Isnin, 25 Mac 2013

KEHILANGAN BESAR BUAT NEGARA

Semasa hidupnya, beliau mungkin tidak pernah mendapat pendidikan formal dari Timur Tengah atau Universiti Al-Azhar yang tersohor di Mesir, namun tidak mungkin ada sesiapa pun dapat menafikan ketinggian ilmu dan segala jasa serta pengorbanannya di dalam bidang dakwah di rantau ini. Beliau yang saya maksudkan ialah Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, seorang ilmuan atau ulama terkenal negara yang meninggalkan kita buat selama-lamanya. Beliau meninggal dunia di kediamannya di Taman Duta, petang tadi, Al-Fatihah. Allahyarham mesra disapa dengan panggilan Ustaz sahaja. Kezuhudan dan akhlak anak kelahiran Kampong Telok, Panji, Kota Bharu, Kelantan itu membuatkan beliau sangat dihormati dan disegani oleh seluruh umat Islam di rantau Asian Tenggara. Ustaz Muhammad dilahirkan pada 1 Februari 1943. Mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu, sebelum memasuki Special Malay Class di Sekolah Sultan Ismail, yang kemudiannya dinaik taraf menjadi Maktab Sultan Ismail (Sultan Ismail College) hingga ke Tingkatan 5. Beliau kemudian mengambil Higher School Certificate (HSC) di Maktab Sultan Abdul Hamid, atau lebih dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH), sebuah kolej yang melahirkan dua Perdana Menteri ulung negara, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Dr Mahathir Mohammad. Allahyarham kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Fakulti Pengajian Islam di Universiti Malaya untuk mendapat ijazah sarjana muda dan meneruskan pengajian di universiti berkenaan sehingga ke peringkat ijazah sarjana sambil bekerja sebagai tutor di situ pada tahun 1969. Pada tahun 1973, beliau memutuskan untuk berhenti menjadi pensyarah di UM dan kembali ke kampung halamannya di Kelantan untuk memberi fokus pada minatnya iaitu menulis buku agama sambil berdakwah ke jalan Allah SWT. Beliau pernah menterjemah Al-Quran Al-Karim dan menghuraikan maksud kalamullah. Malah buku-bukunya seperti “Fathul Mu’in, terjemahan dan Huraian Maksud” dan “Islam, Peribadi, Tarbiah dan Institusi” pernah diterbitkan Majlis Agama Islam Kelantan. Semasa hayatnya diabdikan pada bentuk penulisan ke jalan Allah SWT itu, dilaporkan bahawa beliau telah menghasilkan ratusan buah buku ilmu dan dakwah mengenai Islam serta tersebar di seluruh dunia, khususnya di Malaysia. Maka tidak hairanlah apabila Ustaz Muhammad Uthman kemudiannya dikurniakan anugerah Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D. Litt.) dari USM kerana jasa usaha dan penulisannya yang syumul dalam pemikiran Islam serta gerakan dakwah di negara ini. Setelah itu, beliau telah menerima gelaran ijazah kehormat Doktor Falsafah (Ph.D), Universiti Utara Malaysia. Dr. Muhammad Uthman pernah dilantik sebagai Felo Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sejak 1995 hingga 2008 dan perlantikannya itu kemudiannya disambung semula hingga 2010. Jawatan terakhri yang disandang beliau adalah Felo Amat Utama Akademik ISTAC di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Karyawan, juga pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama UiTM. Menariknya tentang Allahyarham, beliau pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah bagi tahun 2005 dan pernah menjawat jawatan Profesor Adjung Pengajian Islam Universiti Petronas. Diantara jasa beliau semasa hayatnya, Dr. Muhammad Uthman begitu konsisten, tegas dan sering mempersoalkan tentang fahaman sesat, Pluralisme, yang dipercayai disebarkan oleh Anwar Ibrahim melalui Insititut Kajian Dasar (IKD). Menurut ulama terbilang itu, Pluralisma perlu dibanteras segera dari terus menular di kalangan rakyat dan memfatwakan fahaman tersebut sebagai sesat. Ketegasan beliau pernah ditegaskan di sebuah majlis anjuran Mykmu.net tidak lama dulu. Sebagai seorang “pelajar tidak formal” kepada Ustaz Muhammad Uthman, saya merasakan pemergian beliau adalah satu kehilangan besar pada umat Islam di negara ini. Selain itu, sebagai seorang tokoh ilmuan yang sering dijemput ke program-program anjuran Mykmu.net sebelum ini, saya percaya kehilangan beliau yang fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan Arab itu sangat dirasai oleh kami. Justeru itu, saya memunajatkan doa kepada Allah SWT supaya mencucuri rahmatNya kepada Allahyarham Dr Muhammad Uthman dan semoga rohnya ditempatkan bersama para syuhada, para solihin, para sahabat dan anbiya’ RA. Semoga damai beliau disana… Amin.

Pemegang Rahsia Besar Anwar Bocorkan Perjanjian Anwar dan Nur Misuari!!!

Raja Petra Kamarudin atau RPK merupakan insan yang menggerakkan Free Anwar Campaign (FAC) untuk membebaskan Anwar dalam penjara. RPK juga merupakan orang yang terpenting sebagai pakar propaganda Anwar yang membantu pembangkang menafikan 2/3 kerusi Parlimen dalam PRU 2008. Daripada RPK juga cerita mengenai skandal kapal selam, Altantuya dan juga Khairy Chronicles yang mencipta persepsi bahawa Kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang teruk di bawah kepimpinan Tun Abdullah. Pendek kata, apa yang ditulis oleh RPK ketika itu merupakan perancangan daripada Anwar Ibrahim dan sebahagian dari perancangan besar Anwar ada di tangan RPK. Ianya didedahkan sendiri oleh RPK dalam temubualnya. Apa yang menariknya, dalam kes Lahad Datu, RPK mula membongkar satu demi satu rahsia Anwar dan kaitannya dengan Nur Misuari. Yang terbaru, RPK mendedahkan penerbangan yang digunakan oleh Anwar untuk berjumpa dengan Nur Misuari iaitu MH704 ke Manila. On 16th July 2012, Opposition Leader Anwar Ibrahim flew to Jakarta to meet Nur Misuari -- who is very close to Anwar since the days when Anwar was in the government -- and the military commanders of the MNLF. The meeting was held in the Crowne Plaza Jakarta hotel and was arranged by an Indonesian Member of Parliament -- another close friend of Anwar -- at the behest of Anwar. A second meeting was held in Manila on 4th August 2012 to finalise and seal the agreement. Anwar flew to Manila on flight MH 704 and if you were to check these flight details you can confirm that Anwar did make this trip, as he did the trip to Jakarta just two weeks or so earlier. In that meeting, Anwar told Misuari that he needs the latter’s help to win the coming general election. Pakatan Rakyat was confident of winning at least 82-85 of the 165 seats in West Malaysia. It was the 57 seats in Sabah, Sarawak and Labuan that he was not confident of winning. Baca seterusnya di sini : http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/55331-the-untold-story-of-the-lahat-datu-incident MyMassa kongsikan juga pendedahan dari blogger Sabah, Apa Yang Tersirat, bagaimana rancangan dengan Nur Misuari boleh gagal. Tujuan Anwar Mahu menang PRU-13. Di Semenanjung Anwar yakin boleh menang antara 82-85 daripada 165 kerus; namun bagi Sabah dan Sarawak yang mempunyai 57 kerusi Anwar perlu sekurang-kurangnya 30, untuk membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah. Menurut Anwar, pertambahan kerusi PR akan berlaku selepas itu, melalui melompatnya para MP Bn. Disebabkan Anwar sukar mendapat kerusi yang diinginkan, maka bantuan Nur Misuari diperlukan untuk mempengarui pengundi asal Filipina yang telah menjadi warganegara dan boleh mengundi. Keuntungan Bagi Nur Misuari Disebabkan Sabah dan Sarawak akan diberikan kuasa autonomi dan pertambahan bayaran royalti minyak sebanyak 15% daripada 5%, maka kedua negeri itu mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM4bilion setahun hanya daripada minyak; ertinya peluang pekerjaan akan banyak. Rakyat Filipina yang menyokong Nur Misuari akan diberikan kerakyatan, atau sekurang-kurangnya penduduk tetap, sehingga memudahkan mereka berkerja. Bagimana Perjanjian Ini Dimuktamadkan? Anwar berlepas ke Jakarta pada 16 Julai dan pada 17 Julai 2012 berjumpa dengan Nur Misuari di Hotel Crown Plaza atas aturcara seorang ahli Permasyuarat Rakyat Indonesia (MPR) kawan rapat Anwar. Kemudian Anwar berlepas ke Manila pada 4 ogos 2012 dengan menaiki pesawat MAS MH704 untuk memuktamdkan perjanjian. Laporan Yang Menyokong Perjanjian ini Penasihat Kiram Saycon mengakui bahawa sebenarnya rancangan menduduki Sabah bermula sejak ogos 2012, namun dilambatkan dan disesuaikan dengan pembubaran Parlimen Malaysia. Menurut risikan Anwar, Parlimen Malaysia akan dibubarkan pada 28 Februari, dan PRU-13 akan berlangsung dua minggu kemudian, iaitu antara 23-24 Mac sempena cuti sekolah. Atas sebab itu perancangan rapi bermula sejak Januari sehinggalah ke minggu pertama bulan Februari. Para pengikut Nur Misuari yang menggunakan Nama Jamalul Kiram III menyusup ke Sabah secara berperingkat, dan menjadikan Semporna sebagai Markas utama mereka. Para pengikut Nur Misuari/ Jamalul kiram III menyusuan perancangan termasuk membeli sembilan buah rumah di Kg Sri Jaya Simunul, dan turut membina pondok di Kg Tanduo, Tanjing Labian dan Tanjung Batu.

