Isnin, 29 April 2013

10 SEBAB KENAPA RAKYAT KEDAH MESTI TOLAK PAS.

4. GAGAL TARIK PELABUR: Pelabur baru masuk ke Kedah terlalu kecil kalau berbanding sebelum 2008. Kedah dibawah BN mencatat kemasukan pelabur asing sebanyak RM14 bilion bagi tahun 2007. PDI Kedah dizaman kerajaan Pas hanya RM 2.5 bilion sahaja. Penangguhan Projek Sungai Limau Hidrokarbon Hub yang dianggapkan melibat pelaburan RM35 bilion yang dijangka siap pada 2013 yang dijangka mampu menjana pendapatan rm400 juta setahun.Bagaimanapun sehingga ini projek berkenaan tidak dapat dilaksanakan ekoran sikap tidak prihatinan kerajaan negeri. 5. BANYAK HUTANG: Kelemahan pentadbiran kewangan kerajaan negeri hingga menyebabkan sehingga kini kerajaan negeri di bawah kepimpinan PAS mengalami bebanan hutang yang serius. Sehingga hari ini beban hutang kerajaan negeri mencecah RM3 bilion yang boleh mendedahkan kepada risiko muflis.

Ahad, 28 April 2013

10 SEBAB KENAPA RAKYAT KEDAH MESTI TOLAK PAS.

3. MASALAH KESIHATAN AZIZAN Menteri Besar, Ustaz Azizan yang sering menghadapi masalah tetapi mendakwa masih mampu menjalankan tanggjungjawab juga menimbulkan perasaan kurang senang dikalangan exco dan pegawai kerajaan. Ramai dikalangan mereka beranggapan sudah sampai masanya bagi Azizan berhenti kerana dianggap tidak mampu lagi menerajui kerajaan negeri yang memerlukan seorang pemimpin yang aktif dan agresif.

10 SEBAB KENAPA RAKYAT KEDAH MESTI TOLAK PAS.

2.KEMELUT DALAMAN PAS. Azizan Vs Phahrozrazi. Dua Exco sebelum ini tidak mahu dilantik semula kerana tidak bersetuju dengan Menteri Besar menyebabkan PAS Pusat campurtangan hingga sebuah jawatankuasa pemandu pusat ditubuhkan. Krisis kepimpinan itu membabitkan antara Ustaz Azizan dengan Phahrozrazi hingga mencetuskan perlbagai peristiwa yang melucukan antaranya, Phahzorazi pernah di kurung puak Azizan dalam satu kejadian di Sungai Limau baru baru ini. Selain itu wujud juga krisis kepimpinan dikalangan rakan pakatan pembangkang Kedah sehingga membawa kepada perebutan kerusi di kalangan mereka. Kerana kurang sefahaman itu ada juga yag bertanding bebas dan ada bekas EXCO yang tidak dicalonkan semula.

SURAT ANAK DR MAZLAN KEPADA ANWAR IBRAHIM

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi. Setelah lama menyepi maka aku akan ceritakan sebab-sebab Dr Mazlan menentang DSAI. Ramai rakan-rakan yang baik hati, private message aku dan tanya kenapa lawan DSAI. Alhamdulillah cara yang baik dan Islami. Tapi aku terkilan dengan mereka yang secara terbuka menyerang dan mengkritik aku, tag di sana sini. Kot2 nak PM dulu ka tanya ka, dak pun. Tanpa menyelidik pun sebab kenapa lawan DSAI. Maka hari ini saya secara terbuka akan menceritakan kenapa kita perlu menentang DSAI. Dr Mazlan telah menggadaikan pekerjaan besar Naib Presiden Telekom Malaysia hanyalah demi menyelamatkan akidah ummat! Anwar Ibrahim membawa bersamanya ideologi yang pelik, bercanggah dengan syarak. Maka kerana tiada siapa yang sudi untuk menentang beliau, maka Dr Mazlan lah yang menjadi ayam tambatan kepada ummat. Itu pun masih lagi yang menyerang beliau. Malah rakan-rakan aku dari PAS ada jugak yang taksub tu, kutuk Dr Mazlan, "kata dia ni memang tak suka Anwar lepastu UMNO guna la".. Beradap la sikit.. tak boleh nak husnul zhon langsung. Orang seperti Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin Pakatan Rakyat, berilah kepimpinan kepada orang baru pulak, pimpinan PAS lagi ramai yang tak menjual agama demi undi. Anwar Ibrahim tidak layak menjadi PM sekiranya PR menang. Dasar PKR sebagai parti paling banyak bertanding kerusi melebihi PAS, bukan bawa agenda Islam, bukan ada Majlis Syura, bukan dasar Islam pun. Serahkan yang hak kepada mereka yang berhak. Kepada yang kata kita menentang Anwar sebab kita anti-anwar, itu salah sama sekali! Kita menentang ideologi, dasar mencabar akidah yang dibawanya. Ideologi ini sepanjang masa akan menjadi ancaman buat islam, dan hari ini ideologi ini bertopengkan manusia bernama Anwar Ibrahim. Persoalannya, siapakah yang sudi menentang beliau dan menjadi katalis dalam tindakan ini?? Dan siapakah yang akan berada di sebelah sana membela tindakan Anwar Ibrahim? Sesiapa yang ada fikrah Islam yang jelas pasti akan memilih menentang Anwar Ibrahim, bukannya setakat sembang lebat nak buat Islam tapi berdiam diri soal siapa Anwar Ibrahim; seterusnya membiarkan Dr Mazlan dicaci dihina walaupun perbuatan ini untuk kebaikan Ummat. Kepada yang kata kita bergabung dengan pihak yang zalim, aku nak habaq orang yang zalim ialah orang yang membiarkan Anwar Ibrahim menjadi pemimpin, membiarkan ummat dirosakkan akidah mereka oleh manusia ini. Ini bukan soal gabung dengan sesiapa, tapi soal nak halang orang yang tidak layak menjadi pemimpin, ketua di negara kita. Berlambak lagi yang layak, nak pilih orang macam ni buat apa? Jika ada individu yang berakidah sebegini dalam PKR, PAS, bahkan UMNO sekalipun maka semua orang wajib menolak orang ini tanpa kira parti. Weight bertanding menentang Anwar Ibrahim tidak sama dengan weight menentang ahli biasa PKR. Kerana Anwar Ibrahim pemimpin PR, dan fikrah beliau akan dijadikan dasar negara sekiranya menang negara. Takpayah cakap banyak. Kami bukan lawan PAS PKR tapi lawan figure yang bernama Anwar Ibrahim. Jangan dok ambik personal. Kawan2 aku yang PAS hampa dok kalut apa, kami bukan lawan PAS..PAS jugak untung kalau Anwar takdak, boleh PAS jadi kuat dalam PR. KALUT SUNGGUH. Ni aku nak habaq mai, hampa khatam blog yang aku sertakan itu, lepas tu mai lah balun aku dan habaq benda kami buat ni betul atau salah! Tak percaya lagi blog tu, pi jumpa ustaz-ustaz, bagi link blog tu suruh depa baca, dan tanya betui dak tindakan Dr Mazlan lawan Anwar? Satu lagi, yang dok bubuh kesalahan konon ada ahli UMNO hina Nik Aziz kata kafir la, buat video seks konon Mustafa Ali la, apa kaitan dengan Dr Mazlan? Boleh dak aku kata ahli PAS yang kata ahli UMNO kafir, tu Ustaz Hadi yang salah? Boleh ka? Aku nak bagi cayaq sikit otak jumud tu. Akhlak ahli UMNO atau ahli PAS yang berjuta-juta orang mana boleh nak sama dengan Dr Mazlan atau Tuan Guru Haji Hadi. Ini tanggungjawab semua untuk dakwah, bukan bubuh kesalahan atas mana-mana pihak. Buang la sifat taksub tu... Yang dok share sana sini konon Anwar dihina dimaki la dipenjara ditelanjangkan la apa, ya kita kesian kalau benda itu benar; tapi itu masih tidak menghilangkan kebenaran yang dengan akidah dia ni. Kalau Anwar jadi pemimpin negara dan dibawa bersamanya ideologi yang pelik dan bercanggah dengan syarak untuk dijadikan polisi negara, siapa nak tanggung? Maka haram untuk kita memilih beliau. Awat kalau kesian kat dia, dia jadi layak memimpin? Takkan la kriteria layak nak jadi pemimpin itu kena buat orang kesian kat kita. Ni orang yang fikrah Islam yang jelas, dia tak akan biaq orang macam Anwar ni jadi pemimpin. So something to ponder- pihak mana yang angkat Anwar jadi pemimpin? Parti UMNO ka? Dr Mazlan kena caci maki berkandaq, yang konon 'fikrah jelas' tu diammm ja, biaq kami kena maki. Hampa sedaq dak kalau Dr Mazlan tak ambik tanggungjawab lawan Anwar dan Anwar menang dalam pilihanraya, dia jadi PM dan jadikan ideologi yang bercanggah islam tu dasar negara, hampa yang undi dia, hampa yang 'fikrah jelas' tu tanggung la dosa sebab mendiamkan kebenaran, seperti firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 42 "Dan janganlah kamu mencampurkan kebenaran dan kebatilan dan jangan kamu sembunyikan kebenaran itu sedang kamu mengetahuinya". Yang kata Dr Mazlan gila duit la apa, dia tu dah VP TM kot, tak payah susah2 dah cari kerja lain, gaji dah berlambak pun, nak pi turun menghadap caci maki hampa ni buat apa. Yang pembangkang yang kata Dr Mazlan lapaq kontrak kerajaan lepas pilihanraya, bukankah hampa yang kata Kerajaan BN akan jatuh, oleh itu memang tak cerdik la sapa yang pi bertanding time ni, baik duduk diam2 kat Telekom, takdak caci maki. Orang dah berkorban jiwa raga hampa dok kutuk Dr Mazlan. Takpala... kami buat demi Islam. Allah jugak yang nak judge kami di akhirat. Bukannya manusia mana2 yang hina Dr Mazlan tu.. Semoga Allah beri kefahaman Islam kepada semua, kemaafan kepada yang menghina, dan rahmat ke atas rakyat Malaysia. Aaameen inshaAllah. Wallahua'lam. Ahmad Uzair Mazlan Anak Dr Mazlan Labels: Politik

MUSA HITAM YAKIN KEMAMPUAN KHALED NORDIN

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yakin dengan kemampuan Datuk Seri Khaled Nordin memandangkan pengalaman dan keperibadian bekas Menteri Pengajian Tinggi itu. Katanya, Khaled Nordin telah berjanji kepadanya bahawa beliau akan mendukung prinsip-prinsip yang “bersih, cekap dan amanah” .Kerajaan perlu ada budaya perundingan. Beliau berkata, ‘budaya perundingan’ perlu diterapkan dalam kerajaan dan NGO serta memainkan peranan penting untuk menggambarkan isu-isu harian. “Ia adalah jelas semua orang mesti berjanji, tetapi yang lebih penting ia adalah keupayaan untuk MENEPATI JANJI. “Saya yakin dengan kemampuan Datuk Seri Khaled, dan digabungkan dengan pengalaman beliau, ia boleh dilakukan,” katanya. Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam mendakwa bahawa dengan memainkan ‘sentimen dan kebimbangan’ orang cina di Johor, DAP dan Lim Kit Siang sedang mengancam tradisi hubungan erat antara kaum di negeri itu. “Kali terakhir apabila saya berada di sekolah, kita menggunakan banyak nama untuk berjenaka tentang satu sama lain, memanggil mereka nama-nama seperti belacan dan babi. Ia menunjukkan keakraban. Di Johor ia telah menjadi seperti itu. “Adakah saya fikir ia (keakraban) akan terjejas (kerana Lim bertanding di Johor)?. “Sudah tentu ia akan terjejas, ini adalah apa yang mereka berharap untuk mencapai. Mereka mahu menukar undi Cina berdasarkan emosi dan ketakutan, “katanya. Musa berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai sama ada Lim Kit Siang akan dapat menarik undi Cina dari BN di Johor. Lim Kit Siang bertanding di kawasan Gelang Patah , dia berdepan dengan Menteri Besar Johor Abdul Ghani Othman. Tun Musa yang merupakan bekas orang kuat UMNO, berkata Johor tidak memerlukan “orang luar” untuk datang ke sini dan memberitahu rakyat apa yang baik untuk mereka. Orang luar ini bertujuan untuk mengkritik dan mewujudkan ketakutan dengan bermain dengan sentimen. “Saya pernah melalui 13 Mei, Maka sesiapa yang memainkan sentimen orang Cina atau Melayu, saya tidak akan terima, “katanya, merujuk kepada Lim Kit Siang , yang telah menghabiskan sebahagian besar kehidupan politik di negeri-negeri lain. Beliau berkata MB Johor itu telah membuktikan rekod prestasi beliau dalam mentadbir negeri itu selama 18 tahun. “Tidak syak lagi Lim Kit Siang merupakan pemimpin pembangkang yang berani dan dinamik, tetapi dia tidak mempunyai pengalaman menjalankan kerajaan seperti Ghani,” katanya. Tun Musa, yang berada di Johor, pada satu majlis yang dianjurkan oleh gabungan NGO Pasir Gudang untuk BN dan calon BN Permas Jaya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

JALAN JALAN TENGOK TENGOK FIKIR FIKIR TAK PERLU KATA APA APA...

Jalan2 tinjau2 terjumpa lagi bukti2 jelas kerjasama erat PAS dengan DAP. Satu semangat satu azam memperjuangkan kesamarataan agama. Tahniah DAP sudah berjaya membeli PAS...fikir2kan lah! Kesamarataan yang diperjuangkan PAS mula menampakkan hasil dalam kerjasama erat Parti yang kononnya memperjuangkan ISlam sudah berada di bawah telunjuk DAP. Segalanya ini didorong oleh kerakusan untuk mengekalkan kuasa walapun terpaksa bersekutu dengan musuh Islam. APapun tahniah buat pAS yang semakin berani!

10 SEBAB KENAPA RAKYAT KEDAH MESTI TOLAK PAS.

1.TIDAK CEKAP MENTADBIR NEGERI . ISU BALAK: Kerajaan negeri melakukan aktiviti pembalakan di Gunung Inas, Jening dan Tasek Pedu demi menjana pendapatan negeri dan kononnya membangun projek ladang rakyat dan agropelancongan tetapi ia lebih dilihat banyak membawa kemusnahan kepada negeri . ISu KUIN: Krisis kewangan KUIN bermula dengan demontrasi pelajar tahfiznya, protes kakitangan kerana gaji lewat dan berlaku pecah amanah. KEGAGALAN PROJEK Di PUPAU NEW GUINEA: Pelaburan tersebut menyebabkan kerugian lebih rm4 juta termasuk rm 1.5 juta digunakan untuk melobi menteri bagi projek itu yang akhirnya hilang begitu sahaja.KRISIS PERKHIDMATAN PEGAWAI TAKBIR NEGERI (KCS) Krisis ini bermula apabila Setiausaha Kerajaan Negeri memindahkan Pegawai Daerah Kubang Pasu ke Kuala MUda. Perkembangan ini menyebabkan ramai KCS tidak bersetuju dan tidak berpuas hati dan menganggapkan Mennteri Besar sebagai lemah. Kami akan menyiarkan setiap siri hingga siri ke 10 mulai hari ini.

Jumaat, 26 April 2013

BUKTI PAS JUAL ISLAM

Bila melihat kenyataan Karpal Singh mengenai hukum hudud dan pelaksanaan undang Islam dengan pendirian pemimpin PAS, Haji Nik Aziz, Presiden PAS, Haji Hadi Awang, nampaknya antara mereka ada pencanggahan. PAS tidak boleh bekerjasama dengan DAP mengenai hukum Islam dan tidak ada tolak ansur dalam menegakkan undang undang Islam. Tetapi hakikatnya parti yang menggunakan nama ISlam ini adalah sebuah parti kepura puraanya yang sedang memperdagangkan ISlam semata mata untuk bersama sekutu mereka DAP dan PKR. Gambar2 ini sebagai bukti jelas kerjasama sesama mereka mememang sentiasa terjalin erat, kenyataan untuk mempertahankan Islam adalah sekadar retorik untuk mengelirukan umat Islam. Agama dijual begitu murah demi untuk mengekalkan kuasa.Menariknya kain kain rentang ini dipasang sendiri puak PAS. Sama sama kita renung dan fikir2kan!

KENALI HUSAM MUSA ATAU HUSAM PANTALON

BARANGKALI fitnah serta permbohongan telah menjadi darah daging Husam Musa dan kita tahu daripada mana atau siapa guru ataupun orang-orang yang berada di belakang untuk menjadikan beliau berani menabur fitnah terutama sekali menjelang tarikh mengundi PRU13 pada 5 Mei nanti. Tidak cukup menabur fitnah di negeri kelahirannya Kelantan,penyakit fitnah terus menjalar hingga ke Putrajaya apabila beliau memfitnah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memecat AJK Masjid serta menghentikan azan Subuh di Putrajaya. Husam Musa sudah hilang sahsiah dan jati dirinya dengan meletakkan kepentingan politik lebih utama daripada maruah beliau sebagai seorang Islam dan tidak cukup selama ini PAS mempersendakan islam,Husam mula membuka laluan fitnah serta pembohongan di sepanjang kempen PRU13 di Putrajaya. Husam yang bertanding menentang penyandang kerusi Parlimen Putrajaya,Tengku Adnan Tengku Mansor di Parlimen tersebut kelihatan semakin terdesak dan tindakan beliau memfitnah itu membuatkan Pengarah JAWI Dato Che Mat membuat laporan polis dan akan menyaman Husam musa kerana memfitnah jabatan tersebut.
Husam telah menggunakan taktik kempen dan rayu undi dengan cara cukup jahat serta tidak berhemah apabila membawa budaya fitnah serta caci maki ke dalam masyarakat ataupun rakyat di Putrajaya.Nyata Husam begitu terdesak untuk menang dan tidak hairanlah beliau terpaksa mengheret lelaki tua berumur 84 tahun untuk berkempen bagi dirinya dan lelaki tua ini jugalah yang terus gila mahu bertanding walaupun kesihatannya tidak cukup mengizinkan namun demi kerusi DUN Cempaka,walaupun bertongkat,berpapah dan berpimpin,lelaki tua bernama Nik Aziz ini juga terus bernafsu besar.
Dah jadi Husam Pantalon? Sesiapa sahaja yang mengenali Husam Musa,mereka tidak akan terkejut dengan tindakan ataupun fitnah sedemikian rupa apatah lagi sejak Husam Musa menjadi ayam sabung kepada Anwar Ibrahim,matlamat menghalalkan cara terus menjadi pilihannya walaupun beliau berada dalam kepimpinan PAS yang kononnya parti memperjuangkan Islam. Kempen fitnah memfitnah begini bukan perkara baru dalam PAS malah sejak Hadi Awang mengambil alih kepimpinan PAS, prinsip perjuangan Islam amal makruf nahi mungkar bukan lagi menjadi asas kepada perjuangan parti ini dan tidak salahlah Husam Musa membudayakan fitnah seperti ini untuk meracuni pemikiran pengundi di Putrajaya. Husam barangkali ingat rakyat Putrajaya begitu bodoh serta mudah dimomokkan sebagaimana beliau memperbodohkan pengundi beliau di Kelantan dalam DUN Salor dan kita percaya rata-rata penjawat awam yang menjadi pengundi lebih mengenali Tengku Adnan daripada Husam Musa yang pernah digelarkan Husam Jamnapari kerana terlibat dalam perniagaan kambing bersama Dato Amin yang akhirnya kambing entah kemana,Dato Amin juga terlopong menanggung kerugian. Husam yang begitu yakin boleh memperbodohkan rakyat Kelantan yang sebahagian besar tinggal dan menetap serta mengundi di Putrajaya dengan memainkan sentimen kenegerian dan barangkali Husam Musa menganggap pengundi yang tinggaldi Putrajaya itu sama bodoh dan bangang dengan pengundi yang memilih beliau di DUN Salor dan bodoh sangatlah pengundi di Putrajaya sekiranya mereka memilih Husam Musa sebagai wakil rakyat di Parlimen tersebut. Kepada rakyat atau pengundi di Putrajaya,sebelum memilih Husam dan mahu meluapakan segala bakti serta tanggungjawab Tengku Adnan di Putrajaya,kenalilah Husam Musa melalui buku `Kenali Husam’ yang sudahpun diedarkan oleh pihak-pihak tertentu di sekitar Putrajaya hari ini.Sumber: Sanggahtokjangggut.

Rabu, 24 April 2013

FITNAH TERHADAP SAYA TIDAK JEJAS PENGUNDI- Dr Rahman BN Gombak

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gombak, Datuk Dr. Raman Ismail tidak gentar dengan isu fitnah mengenai moral beliau pada 2008 dijadikan bahan berkempen pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Isu fitnah telah menyebabkan nama beliau digugurkan pada PRU-12 yang lalu walaupun pernah menjadi ahli Parlimen kawasan itu pada PRU-11 selepas mengalahkan calon Pas, Dr. Mohd Hatta Ramli dengan majoriti 13,207. “Selepas peristiwa itu saya ambil tindakan mahkamah terhadap tuduhan itu. Mahkamah telah membersihkan nama saya termasuk akuan bersumpah bahawa perkara ini tidak benar, berlaku akibat salah faham. Pengakuan itu sangat jelas. Nama saya telah dibersihkan,” katanya. Dr Raman berkata beliau yakin isu berkenaan tidak menjejaskan peluang beliau pada PRU-13 yang akan diadakan pada 5 Mei depan. “Rakyat tahu mengetahui latar belakang saya. Semasa saya bertugas dengan Hospital Kuala Lumpur, saya melakukan klinik kebajikan selama 15 tahun di Batu Caves. Selepas waktu bertugas di hospital, saya memberi khidmat nasihat dan pemeriksaan secara percuma kepada pesakit dengan hanya mengenakan kos ubat. “Malahan khidmat berkhatan juga diberi secara percuma selama 15 tahun. Mereka (rakyat) tahu siapa saya, isteri dan keluarga saya tahu siapa saya, sebab itu saya tidak risau persepsi daripada masyarakat dan keluarga, kerana mereka tahu apa yang saya lakukan. "Ini adalah sepak terajang politik jadi saya kira itu tidak menjejaskan saya sama sekali,” katanya. Justeru bagi kempen PRU-13 yang sedang rancak berjalan kini, beliau tidak akan menyentuh isu peribadi lawannya, Azmin Ali yang juga penyandang kerusi Parlimen Gombak. “Saya hanya mahu masyarakat bandingkan perubahan yang dilakukan Perdana Menteri dan apakah perubahan yang boleh dibawa oleh calon dan wakil rakyat. Saya tidak akan sentuh soal peribadi, pada saya kita harus lari dari politik sedemikian kerana kita mahu ke hadapan,” tegas beliau.Sumber KLpos.

Pengalaman di Parlimen bantu kemenangan-Mukhriz

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata beliau yakin rakyat dapat menilai sumbangannya sepanjang lima tahun sebagai Anggota Parlimen Jerlun untuk terus memilih beliau sebagai wakil rakyat. Beliau yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Hitam berkata pengundi kawasan itu, satu daripada dua kerusi Dun dalam Parlimen Jerlun, boleh menilai sejauh mana sumbangannya terhadap kawasan berkenaan dan tidak akan mudah terpedaya dengan pakatan pembangkang. ” Kita ambil satu isu, mengenai pembinaan Masjid Telaga Batu… ini jelas menunjukkan betapa rakus kerajaan Pas nak ambil nama,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Telaga Batu, Sungai Korok dekat sini hari ini. Mukhriz berkata kerajaan negeri menyatakan masjid tersebut dibina sewaktu pemerintahan mereka sedangkan rakyat tahu bahawa pembinaan masjid berkenaan sebenarnya mendapat peruntukan daripada kerajaan persekutuan hasil usaha wakil rakyat BN. “Lepas itu timbul isu kata kerajaan guna duit rakyat untuk bina masjid berkenaan. Ya, saya mengaku memang guna duit rakyat tapi yang pentingnya siapa yang uruskan amanah itu secara berhemah? “Mereka (kerajaan negeri) guna RM1.5 juta sebagai dorongan kepada menteri di sebuah negara asing untuk beri konsesi balak, tapi kita guna RM1.5 juta untuk buat masjid,” katanya. Beliau berkata kerajaan negeri juga dilihat lemah apabila mengumumkan 12 masjid dibina sejak 2008, sedangkan sebenarnya 22 masjid dibina (menerusi usaha kerajaan persekutuan). “Mereka sendiri tak tau, walhal mereka kerajaan negeri… sebabnya mereka tak buat, kalau dia (kerajaan negeri) yang buat takkan boleh silap angka,” katanya. Mukhriz hari ini memulakan siri lawatannya ke setiap PDM dalam Dun itu bagi memastikan jentera parti bergerak di tahap optimum dalam tempoh berkempen ini. Katanya pihaknya akan segera menyelesaikan lawatan ke 18 PDM di samping mengambil kesempatan menyampaikan pesanan kepada pengundi-pengundi mengenai cabaran yang dihadapi menjelang PRU kali ini. “Saya juga ambil kesempatan ini untuk berpesan kepada jentera parti supaya masuk ‘gear lima’ dah. Setakat ni saya berpuas hati sebab sampai pukul 1 pagi pun pondok-pondok BN masih aktif,” katanya.

Rabu, 17 April 2013

Siapakah Lelaki Ini?

Saya membuat satu analisa berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya di dalam bidang perfileman semenjak 1990. Analisa ini saya buat tanpa membuat perbandingan dengan foto mana-mana individu. Sample yang saya terima ialah di dalam bentuk DVD dan saya dapati mutu rakaman audio dan videonya adalah di dalam keadaan baik. Suara boleh didengar dan difahami perbualannya. Saya berpendapat video ini adalah satu rakaman yang telah dirancang dengan baik oleh individu atau kumpulan yang mempunyai pengetahuan asas tentang pencahayaan dan juga rakaman audio. Saya berpendapat kamera ini diletakkan di satu sudut di sebelah bawah sebuah peti televisyen. Ini adalah satu pemilihan sudut yang bijak kerana perakam tahu pelaku di dalam video ini akan kerap menoleh ke arah peti televisyen, justeru wajah pelaku dapat terakam dengan sempurna. Terdapat dua orang pelaku di dalam video ini. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Walaupun hubungan diantara kedua-dua pelaku ini adalah tidak jelas, tetapi niat pertemuan mereka di dalam bilik tersebut adalah jelas, iaitu untuk melakukan hubungan seksual. Durasi keseluruhan video ini adalah 11 minit 26 saat. Saya telah membuat screenshot aksi-aksi di dalam video ini dan di failkan mengikut susunan dengan nama fail Fa 1-1 sehingga Fa 16-1. Saya juga membuat screenshot jarak dekat wajah pelaku dan dinamakan sebagai Fa E CU 1-2 sehingga Fa E CU 3-2. Screenshot dibuat menggunakan applikasi Grab oleh Apple. Kemudian gambar-gambar dari video itu dibuka menggunakan Adobe Photoshop dan di ‘enhance’ menggunakan filter smart sharpen dan filter reduce noise. Di bawah adalah foto-foto mengukut susunan. Secara keseluruhan saya berpendapat bahawa video ini adalah authentic dan tidak ada pengubahsuaian selain dari suntingan untuk memendekkannya. Suntingan yang dibuat adalah amat asas dan tidak menjelaskan atau mencemar kandungan video tersebut. Lelaki di dalam video tersebut adalah individu yang sama dari permulaan video sehingga ke penghujungnya. Lelaki itu boleh dikenalpasti dengan jelas menerusi cara dan corak beliau berpakaian, saiz dan bentuk badan, rupa parasnya dan suaranya. Kesimpulan yang dapat saya buat ialah pelaku lelaki di dalam video ini boleh dikenalpasti.Sumber:Kickdefella

Calon BN Ampang, Dr Rozaidah Talib mangsa politik jijik pembangkang

Pembangkang yang sedar dengan kesukaran peluang mereka untuk menyakini rakyat menjelang hari pembuangan undi 5 Mei nanti, sehubungan itu palbagai usaha sudah dilakukan sebagai jalan mudah untuk memenenangi kerusi yang ditanding antara penyebaran fitnah dan dan mencipta persepsi buruk terhadap calon Barisan Nasional. Antaran yang paling awal menerima kesan dari kerja kerja keji puak pembangkang ialah, Calon BN Ampang, Datuk Dr Rozaidah Talib. Kami cuba membentangkan fakta sebenar disebalik fitnah jahat terhadap Calon BN P99 Ampang, Datuk Dr. Rozaidah Talib. 1. Isu rumahtangga beliau adalah sesuatu yang peribadi, justeru diharap semua pihak menghormati beliau dan tidak memfitnah beliau untuk tujuan tertentu. 2. Untuk makluman. Berikut adalah fakta mengenai isu beliau : - Beliau telah bercerai bersama bekas suami beliau pada 8.7.2007. - Namun demikian, bekas suami beliau enggan utk keluar rumah walaupun selepas penceraian mereka diputuskan di mahkamah - Aduan polis terhadap keganasan suami beliau terhadap beliau juga telah dilakukan, serta permohonan perintah mahkamah utk belas suaminya keluar rumah telah dilakukan. - Bekas suaminya enggan keluar dari rumah malahan memaksanya membuka pintu bilik hingga pintu terkopak. - Demi keselamatan dirinya, beliau sendiri telah keluar dari rumah yang didiaminya dan berlindung di sebuah hotel daripada dicari dan diganggu oleh bekas suaminya. - Pada 26.8.2007 bekas suaminya dapat mengesan hotel yang didiaminya dan memaksa pintu bilik hotel untuk dibuka. Beliau hanya duduk mendiamkan diri kerana takut dikasari oleh bekas suaminya. - Bekas suaminya kemudiannya membuat laporan polis menuduh beliau dengan kenyataan "mengesyaki beliau bersama lelaki lain". 3. Tiada tangkapan khalwat sepertimana tuduhan terhadap beliau. Jelas di sini bahawa isu ini telah dimanipulasi oleh pihak tertentu sehingga menjejaskan nama baik beliau. 4. Beliau tidak pernah ditangkap khalwat atau disabitkan dengan mana2 kesalahan berkaitan oleh Jabatan Agama Islam. Semakan boleh dilakukan terhadap mana - mana pihak Jabatan Agama untuk mengesahkan kenyataan ini. 5. Jelas beliau adalah seorang wanita yang menjadi mangsa kepada konflik rumahtangga. Lelaki yang sepatutnya melindungi, mendidiknya dengan ajaran agama dan mempertahankan kehormatan diri beliau gagal menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai seorang suami. 6. Diharap semua pihak menghormati beliau dan keluarga baru beliau yang dibina bersama Muhamed Bin Che Sulaiman dengan tidak mengungkit isu yang telah menjadi sejarah hitam dalam hidup beliau. 7. Terdapat pihak tertentu kini cuba memburukkan lagi nama beliau dengan mengedarkan gambar beliau bersama seorang lelaki. Untuk makluman, lelaki dalam gambar tersebut adalah suami beliau yang baru, Muhamed Bin Che Sulaiman. Kini mereka hidup bahagia bersama. 8. Beliau adalah seorang yg berdedikasi dalam menjalankan tugas sewaktu menjawat jawatan Ahli Parlimen Ampang untuk tempoh 2004-2008. 9. Berdasarkan track record kecemerlangan beliau sebelum ini serta latar belakang profesional beliau, Datuk Dr. Rozaidah Talib kini dipilih semula oleh BN untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada warga Ampang dan seluruh Rakyat di Selangor. Sayangi Selangor, Yakini BN.

Papa Gomo lancar manifesto lawan Papa Homo malam ini

Majlis Pelancaran Mani Festo Buku JingGay PapaGomo Vs PapaHomo PRU13 pada 17 April 2013 ~Rabu,hari ini~Jam 8.45 mlm di Dataran Sri Perak,Perumahan Awam Sri Perak,Bandar Baru Sentul,KL.Perasmian oleh Ybhg Sdr Zahid Mohd Arip,Mursiydul Am TIBAI.Mohon war2kan di medium fb atau twiter dan juga blog Gomo sudah tidak sabar lagi untuk berental dengan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Inikalilah kita akan pastikan Anwar Ibrahim berkubur di Permatang Pauh. Harap dapat semua hadir beramai ramai bagi memastikan Anwar Ibrahim dinyahkam dari terus menghuru harakan Malaysia. Jangan lupa dapatkan I Mani Festo Jin GAY Papa Gomo vs Papa Homo. Elok untuk diedarkan kepada seluruh rakyat Malaysia.Semua dijemput hadir

AWASi JIRAN SEBELAH KITA DAH MULA PASANG JARUM

Dap-papDAP dan pengkhianatan kepada negara ini, bukannya baru. Dari zaman Lim Kit Siang masih menjadi Setiausaha Agung parti tersebut dan sekarang jawatan tersebut diwarisi oleh anak lelakinya, DAP tidak pernah menumpahkan kesetiaan kepada negara ini. Walaupun parti tersebut terlibat dalam proses pilihanraya negara ini, tetapi DAP sekadar ingin merebut kuasa dan seterusnya bertindak sebagai PENJAJAH sepertimana yang dilakukan oleh Lim Guan Eng dan Teresa Kok di Pulau Pinang dan Selangor. Tiada sebarang usaha yang dilakukan untuk menambahbaikkan taraf kehidupan rakyat, sebaliknya para pemimpin DAP sentiasa memastikan kantung mereka berisi tebal menerusi pemberian projek bernilai berbilion-bilion ringgit kepada syarikat-syarikat kroni. DAP dan Singapura memang tidak dapat dipisahkan. Sebabnya seperti semua orang tahu, DAP merupakan proksi PAP pimpinan Lee Kuan Yew yang diterajang keluar oleh Malaysia pada tahun 1965 selepas Lee Kuan Yew yang berasal dari Johor, berkempen untuk menghapuskan Melayu-Bumiputera, Islam, Bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu-Bumiputera-Islam. Malah Lee Kuan Yew jugalah yang mempopularkan teori bangangnya, konon Melayu juga seperti Cina dan India, merupakan pendatang di negara ini. Taktik keganasan sepertimana yang berlaku di Singapura pada tahun 1964 semata-mata untuk menghalau Melayu keluar dari sesebuah kawasan, menyebabkan Malaysia terpaksa mengambil jalan berat, singkat dan dilihat tidak popular langsung memandangkan Singapura memang semulajadinya adalah sebahagian daripada Tanah Melayu malah di pulau tersebut pernah wujud beberapa kesultanan dan kerajaan Melayu. Keputusan DAP untuk meletakkan Lim Kit Siang di Gelang Patah yang sekarang ini sedang menarik lebih ramai penduduk berketurunan Cina ke kawasan yang telah dibangunkan oleh UMNO dan Barisan Nasional, membuatkan DAP semakin dekat dengan Singapura. Apatah lagi, DAP memang bercita-cita hendak Singapura bergabung kembali dengan Malaysia dengan sekurang-kurangnya 87 Kerusi Parlimen sudah ada dalam tangan mereka bagi membolehkan DAP secara bersendirian mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen Malaysia. Bayangkanlah apa yang akan berlaku sekiranya, DAP berjaya memperolehi dua pertiga majoriti. Sedangkan dengan jumlah kerusi yang mereka kuasai sekarang pun, DAP sudah jadi kelingking berkait telunjuk mencucuk mata. Dan yang pastinya, nasib Melayu-Islam-Bumputera di negara ini tidak ubah seperti rakyat Palestin di negara mereka sendiri. Itu adalah pasti memandangkan Lim Guan Eng telah pun melakukannya di Pulau Pinang sekalipun cuba dikaburi oleh para pencacai upahan berbangsa Melayu dan beragama Islam. Dilaporkan pada 11 April 2013, dari jam 4:00 petang sehingga 10:00 malam, DAP akan melancarkan kempen balik mengundi di Singapura. Lokasinya adalah Bugis Junction, Bugis Street dan Bugis MRT. Butiran lanjut boleh anda dapati di www.facebook.com/DapGelangPatah?ref=ts. Sasaran DAP adalah 4 ribu rakyat Malaysia yang mendaftar undi di Gelang Patah, di Singapura! Kesian Melayu… satu lagi kawasan Melayu yang bakal terbang dan Melayu jadi kelas kedua seandainya cubaan DAP tidak dihalang! Jangan pula nanti, Gelang Patah maju, Melayu Gelang Patah merempat sepertimana Melayu Pulau Pinang dan akhirnya menjadi anjing belaan seperti para pecacai Lim Guan Eng yang terdiri daripada Melayu beragama Islam yang akan sentiasa menjilat dan memastikan tuan mereka mencampakkan tulang kepada mereka!Sumber: Sel13.com

Senarai penuh calon BN untuk Parlimen

P001. Padang Besar: Datuk Zahidi Zainul Abidin (Umno) P002. Kangar: Ir Shaharuddin Ismail (muka baharu) (Umno) P003. Arau: Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (Umno) P004. Langkawi: Datuk Nawawi Ahmad (Umno) P005. Jerlun: Datuk Othman Aziz (Umno) P006. Kubang Pasu: Datuk Mohd Johari Baharom (Umno) P007. Padang Terap: Datuk Seri Mahdzir Khalid (Umno) P008. Pokok Sena: Datuk Shahlan Ismail Umno/muka baharu) P009. Alor Setar: Datuk Seri Chor Chee Heung (MCA) P010. Kuala Kedah: Dr Zaki Zamani Abdul Rashid (Umno/muka baharu) P011. Pendang: Datuk Othman Abdul (Umno) P012. Jerai: Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Umno/muka baharu) P013. Sik: Dr Mansor Abdul Rahman (Umno/muka baharu) P014. Merbok: Prof Dr Ismail Daud (Umno/muka baharu) P015. Sungai Petani: Shamsul Anuar Ismail (Umno/muka baharu) P016. Baling: Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Umno) P017. Padang Serai: Datuk Heng Seai Kie (MCA/muka baharu) P018. Kulim/Bandar Baharu : Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (Umno) P019. Tumpat: Mansor Salleh (Umno) P020. Pengkalan Chepa : Datuk Dali Husin (Umno) P021. Kota Baharu: Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh (Umno) P022. Pasir Mas: Che Johan Che Pa (Umno/ muka baharu) P023. Rantau Panjang: Ghazali Ismail (Umno/muka baharu) P024. Kubang Kerian: Anuar Safian (Umno) P025. Bachok: Datuk Dr Awang Adek Hussin (Umno) P026. Ketereh: Tan Sri Annuar Musa (Umno) P027. Tanah Merah: Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (Umno) P028. Pasir Puteh: Tuan Mustaffa Tuan Mat (Umno/muka baharu) P029. Machang: Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Umno) P030. Jeli: Datuk Seri Mustapa Mohamed (Umno) P031. Kuala Krai: Tuan Aziz Tuan Hamat@Tuan Mat (Umno) P032. Gua Musang: Tengku Razaleigh Hamzah (Umno) P033. Besut: Datuk Seri Idris Jusoh (Umno) P034. Setiu: Che Mohamad Zulkifly Jusoh (Umno/muka baharu) P035. Kuala Nerus: Datuk Mohamed Nasir Ibrahim Fikri (Umno) P036. Kuala Terengganu : Mohd Zubir Embong (Umno/muka baharu) P037. Marang: Datuk Yahya Khatib (Umno) P038. Hulu Terengganu: Datuk Jailani Johari (Umno/muka baharu) P039. Dungun: Datuk Dr Rosli Mat Hassan (Umno) P040. Kemaman: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Umno) P041. Kepala Batas: Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Umno/muka baharu) P042. Tasek Gelugor: Shabudin Yahaya (Umno) P043. Bagan: Chua Teik Siang (MCA) P044. Permatang Pauh: Dr Mazlan Ismail (Umno/muka baharu) P045. Bukit Mertajam: Gui Guat Lye (MCA) P046. Batu Kawan: N. Gobalakrishnan (Gerakan/muka baharu) P047. Nibong Tebal: Datuk Zainal Abidin Osman (Umno) P048. Bukit Bendera: Teh Leong Meng (Gerakan/muka baharu) P049. Tanjong : Ng Song Kheng (Gerakan/muka baharu) P050. Jelutong : Ng Fook On (Gerakan) P051. Bukit Gelugor : Teh Beng Yeam (MCA) P052. Bayan Baru : Tang Heap Seng (MCA) P053. Balik Pulau : Datuk Seri Hilmi Yahaya (Umno) P054. Gerik : Datuk Hasbullah Osman (Umno) P055. Lenggong : Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Umno) P056. Larut : Datuk Hamzah Zainudin (Umno) P057. Parit Buntar : Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaludin (Umno/muka baharu) P058. Bagan Serai : Dr Noor Azmi Ghazali (Umno/muka baharu) P059. Bukit Gantang : Datuk Ismail Safian (Umno) P060. Taiping : Datuk Tan Lian Hoe (Gerakan) P061. Padang Rengas : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Umno) P062. Sungai Siput : Datuk S.K Devamany (MIC) P063. Tambun : Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Umno) P064. Ipoh Timur : Kathleen Wong Mei Yin (MCA/muka baharu) P065. Ipoh Barat : Dr Cheng Wei Yee (MCA/muka baharu) P066. Batu Gajah : Loo Thin Tuck (MCA/muka baharu) P067. Kuala Kangsar : Datuk Wan Mohammad Khair-Il Anuar Wan Ahmad (Umno) P068. Beruas : Datuk Chang Ko Youn (Gerakan) P069. Parit : Datuk Mohd Zaim Abu Hassan (Umno) P070. Kampar : Datuk Lee Chee Leong (MCA) P071. Gopeng : Datuk Tan Chin Meng (MCA) P072. Tapah : Datuk M. Saravanan (MIC) P073. Pasir Salak : Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Umno) P074. Lumut : Datuk Seri Kong Cho Ha (MCA) P075. Bagan Datoh : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Umno) P076. Teluk Intan : Datuk Mah Siew Keong (Gerakan) P077. Tanjung Malim : Datuk Seri Ong Ka Chuan (MCA) P078.Cameron Highlands : Datuk Seri G. Palanivel (MIC) P079. Lipis : Datuk Mohd Shahrum Osman (Umno) P080. Raub : Datuk Hoh Khai Mun (MCA/tukar kerusi) P081. Jerantut : Ahmad Nazlan Idris (Umno/muka baharu) P082. Indera Mahkota : Datuk Wan Adnan Wan Mamat (Umno/tukar kerusi) PO83. Kuantan : Datuk Mohamad Suffian Awang (Umno/muka baharu) P084. Paya Besar : Datuk Abdul Manan Ismail (Umno) P085. Pekan : Datuk Seri Najib Tun Razak (Umno) P086. Maran : Ismail Mutalib (Umno) P087. Kuala Krau : Datuk Ismail Mohd Said (Umno) P088. Temerloh : Datuk Saifuddin Abdullah (Umno) P089. Bentong : Datuk Seri Liow Tiong Lai (MCA) P090. Bera : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Umno) P091. Rompin : Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis (Umno) P092. Sabak Bernam : Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Umno/muka baharu) P093. Sungai Besar : Datuk Noriah Kasnon (Umno) P094. Hulu Selangor : P. Kamalanathan (MIC) P095. Tanjong Karang : Datuk Seri Noh Omar (Umno) P096. Kuala Selangor : Datuk Irmohizam Ibrahim (Umno/muka baharu) P097. Selayang : Datuk Ir Donald Lim Siang Chai (MCA) P098. Gombak : Datuk Dr Rahman Ismail (Umno) P099. Ampang : Dr Rozaidah Talib P100. Pandan : Garry Lim Chin Yee (MCA) P101. Hulu Langat : Adzhaliza Mohd Nor (Umno/muka baharu) P102. Serdang : Datuk Yap Pian Hon (MCA) P103. Puchong : A. Kohilan Pillay (Gerakan/muka baharu P104. Kelana Jaya : Loh Seng Kok (MCA) P105. Petaling Jaya Selatan : Seah Kok Fah (MCA) P106. Petaling Jaya Utara : Chew Hoong Ling (MCA) P107. Subang : A. Prakash Rao (MIC/muka baharu) P108. Shah Alam : Zulkifli Noordin (rakan BN) P109. Kapar : Saktivel Alagappan (MIC) P110. Klang : Datuk Teh Kim Poo (MCA) P111. Kota Raja : Datuk Murugesan Sinnandavar (MIC) P112. Kuala Langat : Sharuddin Omar (Umno/muka baharu) P113. Sepang : Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed (Umno) P114. Kepong : Datuk Chandrakumanan Arumugam (PPP) P115. Batu : Dr Dominic Lau Hoe Chai (Gerakan) P116. Wangsa Maju : Datuk Dr Mohd Shafie Abdullah (Umno) P117. Segambut : Jayanthi Devi Balaguru (Gerakan) P118. Setiawangsa : Datuk Ahmad Fauzi Zahari (Umno) P119. Titiwangsa : Datuk Johari Abdul Ghani (Umno) P120. Bukit Bintang : Frankie Gan Joon Zin (MCA) P121. Lembah Pantai : Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Umno) P122. Seputeh : Nicole Wong Siaw Ting (MCA) P123. Cheras : Teoh Chee Hooi (MCA) P124. Bandar Tun Razak: Tan Kok Eng (MCA) P125. Putrajaya : Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Umno) P126. Jelebu : Zainuddin Ismail (Umno) P127. Jempol : Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (Umno) P128. Seremban : Datuk Dr Yeow Chai Thiam (MCA) P129. Kuala Pilah : Datuk Hasan Malek (Umno) P130. Rasah : Teo Eng Kian (MCA) P131. Rembau : Khairy Jamaluddin (Umno) P132. Telok Kemang : Datuk V.S Mogan (MIC) P133. Tampin : Datuk Seri Shaziman Abu Mansor (Umno) P134. Masjid Tanah : Mas Ermieyati Samsudin (Umno/muka baharu) P135. Alor Gajah : Datuk Koh Nai Kwong (MCA) P136. Tangga Batu : Datuk Prof Madya Dr Abu Bakar Mohamad Diah (Umno/muka baharu) P137. Bukit Katil : Datuk Seri Mohd Ali Rustam (Umno) P138. Kota Melaka : Dr Yee Kok Wah (MCA/muka baharu) P139. Jasin : Datuk Ahmad Hamzah (Umno) P140. Segamat : Datuk Seri Dr S. Subramaniam (MIC) P141. Sekijang : Anuar Abd Manap (Umno/muka baharu) P142. Labis : Datuk Chua Tee Yong (MCA) P143. Pagoh : Tan Sri Muhyiddin Yassin (Umno) P144. Ledang : Hamim Samuri (Umno) P145. Bakri : Lee Ching Yong (MCA) P146. Muar : Datuk Razali Ibrahim (Umno) P147. Parit Sulong : Datuk Noraini Ahmad (Umno) P148. Ayer Hitam : Datuk Wee Ka Siong (MCA) P149. Seri Gading : Datuk Ab. Aziz Kaprawi (Umno) P150. Batu Pahat : Dr Mohd Puad Zarkashi (Umno) P151. Simpang Renggam : Liang Teck Meng (Gerakan) P152. Kluang : Hou Kok Chung (MCA) P153. Sembrong : Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Umno) P154. Mersing : Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (Umno) P155. Tenggara : Datuk Halimah Mohamed Sadique (Umno) P156. Kota Tinggi : Datuk Nor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (Umno/muka baharu) P157. Pengerang : Datuk Seri Azalina Othman (Umno) P158. Tebrau : Khoo Soo Seang (MCA/muka baharu) P159. Pasir Gudang : Normala Abdul Samad (Umno/muka baharu) P160. Johor Bahru : Tan Sri Sharil@Shahrir Ab Samad (Umno) P161. Pulai : Datuk Nur Jazlan Mohamed (Umno) P162. Gelang Patah : Datuk Abdul Ghani Othman (Umno) P163. Kulai : Teh Chin Hein (MCA/muka baharu) P164. Pontian : Datuk Ahmad Maslan (Umno) P165. Tanjong Piai : Belum diumumkan P166. Labuan : Rozman Isli (Umno) P167. Kudat : Datuk Abdul Rahim Bakri (Umno) P168. Kota Marudu : Datuk Seri Maximus Ongkili (PBS) P169. Kota Belud : Datuk Abd Rahman Dahlan (Umno) P170. Tuaran : Datuk Wilfred Madius Tangau (Upko) P171. Sepanggar : Datuk Jumat Idris (Umno/muka baharu) P172. Kota Kinabalu : Chin Tek Ming (PBS/muka baharu) P173. Putatan : Datuk Marcus Mojigoh (Upko) P174. Penampang : Tan Sri Bernard Giluk Dompok (Upko) P175. Papar : Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin (Umno) P176. Kimanis : Datuk Anifah Aman (Umno) P177. Beaufort : Datuk Azizah Mohd Dun (Umno/bertukar kerusi) P178. Sipitang : Datuk Sapawi Ahmad (Umno) P179. Ranau : Datuk Ewon Ebin (Upko) P180. Keningau : Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (PBS) P181. Tenom : Belum diumumkan P182. Pensiangan : Belum diumumkan P183. Beluran : Datuk Ronald Kiandee (Umno) P184. Libaran : Datuk Juslee Ajirol (Umno) P185. Batu Sapi : Datin Linda Tsen Thau Lin (PBS) P186. Sandakan : Belum diumumkan P187. Kinabatangan : Datuk Bung Moktar Radin (Umno) P188. Silam : Datuk Datu Nasrun Datu Mansur (Umno/bertukar kerusi) P189. Semporna : Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Umno) P190. Tawau : Datuk Mary Yap Kain Ching (PBS/muka baharu) P191. Kalabakan : Datuk Abdul Ghapur Salleh (Umno) P192. Mas Gading : Anthony Nogeh Gumbek (SPDP/muka baharu) P193. Santubong : Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB) P194. Petra Jaya : Datuk Fadillah Yusof (PBB) P195. Bandar Kuching : Tan Kai (SUPP/muka baharu) P196. Stampin : Datuk Yong Khoon Seng (SUPP) P197. Kota Samarahan : Rabiah Wang (PBB/muka baharu) P198. Mambong : Datuk Seri Dr James Dawos Mamit (PBB) P199. Serian : Datuk Richard Riot (SUPP) P200. Batang Sadong : Nancy Shukri (PBB) P201. Batang Lupar : Datuk Rohani Abdul Karim (PBB) P202. Sri Aman : Masir Kujat (PRS) P203. Lubok Antu : William @ Nyallau Badak (PRS) P204. Betong : Datuk Seri Douglas Uggah Embas (PBB) P205. Saratok : Tan Sri William Mawan (SPDP) P206. Tanjong Manis : Datuk Norah Abdul Rahman (PBB) P207. Igan : Datuk Abdul Wahab Dolah (PBB) P208. Sarikei : Ding Kuong Hiing (SUPP) P209. Julau : Datuk Joseph Salang Gandum (PRS) P210. Kanowit : Datuk Ago Dagang (PRS) P211. Lanang : Datuk Tiong Thai King (SUPP) P212. Sibu : Vincent Lau Lee Ming (SUPP/muka baharu) P213. Mukah : Datuk Seri Dr Muhammad Leo Michael Toyad (PBB) P214. Selangau : Datuk Joseph Entulu Belaun (PRS) P215. Kapit : Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB) P216. Hulu Rajang : Wilson Ugak Kumbong (PRS/muka baharu) P217. Bintulu : Datuk Seri Tiong King Sing (SPDP) P218. Sibuti : Ahmad Lai Bujang (PBB) P219. Miri : Datuk Sebastian Ting (SUPP/muka baharu) P220. Baram : Anyi Ngau (SPDP/muka baharu) P221. Limbang : Hasbi Habibollah (PBB) P222. Lawas : Datuk Henry Sum Agong (PBB). – Bernama

