Sabtu, 22 Mei 2010

Kemelut MIC perlu diselesaikan-PM



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berharap kemelut dalaman MIC, satu daripada parti komponen Barisan Nasional (BN), dapat diselesaikan.

Najib yang juga Pengerusi BN, berkata kemelut itu semakin hangat kerana ramai di kalangan pemimpin parti terbesar kaum India itu berpendapat perlunya berlaku perubahan dalam kepimpinan tertinggi parti.

Beliau berkata, apa yang penting adalah MIC sebagai parti komponen BN perlu memainkan peranan untuk meyakinkan rakyat supaya menyokong parti pemerintah.

“Perkara ini harap dapat diselesaikan oleh MIC,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Aero Mall dan Bandar Lapangan Terbang Senai di Lapangan Terbang Senai di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai kemelut dalaman MIC yang menyaksikan Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan, dipecat berikutan desakannya supaya Presiden parti, Datuk Seri S Samy Vellu, melepaskan jawatannya.

Di Kuala Lumpur, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pihak supaya jangan menimbulkan isu baru dan berpecah ketika BN sedang mengukuhkan parti.

NOTA KAKI: Krisis y ang berlaku dalam MIC bukan perkara baru, ia sudah lama perpanjangan malahan tsunami politik dalam pilihan umum lalu juga didorong oleh apa yang berlaku dalam parti itu.

Bagaimanapun sehingga hari ini, pemimpin parti itu tidak sedar dengan apa yang berlaku dan masih mengakui peranan mereka yang menyatukan masyarakat india di negara ini sedangkan realitinya masyarakat india juga sudah bosan dengan tingkah laku itu.

Sepatutnya pemimpin utama parti itu tidak harus berdolak dalih dan sudah sampai masanya untuk mencari jalan keluar yang elok dan tak perlu memberi pelbagai alasan lagi.

Ini kerana apa yang berlaku dalam parti itu bukan sahaja memjejaskan mereka sahaja, malahan turut menjejaskan kompenan Barisan Nasional dan nasihat Pengerusi BN itu harus di ambil kira.

Jangan sampai dah menjadi bubur baru nak bertindak. Rakyat sudah semakin bosan dengan gelagat pemimpin yang tak sedar diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan