Khamis, 14 Februari 2013

KADAZANDUSUN DESAK ANWAR MINTA MAAF

Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) mendesak permohonan maaf daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Ranau dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyentuh sensitiviti dan kesucian adat masyarakat Kadazandusun di Sabah. Ketika membuat gesaan itu, Setiausaha Agung KDCA Suman Yasambun berkata gelaran ''Huguan Siou'' yang bermaksud ''Pemimpin Agung'' secara eksklusif dikhaskan dan diberi kepada seorang pemimpin Kadazandusun Murut. Oleh itu, katanya jika benar seperti dilaporkan media baru-baru ini bahawa PKR Ranau memberi atau mengisytiharkan Anwar sebagai Huguan Siou Malaysia, tindakan itu menyalahi budaya dan tersasar daripada amalan serta tradisi lazim Kadazandusun.
"Ia menghina dan menyinggung perasaan kaum Kadazandusun. Hakikatnya ini adalah tindakan yang akan menguatkuasakan hukum ''solupi'', iaitu membawa sumpahan terhadap seseorang atau mereka yang merampas struktur kepimpinan sedia ada dalam lingkungan komuniti Kadazandusun, terutamanya dalam hubungan dengan institusi Huguan Siou," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Suman berkata ''Huguan Siou'' adalah institusi yang merangkumkan semangat perpaduan, keberanian dan keazaman KDM. "Beliau adalah penjaga adat, norma, artifak dan tradisi KDM yang dirayakan setiap tahun menerusi Hari Kaamatan," katanya. KDCA merangkumi dan mewakili 40 kumpulan etnik di Sabah. Sementara itu, Presiden Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata saga Huguan Siou menunjukkan Anwar jahil tentang budaya pelbagai kumpulan etnik di Sabah. "Beliau (Anwar) hanya berminat dengan kuasa politik dan menghina masyarakat Sabah. Bagaimana masyarakat Sabah mahu mempercayai beliau?," katanya. Dalam hubungan ini, Salleh berkata Anwar perlu memohon maaf secara terbuka kepada kaum Kadazandusun di negeri ini. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun berpendapat gelaran Huguan Siou dianggap ''suci'' oleh komuniti KDM dan hanya boleh diberi kepada kalangan komuniti berkenaan. Beliau berkata Malaysia sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, agama serta budaya dan rakyatnya perlu saling menghormati sensitiviti adat dan budaya satu sama lain. "Orang yang memberi gelaran ini mungkin cuba meraih kepentingan politik tetapi orang yang menerimanya pula sama ada jahil atau memang tidak sensitif. Bagaimanapun perkara ini tidak dapat diterima daripada seseorang yang berpengalaman dalam politik dan kerajaan seperti beliau," katanya. Beliau berkata gelaran Huguan Siou tidak seharusnya digunakan sebagai alat politik untuk memenuhi agenda seseorang. "Tanpa mengira perbezaan hubungan politik dan perselisihan dalam banyak perkara, masyarakat Sabah mesti bersatu dalam mengiktiraf serta menghormati warisan dan adat budaya kita," katanya. Masidi, yang berasal dari Ranau, berkata sebarang tindakan yang dianggap memperkecilkan institusi Huguan Siou adalah satu tindakan memperkecilkan warisan budaya Sabah, dan menambah agenda politik perlu sentiasa memberi laluan dengan mengutamakan kepentingan masyarakat Sabah. Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk VK Liew berkata hanya ada seorang sahaja Huguan Siou di Sabah iaitu Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. Beliau berkata pengisytiharan Anwar sebagai Huguan Siou adalah penghinaan kepada komuniti KDM di Sabah.