Isnin, 15 April 2013

Pihak asing jangan campur tangan_ Khaled Nordin

Warganegara Singapura diingatkan supaya tidak mencampuri urusan politik di negara ini lebih-lebih lagi bagi membantu mana-mana parti berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Menteri Pengajian Tinggi yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berpendapat, tindakan orang asing mencampuri urusan pilihan raya sesebuah negara adalah tidak patut kerana ia tidak baik untuk hubungan dua negara. “Berkempen di negara yang mana rakyat Malaysia sedang bekerja dan mempengaruhi mereka untuk mengundi parti yang mempunyai kepentingan mereka adalah tidak betul,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. Mohamed Khaled mengulas kebanjiran kenderaan dari Singapura di bandar raya ini yang dilihat turut berkempen membantu pakatan pembangkang dalam mengajak rakyat negara ini pulang mengundi. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada pemilik kenderaan berkenaan terdiri daripada warga negara jiran atau rakyat Malaysia yang mempunyai taraf penduduk tetap di republik itu. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi pula berpendapat, perbuatan itu tidak wajar dan bertentangan dengan polisi mana-mana negara pun. “Mereka sepatutnya tidak masuk campur, urusan politik kita biarlah kita sesama kita,” katanya. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Jaya, Tan Cher Puk mahu pemerintah Singapura menyiasat penduduk negara itu yang menyalahgunakan kenderaan dari republik tersebut untuk berkempen di Malaysia. “Pemerintah Singapura harus melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan yang memasuki Malaysia,” tegasnya.

Rabu, 10 April 2013

Pengumuman Khas Manifesto Barisan Nasional (BN) Negeri Selangor 10/4/2013

Antara calon boleh memang dan syok sendiri

Oleh ZULKIFLEE BAKAR SELEPAS debaran menanti bila Parlimen dibubarkan dan bila Pilihan Raya Umum Ke-13 diadakan berakhir, kini wujud pula debaran siapa yang bakal menjadi calon bagi membawa panji-panji Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya tersebut. Sememangnya sementara menanti keputusan muktamad dan pengumuman secara rasmi dilakukan oleh pucuk pimpinan parti debaran semakin kencang. Ada sesetengahnya tidur tak lena kerana memikirkan akan terpilih atau tidak. Selalunya sindrom ini `menjangkiti' pemimpin-pemimpin yang mempunyai jawatan di peringkat bahagian khususnya dalam UMNO. Ada antara mereka masih mahu melawan arus menyatakan dialah calon boleh menang biar pun kalau diikutkan, umum namapun sudah kalah. Malahan sudah ada ketua-ketua bahagian yang bertanding dalam pilihan raya umum lalu tetapi kalah menaruh harapan untuk dipilih sekali lagi dengan alasan, dulu mereka kalah kerana tsunami politik. Kata mereka, masa tu ramai yang kalah. Ada pula ketua bahagian yang selama ini tidak pernah ada di kawasan secara tiba-tiba muncul melaksanakan pelbagai program dengan harapan terpilih sebagai calon. Semua ini adalah drama-drama sebabak yang ditonjolkan oleh pemimpin-pemimpin berkenaan termasuklah ada antara mereka yang sudah berpuluh-puluh tahun menjadi wakil rakyat masih mahu menongkat langit dengan alasan dia calon boleh menang sedangkan maklumat yang diterima, hendak dapat 50 peratus sokongan rakyat di kawasannya pun susah. Apa pun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah menegaskan pemilihan calon BN turut bergantung kepada penerimaan rakyat, kemampuan dan rekod pencapaian calon selain mengambil kira pertimbangan yang adil antara parti komponen BN. Selain itu Najib menggariskan bahawa kriteria calon boleh menang BN ialah peribadi, kebolehan, ketokohan dan pengalaman individu menjadi asas dalam pemilihan. Justeru tidak perlulah mana-mana pemimpin-pemimpin sama ada di peringkat pusat atau bahagian mendabik dada kononnya mereka berada dalam kategori calon boleh menang. Ini memandangkan sama ada boleh menang atau tidak bukan mereka yang tentukan tetapi rakyat. Oleh itu, dalam soal ini adalah penting jika pemilihan calon kali ini dilakukan secara berhati-hati dengan mengambil kira pandangan rakyat dan laporan agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan. Ia memandangkan jika BN tersilap langkah dalam membuat perhitungan semata-mata untuk menjaga hati mana-mana pemimpin maka yang akan menanggung akibat adalah parti. Dalam berhadapan pilihan raya umum yang cukup getir ini, BN dan UMNO perlu memastikan calon yang dipilih diterima oleh rakyat dan bukannya pemimpin yang mengamalkan sikap `syok sendiri' kononnya dia masih boleh menang. Malahan jangan ada pandangan kononnya kalau seseorang pemimpin itu tidak terpilih ia boleh membawa bencana kepada peluang BN. Bagi pemimpin seumpama ini, kalau betul rakyat mahukan dia tetapi tidak dipilih oleh parti mungkin ia bencana untuk parti tetapi kalau dia memang tidak dikehendaki oleh rakyat tetapi dipilih oleh parti maka itu adalah bencana yang sengaja diundang. Justeru kepada pemimpin-pemimpin yang berhasrat masih mahu menjadi calon atau berasa layak menjadi calon sedangkan, dia sendiri memahami bagaimana penerimaan rakyat di kawasannya maka belajar-belajarlah menilai diri dan bermuhasabah. Pilihan Raya Umum Ke-13 bukannya medan untuk survival politik mana-mana individu tidak kira apa juga jawatannya di peringkat pusat, bahagian mahupun negeri. Kalau kajian menunjukkan pencalonannya boleh mengundang kekalahan atau bencana kepada parti maka terima sahaja dengan terbuka keputusan pucuk pimpinan. Memanglah semua orang merasakan dirinya layak, apatah lagi kalau dia memegang jawatan di peringkat bahagian tetapi itu bukan jaminan pencalonannya boleh membawa kemenangan kepada parti. Apa yang lebih utama seperti mana kata Najib, kepentingan parti harus mengatasi kepentingan individu. Kalau benarlah mereka sayangkan parti dan mahu memastikan kedudukan bangsa, agama dan negara tidak digugat oleh pakatan pembangkang maka bersedialah untuk tidak dicalonkan. Kita percaya setiap keputusan dalam soal pemilihan calon ini akan dilakukan dengan penuh hati-hati dan kebijaksanaan oleh pucuk pimpinan parti demi memastikan kemenangan yang diidam-idamkan tercapai. Kecewa dan sedih tidak salah tetapi jangan sampai bertindak sebagai pengkhianat apabila tidak terpilih sebagai calon kerana bak kata Najib, "Jika kita faham kenapa pilihan raya diadakan, kita takkan benarkan perasaan dan pertimbangan lain menggantikan pertimbangan untuk parti, seelok-eloknya kalau kecewa pun dalam tempoh 24 jam sahaja. Lepas itu kena turun padang.'' Semoga pesanan Perdana Menteri ini akan menjadi iktibar kepada mereka yang tidak terpilih sebagai calon agar impian BN untuk meneruskan kesinambungan perjuangan demi bangsa, agama dan negara tidak dikhianati dari dalam. - UTUSAN ONLINE

