Sabtu, 22 Mei 2010

Mugilan bantu kempen- Tengku Adnan




Ramai orang termasuk kalangan wartawan yang membuat liputan kempen pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor baru ini hairan dengan dakwaan Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu bahawa Timbalan Ketua Pemudanya, V.Mugilan sabotaj Barisan Nasional waktu itu.

Ini kerana tidak kedengaran langsung kisah beliau yang juga Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor ada menjalankan kegiatan seumpama itu sepanjang tempoh kempen.

Beliau hadir masa majlis pengumuman P Kamalanathan sebagai calon di markas BN dan juga semasa hari penamaan calon.Selain itu beliau diketahui ke sana sini membantu kempen.

Malah Sabtu, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang diminta oleh wartawan mengulas pemecatan Mugilan atas dakwaan itu juga menyuarakan rasa hairan.

Beliau turut menafikan Mugilan ada sabotaj BN dan sebaliknya banyak membantu kemenangan BN di Hulu Selangor.

"Mugilan tolong…Mugilan kempen," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Cawangan Bunga Anggerik di Presint 8 di Putrajaya Sabtu.

Tengku Adnan kesal dengan pemecatan Mugilan kerana melihat beliau seorang anak muda yang berpotensi menjadi pemimpin masyarakat India pada masa depajn.”Kenapa kita nak menidakan orang seperti ini,”ujarnya.

Beliau merasa pemecatan itu adalah tidak adil.

Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu bertindak memecat Mugilan atas dakwaan beliau sabotaj BN masa kempen pilihanraya kecil itu.

Difahamkan Samy Vellu tidak senang hati kerana sebelum pengumuman calon BN kebanyakan media telah highlight nama Mugilan sebagai salah seorang yang mungkin dipilih bertanding.

Pada ketika yang sama media melaporkan orang harapannya iaitu Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel tidak popular dikalangan orang Hulu Selangor.

Laporan-laporan berkenaan bukanlah dari kenyataan Mugilan tetapi dari pemantauan dan tinjauan media sendiri di Hulu Selangor.-Agendadaily.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan