Selasa, 22 Januari 2013

KEJAYAAN YANG DITAKUTI PUAK PAS...

Barangkali antara berita yang tidak disenangi Encik Anwar Ibrahim dan sekutunya Nik Aziz Nik Mat dan Haji Hadi Awang ialah langkah berani Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjaya menjejak kaki ke bumi Gaza semalam. Kejayaan yang sekaligus mencipta sejarah tersendiri kerana beliau merupakan Perdana Menteri pertama Malaysia yang mengambil langkah berani dan tindakan bijak itu bagi mengadakan lawatan kemanusiaan sambil menawar diri sebagai orang tengah untuk pelan damai Hamas dan Fatah. Mengulas lawatannya itu, Najib menjelaskan beliau mengikut gerak hati apabila mengambil keputusan melawat Gaza kerana ingin melihat sendiri keperitan dan kesengsaraan yang di alami penduduk bumi Palestin itu. Lawatan yang turut sertai isteri dan beberapa menteri kabinet lebih bermakna dengan pelbagai sumbangan yang disalurkan oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini terhadap penderitaan dan tekanan penduduk Gaza. Bagaimanapun PAs yang sering memperlihatkan keprihatinannya dalam membela nasib rakyat GAza hanya lebih berminat mencipa propaganda sendiri dari menyumbang tenaga dan mengambil rasiko untuk berada di negara tertekan itu. Malahan langkah bekas Timbalan Presiden PAS yang turut serta bersama rombongan PM juga tentunya tidak disenangi mereka yang sering melihat kepentingan politik sempit dari perpaduan sejagat. Nik Aziz dan Haji Hadi tentunya akan mencipta isu dan tuduhan baru bagi menafikan kejayaan besar yang di cipta Perdana Menteri itu. Bagitu juga bagi sekutu Nik Aziz, Encik Anwar Ibrahim yang tidak senang dengan langkah berani PM itu akan turut sekongkol dengan Nik Aziz bagi memandang enteng sejarah besar ini. Anwar yang tidak pernah merasa senang dengan apa yang dilakukan PM dan kejayaan demi kejayaan diraih sebagaimana sebelum ini antaranya misi damai bangsamoro, akan mengeluarkan kenyataan sinis bagi menafikan kejayaan itu. Sekaligus akan keluar pula tuduhan baru bagi mengalih isu ini yang mampu mengugat popularitinya yang semakin menurut itu. Sama sama kita tunggu dan lihat apakah pandangan sinis mereka setelah PM berjaya mecipta kejayaan dan membuka laluan damai di negara tertindas itu kerana kerakusan kuasa yahudi...

lagi dari GAZA...

PM Palestin Ismail Haniyeh & PM Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, Menteri Luar Dato' Seri Anifah Aman & Menteri di JPM Jamil Khir Baharom berdoa bersama di depan bangkai kereta almarhum Ahmed Al-Jaabari yg terbunuh dibom Israel, dalam lawatan PM Malaysia ke Gaza.

NAJIB CIPTA SEJARAH DI GAZA

Alhamdulilah dan sekalung tahniah.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selamat sampai ke bumi Gaza hari ini. Dengan kunjungan tersebut, Najib menjadi PM yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin . Najib tiba di kawasan sempadan Rafah di wilayah Palestin kira-kira 10.40 pagi (waktu tempatan) atau kira-kira (4.40 petang waktu Malaysia). Ketibaan Najib disambut Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh, di kawasan sempadan. Lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, dan Palestin berkumandang selepas itu. Najib juga memeriksa kawalan kehormat Pasukan Polis Palestin. Sebelum itu, Najib menempuh perjalanan sejauh 55km dari lapangan terbang El-Arish di Mesir ke kawasan sempadan Rafah. Selepas memeriksa kawalan kehormat, Perdana Menteri dan Ismail mengadakan perbincangan di Pusat Pemeriksaan Imigresen Rafah. Di Gaza, Najib dijadual melawat sekolah yang dibiayai rakyat Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah, sebelum melawat tapak pembinaan pejabat baru untuk Ismail. Pejabat lama Ismail musnah semasa serangan Israel pada November tahun lalu. Kemudian, Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor akan menghadiri majlis jamuan tengah hari yang dihoskan Ismail di Hotel Movenpick sebelum melawat Universiti Al-Aqsa, di mana Najib akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran. Selepas itu, Najib akan berlepas ke Kaherah dan mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Mesir, Mohamed Morsi. Perdana Menteri, yang sedang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Mesir, dan isteri, tiba di Kaherah 9 malam tadi, waktu tempatan.

RCI: Anwar jangan hipokrit- Salleh Said

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu perkara sebenar mengenai pendatang tanpa izin kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang dipertanggungjawabkan menyiasat masalah itu yang berlarutan di negeri ini. Beliau menegaskan Anwar perlu berbuat demikian kerana beliau adalah Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, dan menurutnya “beliau (Anwar) seorang amat berkuasa dan tahu apa yang berlaku di Sabah”. “Jangan jadi hipokrit, mungkin dengan pengetahuan hal sebenar atau “dalaman” itu, Anwar boleh membantu memberikan maklumat…jadi beritahu perkara sebenar kepada RCI. Beliau tidak usah main politik. Sekurang-kurangnya (Datuk Seri) Najib (Tun Razak), perdana menteri kita mahu mengetahui kebenarannya dan meluluskan penubuhan RCI untuk mengenal pasti punca masalah itu. “Kita tidak patut buat kesimpulan dan menyalahkan pihak tertentu hanya kerana keterangan oleh beberapa bekas tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Kita patut biarkan RCI selesaikan tugasnya…apa yang kita mahukan ialah penyelesaian muktamad,” katanya selepas menghadiri sesi bertemu rakyat di SK Sembirai, dekat sini hari ini. Oleh itu, Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri berkata rakyat sepatutnya menghargai dan menyokong Najib bagi langkah berani beliau dalam menubuhkan RCI. “Sebaik sahaja RCI menyelesaikan tugasnya, dengan itu kerajaan akan mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelesaikan perkara itu. “Mereka yang layak dan memperoleh kewarganegaraan menerusi prosedur sah tidak sepatutnya dihukum dan mereka yang memperolehnya secara tidak sah atau “ikut pintu belakang’ kewarganegaraan mereka perlu dibatalkan. Itu lah cara yang betul,” katanya. Melahirkan keyakinan masalah pendatang tanpa izin akan dapat diselesaikan di oleh kerajaan pimpinan Najib, Salleh berkata penduduk jati Sabah perlu sabar menunggu penyelesaian itu. Penubuhan RCI dan pelantikan anggota suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri pada 11 Ogos tahun lepas untuk menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah. Prosiding pendengaran RCI dipengerusikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong. Anggota panelnya terdiri bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Profesor Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Kee Mustafa dan bekas Timbalan Ketua Menteri dan bekas Peguam Besar Sabah Tan Sri Herman J. Luping. Prosiding seterusnya akan diadakan 28 Jan hingga 1 Feb dan 22 Feb hingga 27 Feb.

PM memasuki Gaza

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dijangka memasuki Semenanjung Gaza yang didiami 1.7 juta rakyat Palestin untuk lawatan kemanusiaan hari ini. Najib yang dijadual memasuki Gaza pada pukul 10 pagi waktu tempatan, merupakan perdana menteri Malaysia pertama menjejak kaki di bumi Palestin itu.. Perdana menteri yang sedang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Mesir dan isteri, tiba di Kaherah pada pukul 9 malam tadi, waktu tempatan. Di Gaza, Najib dijadual mengunjungi sekolah yang dibiayai rakyat Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah sebelum melawat tapak pembinaan pejabat baharu untuk perdana menteri Palestin, Ismail Haniyeh. Pejabat lama Ismail musnah semasa serangan Israel pada November tahun lepas. Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad berkata Najib juga akan berjumpa dengan anggota-anggota kabinet dan anggota Parlimen Palestin. Kemudian Najib dan Rosmah akan diraikan pada majlis jamuan tengah hari oleh Ismail di Hotel Movenpick sebelum melawat Universiti Al-Aqsa, di mana Najib akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran. Selepas itu Najib akan berlepas ke Kaherah dan mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Mesir Mohamed Morsi. Sementara itu dalam program berasingan, Rosmah dijadual melawat hospital kanak-kanak Nasser, di Gaza. Di hospital itu Rosmah dijangka memberi ikrar janji sumbangan Malaysia sebanyak RM4 juta untuk hospital berkenaan dan melawat kanak-kanak berbakat di situ.