Sabtu, 22 Mei 2010

Mugilan bantu kempen- Tengku Adnan




Ramai orang termasuk kalangan wartawan yang membuat liputan kempen pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor baru ini hairan dengan dakwaan Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu bahawa Timbalan Ketua Pemudanya, V.Mugilan sabotaj Barisan Nasional waktu itu.

Ini kerana tidak kedengaran langsung kisah beliau yang juga Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor ada menjalankan kegiatan seumpama itu sepanjang tempoh kempen.

Beliau hadir masa majlis pengumuman P Kamalanathan sebagai calon di markas BN dan juga semasa hari penamaan calon.Selain itu beliau diketahui ke sana sini membantu kempen.

Malah Sabtu, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang diminta oleh wartawan mengulas pemecatan Mugilan atas dakwaan itu juga menyuarakan rasa hairan.

Beliau turut menafikan Mugilan ada sabotaj BN dan sebaliknya banyak membantu kemenangan BN di Hulu Selangor.

"Mugilan tolong…Mugilan kempen," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Cawangan Bunga Anggerik di Presint 8 di Putrajaya Sabtu.

Tengku Adnan kesal dengan pemecatan Mugilan kerana melihat beliau seorang anak muda yang berpotensi menjadi pemimpin masyarakat India pada masa depajn.”Kenapa kita nak menidakan orang seperti ini,”ujarnya.

Beliau merasa pemecatan itu adalah tidak adil.

Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu bertindak memecat Mugilan atas dakwaan beliau sabotaj BN masa kempen pilihanraya kecil itu.

Difahamkan Samy Vellu tidak senang hati kerana sebelum pengumuman calon BN kebanyakan media telah highlight nama Mugilan sebagai salah seorang yang mungkin dipilih bertanding.

Pada ketika yang sama media melaporkan orang harapannya iaitu Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel tidak popular dikalangan orang Hulu Selangor.

Laporan-laporan berkenaan bukanlah dari kenyataan Mugilan tetapi dari pemantauan dan tinjauan media sendiri di Hulu Selangor.-Agendadaily.

Hendak seribu daya...



Kata orang, rezeki ada di mana-mana, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Ini satu pengalaman menarik yang harus ditauladani oleh generasi muda hari ini, dari berpeleseran di jalanan adalah lebih baik kepintaran yang ada digunakan ke jalan yang manfaat.

Nasi lemak hartamas, perniagaan yang diusahakan oleh anak muda yang masih belajar di pusat pengajian tinggi di ibu kota hanya mengunakan bonet kereta sebagai tapak jualan.

Dengan hanya RM 1.50 sahaja, dan menggunakan rangkaian Facebook juga, anak muda ini berjaya menjual di antara 60 hingga 100 bungkus setiap malam.

Nasi lemak yang "memang power" ini boleh di dapati setiap malam di depan hartmas square.

Tahniah buat, Muizz, semoga akan ada seribu lagi anak muda seperti anda...

Kemelut MIC perlu diselesaikan-PM



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berharap kemelut dalaman MIC, satu daripada parti komponen Barisan Nasional (BN), dapat diselesaikan.

Najib yang juga Pengerusi BN, berkata kemelut itu semakin hangat kerana ramai di kalangan pemimpin parti terbesar kaum India itu berpendapat perlunya berlaku perubahan dalam kepimpinan tertinggi parti.

Beliau berkata, apa yang penting adalah MIC sebagai parti komponen BN perlu memainkan peranan untuk meyakinkan rakyat supaya menyokong parti pemerintah.

“Perkara ini harap dapat diselesaikan oleh MIC,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Aero Mall dan Bandar Lapangan Terbang Senai di Lapangan Terbang Senai di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai kemelut dalaman MIC yang menyaksikan Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan, dipecat berikutan desakannya supaya Presiden parti, Datuk Seri S Samy Vellu, melepaskan jawatannya.

Di Kuala Lumpur, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pihak supaya jangan menimbulkan isu baru dan berpecah ketika BN sedang mengukuhkan parti.

NOTA KAKI: Krisis y ang berlaku dalam MIC bukan perkara baru, ia sudah lama perpanjangan malahan tsunami politik dalam pilihan umum lalu juga didorong oleh apa yang berlaku dalam parti itu.

Bagaimanapun sehingga hari ini, pemimpin parti itu tidak sedar dengan apa yang berlaku dan masih mengakui peranan mereka yang menyatukan masyarakat india di negara ini sedangkan realitinya masyarakat india juga sudah bosan dengan tingkah laku itu.

Sepatutnya pemimpin utama parti itu tidak harus berdolak dalih dan sudah sampai masanya untuk mencari jalan keluar yang elok dan tak perlu memberi pelbagai alasan lagi.

Ini kerana apa yang berlaku dalam parti itu bukan sahaja memjejaskan mereka sahaja, malahan turut menjejaskan kompenan Barisan Nasional dan nasihat Pengerusi BN itu harus di ambil kira.

Jangan sampai dah menjadi bubur baru nak bertindak. Rakyat sudah semakin bosan dengan gelagat pemimpin yang tak sedar diri.

GAS Mugilan untuk jatuhkan Samy



Bekas timbalan ketua pemuda MIC V Mugilan - yang baru dipecat - hari ini melancarkan gerakan besar-besaran, dinamakan GAS atau Gerakan Anti-Samy Vellu bagi menjatuhkan presidennya.

Menurut Mugilan, beliau akan memimpin perhimpunan melawan Samy Velly di Kuala Lumpur pada 30 Mei ini, kemudian diikuti di negeri-negeri lain.

Bercakap dalam sidang media di Petaling Jaya, Mugilan terus mengkritik kepimpinan Samy Velly yang didakwanya puca kegalan MIC dan masyarakat India.

Beliau menjangkakan 7,000 orang akan menyertai perhimpunan pada minggu depan itu, "termasuk beberapa pemimpin kanan MIC yang telah dipecat Samy".-Malaysiakini

"Kita pernah guna kayu api, hari ini kita guna gas.

"Tetapi kalau ada orang yang ketinggalan zaman mahu gunakan kayu api, saya tidak tahu hendak kata apa," katanya disambut gelak-ketawa pemberita yang hadir.