Selasa, 26 Mac 2013

FAEKAH BERJAYA BELI WAN AZIZAH

Boleh dikatakan Khalid Ibrahim kini sedang meniti hari-hari terakhirnya sebagai menteri besar Selangor. Jika Khalid menang sekali pun peluang untuk beliau menjadi MB amat-amat tipis. Nasib Khalid hanya bergantung kepada Wan Azizah. Pergaduhan antara kem Khalid dan kem Azmin tidak dapat dinafikan lagi. Dari sudut parti Azmin mempunyai kuasa yang lebih besar daripada Khalid kerana beliau pengerusi PKR Selangor. Khalid tiada hak untuk menentukan senarai-senarai calon dan kerusi-kerusi yang ditandingi calon-calon PKR. Semua kuasa terletak di tangan Azmin. Di peringkat PKR pusat pula pergaduhan antara Azmin dengan Wan Azizah juga tidak boleh dinafikan. Kini dikhabarkan pergaduhan berkenaan menjadi semakin meruncing menjelang PRU kerana faktor calon. Wan Azizah banyak menggunakan kuasa mutlak beliau sebagai presiden untuk memotong nama-nama calon yang dikenal pasti orang-orang Azmin. Di Selangor pula Azmin tidak menyenaraikan orang-orang yang dikenal pasti sebagai orang Khalid dan orang Wan Azizah sebagai calon. Antara nama yang sedang hangat diperkatakan sekarang adalah nama setiausaha politik MB Selangor, Faekah Husin. Azmin dikatakan tidak menyenaraikan nama Faekah sebagai calon. Manakala Faekah yang sedang angau untuk bertanding mengunakan kelebihan hubungan rapat beliau dengan presiden untuk mempengaruhi Wan Azizah agar beliau dicalonkan. Apa yang mengejutkan apabila Faekah meminta untuk bertanding di dua kerusi. Satu kerusi parlimen di Kuala Langat dan satu kerusi DUN di Pelabuhan Kelang. Lebih mengejutkan lagi apabila Wan Azizah bersetuju dengan permintaan Faekah. Ini yang menyebabkan Azmin dan orang-orangnya semakin berang dengan Faekah dan Wan Azizah. Faekah kini telah bersiap sedia untuk bertanding dua kerusi dan mula bercakap besar dengan mengatakan kuasa menandatangani watikah adalah kuasa presiden dan bukannya kuasa Azmin. Bagi kami di Sel13.Com kami hanya menunggu masa nama Faekah dinobatkan sebagai calon. Segala bahan-bahan untuk kami dedahkan tentang penyelewengan yang dilakukan Faekah sepanjang menjawat jawatan setiausaha politik MB Selangor telah berada di tangan kami. Sebelum ini kami pernah mendedahkan bagaimana Faekah menyalah guna kedudukannya untuk mempengaruhi GLC Selangor memberi perniagaan kepada syarikat milik ahli keluarganya. Sumber: sel13.com

TAHNIAH SEMUA ANAK ANWAR JADI CALON

Yaa..senarai calon PR yg telah dikemas kini setakat 25 Mac 2013 telah terdedah. Apa punya malang nasib PR, satu demi satu rahsia dan strategi mereka dibongkarkan oleh jentera parti mereka sendiri. Malah mereka yang mendedahkan bukan sebarangan orang tetapi dikatakan merupakan pimpinan peringkat tertinggi parti itu. Jika sebelum ini mereka begitu mendabik dada mengatakan mereka mereka mempunyai 'agen' di dalam pentadbiran kerajaan untuk membongkar kononnya terdapat banyak penyelewengan tapi sekarang sebaliknya telah berlaku. Ia dikatakan ekoran dari ketidakpuasan hati segelintir pimpinan tertentu yang merasakan disisih oleh Ketua Umum, Anwar Ibrahim. Mereka merasakan seolah-olah tidak dihargai walaupun telah menunjukkan sifat taat setia yang tidak berbelah bagi kepada. "Kenapa perlu meletakkan calon yang baru sahaja menyertai parti sedangkan kita tidak tahu lagi tahap kesetiaan mereka? "Apa jaminan mereka akan kekal setia bersama parti dan tidak akan melompat parti?" soal sumber dalaman yang marah dengan keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan. Mereka turut mempertikaikan keputusan pemilihan calon, yang dilihat tidak berdasarkan konsep merit. Hanya disebabkan rapat dengan Anwar mereka terus diberikan tempat, sedangkan pimpinan kawasan telah berhempas pulas bekerja untuk langsung tidak dipertimbangkan. Sebagai contoh, apabila nama Chegu Bard tidak tersenarai sebagai calon ada dikalangan pencacainya yang bangkit mempertikaikan, kononnya sumbangan dan pengorbanan yang telah diberikan kepada parti tidak boleh dipertikaikan. Malah melalui Solidariti Anak Muda Malaysia, kepimpinan Chegu Bard turut dikatakan menyerlah kerana berjaya menarik sokongan anak muda, walaupun pada hakikatnya Anwar tahu ia lebih kepada gerakan untuk menyaingi peranan Ketua AMK. Ada desas-desus yang mengatakan, apabila ditawarkan bertanding di kerusi Permatang Pauh, Chegu Bard telah menolak dan merayu agar dijadikan calon untuk kerusi Nibong Tebal. Berikut adalah senarai calon PR yang dikemas kini setakat semalam. SENARAI CALON PKR Sembrong - Onn Abu Bakar Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid Segamat - Chua Jui Meng Batu Pahat - Syed Hamid Ali Selayang - William Leong Jee Ken Kuantan - Fuziah Salleh Azan Ismail - Kemaman Padang Serai - N Surendran Kulim Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail Sungai Petani - Johari Abdul Pandan - Rafizi Ramlii Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty Mustafa Kamil Ayub – Pasir Salak Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong Setiawangsa - Ibrahim Yaacob Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh Saratok - Ali Biju Hulu Rajang - Abun Sui Anyit Baram - Roland Engan Limbang - Baru Bian