibuat oleh pihak polis dan sekiranya ada kes pendakwaan boleh dijalankan. Isu ini sebenarnya amat sensitif dan boleh membangkitkan kemarahan orang Melayu dan Islam khususnya,'' ujarnya. Menjawab satu soalan beliau berkata, tindakan penganut agama lain membawa isu penggunaan kalimah Allah itu ke mahkamah mungkin ada motif tertentu. ''Mereka tahu Allah itu hak Islam namun mereka tetap pergi ke mahkamah untuk mendapatkan deklarasi daripada mahkamah bahawa Allah bukan hak orang Islam sahaja. ''Kalau Allah bukan hak orang Islam mengapa ada Enakmen Kawalan Agama Bukan Islam di 10 negeri. Saya tidak tahu mengapa mereka tidak guna nama tuhan tetapi mahu juga guna nama Allah. Mereka tahu tuhan mereka 'Trinity' tetapi Allah di dalam Islam adalah bersifat Esa (Ahad) seperti mana surah al-Ikhlas. Mungkin ada motifnya,'' katanya lagi.

MENANTI PEMBUBARAN PARLIMEN...

MENANTI PEMBUBARAN PARLIEMN yang semakin hampir, setiap pihak samaada parti pemerintahr mau pun pembangkang sedang membuat perhitungan dan percaturan sendiri dan pelbagai spekulasi semakin kuat kedengaran dan setiap pihak mempunyai hujah kukuh untuk mengambil tempat dalam pilihanraya kali ini. Kemana saja Perdana Menteri Najib menjelajah dan bertemu pemimpin dan rakyat, antara persoalan yang kerap di ajukan ialah bila tarikh pembuburan dan siapa yang akan di pilih sebagai calon. Sebagai pemimpin yang berpengalaman luas dalam mengendalikan beberapa pilihanraya umum mau pun pilihanraya kecil sebelum ini, tentunya dalam senyuman menjawab soalan soalan liar itu, PM sudah tentu mempunyai jawapan tepat yang bersesuaian bila dan waktu yang sesuai untuk membubarkan Parlimen. KIta tidak harus lupa, sebelum menduduki kerusi PM, Najib adalah bekas Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ketua Pemuda UMNO yang biasanya memegang amanah dan peranan penting dalam mengendalikan jentera mana mana pilihan sebelum ini. Tentunya, apapun alasan dan perhitungannya PM, keputusan itu sama sekali tidak di dorong oleh desakan dan tuduhan melulu dari puak pembangkang yang hanya melihat pembuburan Parlimen sebagai jalan untuk mengambil alih kuasa dan menguasa Putrajaya sedangkan bagi PM pembuburan harus mengambil kira perhitungan untung nasib orang Melayu dan rakyat negara ini keseluruhnya. Tuduhan BN takut kehilangan kuasa dan tidak bersedia adalah satu provokasi semata mata bagi menunjukkan kerajaan BN lemah dan puak pembangkang semakin kuat dan sudah bersedia keselurunnya. Tetapi beberapa kenyataan pemimpin pembangkang akhir akhir ini jelas membuktikan mereka bukan saja tidak bersedia malah sudah "pancit" untuk menghadapi gelombang besar PRU ke 13 kali ini.
Pembahagian kerusi sesama pembangkang, pertembungan sesama sendiri dan penentu pemimpin utama untuk mengetuai gagasan pembangkang juga masih lagi belum dimuktamatkan, dalam DAP yang mahukan Anwar sebagai Perdana Menteri jika mereka memenangi pilihanraya kali ini, PAS masih berharap Presiden mereka, Datuk Haji Hadi adalah calon yang paling layak. DIsamping itu, isu yang jelas tidak wujud sefahaman sesama mereka juga antara perkara yang tidak boleh dibendungkan lagi seperti pengunaan istilah ALlah oleh bible yang maana pada awalnya nampak masing masing sependapat tetapi akhirnya wujud pencanggahan antara PAS dan DAP. Malahan isu itu juga mencetuskan salah faham dan tidak sefahaman sesama sendiri dalam kepimpinan PAS sendiri antara puak yang mesra Anwar dengan kepimpinan ulama dalam PAS. dan perkara ini tidak mampu di bendung lagi hinggakan Haji Nik Aziz ddan Haji Hadi kena akur kepada keputusan Majlis Syura mengenai perkara berkenaan. Begitu juga bila MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang gagap dan panik terus mengumumkan untuk membubarkan DUN selepas Cap Goh Meh kemudian menafikan perkara itu dengan mendakwa kenyataan tersebut sekadar main main saja. Satu kenyaatan keanak anakan yang jelas tidak matang itu sekaligus mereka masih dalam kekeliruan dan mulai takut pada bayang bayang walaupun sering mendakwa PM Najib lambat membubarkan Dewan kerana takut. Hakikatnya, pihak pembangkang yang lebih takut menghadapi kenyataan. Begitu juga perhimpunan 1 juta rakyat hanya mampu menarik tidak sampai 10 peratus itu gagal untuk menjadikan plaform untuk meraih simpati rakyat. Kalau benar mereka sudah kuat, perhimpunan sepert itu tidak perlu diadakan lagi..apa yang patut di buat memberi fokus kepada persiapabn terakhir menjelang pilihanraya. Apapun keadaannya, ini jelas membuktikan kekuatan pembangkang hanya lebih kabar dari rupa dan ada yang mulai terasa bahang kesukaran untuk menjejak kaki ke putrajaya...dan masing masing sekadar Menanti Pembuburan Parlimen untuk melepaskan dendam terhadap kerajaan.