Rabu, 5 Mei 2010

BN tetap tunai janji- Noh



Pengerusi Penyelaras janji janji Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Noh Omar memberi jaminan setiap janji yang dibuat Barisan Nasional sepanjang kempen pilihan raya itu akan dilaksanakan.

Menurut beliau, semua janji tersebut akan tetap dilaksanakan selewat lewatnya menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti.

Beliau yang juga, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor berkata, beberapa agensi yang terbabit juga telah menjalankan kerja kerja bagi melaksanakan apa yang dijanjikan kepada rakyat.

"Syabas telah membuat bajet RM1.4 juta untuk sistem pemasangan meter individu dan membetulkan sistem saluran paip air."katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut di Shah Alam.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Hulu Selangor yang baru, P Kamalanathan.

“Kita juga mendapati sistem pendawaian yang banyak terabai di bangunan dan apartment yang ditinggalkan dan ia boleh mendatangkan bahaya. Kita akan menghubungi TNB supaya memeriksa keselamatan sistem pendawaian di apartmen-apartment yang tertinggal itu dan berharap ia dapat diduduki semula oleh penghuni.

Noh berkata, pemulihan Bukit Beruntung serta perlaksanaan beberapa janji yang dibuat sebelum dan semasa PRK Hulu Selangor akan menjadi rangka kerja (blue-print) bagi kerajaan Barisan Nasional untuk menghadapi PRU ke-13.


Menurut Noh, dalam mesyuarat berkenaan, beliau dapati banyak janji yang dibuat sebelum PRK tidak dilaksanakan sama ada kerana tidak ada susulan atau wakil rakyat sebelumnya tidak sempat menunaikannya sebelum kepimpinan berubah tangan.

“Apabila PM melantik saya sebagai Menteri Pemantau, dia minta saya membuat susulan terhadap janji-janji yang tidak atau belum tertunai,” kata Noh yang turut mengumumkan beberapa peruntukan yang telah diluluskan, antaranya RM3.1 juta untuk pembangunan 13 kampung orang Asli di kawasan parlimen Hulu Selangor.

“Selain itu kerajaan juga telah meluluskan peruntukan untuk membina masjid, surau, kuil, tokong serta sekolah Cina, Tamil dan Agama (KAFA) yang mesti disiapkan sebelum PRU ke-13.

“Sebelum ini kerajaan telah meluluskan peruntukan RM500,000 untuk menubuhkan Permata di Kampung Sungai Buaya. Kini kami sedang dalam proses mencari tapak yang sesuai. Kerajaan juga telah meluluskan RM100,000 untuk baiki tapak kawasan peladang di Kuala Kubu Bahru.

“Berdasarkan konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Tak kira siapa juga mohon peruntukan, apabila kita lulus bermakna kita utamakan rakyat,” katanya.

NOTA KAKI: Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dan mengamalkan gagasan Rakyat Di dahulukan Pencapaian Diutamakan, segala apa yang dijanji akan dikotakan, malahan langkah ini juga tidak boleh dianggap sebagai gula gula politik.

Menyalurkan pembangunan secara berterusan menjadi program tradisi kerajaan tanpa mengira fahaman politik atau hanya menjelang musim pilihan raya.

Mengamalkan sikap "cakap tak serupa bikin" dan hanya muncul menjelang pilihan raya harus di tolak rakyat dengan tegas.

Bagi Datuk Zaid Ibrahim yang tidak diterima pengundi Hulu Selangor, apa yang dilakukan dan sudah berapa kali mengunjungi Hulu Selangor untuk bertemu mereka yang memilih untuk mengundi beliau.

Perjalanan dari kediamannya ke Hulu Selangor hanya memgambil masa 45 minit sahaja dan sebagai seorang ahli politik sepenuh masa sudahkah beliau melawat kembali Bukit Beruntung, Pekan Kuala Kubu dan masyarakat Cina de Pekan Ulu Yam.?