Selasa, 5 April 2011

episod malang bala Anwar...

Oleh Zaini Hassan

Solat hajat yang diadakan minggu lalu oleh pihak pembangkang mengenai isu DNA dan video lucah sudah dimakbulkankah? Kelmarin Malaysia gempar dengan keluarnya video semi lucah di dalam YouTube.

Ada trio di dalam video itu. Seorang lelaki memakai jeans berperut boroi sedikit yang sibuk ke sana ke mari di dalam bilik hotel itu. Seorang lelaki bertuala, perut tidaklah boroi tapi gelebeh sedikit di bahagian dadanya (mungkin kerana usia) dan seorang wanita berkemban tuala yang cantik lagi seksi.

Kita tak pasti video apakah itu, tapi ia menjadi perbualan hangat orang Malaysia. Bagaimana ia tersiar di rangkaian Internet itu juga kita tidak tahu, tapi menjelang tengah malam hari itu (Isnin), pihak YouTube telah menyekatnya.

Pihak YouTube boleh menyekatnya sekiranya terdapat aduan daripada orang ramai. Akibat sekatan itu, laman video itu tertera skrin hitam dengan mesej mengatakan ia disekat kerana terdapat unsur-unsur kelucahan dan tidak sopan.

Bagaimanapun, video itu tetap tersiar setelah ada pihak yang sempat menyalinnya dan meletakkan di bawah nama yang berbeza.

Persoalannya mengapa video itu menjadi sensasi dan turut menjadi berita panas kebanyakan akhbar arus perdana keesokan harinya? Apakah ia ada kaitan dengan seorang pemimpin pembangkang yang bermati-matian menafikannya?

Saya tidak pasti siapa di dalam video itu. Biarlah pihak berkuasa yang menyiasatnya. Polis juga khabarnya sedang menyiasat secara forensik video yang dikatakan didedahkan oleh Datuk T baru-baru ini. Apakah footage (sedutan) yang tersiar di dalam YouTube itu ada kaitan? Itu saya tidak tahu, tapi mungkin juga?

Pemimpin yang selama ini dikaitkan dengan video itu, Anwar Ibrahim telah menafikan sekeras-kerasnya pembabitannya. Kita sangat hairan tak habis-habis Anwar ditimpa bala.

Adakah kerana hasil solat hajat yang tidak putus-putus dilakukan oleh pengikutnya? Solat hajat yang termakbul boleh membawa kebaikan atau keburukan kepada orang yang berhajat itu. Ia bergantung kepada niat hajat itu dilakukan.

Itu saya tidak pastilah, adakah apa yang berlaku kepada Anwar sekarang hasil daripada solat itu. Hanya Allah Taala sahaja yang maha mengetahui.

Namun bagi merungkai bala yang menimpa Anwar itu, rakyat berhak mengetahui kebenaran dan rakyat sama sekali tidak boleh dihalang daripada mendapatkan kebenaran.

Jika menyorot kepada isu ini banyak yang jadi pening sekarang. Ia membabitkan parti Melayu di negara ini, sementara parti-parti lain hanya menumpang daripada kelebihan akibat kekalutan orang Melayu. DAP kelihatannya begitu gembira menangguk di air keruh.

Yang menjadi mangsa ialah orang Melayu. Pas tuduh UMNO fitnah, UMNO tuduh PKR dan Pas pembelot dan macam-macam lagi. Jika Pas asyik mengatakan UMNO fitnah maka tanyalah Pas apa yang benar dan di mana kebenarannya kepada fitnah itu. Mereka pun tidak boleh menjawabnya. Istilah fitnah yang dibawa selama ini, tidak lebih hanyalah retorik politik untuk mencuit persepsi masyarakat dan penyokong semata-mata.

Oleh itu, rakyat ada hak untuk mengetahui kebenaran. Firman Allah dalam surah Al-Isra’ ayat 81 yang berbunyi: Dan katakanlah: “Kebenaran telah datang dan yang bathil telah lenyap. Sesungguhnya yang bathil itu pasti lenyap.”

Kecualilah, jika: “Dan Kami jadikan hati mereka tertutup, dan telinga mereka tersumbat, agar mereka tidak dapat memahaminya.” (Al-Isra’: 46)

Anwar yang pernah dituduh dalam kes liwatnya pada zaman Tun Dr. Mahathir menuduh mantan Perdana Menteri itu memfitnahnya dan mempunyai konspirasi untuk menyingkirkannya dari kerajaan. Maka pada masa itu, Anwar menghimpunkan ribuan pengikutnya melakukan reformasi jalanan sehinggalah tertubuh Parti Keadilan dan kini PKR.

Anwar dipecat Mahathir 2 September 1998. Dua atau tiga hari selepas itu beberapa rakannya kebanyakan daripada ABIM menghadiri solat hajat di rumahnya di Damansara. Ia diimamkan oleh seorang syeikh dari Turki. Antara niat mereka adalah untuk selamatkan Anwar dan jatuhkan Mahathir. Namun hakikatnya Mahathir tidak jatuh-jatuh, tapi Anwar yang resah gelisah dan ditimpa bala sehingga ke hari ini.

Semua pihak menuduh Mahathir sebagai puncanya. Namun, semasa pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah), Anwar sekali lagi didakwa. Kali ini atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan pula. Para pengikut Anwar pada masa itu mula terkeliru. Jika dulu mereka menuduh Mahathir, kini mereka mahu menuduh siapa pula? Pak Lahkah?

Penangan mahafiraun tidak kedengaran terhadap Pak Lah kerana ini kes kedua Anwar. Seolah-olah penyokong Anwar di jalanan itu sudah fed-up dengan apa yang berlaku? Mereka bertanya takkan Pak Lah pula punya angkara? Maka yang tinggal dengan Anwar sehingga ke hari ini hanyalah pengikut totoknya dalam PKR – sebuah parti yang memperjuangkan diri Anwar Ibrahim semata-mata.

Kini penentuan DNA yang dicalit dari bahagian dubur Saiful akan dipadankan dengan DNA botol, tuala dan berus gigi yang digunakan oleh Anwar. Jika ia padan apakah para penyokongnya akan memberontak sekali lagi?

Dalam masa kita menunggu keputusan penggulungan kes Saiful itu dan penentuan padanan DNA tersebut, keluar pula soal video seks ini.

Apa sudah jadi ni? Ramai yang bertanya? Ada yang percaya dan ada yang masih tidak percaya.

Subjeknya seperti biasa terus tidak mengaku dan mengatakan ia sebagai fitnah. Ramai orang termasuk pengikut setia Anwar – bekas peguamnya Zulkifli Noordin, dan bekas-bekas setiausaha sulitnya yang sudah tidak percayakan Anwar mahukan bekas bos mereka itu bersikap ‘‘Berani kerana Benar dan Takut kerana Salah; bukannya Takut kerana Benar dan Berani kerana Salah.”

Anwar, yang antara filem kegemarannya Farewell My Concubine (kisah gundik terakhir di zaman maharaja China), kini terus bergelumang dengan hidup-matinya dalam politik dan dunia bebas. Bala terus-menerus menimpanya.

Kita ikutilah kesudahannya episod malang dan bala Anwar.

(2) SAYA tertarik untuk memetik surah Yasin ayat 65 yang berbunyi: “Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; tangan mereka akan berkata kepada Kami dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan”.

Ia membawa erti mulut manusia mungkin boleh bercakap bohong, mendusta, tapi tangan dan kaki akan menjadi saksi kepada pendustaan kita itu, kata sahabat seorang ahli matematik dan komputer sains yang percaya sejenis alat boleh membuktikan seseorang itu bercakap bohong atau tidak.

Katanya, apabila wayar-wayar dipasang di jari-jari tangan dan anggota badan maka orang itu akan diuji untuk bercakap benar atau bohong. Mesin itu dikenali sebagai poligraf (polygraph) atau alat kesan pembohongan, mungkin boleh menjadi salah satu alat ujian untuk kes-kes seperti itu. Orang yang bohong biasanya boleh dikesan melalui dengupan jantung dan nadi, peluh di jari-jari, getaran di halkum dan lain-lain.

Ujian poligraf jarang-jarang dilakukan di Malaysia. Difahamkan ada beberapa agensi penguat kuasa mempunyai alat itu tapi hanya digunakan untuk urusan dalaman sahaja. Pihak polis tidak menggunakan poligraf untuk mengesan peringkat awal pengakuan tertuduh dalam sesuatu kes.

Di Amerika, ia banyak digunakan untuk orang yang disyaki terbabit dalam jenayah seksual. Ia juga banyak digunakan ke atas pesalah seksual yang dibebaskan secara parol atau di bawah pemerhatian. Banyak mahkamah rayuan persekutuan di Amerika menyokong penggunaan poligraf untuk pesalah seksual yang dibebaskan di bawah pemerhatian bagi menilai keinginan seks, pemikiran dalaman dan naluri.

United Kingdom juga dikatakan akan mewajibkan ujian poligraf ke atas pesalah seksual yang dibebaskan atas jaminan.

Menurut sahabat tersebut, ayat Kursi itu dengan jelas membuktikan bahawa anggota badan lain kita tidak akan menipu sekiranya mulut asyik mengatakan dia difitnah, ditipu atau tidak melakukannya.

Walaupun poligraf ada kelemahannya, sahabat itu berkata, banyak kes yang boleh diselesaikan jika ujian tersebut digunakan dalam urusan siasatan dan forensik di Malaysia. Apa kata polis? - Utusan Malaysia

Untung jadi seorang Binatang...

Untung jadi seorang binatang
boleh menjelma menjadi wajah manusia
balon amoi cina sedap dua kali
yang jadi mangsa pemimpin anugerah tuhan

untung jadi seorang binatang
masjid dan surau dan mula ditelanjang
Iman dan makmum mula bertelagah
yang jadi mangsa pemimpin anugerah tuhan

Untung jadi seorang binatang
pendedah lakonannya yang jadi sasaran
pelakon utama terus di agungkan
yang menjadi mangsa pemimpin anugerah tuhan

Untung jadi seorang bintang
jam tangan arab mampu di curi
lalu di pimjimkan kepada amoi cina
yang jadi mangsa pemimpin anugerah tuhan

untung jadi seorang binatang
isteri orang di balonnya
sampai terlahir anak perempuan
yang jadi mangsa pemimpin anugerah tuhan

untung jadi seorang bintang
pembancuh kopi dan teh( kalau campur dua2 jadi (ko + te )
di pakai sampai ke belakang
yang menjadi mangsa pemimpin anugerah tuhan

Untung jadi seorang binatang
Hakim yang adil berjaya dikonspirasikan
sampai lawyer bangali mula di pandang serong
yang jadi mangsa pemimpin anugerah tuhan


Untung jadi seorang bintang
sampai wan azizah terpaksa perbetulkan keadaan
suamianya yang setia, beriman, alim difitnah berpanjangan

yang menjadi bangsa suami anugerah tuhan

cerita di sidang akhbar Wan Azizah




Baru tanya mana jam Omega Anwar dah melompat…tolong jangan berlagak bab kebebasan maklumat

Oleh: ROSLI ISMAIL

Baru Jumaat lalu Dewan Undangan Negeri Selangor meluluskan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI).Cuba tengok bagaimana Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim ‘buat lawak’ semasa wartawan tanya mengenai jam Omega Datuk Seri Anwar Ibrahim di sidang akhbar Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail pagi Selasa.

Kerajaan Selangor menjerit ke seluruh dunia kononnya enakmen itu adalah detik sejarah bagi Malaysia kerana ia akan membolehkan orangramai akses kepada dokumen kerajaan negeri jika perlu.

Ia cuba mengambarkan bagaimana terbuka dan telusnya kerajaan pimpinan Khalid PKR.

Come on Tan Sri…ini belum lagi nak minta tengok dokumen kerajaan negeri yang sulit-sulit tu…ini wartawan baru tanya mana jam Omega Anwar yang Datuk Shazryl Eskay Abdullah (Datuk T) kata sudah serah pada polis untuk siasatan kes video seks.

Itupun Tan Sri dah ‘melompat’ macam wartawan jahat ni sangat kerana bertanya.

Boleh tengok balik rakaman video sidang akhbar bagaimana Tan Sri membebel-bebel panjang antaranya kata : “Soalan anda menunjukkan anda tidak menghargai keadilan. Hakikatnya saya berada di sini ialah untuk melihat sama ada media-media ini bertanyakan soalan demi kepentingan negara atau cuba memainkan isu ini,” katanya.

Sejak bila Tan Sri meletak diri sebagai ‘pemantau media’ dan menjadi hakim itu soalansamada itu untuk kepentingan negara atau tidak.

Agendadaily sendiri menerima banyak panggilan dari rakan-rakan wartawan dan pembaca yang geram melihat cara Khalid membebel dan cara Wan Azizah serta Nurul Izzah jawab mengenai jam itu.

Hakikat depan mata salahkah wartawan nak bertanya pasal jam itu.Ini kerana jam itu dikatakan menjadi salah satu bukti penting yang menunjukkan lelaki dalam video itu adalah Anwar.

Hakikatnya juga salahkah wartawan bertanya apa sekalipun berkaitan isu selarai dengan konsep kebebasan.

Semua orang tahu Eskay mendakwa pelacur China dalam video itu cuba curi jam berkenaan.

