Ahad, 31 Mac 2013

PRU 13: PAPA GOMO CABAR PAPA HOMO

ANWAR Ibrahim bakal berdepan dengan pendedahan demi pendedahan tentang kebejatan moralnya apabila ada usaha untuk memujuk PapaGomo supaya bersetuju bertanding menentang Anwar dalam Pilihanraya Umum Ke 13 nanti malah menurut mereka,demi perjuangan untuk rakyat PapaGomo harus memburu Anwar hingga ke lubang cacing sebelum lebih ramai lagi rakyat negara ini terpedaya,tertipu dan diperbodohkan oleh Anwar dan sekutunya. Menjadi tanggungjawab dan amanah besar kepada PapaGomo sebagai orang yang mula-mula mendedahkan wajah-wajah munafik Anwar untuk terus membongkar perlakuan seks songsang,kecurangan seorang suami,penipuan seorang bapa terhadap anak-anak dan lebih penting adalah penipuan demi penipuan yang direkayasakan oleh Anwar untuk mengeliru serta membohongi rakyat jelata. Menurut Saudara Hamidzun Khairuddin,Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor atau GAPs,selain daripada rakyat dan kepimpinan yang sedia ada berusaha untuk menyakinkan rakyat bahawa Anwar bukan seorang pemimpin yang baik serta tidak layak menjadi Imam kepada seluruh makmum dalam negara ini,PapaGomo juga mempunyai tanggungjawab yang cukup besar bagi menelanjangi warna serta batang tubuh Anwar secara keseluruhannya dan selepas itu menyerahkan kepada rakyat yang celik mata hatinya untuk menilai selebihnya. “Kita bersedia untuk melancarkan tabung kutipan bagi menampung kos pilihanraya sekiranya PapaGomo bersetuju bertanding untuk menentang Anwar di mana-mana sahaja kawasan Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri yang Anwar pilih untuk bertanding. “Untuk permulaan kepada gerakan ini, GAPs bersetuju untuk menyumbang sebanyak RM1,000 dan kita akan melancarkan secara rasmi tabung kutipan ini demi menyediakan dana kewangan untuk PapaGomo bertanding menentang Anwar Ibrahim,” kata Hamidzun sewaktu dihubungi. Menurut Hamidzun yang juga seorang Peguam dan aktivis politik terkenal tanahair,selain mendedahkan melalui blognya,PapaGomo tidak harus memberikan peluang untuk Anwar bergerak bebas berkempen untuk diri beiau dan partinya sedangkan hakikatnya setiap kali Anwar buka mulut untuk berceramah ataupun bercakap,segalanya adalah bohong belaka dan kesediaan PapaGomo untuk bertanding akan membuatkan Anwar ditimpa masalah ataupun musibah yang lebih besar. “Landasan terbaik untuk PapaGomo ketika ini adalah bersetuju untuk menentang Anwar demi kelangsungan perjuangan PapaGomo yang selama ini berjaya membongkar segala salah laku termasuk skandal seks Anwar dan rakyat sedang menunggu pendedahan selanjutnya.Paling penting Anwar mesti dikubur serta partinya ditalkinkan dalam PRU13 ini,”tegas Hamidzun lagi sambil menambah bahawa beliau yakin sebahgian besar rakyat Malaysia ini berada bersama-sama dan menyokong segala pendedahan PapaGomo selama ini. “Taktik Anwar menyaman PapaGomo sebanyak RM10 juta itu hanyalah usaha beliau untuk menutup mulut PapaGomo daripada terus mendedahkan siapa dia sebenarnya.Itu taktik bacul yang Anwar amalkan.Takut untuk berdepan dengan realiti,takut rakyat lebih tahu siapa beliau sebenarnya. `Sekiranya PapaGomo memilih untuk bertanding menentang Anwar dalam PRU13 ini samada di Permatang Pauh ataupun dimana-mana sahaja akan memberikan ruang yang lebih besar untuk PapaGomo menelanjagi satu persatu topeng-topeng munafik yang sedang Anwar pakai ketika ini,” ujar Hamidzuan lagi. Menurut Hamidzaun lagi,terpulang kepada PapaGomo untuk menggunakan lambang apa pun atau parti apa sekalipun dan sekiranya PapaGomo menang menentang Anwar dalam PRU13 nanti,ianya akan mencatat sejarah tersendiri dan akan dikenang sampai bila-bila. "Andai pun beliau kalah tetapi sekurang-kurangnya beliau telah memberikan bukti secara langsung kepada rakyat siapa Anwar Ibrahim sebenarnya dan PapaGomo sudah tidak bersalah sekiranya rakyat terus mengundi Anwar walaupun Anwar seorang pemimpin yang tidak bermoral,:ujar Hamidzun lagi sambil menambah bahawa pihaknya hanya menunggu persetujuan PapaGomo sahaja sebelum meneruskan usaha mengisi Tabung PRU13 bagi membantu PapaGomo. Petikan: Sanggahtokjanggut