NIAT DAP UNTUK BUNUH MCA- SHAHRIL

Tindakan DAP menghantar ramai pemimpin besarnya ke Johor untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) hanyalah untuk satu tujuan iaitu “membunuh” MCA di negeri kubu kuat Barisan Nasional (BN) ini, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad. Anggota parlimen Johor Baharu itu berkata, DAP berharap apabila ia berjaya “membunuh” MCA pada PRU13, parti pembangkang itu akan diangkat sebagai wakil tunggal kepada masyarakat Cina di Johor. “Ini tujuan DAP sebenarnya, untuk mengalahkan MCA dan jikalau mereka berjaya, mereka akan mengubah suasana politik di Johor berasaskan kepada politik perkauman,” kata Shahrir mengulas merasmikan jentera PRU13 Puteri, Pemuda dan Wanita BN baru-baru ini. “Adakah ini yang dimahukan oleh masyarakat Cina di Johor?” Menurutya, DAP mahu melakukan perkara yang sama sebagaimana dilakukan parti pembangkang itu di Pulau Pinang pada pilihan raya umum lepas — “membunuh” parti Gerakan di negeri pulau itu. Walaupun DAP mendakwa ia sebuah parti pelbagai kaum, tetapi parti pembangkang itu hanya bertanding di kawasan majoriti pengundinya kaum Cina dan hanya menentang calon BN daripada parti MCA, kata Shahrir baru-baru ini ketika mengulas tindakan DAP memindahkan pemimpinnya bertanding di Johor. DAP yang berhasrat menjadikan Johor sebagai medan utamanya pada PRU13, memutuskan untuk meletakkan penasihatnya Lim Kit Siang sebagai calon di kawasan parlimen Gelang Patah. Parti pembangkang itu juga berhasrat meletakkan pakar strateginya, Liew Chin Tong, yang juga merupakan anggota parlimen Bukit Bendera, sebagai calonnya di Johor dengan kemungkinan besar kerusi parlimen Kluang menjadi pilihan. Anggota parlimen Johor Baharu itu berkata terdapat juga spekulasi pengerusi DAP Karpal Singh akan bertanding di Johor pada PRU13 ini, untuk kerusi parlimen Kulai yang kini disandang bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting. Shahrir juga tidak menolak kemungkinan setiausaha agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bertanding di Johor memandangkan beliau dilahirkan di Johor Baharu. Parlimen Kluang yang menjadi sasaran DAP kini disandang Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung, manakala parlimen Gelang Patah diwakili Tan Ah Heng. Masyarakat Cina di Johor, kata Shahrir, perlu bertanya diri sendiri sama ada mereka mahukan DAP dan pembangkang untuk mempolitikkan semua perkara daripada pendidikan Cina kepada rumah ibadat dan agama, sebagaimana dilakukannya kini. Berlainan dengan pembangkang, BN, katanya, tidak mencampuri urusan sekolah-sekolah Cina sebaliknya menyerahkan pengurusan kepada persatuan Tionghua, sama seperti yang dilakukan dalam pengurusan hal ehwal agama. “DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mempolitikkan semua perkara,” kata Shahrir. “Masyarakat Cina, Melayu dan India di Johor perlu bertanya sama ada ini baik untuk masa depan di Johor dan Malaysia.” Mengenai kemungkinan PKR meletakkan bekas Panglima Tentera Darat Jen (B) Tan Sri Hashim Hussein sebagai calon mereka di kawasan parlimen Johor Baharu, Shahrir berkata apa yang lebih penting ialah sokongan pengundi, bukan calon. — Bernama