Isnin, 18 Mac 2013

NAKHAEL DEDAH PEMBOHONGAN PAS

HARI demi hari tembelang Pas di bongkar. Pembongkaran yang membabitkan penipuan yang dibuat oleh Pas yang kononnya mereka adalah perjuang Islam adalah bohong semata-mata. Sebaliknya Pas mengabaikan prinsip perjuangan Islam parti itu apabila mempamerkan sikap tolak-ansur untuk melantik calon bukan Islam sebagai pemimpin demi mengejar cita-cita politik Pakatan Rakyat. Perkara ini dibongkar oleh bekas pemimpin Pas, Datuk Mohd Nakhael Ahmad. Menurut Mohd Nakhael, hasrat Datuk Seri Hadi Awang meletakkan calon bukan Islam di kerusi Sabah dan Sarawak, bercanggah dengan 'fatwa' yang pernah dikeluarkan oleh Presiden Pas itu sendiri yang mana dulu tidak boleh melantik dan tidak boleh undi orang bukan Islam. Fatwa itu adalah merupakan fatwa dari Haji Hadi sendiri. Jadi kafir kita bila tidak mengkafirkan orang kafir seterusnya nak undi orang bukan Islam pun tidak boleh. Tapi...sekarang ini sudah terbalik. Bukan sahaja mengharuskan kita undi orang bukan Islam, malah, Pas letak calon bukan Islam pula. Pas dilihat semakin menyeleweng daripada prinsip asal yang mendaulatkan agama serta mempertahankan orang Islam. Mereka menganggap Perlembagaan negara ini perlembagaan kafir, jadi apa yang sebenarnya Pas perjuangkan? Penulis setuju dengan apa yang dikatakan oleh Datuk Mohd Nakhael. Pas bukan perjuangan Islam. Perjuangan mereka menjurus kepada perjuangan untuk dapat kuasa, tiada lagi semangat perjuangan di kepala mereka. Kini, hanya tinggal nama saja parti Islam, tapi tidak pertahankan Islam. Difahamkan, Haji Hadi ada membuat kenyataan , cuba nak berdalih le tu. Kononnya kegagalan Pas menawan sebarang kerusi di Sabah dan Sarawak kerana memberi tumpuan kepada usaha-usaha dakwah. Podahhhhh le Pas. Tak habis-habis nak klentong dan menipu rakyat. Terkini, Pas sekali akan mencuba dan membuat keputusan untuk bertanding di 80 kerusi dengan harapan Parti Ajaran Sesat (Pas) itu mampu melebarkan pengaruh mereka di negeri Borneo itu. Mimpi le korang Pas. Bawak le banyak-banyak duit tu. Ada yang balik dengan tangan kosong dan hilang wang pertaruhan nanti. Bukan cakap besar atau bongkak. Ini pendapat yang boleh

PEMIMPIN PAS KEDAH MUNAFIK

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah Datuk Mohd Johari Baharom menyifatkan pemimpin Pas Kedah munafik kerana mengaku 12 buah masjid yang dibina oleh kerajaan persekutuan, dibina oleh kerajaan negeri. Beliau mendakwa sejak mengambil alih pentadbiran negeri Kedah selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008, kerajaan negeri pimpinan Pas itu tidak membina walau sebuah masjid atau surau di negeri ini. Katanya kerajaan negeri lepas tangan berikutan kerajaan persekutuan mengambil tanggungjawab melaksana 818 projek pembinaan, membaik pulih dan menaik taraf masjid, surau serta rumah-rumah ibadat kaum lain di seluruh Kedah dengan kos lebih RM74 juta sejak 2008. "Kerajaan Pas Kedah lebih galak menebang balak dan melicinkan hutan-hutan manakala pembangunan syiar Islam diabaikan…kerajaan persekutuan membelanjakan lebih RM30 juta setahun (untuk memberi insentif kepada guru-guru agama dan pegawai-pegawai masjid)," katanya selepas menyampaikan bantuan input pertanian di bawah 'Program Touch Point' Jabatan Perikanan di sini hari ini. Beliau mengulas buku 'Sayangi Kedah Sejahtera' yang diterbitkan kerajaan negeri Kedah yang antara lain mengaku telah membina 12 buah masjid di seluruh negeri sejak 2008. Pada majlis itu seramai 29 orang pengusaha akuakultur menerima 25 bag makanan dan 3,510 ekor benih ikan tilapia/keli bernilai RM74,000 daripada Mohd Johari yang merupakan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Mengenai isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) milik kerajaan negeri, beliau berkata tindakan pengurusan Kuin mengarahkan lebih 1,000 pelajar berpindah ke kampus baharu di Kuala Ketil dua hari lepas sebagai tindakan tidak waras dan bijak kerana asrama pelajar belum siap. Bagaimana Kuin hendak menampung kos pengangkutan pelajar berkenaan dari rumah sewa mereka yang dianggarkan RM1.48 juta sebulan sedangkan hutang termasuk tunggakan elaun dan gaji kakitangan gagal dilunaskan sehingga sekarang, katanya. "Amat malang bagi Kuin kerana kelemahan pentadbirnya bakal memberi kesan negatif terhadapnya setelah mendapat pengiktirafan Universiti Al-Azhar, Mesir. Sekiranya kerajaan persekutuan atau Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak campur tangan, Kuin pasti terjerumus dalam masalah besar," katanya. Baru-baru ini KPT mendenda Kuin RM272,000 kerana mengambil 34 pelajar di bawah kelayakan syarat masuk yang ditetapkan dan hendaklah dibayar sebelum 26 Mac ini, dan jika gagal, secara automatik tanpa notis, tindakan undang-undang akan diambil terhadap Kuin. Mohd Johari mahu rakyat membuat penilaian seadil-adilnya dan menyokong Barisan Nasional (BN) pada PRU ke-13 akan datang kerana terbukti pakatan pembangkang tidak mampu mentadbir dan gagal memberi perkhidmatan terbaik. Sumber: media umno

DALANG LAHAD DATU SEMAKIN DI KENALPASTI

INQUIRER News mendedahkan wujudnya kumpulan ketiga dalam isu pencerobohan ke atas Sabah oleh pengganas Sulu membabitkan pembangkang Malaysia, yang sedang bersiap sedia untuk pilihan raya umum yang mungkin akan dipanggil sebelum Jun . Pegawai perisikan Filipina berkata, salah seorang ahli pembangkang politik Malaysia yang bersekutu dengan Anwar Ibrahim telah bertanding bagi jawatan di Sabah. Rupa-rupanya, ahli politik ini adalah salah seorang dari orang-orang yang bercakap dengan Kiram. Beliau didakwa mewakili parti pembangkang yang menyokong Kiram membuat tuntutan ke atas negeri Sabah. Malah, satu laporan The Philippine Star telah mendedahkan pencerobohan ke atas Sabah ini adalah sabotaj kepada usaha rundingan damai kerajaan Aquino dan mengaitkannya dengan nama-nama Cojuangco, Tingting, Moro National Liberation Front atau Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari dan Norbeto Gonzales, bekas penasihat keselamatan negara Filipina. Portal ABS.CBN juga mengulangi kenyataan wujudnya tiga kumpulan yang memperalatkan tuntutan Jamalul Kiram III untuk kepentingan masing-masing. Kumpulan pertama ialah mereka yang ada kepentingan kewangan, kedua ialah kumpulan yang anti-Aquino dan ketiga ialah parti pembangkang Malaysia. Maka, jika merujuk kepada kenyataan Inquirer News, Portal ABS.CBN dan The Philippine Star, adalah amat mustahil isu pencerobohan di Lahad Datu didalangi oleh UMNO dan Barisan Nasional seperti yang diuar-uarkan pakatan pembangkang. Agensi berita antarabangsa, Reuters pada 14 Februari yang memetik kenyataan pegawai tinggi tentera Filipina mendakwa, pencerobohan pengganas Sulu berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang di negara ini. Akhbar dalam talian, The Manila Times pula mendakwa, pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak. Satu komunikasi dari Kedutaan Amerika Syarikat di Manila ke Jabatan Negara di Washington bertarikh 11 Mei 2007 telah didedahkan oleh Wikileaks. Komunikasi tersebut mengenai perkembangan terbaharu pengasas dan bekas pengerusi MNLF, Nur Misuari. Ketika itu, dia sedang mendapatkan perintah mahkamah untuk membenarkannya bertanding kerusi Gabenor Sulu. Wikileaks mendedahkan hubungan Nur Misuari dengan Anwar dan kemarahannya terhadap Malaysia kerana menyerahkannya kepada pihak Filipina ketika ditangkap pada 2002. Dia juga masih menaruh harapan untuk mengambil kembali Sabah termasuk perancangan untuk menakluki secara ketenteraan. Apakah mereka yang jadi puncanya? Tindakan Anwar menyanyikan lagi “Tanya Sama Pokok" yang diubahsuai liriknya bagi mengaitkan dengan Sabah berulang kali sejak tahun lalu mencetuskan pelbagai persoalan. Ketua Pembangkang itu menyanyikan lagu tersebut dalam setiap ceramahnya sejak Disember lalu, malah dalam lirik menyebut ‘Sabah bakal hilang’. Jelas Anwar, apabila Sabah hilang, UMNO selaku parti teras dalam kerajaan BN akan melayang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menjadi Ketua Pembangkang. Tanya sama Najib apa sebab goyang, nanti jawab Najib, Sabah nak hilang," dendang Anwar berulang kali dalam setiap ceramahnya sejak 2 Disember tahun lalu sambil mengajak penyokong pembangkang menyanyi bersama. Dalam ceramah