Isnin, 8 April 2013

UNDI PAS DAN PKR HARAM- ULAMA PONDOK

Golongan ulama pondok pada Isnin membuat satu deklarasi bahawa mengundi PAS dan PKR pada pilihan raya umum ke-13 ini adalah haram di sini Islam. PAS dan PKR turut bertangungjawab melakukan jenayah paling besar terhadap umat Islam kerana membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam dan menyokong pluralisme agama. Ketua Penerangan Pondok Minda, Kelantan, Harun Yahya berkata kenyataan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh berkaitan isu itu jelas menunjukkan perjuangan mereka. “Ini adalah agenda dan strategi untuk menghancurkan Islam paling besar pernah berlaku dalam sejarah negara ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Persidangan Ulama-Ulama bersama Kepimpinan Pondok-Pondok/Sekolah Agama Rakyat/Tahfiz al-Quran peringkat kebangsaan yang berakhir di sini. Beliau berkata deklarasi itu dicapai setelah tiga hari hampir 150 orang tokoh ulama dan kepimpinan tersebut termasuk Penasihat Pondok Minda, Tok Guru Abdullah Sa’amah bersidang bermula Sabtu lepas. Persidangan bertujuan memperkasa dan mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan dengan merujuk nas-nas daripada kitab-kitab ulama Ahli Sunnah Waljamaah yang muktabar, katanya. Menurut Harun, parti-parti pembangkang yang memperjuangkan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam didapati mengemukakan nas-nas tidak betul, bertentangan dengan Islam dan menyesatkan. “Semua orang tahu Allah adalah nama tuhan bagi umat Islam dan Al-Quran diturunkan kepada penganutnya. Kalimah Allah mengajar dan membawa maksud tiada tuhan melainkan Dia (Allah). “Oleh itu bukan Islam tidak boleh guna nama Allah sebagai nama tuhan mereka. Mereka perlu tinggalkan kepercayaan untuk menganut Islam jika mahu menggunakan (kalimah) Allah sebagai nama tuhan kerana ini membezakan tuhan orang Islam dan bukan Islam,” kata Harun. Beliau berkata, membenarkan nama Allah digunakan oleh agama lain sebagai nama tuhan mereka memberi kesan bahawa semua agama adalah sama dan diturunkan Allah. “Sekiranya dalam Bible ada nama Allah, dalam kita lain pun sama, semua pihak akan beranggapan semua agama adalah sama iaitu agama Allah,” katanya. Beliau menasihatkan umat Islam tidak leka dalam soal ini dan mengesyorkan supaya mengadakan solat hajat bagi memohon pertolongan Allah

PAPA GOMO SERIUS TENTANG ANWAR

Blogger Papa Gomo menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas menentang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Papa Gomo yang diwakili Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat, Mohamad Rafi Awang Kechik mengumumkan kesediaan beliau untuk bertanding di Permatang Pauh atau mana-mana kerusi yang ditandingi Anwar. "Keputusan untuk bertanding itu dibuat kerana dia benar-benar serius meminta agar Anwar berundur secara terhormat daripada arena politik negara ekoran pelbagai isu moral yang didakwa membelenggu pemimpin itu," kata Rafi kepada pemberita di Bangunan Yayasan Selangor Kg. Baru di sini, hari ini. KENYATAAN PENUH PAPA GOMO Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya penduduk di Permatang Pauh Pulau Pinang. Saya telah pun mengambil borang calon SPR bagi melayakkan diri saya bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 ini melalui wakil saya Saudara Rafi Awang Kecik yang juga merupakan Presiden Nadi Rakyat Malaysia. Saya mengumumkan untuk bertanding pada pilihanraya ini menentang Dato Sri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh bagi menunjukkan kepada Dato Sri Anwar Ibrahim yang saya benar benar serius untuk meminta beliau berundur secara terhormat dari arena politik negara. Sebelum ini saya telah pun memberikan amaran agar beliau berundur bagi mengelakkan video-video aksi homoseks beliau dipaparkan kepada umum. Namun Dato Sri Anwar masih degil dan mahu mengheret pekara ini dengan lebih besar lagi. Tun Dr Mahthir pernah memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim nasihat untuk berundur secara terhormat sewaktu beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keewangan. Tun Dr Mahathir memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim peluang untuk tidak diaibkan. Jadi saya juga telah melaksanakan apa yang idola saya Tun Mahathir lakukan dengan memberikan Amaran dan nasihat untuk Dato Sri Anwar Ibrahim berundur secara terhormat sebelum diaibkan dengan lebih dasyat lagi. Saya mahu bertanding kerana saya mahu menyatakan kebenaran sebagai satu bukti nyata yang saya bukanlah menfitnah. Saya tampil masuk gelanggang bagi menyampaikan perkhabaran kepada dunia saya mahu rakyat sedar betapa rendah dan jijik moral Dato Sri Anwar Ibrahim yang mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia. Didalam pilihanraya ini lah medan terbaik untuk saya mendedahkan segala galanya yang mana dibantu dengan rakan rakan seperjuangan yang lain seperti Dato Eskay, Dato Nallakarupan, Ezam Mohd Nor, Ng Lum Yong, Zahid Mat Arip, Yb Zulkifli Nordin, Anuar Shaari, Hamizun, dan ramai lagi bekas bekas orang kanan Anwar Ibrahim yang kenal bentuk tubuh Dato Sri Anwar Ibrahim. Kalah sudah pasti buat saya tetapi saya akan pastikan pengundi Permatang Pauh kenal dengan lebih dekat siapa Dato Sri Anwar Ibrahim ini apatah lagi dengan bukti yang ada ditangan saya. Nantikan saya pada hari penamaan calon di Permatang Pauh. Misi Selamatkan Negara akan dilaksanakan saya dengan dibantu seluruh jentera NGO Nadi Rakyat yang diketuai Presidennya Saudara Rafi Awang Kecik.

