Selasa, 25 Mei 2010

Lagi isu biadap keluarga Samy...


PEMUDA MIC UGUT KAJI SEMULA KEDUDUKAN DALAM BN

Jika kelmarin anak Samy Vellu, Vell Paari buat hal dengan menuduh UMNO terlibat hendak menjatuhkan bapanya, semalam Ketua Pemuda MIC, T. Mohan pula, yang baru setahun jagung dalam politik berkata, MIC tidak akan teragak-agak mengkaji semula kedudukannya dalam Barisan Nasional (BN) jika dakwaan itu benar.

Memang kurang ajar betul si Mohan ni. Siapa dia nak ugut UMNO dan siapa dia nak ugut BN?

Apa yang dia tahu tentang sejarah perjuangan UMNO dan BN, bahkan apa yang dia tahu tentang sejarah perjuangan MIC sehingga sesuka hati nak mengeluarkan kenyataan BUSUK seperti itu?

Apa masalah Mohan sehingga nak paksa UMNO menjelaskan tujuan penyewaan sebuah dewan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada hari pelancaran gerakan menyingkirkan Samy Vellu itu?
Suka hatilah siapa nak sewa dewan itu yang dia nak sakit hati sangat kenapa?

Selama ini pun dah beribu kali orang menyewa dewan di PWTC tapi kenapa pula kali ini dia beriya-iya sangat nak tahu siapa yang hendak berbuat demikian?

Dia CEO PWTC ka? Dia ada share dalam PWTC ka? PWTC tu harta dia ka?

Mohan berkata demikian bila mengulas kenyataan bekas timbalannya, V. Mugilan yang dilaporkan akan membawa 7,000 ahli GAS pada majlis perhimpunan dan pelancaran pertubuhan itu di PWTC Ahad ini.

Selain Mugilan, dua ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, G. Kumar Aamaan dan KP Samy turut dipecat daripada parti itu semalam kerana turut mendesak Samy Vellu berundur.

Berikutan desakan-desakan berkenaan, anak Samy Vellu, S. Vell Paari yang juga ahli CWC MIC dalam wawancara dengan laman web Free Malaysia Today semalam mendakwa UMNO kini melakukan ‘pembunuhan politik’ terhadap ayahnya dengan turut terlibat dalam penubuhan GAS.

Dalam perkembangan sama, Mohan turut meminta polis supaya tidak mengeluarkan permit bagi membenarkan perhimpunan dan pelancaran GAS.

Katanya, perhimpunan pertubuhan tidak berdaftar itu berupaya memberi implikasi keselamatan kepada orang awam di sekeliling kawasan tersebut.

‘‘Jika mereka kata ada 7,000 ahli serta bekas ahli parti mendesak Datuk Seri (Samy) meletakkan jawatan, saya akan bawa 14,000 ahli Pemuda MIC yang menyokong beliau

(Samy Vellu) tetapi mampukah polis jamin soal keselamatan di sekeliling?
‘‘Lagipun polis pernah membatalkan perhimpunan Hindraf pada 2008 lalu yang memperjuangkan nasib komuniti India sedangkan GAS hanya bercakap mengenai seorang individu (Samy Vellu) jadi saya harap tidak ada double standard dalam hal ini,” katanya.

Sekali lagi Unta Belang nak tanya, siapa dia nak minta polis tidak keluarkan permit untuk perhimpunan itu?

Dia SB kah? Dia OCPD ka? Dia Ketua Polis Negara ka?

Mengenai dakwaan dia boleh bawa 14,000 ahli Pemuda MIC untuk menyokong Samy Vellu, Unta Belang nak tanya sikit, kenapa baru sekarang nak bawa 14,000 ahli itu, masa pilihan raya kecil Hulu Selangor, kenapa tak bawa?

Kenapa masa di Hulu Selangor tempoh hari, UMNO saja yang bersungguh-sungguh, masa tu kenapa tak kerahkan 14,000 ahli yang dikatakannya itu untuk sama-sama membantu jentera BN memenangi kerusi tersebut?

Nampaknya selaku Ketua Pemuda BN, Khairy kenalah ajak si Mohan ni masuk Askar Wataniah.

Dah tak terkawal rasanya disiplin si Mohan ni. Nanti lagi dibiarkan, dia pun sama merapu macam Vell Paari juga

Sekurang-kurangnya bila dia masuk Askar Wataniah, dia boleh faham bagaimana pentingnya kita menjaga disiplin dalam setiap perbuatan kita , tingkah laku kita serta lidah kita.

Kalau tak nak masuk Askar Wataniah pun takpa, Pandu Puteri boleh buka keahlian untuk T. Mohan.

Lagipun setakat berani keluar kenyataan di surat khabar saja tak cukup untuk jadi Ketua Pemuda, apatah lagi jika mempunyai akal yang pendek lagi dangkal seperti abang Mohan kita tu

Ingat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak cakap buruk padahnya!- Malaysia Instinct.

UMNO DI BELASAH TERUK

UMNO di belasah teruk oleh kawan sendiri. Mudahnya politik hari ini. Bila sudah kalah, salahkan orang lain. Bila sudah di benci ahli, salahkan parti lain. Sendiri tengok cermin lah.
Kali ini Semi Value, menjadi manusia yang kacang lupakan kulit. Pepatah-pepatih moden ada sebut, " rumah kata pergi, kubur kata mari". Apa lagi tunggu ? Dah tua berjangut tapi masih tak sedar diri.
Antara punca kekalahan BN dalam PRU 12 lalu adalah sebab Semi Value. Itu sebabnya berderet-deret calon BN-MIC bungkus. Di Sungai Siput bungkus, di Tapah bungkus, di Kapar bungkus, di Kota Raja bungkus.
Apa lagi yang Semi Value mahu tunggu ?? Apa lagi yang Semi mahu negotiate ?? Tak cukupkah ratusan juta yang diangkut dan dirampas dari kaum India, kaumnya sendiri. Cukup lah Semi, orang India menderita dan tidak maju kerana kamu. Kerana kerakusan kamu.
Usia MIC sudah 64 tahun. Semi value jadi raja dalam Mic sudah 31 tahun. Dalam tempoh dia memerintah orang India sangat berpecah-pecah kerana ketamakan dan kemabukan dia berkuasa. Dalam tempoh itu juga Mic menjadi parti yang syok sendiri.
PPP, IPF, MIUP, Parti Makkal Sakthi menjadi pesaing utama Mic sekarang. Manakala dalam Dap dan Pkr sudah ada berpuluh orang India yang menjadi wakil rakyat. Saingan Mic sangat pesat dan sangat kritikal untuk mewakili kaum India.
31 tahun menjadi Presiden parti adalah jangka masa yang sangat lama. Itu satu bukti bagaimana Semi menjadi manusia yang tidak demokratik dalam kepimpinan. Pengukuhan kepimpinan melalui kronisme samada melalui hubungan keluarga atau bekas pegawai menjadi antara punca penolakan masyarakat India kepada Mic.
Dalam hal pendemokrasian kepimpinan ini Mic kena belajar dari MCA yang menghadkan presiden hanya memegang tampuk kuasa selama 2 penggal berturut-turut. Tidak ada cara lain untuk parti di Malaysia menambat hati rakyat kecuali membuktikan mereka mahu berubah kepada kepimpinan yang benar-benar demokratik, transparent dan lebih terbuka.
Publisiti murahan anak Semi yang cuba hendak mengangkat dirinya sebagai bakal Presiden Mic juga tidak membantu meredakan kebencian rakyat kepada Semi Value. Vell Paari ada kepentingan. Dia cakap sebab dia anak Presiden. Dia biadap. Dia kena tanya guru BM dia, apa makna biadap.
Harapan Mic adalah kepada kepimpinan muda seperti YB Kamalanathan. Paari kena belajar menyusur akar seperti YB Kamal. Menembak, membelasah dan memukul UMNO bukan lah cara baik membuka dan memulakan langkah politik dinegara ini. Paari buta sejarah. Paari kena belajar sejarah. Paari jadi boneka bapanya yang sangat desperado sekarang. Sumber Warisan 2057,blogspot.



MUGILAN NAFI CAM PUR TANGAN UMNO

Bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC V Mugilan menafikan Umno adalah "pemandu utama" Gerakan Anti Samy (GAS) yang akan dilancarkan pada 30 Mei ini.

Mugilan berkata gerakan itu merupakan ilhamnya sendiri tanpa campurtangan mana-mana pihak dan beliau tidak memerlukan fikiran pihak ketiga kerana mampu berfikir secara rasional demi kepentingan parti.

"Menuding jari kepada pihak ketiga membuktikan bahawa Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu dan anaknya S Vell Paari yang baru dilantik mengikut jalan belakang (sebagai anggota Jawatankuasa Pusat MIC) mula bimbang dengan sokongan yang saya terima," katanya dalam laman blog GAS di Kuala Lumpur.

Mugilan berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Vell Paari bahawa Umno terlibat dalam perhimpunan GAS Ahad ini.

Mugilan mendakwa bagi mengalih perhatian dan sokongan anggota MIC terhadapnya, Vell Paari cuba menyalahkan pihak ketiga iaitu Umno sebagai punca masalah dalaman MIC.

"Saya hendak nasihatkan beliau, jangan salahkan pentas kalau tidak tahu menari, akur dengan kelemahan diri dan insaf. Parti MIC lebih penting daripada kepentingan diri," katanya.

Mugilan berkata MIC pernah menjadi sebuah parti yang kukuh dan kuat dalam mempertahankan kepentingan masyarakat India tetapi kini ia hanya tinggal sejarah.

"MIC menjadi lemah kerana kepimpinannya yang hanya mementingkan diri dan lemah dari segi strategi politik. Kegagalan Samy Vellu memainkan kuasa politik sebagai 'mengawasi dan menegur' dalam BN adalah punca utama kenapa masyarakat India menjauhi BN," dakwanya.

Beliau berkata masyarakat India kini sudah matang dan mainan silap mata oleh Vell Paari tidak lebih dari satu lawak jenaka.

"Satu-satunya ubat yang paling berkesan untuk memulihkan MIC sekarang adalah pengunduran Samy Vellu dengan segera supaya Timbalan Presiden boleh mengambil alih kepimpinan parti dan merangka strategi politik yang betul dan berkesan," katanya.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan