Sabtu, 8 Mei 2010

MP Kapar dedah pekung




Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diberi masa 72 jam bermula hari ini untuk membersihkan ‘kekotoran’ di kalangan pegawai atasan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB).

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam mendakwa, terlalu banyak rasuah yang dilakukan oleh pegawai atasan kumpulan tersebut dan ia perlu dibersihkan segera oleh Menteri Besar Selangor itu.

”Jika benar Parti Keadilan Rakyat (PKR) bencikan rasuah, hentikanlah dan Abdul Khalid harus bersihkan rumah sendiri terlebih dahulu.

”Tindakan segera perlu diambil oleh Abdul Khalid terhadap pegawai atasan kumpulan tersebut sebelum saya membongkarkan semuanya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

KSSB ditubuhkan oleh kerajaan di bawah pakatan pembangkang di Selangor bagi mempelopori industri pasir dan bahan batuan serta mineral lain secara bersepadu.

Ia menjadi misi utama KSSB untuk menjayakan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Mengulas lanjut, Manikavasagam berkata, pembersihan itu perlu dibuat kerana beliau sebagai ahli PKR tidak mahu ada kalangan ahli parti itu terutama sekali ‘pucuk pimpinan’ mengamalkan budaya rasuah.

”Jangan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mendakwa, abang Khalid, Abdul Rahman Ibrahim mempunyai kepentingan dalam kumpulan tersebut sehingga menyebabkan ramai kepimpinan PKR tidak senang dengan kedudukan Abdul Rahman. -MediaUMNO/MM

NOTA KAKI: Satu lagi pendedahan yang dibuat oleh pemimpin PKR sendiri mengenai pekung pekung yang sedang membusuk dalam parti itu.

Dan tentunya akan ada pula pemimpin tertentu dalam parti berkenaan cuba mengalihkan isu itu dengan dakwaan pendedahan tersebut didalangi oleh UMNO sebagaimana yang berlaku sebelum beberapa kes sebelum ini, walaupun sehingga hari ini mereka gagal menunjukkan bukti.

Tetapi hakikatnya, apa sahaja penyeleweng yang dibuat oleh kalangan pemimpin parti itu tidak mampu lagi hendak ditutup, setiap hari ada pekung pekung yang didedahkan ini berlaku kerana pekung yang semakin busuk itu tidak mampu lagi untuk ditutup dan tembelang pemimpin utama mereka semakin terserlah.

Masa akan menenntukan, parti yang ditubuhkan untuk membela nasib seorang individu itu semakin di tolak rakyat.

Semakin ramai mereka yang rapat dengan pengasas parti mula meninggalkan perjuangan
setelah menyedari "Tipah tertipu" juga akhirnya.

BN mampu memang di Sibu




Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yakin Barisan Nasional mampu mencatat kejayaan pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu 16 Mei ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, pada masa yang sama, semua perlu bekerja keras bagi memastikan kemenangan BN.

"Keyakinan kami adalah berdasarkan rekod BN menguasai kerusi ini selama lima penggal. Ini adalah kubu BN.

"Semangat semua ahli juga adalah tinggi manakala penyandang kerusi ini mendiang Datuk Robert Lau hoi Chew sudah memberikan perkhidmatan cemerlang kepada rakyat," katanya pada sidang media selepas Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wong See Meng mengumumkan nama calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil itu di Dewan Suarah di Sibu, hari ini.

Beliau berkata, setiap pilihan raya kecil amat penting kepada BN "untuk menilai tahap penerimaan rakyat dan menghargai semua yang ia (BN) telah lakukan".


"Dan kami tidak pernah menganggap mana-mana pilihan raya kecil sebagai mudah untuk dimenangi. Sibu juga tidak terkecuali dengan lebih 50,000 pengundi yang tinggal berselerak di kawasan yang luas ini.

"Kami telah gerakkan semua jentera pilihan raya di setiap peringkat. Saya telah arahkan jentera pilihan raya pusat bergerak secara efisien. Mereka tidak harus terhalang oleh mana-mana masalah dalaman," katanya.

Muhyiddin berkata, tempoh seminggu akan datang adalah amat kritikal dan penting.


"Kami tahu apakah isu yang akan dieksploitasi oleh pembangkang. Kami akan memberikan penjelasan secara baik dan bukannya "menyerang balik" demi pengundi yang kurang jelas mengenai isu berkenaan.

"Saya juga telah turun padang. Terdapat perkara-perkara tertentu yang kami perlu teliti. Kami akan merumuskan perancangan lebih baik demi kebaikan rakyat tanpa mengira siapa dan di mana mereka. Sibu masih boleh membangun dan makmur," katanya.

Muhyiddin berkata, BN tidak gentar berdepan dengan pakatan pembangkang dalam pilihan raya kecil di negeri ini kerana ini bukan kali pertama.


"Kami bertanding dengan mereka di (pilihan raya kecil) Batang Ai dan kami menang. Bagi saya ini menunjukkan konsep BN masih diterima kerana ia sesuai bagi semua kaum," katanya.

Muhyiddin juga menekankan bahawa sokongan semua kaum dan bukannya Bumiputera saja adalah penting kepada BN untuk menang.

"Pengundi adalah "raja" dalam semua pilihan raya. Kita perlu tahu bagaimana untuk memenuhi keperluan mereka tanpa mengira kaum dan agama," katanya ketika ditanya jika BN masih perlu bergantung kepada Bumiputera untuk menang di Sibu.

Sementara itu, ketika ditemui selepas sidang media itu, calon BN, Robert Lau Hui Yew, 48, berkata beliau yakin untuk menang.

Pada pilihan raya kecil itu, beliau ditentang calon DAP, Wong Ho Leng, 50, dan calon Bebas, Narawi Harun, 60, bekas tentera dan kini ahli perniagaan.

NOTA KAKI: Yang menariknya dalam pilihan raya kecil Sibu ni calon DAP yang bertanding,Wong Ho Leng juga menyokong gagasan 1Malaysia yang diasaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seorang teman yang berada di pusat penamaan calon memberitahu, Wong turut menunjukan satu jari sebagai lambang 1Malaysia yang diperkenalkan.

Dengan perkembangan itu jelas lah Wong juga mewakili parti Pembangkang seperti PRK dan PAS lebih berminat dengan BN.

Mari kita lihat gambar di atas ni, betul betul...dan jawab sendiri.