Sabtu, 6 April 2013

INTIPATI AKUJANJI BN

Berikut intipati Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, malam ini. Manifesto bertajuk ‘Menepati Janji Membawa Harapan’ itu, mengandungi janji BN untuk membawa negara ke peringkat lebih tinggi sekiranya diberikan mandate baharu dalam pilihan raya umum ke-13 nanti: 1. Menangani Kos Sara Hidup : * Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan * Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150 * Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional * Menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia * Memperkenalkan produk 1Malaysia di stesen minyak dan pasar raya besar * Membuka Klinik 1Malaysia di dalam kawasan komuniti padat penduduk * Menyediakan lebih banyak Pusat Jagaan Harian 1Malaysia untuk ibubapa bekerja 2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar * Menstruktur semula kerajaan termasuk mewujudkan kementerian baharu seiring dengan anjakan corak demografi bandar di negara ini dan menangani cabaran social dan ekonomi bandar * Menambah perwakilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam dalam kerajaan tempatan * Memulihkan semula rumah kos rendah dan flat di bandar-bandar * Mengambil alih penyelenggaraan prasarana perumahan awam * Menyediakan perumahan awam berkualiti khusus untuk generasi muda yang mencari kerja * Membina kemudahan dan kawasan rekreasi bagi meningkatkan kualiti hidup di bandar * Memastikan kemudahan pendidikan, latihan dan perkhidmatan kesihatan * Menambah baik rangkaian pengangkutan antara bandar dan penempatan * Membuka lebih banyak Anjung Singgah (pusat perlindungan sementara untuk golongan gelandangan) di kawasan yang diperlukan 3. Menyediakan Rumah Mampu Milik * Membina 1,000,000 buah rumah mampu milik – digerakkan oleh sektor awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA * Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran * Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk projek perumahan kerajaan * Memulihkan semula projek perumahan terbengkalai untuk melindungi pembeli rumah * Mengambil alih penyelenggaraan semua Projek Perumahan Awam * Membantu pemilik rumah berpendapatan rendah dan miskin untuk memperbaiki rumah mereka * Menggantikan kawasan setinggan dengan kawasan perumahan tetap yang selesa * Memperbaiki perumahan estet dan menyediakan rumah untuk bekas pekerja estet melalui perkongsian kerajaan-estet * Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000 * Menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20 peratus dengan jaminan bandwidth internet * Melaksanakan dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas * Memperkenalkan lebih banyak produk 1Malaysia yang digerakkan oleh GLC dan sektor swasta 4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti * Membangunkan sistem nasional yang akan menyediakan akses penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua rakyat * Menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap zon – Utara, Selatan, Timur di Semenanjung, Sabah dan Sarawak * Mewujudkan kemudahan awam untuk rawatan dialisis buah pinggang di setiap kawasan penduduk berkepadatan tinggi * Melaksanakan sistem kad prihatin kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bagi membolehkan mereka mendapat diskaun harga untuk ubat-ubatan tertentu * Memperkenalkan sistem sokongan kepada rumah penjagaan untuk golongan warga tua dan mereka yang menghidap sakit kronik 5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam * Mengembangkan perkhidmatan sistem bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya * Terus memperluaskan sistem rel, MRT, LRT dan komuter * Membina terminal bas, rel, dan teksi bersepadu di semua pekan dan bandar * Menyusun semula laluan bas untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dan memudahkan rakyat * Meningkatkan jumlah permit teksi individu * Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan system landasan kereta api berkembar 6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar * Memperbanyakkan lorong dan susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan * Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Semantan di Sarawak hingga ke Serudong di Sabah * Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Baharu dan Gambang-Segamat * Membina Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping * Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat * Melaksanakan konsep Kampung Abad ke-21 bagi melonjak transformasi luar bandar dan membawa komuniti berkenaan ke dalam pembangunan arus perdana * Membina 6,300km lagi jalan raya berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500km di Sabah dan 2,800km di Sarawak yang memberi faedah kepada kira-kira 3.3 juta penduduk * Menyelesaikan masalah bekalan air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan * Memperluaskan bekalan air bersih untuk 320,000 rumah lagi di seluruh negara * Mempertingkatkan bekalan tenaga elektrik kepada 6,000 rumah lagi di Semenanjung, 60,000 rumah di Sabah dan 80,000 rumah di Sarawak * Menggalakkan pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk memastikan kualiti perkhidmatan telefon bergerak dan liputan memuaskan di seluruh negara 7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif * Menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang kerja baharu dengan 2 juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi * Mencapai pendapatan per kapita AS$15,000 (RM45,000) menjelang 2020 * Menyediakan insentif khas untuk perniagaan inovatif dan kreatif bagi menjana lebih banyak pekerjaan dan kejayaan * Melaksanakan dasar yang adil dan saksama kepada semua kaum di Malaysia termasuk dasar menyokong pertumbuhan, penglibatan besar-besaran sektor swasta dan pembangunan pasaran modal * Mempertingkatkan agenda Bumiputera termasuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak menerusi penyediaan peluang-peluang perniagaan, ekosistem yang kukuh (misalnya kemudahan pinjaman dan latihan) dan sokongan institusi * Bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri bagi menyediakan lebih banyak tanah dan meningkatkan produktiviti tanah sedia ada untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan ternakan * Membuat pembaharuan dalam struktur cukai sedia ada ke arah system percukaian yang lebih terbuka serta mengurangkan cukai individu dan korporat secara berperingkat * Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20 peratus daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang * Melaksanakan pelan transformasi SME dan melahirkan Syarikat Dagangan Negara untuk meneroka pasaran antarabangsa bagi produk SME * Melahirkan lebih banyak juara di peringkat serantau dan global dalam kalangan masyarakat Malaysia * Memastikan GLC terus membantu pembangunan usahawan melalui pemindahan pegangan bukan strategik GLC dan memperhebatkan program penyumberan luar kepada syarikat Bumiputera * Menyediakan dana saham amanah RM500 juta untuk meningkatkan pegangan ekuiti komuniti India kepada sekurang-kurangnya 3 peratus * Menubuhkan sebuah Unit Khas bagi memastikan kejayaan pelaksanaan dasar untuk mempertingkatkan kehidupan masyarakat India * Meningkatkan akses kredit mikro untuk semua rakyat Malaysia, termasuk RM100 juta diperuntukkan kepada penjaja dan peniaga kecil 8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara: * Membawa Malaysia ke tahap ‘kategori tiga teratas’ dalam sistem pendidikan terbaik dunia dengan memperbaiki kualiti sekolah kebangsaan * Memperbaiki penguasaan Bahasa Malaysia dan Inggeris dalam kalangan pelajar dari tahap prasekolah, dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM di semua sekolah * Memperbaiki akses untuk pendidikan berkualiti bagi komuniti kecil dan kawasan luar bandar terutama Sabah dan Sarawak * Menyediakan lebih banyak biasiswa berdasarkan merit dengan peruntukan khas kepada komuniti yang kurang bernasib baik * Meneruskan peruntukan khas kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh * Mengembangkan persekolahan satu sesi * Merombak institut-institut perguruan dan menaikkan syarat pengambilan guru pelatih * Memperkenalkan sistem pembelajaran dan pengajaran yang mudah bagi Bahasa Malaysia di sekolah Cina dan Tamil * Membina lebih banyak sekolah, meliputi semua jenis sekolah, di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi * Mempertingkatkan prestasi mata pelajaran Matematik dan Sains, dan membentuk kemahiran berfikir yang tinggi dalam kalangan pelajar * Menyediakan insentif kewangan sebanyak RM100,000 setahun kepada sekolah yang menawarkan kelas pendidikan khas * Menukar status Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil kepada sekolah bantuan penuh kerajaan jika sekolah berkenaan ingin berbuat demikian * Berikirar menyediakan makmal ICT di sekolah-sekolah yang memerlukannya * Mentransformasikan sekolah vokasional menjadi kolej dan menambah kemasukan pelajar sebanyak 20 peratus * Memperluaskan pendidikan prasekolah meliputi semua jenis sekolah * Menyediakan laluan kerjaya baharu bagi membolehkan 420,000 guru dinaikkan pangkat segera berdasarkan prestasi * Menyediakan jalur lebar WiFi secara percuma dan terjamin di semua kampus institusi pengajian tinggi awam * Memperkenalkan skim pemilikan komputer riba di sekolah-sekolah bersama dengan kemudahan Internet 9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam: * Meningkatkan jumlah tenaga kerja PDRM, dengan tambahan 4,000 anggota polis pada setiap tahun * Memasang lampu di jalan-jalan, lorong-lorong dan laluan bagi mengurangkan lagi jenayah jalanan * Mengukuhkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM dengan menambah 5,000 buah kenderaan tambahan * Menambah baik kebajikan, profesionalisme dan keupayaan Polis, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia * Meningkatkan keupayaan keseluruhan Angkatan Tentera Malaysia untuk menangani apa jua bentuk pencerobohan dan ancaman luar * Mempertahankan dan memperkuatkan Suruhanjaya Polis * Menggunakan sistem 6P untuk mengekang pendatang asing tanpa izin * Mewujudkan Program SafeCam untuk menghubungkan sistem CCTV swasta dengan awam * Mengembangkan secara meluas penggunaan CCTV untuk memantau kawasan-kawasan laluan awam yang sibuk seperti kawasan letak kereta, kawasan riadah, pasar malam dan sekolah * Memperkenalkan inisiatif keselamatan di kawasan skim perumahan awam * Pengambilan tambahan 50,000 anggota Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis untuk membantu PDRM membuat rondaan dan menjadikan kawasan persekitaran lebih selamat 10. Memperkasa Penyertaan Wanita * Menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan nasional * Menggalakkan kesamaan gender untuk memaksimumkan potensi rakyat Malaysia dalam semua bidang, tanpa mengira jantina * Menyediakan lebih banyak peluang bisnes dan ruang bagi menambah pendapatan untuk wanita supaya mereka lebih berkeupayaan untuk berdikari * Mewujudkan lebih banyak insentif untuk inisiatif bekerja dari rumah, dengan penekanan yang lebih besar kepada golongan ibu tunggal * Membuka pusat-pusat Asuhan 1Malaysia di semua pejabat Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta menggalakkan sektor swasta untuk melakukan perkara yang sama * Mengetatkan undang-undang untuk mencegah kejadian penderaan dan gangguan seksual di rumah dan di tempat kerja 11. Memenuhi Aspirasi Belia: * Memperuntukkan tabung latihan dan insentif kepada belia yang mahu melakukan usaha niaga komersial * Menyediakan ruang komersial di dalam pusat membeli belah selama sehari pada setiap bulan untuk golongan belia mempamerkan dan memasarkan produk kreatif dan perkhidmatan mereka * Mewujudkan inkubator bagi memupuk kualiti kepimpinan dan kreativiti * Melahirkan belia yang lebih berdaya tahan menerusi aktiviti kesukarelawan dalam 1M4U * Mewujudkan lebih banyak lokasi WIFI percuma dengan penekanan kepada kawasan luar bandar dan separa Bandar * Melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa serta mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat * Mengkaji semula undang-undang berkaitan hiburan untuk promosi seni persembahan dan kebudayaan 12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial: * Memperhalusi dan menambah baik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu * Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum * Mengubah Brickfields di Kuala Lumpur menjadi zon mesra golongan orang buta supaya kawasan itu menjadi zon contoh yang bakal mendorong lebih banyak tempat seumpama itu disediakan bagi memenuhi keperluan golongan kurang upaya di tempat-tempat lain * Mewujudkan mahkamah khas yang mempunyai status yang sama dengan Mahkamah Tinggi di bawah sistem kehakiman sedia ada, yang mana hakim-hakim akan dibantu oleh penasihat-penasihat yang dipilih dalam kalangan ketua komuniti untuk menyelesaikan isu-isu tanah pribumi * Mewartakan semua tanah adat menerusi perundingan bersama kerajaan-kerajaan negeri * Menyediakan lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan dalam kalangan komuniti pribumi dan meningkatkan bilangan pengambilan pribumi ke dalam pendidikan vokasional, kolej dan universiti * Menyediakan tabung untuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan berdaftar dan gerakan masyarakat sivil 13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama: * Mendukung Islam sebagai agama Persekutuan serta mempromosikan syiar dan syariat Islam mengikut prinisp Maqasid Syariah * Memastikan agama-agama lain diamalkan dalam suasana aman dan harmoni * Isu-isu berkaitan dengan golongan bukan Islam diletakkan di bawah bidang kuasa seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Mempromosikan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah) dalam semua pendekatan * Meningkatkan inisiatif dalam menyatukan ummah * Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri * Menaikkan pengecualian cukai untuk sumbangan ke atas pembinaan, membesarkan dan memulihara rumah-rumah ibadat * Meneruskan peruntukan tanah untuk pembinaan rumah ibadat * Menyediakan lebih banyak bantuan kewangan kepada institusi-institusi agama berdaftar dan rumah-rumah ibadat * Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru Kafa dengan menyediakan gaji berasakaan perkhidmatan dan kenaikan gaji * Meningkatkan kualiti Sekolah Agama Rakyat dan membenarkan para pelajarnya mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan infrastruktur pendidikan kerajaan * Menyediakan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok 14. Memerangi Gejala Rasuah: * Meningkatkan ketelusan dalam prosedur perolehan kerajaan dengan mendedahkan kontrak kepada awam * Memberi kuasa kepada SPRM menerusi penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM yang akan bertanggungjawab terhadap perkhidmatan dan pengambilan kakitangan * Menaik taraf kedudukan Ketua Pesuruhjaya dan pegawai kanan SPRM ke satu peringkat yang lebih tinggi * Memberikan penekanan yang sama rata terhadap siasatan dan tindakan yang dilakukan ke atas pemberi dan penerima rasuah * Akses yang cepat kepada Laporan Audit Prestai Ketua Audit Negara untuk tindakan segera * Menubuhkan Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan Mahkamah Tinggi tambahan untuk kes-kes rasuah * Melaksanakan akujanji integriti untuk ahli-ahli Parlimen dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri 15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus * Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam, termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak tiga peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu tiada semakan gaji dilakukan * Penambahbaikan skim perkhidmatan awam dengan menyediakan lebih banyak peluang kenalkan pangkat dan pembangunan bakat serta memastikan kualiti kehidupan penjawat awam terpelihara * Melanjutkan tempoh kontrak para pegawai dan menyerap kakitangan yang cekap ke dalam perkhidmatan tetap * Memperluaskan Pusat Transformasi Bandar ke semua bandar dan pekan utama * ‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’ bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang * Menggerakkan dan memperkasa perkhidmatan awam, termasuk Pejabat-pejabat Daerah dan Kerajaan Tempatan, bagi memenuhi permintaan dan keprihatinan rakyat * Menambah baik kaunter perkhidmatan menerusi pelantikan anggota-anggota barisan depan daripada pelbagai kaum dan memperluaskan perkhidmatan online untuk urusan pembayaran dan permohonan * Memperkenalkan program-program pengambilan pekerja untuk memastikan keseimbangan antara kaum dalam perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) * Meningkatkan potensi, kemampuan dan kapasiti semua penjawat awam tanpa mengira kaum dan jantina * Memberikan perhatian yang istimewa kepada orang kurang upaya untuk memanfaatkan potensi dan kemampuan yang mereka miliki 16. Gerakan Kesederhanaan Global: * Berjuang untuk penubuhan sebuah negara Palestin * Menyokong usaha menjadikan Asean sebuah komuniti ekonomi menjelang tahun 2015 * Berusaha memenangi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi memainkan peranan utama dalam keamanan serantau dan keselamatan antarabangsa melalui dasar kesederhanaan * Meningkatkan hubungan ekonomi dan kepentingan bilateral dengan negara rakan dagang utama dan ekonomi negara sedang membangun * Membentuk Dasar Luar yang menyokong kepentingan-kepentingan strategic politik, ekonomi dan keselamatan kita * Mengetuai usaha menentang jenayah-jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia dan dadah * Memperbanyakkan program ‘outreach’ kemanusiaan di wilayah-wilayah konflik seperti Gaza, Tebing Barat, selatan Thailand, Mindanao dan di mana sahaja 17. Memulihara Sumber Semula Jadi: * Menawarkan insentif kewangan kepada premis komersial dan persendirian yang melabur dalam sumber-sumber teknologi hijau yang boleh diperbaharui seperti tenaga suria dan biomas * Memperuntukkan lebih banyak ruang untuk kawasan hijau di bandar-bandar utama * Memulihara sungai dan anak sungai menerusi pertambahan peruntukan kewangan dan undang-undang yang lebih ketat, selain memperhebatkan usaha itu melalui program khas UNDP dan Sungai Nadi Kehidupan * Menambah program pendidikan untuk menyemai sikap mencintai alam sekitar * Memulihara hutan dan melaksanakan program penanaman semula hutan * Menguatkuasa undang-undang yang ketat dan dikemas kini untuk mencegah kegiatan penerokaan secara haram di kawasan-kawasan strategik dan utama * Menggunakan teknologi hijau dan terbaharu dalam pengurusan sistem pepejal 10 Berita Bertarikh Pada 6 April 2013 11:49 PM

