Jumaat, 22 Mac 2013

RAFIZI KANTOI LAGi..MEMALUKAN!

Individu yang dikaitkan dengan Papa Gomo, Wan Muhammad Azri Wan Deris menafikan dirinya adalah blogger pro-Umno seperti yang didakwa oleh PKR, semalam. Sebaliknya, Wan Muhammad Azri menegaskan beliau adalah Ketua Eksekutif KL POS Media & Production Sdn Bhd. “Saya nak maklum bahawa nama saya adalah Wan Muhammad Azri Wan Deris, kad pengenalan 8301210350** dan merupakan Ketua Eksekutif KL POS Media & Production Sdn Bhd. “Saya tegaskan di sini bahawa saya bukan blogger Papa Gomo seperti didakwa pembangkang,” katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam. Wan Muhammad Azri turut menafikan dakwaan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bahawa beliau pernah menjadi pengundi hantu kerana beliau belum pernah mengundi sebelum ini. “Macam mana (boleh jadi) pengundi hantu sedangkan saya belum pernah mengundi lagi. PRU12 (Pilihan Raya Umum ke-12) saya belum ada kesedaran untuk mengundi. “Sekarang, saya daftar mengundi di Parlimen Wangsa Maju dan tidak pernah mendaftar untuk mengundi di mana-mana tempat selain Wangsa Maju,” katanya. Petikan Sinar Harian.

Papa Gomo dipukul !

Akibat daripada pendedahan Utusan Malaysia hari ini, "Anwar Ibrahim Saman Papagomo RM100juta" dan paparan wajah blogger yang disyakki Papagomo, baru tadi aku terima berita bahawa Gomo dipukul oleh seseorang di Segambut. Menurut Gomo, 2 lelaki yang menaiki motorsikal berkuasa besar itu tiba-tiba menghampiri dan salah seorang daripada mereka tanpa bercakap apa2 memukul beliau dari belakang. Akibat daripada itu, beliau mengalami pendarahan kecil di kepala, dan menerima rawatan di HKL. Kejadian tersebut dipercayai ekoran daripada pendedahan blogger Papagomo dalam blog beliau berkaitan pendedahan salah laku sex Anwar Ibrahim. Weiii Nuar, yang kau belasah tu betul ke Papagomo??? Baca seterusnya di blog Tok Guru86