Sabtu, 15 November 2014

Shahril Pengerusi Institut Penyelidikan dan Pemikir Umno Johor

Ketua Umno Bahagian Johor Baharu, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dilantik sebagai pengerusi institut penyelidikan dan pemikir yang ditubuhkan Umno Johor. Pengerusi Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika mengumumkan perkara itu berkata, institut itu diyakini dapat memberi manfaat kepada orang Melayu supaya tidak terus ketinggalan berbanding kaum lain di negara ini. "Penubuhan institut yang diumumkan pada Konvensyen Umno Johor ini akan melakukan penyelidikan terhadap isu-isu sedia ada. Hasil daripada itu, ia akan dibawa ke 26 bahagian Umno di negeri ini bagi mendapatkan input atau cadangan dan kemudian dirumus untuk dikemukakan kepada parti serta kerajaan," katanya. Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar Johor berkata demikian kepada pemberita pada penutupan Konvensyen Umno Johor, di sini, Sabtu. Beliau berkata, antara isu yang akan diberi penekanan oleh institut berkenaan termasuk mengupayakan orang Melayu supaya lebih berkebolehan dalam pelbagai bidang terutamanya sektor ekonomi. Sementara itu, Shahrir berkata, pihaknya akan berusaha untuk mengkaji dasar-dasar awam, menguatkan kedudukan ekonomi, pendidikan, peranan orang Melayu dan Umno ke arah lebih hadapan.-Bernama

Semua pihak harus menghormati Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan-JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mahu semua pihak menghormati Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang dengan jelas menghalang mahkamah sivil mencampuri bidang kuasa mahkamah syariah. Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, kegagalan mematuhi peruntukan berkenaan boleh menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat apabila sesuatu keputusan mahkamah dibuat. "Peruntukan mengenai perkara ini sudah jelas.... sudah ada dan mahkamah lain tidak boleh membincang atau membicarakan hal berkaitan hukum syarak. Namun, oleh kerana ia sudah dimohon, kita tunggulah rayuan dibuat oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains). "Seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kata sebelum ini, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan dari negeri lain akan mencelah dalam prosiding rayuan itu nanti," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Ihtifal Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Peringkat Kebangsaan di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Rayuan, Jumaat lalu yang mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak sah di sisi Perlembagaan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi keadaan dikenali masalah identiti gender (GID) dari segi perubatan. - Bernama

Rumah terbuka Pemuda UMNO dijadikan acara tahunan

Acara Rumah Terbuka Pemuda UMNO yang julung kali diadakan hari ini di Dewan Tun Razak, PWTC bakal dijadikan acara tahunan setiap kali menjelangnya perhimpunan Agung UMNO, demikian kata Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin. Menurut beliau, program ini dilihat dapat menjadi medan untuk mendekati anak muda serta memperjelaskan dasar kerajaan yang dapat membantu golongan muda. “Program rumah terbuka Pemuda UMNO ini sempena dengan perhimpunan Agung UMNO dan kita harap ia dapat dijadikan amalan tahunan untuk menarik golongan muda serta menjadikan program ini lebih menepati kehendak dan inspirasi anak muda di negara ini. “Bagi saya ini merupakan satu permulaan yang baik dan insya-Allah pada tahun-tahun yang akan datang, kita akan cuba menjadikan program rumah terbuka Pemuda UMNO ini lebih menarik dan dapat menarik anak muda khususnya bukan di kalangan ahli UMNO untuk turut serta,” jelas beliau kepada pemberita di sini hari ini. Tambah beliau lagi, sesi dialog yang dipanggil ‘town hall meeting’ akan ditambah baik lagi agar segala isu-isu yang diperbahaskan itu lebih fokus dan lebih menepati realiti dan keadaan sebenar permasalahan yang dihadapi oleh anak muda di negara ini. “Insya-Allah pada masa yang akan datang, saya berharap agar program rumah terbuka Pemuda UMNO ini akan dapat menarik anak-anak muda yang bukan di kalangan ahli UMNO agar kita dapat memberikan input serta penjelasan berhubung isu-isu semasa dan juga dasar-dasar kerajaan yang boleh membantu mereka, sebagai contoh isu perumahan dan sebagainya. “Dalam usaha ke arah itu maka program ini turut menyediakan beberapa gerai bagi agensi kerajaan seperti SPNB, PR1MA dan sebagainya di mana anak-anak muda boleh mendapat maklumat dan informasi secara terus daripada agensi-agensi terbabit,” jelasnya.-MediaUMNO

