Rabu, 20 April 2011

Video lucah sudah masuk masjid




Di sini MiM sertakan artikel pembaca media perdana yang mendedahkan sesetengah pihak yang memperalatkan khutbah Jumaat untuk mempertahankan Anwar Ibrahim dan isu video lucah kontroversi.

Sila baca:-

ISU video lucah melibatkan individu yang dikatakan mirip seorang pemimpin pembangkang telah menarik perhatian banyak pihak. Pelbagai cara nampaknya digunakan untuk membersihkan nama pemimpin tersebut, termasuklah semasa khutbah Jumaat.

Kejadian ini berlaku pada Jumaat lalu (15 April) di Masjid Jamek Kampung Melayu, Ampang. Khutbah hari itu telah digunakan sepenuhnya oleh khatib untuk mempertahankan isu video lucah yang didakwa membabitkan pemimpin pembangkang itu.

Khutbah pertama pada hari itu pada awalnya menerangkan apa erti hasad dengki dan fitnah dengan menerangkan serta mengambil iktibar bagaimana iblis tidak senang apabila Allah mencipta Nabi Adam dan berikrar untuk menentang manusia hingga hari kiamat. Banyak ayat-ayat al-Quran digunakan dalam khutbah pertama yang berlangsung selama 15 minit.

Pada bahagian kedua khutbah pertama itu, khatib sempat menyelitkan isu terkini iaitu video lucah. Khatib terbabit menerangkan bahawa terdapat dua senario melalui video lucah itu. Yang pertama, sekiranya video lucah itu tulen dan pelakonnya juga tulen, tetapi cara dan mekanismenya adalah bertujuan khianat bagi mengaibkan pemimpin pembangkang.

Khatib itu berkata, perbuatan itu adalah bersifat khianat dan hasad dengki serta menganggapnya sebagai satu fitnah. Khatib sempat juga mempertahankan tokoh pembangkang berkenaan dengan mengatakan pendekatan mengaibkan ini serupa dengan modus operandi yang didakwa digunakan oleh pemerintah pada tahun 1998.

Malah, khatib itu turut mendakwa pelakon dalam video itu bukan pemimpin parti pembangkang itu. Sebaliknya beliau menegaskan, pemimpin pembangkang tersebut telah difitnah dengan begitu kejam.

Beliau sempat mengajak jemaah supaya mempercayai kata-kata Datin Seri Wan Azizah bahawa hanya seorang isteri sahaja yang tahu bentuk badan suaminya. Pada ketika ini, saya sudah menutup telinga kerana tidak berminat mendengar khutbah tersebut.

Tiba-tiba seluruh hadirin di masjid itu dikejutkan dengan jeritan seorang makmum yang berkata ke arah khatib, "Hoi cukuplah. Di sini bukan untuk berkempen politik".

Saya mengenengahkan isu ini kerana Sultan Selangor telah pun bertitah sebelum ini tidak membenarkan mana-mana pihak menggunakan masjid yang sepatutnya menjadi tempat ibadah sebagai pentas politik individu tertentu.

Saya percaya makmum yang menghadiri khutbah Jumaat lalu kesal. Namun mereka tidak mempunyai pilihan lain ketika itu selain menunggu 'khutbah' tersebut kerana menunaikan solat Jumaat adalah satu kewajipan bagi saya dan makmum Islam yang lain.
Petikan; Blok MIM

CATATAN NOTA KAKI:Pengalaman yang dilalui oleh penulis email berkenaan, bukanlah sesuatu yang terpercil, penulis sendiri mengalami peristiwa itu bukan sahaja sekali malahan dua kali, satu peristiwa dalam kuliah subuh dan satu di kuliah maghrib.

Ustaz yang memberi kuliah tersebut turut mengulas itu video sehingga tepuk meja tanda geramnya dengan tindakan "Mereka" yang membuat fitnah terhadap pemimpin pembangkang itu.

Cara ustaz berkenaan berpersoal isu tersebut, seolah olah dia sudah melihat video itu dan mengesahkan pelakunya bukan pemimpin pembangkang yang dimaksudnya.

Malahan lebih jauh dari itu ,ustaz itu berani mengeluarkan fatwa dan ayat ayat Quran yang ditujukan kepasa Trio Datuk T itu dan mempertahankan pemimpin pembangkang itu.

