Khamis, 4 April 2013

RAKYAT KELANTAN TOLAK NIK AZIZ

Satu Majlis Solat Hajat Pertahankan Kalimah Allah telah diadakan malam semalam bertempat di Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh. Majlis tersebut bermula degan solat maghrib, solat hajat, bacaan yasin, solat Isyak dan seterusnya disambung dengan sesi ceramah. Jumlah hadirin yang hadir ke majlis tersebut mencecah angka 3000 orang dan mereka tidak berganjak dari tapak ceramah sehingga tamat majlis. Timbalan Penyelaras DUN Kok Lanas, Ustaz Kamarudin bertindak sebagai pengacara majlis pada sesi ceramah. Antara penceramah-penceramah yang hadir adalah Ketua Pembangkang Kelantan yang juga merupakan ADUN Kok Lanas, YB Dato Hj. Md Alwi, Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat, Ustaz Rujhan Abdul Rahman sebagai penceramah utama. YB Dato Hj. Md. Alwi memulakan ceramah dan berbicara soal Lahad Datu. Beliau menekankan peranan yang telah dimainkan kerajaan dan anggota keselamatan dalam mempertahankan negara. Seperti biasa, Ketua Pembangkang Kelantan ini lantang menyampaikan ceramah sehingga baju yang dipakainya dibasahi keringat. Ceramah kemudian diteruskan oleh Tan Sri Annuar Musa. Beliau menekankan soal hudud yang dipolitikkan Pakatan Pembangkang terutamanya PAS. Beliau berkata PAS tidak melakukan apa-apa yang dapat memanfaatkan rakyat selama 23 tahun memerintah Kelantan, sebaliknya mereka hanya seronok berceramah dan bukannya cakna kepada rakyat. Beliau menyeru rakyat Kelantan supaya tidak memilih PAS kerana parti itu bersekutu dengan DAP. Tambah beliau, PAS kononnya mempertahankan Islam tetapi DAP pula mempertahankan pendirian mereka iaitu tidak mahukan negara Islam. Dahulunya PAS juga yang menentang usaha kerjasama dengan kafir, tetapi selepas itu PAS pula yang bersama DAP. Selepas bergabung dengan DAP, Islam sewenang-wenangnya dipermainkan. Hukum hudud ibarat alat politik yang digunakan untuk meraih undi. Beliau juga mengkritik PAS apabila menyentuh projek Stadium Bukit Merbau yang diumumkan oleh kerajaan PAS Kelantan. Stadium itu dijanjikan mula dibina pada Mac 2012, tetapi seringkali ditangguh sehingga sekarang. Apabila menyedari PRU semakin hampir, barulah majlis pecah tanah diadakan. Hal yang sama berlaku kepada projek Lebuhraya Rakyat. Derma dikutip, batu asas dilancarkan tetapi projek entah ke mana, wang kutipan derma juga entah ke mana. Projek-projek terbaru yang diumum PAS cuma sekadar idea ikut terlintas. Selain itu, beliau juga berkata orang melayu Islam sememangnya bijaksana sejak dahulu lagi. Contohnya ketika era Melaka, orang melayu mampu berdiplomasi dengan negara China walaupun Melaka cuma sebuah negeri kecil. Negara kita merdeka tanpa peperangan hasil kebijaksanaan pemimpin-pemimpin terdahulu berunding dengan British. Apakah mungkin segalanya yang kita kecapi akan lesap sekelip mata jika kita tersalah membuat pilihan pada PRU yang akan datang? Ingat, membina mengambil masa, meruntuh sekelip mata. Tambah beliau lagi, kerajaan pusat sentiasa berlaku adil kepada negeri Kelantan. Walaupun BN tidak diberi mandat untuk memerintah Kelantan, namun rakyat Kelantan tetap dapat hidup selesa, bekerja dan mengerjakan umrah hasil kesejahteraan yang dibawa oleh kerajaan pusat. Tan Sri Annuar Musa turut menyentuh isu Lahad Datu . Kata beliau, jeneral yang bersara sebelum ini kini lantang mengkritik langkah kerajaan dan anggota keselamatan di Lahad Datu dan berada di pentas politik parti pembangkang kerana kecewa. Mereka tidak mengkritik apa-apa semasa memegang jawatan tetapi hanya bising selepas bersara. Sebelum menutup ceramahnya, beliau menyeru rakyat Kelantan supaya bijaksana dan memilih BN. Katanya, selamatkanlah negara ini dari pemerintah yang mensyirikkan Allah, pemimpin yang menyokong LGBT dan juga pemimpin yang menolak hak keistimewaan melayu. Acara kemuncak yang ditunggu-tunggu para hadirin adalah ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Rujhan Abdul Rahman. Beliau mendapat sambutan hebat di siri-siri ceramah PENDITA di seluruh Kelantan. Beliau kini menjadi ancaman besar kepada PAS sehingga PAS terpaksa menyerang peribadi beliau bagi menjatuhkan integriti beliau. Seperti biasa, Ustaz Rujhan mengkritik PAS berlandaskan fakta-faka dan dalil-dalil Al-Quran. Turut ditekankan adalah isu kalimah Allah yang digadai oleh Pakatan Pembangkang demi mencapai agenda ke Putrajaya. Kata beliau, kalimah Allah telah diputar belit oleh PAS termasuk Nik Aziz. Kalimah Allah dijadikan seperti bola, boleh ditendang ke sana sini, sekejap boleh digunakan oleh orang bukan Islam, sekejap tidak boleh. Ini menunjukkan PAS tidak konsisten dalam mempertahankan agama Islam.: Sumber: Topeng Rakyat

PERGOLAKAN PKR SEDANG BERMULA...

Pemilihan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Datuk Fauzi Abdul Rahman sebagai calon pembangkang di Parlimen Indera Mahkota terus mengundang bantahan dalam kalangan ahli parti itu. Terbaharu, salah seorang pengasas PKR di Pahang, G. Ramponusamy mengumumkan akan bertanding atas tiket Bebas semata-mata untuk melawan Fauzi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di kerusi tersebut sebagai tanda protes kepada kepimpinan beliau. Bekas Timbalan Pengerusi 3 PKR negeri itu juga mendakwa, tindakannya bertanding turut didorong oleh permintaan sebahagian ahli parti yang tidak bersetuju Fauzi dinamakan sebagai calon menggantikan Azan Ismail di kerusi itu. "Saya akan bertanding di Indera Mahkota sebagai calon Bebas kerana saya mahu pengundi di Parlimen itu menolak Fauzi agar tidak terpedaya dengan tipu helahnya selama ini. "Rakyat dan sebahagian ahli PKR mahukan calon yang benar-benar bersih untuk membela nasib mereka dan Fauzi bukanlah calon yang layak," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam. Sebelum ini, sekumpulan penyokong pembangkang menyatakan bantahan terbuka ketika Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Fauzi sebagai calon parti itu di Parlimen Indera Mahkota dalam program ceramah di Balok Makmur Ahad lalu. Fauzi yang kali terakhir bertanding pilihan raya umum pada 1999 atas tiket Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Berserah, hanya menyertai PKR pada Julai 2008 iaitu selepas PRU-12. Sementara itu, menurut Ramponusamy yang juga bekas calon PKR Parlimen Bentong, pada pilihan raya lalu, beliau tidak akan menawarkan diri untuk bertanding sekiranya PKR tidak menamakan Fauzi sebagai calon. "Saya bertanding bukan kerana saya benci atau bermusuh dengan UMNO. Saya menganggap UMNO sebagai kawan tetapi semua yang dilakukan adalah untuk menolak Fauzi. "Fauzi yang suka buat musuh. Malah, saya meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi 3 PKR negeri juga adalah kerana Fauzi walaupun saya telah berjuang bermati-matian bersama PKR sejak 15 tahun lalu," jelasnya yang melepaskan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi 3 setahun selepas Fauzi dilantik mengetuai parti itu di Pahang. Sementara itu, bekas calon PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayan, Mohd. Shukri Mohd. Ramli, 42, turut menempelak kepimpinan parti itu kerana memilih Fauzi bertanding di Indera Mahkota sedangkan beliau adalah pemimpin yang sudah ditolak UMNO sendiri. "Patut orang lama bersara, berehat bagi peluang kepada muka baharu. Beliau mungkin lupa dengan janjinya yang masuk PKR bukan untuk jawatan tetapi untuk memperjuangkan rakyat. "Beliau sudah tidak ada kekuatan UMNO, kemudian lompat masuk PKR selepas PRU-12 bila pembangkang menang besar. Patutnya tunjuk dulu apa yang dia boleh lakukan untuk bantu PKR, bukan jadi calon,'' tegasnya. Sementara itu, Mohd. Shukri yang juga penulis blog Cucu Mat Kilau turut mengumumkan akan bertanding calon Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Teruntum dalam PRU-13 ini. Kata Mohd. Shukri, pergeseran dalam kalangan PKR dan DAP yang semakin kuat ekoran perebutan kerusi di DUN berkenaan mendorong beliau menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Bebas prorakyat. "Saya melihat senario itu turut berlaku dalam parti lain tetapi tidak terlalu 'hebat' jika dibandingkan dengan DAP dan PKR. "Sebagai alternatif kepada rakyat, saya mahu memecah undi dan menawan hati pengundi atas pagar iaitu kira-kira 20 peratus," katanya dalam sidang akhbar di sini. - UTUSAN ONLINE Read more at http://brojinggo.blogspot.com/2013/04/pru13-tolakpr-hot-anwar-pening-kepala.html#RJZUGxIkR7aKeIO7.99

INILAH PILIHAN KITA !