PAS PILIH MAJLIS SYURA ATAU PAKATAN PEMBANGKANG

Beria-ia benar Pas melalui Ketua Dewan Ulamanya, Datuk Harun Taib mahu membuktikan kepada umum bahawa parti itu lebih mengutamakan keputusan Majlis Syura Ulama Pas sama ada dalam isu kalimah Allah s.w.t mahupun berkenaan isu terbaru mengenai siapa yang layak menjadi Perdana Menteri sekiranyaa PR menang PRU 13. Dalam kenyataan terbarunya, Harun Taib berkata siapa sahaja tidak berhak campur tangan hal ehwal dalaman Pas khususnya membabitkan Majlis Syura termasuklah DAP, sekalipun parti cauvinis Cina itu dan Pas berada dalam gabungan rapuh, PR. Itu respons rasmi Pas terhadap kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang bangkit menegaskan bahawa bakal PM dari PR tetap Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan segala cakap-cakap mengenai bangkangan dari Majlis Syura Pas hanyalah spekulasi murahan sahaja. Kenyataan Karpal itu memang menghina kedudukan Majlis Syura Ulama Pas di mata umum, tapi sudah hakikatnya sebegitu. Pas sebenarnya sedang tersepit di antara prinsip bersama PR dan dasar Majlis Syura Ulama Pas, mana satu yang wajib menjadi keutamaan. Pilihan yang rumit, tapi sebetulnya tidaklah sesukar mana untuk diputuskan sekiranya Pas memiliki jati diri dan berpegang teguh pada dasar perjuangannya yang asal. Apa yang diperkatakan oleh Karpal ada merit dan ada kewajarannya memandangkan sekian lama sudah menjadi pengetahuan umum, Anwar adalah calon rasmi sebagai PM sekiranya PR berjaya mengalahkan BN. Dan patutnya tiada sebab untuk Pas membangkangnya, hatta Majlis Syura Ulama Pas juga tidak layak untuk menidakkan keputusan muktamad PR itu. Tapi bukan juga satu rahsia pun, bukan sahaja di kalangan ahli Majlis Syura Ulama Pas malah sesetengah pemimpin Pas yang lain juga kurang bersetuju dengan keputusan meletakkan Anwar sebagai calon PM. Ini bukan masalah baru sementelah lagi desakan demi desakan di peringkat akar umbi lebih serasi untuk melihat Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang dicalonkan sebagai PM. Namun demikian, pada siapa Pas mahu menipu, walhal umum mengetahui status Pas dalam PR hanyalah sekadar balaci yang tidak mempunyai prinsip dan jati diri yang teguh, melainkan terbukti sering kali tunduk pada kemahuan DAP yang mendominasi arah tuju gabungan pembangkang itu. <
b>Pas berlakon sehebat mana pun, hakikatnya Pas adalah sebahagian dari PR. Ke kiri PR menongkah arus, ke kirilah tempiasnya pada Pas. Ke kanan PR mengiring, ke kananlah Pas turut sama di badai ombak. Lainlah jika Pas yang mendominasi PR maka tentunya senario akan berbeza, tapi kemungkinan ini amat-amat mustahil berlaku.
Dah namanya hidup sepakatan dan sudah sekian lama berjanji membawa bahtera PR mengikut hala tuju sebagaimana diputuskan secara rasmi, maka wajiblah Pas patuh dan wala’ pada persetujuan yang telah dibuat. Suka atau tidak, Pas perlu mengikut sahaja selagi parti itu kekal dalam PR. Sebagaimana dalam isu kalimah Allah s.w.t di mana PR tetap kekal dengan keputusan bersama yang sebulat suara dicapai di antara DAP, PKR dan Pas sekalipun selepas itu Pas kelihatan seperti mahu mengikut kehendak Majlis Syura Ulamanya, namun hingga kini PR secara rasmi menyokong penggunaan kalimah Allah s.w.t untuk dinukilkan dalam kitab Bible. Itu sudah lebih dari cukup membuktikan Pas kekal sebagai balaci dan Majlis Syura Ulama Pas pula tidak lebih sekadar tin kosong yang diketuk bertalu-talu untuk mengalih pandangan ahli dan penyokong Pas dari menyedari hakikat kedudukan sebenar Pas dalam PR. Kini bila timbul semula isu siapa yang layak menjadi PM di kalangan pemimpin utama PR, pusing kot mana pun sudah muktamad bagi PR hanya Anwar Ibrahim sahaja yang layak. Baik Harun mahupun Pas sendiri buat apa nak peningkan kepala marah-marahkan Karpal Singh atau mana-mana pemimpin DAP sekali pun, tiada gunanya. Karpal ada hak untuk mengkritik Pas selagi mana Pas kekal dalam PR. Sekiranya Pas benar-benar mahu memartabatkan kembali peranan Majlis Syura Ulama yang kononnya adalah tunjang kekuatan parti itu, seeloknya sudah lama Pas keluar dari PR sebagai bukti parti itu mengutamakan Majlis Syura Ulamanya.Sumber UMNO ONLINE

GUAN ENG PENGHASUT PERSEMBAHAN PSY..