PasMa janji tak akan ganggu PAS

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menegaskan pihaknya tidak akan terlibat dalam sebarang urusan parti PAS, termasuk pemilihan jawatan tertingginya, walaupun ahlinya juga merupakan ahli PAS. Presidennya Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, bagi meredakan salah faham mengenainya, PasMa akan menemui kepimpinan PAS, diketuai naib presiden Salahudin Ayub minggu depan, sebagaimana diputuskan semasa 'retreat' PAS baru-baru ini. "Kami tidak akan campur urusan PAS. Masalah kepimpinan dalam Pakatan Rakyat (PR) akan ditentukan sendiri oleh mereka," kata Phahrolrazi pada satu sidang media selepas selesai mesyuarat pertama PasMa malam tadi di Petaling Jaya. Beliau berkata demikian menjawab soalan wartawan sama ada PasMa akan terlibat dalam pemilihan PAS yang bakal diadakan pertengahan tahun depan ekoran pendekatannya yang mahu PAS rapat dengan PR. Phahrolrazi berkata cadangan pertemuan PAS dengan pemimpin PasMa membayangkan pengiktirafan parti Islam itu terhadap mereka dan mengubah kenyataan Majlis Syura Ulama sebelum ini yang meminta ahli PAS menjauhkan diri dari program PasMa. Hampir 100 orang pemimpin PasMa dari semua negeri di Semenanjung Malaysia menyertai mesyuarat pertama itu selepas ia ditubuhkan 10 Ogos lalu. PasMa, kata Phahrolrazi, akan kekal sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) tanpa sebarang ikatan dengan mana-mana parti. "Kami adalah gerakan rakyat yang menyokong PR," katanya. PasMa juga mengambil keputusan tidak akan campur tangan dalam isu teguran pimpinan PR terhadap presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa tidak menyertai mesyuarat kepimpinan gabungan pembangkang itu, katanya. Mengenai tindakan sesetengah kumpulan pro-ulama dalam PAS yang sentiasa mempertikaikan PasMa, Phahrolrazi berkata, ia kerana kurangnya fahaman mereka tentang PasMa. "Ia hasil salah faham mereka tentang kami," katanya ekoran serangan bertalu-talu kumpulan itu terhadap PasMa. Terbaru, semua pemimpin PasMa dan pemimpin PAS yang menyokong NGO itu dilabelkan 'jebon,' iaitu istilah yang digunakan bagi menampakkan imej 'perosak' terhadapnya. Sebelum ini, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Nik Zawawi Nik Salleh menasihatkan semua ahli PAS agar jangan terlibat dengan sebarang aktiviti PasMa. Dalam mesyuarat rasmi PasMa malam tadi, semua pengerusi PasMa negeri menerima watikah pelantikan dari Phahrolrazi. Mereka ialah Mohamad Husin (Kelantan), Mohd Taib Ahmad (Kedah), Abdul Aziz Abas (Terengganu), Tengku Puji Tengku Abdul Hamid (Pahang), Mohd Iqbal Sharif (Perlis), Zulkifli Mat Lazim (Pulau Pinang), Mohd Hisomudin Bakar (Perak), Mohd Nazir Zakaria (Wilayah Persekutuan), Mohd Faizal (Selangor), Mohd Fuad Othman (Negeri Sembilan) dan Sheikh Omar (Johor). Ketika menggulung ucapan pada majlis yang penuh dengan saranan dan cadangan itu, Phahrolrazi menegaskan PasMa kini selesai fasa taarufnya dan dikenali ramai kerana kritikan. Oleh itu, beliau meminta para pemimpin PasMa tidak takut dengan kritikan kerana melalui kritikan, jawapan boleh diberikan. Beliau juga bersetuju dengan pandangan pemimpin PAS Datuk Husam Musa yang PAS umpama 'pasaraya' sementara PasMa merupakan 'pasar malam'. "Kena ingat, pasar malam ini berada berselerak di mana-mana di negara ini," kata beliau merujuk kepada sokongan kepada NGO itu yang sudah wujud di setiap negeri di Semenanjung.Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menegaskan pihaknya tidak akan terlibat dalam sebarang urusan parti PAS, termasuk pemilihan jawatan tertingginya, walaupun ahlinya juga merupakan ahli PAS. Presidennya Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, bagi meredakan salah faham mengenainya, PasMa akan menemui kepimpinan PAS, diketuai naib presiden Salahudin Ayub minggu depan, sebagaimana diputuskan semasa 'retreat' PAS baru-baru ini. "Kami tidak akan campur urusan PAS. Masalah kepimpinan dalam Pakatan Rakyat (PR) akan ditentukan sendiri oleh mereka," kata Phahrolrazi pada satu sidang media selepas selesai mesyuarat pertama PasMa malam tadi di Petaling Jaya. Beliau berkata demikian menjawab soalan wartawan sama ada PasMa akan terlibat dalam pemilihan PAS yang bakal diadakan pertengahan tahun depan ekoran pendekatannya yang mahu PAS rapat dengan PR. Phahrolrazi berkata cadangan pertemuan PAS dengan pemimpin PasMa membayangkan pengiktirafan parti Islam itu terhadap mereka dan mengubah kenyataan Majlis Syura Ulama sebelum ini yang meminta ahli PAS menjauhkan diri dari program PasMa. Hampir 100 orang pemimpin PasMa dari semua negeri di Semenanjung Malaysia menyertai mesyuarat pertama itu selepas ia ditubuhkan 10 Ogos lalu. PasMa, kata Phahrolrazi, akan kekal sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) tanpa sebarang ikatan dengan mana-mana parti. "Kami adalah gerakan rakyat yang menyokong PR," katanya. PasMa juga mengambil keputusan tidak akan campur tangan dalam isu teguran pimpinan PR terhadap presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa tidak menyertai mesyuarat kepimpinan gabungan pembangkang itu, katanya. Mengenai tindakan sesetengah kumpulan pro-ulama dalam PAS yang sentiasa mempertikaikan PasMa, Phahrolrazi berkata, ia kerana kurangnya fahaman mereka tentang PasMa. "Ia hasil salah faham mereka tentang kami," katanya ekoran serangan bertalu-talu kumpulan itu terhadap PasMa. Terbaru, semua pemimpin PasMa dan pemimpin PAS yang menyokong NGO itu dilabelkan 'jebon,' iaitu istilah yang digunakan bagi menampakkan imej 'perosak' terhadapnya. Sebelum ini, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Nik Zawawi Nik Salleh menasihatkan semua ahli PAS agar jangan terlibat dengan sebarang aktiviti PasMa. Dalam mesyuarat rasmi PasMa malam tadi, semua pengerusi PasMa negeri menerima watikah pelantikan dari Phahrolrazi. Mereka ialah Mohamad Husin (Kelantan), Mohd Taib Ahmad (Kedah), Abdul Aziz Abas (Terengganu), Tengku Puji Tengku Abdul Hamid (Pahang), Mohd Iqbal Sharif (Perlis), Zulkifli Mat Lazim (Pulau Pinang), Mohd Hisomudin Bakar (Perak), Mohd Nazir Zakaria (Wilayah Persekutuan), Mohd Faizal (Selangor), Mohd Fuad Othman (Negeri Sembilan) dan Sheikh Omar (Johor). Ketika menggulung ucapan pada majlis yang penuh dengan saranan dan cadangan itu, Phahrolrazi menegaskan PasMa kini selesai fasa taarufnya dan dikenali ramai kerana kritikan. Oleh itu, beliau meminta para pemimpin PasMa tidak takut dengan kritikan kerana melalui kritikan, jawapan boleh diberikan. Beliau juga bersetuju dengan pandangan pemimpin PAS Datuk Husam Musa yang PAS umpama 'pasaraya' sementara PasMa merupakan 'pasar malam'. "Kena ingat, pasar malam ini berada berselerak di mana-mana di negara ini," kata beliau merujuk kepada sokongan kepada NGO itu yang sudah wujud di setiap negeri di Semenanjung.Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menegaskan pihaknya tidak akan terlibat dalam sebarang urusan parti PAS, termasuk pemilihan jawatan tertingginya, walaupun ahlinya juga merupakan ahli PAS. Presidennya Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, bagi meredakan salah faham mengenainya, PasMa akan menemui kepimpinan PAS, diketuai naib presiden Salahudin Ayub minggu depan, sebagaimana diputuskan semasa 'retreat' PAS baru-baru ini. "Kami tidak akan campur urusan PAS. Masalah kepimpinan dalam Pakatan Rakyat (PR) akan ditentukan sendiri oleh mereka," kata Phahrolrazi pada satu sidang media selepas selesai mesyuarat pertama PasMa malam tadi di Petaling Jaya. Beliau berkata demikian menjawab soalan wartawan sama ada PasMa akan terlibat dalam pemilihan PAS yang bakal diadakan pertengahan tahun depan ekoran pendekatannya yang mahu PAS rapat dengan PR. Phahrolrazi berkata cadangan pertemuan PAS dengan pemimpin PasMa membayangkan pengiktirafan parti Islam itu terhadap mereka dan mengubah kenyataan Majlis Syura Ulama sebelum ini yang meminta ahli PAS menjauhkan diri dari program PasMa. Hampir 100 orang pemimpin PasMa dari semua negeri di Semenanjung Malaysia menyertai mesyuarat pertama itu selepas ia ditubuhkan 10 Ogos lalu. PasMa, kata Phahrolrazi, akan kekal sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) tanpa sebarang ikatan dengan mana-mana parti. "Kami adalah gerakan rakyat yang menyokong PR," katanya. PasMa juga mengambil keputusan tidak akan campur tangan dalam isu teguran pimpinan PR terhadap presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa tidak menyertai mesyuarat kepimpinan gabungan pembangkang itu, katanya. Mengenai tindakan sesetengah kumpulan pro-ulama dalam PAS yang sentiasa mempertikaikan PasMa, Phahrolrazi berkata, ia kerana kurangnya fahaman mereka tentang PasMa. "Ia hasil salah faham mereka tentang kami," katanya ekoran serangan bertalu-talu kumpulan itu terhadap PasMa. Terbaru, semua pemimpin PasMa dan pemimpin PAS yang menyokong NGO itu dilabelkan 'jebon,' iaitu istilah yang digunakan bagi menampakkan imej 'perosak' terhadapnya. Sebelum ini, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Nik Zawawi Nik Salleh menasihatkan semua ahli PAS agar jangan terlibat dengan sebarang aktiviti PasMa. Dalam mesyuarat rasmi PasMa malam tadi, semua pengerusi PasMa negeri menerima watikah pelantikan dari Phahrolrazi. Mereka ialah Mohamad Husin (Kelantan), Mohd Taib Ahmad (Kedah), Abdul Aziz Abas (Terengganu), Tengku Puji Tengku Abdul Hamid (Pahang), Mohd Iqbal Sharif (Perlis), Zulkifli Mat Lazim (Pulau Pinang), Mohd Hisomudin Bakar (Perak), Mohd Nazir Zakaria (Wilayah Persekutuan), Mohd Faizal (Selangor), Mohd Fuad Othman (Negeri Sembilan) dan Sheikh Omar (Johor). Ketika menggulung ucapan pada majlis yang penuh dengan saranan dan cadangan itu, Phahrolrazi menegaskan PasMa kini selesai fasa taarufnya dan dikenali ramai kerana kritikan. Oleh itu, beliau meminta para pemimpin PasMa tidak takut dengan kritikan kerana melalui kritikan, jawapan boleh diberikan. Beliau juga bersetuju dengan pandangan pemimpin PAS Datuk Husam Musa yang PAS umpama 'pasaraya' sementara PasMa merupakan 'pasar malam'. "Kena ingat, pasar malam ini berada berselerak di mana-mana di negara ini," kata beliau merujuk kepada sokongan kepada NGO itu yang sudah wujud di setiap negeri di Semenanjung.Sumber: Malaysiainsider

