Selasa, 29 Januari 2013

18 TUNTUTAN CUEPACS DITUNAI KERAJAAN

Sebanyak 18 permohonan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) ditunaikan kerajaan sejak 2007, menunjukkan kerajaan prihatin terhadap penjawat awam, kata Presidennya Datuk Omar Osman. “Antara permohonan penting yang berjaya diselesaikan kerajaan ialah pelarasan gaji sebanyak dua kali, lanjutan usia pencen, pencen minimum, kenaikan elaun sara hidup, penambahbaikan gred perkhidmatan, cuti bersalin 90 hari serta pelbagai insentif yang lain. “Ini merupakan bukti kerajaan sentiasa peka terhadap keperluan 1.4 juta penjawat awam negara ini,” katanya.
Katanya kejayaan merealisasikan tuntutan itu menjadi pembakar semangat kepada penjawat awam serta sebagai pemangkin kepada peningkatan mutu perkhidmatan dan produktiviti mereka. Cuepacs sedang mengusahakan beberapa lagi tuntutan antaranya kenaikan gaji penjawat awam yang telah mencapai tangga gaji maksimum dan pelarasan imbuhan tetap perumahan kepada RM450 sebulan, katanya. “Selain itu kita juga menanti pengumuman skim baru oleh suruhanjaya khas transformasi perkhidmatan awam dan Jabatan Perkhimatan Awam bagi menggantikan Skim Saraan Malaysia setelah pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam,” katanya. Pada majlis itu Omar turut menyampaikan sumbangan Cuepacs berjumlah RM10,000 untuk Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad, yang diterima wakil media Ketua Unit Foto Bernama Mustaza Mohd Yusoff.

PENYINGKIRAN REJIM TOLAK ANWAR DALAM PAS BERMULA...

Apapun alasan yang diberikan oleh pucuk pimpinan PAS mengenai keputusan Majlis Syura parti itu mengugurkan Ustaz Nasharudin Isa sebagai anngotanya, ini sebagai bukti jelas bahawa usaha usaha besar sedang dilakukan oleh parti itu untuk mengenepikan pemimpin yang tidak mesra Anwar Ibrahim. Walaupun kenyataan ini agak janggal tetapi inilah hakikatnya apabila Awnar yang terkenal dengan cita cita besarnya itu menguasai PAS dari luar tetapi berperanan penting dalam menentukan hala tuju poltik dan dasar parti itu asalkan ia boleh memberi keuntungan politik beliau. Penyingkiran Datuk HAsan Ali sebelum ini sudah dilihat jelas sebagai langkah pertama Anwar untuk melakukan satu transformasi politik dalam PAS agar golongan yang bersekutu dengannya saja boleh berada di dalam saf kepimpinan bagi memudahkanya membuat percaturan terutama dalam usahanya merampas Putrajaya bersama sama dengan DAP. Anwar sedar tanpa sokongan PAS, dia tidak mampu bersama DAP untuk mencapai cita cita besarnya itu dan usaha untuk kahwinkan DAP dengan PAS juga bukan sesuatu misi yang mudah. Malahan beberapa bukti pertentangan pendapat antara Hasan Ali dan Ustaz Nasha dalam membina kerjasama di antara PAS dengan DAP jelas ketara, hinggakan timbul isu cabar mencabar antara Hasan dan Nasha dengan Karpal Singh sebelum ini. Oleh itu liku liku yang menyukar laluan untuk DAP dan PAS duduk semeja mendorong Anwar melakukan sesuatu walaupun secara langsung atau tidak langsung walaupun dia tidak mempunyai sebarang kuasa rasmi dalam menentukan dasar PAS tetapi dengan membiakkan bakanya dalam PAS seperti Timbalan Presiden, Mohd Sabu,Naib Presiden, Husam Musa, Mahfuz Omar dan Salahudin Ayob yang memenangi pemilihan parti 2011 lalu sudah cukup bagi Anwar melancarkan dan menyusun apa sahaja strategi menguntungkan politik dia.
Dengan mengunakan alasan Nasha gagal memainkan peranan sebagai ahli Majlis Syura disamping isu lawatan Nasha bersama Perdana Menteri ke bumi Gaza baru baru ini, tekanan diberikan untuk membuka kepada keputusan penyingkiran Nasha. PAstinya, isu penyingkiran ini tidak akan berakhir di situ saja, selepas ini akan ada lagi HAsaan Ali dan Nasha kedua dalam parti terutama mereka yang masih lantang menentang beberapa pandangan dan desakan daripada luar PAS seperti DAP dan PKR. Isu pengunaan kalimah Allah antara bukti pencanggah yang jelas dalama kerjasama rapuh mereka itu. Sama sama kita lihat nanti, siapa selepas ini yang tidak disenangi Anwar akan mengalami nasib yang sama seperti dua bekas pemimpin itu...

PAS TAKUT BAYANG BAYANG SENDIRI

Pas kelihatan takut dengan bayang sendiri bila tidak bersedia menyerahkan senarai nama calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk saringan. Menyatakan demikian, Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata parti pembangkang itu memang tidak berani menentukan bersih atau tidaknya bakal calon mereka. "Sudah menjadi sikap Pas dan Pakatan Pembangkang yang suka menentang prosedur termasuk berkaitan saringan oleh SPRM. Kita (Barisan Nasional) memang akur dengan saringan yang dibuat oleh SPRM kerana mahu pastikan calon kita bersih dan tidak timbul masalah kemudian, berbanding Pas," katanya. "PAS yang gemar menuduh Umno/BN terbabit rasuah, penyelewengan dan sebagainya, cepat-cepat desak dan pergi ke SPRM untuk disiasat, tetapi apabila pemimpin mereka sendiri terbabit, mereka tidak laporpun untuk disiasat," katanya.
Beliau mengulas keputusan Pas tidak akan menyerahkan senarai nama bakal calon mereka kepada SPRM, sebagaimana dilakukan Umno dan BN, kerana percaya semua calon mereka bersih. Baru-baru ini Ketua Penerangan Pas Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sehingga ini Pas berpuashati dengan semakan dan siasatan senarai nama calon yang dibuat jawatankausa dalaman parti itu yang telah diteliti Majlis Syura. Mengenai isu kalimah Allah, Ahmad berkata ahli Pas yang waras pemikiran akan menolak dan meninggalkan parti itu apabila membenarkan kalimah suci itu digunakan oleh bukan Islam. "Tapi, bagi yang taksub, buat apa pun dia akan anggap pemimpin mereka betul," katanya. Sementara itu Ahmad berkata, beliau percaya BN mampu menang dengan cemerlang pada PRU13 berdasarkan sikap semasa rakyat termasuk ahli PAS sendiri semakin bosan dengan parti itu menjadi pak turut kepada DAP.