Rabu, 6 Februari 2013

PAS TAKUT KELUAR PAKATAN- TUN M

Pas tidak berani keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) kerana bergantung kepada DAP, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau berkata, parti yang memperjuangkan Islam itu akan kekal bersama PR kerana 'menyayangi Karpal'. "Jika Pas keluar daripada PR, parti itu akan kalah. Dia (Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) meraikan hari jadi bersama Karpal (Pengerusi DAP, Karpal Singh) dan menyambut perayaan Thaipusam bersama. "Mereka tidak berani keluar PR, Nik Aziz bercerai dengan Nasha (Nasharudin Mat Isa) tetapi dia tidak mahu bercerai dengan DAP," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Buku bertajuk Antarctica: Malaysia's Journey to the Ice di sini, hari ini.

PAS SAHKAN WUJUD PERBEZAAN PENDAPAT

PAS mengesahkan wujudnya perbezaan pendapat dalam gagasan Pakatan Rakyat sejak kebelakangan in, bagaimanapun ianya tidak memudaratkan kerjasama antara mereka. Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk MUstafa Ali, perbezaan pendapat adalah perkara biasa dalam mana-mana kerjasama politik baik PR mahupun Barisan Nasional (BN) sendiri. Namun katanya, dalam banyak perkara, ikatan PKR, DAP dan Pas sentiasa mencapai kata sepakat dan mempunyai banyak persamaan. "Kita akan terus dengan PR, tidak timbul isu Pas mahu bersendirian, Pas akan terus bersama PR bagi hadapi Pilihan Raya Umum ke-13. Sebelum ini, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menggesa Pas supaya keluar dari PR dan bergerak secara bersendirian bersandarkan kekuatannya jika ingin terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam.
Nasharudin juga mendakwa PR telah melanggar syarat tahaluf siyasi hingga mengusik kesucian Islam susulan tuntutan DAP supaya kalimah ALLAH dibenarkan digunakan dalam Bible berbahasa Melayu. Dakwa Nasharudin lagi, pengaruh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melemahkan Pas susulan campur tangannya dalam hal ehwal dalaman dan pentadbiran parti itu. Ahli Parlimen Bachok itu menyesyorkan supaya Pas menjauhkan diri daripada anasir luar berkepentingan peribadi termasuk pihak yang memiliki ikatan tahaluf siyasi jika mahu mengekalkan asas perjuangannya.