Ahad, 24 Mac 2013

TUN DAIM DEDAH PEKUNG ANWAR

Nasihat Tun Daim Zainuddin , bekas Menteri Kewangan Malaysia pastinya membuka pekung mengapa Anwar tidak layak diangkat menjadi PM . Isu krisis ekonomi 1997 membuktikan Anwar bukan arif untuk menguruskan ekonomi negara bila mana beliau lebih suka mendapat bantuan kewangan daripada IMF .Ikuti pesanan beliau kepada rakyat Malaysia agar berfikir sebelum mengundi Pakatan yang akan menjahanamkan ekonomi negara. Dalam wawancara dengan New Sunday Times, Daim menyatakan yang beliau lebih suka sekiranya Najib menang berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau sifatkan sebagai bukan calon yang tepat untuk menjadi perdana menteri. "Jika anda tanya saya, antara kedua-duanya, Najib atau Anwar, saya akan pilih Najib. Saya akan beri Najib peluang. Beri beliau mandat dan lihat sama ada beliau dapat melakukannya kerana Anwar telah pernah diberi peluang itu, tetapi beliau mensia-siakannya. "Saya mahu Najib menang kerana saya berpendapat Anwar bukan calon yang tepat untuk menjadi perdana menteri," katanya.
"Saya percaya beliau akan kucar-kacirkan negara dengan mendapatkan nasihat daripada pihak seperti IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa), Bank Dunia dan Wolfowitz (Paul Wolfowitz, bekas presiden Bank Dunia)," katanya.
Daim, yang menjadi Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991 dan sebagai Menteri Tugas-tugas Khas pada 1998 sebelum dilantik semula sebagai Menteri Kewangan dari 1999 hingga 2001, berkata adalah bahaya jika pembangkang di bawah pimpinan Anwar menerajui negara. "Saya bimbang kerana beliau tidak arif mengenai ekonomi, sentiasa perlukan orang lain untuk beritahu beliau apa yang perlu difikirkan dan apa yang perlu dilakukan" katanya. Setakat ini, katanya, tidak ada satu pun idea signifikan datang daripada Anwar selaku penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor. Lebih teruk lagi, Selangor gagal mengendalikan isu air, yang telah mengecewakan kalangan pemaju perumahan, pelabur dan rakyat. "Kenapa beliau (Anwar) tidak menjadi penasihat ekonomi kepada Kelantan dan Kedah jika Pakatan percaya beliau bagus? Fikirkannya secara serius. Fikirkan masa depan kita," katanya. - Sinar Harian

Kronologi Penglibatan Dalang Insiden Lahad Datu Didedahkan

Bukan rahsia lagi kerana semua orang dah tahu siapa dalang disebalik insiden Lahad Datu.... Kerana barua seorang itu 10 nyawa orang kita melayang.... Kerana barua seorang itu isteri-isteri mangsa terpaksa menjadi ibu tunggal sekelip mata.... Kerana barua seorang itu anak-anak kecil terpaksa menjadi anak yatim kerana bapa mereka gugur di medan perang.... Kerana barua seorang itu berapa banyak wang negara yang terpaksa kerajaan keluarkan untuk Operasi Daulat ? Sekarang segala pergerakkan barua itu dalam usaha untuk menghuru-harakan negara telah terdedah. Klik di http://mymassa.blogspot.com

ANWAR DITOLAK PENGUNDI MELAYU

Pasti ramai yang telah mendengar mengenai keputusan Anwar Ibrahim yang terkenal dengan jolokan pemimpin ‘ANUgerah Tuhan’ untuk tidak mempertahankan kerusi Permatang Pauh dalam pilihanraya umum yang akan datang. Anwar melalui kenyataannya baru-baru ini berkata, ‘ada cadangan’ yang meminta agar dia bertanding di Selangor dan Perak. Namun antara kedua negeri tersebut, dia mengatakan lebih cenderung memilih untuk bertanding di salah satu kerusi Parlimen di Perak berbanding Selangor. Namun melalui analisa yang dijalankan, keputusan Anwar itu disebabkan penolakkan yang kuat di kalangan pengundi Melayu kerana mula sangsi dengan kredibiliti dan intergriti Ketua Pembangkang itu. Maka ia bukan soal ‘ada cadangan’ yang meminta dia bertukar tempat, tetapi sebenarnya dia ‘TERPAKSA’ untuk berpindah. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas mengenai keputusan Anwar itu berkata Malaysia negara bebas dan "Anwar boleh pergi ke mana saja yang dia mahu, tetapi untuk menang, satu cerita lain." "Maksud saya jika beliau mahu LARI daripada Permatang Pauh, tak mengapa. Ini jelas menunjukkan keyakinan beliau terhadap (mengekalkan) kerusi Parlimen Permatang Pauh semakin hari semakin berkurangan". Malah menurut salah seorang pengundi Pas di kawasan Permatang Pauh, tindak-tanduk yang jelas kemaruk untuk menjadi perdana menteri itu, dilihat amat membimbangkan. Pendekatan ‘matlamat menghalalkan cara’ yang digunakan sebagai strategi meraih simpati juga dilihat amat bertentangan dengan ajaran Islam. Beliau turut menjelaskan yang ditolak ialah Anwar Ibrahim dan bukannya pakatan rakyat, kerana sekiranya ketua umum PKR itu berjaya dikalahkan peluang Pas untuk menobatkan Hadi Awang sebagai perdana menteri terbentang luas. Tambahan pula ia selari dengan keputusan Dewan Pemuda di dalam muktamar baru-baru ini yang membawa usul untuk memilih Presiden Pas sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya merampas Putrajaya. “Isu kalimah Allah, adalah merupakan ‘turning point’ yang menyebabkan ramai penyokong pakatan khususnya Pas mula meninggalkannya, ditambah pula dengan pendedahan yang mendakwa penglibatan Anwar dalam tragedi berdarah di Lahad Datu” katanya yang enggan dikenali. Apa dah jadi Pak Sheikh??? Anwar takut lettew!!! Patutlah dia mengelabah sakan apabila melihat penolakkan undi Melayu terhadapnya semakin jelas. Atas faktor itu, maka Anwar terpaksa lari ke kawasan yang mempunyai pecahan pengundi Cina yang tinggi. Malah penyebaran rakaman wawancara bersama radio BFM serta paparan video gelap yang dikaitkan dengannya juga, telah menyebabkan Anwar semakin hilang punca. Buat makhluk bernama Anwar Ibrahim, “If you want to claim the moral high ground, you better be standing on it #VideoTerlampau”. Kesimpulannya, rakyat perlu sedar, memilih seorang pemimpin yang ingin diangkat sebagai Perdana Menteri bukan semudah memilih baju. Banyak faktor dan kriteria yang perlu diambil kira dan dipertimbangkan. Pemimpin yang penuh dengan onar, sering terpalit dengan isu moral, tidak tetap pendirian dan yang paling utama sanggup melacurkan agama demi kuasa TIDAK LAYAK diberikan kuasa untuk memimpin negara.sumber:http://networkedblogs.com