Isnin, 11 April 2011

Sedikit catatan pengalaman membuat liputan Anwar



Terlebih dahulu nak ucap terima kasih dan tahniah kepada wartawan dari TV3 yang membuat liputan sidang akhbar Ketua Pembangkang, Anwar Ibarhim di Kuching baru baru ini.

Kepetahan Anwar menjawab soalan wartawan wanita itu, membuktikan tidak rugi gabungan pembangkang memilih anugerah tuhan itu untuk menjadi ketua mereka kerana kemampuan dia memutar belit soalan dan menghemtam wartawan sebegitu.

Ketua Pembangkang yang dilahirkan selepas isu "menodai teruna" saiful memang terkenal dengan kepetahannya dalam menangani pelbagai isu dan melepaskan kesalahan kepada orang lain.

Malahan kebijaksanaan Anwar sebaik sahaja tercetus isu Saiful itu hingga terpaksa diadakan pilihan raya kecil Permatang Pauh semata mata untuk mengaburi mata rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional sahaja memerangkap dia bagi menyekat kemaraan politiknya, cukup untuk mengaburi penyokong fanatiknya.

Begitu juga, Anwar akan terus memainkan isu isu untuk terus menghalalkan tindakan buruk yang sentiasa dilakukanya termasuk dalam isu video lucah ini.

Walaupun isu ini dicetuskan dari kerakusan nafsu sexnya, tetapi dia berjaya mengalih pemikiran para penyokong fanatiknya dengan mendakwa semuanya ini adalah kerja jahat BN.

Inilah untungnya menjadi seorang Anwar, apa sahaja yang dilakukan bukan kerana sikap buruknya tetapi oleh kejahatan BN atau pemimpin UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turun dikaitkan.

Hinggakan tempias nafsunya kepada seorang pelacur Cina tidak menjadi kesalahan tetapi penyokong fanatiknya hanya mempersoalkan tindakan mereka yang mendedahkan aktiviti tidak bermoralnya itu.

Begitu juga bila isu kehilangan jam Omega juga turun ditempiaskan kepada wartawan kecil yang bertanyakan soalan biasa mengenai jam itu dengan menuduh wartawan berkenaan menjadi alat UMNO dan sebagainya.

Sikap suka melepaskan kesalahan sendiri kepada pihak lain itu jelas terbukti dan dapat disaksikan semua rakyat Malaysia yang menonton berita TV3 baru baru ini.

Kemarahan Anwar kepada media tidak terkawal lagi, dan ini bukan lah kali pertama, suami anugerah tuhan ini bersikap sedemikian, apapun yang sebenarnya Anwar berhak memarahi dan menghemtam media kerana dia sendiri adalah seorang yang mempelopori budaya rakus menguasaan media sebelum ini.

Barangkali kerana terlalu takut kepada bayang bayang kerana pernah menjadi "tangan hitam" yang menguasai media sebelum ini, Anwar merasakan apa yang dilakukannya itu sedang berulang semula walaupun ia hanya hantu sendiri yang mengusik dirinya.

Bagi penulis yang pernah menjadi wartawan kecil di era kegemilangan Anwar bukan sahaja dapat melihat malahan mengalami beberapa peristiwa kerakusan kuasa dan egonya terhadap media.

Anwar hanya memandang kecil terhadap wartawan yang bertanyakan seolan yang tidak menguntungkannya malahan, kalau nasib tidak baik wartawan itu bukan sahaja diherdik malahan nyawa kerjaya mereka juga turut menjadi pendek.

Bekas jurugambar RTM, Haji Ismail, pernah mengalami peristiwa yang sama sewaktu pilihan raya kecil Pantai Merdeka dan ramai lagi yang mempunyai pengalaman sendiri
terhadap seorang manusia anugerah tuhan ini.

Malahan ada yang terpaksa bertukar kerusi, tempat dan jawatan apabila silap bertanyakan soalan kepada Anwar. Begitu juga yang sering di alami oleh rakan rakan dari Agendadaily dalam sidang akhbar Anwar sebelum ini.

Jadi itu lah watak Anwar sebenar yang sering menuduh dan berprasangka buruk terhadap wartawan kerana dia lah yang menjadi pencetus kepada penguasaan media sebelum ini terutama sewaktu mula menentang Allahyarham Tun Ghafar Baba untuk menjadi orang no 2 parti dan kerajaan hinggakan di saat saat akhir sebelum di pecat dari UMNO.

Malahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dan Tun Abdullah Badawi juga pernah menjadi mangsa percaturan penguasaan media oleh Anwar

Oleh itu bagi wartawan kecil dari TV3 tadi, itu adalah pengalaman kecil bila berdepan dengar Anwar. Tahniah atas keberanian anda !.