Selasa, 4 Mei 2010

Anwar khianati kawan...




Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh kerajaan menggunakan khidmat firma perhubungan awam pro-Israel APCO Worldwide dan kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan khidmat bekas ejen Israel dalam projek berkaitan pengurusan maklumat dan komunikasi, dikecam hebat oleh sebuah laman web berhaluan kanan Amerika.

Melalui tulisannya dalam 'The New Ledger', sebuah penerbitan Internet Amerika yang menyiarkan pendapat golongan yang menyokong sistem kapitalis dan konservatif, Rachel Motte berkata, Anwar telah membuang kawan lamanya di Washington dan menjadikan kontrak APCO Worldwide sebagai asas untuk mereka cipta teori konspirasi mengenai penguasaan Yahudi, rancangan Zionis dan kegiatan subversif di Malaysia.

Katanya, beberapa orang kanan Anwar juga telah melemparkan pelbagai tuduhan, termasuk kononnya kerajaan Malaysia telah menggunakan khidmat sebuah syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengan rejim Zionis di Israel berkaitan projek maklumat dan komunikasi.

Dalam tulisan bertajuk "The Reversal of Anwar Ibrahim", Motte mendakwa Anwar, yang dianggapnya sebagai ahli politik berbisa dan berkarisma, menjadi punca munculnya semangat anti Yahudi di Malaysia.

Katanya, ini bukan kali pertama "beliau mengambil jalan ini" dan beliau "mempunyai sejarah menggigit Yahudi (sikap prejudis atau bermusuh dengan Yahudi) apabila keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.

Sebagai contoh, kata penulis itu, menjelang pilihan raya umum pada 2008, dalam satu wawancara dengan IslamOnline, Anwar berkata, beliau mempunyai bukti bahawa kerajaan bukan saja memberi sokongan kepada puak pelobi Yahudi di Amerika tetapi juga kepada beberapa pihak di Israel.

Motte berkata, beliau berterima kasih kepada pengundi di Malaysia kerana tindakan mereka menyebabkan gabungan parti pembangkang yang diterajui Anwar tidak mendapat undi majoriti pada pilihan raya itu.

Katanya, sejurus selepas Anwar dibebaskan dari penjara kira-kira 10 tahun lepas, beliau datang ke Washington, D.C. dan menghabiskan masa sejak 10 tahun lepas bagi menampilkan imejnya sebagai seorang yang penuh bersopan santun dan berperibadi mulia di Barat.

"Hasilnya, pemerhati hal ehwal luar Amerika menganggapnya sebagai contoh pemimpin Islam yang demokratik dan pejuang pentadbiran yang liberal dari Asia Tenggara.

''Beberapa tahun lepas, beliau dijemput mengajar selama setahun di Johns Hopkins School of Advanced International Studies dan di situ, beliau menjalin persahabatan dengan Yahudi Amerika seperti Paul Wolfowitz — sebagai suatu cara untuk menunjukkan betapa beliau telah jauh berubah daripada imejnya sebagai seorang militan Islam suatu ketika dulu.

"Malah, pada 2008, (bekas naib presiden) Al Gore — yang terkenal sebagai lelaki yang bijak dan tajam persepsinya — terdorong untuk menulis dalam laman blognya bagi mempertahankan maruah Anwar apabila beliau dikritik.

"Beliau adalah antara tokoh hebat dari Barat yang tidak boleh dibeli — tetapi seseorang itu boleh rapat dengan beliau sekiranya beliau bermusuh dengan pihak tertentu dan mempunyai hubungan dengan media yang berpengaruh dalam Beltway (perkataan yang digunakan bagi merujuk kepada sebahagian daripada sistem politik Amerika sebenar atau yang dibayangkan dan mengambil sempena nama lebuh raya antara negeri yang melingkari ibu negara Amerika)," kata penulis itu.

Motte berkata, hubungan antara Anwar dan tokoh-tokoh Yahudi Amerika yang berpengaruh begitu rapat hinggakan jika ditanya kepada rakyat Amerika siapakah tokoh demokrat liberal di Malaysia bagi tempoh 1999 hingga 2009, mereka dengan mudah akan menjawab tokoh itu ialah "Anwar Ibrahim." "Tapi, adakah apa yang digambarkan oleh Anwar Ibrahim tentang dirinya di luar Malaysia sama dengan tindakan yang dilakukannya di negaranya sendiri?," tanya penulis itu.

Motte berkata, apabila berada jauh dari CNN, Al Gore dan Johns Hopkins, Anwar menampilkan dirinya sebagai penghasut yang menyemarakkan semangat anti-Amerika dan anti-Yahudi.

Kata Motte lagi, "dalam mencari siapa yang boleh dijadikan rakan Amerika di dunia Islam, memang sukar untuk membezakan antara kawan yang baik dan kawan yang jahat."

"Bagaimanapun, lazimnya, ahli politik yang memperjuangkan teori konspirasi anti-Yahudi bukanlah rakan Amerika," katanya bagi merujuk kepada Anwar.

Motte berkata, perkembangan di Malaysia beberapa bulan lepas menyerlahkan perubahan yang mengejutkan apabila ketua Pembangkang Anwar Ibrahim meniupkan semangat anti-Yahudi, manakala Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pula berdiri teguh bersama Presiden Barack Obama dan Amerika.

Penulis itu mengulangi kenyataannya bahawa memang sukar untuk meneka siapakah yang boleh dijadikan kawan oleh Amerika di dunia Islam, selain Raja dan Permaisuri Jordan, beberapa orang di Emiriyah Arab Bersatu dan keluarga diraja Saudi.

"Sebagai contoh, lihatlah sesuatu yang aneh di Malaysia. Negara itu dan parti yang memerintahnya sedia bekerjasama dan bersikap konstruktif terhadap Amerika, tetapi lain pula halnya dengan parti politik pembangkangnya. Keanehan inilah yang sering digambarkan oleh media Barat," katanya.

Motte berkata, kepimpinan Malaysia sekarang bersikap pro perniagaan, pro Amerika dan berani berterus terang kepada dunia Islam bahawa ia adalah sekutu strategik Amerika.

Malah, katanya, pada Sidang kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington baru-baru ini, Najib berikrar akan membantu Amerika dalam pelbagai bidang.

Katanya, nama baik Malaysia sebagai sebuah negara majoriti Islam yang stabil dan berpendirian sederhana begitu menyerlah pada dekad ini hasil usaha keras dan kepimpinan perdana menterinya sekarang dan perdana menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi. - BERNAMA

NOTA KAKI: Bila laman web media barat melaporkan Datuk Seri Anwar ibrahim mengkhianati kawan beliau di negara tersebut bukan satu yang mengejutkan bagi rakyat negara ini..

Anwar yang lebih dikenali rakyat di negara ini bukan sahaja berperangai sedemikian sejak kebelakangan ini, malahan bekas Presiden ABIM itu mula mengkianti perjuanganya sewaktu mula berjinak dengan politik setelah diangkat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menyertai UMNO.

Dengan mendapat laluan mudah untuk mencapai cita cita politiknya, Anwar bukan sahaja mengkhianti Dr M sendiri malahan rakan-rakan beliau yang berjuang dan memberi laluan mudah kepadanya dalam politik juga dikianati.

Rakan rakan dalam ABIM ditinggal begitu sahaja selepas mendapat tempat dalam UMNO, barisan EXCO Pemuda UMNO juga dipinggirkan selepas Anwar memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO selepas menewaskan Datuk Suhaimi Kamaruddin.

Begitu juga dengan rakan- rakan yang meletakan beliau di tempat yang selesa dalam parti dan kerajaan hingga ke jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.

Sejarah bagaimana beliau mengkhinati Allahyarham Tun Ghafar Baba sewaktu "merampas" kerusi Timbalan Presiden UMNO dari Tun Ghafar masih menjadi ingatan jelas bagi ahli ahli UMNO.

Begitu juga sewaktu beliau di pecat dari UMNO dan mencetuskan gerakan reformasi, ramai yang bersama sama beliau berjuang sehingga ada yang sanggup diperjara seperti YB Ezam Mohd Noh dan Datuk Nalla karupan.

Mereka juga dikhianati Anwar untuk mencapai cita-cita politik peribadi sehingga mengepikan semangat asas penubuhan gerakan tersebut. Dan Tidak hairanlah sebegitu ramai rakan rakan yang bersama beliau sanggup meninggalkannya apabila menyedari mereka juga dikianati.

Malahan bekas pegawai khas beliau, Mohd Saiful Bukhari juga mendedahkan turut menjadi mangsa khianat bosnya itu.

Dengan pelbagai catatan sejarah yang sukar dipadam itu, bukan lah satu yang mengejutkan apabila kuasa besar Amerika juga sudah dapat menghidu mereka juga dikianati Anwar.

Bagaimanapun, tentunya Anwar akan terus mendakwa beliau yang dikhianati, apa pula hujan Anwar dalam mempertahankan isu khianat tuduhan Amerika ini. Sama sama kita tunggu...

Boleh percaya ka?...




Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali pagi Selasa memanggil satu sidang akhbar khusus untuk menafikan penglibatan bagi PAS Pusat maupun PAS Kelantan dalam menyalurkan wang RM4 juta yang didakwa oleh Syed Azidi Syed Aziz @ blogger Kickdefella untuk menghentam pentabiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Katanya beliau tidak tahulah kalau wang itu diberikan oleh orang lain tetapi PAS sebagai sebuah parti tidak terlibat.

Apapun beliau mengakui adalah menjadi agenda PAS untuk menjatuhkan BN seperti mana BN hendak menjatuhkan pembangkang..

“Saya menafikan perkara ini ( operasi Syed Azidi) dan ianya bukan agenda PAS…orang PAS ( jika ada pembabitan pemimpin PAS) saya tidak tahu,” jelasnya.

Kata Mustapha PAS tidak perlu kepada sebarang tindakan undang-undang dalam perkara berkenaan.

“Tindakan undang-undang apa, PAS tidak kena mengena dengan perkara ini, no…no…so…tak berbangkitlah perkara tu,” kata Mustapha ketika diajukan soalan tentang perlukah tindakan undang-undang diambil pada Syed Azidi kerana membabitkan imej parti PAS.

Mustapha juga menafikan imej PAS terjejas dalam isu tersebut kerana ianya tidak ada kena mengena dengan PAS dan PAS tidak terlibat.

NOTA KAKI: Sekali lagi PAS yang sinonim dengan "sindrom nafi" menolak pembabitan parti itu dalam apa yang dipanggil usaha menjatuhkan Perdana Menteri sebagaimana yang didedahkan bekas blogger jagohan meraka,Kickfefella.

Bagi Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, penafikan parti itu tidak akan menyelesaikan tembelang buruk mereka yang sanggup melakukan taktik kotor semata-mata untuk mempertahankan negeri itu dari terjatuh ke BN.

Pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh panglima perang mereka itu akan terus membuka pekung yang semakin busuk itu walaupun pelbagai fatwa yang akan terus dikeluarkan nanti.

Sepatutnya dalam menghadapi isu ini, kalau PAS benar-benar untuk membersihkan nama mereka yang "sudah tercemar" itu satu jawatankuasa siasatan harus diwujudkan bagi membetulkan dakwaan tersebut.

Tidak susah bagi PAS untuk memanggil penulis blog itu dan meminta bukti tuduhan yang dilemparkan dan memanggil mereka yang dikaitkan dengan tuduhan itu untuk disoal siasatan secara terbuka, kerana tuduhan itu adalah sesuatu yang seriuas.

Ianya tidak selesai sedar menafikannya sahaja.

Rakyat masih tertanya tanya pendirian parti itu dan melihat sejauh mana kebenaran dengan pendedahan yang dibuat oleh bekas kaki tangan kerajaan negeri itu.

Tentunya dalam menjalankan "aktiviti" ini PAS tidak akan mengunakan jentera parti secara langsung tetapi mereka akan mengarahkan individu tertentu untuk melakukan pelbagai kegiatan gerak saraf dan sudah tentunya mereka terbabit itu di kalangan pemimpin berpengaruh dalam parti..

Dengan perbelanjaan yang sampai RM 4 juta, bukan satu angka yang kecil, tentunya tidak ada individu yang akan berbuat demikian kalau ia sekadar misi peribadi mereka.

Tentunya misi besar dengan belanja yang besar itu tentu mendapat restu pemimpin besar juga.

Kalau PAS yang selalu bijak mencadangkan pelbagai suruhanjaya atau jawatankuasa siasatan, kertas putih dan sebagainya, dalam menghapadi isu tertentu, mereka juga sepatutnya harus berbuat demikian bila berdepan dengan pendedahan ini.

Kenapa perlu takut dengan menafikan pembabitan parti itu. Ianya tidak boleh selesai dengan hanya memanggil satu sidang akhbar.!

Peritnya fitnah...




Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkannya melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor adalah satu pandangan bertujuan melaga-lagakannya dengan pihak Istana Selangor.

“Dalam hal tersebut, Datuk Seri Mohd Najib sebenarnya telah menceroboh sempadan moral saya dan membelasah imej saya yang dilakukan sehari sebelum berlaku pengundian di Hulu Selangor,” katanya dalam blognya.

