Isnin, 1 April 2013

DANA KERAJAAN SELANGOR DI SELEWENG

Selain daripada menerima dana asing negeri Selangor dan Pulau Pinang juga diminta menyediakan dana yang mengcukupi untuk bekalan DAP, PKR dan PAS bagi menghadapi PRU ke 13. Ini kerana kedua-dua negeri berkenaan mempunyai hasil yang lebih berbanding Kedah dan Kelantan. Di Selangor selain hasil daripada kelab-kelab malam dan rumah-rumah urut yang hasilnya diuruskan oleh Ronnie Liu, lombong pasir turut menjadi penyumbang utama kepada dana pilihan raya mereka. Tidak ketinggalan juga kaedah round tripping penyelesaian hutang Talam yang dilakukan Khalid Ibrahim. Kemudian hasil berkenaan diletak nama Geran Selangorku untuk mengaburi mata rakyat. klang_gate_02Dana Geran Selangorku yang berjumlah RM 300 juta dikendalikan sepenuhnya oleh Pejabat Menteri Besar dan tidak melalui Pegawai Kewangan Negeri. Segala keputusan ditentukan oleh Khalid Ibrahim seorang diri. Di sini pun sudah cukup untuk menunjukkan kepada kita bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan geran berkenaan. Tidak lain tidak bukan ianya untuk dana politik mereka. Untuk menghalalkan kegiatan mereka rakyat dikelirukan dengan kerja-kerja penurapan jalan atau kerja-kerja kecil lain di setiap Dun untuk menunjukkan mereka benar-benar menggunakan dana berkenaan untuk rakyat. Namun ada perkara yang rakyat tidak tahu apa yang berlaku di sebalik geran berkenaan, dan wangnya digunakan untuk apa. Hari ini kami di sel13.com akan mendedahkan salah satu kaedah yang mereka gunakan bagaimana wang berkenaan boleh menjadi dana politik mereka. Tahun 2012 sebuah syarikat, Rozz Niaga Enterprise telah menghantar satu kertas kerja projek yang bertajuk REMAJA UNGGUL NEGERI SELANGOR. Motif projek berkenaan adalah melatih remaja-remaja negeri Selangor mengenali potensi diri dan memantapkan mereka agar dapat bersaing dalam arus cabaran masa kini. Selain daripada itu program berkenaan dirangka khusus untuk melengkapkan dan menggerakkan penyertaan remaja untuk menilai kemampuan diri serta menetapkan hala tuju masing-masing bagi melahirkan insan yang berkualiti. Berdasarkan kertas kerja yang dibentangkan, projek ini didapati cuba menerapkan idealogi pembangkang kepada pelajar sekolah. Kumpulan sasaran projek ini adalah pelajar tingkatan 3-5 seluruh Selangor dengan kapasiti 80 pelajar bagi setiap siri. Projek berkenaan dijalankan secara usahasama antara syarikat berkenaan dengan Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan Negeri Selangor. Projek berkenaan diadakan di setiap Dun di negeri Selangor yang berjumlah 56 Dun. Setiap Dun diberi peruntukkan RM 60,400.00 untuk program berkenaan. Untuk 56 Dun jumlah projek ini bernilai RM 3’382’400.00. Projek berkenaan sepatutnya bermula pada Mei 2012. Malangnya walaupun telah hampir setahun berlalu sehingga kini projek berkenaan belum berjalan, tetapi wang peruntukkannya telah dikeluarkan. Mengikut maklumat yang kami terima wang berkenaan telah disalurkan kepada pihak-pihak tertentu untuk dana pilihan raya mereka. Inilah kaedah mencairkan wang yang dilakukan Khalid Ibrahim untuk menghalalkan wang tersebut melalui projek yang hanya on paper sahaja tetapi tidak dilaksanakan. Itulah sebabnya Geran Selangorku dikawal sepenuhnya oleh Pejabat Menteri Besar tanpa membabitkan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. Supaya senang untuk mereka melakukan kerja-kerja menyebat.Petikan: sel13.com

DIPECAT KERANA MELANCAP

Ketua Penerangan PKR Merbok Saharuddin Hamid yang juga Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani kesal dengan pucuk pimpinan parti PKR yang mengambil tindakan memecat beliau dari parti tanpa diberikan peluang untuk membela diri. "Apa salah saya sehingga dipecat dari parti tanpa memberikan saya peluang untuk mempertahankan diri? Adakah salah saya melancap didalam pejabat saya sehingga menyebabkan pihak parti PKR memecat saya?" Beliau yang ditemubual melalui panggilan talifon agak kecewa dengan pemecatan yang dilakukan tanpa asas ekoran penyebaran gambar gambar beliau yang sedang melakukan onani didalam pejabat PKR negeri Kedah. "Saya hanya melancap dan bukan saya melakukan kesalahan merogol ataupun meliwat. Ada pucuk pimpinan parti lebih teruk dari saya dengan melakukan seks luar tabii beserta bukti video adengan seks tetapi tidak dikenakan apa apa tindakan dari pihak parti PKR." Apabila dirujuk oleh wartawan siapa yang dimaksudkan oleh beliau tentang pucuk pimpinan itu beliau menjawap "Dato Sri Anwar Ibrahim, YB Azmin Ali dan Yb Elizebeth Wong semuanya terbukti jelas melakukan kesalahan dengan bukti video dan gambar namun tidak dikenakan apa apa tindakan oleh pihak parti PKR. Apakah melancap merupakan satu kesalahan jenayah?" Ujar beliau. Saharuddin Hamid yang kini masih lagi memegang jawatan Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani memaklumkan sudah memohon bantuan daripada Ahli Parlimen Sg Petani yang juga Pemimpin PKR Yb Johari Abdul untuk membantu beliau dalam mempertahankan hak beliau dalam membela diri dari pemecatan parti PKR. "Adakah kerana saya hanya berjawatan Ketua Penerangan PKR Cabang maka saya dijatuhi hukuman bersalah sedangkan pucuk pimpinan parti sendiri lebih teruk dari saya yang hanya melancap bersendirian. Yang duduk diatas kebal dari sebarang tindakan, tapi kita yang dibawah ini yang akan menjadi korban". Saharuddin Hamid menjadi tumpuan minggu lalu apabila beberapa blog menayangkan gambar beliau sedang melakukan onani dihadapan komputer didalam pejabat beliau. Gambar tersebut tersebar dan turut dimuat naik dalam blog http://www.1cilipadi.blogspot.com/ yang kemudiannya disebarkan oleh blog blog lain. Pihak kami cuba mendapat maklum balas dari Presiden PKR Datin Sri Wan Azizah bagi mendapat jawapan berhubung kenyataan Saharuddin Hamid tetapi gagal.