Pemuda Gerakan mahu Saiffudin Abdullah sertai PAS

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang mencadangkan Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah menyertai PAS ekoran kenyataannya 'membela' parti Islam itu. Cadangan itu dilontar Tan, merujuk kepada kenyataan Saifuddin yang tidak bersetuju dengan pendapat beliau bahawa kewujudan PAS di negara ini adalah satu 'masalah'. "Saifuddin harus membuat keputusan... jika dia merasakan PAS adalah baik, maka dia harus menyertai PAS," kata beliau dipetik Astro AWANI. Tan sebelum ini berkata kewujudan PAS di negara ini menjadi masalah dan tidak sesuai berada di Putrajaya berdasarkan apa yang dilihatnya di Kedah dan Kelantan. Beliau mendakwa, cara PAS memerintah dengan 'memaksa' orang ramai menerima mereka. Saifuddin juga bekas Ahli Parlimen Temerloh bagaimanapun menyanggahnya dan mendakwa perjuangan PAS adalah mengikut proses demokrasi di negara ini. Oleh itu katanya, kewujudan parti Islam itu bukanlah satu masalah dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. "Dalam politik kita lawan, tetapi tidak boleh anggap kewujudan PAS sebagai suatu masalah," katanya dipetik portal berita itu lagi. Saifuddin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) juga mengakui, terdapat ahli PAS yang menerapkan nilai moderat serta terbuka kepada perbincangan. - HARAKAHDAILY

