Ahad, 15 Julai 2012

Sambutan himpunan Oren bukti peneroka sokong penyenaraian

Himpunan Oren Selamatkan Felda di ibu negara semalam yang gagal mencapai sasaran kehadiran 20,000 warga peneroka membuktikan peneroka yakin dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) di Bursa Malaysia, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan. Beliau mendakwa majoriti daripada kira-kira 4,000 penyokong yang hadir pada perhimpunan anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) itu adalah daripada parti pembangkang. "Saya nak ucapkan tahniah kepada peneroka kerana tidak menyokong perhimpunan itu, apa kita (kerajaan) buat adalah jalan yang betul," kata Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Tapah 2012 di sini, hari ini. Mengenai tindakan pihak tertentu menggunakan gambar bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah di laman blog bertujuan memancing orang ramai menghadiri perhimpunan itu, Ahmad berkata perbuatan itu amat tidak bertanggungjawab. "Kedua-dua pemimpin tidak pernah menyatakan tidak setuju dengan penyenaraian ini dan mereka melalui wakil-wakilnya telah menafikan penglibatan mereka tentang hal himpunan itu," jelasnya. Perhimpunan itu diadakan bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong meminta campurtangan Seri Paduka terhadap penyenaraian FGV.

Sabtu, 7 Julai 2012

budaya gotong royang erat siratulrahim di Al Zakirin




Sebagai amalan tradisi menjelang ramadan masjid al zahirin , taman wilayah menganjurkan majlis gotong royong membersih masjid

Majlis yg dihadiri jemaaah sekitar taman wilayah turut disertai pegawai masjid juga sebagai program mengeratkan siratulrahim sesama anak kariah



- Posted using BlogPress from my iPhone

Jumaat, 6 Julai 2012

Anwar hilang arah...

Dalam keghairahan jambu jambunya membuat pelbagai pembongkaran demi pembongkoran tiba tiba penasihat PKR, anwar ibrahim mengumumkan hasrat untuk bersara dari politik jika parti itu gagal menguasai putrajaya.

Walaupun pengumuman itu berjaya menimbulkan polimik politik yang suam suam kuku sehari dua ini, tetapi rakyat juga yang hampir mempercayai apa yang dibayangkan oleh anwar itu

Tetapi bagi teman, kenyataan itu tidak lebih daripada satu helah politik bagi meraih kembali sokongan rakyat terutama penyokong parti itu yang mulai hilang keyakinan ekoran kegagalan jambu jambunya membuat pendedah demi pemdedahan

malahan strategi yang banyak memakan diri itu menyebabkan Anwar terpaksa meletopkan satu bom baru bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap perjuangan mereka

pengumuman itu juga bagi menarik kembali sokongan kalangan sekutunya yang semakin longgar pegangan mereka ekoran banyak tindakan Anwar dan jambunya tidak mengutungkan pihak mereka

bagi strategi memohon simpati dari kalangan sekutunya, nampaknya anwar berjaya apabila nik aziz yang begitu percaya dengan Anwar terus mengeluarkan kenyataan dengan mengesa anwar melupakan hasrat itu

sekali lagi nik aziz terperangkap dengan mainan anwar dan kini dia masih menunggu kenyataan dari parti sekutu yang paling kanan iaitu DAP. barangkali pemgerusi DAp yang pernah meminta anwar bertaubat sedang membuat perkiraan untung rugi sebelum membuat kenyataan mengenai isu anwar itu

tentunya bagi mereka keputusan anwar itu ada baiknya kerana penasihat pkr itu pun tidak banyak menyumbang keuntungan kepada gagasan mereka kerana banyak isu yang timbulkan kebelakangAn tidak banyak membantu mereka seperti pemilikan harta lebih 3 bilion oleh bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan itu

Bagaimanapun bagi kalangan komponen terutama UMNO pengumuman anwar itu tidak mengejutkan dan tidak memberi apa apa kesan walaupun ada komen komen yang memyambut baik hasrat anwar itu

sejarah bagaimana pengakuan anwar


yang tidak akan menentang tun ghafar baba untuk jawatan timbalan presiden umno sebelum ini masih kuat di ingatan

dalam keghairahan dia mengulangi ikrar tidak akan memcabar pak ghafar akhinya anwar berjaya menghalau bekas timbalan perdana itu dari kerusinya dengan penuh keaiban

peristiwa itu sukar untuk kita terus mempercayai apa saja cakap anwar itu dan terlalu banyak kenyataan yang memjilat jilat sendiri yang sering di laungkan anwar tidak dikota bagaimana yang dikata

Apapun panglima perang dan jambu jambu serta anak anak ikan anwar akan membuat pelbagai kenyataan bagi menolak hasrat anwar itu nanti dan kenyataan seperti ini seolah olah anwar masih kuat dan mendapat sokongan padu dari partinya.

sama sama kita lihat siapa yang akan di arah untuk menjilat ludah anwar itu.