Guan Eng merupakan agen subversif yang amat licik dan seringkali berselindung di sebalik undang-undang negara ini. Dia bijak mengambil kesempatan, terutama sekali dengan sikap sambil lewa dan terbuka masyarakat majoriti Malaysia. Dia juga bijak menggunakan kesempatan untuk mempromosikan dirinya dan parti yang diwakilinya iaitu DAP sebagai mangsa keadaan sekalipun sebenarnya dia dan partilah yang telah memangsakan rakyat Malaysia. Justeru, tidak hairanlah dia galak mempromosi budaya saman mana-mana media yang dirasakan telah mencabar integritinya. Dengan kebijaksanaan munapulatif, akhirnya keputusan saman, banyak berpihak kepadanya dan media terutama sekali UTUSAN MALAYSIA kemudiannya dicop sebagai pembuat fitnah. Bagaimanapun, Lim Guan Eng hanya berani menyaman media bercetak, tidak media elektronik kerana dia sedar, media elektronik lebih bersifat merakam, mengarkib dan menyimpan bahan bukti sebelum penyiaran dilakukan.
Persembahan artis Korea Selatan yang terkenal di seluruh dunia di Sekolah Cina Hian Chiang, sememangnya telah menyerlahkan sikap subversif Lim Guan Eng. Beberapa hari sebelum kedatangan artis tersebut, Guan Eng telah menyeru para penyokong Pakatan Rakyat, khususnya dari bangsa Cina agar melakukan provokasi dalam lautan manusia itu dengan memakai baju kuning, merah, hijau dan oren.
Mungkin bagi kebanyakan orang, baju sahaja tidak akan mendatangkan sebarang kesan provokatif. Bagaimanapun, sedar dengan tanggapan itulah, Guan Eng memilih elemen yang paling halus dan paling tidak menimbulkan syak serta dipandang remeh untuk melakukannya. Kalaulah bukan kerana kekalahan Parti Komunis Malaya dan kegagalan DAP pada kempen 13 Mei 1969, tentunya dia tidak akan teragak-agak untuk menyuruh para penyokong Pakatan Rakyat untuk menghadiri program berkenaan dengan senjata berat atau senjata tajam. Tetapi senjata berelemen halus itulah yang telah berjaya menjadikan Lim Guan Eng sebagai TOK PEKONG BARU DAP dan Pakatan Rakyat. Agak menarik ialah apabila Guan Eng sedar saranannya kurang berkesan dan sambutan yang diberikan kepada usulnya tidak begitu hangat, akhirnya Ketua Menteri Pulau Pinang itu memilih untuk melakukan sesuatu yang tidak dilakukannya, walaupun acara tersebut merupakan salah satu daripada kejutannya untuk menimbulkan kontroversi, polemik dan melindungi objektif perbuatannya. Provokasi yang dilakukan oleh penyokong-penyokong DAP di pintu masuk Sekolah Hian Chiang dengan cara membaling nasi dalam bekas polistrin kepada Perdana Menteri tetapi digagalkan oleh batang tubuh orang ramai, balingan mercun kepada Perdana Menteri di Gurney kemudiannya dikemuncakkan dengan perlakuan seorang penyokong DAP yang bekerja di Singapura tetapi berasal dari Pulau Pinang yang menunjukkan isyarat lucah kepada konvoi DYMM Raja Permaisuri Agong. Lim Guan Eng tidak berada dalam acara persembahan artis Korea Selatan di Sekolah Hian Chiang. Sebaliknya dia berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, menyambut keberangkatan DYMM Raja Permaisuri Agong. Kejadian tunjuk isyarat lucah oleh LEONG PIE KOE juga berlaku ketika Lim Guan Eng berada di LTAB Bayan Lepas. Ketua Menteri Pulau Pinang itu tentu sangat berpuas hati apabila pihak berkuasa menahan dan membawa lelaki bernama LEONG PIE KOE itu ke balai polis untuk disoal siasat. Dia sengaja tidak membantu lelaki Cina tersebut kerana dia berharap, para penyokong DAP dan Pakatan yang lain akan membantunya menimbulkan sentimen perkauman dan provokasi melampau. macai2 Cubaan ke arah itu sedang dilakukan oleh pecacai-pecacai Pakatan meskipun mereka pada masa yang sama, masih lagi mencari-cari alasan yang terbaik untuk menafikan kes penangkapan LEONG PIE KOE itu. Mungkin sudah dapat mengagak apakah yang akan dibangkitkan oleh pemain-pemain media pro-Kerajaan, Lim Guan Eng ke Kedah pula. Lebih tepat lagi ke Alor Star di mana pengundi Melayu adalah penentu kepada indeks pencapaian DAP. DAP masih berusaha untuk mendapatkan beberapa kerusi di Kedah kerana beranggapan mereka sudah cukup kuat dan PAS pula perlu sentiasa tunduk dan akur dengan kehendak mereka. Walaupun kejadian di LTAB Bayan Lepas masih belum diperkatakan secara meluas di Kedah di mana DYMM Sultanah Kedah adalah mangsa kepada ‘pertunjukan isyarat lucah’ penyokong DAP dengan kehadiran Lim Guan Eng, namun hakikatnya, Lim Guan Eng cuba membersihkan namanya di Alor Star walaupun tidak diminta. Ketika berceramah dalam KARNIVAL SAMBUTAN TAHUN BARU CINA di Star Walk, Lim Guan Eng menuduh pemain-pemain media pro-UMNO dan Kerajaan cuba mengotorkan imejnya dengan melakukan serangan bertali arus terhadap dirinya. Lim Guan Eng cuba meraih simpati tetapi pada masa yang sama, dia cuba menafikan kononnya insiden tunjuk isyarat lucah di LTAB Bayan Lepas itu melibatkan dirinya. Dan sekali lagi kemelut sebenar atau lebih tepat lagi krisis dalaman DAP di mana Lim Guan Eng cuba disisihkan oleh DAP Pulau Pinang pada PRU13 nanti, tidak diperkatakan sebaliknya yang diperkatakan adalah insiden tersebut. Sekali lagi Guan Eng selamat dan berjaya dalam tugasannya melakukan pengalihan isu sekaligus mengekalkan sokongan masyarakat Cina kepadanya dan DAP.