PRU 13: Peluang untuk singkirkan veteran pembangkang- Tun M

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah masa terbaik untuk rakyat negara ini menamatkan karier politik tiga pemimpin veteran pembangkang. Mereka yang dimaksudkan ialah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Gesaan itu dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa berucap pada program Bicara Perdana Bersama Pemimpin Ulung di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permas, di sini malam tadi. "Anwar sejak awal lagi tidak pernah memperjuangkan agama dan bangsa, baru tiga hari masuk UMNO minta jawatan Ketua Pemuda, lepas itu mahu Naib Presiden kemudian Timbalan Presiden sampai saya Presiden sendiri pun nak lawan. Sampai sekarang gila-gila nak jadi Perdana Menteri. "Kit Siang pula sibuk mahu orang 'change', Barisan Nasional dah berapa kali 'change' dah... dia di situ juga. Patut dia kena buat dulu. Jadi orang Johor perlu ganyang Kit Siang, biar PRU-13 jadi hari terakhir politik dia. "Nik Aziz pula bagaimana boleh gelar diri ulama jika mengatakan Tuhan mencarut, Nabi Muhammad sama seperti orang kampung biasa dan tidak perlu sambut Maulud. Tapi hari beranak dia, Karpal beri kek dan sambut pula," katanya. Sehubungan itu, Mahathir menyeru rakyat menolak pakatan pembangkang yang jelas hanya 'bersatu di permukaan' walaupun hakikatnya mahu menipu sesama sendiri. Menurutnya, tidak seperti BN yang ikhlas berkongsi kuasa dan kekayaan negara sejak merdeka lagi, tanpa berpura-pura dan tidak berlawan sesama sendiri malah calon yang bertanding mendapat undi semua parti komponen bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya untuk bina kerajaan. "Bila mereka (pembangkang) menang... Kalau mereka menanglah... Mereka akan kelahi sesama mereka. Kalau mereka kalah... Dan tahu akan kalah... mereka mahu cetus tunjuk perasaan dan demonstrasi sepanjang masa. "Dia (Anwar) memang 'expert' kalau tunjuk perasaan, dulu dalang demonstrasi pada tahun 1974 kononnya ada rakyat mati kebuluran di Baling, kemudian selepas dipecat 1999, lepas itu Bersih. Saya bukan jenis bertaruh, tetapi saya bertaruh 10 sen yang dia akan tunjuk perasaan," katanya.

MASA BERSAMA KELUARGA

Saya mengambil peluang untuk mengisi masa lapang pada hari Ahad ini dengan menikmati makan tengahari bersama keluarga saya di Little Penang Café, The Curve sebentar tadi. Keluarga adalah segala-galanya bagi saya dan sebab itulah saya cuba meluangkan masa untuk bersama mereka. Kami sekeluarga seronok kerana berpeluang menikmati makanan tempatan yang digemari oleh setiap daripada kita sebagai rakyat Malaysia. Saya memilih untuk menikmati Assam Laksa sebentar tadi dan ia sangat menyelerakan. Kita cukup dikenali di seluruh dunia dengan pelbagai makanan tempatan yang menyelerakan. Dalam kesempatan itu, saya melihat ramai daripada anda rakyat Malaysia juga turut mengambil peluang cuti hujung minggu untuk bersama keluarga. Syukur Alhamdulillah kerana negara kita kekal aman dan ini membolehkan kita bebas untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Terima Kasih Malaysia...!!