Apakah nanti sekiranya dakwaan yang dibuat oleh Trio Datuk T itu benar, mampukah ustaz itu menarik balik fatwa yang dikeluarkan itu dan apakah mereka sanggup secara terbuka mengaku kesilapan yang dilakukan !

JIka mereka tidak mampu berbuat demikian, sebenarnya siapa yang membuat fitnah dan siapa yang menjadi maangsa fitnah dan apakah mereka sanggup menghukum atau mengutuk pelaku dalam video itu !.

Kami tidak takut didakwa" Trio Datuk T



Trio "Datuk T" hari ini mendedahkan bahawa mereka tidak sedikit pun takut untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang di bawah Syeksen 292 Kanun Keseksaan, kerana menayangkan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Semua trio tersebut, iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim berkata, mereka sudah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan.

Mereka juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat dimana sahaja termasuk didepan Ka'abah, bagi membuktikan pendedahan mengenai rakaman video seks tersebut adalah benar membabitkan ketua pembangkang tersebut, sebagaimana yang di dakwa.

Syabas "Trio Datuk T" anda bertiga orang yang berani demi sayangkan
Negera Malaysia dari diterajui oleh seorang pemimpin yang mengamalkan
sikap keperibadian yang buruk.

Shazly Eskay ketika dihubungi berkata, beliau tidak akan sesekali membantah sebarang tindakan undang-undang, jika benar pihak Peguam Negara mahu mendakwa tirio Datuk T di mahkamah, atas kesalahan memiliki serta mengedar rakaman video seks berkenaan.

"Kami serah sepenuhnya kepada pehak polis dan Peguam Negara,. Di pihak kami, apa jua keputusan dan arahan pihak berkuasa kami akan patuh termasuk pergi ke mahkamah. Kami akan memberi kerjasama 100 peratus kepada semua yang terlibat kerana kami sedar ini adalah perjuangan demi kebenaran.

"Oleh itu, kami bukan sahaja sanggup ke mahkamah tetapi kami juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat dimana sahaja termasuk di depan Ka'abah. Ini kerana saya yakin, kami di pihak yang benar dan tiada sebarang keraguan kerana lelaki itu memang Anwar." katanya, disini hari ini.

Alamak Al-juburi sudah naik haji ya dong, kapan perginya tidak
di umumkan. Pastinya sudah sumpah laknat di depan Ka'abah ya?
loo..belum lagi katanya, dia cuma baru mangan sesumpah aje
kate nye

Dalam pada itu, Shuib pula memberi tahu, pihaknya memang sedar akan risiko perundangan yang terpaksa di hadapi kerana pendedahan itu tetapi menegaskan, perjuangan menyedarkan rakyat mengenai moral adalah lebih penting berbanding kebimbangan dikenakan hukuman oleh mahkamah.

Katanya, atas niat yang murni tersebut jugalah sehingga kini, semua trio Datuk T tidak mendapatkan sebarang khidmat peguam bagi menghadapi kemungkinan pendakwaan kerana yakin, Allah akan menolong golongan yang berjuang untuk mengelak negara ini dari di perintah individu tidak bermoral.

"Pada saya, pendedahan ini bukan bertujuan mahu mengedarkan rakaman video seks tetapi untuk membolihkan rakyat menjadi saksi. Kalau ingin mendengar, rakaman tersebut sudah di cetak sebanyak 20,000 salinan tetapi hingga kini hanya 15 individu sahaja yang dibenarkan menontonnya," kata beliau.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata, jika Shazly Eskay sanggup melakukan sumpah laknat termasuk didepan Ka'abah, Anwar selama ini menampilkan imej Islamik di mata masyarakat juga perlu ada keberanian dan kepercayaan tersebut, dalam mencari kebenaran sebagai di tuntut oleh ugama Islam.

Sambil mengakui bahawa dirinya juga sudah bersedia untuk menerima apa juga keputusan Peguam Negara, bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, beliau juga sanggup berdepan dengan Anwar dalam apa juga situasi, selepas ketua pembangkang itu bermati-matian menafikan beliau terlibat dalam aksi video seks itu,-Utusan Online.