Jumaat, 1 Mac 2013

PILU SAMBUT KETIBAAN WIRA NEGARA

Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah turut melahirkan simpati kepada ahli keluarga anggota polis komando VAT 69 yang terkorban dalam insiden membabitkan kumpulan penceroboh di Lahad Datu, Sabah pagi semalam. Baginda yang kebetulan berada di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang di sini pada 10.55 pagi, turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga anggota polis berkenaan. Jenazah kedua-dua anggota tiba di pangkalan itu tengah hari ini selepas berlepas dari Lahad Datu pagi ini. Perdana Menteri, DAtuk Seri Najib Tun Razak antara pemimpin negara yang turut berada di Pengkalana Tentera Udara DIraja Malaysia (TUDM) Subang bagi menyambut ketibaan jenazah dua wira negara yang terkorban.

ISU LAHAD DATU- AWAS LAPORAN TIDAK TEPAT

PDRM kesal dengan laporan media yang tidak tepat mengenai berita anggota yang terkorban. Didapati media massa yang menyiarkan berita tanpa pengesahan daripada pihak PDRM telah mendatangkan kekeliruan dan keresahan kepada keluarga anggota berkaitan. Sebagai media yang bertanggungjawab, pihak media seharusnya memastikan maklumat yang bakal disiarkan adalah tepat dan sahih. Pengesahan berita harus diperoleh sebelum penyiaran dilakukan. Kenyataan ini dikeluarkan susulan dariada siaran di media massa kononnya melaporkan Koperal 135383 Azman B. Ampong terkorban semasa bertugas insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Pada hakikatnya, anggota berkenaan cuma cedera di tangan dan kaki. Koperal Azman adalah antara tiga anggota polis yang cedera dan menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.

PERKASA BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP BALA

Perkasa Selangor hari ini membuat tujuh laporan polis meminta supaya penyiasat persendirian P. Balasubramaniam menghentikan siri ceramah yang didakwa memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, tindakan Balasubramaniam mengaitkan Perdana Menteri dengan satu kes pembunuhan, merupakan fitnah yang serius serta boleh mengundang buruk sangka terhadap pemimpin nombor satu negara itu. "Kami berharap pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Balasubramaniam yang difahamkan sudah mula mengadakan ceramah dan forum mengenai dakwaan ini," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam. Beliau berkata, jika benar Balasubramaniam mempunyai bukti kukuh, dia sepatutnya tampil dan menyerahkannya kepada polis bagi membolehkan siasatan dilakukan, bukan menyebarkannya sesuka hati tanpa usul periksa. Abu Bakar berkata, jika Balasubramaniam enggan, ini jelas bahawa dia sebenarnya berniat jahat dan menjadi alat kepada pihak tidak bertanggungjawab serta boleh mendatangkan bahaya kepada keamanan negara. Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob ketika dihubungi mengesahkan mengenai laporan polis itu. Di GEORGETOWN, Perkasa Pulau Pinang turut membuat laporan polis yang sama dan menurut Ketua Wira Perkasa Negeri Mohd Rizuad Mohd Azudin, tindakan Balasubramaniam menyebarkan fitnah itu dalam siri ceramah anjuran pembangkang tidak boleh dibiarkan kerana berniat jahat dan mengelirukan rakyat. "Itu tuduhan serius sekiranya Balasubramaniam tidak boleh mengemukakan bukti kukuh berhubung kenyataannya dia patut didakwa kerana mewujudkan keadaan tidak tenteram di negara ini," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini. Beliau berkatam kepulangan Balasubramaniam secara tiba-tiba menjelang pilihan raya umum ke-13 dipercayai bertujuan membantu Pakatan Rakyat menghasut orang ramai dalam kempen pilihan raya akan datang. Di KUALA TERENGGANU, Perkasa negeri Terengganu mendesak Balasubramaniam mengemukakan bukti yang kukuh kerana mengaitkan pemimpin negara dengan kes pembunuhan itu. Laporan itu dibuat Ketua Wiranita Perkasa Terengganu Wan Zakiah Wan Khalid di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu yang membantah sekeras-kerasnya kenyataan penyiasat persendirian itu. Katanya, individu tidak bertanggungjawab itu sengaja mempolitikkan perkara itu dan memohon tindakan sewajarnya dikenakan ke atas Balasubramaniam serta mereka yang bersubahat dengannya. - Bernama

KITA TIDAK PERNAH MEMBERI RUANG PADA PENCEROBOH- ZAHID

Menteri Pertahanan Malaysia, Ds Zahid Hamidi dalam kenyataan di akaun Twitter-nya menyeru orang ramai terutamanya rakyat Malaysia mendoakan keselamatan anggota Tentera dan Polis yang menjaga keselamatan di kawasan insiden pencerobohan militan sulu berada dalam keadaan selamat. Dalam kenyataannya lagi, sebagai Menteri Pertahanan Malaysia, KEDAULATAN NEGARA tidak pernah diberikan ruang dan peluang kepada penceroboh negara. Rata-rata ramai orang sebelum ini,tertanya-tanya kenapa selaku Menteri Pertahanan nampak beliau seakan seperti lepas tangan dalam insiden ini dan mempersoalkan kenapa tidak kedengaran kenyataan dari pihak tentera berhubung strategi keselamatan dalam insiden tersebut. Jawapan kepada persoalan itu, telah dijawab oleh Menteri Pertahanan dalam akaun twitter-nya. Arahan kabinet putuskan hanya Menteri KDN dan Ketua Polis Negara yang bertanggungjawab sepenuhnya mengeluarkan sebarang kenyataan dalam isu Lahad Datu. Namun katanya sebagai Menteri Pertahanan ,pihak tentera sentiasa memantau rapi dan ketat insiden ini malah bekerjasama dalam merangka strategi keselamatan disana.

LAHAD DATU: PENCEROBOH MULAKAN SERANGAN - PM

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah telah terlebih dahulu memulakan serangan terhadap pasukan keselamatan Malaysia apabila mereka mara 1.5 kilometer dari tempat mereka berkampung sebelum ini. Perdana Menteri berkata beliau telah memberi mandat kepada Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera untuk mengambil sebarang tindakan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata itu dan tiada kompromi lagi. Najib turut mengesahkan dua anggota keselamatan Malaysia terbunuh dan tiga lagi cedera manakala 10 hingga 12 anggota kumpulan penceroboh itu terbunuh. "Mereka (polis dan tentera) akan diberi kuasa sepenuhnya untuk bertindak dengan apa saja mengikut budi bicara mereka tetapi kumpulan ini mesti ditumpaskan dan mereka mestilah diambil tindakan yang sepatutnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini. "(Kini) sama ada mereka (penceroboh) menyerah diri atau mereka terima apa jua kesan daripada tindakan mereka," kata Najib. Perdana Menteri berkata kumpulan itu kini dikepung sepenuhnya dan pasukan tentera laut negara telah meningkatkan tahap keselamatan di perairan bagi mengelakkan kumpulan itu melarikan diri. Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu kerana sepatutnya pertumpahan darah mahu dielak daripada berlaku, akibatnya kini negara kehilangan dua anggota keselamatan, bernama melaporkan. SEMENTARA ITU, Sepuluh penceroboh Filipina di Lahad Datu dilaporkan menyerah diri selepas pertempuran bersenjata berlaku antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh berkenaan, kata Kedutaan Malaysia di Filipina. ABS-CBN News melaporkan memetik Duta Malaysia Mohammad Zamri Mohammad Kassim berkata pencerobohan tersebut telah berakhir. “Kedutaan berkata pencerobohan telah berakhir,” kata jurucakap Kementerian Luar Filipina, Raul Hernandez. Portal The Philippine Daily Inquirer melaporkan jurucakap Kementerian Hubungan Luar Filipina Raul Hernandez hari ini berkata Mohammad Zamri telah bertemu dengan pihak Setiausaha Kementerian Hubungan Luar Albert Del Rosario di Manila untuk memaklumkan perkara itu. Hernandez dilaporkan berkata kerajaan Filipina masih lagi perlu mengesahkan kenyataan jurucakap penceroboh berkenaan bahawa 10 anggotanya terbunuh. Dua anggota komando polis Malaysia turut dilaporkan terbunuh selepas diserang menggunakan mortar. Pemilik rumah yang dirampas turut dilaporkan telah dibunuh menurut Mohammad Zamri, menjadikan jumlah kematian setakat ini 13 orang. Empat penceroboh dan empat anggota polis turut dilaporkan cedera. Dua penceroboh dilaporkan melarikan diri ke kawasan laut, menurut laporan ABN-CBN. Sementara itu Del Rosario meminta agar kumpulan penceroboh tersebut diberikan akses supaya kerajaan Filipina dapat membekalkan rawatan perubatan, kata Hernandez. “Setiausaha Del Rosario turut meminta jasa baik agar kapal tentera laut Filipina AT-296 BRP Tagbuana dibenarkan memasuki Lahad Datu untuk membolehkan pegawai perubatan Filipina memasuki kawasan tersebut dan merawat mereka yang tercedera dan membawa pulang baki penceroboh kepangkuan keluarga dan kampung halaman mereka, kata Hernandez, dipetik ABS-CBN. Kawasan Pantai Timur Sabah diletakkan dengan kawalan keselamatan yang ketat. Ketua Polis Semporna Deputy Supt Firdaus Francis Abdullah dilaporkan berkata kepada The Star Online pihak polis diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bersama dengan pasukan keselamatan lain untuk tindakan lanjut. Firdaus dilaporkan berkata penduduk di sana agar bertenang kerana ia hanya sebagai langkah berjaga-jaga. “Banyak pihak yang risau ia akan merebak ke Semporna, namun sebenarnya tidak perlu dibimbangkan kerana penceroboh Sulu telah disekat ke Lahad Datu,” katanya. Semporna dan Lahad Datu, yang kedua-duanya terletak di kawasan pantai timur Sabah telah menerima serangan pada 1980an dan 1990an, terutamanya daripada lanun dari Selatan Filipina, lapor portal tersebut. Lahad Datu, yang berada dalam lingkungan 130km jaraknya dari lokasi pertempuran turut digambarkan sebagai “pekan berhantu”, dengan semua kedai di pusat bandar ditutup dan anggota tentera dilihat mengadakan kawalan di beberapa kawasan termasuk sekolah dan hospital. Empat turut dilaporkan cedera, termasuk Puteri Jaycel Kiram, anak perempuan kepada Sultan Sulu Jamallul Kiram III (gambar), memetik laporan Philippine Daily Inquirer. Dianggarkan 180 pemberontak Filipina, termasuk 30 lelaki bersenjata menceroboh Sabah pada 9 Feburai lalu dan enggan beredar, walaupun telah diarahkan oleh kedua-dua kerajaan Malaysia dan Filipina. Mereka menegaskan lebih rela mati di Sabah dan tidak akan menyerah kalah. Penceroboh berkenaan mula memberontak apabila beberapa pengikut Agbimuddin mahu pulang ke Filipina, menurut portal berita The Star Online Isnin lalu. Kumpulan tersebut sebelum ini mengatakan tidak mahu pulang ke Sabah kerana mereka “adalah warga Kesultanan Sulu.”

LAHAD DATU-KENYATAAN PESURUHJAYA POLIS SABAH

Polis sahkan dua anggota, 12 ahli penceroboh maut di Lahad Datu . Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan dua anggota keselamatan negara manakala 12 anggota kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina terkorban dalam pertempuran antara dua kumpulan terbabit pagi tadi. Tiga anggota keselamatan turut disahkan tercedera dalam kejadian yang berlaku antara 20 hingga 30 minit pada jam 9.59 pagi. Beliau juga mengesahkan kumpulan penceroboh itu melepaskan tembakan terlebih dulu ketika pihak berkuasa keselamatan sedang mengetatkan kepungan di lokasi persembunyian mereka di Kampung Tanduo. Hamzah turut mengesahkan pihaknya merampas beberapa senjata antaranya M-16, pelancar roket, peluru dan beg pakaian. Berhubung perintah berkurung yang dikatakan dikuatkuasakan di Lahad Datu, Hamzah mengesahkan tidak mengeluarkan arahan seumpama itu kerana keadaan adalah terkawal.

LAHAD DATU- CARi DALANG !

Kenyataan Tian Chua di akhbar rasmi parti itu tidak harus di pandang ringan, ketegasan bukan saja terhad kepada penceroboh tetapi juga pencetus ketegangan seperti ini!..

TRAGEDI LAHAD DATU- ANGGOTA POLIS KITA TERKORBAN

Komando Zulkifli Mamat drp Besut Trg salah sorang terkorban di Lahad Datu, mudahan Allah letakkan di kalangan Syuhada.. Polis akan mengadakan sidang media di Lahad Datu kira-kira 5 petang ini berhubung operasi pasukan keselamatan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah. Sehingga kini dilaporkan dua komando polis terkorban dalam serangan mortar oleh kumpulan Filipina itu manakala dua lagi cedera. Wartawan telah diarahkan keluar dari lokasi kejadian atas sebab keselamatan. Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yoosuf memberitahu Bernama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar telahpun berada di Sabah. - BERNAMA

SUMBER KEKAYAAN ANWAR...

LAGI TEMBERANG ANWAR...