Anwar pula telah meminta beliau cari jam itu dalam bilik berkenaan.Malah Anwar dikatakan ada SMS padanya mengenai jam berkenaan.

Kalau ikut jalan ceritanya jam itu kini ada ditangan polis.

Sebaliknya ketika menjawab soalan wartawan Agendadaily dalam sidang akhbar itu Wan Azizah kata jam itu ada padanya.

Siapa yang betul ?

Menjawab soalan wartawan lain lanjutan kepada soalan Agendadaily itu Wan Azizah tidak maju tunjuk jam berkenaan yang dikatanya ada padanya.

Nurul Izzah pula menempelak wartawan berkenaan ‘“Adakah awak seorang pendakwa?”

Ini sebelum Khalid membebel-bebel panjang mengenai soalan berkenaan.

Senang cakap kalau jam itu ada kenapa Wan Azizah susah sangat nak tunjuk sedangkan beliau boleh ambil terus kerana sidang akhbar itu diadakan dalam rumahnya di Segambut Dalam.

Itupun KALAULAH ada jam tangan berkenaan ditangannya.

Andaian yang boleh dibuat jam itu tidak ada ditangannya.Sebab itu beliau,Nurul dan Khalid jadi gabra.

Itu baru bab jam.Wartawan belum lagi sempat bertanya bab SMS Anwar yang Eskay dakwa masih tersimpan dalam telefon bimbitnya pesan beliau jaga jam itu yang ditemui dalam bilik dimana didakwa berlaku adegan seks.

Pelik sungguh bolehkah jam Omega yang dikatakan ada lambang kerajaan Arab Saudi boleh berjalan kaki sendiri ke bilik berkenaan.

Yang pasti kalau betul dakwaan Eskay itu cap jari pelacur China yang cuba curi jam itu (aksi cuba curi itu dikatakan dapat dilihat dalam video penuh 22 minit) terdapat pada jam berkenaan.DNA Anwar juga boleh diperiksa dari daki dan air peluhnya yang melekat pada jam itu.

Ada juga kalangan rakan wartawan yang kata elok sekali Wan Azizah adakan satu lagi sidang akhbar tunjuk jam itu yang katanya ada padanya.

Itu pun kalau berani kena benar.

Mereka yang pernah membuat liputan sidang akhbar Anwar atau Wan Azizah tahu bukan senang nak bertanya soalan ‘nak tau lebih’ mengenai sesuatu hal.

Mereka biasanya akan melenting bila wartawan nak korek lebih-lebih – ironinya pembangkang sering dakwa merekalah juara dunia bab kebenaran.

Kalau nak tahu cuba tanya lebih-lebih.Ini membuatkan ramai wartawan muak dan tahu buang masa saja nak cuba-cuba.

Baik Anwar atau Wan Azizah lebih gemar dan syok layan soalan-soalan bola tanggong saja dimana mereka boleh smash balik.

Tanya lebih-lebih terus dapat cop ‘wartawan jahat’ dan ‘agen UMNO’.

Bagi Khalid elok renung balik video Tan Sri dok membebel tu sebelum cakap pasal freedom of information dan blah…blah…blah .

Kata Tan Sri ada banyak kerja lain nak buat tumpu soal video seks itu.Itu bukan satu jawapan.Itu nak mengelak namanya.

Ini belum bab kes liwat Saiful Bukhari Azlan.

Ini belum bab dakwaan Eskay bagaimana beliau jadi ‘ tukang atur ‘ sepanjang Anwar ke Thailand dua tahun lalu.

Banyak lagi soalan dalam isu ini belum terjawab.

Soalnya (kalau betul terbukti kelak) Anwar lelaki dalam video itu mahukah Tan Sri berketuakan seorang pemimpin yang berlagak pijak semut tak mati dan warak sedangkan dibelakang main pelacur China.

Mahukah Tan Sri serah negara ini dipimpin oleh orang yang boleh sodok depan boleh sodok belakang.

Tidakah umat PKR,PAS dan DAP merasa kena tiup hidup-hidup jika begitu.

Bagaimana pula rakyat bawahan yang kena kelentong .

Sepatutnya Tan Sri menjadi salah seorang barisan pertama tuntut nak tau kebenaran pasti tentang hal ini sekalipun ia satu malapetaka besar bagi puak pembangkang.

Kita tak perlu tanya Wan Azizah soalan ini kerana beliau perlu jaga maruah keluarganya.

Lagipun Karpal Singh sentiasa ada disebelah untuk membelanya.Petikan Agendadaily