Manifesto BN

Manifesto BN

Jumaat, 5 April 2013

RUMAH URUT DI SELANGOR BERTAMBAH DI ZAMAN PKR

BN mula memerintah Selangor sejak pilihan raya pertama tahun 1955 melalui parti Perikatan yang kemudiannya ditukar nama kepada Barisan Nasional pada tahun 1973. Umum mengetahui BN kehilangan kuasa di Selangor pada PRU ke 12 pada tahun 2008 selepas 53 tahun memerintah. Sepanjang 53 tahun memerintah jumlah lesen pusat hiburan yang dikeluarkan oleh kerajaan BN sebanyak 409 buah. Apabila Selangor diperintah gabungan PKR, DAP dan PAS pada tahun 2008 hingga akhir 2011 jumlah lesen hiburan yang ada bertambah kepada 654 buah daripada yang ditinggalkan BN 409 buah. Ini bermakna sepanjang tiga tahun pemerintahan mereka sebanyak 245 buah lesen baru dikeluarkan.
Jika dikira secara purata bermakna sepanjang 53 tahun pemerintahan BN mereka mengeluarkan lapan lesen setahun. Manakala dibawah pemerintahan gabungan PKR,DAP dan PAS pula mereka mengeluarkan 82 buah lesen setahun. Peningkatan sebanyak 10 kali ganda daripada apa yang dikeluarkan BN sebelum itu.
Itu adalah pusat-pusat hiburan yang berlesen. Belum lagi dikira yang tidak berlesen yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan apabila Ronnie Liu dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa kerajaan tempatan. Dalam satu mesyuarat jawatankuasa kewangan negeri pada 5 Julai 2011 MB Selangor ada membangkitkan mengenai kewujudan pusat-pusat hiburan, SPA dan rumah urut yang begitu banyak dan menjadi rungutan masyarakat. Dalam mesyuarat itu juga pegawai-pegawai kerajaan berkata ianya sukar dibendung kerana pengusaha berselindung di belakang Ronnie Liu. Setelah mendapat penjelasan Ronnie ,MB terpaksa menutup sebelah mata kerana beliau diberi penjelasan tentang tanggungjawab Ronnie yang diamanahkan oleh DAP pusat agar mencari wang sebanyak mungkin sebagai bekalan untuk menghadapi pilihan raya umum ke 13.

Khamis, 4 April 2013

RAKYAT KELANTAN TOLAK NIK AZIZ

Satu Majlis Solat Hajat Pertahankan Kalimah Allah telah diadakan malam semalam bertempat di Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh. Majlis tersebut bermula degan solat maghrib, solat hajat, bacaan yasin, solat Isyak dan seterusnya disambung dengan sesi ceramah. Jumlah hadirin yang hadir ke majlis tersebut mencecah angka 3000 orang dan mereka tidak berganjak dari tapak ceramah sehingga tamat majlis. Timbalan Penyelaras DUN Kok Lanas, Ustaz Kamarudin bertindak sebagai pengacara majlis pada sesi ceramah. Antara penceramah-penceramah yang hadir adalah Ketua Pembangkang Kelantan yang juga merupakan ADUN Kok Lanas, YB Dato Hj. Md Alwi, Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat, Ustaz Rujhan Abdul Rahman sebagai penceramah utama. YB Dato Hj. Md. Alwi memulakan ceramah dan berbicara soal Lahad Datu. Beliau menekankan peranan yang telah dimainkan kerajaan dan anggota keselamatan dalam mempertahankan negara. Seperti biasa, Ketua Pembangkang Kelantan ini lantang menyampaikan ceramah sehingga baju yang dipakainya dibasahi keringat. Ceramah kemudian diteruskan oleh Tan Sri Annuar Musa. Beliau menekankan soal hudud yang dipolitikkan Pakatan Pembangkang terutamanya PAS. Beliau berkata PAS tidak melakukan apa-apa yang dapat memanfaatkan rakyat selama 23 tahun memerintah Kelantan, sebaliknya mereka hanya seronok berceramah dan bukannya cakna kepada rakyat. Beliau menyeru rakyat Kelantan supaya tidak memilih PAS kerana parti itu bersekutu dengan DAP. Tambah beliau, PAS kononnya mempertahankan Islam tetapi DAP pula mempertahankan pendirian mereka iaitu tidak mahukan negara Islam. Dahulunya PAS juga yang menentang usaha kerjasama dengan kafir, tetapi selepas itu PAS pula yang bersama DAP. Selepas bergabung dengan DAP, Islam sewenang-wenangnya dipermainkan. Hukum hudud ibarat alat politik yang digunakan untuk meraih undi. Beliau juga mengkritik PAS apabila menyentuh projek Stadium Bukit Merbau yang diumumkan oleh kerajaan PAS Kelantan. Stadium itu dijanjikan mula dibina pada Mac 2012, tetapi seringkali ditangguh sehingga sekarang. Apabila menyedari PRU semakin hampir, barulah majlis pecah tanah diadakan. Hal yang sama berlaku kepada projek Lebuhraya Rakyat. Derma dikutip, batu asas dilancarkan tetapi projek entah ke mana, wang kutipan derma juga entah ke mana. Projek-projek terbaru yang diumum PAS cuma sekadar idea ikut terlintas. Selain itu, beliau juga berkata orang melayu Islam sememangnya bijaksana sejak dahulu lagi. Contohnya ketika era Melaka, orang melayu mampu berdiplomasi dengan negara China walaupun Melaka cuma sebuah negeri kecil. Negara kita merdeka tanpa peperangan hasil kebijaksanaan pemimpin-pemimpin terdahulu berunding dengan British. Apakah mungkin segalanya yang kita kecapi akan lesap sekelip mata jika kita tersalah membuat pilihan pada PRU yang akan datang? Ingat, membina mengambil masa, meruntuh sekelip mata. Tambah beliau lagi, kerajaan pusat sentiasa berlaku adil kepada negeri Kelantan. Walaupun BN tidak diberi mandat untuk memerintah Kelantan, namun rakyat Kelantan tetap dapat hidup selesa, bekerja dan mengerjakan umrah hasil kesejahteraan yang dibawa oleh kerajaan pusat. Tan Sri Annuar Musa turut menyentuh isu Lahad Datu . Kata beliau, jeneral yang bersara sebelum ini kini lantang mengkritik langkah kerajaan dan anggota keselamatan di Lahad Datu dan berada di pentas politik parti pembangkang kerana kecewa. Mereka tidak mengkritik apa-apa semasa memegang jawatan tetapi hanya bising selepas bersara. Sebelum menutup ceramahnya, beliau menyeru rakyat Kelantan supaya bijaksana dan memilih BN. Katanya, selamatkanlah negara ini dari pemerintah yang mensyirikkan Allah, pemimpin yang menyokong LGBT dan juga pemimpin yang menolak hak keistimewaan melayu. Acara kemuncak yang ditunggu-tunggu para hadirin adalah ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Rujhan Abdul Rahman. Beliau mendapat sambutan hebat di siri-siri ceramah PENDITA di seluruh Kelantan. Beliau kini menjadi ancaman besar kepada PAS sehingga PAS terpaksa menyerang peribadi beliau bagi menjatuhkan integriti beliau. Seperti biasa, Ustaz Rujhan mengkritik PAS berlandaskan fakta-faka dan dalil-dalil Al-Quran. Turut ditekankan adalah isu kalimah Allah yang digadai oleh Pakatan Pembangkang demi mencapai agenda ke Putrajaya. Kata beliau, kalimah Allah telah diputar belit oleh PAS termasuk Nik Aziz. Kalimah Allah dijadikan seperti bola, boleh ditendang ke sana sini, sekejap boleh digunakan oleh orang bukan Islam, sekejap tidak boleh. Ini menunjukkan PAS tidak konsisten dalam mempertahankan agama Islam.: Sumber: Topeng Rakyat

PERGOLAKAN PKR SEDANG BERMULA...

Pemilihan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Datuk Fauzi Abdul Rahman sebagai calon pembangkang di Parlimen Indera Mahkota terus mengundang bantahan dalam kalangan ahli parti itu. Terbaharu, salah seorang pengasas PKR di Pahang, G. Ramponusamy mengumumkan akan bertanding atas tiket Bebas semata-mata untuk melawan Fauzi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di kerusi tersebut sebagai tanda protes kepada kepimpinan beliau. Bekas Timbalan Pengerusi 3 PKR negeri itu juga mendakwa, tindakannya bertanding turut didorong oleh permintaan sebahagian ahli parti yang tidak bersetuju Fauzi dinamakan sebagai calon menggantikan Azan Ismail di kerusi itu. "Saya akan bertanding di Indera Mahkota sebagai calon Bebas kerana saya mahu pengundi di Parlimen itu menolak Fauzi agar tidak terpedaya dengan tipu helahnya selama ini. "Rakyat dan sebahagian ahli PKR mahukan calon yang benar-benar bersih untuk membela nasib mereka dan Fauzi bukanlah calon yang layak," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam. Sebelum ini, sekumpulan penyokong pembangkang menyatakan bantahan terbuka ketika Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Fauzi sebagai calon parti itu di Parlimen Indera Mahkota dalam program ceramah di Balok Makmur Ahad lalu. Fauzi yang kali terakhir bertanding pilihan raya umum pada 1999 atas tiket Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Berserah, hanya menyertai PKR pada Julai 2008 iaitu selepas PRU-12. Sementara itu, menurut Ramponusamy yang juga bekas calon PKR Parlimen Bentong, pada pilihan raya lalu, beliau tidak akan menawarkan diri untuk bertanding sekiranya PKR tidak menamakan Fauzi sebagai calon. "Saya bertanding bukan kerana saya benci atau bermusuh dengan UMNO. Saya menganggap UMNO sebagai kawan tetapi semua yang dilakukan adalah untuk menolak Fauzi. "Fauzi yang suka buat musuh. Malah, saya meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi 3 PKR negeri juga adalah kerana Fauzi walaupun saya telah berjuang bermati-matian bersama PKR sejak 15 tahun lalu," jelasnya yang melepaskan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi 3 setahun selepas Fauzi dilantik mengetuai parti itu di Pahang. Sementara itu, bekas calon PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayan, Mohd. Shukri Mohd. Ramli, 42, turut menempelak kepimpinan parti itu kerana memilih Fauzi bertanding di Indera Mahkota sedangkan beliau adalah pemimpin yang sudah ditolak UMNO sendiri. "Patut orang lama bersara, berehat bagi peluang kepada muka baharu. Beliau mungkin lupa dengan janjinya yang masuk PKR bukan untuk jawatan tetapi untuk memperjuangkan rakyat. "Beliau sudah tidak ada kekuatan UMNO, kemudian lompat masuk PKR selepas PRU-12 bila pembangkang menang besar. Patutnya tunjuk dulu apa yang dia boleh lakukan untuk bantu PKR, bukan jadi calon,'' tegasnya. Sementara itu, Mohd. Shukri yang juga penulis blog Cucu Mat Kilau turut mengumumkan akan bertanding calon Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Teruntum dalam PRU-13 ini. Kata Mohd. Shukri, pergeseran dalam kalangan PKR dan DAP yang semakin kuat ekoran perebutan kerusi di DUN berkenaan mendorong beliau menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Bebas prorakyat. "Saya melihat senario itu turut berlaku dalam parti lain tetapi tidak terlalu 'hebat' jika dibandingkan dengan DAP dan PKR. "Sebagai alternatif kepada rakyat, saya mahu memecah undi dan menawan hati pengundi atas pagar iaitu kira-kira 20 peratus," katanya dalam sidang akhbar di sini. - UTUSAN ONLINE Read more at http://brojinggo.blogspot.com/2013/04/pru13-tolakpr-hot-anwar-pening-kepala.html#RJZUGxIkR7aKeIO7.99