Khamis, 28 Jun 2012

Saham FGV catat peningkatan positif

Saham FGV melonjak 19% dalam penampilan pertama
Harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) mencatatkan peningkatan 19 peratus walaupun hanya selepas dua puluh minit mula didagangkan di Bursa Malaysia hari ini. Dibuka pada harga RM4.55, harga saham FGV meningkat 18 peratus kepada RM5.41 pada jam 9.19 pagi - menjadikan ia saham syarikat paling laris didagangkan di pasaran. NONEFGV merupakan IPO terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia, selepas Facebook. Syarikat gergasi minyak sawit Malaysia itu telah menarik senarai pelabur terkemuka, termasuk pelaburan global Qatar Investment Authority dan syarikat insurans Hong Kong, AIA Group Ltd FGV menganggar akan mengumpul RM9.93 bilion (AS$3.12 bilion) daripada IPO, yang telah banyak terlebih dilanggan. Merupakan pengendali ladang kelapa sawit ketiga terbesar di dunia, FGV adalah syarikat milik Felda - sebuah agensi kerajaan yang menyediakan tanah kepada golongan miskin di luar bandar. FGV kini menjual buah kelapa atau minyak sawit mentah serta minyak sawit diproses kepada pihak ketiga. Menurut FGV, dana yang diperoleh daripada penyenaraiannya itu akan digunakan untuk menanam semula pokok kelapa sawit yang sudah matang serta untuk mengembangkan lagi perniagaan hiliran untuk menjadi pemain global yang lebih lengkap.

lensa dari keluang


lensa ceria ttyb di keluang...




perjalanan ke keluang yang agak lewat dan suasana panas dlm gerabak di ceriakan dengan hiburan bersama zack dzull...
.. music pls...



tiba di stesyen keretapi keluang, dalam letih ada ceria...


orang kuat ttyb bersama datuk ehsan harun rashid


datuk ehsan harun rashid dan datuk sharifah azizah dan cikgu zainal, terima kasih daun keladi...


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:kuala lumpur