Hasil dari minyak dan gas untuk rakyat Sabah akan meningkat- PM Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa hasil yang bakal diperoleh rakyat Sabah daripada industri minyak dan gas di negeri ini akan terus meningkat pada masa akan datang. Najib berkata pada masa ini, selain royalti minyak lima peratus, Sabah juga telah diberi kepentingan 10 peratus dalam Petronas LNG Train 9 Sdn Bhd, di Bintulu, Sarawak, yang akan memberi hasil tambahan kepada Sabah dan rakyatnya. "Sebab itu saya kata, kita boleh minta tetapi kita rundingkan perkara ini, dan kita ada formula supaya Sabah dapat terima lebih daripada hasil minyak dan gas. Perkara ini telah diperjelaskan oleh (Ketua Menteri Sabah) Datuk Musa Aman," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) di sini Sabtu. Menurut Najib walaupun permintaan untuk menambah peratus royalti daripada lima peratus sekarang kepada Sabah belum tertunai, namun pemberian kepentingan dalam projek Petronas di Bintulu itu sudah memenuhi matlamat meningkatkan hasil untuk Sabah daripada sumber minyak dan gas walaupun menerusi cara yang berbeza. Katanya sebagai Perdana Menteri dan Menteri yang bertanggungjawab terhadap Petronas, beliau akan memastikan Sabah mendapat hasil yang lebih daripada sumber minyak dan gas yang dikeluarkan dari negeri berkenaan. Najib berkata keputusan kerajaan pusat memberi kepentingan kepada Sabah dalam projek LNG Petronas di Bintulu itu membuktikan wujudnya semangat muafakat dan prinsip setia kawan yang diamalkan antara kerajaan persekutuan dan negeri serta dalam kalangan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN). Menurut Najib apa pun permasalahan dan cabaran yang dihadapi, akan dapat diatasi dengan syarat wujud permuafakatan dan prinsip setia kawan kerana menyelesaikan sebarang permasalahan secara bermuafakat lebih mudah berbanding secara bersendirian. Bagaimanapun kata Najib, apa pun tindakan yang ingin diambil perlulah berlandaskan Perlembagaan Negara dan atas prinsip persekutuan kerana negara Malaysia dibentuk atas prinsip berkenaan. Katanya kerajaan persekutuan mempunyai bidang kuasanya sendiri dan demikianlah juga dengan kerajaan negeri, dan untuk memastikan matlamat bersama dapat dicapai, ia perlu melalui perundingan dan saling hormati-menghormati atas bidang kuasa masing-masing. Menurut Najib keputusan kerajaan pusat menubuhkan Suruhanjaya Penyiasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu kehadiran pendatang tanpa izin di Sabah juga merupakan hasil permuafakatan dalam kalangan parti-parti komponen BN di Sabah. Katanya Upko memulakan usul berkenaan, disusuli Parti Bersatu Sabah dan dipersetujui Umno Negeri Sabah, yang akhirnya membawa kepada penubuhan suruhanjaya berkenaan walaupun mengambil sedikit masa. Mengenai isu tanah di Sabah, kerajaan persekutuan sebelum ini telah memberi peruntukan berjuta-juta ringgit melalui kerajaan negeri bagi meringankan beban kerajaan negeri untuk menjalankan kerja-kerja menyukat tanah untuk diberikan kepada anak negeri Sabah. Katanya kerajaan sedia memberi pertimbangan untuk memberi peruntukan seterusnya bagi tujuan berkenaan demi kepentingan rakyat Sabah.BERNAMA

RCI siasatan isu PATI Sabah diumum bulan depan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu mengumumkan bahawa laporan siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah akan diumumkan awal bulan depan. Najib berkata keputusan untuk membentangkan laporan RCI itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet Jumaat. "Saya bersetuju dengan saranan supaya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah mengetuai jawatankuasa untuk memperhalusi tindakan-tindakan daripada laporan berkenaan," katanya ketika berucap merasmikan konvensyen Pertubuhan Pasokmomogun Kadzandusun Murut Bersatu (Upko) di sini Sabtu. Turut hadir Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Barisan Nasional Negeri Datuk Seri Musa Aman, Pemangku Presiden Upko Datuk Madius Tangau dan Presiden Kehormat Upko Tan Sri Bernard Dompok. Baru-baru ini, beberapa parti komponen BN di Sabah mencadangkan supaya Jawatankuasa Khas yang dibentuk dalam BN Sabah mengenai PATI yang dipengerusikan Pairin diaktifkan semula. RCI ditubuhkan pada 11 Ogos 2012. Suruhanjaya itu dipengerusikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim dan turut dianggotai bekas naib canselor Universiti Malaysia Sabah Prof Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Kee Mustafa dan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah dan bekas Peguam Besar Negeri Sabah Tan Sri Herman J. Luping. Najib berkata keputusan kerajaan untuk membentangkan laporan RCI berkenaan adalah bukti keikhlasan kerajaan untuk menyelesaikan isu berkenaan dan percaya tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan melalui prinsip setiakawan dalam parti. Menurut Najib beliau juga mengambil berat mengenai agama dan akan berlaku adil kepada semua penganut agama di negara ini berdasarkan 10 perkara yang dipersetujui kabinet sebelum ini. Sebagai contoh, katanya, kerajaan membuat keputusan memulangkan semula bahan-bahan agama yang ingin dibawa ke Sabah namun dirampas pihak kastam di Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur awal tahun ini, kepada pemiliknya.