Ahad, 17 Februari 2013

RAKYAT SELANGOR PERLU BANGKIT TUNTUT HAK- NOH OMAR

Barisan Nasional (BN) Selangor menyeru seluruh rakyat di negeri ini bangkit menuntut hak mereka yang telah dinafikan oleh kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang. Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, kebangkitan itu dilihat perlu memandangkan kerajaan negeri yang ditadbir Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas telah pun berjanji untuk membantu rakyat dengan menawarkan pelbagai insentif serta bantuan seperti mana yang terkandung dalam manifesto mereka pada pilihan raya umum 2008. Tegas beliau, keengganan pentadbiran negeri melaksanakan janji mereka seperti pemberian air percuma kepada pengguna meter pukal, memberikan elaun kepada ibu tunggal, menurunkan cukai pintu serta memberi bantuan kepada kanak-kanak pra-sekolah jelas membuktikan kerajaan Selangor pada hari ini tidak bertanggungjawab serta tidak menghormati rakyat. <
b>"Rakyat ada hak untuk tuntut kerana kerajaan negeri telah berjanji. Namun, kita lihat pada hari ini kerajaan negeri mahu berlawan dengan rakyat apabila mereka dituntut melunaskan janji-janji seperti yang terkandung dalam manifesto pilihan raya umum lalu. "Sepatutnya, kerajaan negeri berusaha menunaikan janji mereka kepada rakyat sebelum ini, bukannya mencari helah lebih-lebih lagi apabila rakyat telah bangkit membuat tuntutan mereka di mahkamah.
"Kerajaan negeri kena faham bahawa rakyat Selangor sebelum ini telah memberi kepercayaan sehingga PKR, DAP dan Pas berjaya menubuhkan kerajaan negeri. Jangan ingat mentadbir negeri semudah membuat janji bintang, bulan tapi tak dilaksanakan atau hanya guna lidah dan air liur semata-mata," katanya. Dalam perkembangan lain, Noh yang turut merangkap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut mencabar Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan negeri, Teresa Kok menyenaraikan jumlah projek pelaburan yang telah dibawa masuk sendiri oleh kerajaan negeri bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun lalu. Cabaran itu dikemukakan beliau susulan pengumuman Teresa pada 14 Februari lalu bahawa Selangor menerima pelaburan berjumlah RM10.52 bilion dengan 211 projek perkilangan diluluskan dalam tempoh tersebut

ANWAR LAGI TAK GUNA HANYA PENTING DIRI SENDIRI- WEE CHOO KEONG

“Saya juga menyesal dan tersalah tafsir kerana mempercayai Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menerima pujukan Ketua Pembangkang itu supaya bertanding di Parlimen Wangsa Maju pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12).” Demikian jelas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong mengulas kenyataan mohon maaf kepada penduduk kerana meletakkan beliau bertanding di Parlimen itu. Menurutnya, beliau tidak pernah meminta daripada Anwar untuk bertanding dan pernah menolak untuk mewakili PKR kerana tidak mempercayai Ketua Umum PKR itu. “Sewaktu ditawarkan bertanding, Anwar menggunakan orang tengah iaitu seorang kenalan berasal dari Kelantan untuk memujuk saya bertanding. “Kemudian, saya berjumpa dengan Anwar di rumahnya di Segambut dan ketika pertemuan itu, saya minta untuk bertanding atas lambang parti sendiri namun ditolak,” katanya, semalam. Choo Keong ditemui ketika Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Wangsa Maju di Danau Kota yang dihadiri kira-kira 10,000 tetamu semalam. Menurutnya yang juga wakil rakyat Bebas, ketika pertemuannya empat mata itu, beliau menyatakan persetujuannya bagi tawaran bertanding atas tiket PKR dengan harapan Anwar akan berubah sikap. Katanya, jika Anwar tersilap dalam percaturan meletakkan beliau bertanding di Wangsa Maju, beliau juga menyesal kerana mempercayai Anwar yang belum berubah sehingga hari ini. “Anwar seorang yang pentingkan diri dan akan melakukan apa saja dalam agenda menawan Putrajaya. “Beliau hanya bermain politik dan bukan memikirkan masa depan negara dan bangsa,” katanya. Dalam pada itu, Choo Keong berkata, beliau tidak boleh menolak untuk bertanding pada PRU13 setelah melihat sokongan pengundi di Wangsa Maju yang mahukannya meneruskan karier politik di kawasan itu. “Selagi mendapat sokongan rakyat, selagi itulah saya akan terus berkhidmat di sini,” katanya. sumber utaranews.com

BUKTI PAS TIPU LAGI...

Panas je telinga puak - puak Pakatan Haramjadah tu bila dia dengar jawapan yang diberikan oleh Si Corrie Lee ni. Berdesing - desing jadinya. Orang tak hinggin nak berpolitik, tapi diorang pulak yang sibuk - sibuk nak jadikan modal. Nampak sangat la yang diorang ni terdesak sangat. Kot ye pun nak cari publisiti, jangan la cari publisiti murah macam ni. Buat malu je beb!!! PELAKON Gangster Celop, Adam Corrie Lee menafikan dakwaan dirinya sudah menyertai Pas seperti beberapa rakan artis yang lain. Sebelum ini, beberapa entri blog menyebarkan gambar pelakon berusia 45 tahun itu menghadiri sebuah ceramah di Taiping, Perak, minggu lalu. “Saya bukan ahli Pas. Saya nak jelaskan di sini, saya bukan ahli mana-mana parti dan saya tak masuk parti Pas seperti yang didakwa. “Bila masa saya menyertai parti politik? Saya tak nak terlibat dalam dunia politik. Saya memang tak tahu tentang politik, nak campur politik buat apa,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini. Menjelaskan tentang kehadirannya pada ceramah itu, Adam berkata, kehadirannya dan isteri hanya untuk mendengar kuliah Maghrib yang disampaikan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din. “Sebenarnya, saya tak tahu itu kawasan Pas dan saya tak tahu itu ceramah parti politik. Kalau saya tahu, memang sumpah saya tak sampai. Saya tak akan pergi. Memang tak ada kena-mengena saya dengan Pas. Saya hanya pergi untuk mendengar kuliah Maghrib sahaja.
“Secara jujurnya, saya pergi ke sana kerana ada Datuk Dr Haron Din. Beliau beri kuliah Maghrib. Pada masa sama, saya nak berubat juga. Jadi, saya dan isteri pergi sana memandangkan di Kuala Lumpur nak jumpa Datuk Haron Din susah. Kebetulan dia datang ke Taiping, jadi, saya pun pergi ke kuliah Maghrib itu,” katanya yang pulang ke Taiping untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarganya.
Sementara itu, Adam akui tidak mengenali Yang Dipertua Pas Taiping, Mohd Fakharuddin Abd Aziz yang sempat merakamkan gambar bersamanya pada malam itu. “Kereta yang saya letakkan di hadapan kedai dia (Fakharuddin) telah dihalang oleh sebuah van. Jadi, saya tanya kenderaan itu milik siapa. “Salah seorang pekerjanya rujuk YB sebagai pemiliknya. Saya pun pergi jumpa dia untuk minta alihkan van itu. Kebetulan memang ada jurugambar dan YB ajak ambil gambar. Selepas ambil gambar, baru saya diberitahu itu YDP Pas Taiping. Saya memang tak kenal siapa YDP Pas,” jelasnya yang akui terkejut selepas dimaklumkan tentang identiti Fakharuddin. Sumber semuthitam80.blogspot.