pada 29 Januari lalu, Anwar turut menyanyikan lagu sama dan kali terakhir dikesan pada 14 Februari lalu iaitu dua hari selepas Kampung Tanduo, Lahad Datuk Sabah, diceroboh kumpulan pengganas Sulu. Aquino sendiri hairan bagaimana Jamalul Kiram III tiba-tiba boleh ada ada wang yang banyak untuk menghantar bala tenteranya menceroboh Sabah sedangkan sebelum ini dia nak buat rawatan (dialisis) penyakit buah pinggangnya pun tak mampu sehingga terpaksa ditanggung oleh sebuah badan amal di negara itu. Jika berkaitan kesihatannya sendiri dia memerlukan bantuan, saya dimaklumkan untuk menyewa bot besar ke Sabah memerlukan ratusan ribu peso dan sekurang-kurangnya dua buah bot digunakan dalam kejadian itu. Jadi, di mana dia mendapat dana untuk menyewa bot dan mendapatkan makanan," kata Aquino dipetik daripada Malaya-Business Insight. Saya hanyalah seorang sultan yang paling miskin di dunia," kata Jamalul kepada pemberita AP ketika ditemui di kediamannya di kampung Maharlika, Manila. Tidak seperti keluarga diraja lain di dunia, hanya duduk di istana dan bergaya, hidup pula mewah, ‘kerajaan’ Sultan Jamalul Kiram III hanya mampu tinggal di rumah uzur dua tingkat dalam komuniti rakyat miskin Islam di Metro Manila. DUA pemimpin kanan pakatan pembangkang yang disahkan pergi ke Filipina sebelum tercetusnya pencerobohan di Lahad Datu menggusarkan banyak pihak kerana kedua-dua individu terbabit dikatakan mempunyai rekod ‘buruk’ pada masa lampau dalam usaha pemecahan wilayah. Kedua-dua pemimpin kanan itu pernah memainkan peranan penting yang membawa kepada pemisahan wilayah Timor Timur yang kini dikenali sebagai Timor Leste daripada Indonesia. Mereka berusaha ‘membebaskan’ wilayah Timor Timur dengan memberi tekanan politik kepada kerajaan Indonesia pimpinan Presiden Suharto dengan menganjurkan persidangan Asia-Pacific Conference on East Timor (APCET) di Kuala Lumpur pada November 1996. TINDAKAN Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali meramalkan bosnya, Anwar bakal ditangkap dalam masa terdekat yang dilaporkan Free Malaysia Today, juga dikatakan ‘skrip lama’ pembangkang untuk mengelak Penasihat PKR itu daripada dikaitkan dalam pembabitan isu-isu tertentu termasuk terbaharu, isu pencerobohan Lahad Datu. Dulu, Anwar menyatakan dia akan dibunuh, dia pun lari ke pejabat Duta Turki...satu sandiwara filem Tamil yang cukup hebat. Skrip lama yang diperbaharui. Ingat tak kita kepada beberapa skrip masa Anwar ditahan di penjara Sungai Buloh? Kononnya, Anwar akan disuntik dengan racun arsenik. Bila keluar, siap dengan topang dagu kata leher sakit. Hairan ya, Anwar boleh bersenam semasa di penjara, tapi katanya sakit belakang.Kemudian, dia dibawa ke Jerman untuk rawatan sakit belakangnya. Dan sehinggalah dia ‘pulih serta-merta’. Menurut sumber yang boleh dipercayai, pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo, dipercayai telah melakukan perancangan rapi dan sebenarnya merancang untuk melakukan serangan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan. Penceroboh yang turut didalangi penduduk tempatan itu mahu mengambil kesempatan daripada proses pilihan raya berkenaan bagi menjadikan negara kucar-kacir.

SAMSENG PKR GANGGU CERAMAH ZULKIFLI NORDIN DI PERMATANG PAUH