Ahad, 17 Mac 2013

JANGAN TERTIPU JANJI PEMBANGKANG-TPM

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan masyarakat Wilayah Persekutuan agar tidak tertipu dengan janji yang ditabur parti pembangkang melalui manifesto yang diumumkan baru-baru ini. Timbalan Perdana Menteri berkata janji dibuat pembangkang semasa pilihan raya umum 2008 juga masih banyak yang tidak tertunai seperti pemberian bantuan kepada ibu tunggal dan air percuma. “Rakyat jangan tertipu dengan janji yang dibawa Pakatan Rakyat. Walaupun apa yang disebut itu menarik, tetapi apa yang dijanjikan pada pilihan raya umum 2008 pun tidak tertunai sehingga ada rakyat di Selangor bawa kes ke mahkamah. “Bagi rakyat Malaysia yang sudah tahu kepentingan keamanan, keselamatan dan perpaduan, bukti telah ditunjukkan Barisan Nasional (BN). Hanya BN yang mampu teruskan perjuangan bantu rakyat menjadi negara maju pada tahun 2020,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Rakyat 1Malaysia dan pelancaran Gelombang Biru Wilayah Persekutuan di depan kira-kira 50,000 anggota parti komponen Barisan Nasional di Bandar Tun Razak semalam. Turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden PPP Datuk Seri M.Kayveas, Timbalan Pengerusi BN Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan MIC Datuk M.Saravanan. Muhyiddin berkata sebab lain janji pembangkang perlu ditolak adalah seorang pemimpin kanan mereka juga pernah membuat kenyataan bahawa manifesto pilihan raya bukanlah suatu perjanjian yang perlu ditunaikan. Muhyiddin berkata beliau turut mendapat maklum balas bahawa isi kandungan manifesto pembangkang tidak dipersetujui golongan profesional termasuk ahli perbankan. “Mereka kata jika inilah manifesto pembangkang, lebih baik sokong BN,” katanya. Sementara itu, beliau menyeru jentera BN di Wilayah Persekutuan agar mempertingkat usaha untuk merampas semula kawasan di Parlimen itu yang ‘terlepas’ ke tangan pembangkang pada 2008. “Kita nak tebus kekalahan, kembalikan kepada BN. Ini bukan mustahil. Saya percaya semangat terus membara. Jangan berhenti berusaha, jangan tidur, jangan buat masalah baharu. Sokong calon 100 peratus, insya-Allah akan menang besar,” katanya.

DR ASRI TOLAK TAWARAN JADI CALON PKR

Tokoh agama terkenal Datuk Dr Asri Zainul Abidin, yang diura-urakan bertanding atas tiket PKR, kemungkinan besar tidak jadi dicalonkan oleh parti tersebut. Sumber-sumber PKR memberitahu media, Dr Asri dianggap tidak serius untuk bertanding selepas pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dua minggu lepas. Pada masa yang sama, Dr Asri sendiri dikatakan sudah membuat keputusan muktamad dengan menolak tawaran itu walaupun dijanjikan kerusi timbalan ketua menteri Pulau Pinang. Sumber-sumber PKR memberitahu, parti itu mahukan komitmen segera daripada bekas mufti Perlis itu kerana pembubaran Parlimen dijangka diumumkan penghujung bulan ini. Difahamkan tawaran kerusi timbalan ketua menteri itu dibuat oleh Ketua Pembangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri dalam pertemuan empat matanya dengan ulama muda itu sebelum ini. Dr Asri sendiri malam tadi mendedahkan dalam mesej di akaun Twitternya tentang pertemuan dengan perdana menteri. Bagaimanapun butiran perbincangan di pertemuan kedua-duanya tidak dinyatakan dengan jelas sama ada berkaitan pencalonan dalam pilihan raya umum atau hal-hal lain. "Dua minggu lepas, YAB PM jemput saya ke pejabat beliau sendirian. Saya beri pandangan-pandangan saya dan beliau dengar dengan teliti. Saya hargai sikap itu," kata Dr Asri dalam twitnya. Sumber:utaranews.com

UMNO TAK TERLIBAT EDAR GAMBAR AKSI SONGSANG ANWAR

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menafikan penglibatan Umno dalam video aksi songsang memaparkan individu yang didakwa mirip seorang tokoh politik dengan pasangan lelakinya di sebuah hotel. Beliau berkata pembangkang sememangnya akan menyalahkan Umno berhubung video itu yang dimuat naik sebuah blog, rajagoyang360.blogspot.com. dan kemudiannya turut dipaparkan di beberapa blog lain. "Sebagaimana fikiran pembangkang segalanya kerja Umno termasuk insiden (pencerobohan pengganas Sulu di) Lahad Datu tetapi Umno tidak sehebat itu untuk mengatur segalanya. <
b>"Tak kan orang dalam bilik pun kita yang mengatur, kita tak ada masa nak pasang kamera dalam bilik orang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat Penceramah Penerangan Negeri Melaka di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akhbar The Star hari ini yang menafikan individu dalam video itu adalah dirinya sambil mendakwa ia perbuatan Umno. Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, rakyat boleh menilai sendiri siapa tokoh politik yang didakwa dalam video itu. "Tengok sendiri dan buat keputusan, jangan bantai (kutuk) sebelum tengok, tapi tengok dulu...kita serah kepada mereka untuk menilai sendiri," katanya. Sementara itu, Ahmad menyeru semua anggota Umno dan Barisan Nasional (BN) agar menanam keyakinan bahawa parti itu mampu mencapai kemenangan serta memperoleh majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13. Beliau berkata, keyakinan itu harus disandarkan pada kejayaan program dan dasar yang dilaksanakan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa ini. Malah, katanya, pembangkang tidak mempunyai sebarang kekuatan kerana gagal melaksanakan janji selain mempunyai pemimpin yang didakwanya terlibat dalam pelbagai skandal. Read more at http://brojinggo.blogspot.com/2013/03/umno-nafi-sebar-video-aksi-songsang.html#PIKyuXaISLZ1aHsL.99