Rabu, 30 Jun 2010

Tun Omar Ong Meninggal Dunia,

Tun Omar Ong Yoke Lin, 92, yang memainkan peranan penting dalam pencapaian kemerdekaan dan penubuhan Malaysia, meninggal dunia di sini Khamis kerana sakit tua.

Menurut seorang pembantu kepada isteri beliau Toh Puan Datin Paduka Hajah Dr Aishah, Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di No. 44, Persiaran Duta pada pukul 8.15 pagi.

Jenazahnya akan dikebumikan di Makam Pahlawan, sebelah Masjid Negara pada pukul 4.30 petang hari ini.

Allahyarham merupakan salah seorang pemimpin utama yang memainkan peranan penting dalam arena politik negara sebelum dan selepas kemerdekaan.

Beliau terlibat dalam penubuhan perikatan Umno dan MCA, dan menyertai delegasi Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman untuk rundingan di London mengenai pencapaian Kemerdekaan pada tahun 1957.

Allahyarham yang pernah memegang pelbagai portfolio dalam Kabinet, juga merupakan salah seorang daripada mereka yang menandatangani perjanjian penubuhan Malaysia di London pada 1963.BERNAMA

Selasa, 29 Jun 2010

Belum masa bincang kerusi di Sabah- PM


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa menegaskan belum sampai masanya memutuskan sama ada pengagihan kerusi Barisan Nasional (BN) di Sabah dikekalkan status-quo nya ataupun tidak menjelang pilihan raya seterusnya.

"Belum sampai masanya kita buat apa-apa keputusan, kenapa orang nak melatah dan terlalu banyak riak pada masa sekarang.

"Saya belum membuat sebarang keputusan tentang apapun ... Serahkan pada saya untuk memutuskan apa yang terbaik bagi Sabah. Pada masa ini, kita jangan terlalu teruja tentang apapun," katanya ketika ditanya sama ada beliau mempertimbangkan untuk sebarang perubahan dari segi politik di Sabah.

"Terlalu banyak politiking dalaman tapi walau apapun ia, nasihat saya ialah tumpukan untuk berkhidmat kepada rakyat... Kita mesti tunjuk, kita sebuah parti yang prihatin dengan rakyat di Sabah, itu yang penting sekali," katanya kepada pemberita selepas program tinjauan mesra beliau ke Pasar Lido, dekat sini.

Najib ditanya demikian berikutan baru-baru ini, terdapat pergeseran sesama parti-parti komponen BN di Sabah apabila ada yang meminta supaya kerusi tertentu diberikan kepada parti mereka pada pilihan raya akan datang.

-- BERNAMA

Shahidan nafi perdaya ulama


Bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau telah memperdaya empat orang “ulama” untuk menyertai Umno tanpa pengetahuan mereka.

Katanya, dakwaan yang dipetik oleh sebuah laman akhbar web Harakahdaily adalah satu pembohongan yang cuba mengelirukan orang ramai dan memburukkan Umno kerana keempat-empat lelaki yang mendakwa mereka adalah ulama, sebenarnya tidak diundang untuk menghadiri majlis penyerahan borang keanggotaan Umno kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

“Saya terkejut dengan dakwaan berkenaan kerana mereka datang ke majlis kita tanpa dijemput dan hanya dibawa oleh seorang ustaz yang merupakan orang kuat Umno”, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang juga penganjur majlis penyerahan borang keanggotaan 40 ulama untuk menyertai Umno itu berkata, apa yang berlaku sebenarnya ialah ustaz berkenaan yang juga kenalan beliau itu telah memaklumkan bahawa anaknya bersama tiga lagi rakan penuntut di sebuah universiti di Jordan ingin turut serta dalam majlis itu kerana hendak berjabat tangan dengan Perdana Menteri.

“Pada mulanya saya menghalang kerana ia adalah majlis khas, bagaimanapun mereka beria-ia untuk menyertai dan berjumpa dengan Najib dan saya terpaksa akur,” kata beliau.

Harakahdaily memetik Hosni Mubarak Abdul Hamid bersama rakan-rakannya konon telah dijemput menghadiri majlis itu bagi bertemu dengan Perdana Menteri dan bukannya hendak menyertai Umno.

Hosni, 27, mendakwa beliau dan tiga lagi rakannya diminta beratur menyambut Najib sebelum gambar mereka diambil bertalu-talu oleh jurugambar dan akhbar-akhbar tempatan, kemudiannya mendakwa kononnya mereka telah menyertai Umno.

Shahidan berkata, beliau tidak pernah berjumpa dengan empat “ulama” itu dan akan membuat laporan polis terhadap berita yang disifatkan sebagai fitnah itu. — Bernama

Lagi ADUN PKR keluar parti


Meskipun Parti Keadilan Rakyat (PKR) selesai mengadakan sesi pemukiman dengan melakukan rombakan kecil di sebalik desas-desus wujudnya desakan mahu Tan Sri Khalid Ibrahim digugurkan, hari ini wujud spekulasi baru mendakwa empat ADUN parti itu akan keluar kerana beliau masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Desas-desus baru ini mendakwa empat ADUN iaitu Haniza Mohd Talha dari kawasan Taman Medan, Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia), Amirudin Shari (Batu Caves) dan Suhaimi Shafie (Sri Muda) sudah memutuskan untuk meninggalkan PKR.

Khabar angin mendakwa keempat-empat mereka akan keluar PKR sebagai tanda protes pucuk kepimpinan memutuskan untuk mengekalkan Khalid (gambar) sebagai menteri besar.

Khabar angin ini mula tersebar sejak pagi tadi.

Selain SMS, beberapa panggilan yang diterima The Malaysian Insider mendakwa keempat-empat wakil rakyat berkenaan mahu meletakkan jawatan kerana tidak berpuas hati Khalid, menteri besar penggal pertama, dikekalkan.

SMS itu berbunyi “empat ADUN PKR Selangor dikhabarkan akan meletak jawatan kerana tidak bersetuju Khalid kekal sebagai MB.”

Nik Nazmi merupakan bekas setiausaha politik Khalid. Beliau digantikan oleh setiausaha politik Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkuat kuasa bulan depan.

Amirudin memberitahu The Malaysian Insider, beliau dan rakan-rakannya menghormati keputusan pucuk kepimpinan untuk mengekalkan Khalid sebagai menteri besar.

“Tidak, tidak... sebelum saudara tanya saya jawab soal dulu, tidak. Setakat ini tiada apa-apa, kami kekal dengan PKR,” kata Amirudin sebaik sahaja dihubungi The Malaysian Insider.

“Semuanya sudah bersetuju, kami menghormati Azmin Ali dilantik sebagai Pengerusi PKR Selangor manakala Tan Sri Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor... ini diumumkan pada pertemuan Majlis Pimpinan Pusat semalam dan semua terima” kata Amirudin sambil menambah, beliau dan Nik Nazmi makan malam tadi bersama dan tidak membincangkan apa-apa, kononnya “akan keluar PKR.”

“Saya tidak tahu mengapa secara tiba-tiba benda ini wujud balik,” kata Amirudin lagi.

Menerusi ruangan twitter, Nik Nazmi berkata: “saya baru terima panggilan daripada pemberita, bertanya sama ada saya salah seorang daripada empat ADUN berkenaan yang mahu meletakkan jawatan.”

“Satu lagi penipuan besar,” katanya.

Dalam pada itu, Suhaimi juga melahirkan pandangan yang sama dengan berkata tidak tahu-menahu apa-apa cerita sebenar.

“Ini kali kedua saya mendengar benda yang sama.

“Saya menafikan... perang saraf biasanya macam inilah,” kata beliau.

Di akhir sesi pemukiman dan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR petang semalam, Naib Presiden Azmin Ali dilantik sebagai Pengerusi Selangor manakala Datuk Zaid Ibrahim dilantik meneraju Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.

Pelantikan itu berkuat kuasa petang semalam.

Wan Azizah ketika membuat kenyataan itu berkata pelantikan Azmin adalah bagi menggantikan Khalid yang juga Menteri Besar Selangor.

“(Tindakan) ini setelah dipohon oleh Tan Sri yang mahu menumpukan tenaga beliau kepada pentadbiran negeri Selangor berkuat kuasa serta-merta,” katanya semalam.

Sebelum ini Azmin mengetuai PKR Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, Khalid yang turut hadir pada sidang akhbar tersebut menafikan tindakannya berundur daripada mengetuai PKR Selangor disebabkan tekanan daripada pihak tertentu seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Khalid dan Azmin menjadi tumpuan selepas timbulnya desas-desus mengatakan wujud gerakan daripada sekumpulan puak di dalam PKR Selangor yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan menteri besar.

Kumpulan itu juga dikatakan mahu mendesak Khalid agar melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar.sumber Malaysianinsider.

Krisis PKR Selangor buka mata rakyat


Pergolakan yang sedang berlaku dalam kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor harus membuka mata rakyat negeri itu bahawa kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak diterima oleh anggota partinya sendiri, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata sejak beberapa bulan kebelakangan ini banyak isu yang timbul dalam parti itu.

"Di kalangan pimpinan PKR pun tak ada kesepakatan dalam soal ini hingga nampak mengganggu pentadbiran negeri dan yang menjadi masalahnya rakyat yang rugi.

"Haruslah ia menjadi iktibar kepada rakyat. Yang pasti rakyat di Selangor mahukan pembangunan, pentadbiran yang lancar, negeri yang dikatakan termaju ini akan jadi merosot kemajuannya, hanya kerana tidak ada kemampuan parti ini mentadbir sehingga menjadi beban yang merugikan rakyat," katanya.

Muhyiddin diminta mengulas mengenai tindakan PKR melantik Mohamed Azmin Ali sebagai Ketua PKR Selangor menggantikan Abdul Khalid semalam.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam mengumumkan bahawa Mohamed Azmin, yang juga naib presiden PKR dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor manakala Datuk Zaid Ibrahim dilantik meneraju MPN Wilayah Persekutuan, berkuatkuasa serta merta.

"(Tindakan) ini setelah dipohon oleh Tan Sri (Khalid) yang mahu menumpukan tenaga beliau kepada pentadbiran negeri Selangor berkuatkuasa serta-merta," kata Wan Azizah kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR, di Shah Alam.

Sebelum ini Mohamed Azmin mengetuai PKR Wilayah Persekutuan.BERNAMA

Jumaat, 25 Jun 2010

Felda saman akhbar Keadilan


Pengurusan Felda akan menyaman akhbar Suara Keadilan dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memfitnah lembaga tersebut sudah muflis.

Felda juga akan menyaman beberapa pemimpin lain iaitu ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Datuk Zaid Ibrahim, Timbalan Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa PKR Datuk Dr Tan Kee Kuang, Pengerusi Biro Felda Suhaimi Said dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Wahid Endut dari PAS.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

“Kita akan saman Suara Keadilan dan pemimpin yang mengatakan bahawa Felda bankrup. Felda ada aset RM12.2 bilion difitnah bankrup.

“Kita akan saman mereka, mungkin ratusan juta. Kita masih dalam perbincangan untuk menentukan berapa jumlah untuk menyaman mereka.

“Tindakan mereka memfitnah Felda memberikan kesan kepada warga Felda termasuk kakitangan dan peneroka. Kenyataan fitnah yang dikeluarkan itu adalah tidak tepat dan berniat jahat,” kata beliau pada sidang media di Dewan Perdana Felda di sini hari ini.

Turut akan disaman pemilik permit, penulis dan Ketua Pengarang Suara Keadilan.

Beliau berkata tuduhan Felda bankrup adalah keterlaluan selain mendakwa pembangkang mempunyai motif tertentu.

“Mungkin mereka (Pakatan Rakyat) kata Felda bankrup kerana ia diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mahu menyerang beliau.

“Selain itu, mungkin kerana Felda ini adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN) sebab itu mereka sengaja memfitnah semata-mata untuk memecahkan kubu ini.

“Mungkin juga mereka dengki melihat organisasi ini berkembang dengan baik sejak mula beroperasi kira-kira 54 tahun lalu,” katanya.

Ahmad berkata, walaupun tunai Felda merosot RM2.73 bilion daripada RM4.08 bilion pada 2004 kepada RM1.35 bilion tahun lalu tetapi aset semasa dan tetap Felda melonjak RM6.2 bilion daripada RM9.17 bilion kepada RM15.37 bilion pada tempoh yang sama.

“Dengan jumlah itu tentunya tidak memberikan gambaran bahawa Felda bankrup. Selain itu Felda adalah antara pemilik ladang yang terbesar di dunia.

“Felda juga memiliki 340,000 hektar ladang yang menghasilkan keuntungan bersih purata RM1.1 bilion setahun sepanjang enam tahun yang lalu.

“Felda juga mempunyai pelaburan di luar negara seperti Indonesia, Afrika Selatan, China, Turki, Amerika Syarikat, Kanada, Pakistan, Australia, Thailand, Perancis, India dan Arab Saudi.

“Kedudukan kewangan Felda sekarang sangat kukuh,” katanya.

>NOTA KAKI: Langkah yang diambil Felda adalah tindakan wajar untuk mengajar pihak yang sentiasa menyebar fitnah yang selama ini yang menyebar pelbagai tuduhan terhadap kerajaan dan parti UMNO.

Walaupun sering menuduh media kerajaan yang ada agenda tersendiri, dengan tindakan yang tidak bertanggungjawan ini membuktikan ahkbar parti itu lebih tidak bertanggunjawab dan sanggup menyebar fitnah semata-mata untuk mencari populariti.

Belajar la bertanggunfjawab dan jangan sama seka
li merosakan kebebasan media yang menjadi amalam di negara ini. Tahniah Felda.

Selasa, 22 Jun 2010

Zahid kecam Anwar isu keselamatan


Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memanipulasikan soal keselamatan dengan mendakwa kononnya kerajaan sengaja mempolitikkan isu ancaman Jemaah Islamiah (JI).

Katanya sebagai bekas timbalan perdana menteri, Anwar seharusnya sedia maklum mengenai ancaman kumpulan berkenaan kerana ia juga sudah menular sejak beliau memegang jawatan itu.

“Bila berada di pihak pembangkang sekarang, jangan manipulasikan isu ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas dakwaan Anwar kononnya isu JI sengaja ditimbulkan oleh kerajaan untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu lain yang timbul ketika ini.

Pada 14 Jun lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata 10 warga asing ditahan kerana disyaki terbabit dengan kegiatan kumpulan JI sejak awal tahun ini. — Bernama

Isnin, 21 Jun 2010

Nilai aset Felda RM6.2 b - Ahmad Maslan



Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata nilai aset semasa dan tetap FELDA antara 2004 hingga 2009 meningkat RM6.2 bilion walaupun rizab tunainya menurun RM2.73 bilion dalam tempoh yang sama.

Beliau berkata bahawa pada tahun 2004, FELDA mencatatkan nilai pemilikan aset berjumlah RM9.17 bilion manakala pada 2009, meningkat kepada RM15.37 bilion.

"Bagaimanapun kedudukan rizab tunai FELDA sedikit merosot iaitu sebanyak RM2.73 bilion bagi tempoh yang sama," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini pada Isnin sebagai mengulas laporan sebuah akhbar pembangkang pada Isnin bahawa rizab tunai FELDA telah jatuh merundum.

Ahmad berkata rizab tunai FELDA merosot ekoran pelbagai perbelanjaan seperti RM2.41 bilion yang digunakan untuk pembangunan sosio-ekonomi.

Hisham isytihar perang terhadap pembangkang



Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengisytiharkan “perang habis-habisan” terhadap pembangkang yang didakwanya memperlekehkan Umno yang menjadi tunjang kerajaan BN.

Serentak dengan itu beliau mengajak seluruh ahli parti supaya mengetepikan kepentingan individu sebaliknya menumpukan perjuangan untuk merampas kembali kerusi yang terlepas kepada pembangkang pada pilihan raya umum 2008 lalu pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita kena buktikan Umno sebagai sebuah parti yang kekal relevan memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan masyarakat,” tegasnya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bakri di sebuah hotel di sini hari ini.

Beliau mahu supaya mereka tidak bersikap seperti katak bawah tempurung yang hanya memperjuangkan ruang litup mereka sahaja, sebaliknya mengambil kira orang di luar parti.

Menurutnya tiada gunanya mereka jadi jaguh dalam parti tetapi masyarakat luar menolak perjuangan parti.

Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri menjelaskan, kekalahan calon-calon BN dalam pilihan raya umum lalu bukan kerana Umno lemah tetapi kerana masalah dalam parti sendiri.

“Pembangkang mengambil kesempatan daripada kelemahan itu hingga kita kehilangan empat buah negeri dalam pilihan raya umum lalu,” katanya.

Sehubungan itu, katanya Biro Politik Umno yang bermesyuarat dua hari lalu telah memutuskan akan menggerakkan program-program tertentu dan akan mula membuat pemantauan keberkesanan program berkenaan setiap minggu mulai sekarang.

Perhubungan-perhubungan Umno negeri katanya akan diminta menghantar laporan setiap minggu terhadap aktiviti parti dan perlaksaan projek-projek kerajaan sehingga pilihan raya umum akan datang.

Hishammuddin juga mengajak perwakilan Umno bahagian Bakri berikrar bekerja keras untuk merampas semula kerusi Parlimen Bakri, Dewan-dewan Undangan Negeri Sungai Abong dan Bentayan yang jatuh kepada pembangkang pada pilihan raya umum lepas.

Persepsi Politik Umno Harus Berubah- Najib



Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata persepsi terhadap politik Umno harus berubah mengikut trend terkini dan tidak boleh mengikut cara lama dalam usaha untuk menawan kembali hati rakyat menyokong Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata Umno perlu sentiasa dalam keadaan segar melalui pembaharuan yang mengikut persekitaran politik yang berbeza dan sentiasa berubah-ubah mengikut kehendak rakyat.

Katanya, trend perubahan perlu dilakukan untuk menangkis segala tohmahan daripada pembangkang yang sentiasa mengelirukan rakyat dengan persepsi yang munasabah.

"Walaupun Umno telah berusia 64 tahun dan merupakan produk yang telah berusia tetapi ia perlu diubah mengikut suasana politik supaya rakyat terus menyokong Umno", katanya merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Bagan Datoh di Wisma Umno bahagian itu di sini pada Ahad.

Perdana Menteri mengakui politik mengalami pasang surut kerana ia adalah lumrah dalam politik malah dalam sistem demokrasi berparlimen atau pun demokrasi berdasarkan persepsi sistem merupakan satu perkara biasa yang tidak dapat dielakkan.

"Apa yang penting bagi kita ialah menerima turun naik kedudukan politik akan tetapi suatu keadaan yang kurang selesa maka kita perlu menguatkan iltizam, bertekad untuk berusaha bekerja lebih kuat lagi dalam merangka strategi politik, mengukuhkan barisan bekerja dalam satu pasukan agar kesedaran kebangkitan ini kita akan capai kejayaan", katanya.

"Kalau kita melihat dari segi sejarah perkembangan politik Umno, bermula dari Parti Perikatan hingga BN, tiada siapa yang dapat menafikannya dengan jasa dan pengorbanan yang banyak disumbangkan untuk kesejahteraan rakyat di bumi yang bertuah ini" kata Najib.

"Yang menjadi masalah kepada kita ialah pemikiran rakyat yang sentiasa berubah-ubah dari masa ke satu masa kerana angkatan lama yang terdiri daripada pejuang kemerdekaan semakin berkurangan", katanya.

Katanya pemimpin politik mesti turun padang melihat kesusahan rakyat kerana rakyat tidak mahu pemimpin yang bersikap bersikap angkuh dan ego.

Beliau juga meminta anggota Umno mengambil iktibar dalam keseronokan menyokong pasukan yang mengambil bahagian dalam perlawanan bola sepak piala dunia.

"Tidak semestinya pasukan yang kita sokong selalu menang akan terus bertahan saja tetapi satu hari ia akan bolos juga (gol), ada masa kena serang dan ada masa kita menyerang balas", katanya kerana adanya pihak yang suka untuk memutar belitkan fakta.

Sebagai contoh, katanya dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu yang lepas, DAP telah memutar belit fakta dengan mendakwa kapal selam Scorpene tidak boleh menyelam sedangkan ia hanya masalah teknikal bukannya tidak boleh menyelam langsung.

Oleh itu, kataya Umno mesti buktikan kekuatannya selaras dengan teknologi terkini supaya maklumat dapat disampaikan secara telus kepada rakyat.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ketua Umno Bahagian Bagan Datoh yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. BERNAMA

Lagi desakan Musa letak jawatan dalam Sime Darby



Seorang Anggota Parlimen hari ini mendesak Pengerusi Sime Darby Berhad Tun Musa Hitam dan keseluruhan ahli lembaga pengarah syarikat itu meletak jawatan dengan serta-merta kerana kerugian besar yang dialami syarikat itu.

Wee Choo Keong (BEBAS-Wangsa Maju) berkata kerugian syarikat itu dalam dua projek di Qatar telah bermula pada tahun 2007 tetapi syarikat tersebut telah menafikannya.

Ini bermakna Sime Darby bukan sahaja membohongi pemegang-pemegang sahamnya malah ia juga menipu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti.

“Saya juga hairan bagaimana Musa boleh membuat kenyataan bahawa Lembaga Pengarahnya tidak tahu-menahu tentang kerugian yang dialami. Ini amat memalukan kerana Sime Darby adalah syarikat perladangan yang terbesar di dunia.

Beliau turut mempersoalkan mengapa Sime Darby hanya mengambil tindakan terhadap Ketua Eksekutifnya Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid sahaja dan bagaimana pula dengan pegawai-pegawai pengurusan kanan yang lain yang turut terlibat dalam membuat keputusan. — Bernama

Ahad, 20 Jun 2010

Nallakaruppan akan telanjangkan Anwar


Saya akan cerita segala-galanya mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila tiba masanya dan ketika itu rakyat Malaysia akan tahu siapa Anwar yang sebenarnya.”

Demikian janji Datuk S. Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP).

Katanya, pendedahan itu merupakan satu daripada usaha untuk membantu ‘menyelamatkan’ negara.

“Ini bukan lawak atau bohong. Anwar banyak menimbulkan masalah kepada negara dan fokus utamanya adalah untuk menjadi Perdana Menteri semata-mata,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan MIUP di sini hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Turut hadir Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Hamzah Zainudin serta Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Nor.

Nallakaruppan juga menyatakan kesediaannya untuk berhadapan dengan Anwar di mahkamah sambil menyifatkan ‘pertemuan’ itu sebagai hari yang menggembirakan.

“Saya akan menunggu hari indah itu kerana ia merupakan hari yang sangat menggembirakan saya berbanding hari-hari lain. Bagaimanapun, dia perlu menyelesaikan dulu kes liwatnya sebelum boleh bercerita mengenai hal-hal lain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berhasrat untuk menjadikan MIUP sebagai sebahagian daripada parti komponen BN pada masa akan datang.

Beliau berkata, pihaknya sudah menghantar permohonan untuk menyertai BN pada tahun lalu dan masih menunggu keputusan mengenainya. – Utusan/MediaUMNO

Arigato Pak Sheikh…


Arigato Pak Sheikh…

Oleh: ROSLAN BIAN

Insiden perang mulut wartawan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah kerap berlaku sejak beliau jadi Ketua Pembangkang di Parlimen.

Selalu jadi sasaran media yang dituduh pro kerajaan dan UMNO seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, RTM, TV3 dan Agendadaily sendiri sudah beberapa kali cuba dimalukan beliau semasa sidang akhbarnya.

Cuma beliau kadangkala cakap berlapik tidak memarahi atau menyalahkan wartawan yang bertanya soalan sebaliknya mengecam pihak atasan syarikat media.

Ayat biasa beliau, “ I tahu you all semua cari makan tapi pihak atasan ….bla…bla…bla ”.

Itulah Anwar bila tersepit dan terperangkap dengan soalan yang betul-betul kena batang hidungnya.

Dalam keadaan itu beliau kerap mengelak menjawab sebaliknya corner dengan hentam media kononnya diupah bertanya soalan-soalan yang merumitkannya.

Sebaliknya beliau nyata cukup selesa dengan soalan ‘bola tanggung’ yang membolehkannya smash kerajaan oleh segelintir pemberita baru yang hanya tahu hulur tape dan catat apa dicakapnya.

Mudah sahaja untuk mencetuskan kemarahan Anwar dalam sidang medianya.

Cubalah provoke beliau dengan soalan-soalan yang ‘kasi geli ’ terutama berkaitan dirinya termasuk kes dakwaan liwat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan, isu 16 September dan kisah-kisah wakil rakyat yang keluar PKR.

Agendadaily sendiri ada beberapa pengalaman dengan Anwar berdepan isu-isu begini tetapi beliau memilih mengelak menjawab soalan dikemukakan sebaliknya menuduh portal ini macam-macam termasuk ayat ‘ Saya tahu siapa bayar you all ”.

Insiden terbaru di lobi Parlimen yang kini menjadi bualan ramai wartawan, Khamis adalah contoh dan sikap Anwar terhadap petugas-petugas media.

Beliau sanggup bertegang leher dengan wartawan RTM yang bertanya soalan mudah, bilakah mahu mendedahkan bukti yang didakwanya ada bahawa wakil rakyat PKR yang keluar parti dibayar RM2 juta.

Memanglah Anwar jawab, akan dedahkan bila tiba masanya tetapi perkara itu sudah dimaklumlah ketika beliau membahas usul RMK-10, di Dewan Rakyat, Isnin lalu.

Sebagai follow-up , wartawan mahupun orangramai mahu tahu bila kerana tuduhan bekas wakil rakyat terima habuan ini berita menarik.

Ini kerana antara lima ahli parlimen PKR yang keluar parti adalah Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Bharu).

Beliau dipecat. Justru itu ada ingin tahu apakah beliau juga termasuk dalam mereka yang didakwanya terima habuan.

Mengenali Anwar, tidak sukar membaca tindak tanduknya itu.

Beliau akan mula melenting pada wartawan yang bertanya, jika soalan dikemukakan ‘terkena batang hidung’ dan mungkin beliau tiada jawapan kerana perkara itu tidak benar seperti isu Pelan 16 September.

Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim sampai sekarang masih bertanya dan menuntut Anwar dedahkan senarai 30 nama ahli parlimen BN yang kononnya sudah setuju lompat parti sertai pembangkang tawan Putrajaya.

Kerana tiada jawapan, Zahrain akhirnya pada Rabu di Dewan Rakyat melabelkan Anwar sebagai ‘Ketua Pembohong’.

Begitu juga dalam isu liwat, Zahrain juga mencabar Anwar, jika benar anak jantan, Anwar bersumpahlah tidak berbuat demikian.

Nasib baik tiada wartawan yang bertanya cabaran itu. Kalau tidak, pasti sidang media Anwar Khamis lebih panas.

Begitu juga soalan seperti dakwa bekas rakan karibnya, Datuk S Nallakaruppan beliau beberapa kali guna jet syarikat judi Magnum Corporation untuk keluar negara masa dalam kerajaan dulu.

Ini belum cakap bab pengeluaran lesen judi di Sabah waktu itu.

Kepada Anwar, cukuplah jawap pusing sana, pusing sini dan keluar tajuk.

Tidak perlu merapu kaitkan perkara-perkara lain mengelak soalan dikemukakan.

Ramai wartawan veteran dan otai-otai yang bertugas sejak zaman Anwar lebih dikenali dengan panggilan ' Pak Sheikh' masa jadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dulu cukup masak dengan perangainya dan ungkapan ‘ Arigato …..’ sebagai tanda tidak mahu bercakap lagi atau menamatkan sidang media.

Kini sudah ada ayat baru ‘ shut up’ .-19/6/2010 -Agendadaily

NOTA KAKI: Kalangan pengamal media senior yang sentiasa mengejar berita di zaman kegemilangan Anwar sebagai pemimpin kanan kerajaan rata rata mempunyai pengalaman luas bagaimana "keegoan" beliau bila berdepan dengan media.

Keadaan ini di dorong oleh keegoan kerana merasakan dirinya sudah cukup kuat dan telah berjaya menguasai "kepala kepala" di agensi media tersebut dan mampu membeli individu tertentu dengan wang ringgit dan jawatan.

Kerana beliau merupakan pencetus kepada penguasaan "kepala kepala media" untuk mempotret diri beliau, tidak hairan sehingga hari ini Anwar mudah sekali menuduh setengah soalan tertentu yang ditujukan kepadanya ada agenda tertentu.

Jadi apa yang berlaku itu adalah "jerat makan tuan" atau "takut pada bayang bayang sendiri" dan barangkali bagi mengamal media yang mempunyai pengalaman manis dengan Anwar memulakan siri penceritaan masing-masing untuk tatapan semua.

Biar orang ramai dapat menilai siapa itu Anwar Ibrahim dengan dunia media beliau sewaktu berkuasa dulu.

Jumaat, 18 Jun 2010

Anwar bertaubatlah- Zulkifi Nordin




Salam 2 all.

Saya melahirkan rasa terkejut dengan tindakan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang melenting dalam sidang akhbarnya Khamis lepas apabila menyuruh seorang wartawan "shut up" apabila ditanya tentang dimana bukti dakwaannya bahawa kami Ahli Parlimen bebas kononnya dibayar RM2juta.

Saudara Tukimin mengemukakan pertanyaan beberapa kali kepada Dato' Seri Anwar supaya mengemukakan bukti tohmahan tersebut. Bukan sahaja beliau tidak menjawab, sebaliknya beliau berpusing dan berputar kepada isu lain.

Dan apabila Tukiman tegas dengan soalannya mahukan bukti dakwaan tersebut, Dato' Seri Anwar menyuruh beliau diam, awak "shut up". Dan kenyataan itu disiar keseluruh dunia melalui media siber dan arus perdana.

Dato' Seri Anwar perlu faham bahawa selepas konspirasi beliau mengenai rancangan merampas Putrajaya pada 16 September 1998 didedahkan kepada umum oleh YB Dato' Seri Zahrain didalam Parlimen, rakyat sudah mula sangsi dan hilang kepercayaan kepada beliau. Sehingga Dato' Seri Zahrain berucap didalam Parlimen baru-baru ini meminta Dato' Seri Anwar supaya tidak menjadikan jawatan Ketua Pembangkang sebagai Ketua Pembohong!

Sebenarnya kami telah memberi peluang yang banyak kepada beliau. Sejak Dato' Seri Anwar membuat tohmahan tersebut semasa Kongres Khas PKR di Kota Bharu beberapa minggu lepas, kami mengambil sikap berdiam diri kerana tahu ianya gimik politik beliau sahaja. Tetapi apabila beliau membuat kenyataan itu di Parlimen, kami telah mencabar belaiu supaya mengemukakan bukti.

Bukan sahaja beliau tidak menjawab, sebaliknya menuduh Dato' Seri Zahrain ada rumah elok dan kereta baru! Sedangkan beliau sendiri pun ada rumah baru yang bernilai berjuta dan mengguna kereta baru yang harganya saya ingat boleh ternganga rakyat dibuatnya.

Saya sendiri dalam sidang akhbar dihari yang sama menjawab tohmahan beliau dengan bertanya adakah masuk akal saya yang dipecat juga turut dibayar RM2juta. Takkanlah bodoh sangat orang nak bayar saya untuk dipecat. Kalau PKR dibayar untuk pecat saya itu kan lebih menasabah. Tapi untuk orang bayar saya supaya dipecat?! Samada yang bercakap tu akal terencat atau...faham-faham sajelah!

Sebab itu kami Ahli Parlimen Konsensus Bebas memahami soalan wartawan tersebut meminta bukti dakwaan beliau tersebut kerana rakyat sudah hilang kepercayaan. Kita tidak mahu politik negara ini berubah menjadi politik fitnah dan pembohongan semata-mata kerana ideologi "matlamat menghalalkan cara"; politik sempit untuk merampas Putrajaya dengan apa cara sekalipun. Politik "cakap tak serupa bikin!!"

Oleh itu, saya mendesak Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Ketua Pembangkang bersikap ikhlas dan jujur dan berhenti daripada amalan politik sempit matlamat menghalalkan cara ini. Hormatilah amanah yang diberikan dengan jawatan Ketua Pembangkang tersebut. Gunakanlah amanah jawatan itu untuk memperjuangkan kepentingan dan kebajikan rakyat!

Saya tidak mahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadikan kami Ahli Parlimen Konsensus Bebas sebagai modal politik beliau untuk mengalih pandangan rakyat umum dari masalah sebenar yang dihadapi beliau dan Pakatan Rakyat. Konsensus Bebas bersimpati dengan pelbagai masalah yang beliau hadapi hari ini iaitu kelemahan PKR, kepimpinan beliau yang mula dipersoalkan, peningkatan prestasi cemerlang YAB Perdana Menteri dan sudah tentu yang paling besar ialah kes perbicaraan beliau meliwat Saiful Bukhari.

Saya ingin menasihatkan Dato' Seri Anwar, sudah sudahlah tu; bertaubatlah!

Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
07 Rejab 1431
19 Jun 2010

Chua Jui Meng dakwa UMNO jadi dalang



Bekas naib presiden MCA Datuk Chua Jui Meng mengulangi bahawa Umno sebagai dalang di sebalik tindakan Istana Johor menarik balik pingat kebesaran yang membawa gelaran “Datuk”.

Bekas menteri kesihatan yang menyertai PKR Julai lalu menyifatkan ia sebagai tindakan intimidasi politik.

“Saya pasti sekarang Umno amat menyesal dengan perkiraan salah mereka mengintimidasi saya,” kata anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR ini.

Chua (gambar) berkata ini kerana dalam beberapa hari sahaja rakyat dari seluruh negara menyatakan sokongan moral bukan sahaja kepada beliau, juga kepada Pakatan Rakyat dalam isu terbaru ini.

Selain itu, Chua juga mendedahkan beliau telah diminta oleh Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli supaya mengembalikan Pingat Sultan Ibrahim (PIS) yang tidak membawa sebarang gelaran.

“Apabila Datuk Rahim menelefon saya, saya mengingatkan beliau bahawa saya mempunyai pingat ketiga, Pingat Ibrahim Sultan. Beliau juga meminta saya memulangkan pingat itu,” kata beliau pada sidang media di sini.

Pada 11 Jun lalu, Rahim mengesahkan penarikan balik dua darjah kebesaran yang membawa gelaran “Datuk” terhadap Chua tetapi menafikan ia berpunca daripada tekanan politik.

Rahim berkata kuasa Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail untuk menganugerahkan atau menarik balik darjah kebesaran adalah “melampaui politik.”

“Tidak wujud keadaan yang dikatakan sebagai tekanan politik untuk menganugerahkan atau menarik balik darjah kebesaran itu.

“Sultan Johor tidak mempunyai kaitan dengan politik. Ahli politik tidak mempunyai hak dalam perkara ini,” kata beliau.

Sultan Johor katanya, berkuasa penuh terhadap perkara itu di bawah Fasal 12 Undang-undang dan Peraturan bagi Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia dan Fasal 7(f) Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri 1895.

Ditanya mengenai sebab disebalik langkah penarikan balik darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada Chua itu, Abdul Rahim berkata, Sultan Johor tidak perlu memberikan sebab kerana itu adalah kuasa baginda.

Chua berkata meskipun tiada alasan diberikan berhubung tindakan Istana Johor, beliau akan mengembalikan ketiga-tiga pingat.

Chua juga mengesahkan beliau menerima surat makluman rasmi dilucutkan gelaran “Datuk” Selasa lalu.

Diminta mengulas lanjut mengenai pembabitan Umno, Chua berkata, perkara itu sangat jelas.

“Tidak perlu tanya saya apa yang saya fikirkan, tanya rakyat, ia sangat ketara,” katanya.

NOTA KAKI: Dakwaan Bekas Menteri Kesihatan itu bahawa UMNO yang menjadi dalang disebalik penarikan balik pingat kebesarannya oleh KDYMM Sultan Johor boleh dilihat sebagai satu lagi penghinaan yang dibuat terhadap Institusi Raja raja Melayu itu.

Dalam keadaan kecewa kerana sudah tidak mendapat tempat dalam parti MCA dan masyarakat Cina khususnya beliau sanggup membakar jambatan dan bersokongkol dengan Anawar Ibrahim menyertai PKR dan mengeluarkan pelbagai tuduhan sehingga melukakan hati orang Melayu yang banyak membantu beliau sewaktu empat penggal berada dalam kerajaan dulu.

Hari ini kekecewaan beliau bertambah lagi, apabila segala pingat yang dianugerahkan oleh Sultan Johor ditarik balik.

Bagaimanapun dalam kekecewaan itu sepatutnya Chua tidak harus menghina institusi Raja raja Melayu Johor dengan membuat pelbagai dakwaan ekoran nasib malang yang menimpa beliau itu.

Sepetutnya Chua harus melihat pada diri sendiri, apa yang dilakukan beliau sehingga terpaksa menyerah kembali pingat kebesaran itu. Mengaitkan UMNO adalah satu tindakan yang tidak berasas dan menghina Sultan sendiri yang seolah-olah institusi mulia itu terpaksa tunduk terhadap mana mana desakan sedangkan kuasa penganugerahan pingat adalah kuasa mutlak Baginda.

Dalam keadaan ini adalah lebih bagi Chua "tidak bermain apa" walapun terlalu kecewa kerana sikap sendiri.

Belit Anwar dengan wartawan RTM



Semalam di Parlimen, dengar khabar Anwar Ibrahim hilang sabar dengan seorang wartawan RTM.

Satu Hala sempat le tengok video sidang akhbar itu.

Senang cakap, Anwar memang sinis dan kurang ajar terutama bila dia hendak terperangkap.

Dah le tak jawab soalan wartawan nama Tukimin tu, siap kutuk mamat tu lagi adalah. Siap perli tanya dia Ketua Cawangan UMNO mana.

Dah tu, ada pulak mamat bodoh nama Yusmadi dari Balik Pulau yang berdiri belakang Anwar masa sidang akhbar tu dan cuba 'jilat' jubo Anwar dengan mengutuk RTM sekali.

Soalan Tukimin itu mudah sehaja, dia tanya bila secara tepatnya Anwar hendak dedahkan bukti kononnya Ahli Parlimen dan ADUN yang lompat parti dibayar RM2 juta oleh BN.

Anwar bagi jawapan nanti....hoi mangku...nanti tu bila?

Macam orang berhutang dengan kita dan kita tanya bila mau bayar.....orang tu jawab nanti...tentu kita hendak tahu nanti tu bila kan.

Samalah dengan kata-kata hendak buktikan ada pembayaran RM2 juta dan kontrak kalau lompat parti. Orang mesti nak tahu secara tepat bila.

Itu isu besar sebenarnya...rakyat satu Malaysia mahu dengar dan lihat bukti sogokan RM2 juta berkenaan.

Buat apa Anwar hendak bertangguh? ...lagi dia bertangguh lagi ramai dalam PKR dan DAP yang keluar parti.

Melainkan seperti biasa Anwar adalah seorang penipu tegar yang sebenarnya tak ada sebarang bukti melainkan alasan untuk redakan hati para penyokong dia kononnya yang lompat tu semuanya dibayar.

Percayalah, kalau ada bukti sudah lama Anwar akan panggil media-media asing dan media tempatan yang pro pembangkang dan kemukakan semua bukti yang dia ada.

Takkan ada istilah nanti la kalau dia benar-benar ada bukti pembayaran dibuat oleh BN.

Pundeklah Anwar...bila kena gasak dengan Tukimin mula ungkit benda-benda lain pulak.

Macam kes hutang tadi lah...bila kita tanya bila nak bayar...orang yang berhutang kata, " aku dah bayar kereta, bil air, elektrik, ansuran rumah, sewa dan macam-macam".

Orang bukan tanya kau bayar apa...orang tanya bila kau nak bayar hutang aku bodoh!

Samalah dengan Anwar semalam, Tukimin cuma berulang kali tanya bila hendak kemukakan bukti, yang Anwar tetiba meroyan pasal VK Lingam, PKFZ, Eurocopter dan semua tu apasal lak?

Jawablah apa yang wartawan RTM tu tanya bodoh!

Sogokan RM2 juta tu kalau betul punyalah besar isunya dan Anwar boleh kata nanti.....bila tiba masanya.....

Pantat la lu Anwar.

Patutnya minggu lepas lagi dah kemukakan bukti.

Ini politik, kalau SPRM tak ambik tindakan pun, tapi ada bukti kukuh yang BN bayar, itu sudah cukup untuk Anwar dan partinya mendapat simpati dan sokongan ramai rakyat.

Sapa nak sokong parti macam BN kalau terbukti dia bagi sogokan...betul kan?

Kalau betul Anwar ada bukti dan dedahkan, kerajaan tak bertindak, Anwar dapat kemenangan moral di mata rakyat.

Mana-mana arah pun Anwar akan menang.....tapi syaratnya Anwar adalah bukti macam yang diminta Tukimin itu.

Ini tidak....bagi jawapan yang bukan-bukan dan menghina wartawan yang buat kerja dia tu.

Dan Yusmadi tu pulak dapat 1 round ke pasal backing Anwar bersungguh-sungguh?

Petik dari Malaysia Instinct

Bayangkan ini belum jadi Perdana Menteri dah begitu perangainya dan tidak boleh disoal. Kalau dah jadi, habis satu Malaysia di liwatnya sesuka hati.

NOTA KAKI: Belit Anwar dengan sikap bermuka-muka bila berdepan dengan pihak media bukan lah perkara baru, dan bagi mengamal media memang sudah mengenali sikap mamat tu sejak beliau berada dalam kerajaan lagi.

Mungkin kerana sikap angkuh itu yang menyebabkan beliau dicampak keluar kerajaan sehingga hari ni perangainya masih tidak berubah, malah bertambah teruk.

Penulis sendiri turut mengalami peristiwa yang sama dengan keangkuhan beliau dalam satu pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pandai Merdeka, Kedah pada tahun 1990 juga membabitkan kaki tangan RTM.

Malahan dakwaan semua media arus perdana mempunyai agenda sendiri, bagi penulis orang yang paling layak bercakap dan menjelaskan dakwa itu hanya Anwar. SEMUA orang kanan pengamal media tahu peranan Anwar sewaktu beliau sedang rakus untuk mendapatkan kuasa dulu. Tepuk Dada tanya selesa, Pak syeikh !.

Bantuan ke Palestin perlu selaras-Razali


Pergerakan Pemuda Umno berharap semua usaha untuk menghantar bantuan kepada penduduk Palestin dapat diselaraskan supaya ia tidak dilihat sebagai satu usaha yang bersifat politik.

Naib Ketuanya Datuk Razali Ibrahim berkata ketika ini banyak pihak yang mahu membantu penduduk Palestin terutamanya di Gaza tetapi kerana dilakukan secara berasingan ia boleh membawa kepada tanggapan ada pihak lebih baik daripada pihak yang lain dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana perkara paling penting adalah untuk bantuan sampai kepada penduduk Palestin.

Katanya Pemuda Umno memang sentiasa menghantar wakil dalam usaha menghantar bantuan kemanusiaan dan tidak ada masalah untuk bergabung dengan mana-mana pihak termasuk dengan parti pembangkang.

"Saya tak nak lihat ada yang kata pihak itu lebih baik, pihak ini kurang (dalam menghantar bantuan). Sepatutnya kita bergabung untuk hantar bantuan. Kita hanya nak selesaikan kemelut di Gaza dan bukan kejayaan satu inisiatif politik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Bahagian Pokok Sena dekat sini.

Beliau berkata Pemuda Umno menyokong sebarang usaha membawa Israel ke Mahkamah Pengadilan Antarabangsa (ICJ) kerana tindakan Israel tergolong dalam kategori jenayah kemanusiaan.

Katanya mesyuarat pemuda Umno bahagian yang sedang berjalan sekarang turut diarahkan untuk menyatakan sokongan terhadap usaha membantah keganasan dan kezaliman Israel dan menyokong Palestin.

-- BERNAMA

Rang Undang undang Anti pemerdagangan Orang dibentang Parlimen sesi ini



Rang Undang-undang Antipemerdagangan Orang (Pindaan) 2010 akan dibentangkan di Parlimen pada sesi kali ini, setelah ia diluluskan dalam mesyuarat Kabinet pagi tadi.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pindaan terhadap Akta Antipemerdagangan Orang 2007 itu antara lain akan menyaksikan pertambahan kadar penalti yang dikenakan ke atas individu serta pertubuhan yang terlibat dalam pemerdagangan orang serta penyeludupan migran, di mana ia lebih berat daripada apa yang terkandung dalam Akta Imigresen.

“Sebanyak 14 Seksyen baru akan ditambah disamping membuat pindaan terhadap 10 Seksyen sedia ada.

“Ia termasuklah bahagian khusus bagi penyeludupan migran, pelantikan Pegawai Buruh sebagai Pegawai Penguatkuasa, bidang kuasa Mahkamah Sesyen untuk merakamkan keterangan mangsa, Majistret mesti mengeluarkan Perintah Perlindungan Sementara (IPO) serta pemakaian akta yang melibatkan bukan sahaja negara penerima tetapi juga negara transit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hishammuddin berkata pindaan itu dibuat bagi menjadikan ia lebih komprehensif dalam menangani jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

Beliau berkata kerajaan berharap tindakan yang lebih bersepadu dapat diambil terhadap isu-isu berkaitan memandangkan kedua-dua jenayah itu mempunyai hubungan yang amat rapat dan saling berkait khususnya dalam konteks eksploitasi buruh asing dan migran.

“Kerajaan juga mahu menyelesaikan isu-isu mengaitkan Malaysia sebagai sebuah negara transit kerana dengan perubahan akta ini, individu atau pihak-pihak yang membantu menyeludup masuk migran ini ke Malaysia juga akan dikenakan hukuman selain hukuman kepada migran yang masuk ke Malaysia secara tidak sah,” katanya.
Grab a Celcom Blue Bear(TM) and stand to walk away with RM10,000!

Hishammuddin berkata menerusi pindaan itu juga, kerajaan akan dapat memperluas fungsi dan peranan Majlis Anti Pemerdagangan Orang (Mapo) termasuk untuk memantau corak kemasukan migran ke Malaysia dan juga pergerakan mereka di dalam negara.

Beliau berkata pemantauan tersebut akan membantu agensi-agensi berkaitan mengambil tindakan selanjutnya untuk membanteras kegiatan penyeludupan migran.

“Untuk tujuan itu juga, kemampuan Mapo akan dapat diperkukuhkan dengan penambahan dua Ahli Majlis di kalangan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mempunyai kepakaran dalam anti penyeludupan migran,” katanya.

Hishammuddin berkata kementerian telah mengambil segala langkah perlu untu memastikan pindaan tersebut mencapai matlamat yang disasarkan, termasuk dengan mengadakan sesi taklimat kepada umum pada 9 Jun lalu, yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Datuk Wira Abu Seman Yusop dan dihadiri oleh 68 peserta termasuk NGO, kedutaan dan pertubuhan antarabangsa. – Bernama

Konsensus bebas desak Anwar kemuka bukti



Anggota Konsensus Bebas terus mendesak bekas bos mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bukti mendakwa mereka dibayar RM2 juta oleh Umno-BN supaya keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Konsensus Bebas juga memberi peringatan kepada ketua umum PKR itu supaya tidak menjadikan fitnah dan pembohongan sebagai asas berpolitik.

“Konsensus Bebas mahu beliau (Anwar) supaya bersikap ikhlas dan berani untuk mendedahkan bukti jika ada seperti yang didakwanya.

“Anwar seolah-olah menjadikan Konsensus Bebas sebagai modal politik untuk mengalih padangan rakyat dari masalah sebenar,” kata kenyataan Konsensus Bebas dikeluarkan hari ini.

Anwar sebelum ini mendakwa ahli-ahli Parlimen yang keluar PKR dan kini membentuk Konsensus Bebas, dibayar RM2 juta dan diberikan kontrak lumayan oleh Umno-BN supaya keluar parti itu.

Beliau juga mendakwa mempunyai mempunyai bukti kukuh dan akan menunggu masa sesuai untuk membuat pendedahan.

Konsensus Bebas berkata pihaknya bersimpati dengan pelbagai masalah yang dihadapi Anwar hari ini termasuk kelemahan dalam PKR.

“Pelbagai masalah timbul sehingga menyebabkan PKR mula lemah ia termasuk kepimpinan Anwar dipersoalkan, peningkatan prestasi cemerlang perdana menteri dan yang paling besar adalah kes liwatnya yang kini dalam perbicaraan mahkamah.

“Konsensus meminta supaya rakyat menilai semula tindak-tanduk dan cara Anwar berpolitik.

“Ini kerana beliau menjadi sangat berbeza setelah mendapat sedikit kuasa dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita menjadi perdana menteri,” kata kenyataan itu lagi.

Konsensus Bebas yang ditubuhkan baru-baru ini terdiri daripada Ahli Parlimen Datuk Seri Zahrain Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Samsuri (Bagan Serai), Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu) dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju).

Rabu, 16 Jun 2010

PICC sebagai bangunan Parlimen yang baru.


Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menjadikan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebagai bangunan Parlimen yang baru.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata majoriti Ahli Parlimen juga bersetuju dengan cadangan itu kerana kedudukan PICC yang strategik.

“Kabinet telah memutuskan agar JKR (Jabatan Kerja Raya) menyediakan laporan termasuk kos mengambil alih sekiranya kita setuju mengambil PICC untuk dijadikan Parlimen,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Beliau berkata, keputusan muktamad mengenai perkara itu akan dibuat selepas kerajaan menerima laporan JKR.

“Kalau laporan sudah siap dan kita tak setuju, maka kita akan tetap di sinilah,” katanya.

Ditanya bilakah laporan itu dijangka siap, Mohamed Nazri berkata tidak ada tempoh ditetapkan namun arahan telah diberi kepada agensi tersebut kira-kira tiga minggu lalu.

Beliau berkata, kerajaan juga akan hanya menggunakan peruntukan untuk menaiktaraf bangunan sedia.
“Kerana bangunan itu (PICC) telah ada di sana, kita tak perlu bina bangunan baru. Kalau kita nak sediakan peruntukan, kita hanya belanjakan pada bangunan sedia ada, bukan untuk membina bangunan baru,” katanya.

Mohamed Nazri sebelum ini dilaporkan berkata Jemaah Menteri telah memutuskan bangunan Parlimen yang baru dibina di Putrajaya manakala bangunan yang lama akan dibaik pulih dan dikekalkan sebagai bangunan warisan.

Beliau juga dilaporkan berkata kos pembinaan bangunan baru Parlimen dianggarkan RM800 juta manakala RM150 juta pula diperlukan untuk menaik taraf bangunan Parlimen sedia ada.

Tarikh Pilihan Raya Satu Kejutan- Najib




Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, tarikh pilihan raya akan datang akan "mengejutkan semua pihak".

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama rakyat di Wat Machimmaram di sini pada Rabu, beliau berkata pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum menetapkan tarikh pilihan raya.

"Apa yang penting ialah kerja kuat dalam semanagat 1Malaysia," kata Najib ketika diminta mengulas cadangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya beliau mengadakan pilihan raya memandangkan tinjauan menunjukkan sokongan kepada beliau semakin meningkat sejak menjadi Perdana Menteri pada April tahun lepas.

Satu kajian oleh Merdeka Centre for Opinion Research baru-baru ini menunjukkan 72 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Najib berbanding 69 peratus semasa beliau mula menjadi Perdana Menteri.

Najib berkata Barisan Nasional perlu terlebih dahulu memberi tumpuan terhadap usaha mengukuhkan kedudukan parti itu sebelum pilihan raya diadakan.

"Usaha kita pertama sekali ialah untuk kuatkan parti. Kita juga perlu mempunyai barisan kepimpinan yang berwibawa," katanya.

Mengenai majlis menghadap Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra di Istana Mahkota di Kota Baharu sebelum itu, Najib berkata acara itu adalah kunjungan peribadi dan bukannya lawatan kerja.

"Keadaan Sultan semakin baik berdasarkan taklimat yang diberikan oleh doktor peribadi Sultan," katanya.

-- BERNAMA

Isnin, 7 Jun 2010

Teks penuh usul mengutuk serangan kejam rejim Israel



Berikut ialah teks penuh usul yang dibentang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Dewan Rakyat hari ini bagi mengutuk serangan kejam tentera rejim Israel ke atas konvoi kapal Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Bismillahirrahmanirrahim. Tuan Yang di Pertua, Pagi ini, dalam dewan yang mulia ini, di tapak istana demokrasi yang berkeramat, kita sama-sama berkumpul dengan satu tekad, satu matlamat dan satu suara tanpa dikekang batas agama, bangsa maupun haluan politik, untuk mengangkat satu isu penting yang bukan sahaja menyentuh hati rakyat Malaysia bahkan majoriti warga antarabangsa.

Dengan izin saya ingin mengungkapkan kata-kata Nelson Mandela yang cukup bermakna "Palestine is the greatest moral issue of our age".

Justeru, sebelum berbicara lebih lanjut, seelok-eloknya saya merentet kembali 4 peristiwa besar yang melibatkan salah laku kotor dan busuk oleh Rejim Zionis. Pertama, sebermula lebih 60 tahun yang lalu, rakyat Palestin terus-terusan dinafikan hak untuk menghirup udara kebebasan di tanah tumpah sendiri.

Seawal tragedi Naqbat tahun 1948, penduduk Palestin telah dihalau dari kampung halaman masing-masing secara kejam oleh Israel yang telah buat pertama kali ketika itu memperkenalkan terorisma sebagai kaedah untuk mencapai matlamat mereka.
Kedua, sekitar akhir tahun 60-an, selepas apa yang digelar peperangan enam hari, di atas tanah-tanah yang dirampas daripada bangsa Palestin, didirikan pula penempatan-penempatan haram tanpa rasa bersalah atau segan silu. Kemudiannya, peristiwa ketiga pada tahun 1982, tentu tidak dapat dilupakan yakni tragedi pembantaian ganas ke atas kanak-kanak, wanita dan mereka yang tidak berdosa di kem pelarian Shabra dan Shatila.

Keempatnya pula, saya yakin masih segar dalam ingatan ramai, akan serangan ketenteraan Rejim Zionis ke atas Wilayah Gaza sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin, termasuk golongan wanita, kanak-kanak, bayi dan warga tua.

Apa yang jelas, tragedi-tragedi itu ternyata lukanya masih lagi bukan sahaja belum sembuh, bahkan kekal, kuning, bernanah di sanubari masyarakat dunia.
Kini, tampaknya kesan hirisan itu terus dilukai oleh satu lagi episod tidak berperikemanusiaan.

Peristiwa pembunuhan kejam 9 sukarelawan oleh komando Israel tanggal 31 Mei 2010 baru-baru ini pastinya telah menyimbah minyak ke atas api kemarahan masyarakat dunia yang kini marak menyala dan membakar perabung-perabung dada.

Jadinya, demi menyuarakan ketegasan negara tentang peristiwa berdarah yang telah terjadi, saya menyeru ahli-ahli yang berhormat sekalian, bersama sama saya, sepakat, seia sekata, sederap menyampaikan kepada seluruh dunia akan pendirian Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan oleh Rejim Zionis ini.

Tuan Yang di Pertua,

Dengan ini saya mencadangkan mengikut Peraturan Mesyuarat 27 (3), Dewan ini mengambil ketetapan-ketetapan berikut:

BAHAWA, Tentera Rejim Zionis di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, telah menyerang tanpa alasan dalam perairan antarabangsa, konvoi kapal Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza pada 31 Mei 2010. Kejadian itu mengakibatkan banyak kematian dan kecederaan kepada ahli kumpulan konvoi bantuan kemanusiaan tersebut;

BAHAWA, serangan Rejim Zionis ke atas kapal misi bantuan kemanusiaan itu merupakan tindakan yang mencabuli undang-undang antarabangsa termasuk undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu;

BAHAWA, sentimen yang sama telah pun disampaikan melalui Kenyataan Bersama Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN – Majlis Kerjasama Negara-negara Teluk (GCC) di Singapura pada 1 Jun 2010 yang menyuarakan kutukan keras terhadap tindakan Rejim Zionis Israel ini;

BAHAWA, rakyat Malaysia berpegang teguh kepada pendirian, tiada alasan bagi penggunaan kekerasan yang melampau ke atas kapal misi bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza tersebut; dan

BAHAWA, rakyat Malaysia sangat kecewa dengan ketidakmampuan masyarakat antarabangsa, terutamanya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membuat bantahan keras terhadap tindakan ganas Rejim Zionis itu.

Dengan ini dewan mengambil ketetapan seperti berikut:

(1) Mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Rejim Zionis di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, ke atas kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang telah mengakibatkan kehilangan banyak nyawa dan kecederaan kepada orang awam;

(2) Merakamkan rasa kecewa tidak terhingga tindakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di atas kenyataan yang begitu lemah terhadap serangan ganas Rejim Zionis ke atas kapal misi bantuan tersebut;

(3) Memutuskan untuk mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya mencela Israel dan bukannya semata-mata membuat kenyataan yang lemah;

(4) Memutuskan bagi Malaysia untuk bekerjasama dengan negara-negara Anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Liga Arab dan negara-negara sependapat untuk mendukung prinsip undang-undang antarabangsa termasuk undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam menangani krisis kemanusiaan di Gaza;

(5) Menggesa negara-negara sependapat untuk mengemukakan usul kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi merujuk situasi akibat serangan Tentera Rejim Zionis Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC);

(6) Menggesa negara-negara sependapat untuk mengemukakan usul kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi mendapatkan Advisory Opinion Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ);

(7) Memohon supaya negara Turki mempertimbangkan untuk mengambil tindakan di bawah peruntukan Statut Rome, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC);

(8) Menyeru supaya satu siasatan bebas yang penuh dibuat terhadap serangan Tentera Rejim Zionis dan bukannya setakat siasatan yang tidak berpihak;

(9) Menyokong sepenuhnya desakan masyarakat antarabangsa, terutamanya Majlis Hak Asasi Manusia melalui Resolusi yang telah diterima pada 2 Jun 2010, supaya siasatan yang berakauntabiliti dan bebas sepenuhnya dibuat mengenai serangan ini;

(10) Menuntut Israel supaya tidak menghalang sebarang konvoi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, khususnya di Gaza, selaras dengan Resolusi 1860 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu;

(11) Mengalu-alukan tindakan negara Mesir membuka sempadan Rafah tanpa syarat bagi memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan tanpa sebarang halangan;

(12) Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya terus menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Wilayah Palestin di Gaza tanpa menghirau dan gentar kepada ancaman Rejim Zionis;

(13) Merakamkan penghargaan kepada negara-negara Jordan, Turki, Ireland, Filipina dan juga negara-negara lain yang terlibat dalam usaha-usaha membebaskan rakyat Malaysia yang telah ditahan oleh Rejim Zionis;

(14) Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu dengan tujuan mempertahankan hak mutlak mereka bagi menubuhkan negara Palestin yang bebas, merdeka dan berdaulat;

dan

(15) Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin ke arah pembentukan negara yang bebas, merdeka dan berdaulat.

Sehubungan itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di Pertua kerana membenarkan Dewan yang mulia ini membahaskan isu serangan kejam oleh tentera Rejim Zionis Israel ke atas konvoi kapal Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Tuan Yang di Pertua,

Malaysia, mengecam tindakan kejam tentera Rejim Zionis Israel di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu yang telah bertindak menyerang konvoi bantuan kemanusiaan Freedom Flotilla di kawasan perairan antarabangsa pada 31 Mei 2010 yang lepas. Malaysia dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan melampau dan biadab rejim zionis yang bukan sahaja melanggar norma-norma perundangan antarabangsa tetapi juga tata kelakuan bertamadun.

Serangan subuh oleh Tentera Rejim Zionis ini ternyata telah mencabul prinsip kebebasan perairan antarabangsa kerana faktanya tindakan ala kelanunan terhadap Freedom Flotilla ini dilakukan 65 kilometer dari pesisiran pantai Gaza iaitu di luar dari perairan wilayah Israel. Perbuatan durjana ini telah mengakibatkan kehilangan 9 nyawa dan puluhan kecederaan kepada mereka yang sedang menjalankan misi mulia membawa bantuan kemanusiaan kepada ribuan rakyat Gaza.

Tidak cukup dengan itu, anggota konvoi ini juga telah diculik dan diperlakukan seperti penjenayah. Mereka diikat berbelas jam tanpa diberi hak secara sewajarnya seperti makanan, minuman, bersolat dan keperluan ke bilik air. Bagi Malaysia, tiada sebarang alasan untuk mereka bertindak sedemikian terhadap misi yang merentas kepercayaan agama, sempadan bangsa dan fahaman politik.

Tuan Yang di Pertua,

Serangan tidak berperikemanusiaan ini telah memperlihatkan sekali lagi kepada masyarakat antarabangsa kekejaman tentera Rejim Zionis yang tidak menghormati kesucian nyawa manusia dan membelakangkan undang-undang antarabangsa. Mereka tanpa rasa bersalah menggunakan kekerasan semasa menawan kapal Mavi Marmara, kepunyaan Turki. Seperti dilaporkan, 9 orang yang terkorban itu telah ditembak dari jarak dekat dan apa yang lebih menyayat hati, ada yang ditembak dari arah belakang. Ini mempamerkan sikap pengecut yang tidak dapat dimaafkan.

Untuk makluman sidang Dewan yang mulia ini, semalam saya berpeluang mendengar sendiri daripada mulut 12 orang rakyat Malaysia yang terlibat akan detik-detik cemas dilalui mereka semasa serangan sedang berlangsung. Saya telah dimaklumkan bahawa mereka telah turut didera secara mental semasa dalam tahanan. Dalam hal ini, kerajaan berasa bangga walaupun Malaysia sederhana dari segi saiz namun terbukti kita tidak sekali-kali berjiwa kerdil bahkan memiliki semangat kental yang menggunung lagi membumbung di medan juang.

Sesungguhnya, kerajaan telah mengambil segala tindakan yang wajar dan perlu bagi memungkinkan kebebasan para sukarelawan negara termasuklah dengan menghantar YB. Dato’ Seri Anifah Aman, Menteri Luar ke Jordan. Tahniah kepada Kementerian Luar Negeri.

Lantaran itu, saya, bagi pihak kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia ingin menegaskan bahawa kumpulan 12 ini bukannya penjenayah mahupun penceroboh sebaliknya mereka adalah wira-wira Malaysia. Sesungguhnya keberanian kumpulan 12 ini yang sanggup menghadapi bahaya muncung senjata demi matlamat dan prinsip yang tulus murni akan suatu hari nanti tersepuh dengan tinta emas dalam susur galur sejarah negara. Hakikatnya, kita mengiktiraf mereka semua sebagai pejuang kebebasan sejati yang amat dibanggakan.

Tuan Yang di Pertua,

Kita tahu benar, sekiranya perbuatan yang sama dilakukan oleh negara lain, nescaya negara tersebut akan dikenakan pelbagai tindakan tegas oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ini jelas membuktikan betapa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersikap berat sebelah dalam melaksanakan amanah yang telah diberikan kepada mereka.

Sungguhpun begitu Malaysia mengalu-alukan tindakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengadakan sidang tergempar pada 31 Mei yang lalu bagi membincangkan serangan tentera Rejim Zionis ke atas konvoi kapal yang membawa bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza.

Nyatanya sejak enam dekad yang lalu Rejim Zionis telah terus-terusan menzalimi rakyat Palestin. Walaupun pelbagai Resolusi telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tetapi semuanya tidak dihiraukan oleh Israel.

Perbuatan beraja di mata dan beraja di hati ini berlaku kerana samseng dunia Israel berasa mereka dilindungi satu-satunya kuasa besar dunia. Sehubungan dengan itu, Malaysia ingin mendesak Amerika Syarikat untuk tampil, tanpa sebarang dolak dalik menunaikan tanggungjawab moral dalam memastikan rejim tersebut mematuhi tata kelakuan negara bangsa yang bertanggungjawab dan bertamadun.

Ketahuilah bahawa, piawai moral dan etika sebuah negara bangsa tidak boleh berbeza dengan piawai yang dikenakan kepada individu. Tambahan lagi, kepentingan nasional sesebuah negara bangsa tidak boleh mengatasi piawai asas kemanusiaan hanya kerana mereka mempunyai kekuasaan.

Pegangan bahawa siapa kuat dialah kudrat sudah tidak boleh dipakai lagi. Dalam kata lain, tidak ada bezanya keganasan kumpulan dan individu berbanding keganasan yang dilakukan negara bangsa. Ia tetap keganasan yang perlu dipertanggungjawabkan serta diadili.

Tuan Yang di Pertua,

Jika kebenaran berpunca dari muncung senjata bukannya dari kebenaran undang-undang dan prinsip moral universal maka keamanan dunia akan sentiasa berada di hujung tanduk. Bukankah sejarah sudah cukup mengajar kita bahawa peperangan dunia pertama dan kedua yang mengorbankan nyawa bukan sedikit jumlahnya dan mengakibatkan kemusnahan yang bukan enteng adalah berpunca daripada kekuatan muncung senapang?

Dunia tidak boleh membenarkan rasisme yang berteraskan prinsip bahawa ada bangsa yang lebih mulia dari bangsa yang lain menjadi satu pegangan di dunia ini. Bukankah dunia telah membayar harga yang mahal untuk menewaskan Nazisme dan Fasisme.

Makanya, selagi sokongan Amerika Syarikat kepada rejim Zionis Israel bersifat menyeluruh bukannya bersyarat kepada pematuhan nilai-nilai kemanusiaan yang universal, selagi itulah keangkuhan rejim ini tidak akan ada kesudahannya.

Tuan Yang di Pertua,

Dalam pada Malaysia kecewa di atas kegagalan masyarakat antarabangsa mengambil tindakan keras sewajarnya terhadap Rejim Zionis, Malaysia akan tetap berusaha keras untuk memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang sedang menderita. Perjuangan ini tidak akan tamat sehingga sebuah negara Palestin yang merdeka, berdaulat dan kendiri ekonomi dapat dibangunkan.

Saya sendiri baru-baru ini, telah menyuarakan komitmen serta pendirian Malaysia ini kepada Tuan Yang Terutama Presiden Negara Palestin, Mahmoud Abbas semasa lawatan beliau ke Malaysia.

Malaysia akan terus mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mencela tindakan ganas Israel dan supaya pemimpin-pemimpin Rejim Zionis yang bertanggungjawab dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Malaysia juga akan menggesa negara-negara sependapat untuk mengemukakan usul kepada Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu bagi mendapatkan Advisory Opinion dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Tuan Yang di Pertua

Malaysia juga akan mendesak supaya Rejim Israel membayar ganti rugi serta pampasan ke atas semua harta benda, bahan makanan, alat-alat binaan dan perubatan, termasuk kapal-kapal yang telah ditawan serta semua barangan persendirian ahli konvoi yang telah dirampas secara haram oleh tentera Rejim Zionis. Di samping itu Malaysia juga mendesak agar Israel membayar ganti rugi akibat dari kesan trauma secara psikologi, mental dan fizikal serta apa-apa pampasan yang difikirkan layak oleh Mahkamah Antarabangsa.

Malaysia juga berasa amat sedih dan sangat kesal dengan situasi kemanusiaan meruncing yang sedang berlaku di Gaza akibat kepungan Rejim Zionis. Sekatan dan kepungan kejam Rejim Zionis ini telah mengakibatkan kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan, perubatan, bahan mentah serta minyak bagi keperluan kehidupan harian masyarakat Palestin di Gaza.

Tuan Yang di Pertua,

Mutakhir, semalam perkembangan terbaru, kita mendapat berita tentang usaha-usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan bebas berkaitan isu ini. Suka saya menyatakan, Malaysia menyokong sebarang cadangan untuk menubuhkan suruhanjaya penyiasatan antarabangsa yang bebas, adil dan berkecuali bagi menyiasat insiden yang telah berlaku. Malaysia tiada masalah malahan menyokong jika Sir Geoffrey Palmer, mantan Perdana Menteri New Zealand yang diamanahkan untuk mengetuai siasatan antarabangsa ini.

Tuan Yang di Pertua

Alhamdulillah, di atas segalanya, kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana rakyat Malaysia yang ditahan oleh Rejim Zionis, telah berjaya diselamatkan dan dibawa pulang ke tanah air. Kejayaan ini, tidak akan dapat dicapai tanpa bantuan dan pertolongan negara-negara sahabat.

Dalam hal ini, Malaysia ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Jordan, Turki, Ireland dan Filipina dan juga negara-negara lain yang bersedia menghulurkan bantuan dalam usaha membebaskan rakyat Malaysia yang telah ditahan oleh Rejim Zionis.

Begitulah, kita juga berbangga dengan semangat waja 6 lagi wira Malaysia yang berlayar dengan kapal Rachel Corrie kerana di celah-celah ketidaktentuan suasana, telah memilih untuk mara ke hadapan sekalipun mengetahui risiko yang bakal ditempuhi. Syukurlah, tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Setakat hari ini, kita mendapat maklum bahawa usaha-usaha membawa mereka kembali sedang diatur dan disusun. Didoakan agar semuanya berada dalam keadaan selamat sehingga pulang ke Malaysia nanti.
Tuan Yang di Pertua,

Dunia terus menyaksikan pelbagai gelagat dan tindakan zalim yang telah dilakukan oleh Rejim Zionis Israel, termasuk insiden terbaru ini. Perlu saya gariskan, kezaliman seumpama ini akan berterusan dan mungkin tiada noktahnya sekiranya masyarakat dunia terus berpeluk tubuh, membisu dan berdiam diri.

Tindakan ini akan hanya membuatkan Rejim Zionis Israel terus bersikap angkuh, ghairah dan bermaharajalela melakukan keganasan tanpa had dan batasan sehingga rakyat Palestin kian terbelenggu mencari sinar kedamaian.

Harus juga dinyatakan kepada semua Ahli Yang Berhormat bahawa, tanggungjawab untuk menghentikan penindasan yang berlarutan di Palestin selama ini, adalah tanggungjawab kita bersama, perlu ditangani, di mana keamanan boleh dicapai sekiranya wujud keikhlasan.

Namun kita menyedari bahawa tidak semua orang Yahudi menyokong dan bersekongkol dengan Rejim Zionis Israel. Ramai orang Yahudi juga yang cintakan keamanan dan mahukan keadilan diberi kepada bangsa Palestin.

Jelaslah, situasi yang menimpa rakyat Palestin, khususnya di Gaza, bukan saja penindasan terhadap umat Islam, tetapi sesuatu yang melangkaui kepercayaan agama, melibatkan hak asasi, keadilan dan kemanusiaan. Bersama-samalah kita memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa, agar bencana kemanusiaan yang menimpa rakyat Palestin ini, dapat dihentikan dengan serta-merta.

Tuan Yang di Pertua, saya mohon mencadangkan. - BERNAMA

Sabtu, 5 Jun 2010

6 lagi tahanan Isreal akan dibebaskan- TPM



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata enam rakyat Malaysia yang kini dalam tahanan Israel selepas kapal ‘‘Rachel Corrie’’ yang dinaiki mereka ditawan rejim itu semalam, akan dibebaskan dan dibawa masuk ke Jordan pada pukul 6 petang hari ini waktu Malaysia.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Luar Jordan kepada Kedutaan Malaysia di Amman.

“Kedutaan kita di Amman sekarang sedang membuat segala persiapan yang perlu untuk membawa mereka pulang dengan selamat ke Malaysia,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menyambut kepulangan 12 rakyat Malaysia termasuk dua warga media yang sebelum ini ditahan Israel selepas kapal ‘‘Mavi Marmara’’ yang dinaiki mereka untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza ditawan tentera rejim Zionis itu.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata usaha membawa pulang enam rakyat Negara termasuk dua lagi warga media sedang diusahakan oleh pihak Kedutaan Malaysia di Amman dan Kedutaan Thailand di Tel Aviv, Israel.

Enam rakyat Malaysia itu ialah wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Shamsul Akmar Musa Kamal, Ahmad Faisal Amuzu dan Mathias Chang, Anggota Parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria serta dua wakil media dari TV3, Halim Mohamed dan Mohd Jufri Judin.

Muhyiddin berkata beliau dimaklumkan penahanan kapal ‘‘Rachel Corrie’’ dan kesemua 19 penumpang serta krewnya oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

“Mereka telah dibawa ke Pelabuhan Ashdod dan kesemua 19 penumpang dan krew kapal termasuk enam rakyat Malaysia bagaimanapun berada dalam keadaan selamat,” kata beliau.

Mengulas perkara berkaitan, Muhyiddin berkata kerajaan sentiasa bersedia menghulurkan bantuan yang diperlukan untuk menjayakan sebarang misi kemanusiaan ke atas rakyat Palestin.

“Terserah kepada rakyat Malaysia, sekiranya mereka ingin membuat tindakan, ia sesuatu yang kerajaan tidak akan halang.

“Kita menyokong inisiatif dan nampak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengepalai misi yang baik ini. Kita akan sokong dan beri sokongan moral dalam menjayakan inisiatif seperti ini. Kita akan bantu dalam apa bentuk pun yang sewajarnya. Apa yang perlu kita lakukan, kita akan lakukan,” katanya. — Bernama

12 sukarelawan adalah wira negara- PM



Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengiktiraf 12 sukarelawan Malaysia, yang ditahan oleh rejim Zionis Israel ketika dalam perjalanan membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin sebagai wira-wira negara.