Nik Aziz menjelaskan sudah menjadi kelazimannya, apabila hadir di mana-mana masjid atau surau di Kelantan, prinsip yang diamalkannya adalah tidak akan bercakap atau berkhutbah atau menjadi imam selagi tidak diminta oleh pihak masjid atau surau berkenaan.

Katanya lagi, prinsip yang sama dipegang apabila hadir di masjid atau surau di mana-mana negeri termasuk di Selangor.

“Oleh sebab itu, sekali lagi saya nyatakan bahawa tuduhan Datuk Seri Mohd Najib sehingga menyifatkan saya melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor adalah tidak boleh diterima sama sekali. Ia adalah tindakan mala fide bukan sahaja untuk melaga-lagakan saya dengan Sultan Selangor, malah menimbul fitnah besar kepada umat Islam untuk menggambarkan kononnya 'orang beragama' dan pemimpin seperti saya suka mengingkari dan menghina Sultan.

“Atas dasar itu, sesungguhnya saya tidak bersikap seperti difitnahkan oleh Datuk Seri Mohd Najib, maka saya tidak akan halal di dunia dan di akhirat. Kecuali beliau menarik balik secara terbuka memandangkan fitnah itu telah dibuat secara terbuka. Saya sedia menghalalkan apabila beliau menarik balik tuduhan itu secara terbuka.,” kata Nik Aziz.

NOTA KAKI:Nampaknya Nik Aziz begitu tertekan dengan apa yang didakwanya beliau difitnah oleh YAB Perdana Menteri sehinggakan tidak bersedia untuk memaaafkan Datuk Seri Najib.

Dengan kenyataan tersebut, sekurang kurangnya Nik Aziz dapat merasakan bagaimana perasaan sesorang itu apabila terkena fitnah dan betapa lukanya hati untuk menerima pelbagai tuduhan yang berunsur fitnah dan tuduhan tidak berasas.

Itu yang dialami oleh Najib sebaik sahaja menduduki kerusi utama, beliau bukan sahaja difitnah malah didoakan untuk menerima bala dan pelbagai akibat yang tidak baik semata-mata kerana tidak tunduk kepada kehendak Nik Aziz.

Tetapi hari ini Nik Aziz melahirkan perasaan amat "kecewa" dengan Perdana Menteri.

Sepatutnya apabila dapat merasa betapa peritnya kalau dilanda golombang "fitnah" itu, sepatutnya Nik Aziz tidak perlu melenting kepada Najib kerana apa yang didakwa Najib itu bukan tuduhan melulu , jauh sekali untuk menfitnah beliau.

Sebalik tindakan Niz Aziz sendiri jelas cuba melanggar peraturan dan engkar kepada titah Sultan.

Nik yang terluka dengan "kononnya" terkena fitnah sepatutnya menasihatkan pemimpin parti PAS pimpinan beliau untuk berhenti daripada mengamalkan gejala fitnah dan menjelaskan kepada mereka betapa bahayanya fitnah.

Walaupun akan ada yang akan membuat penafian dengan pebagai hujah kononnya mereka tidak pernah mengamalkan fitnah tetapi jelas beberapa pemimpin kanan parti pimpinan Nik Aziz masih petah bercakap dan menuduh pelbagai gelaran dan dakwaaan terhadap Najib dan kerajaan pimpinan beliau.

Tidak hairan juga antara panglima perang PAS sanggup membuat pengakuan beliau diberi peruntukan sebanyak RM4 juta untuk memburukkan kerajaan dan menjatuhkan Tun Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri.

Walaupun Kickdefella sudah tidak lagi dalam parti itu, tetapi mereka yang menaja beliau masih berada PAS dan tentunya masih mengamalkan "gejala fitnah" yang menyakitkan itu.

Malahan ada yang sanggup membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk menghidupkan kilang fitnah yang diterokai mereka.

Bagi Nik Aziz, perasaan terluka beliau harus dijadikan iktibar dan menyeru ahli PAS yang masih lagi sinonim dengan amalan fitnah menghentikan segala gejala yang menyakitkan itu..

Barangkali pengalaman Nik Aziz ini dapat manfaatkan oleh anggota parti belian untuk kembali ke pangkuan jalan dan tidak terlalu terbabas jauh demi mengejar cita-cita politik. Dan Nik Aziz tidak perlu mengunakan Najib sebagai mangsa untuk menghalalkan fitnah fitnah mereka.