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:kuala lumpur

Rabu, 4 Julai 2012

Anwar Memang PELIWAT- .Zullkifli Nordin

Anwar Memang PELIWAT ... Saman Saya Kalau BERANI - Zulkifli Nordin? Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin menyifatkan alasan penghakiman penuh Mahkamah Tinggi dalam kes liwat membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah tidak layak menjadi Ketua Pembangkang dan ahli Parlimen. Beliau yang dihubungi KLPOS memberitahu Anwar hanya dibebaskan dari disabitkan tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan dari segi undang-undang namun dari segi moral telah hilang kelayakan dan integriti bergelar Ketua Pembangkang dan ahli Parlimen. "Dia (Anwar) sepatutnya letak jawatan kerana jelas dari penghakiman bahawa liwat berlaku. "Cuma Anwar bernasib baik dengan sistem keadilan jenayah Malaysia yang meletakkan beban bukti terlalu tinggi kepada pihak pendakwaan iaitu melampaui keraguan munasabah," katanya. Zulkifli dalam nada sinis memberitahu Ketua Pembangkang itu patut berterima kasih kepada sistem kehakiman yang diamalkan di negara ini yang membebaskan beliau atas dasar "kekhilafan teknikal". Beliau turut berkata penghakiman ini sama seperti penghakiman Mahkamah Persekutuan yang membebaskan Anwar dalam kes liwat Azizan Abu Bakar dan Sukma Darmawan dengan alasan "kami percaya kejadian liwat berlaku tetapi tidak selamat untuk disabitkan kesalahan dari segi teknikaliti". Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru ini turut mendesak agar Peguam Negara membuat petisyen rayuan dengan segera sebelum berakhirnya tempoh sepuluh hari yang diperuntukkan. sumber : KLPOS

Selasa, 3 Julai 2012

Pelajar di luar negara jangan terperdaya dengan saudagar janji

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa para pelajar yang berada di luar negara agar mendapatkan maklumat dan informasi yang tepat untuk memainkan peranan sebagai duta kecil negara tanpa perlu terpedaya kepada ‘saudagar janji’ yang sering dimiankan oleh pembangkang. Katanya, pakatan pembangkang adalah saudagar janji yang gemar menjanjikan pelbagai perkara sebagaimana Pas dalam pilihan raya yang lalu mempunyai janji-janji yang pelbagai tetapi malangnya apabila dapat membentuk kerajaan maka sehingga ke hari ini apa yang dijanjikan tidak pernah ditepati. “Kita lihat di Kelantan, kutipan cukai yang dilakukan oleh kerajaan Persekutuan adalah RM300 juta tapi berapa jumlah wang Persekutuan yang dibelanjakan untuk pembangunan dan lain-lain di Kelantan? Jawabnyak RM5.6 bilion. Itu pun kerajaan dituduh tidak adil. “Apa jadi dengan kerajaan Kedah terhadap Institut Insaniah? Apa jadi dengan kerajaan Selangor apabila para pelajarnya di Unisel tidak mendapat pinjaman PTPTN? Apa jadi dengan aset-aset Kerajaan Selangor yang ada di Wilayah Persekutuan? Saudagar janji masih lagi dengan janji-janjinya dan barangkali akan menaburkan janji-janji baru dalam pilihan raya akan datang,” katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan di hadapan 150 orang pelajar Malaysia di Majlis Makan Malam Pelajar Bersama Pemimpin UMNO anjuran Kelab UMNO Luar Negara Jakarta, di Hotel Pullman, malam tadi. “Lihat bagaimana pembangkang yang dulu kata kerajaan membazir membina jambatan Pulau Pinang tetapi hari ini mereka minta jambatan kedua, dulu lebuh raya dibuat dan Lim Kit Siang kata tak mahu bayar tol tapi hari ini minta lebuh raya baru,” katanya. Beliau turut menempelak pembangkang yang sebelum ini pernah menudug Felda bankrap tetapi bagaimana pula ia boleh disenaraikan dalam Bursa Malaysia jika ia benar-benar berlaku. “Bagaimana sebuah organisasi yang dikatakan bankrap dapat memberi ‘durian runtuh’ kepada ahli-ahlinya dan kemudian menjadi sebuah organisasi terbesar di dunia selepas facebook dipasarkan dalam pasaran saham. “Kemudian mereka sindir pula patutnya bagi RM50,000 sedangkan orang yang membawa Felda ke mahkamah inilah yang kemudiannya awal-awal menerima ‘durian runtuh’. Inilah muka tak malu,” katanya. Lantaran itu, jelasnya sebagai duta kecil negara maka para pelajar harus memahami setiap isu sama ada hal-hal tempatan atau perkara yang melibatkan isu-isu antarabangsa. “Maklumat-maklumat penting harus diperjelaskan agar perkara sebenar dapat diketahui oleh orang ramai dan para pelajar adalan individu penting yang dapat menyampaikan info-info sebenar dengan cara komunikasi dua hala dalam kelompok-kelompok yang kecil termasuklah di luar negara,” katanya lagi. Beliau adalah antara rombongan delegasi seramai 25 orang dari UMNO Malaysia yang mengadakan kunjungan balas kepada Golkar dan akan mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dalam pertemuan dengan para pemimpin tertinggi parti Golkar, Parti Demokrat dan Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan hari ini. Turut serta ialah Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Datuk Seri Mahadzir Khalid, Datuk Seri Awang Adek Hussin dan ketua pergerakan sayap Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Pemuda Khairy Jamalauddin; Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. - MediaUMNO