Perdana Menteri berkata, walaupun tiada sukarelawan Malaysia yang terkorban, tetapi keberanian mereka melaksanakan misi kemanusiaan tersebut merupakan satu perkara yang harus diakui atas nama kebebasan rakyat Palestin.

Di peringkat kerajaan pula, beliau berkata, perjuangan untuk membela rakyat Palestin akan diteruskan termasuk berusaha mengenakan tekanan terhadap rejim Zionis itu. – Utusan

Peristiwa ngeri tidak patah semangat



Dua puluh lapan jam berada di dalam penjara Israel dan diasak dengan deraan mental oleh tentera Zionis tidak mematahkan semangat wartawan penyiaran Ashwad Ismail untuk terus berjuang membuka mata dunia mengenai kekejaman rejim itu.

Anak muda berusia 25 tahun dan bertugas di stesen berita Astro Awani itu berkata walaupun pengalaman yang ditempuhnya amat perit namun tanggungjawab sebagai penyalur maklumat khususnya mengenai kekejaman rejim tersebut tetap akan diteruskan.

"Misi kita belum selesai. Misi untuk tegakkan realiti masih belum dapat dilakukan. Hanya secebis sahaja konflik di Asia Barat yang dapat diketengahkan dalam misi ini," katanya kepada pemberita di Sepang hari ini.

Ashwad tiba di tanahair jam 5.45 pagi tadi bersama 11 lagi rakyat Malaysia selepas dibebaskan oleh Israel pada Rabu lepas, dua hari setelah kapal 'Mavi Marmara' yang dinaiki mereka untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza, diserang tentera rejim itu.

Ketibaan mereka dari Istanbul, Turki disambut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Walaupun kepenatan, pelukan sayang kaum keluarga yang sabar menunggu di kompleks itu jelas menceriakan mereka. Bacaan doa selamat, nyanyian nasyid dan laungan takbir daripada orang ramai yang menyambut ketibaan mereka menguatkan lagi semangat kumpulan itu.

Mengulas lanjut, Ashwad berkata walaupun secara fizikal mereka tidak diapa-apakan oleh tentera Israel, namun deraan mental adalah memeritkan.

"Israel memang pandai dengan deraan mental. Fizikal tidak diapa-apakan tetapi mental diasak dari pelbagai sudut. Kita di Malaysia jarang melawat penjara, tak pernah pun masuk penjara, tapi ini di Israel. Berada di situ sudah cukup terseksa, inikan pula menghadapi tindakan-tindakan kejam mereka," katanya.

Walaupun misi itu dianggap gagal dari satu aspek kerana tidak mencapai objektif untuk menghantar bekalan kepada penduduk Gaza, Ashwad berkata terdapat kejayaan lain di sebaliknya.

"Kejayaannya adalah sedikit sebanyak menjadi pencetus gelombang baru ke arah mengetepikan atau memulaukan Israel dalam lanskap geopolitik dunia. Sikap penjarahan dan dasar anti Islam mereka terhadap bumi Palestin sepanjang enam dekad nyata memberi kesan besar," katanya.

Selain itu insiden tersebut juga mencetuskan tekanan hebat daripada masyarakat antarabangsa ke atas rejim menyebabkan mereka terpaksa akur.

"Bukan sahaja dari Turki, tetapi pemimpin-pemimpin Yahudi di negara-negara Eropah turut mengecam kekejaman Israel. Kita dapat lihat kapal Rachel Corrie kini tidak dikenakan tindakan ganas walaupun situasi mereka sama seperti kami.

"Terdapat cubaan merampas kapal dan dibawa ke Pelabuhan Ashdod tetapi tiada pergelutan dan pertumpahan darah berlaku," katanya.

Bagi jurukamera Astro Awani yang turut serta dalam misi tersebut, Shamsul Kamal Abdul Latip, 43, pengalaman ketika berada dalam tahanan Israel adalah sangat memeritkan dan tidak pernah terjangkau di ingatannya akan melalui detik seperti itu.

"Kami terpaksa berjemur di tengah panas di atas kapal Israel selama 15 jam sebelum tiba ke Pelabuhan Ashdod. Pada masa itu nak minum pun susah...kawan-kawan cuba memberi minuman dalam keadaan tangan masing-masing terikat.

"Barang-barang pula seperti kamera dan peralatan lain turut dirampas. Kami ingat tak dapat balik tapi pejabat yang menguruskan barang rampasan kemudiannya memulangkannya semula kepada kami. Malangnya ada peralatan tersebut yang sudah rosak akibat dirampas dengan kasar oleh tentera Israel," katanya.

Ditanya sama ada dia akan mengikuti tugasan sedemikian pada masa akan datang, Shamsul berkata perkara itu akan hanya difikirkan selepas mendapat rehat yang cukup dan fikirannya kembali tenang.

- Bernama

Sukarelawan Malaysia selamat sampai ke tanah air



Dua belas sukarelawan Malaysia yang berada dalam kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusian ke Gaza ketika diserang tentera Israel pada Isnin lepas, tiba di tanah air pukul kira-kira 5.40 pagi ini.

Ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini disambut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, para pegawai dari Wisma Putra dan anggota keluarga masing-masing.

Kumpulan sukarelawan itu yang turut disertai Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman serta pegawai kementerian yang lain, tiba dari Istanbul, Turki dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS).

Mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia, Jordan pada 11.20 pagi waktu tempatan (4.20 petang waktu Malaysia) pada Jumaat dan melakukan pertukaran penerbangan di Istanbul sebelum berlepas pulang ke tanah air Sabtu petang.

Dalam insiden Isnin lepas, kapal milik Turki "Mavi Marmara", yang membawa sukarelawan serta bantuan seperti perubatan, diserang tentera Israel menyebabkan sembilan sukarelawan terbunuh.

Bagaimanapun, kesemua sukarelawan negara di atas kapal tersebut selamat tetapi ditahan tentera Israel sebelum dibebaskan dan dibawa ke Amman, Jordan.

Sehubungan itu, Anifah dan beberapa pegawainya berlepas ke Amman Rabu lepas bagi menguruskan pembebasan 12 rakyat Malaysia tersebut.

Kumpulan sukarelawan itu dijadual bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di kediamannya kira-kira 9 pagi ini. BERNAMA

Rabu, 2 Jun 2010

Mangsa serangan Israel hubungi keluarga



Wartawan penyiaran Astro Awani Ashwad Ismail, 25, yang berada di atas kapal Mavi Marmara bersama 11 lagi rakyat Malaysia ketika diserang Israel, telah menelefon keluarganya pagi Rabu memaklumkan beliau selamat dan kini berada di Jordan.

Ibunya, Wan Marfuzah Wan Ismail, 53, berkata beliau sekeluarga bersyukur dengan perkembangan terkini anak tunggalnya itu dan berharap Ashwad dapat pulang dengan selamat.

"Kira-kira pukul 11.30 pagi, Ashwad menelefon saya sebanyak dua kali untuk memberitahu dia selamat dan dia turut bertanya khabar keadaan keluarga di sini.

"Sukar digambarkan perasaan saya selepas mendengar suara Ashwad yang memberitahu dia selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini Rabu.

Katanya beliau mengetahui tentang pembebasan anaknya itu kira-kira pukul 11 pagi ini melalui saluran berita Al-Jazeera.

Wan Marfuzah berkata beliau tidak dapat menggambarkan perasaannya sekeluarga selepas mengetahui Ashwad selamat dan hanya doa sahaja mengiringi anaknya untuk kembali ke Malaysia.

"Walaupun Ashwad selamat, tetapi saya sekeluarga tetap tidak akan putus berdoa dan melakukan solat hajat supaya dipermudahkan perjalanan pulang ke tanah air.

"Selagi saya tidak melihat sendiri wajah anak saya di depan mata, selagi itu hati saya tidak tenang," katanya.

Sementara itu, bapa Ashwad, Ismail Yaakob, 55, berkata beliau tidak akan menghalang anaknya meneruskan kerjaya sebagai wartawan berikutan pengalaman yang menakutkan itu kerana itu adalah minat Ashwad sejak dari kecil.

"Kami sekeluarga akan sentiasa menyokong cita-citanya dan berharap dia akan berjaya," katanya.

12 rakyat Malaysia selamat

Semua 12 rakyat Malaysia yang ditawan oleh tentera Israel semasa kapal Mavi Marmara diserang pagi Isnin lalu disahkan selamat.

Perkara itu disahkan oleh wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail, 26 yang menghubungi bilik beritanya di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

"Alhamdulillah, kini kami selamat," katanya.

Ashwad adalah seorang daripada 12 rakyat Malaysia yang ditahan itu.

"Penderitaan rakyat Palestin selama enam dekad dapat saya rasakan sepanjang 28 jam berada dalam tahanan Israel.

"Saya dapat rasakan bagaimana derita penduduk Palestin semasa berada dalam tahanan," katanya ketika menceritakan mengenai layanan yang diterimanya ketika ditahan tentera Israel.

Menurut Ashwad, dia dan jurukamera, Samsul Kamal Abdul Latip, 43, kini berada di Jordan selepas dibebaskan daripada tahanan Israel dan menunggu untuk dibawa pulang ke tanah air.

Semua mereka kini berada di sempadan di Jordan sementara menunggu persiapan bagi membawa mereka pulang ke Malaysia

Kerajaan bentang usul mengecam Israel



Kerajaan akan membentangkan satu usul di Dewan Rakyat Isnin ini bagi mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel menyerang kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza dua hari lalu.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, keputusan untuk pembentangan usul itu dibuat dalam mesyuarat kabinet hari ini.

Semalam, Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia akan mengusulkan agar pencabulan dan keganasan yang dilakukan oleh Israel itu dibawa ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Perdana Menteri juga mengarahkan Wisma Putra supaya menyelamatkan kesemua rakyat Malaysia itu.

Pagi ini, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berlepas ke Jordan untuk mengusahakan pembebasan 12 rakyat Malaysia yang ditahan ketika tentera Israel menyerang kapal yang mereka naiki bersama sukarelawan antarabangsa dalam perjalanan untuk menyerahkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza.

Seramai 12 rakyat Malaysia termasuk dua wartawan stesen televisyen Astro Awani berada dalam kapal Turki, “Mavi Marmara”, dan mereka dilaporkan selamat dalam serangan itu yang mengakibatkan beberapa sukarelawan terbunuh.

Israel, yang dikecam hebat oleh masyarakat antarabangsa dilaporkan berkata, ia akan mengusir keluar kesemua 682 sukarelawan dari 35 negara yang ditahannya dalam serangan itu.

- Bernama