Selasa, 11 Mei 2010

Selamat ulang tahun UMNO

Gambar sekitar ulang tahun UMNO ke 64,






NOTA KAKI: Walaupun sambutan secara sederhana tetapi penuh meriah dan bermakna dengan semangat menyala pemimpin dan ahli ke tahap yang lebih kukuh.

Sambutan hari keramat parti mewaliki umat Melayu ini diisikan dengan majlis pembacaan yassin, penganugerahan Tokoh Melayu Terbilang, dengan kali ini, tokoh wartawan dan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin atau lebih dikenali sebagai ZAM telah dipilih .

Antara yang turut hadir,bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad, Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan kalangan pemimpin UMNO di pelbagai peringkat.

Zam anggap satu pengiktirafan bermakna


Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menyifatkan Anugerah Tokoh Melayu Terbilang sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-64 sebagai satu pengiktirafan yang bermakna terhadap sumbangannya selama ini.

Sambil menganggap anugerah tersebut sebagai penghargaan yang paling tinggi oleh UMNO kepadanya beliau berkata tidak pernah menjangkakan apa yang dilakukan selama ini boleh sampai ke tahap ini.

Katanya lagi beliau kini lebih menumpukan kepada dunia penulisan setelah bersara daripada dunia kewartawanan dan politik.

”Saya berterima kasih kepada UMNO yang menjadikan hidup saya lebih bermakna. Ini adalah satu pengiktirafan terhadap sumbangan saya selama ini. Tidak pernah saya jangka ia boleh sampai ke tahap ini,” katanya.

Anugerah Tokoh Melayu Terbilang sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-64 yang diadakan di Dewan Merdeka, PWTC di sini, Selasa malam telah disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tan Sri Zainuddin juga menganggap pengiktirafan ini adalah tanda penghargaan terhadap sumbanganya dalam kewartawanan khususnya di Utusan Melayu dan sedikit pengalaman yang dberikan UMNO dalam politik.

Beliau turut memberitahu antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan termasuk ketika membuat pendedahan mengenai ekstremis kaum di negara ini serta kegiatan kumpulan ajaran sesat Al-Arqam sehingga ia diharamkan satu ketika dulu.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Zam yang pernah berkhidmat di Utusan Melayu (M) Berhad bermula dengan jawatan wartawan kadet sehingga dilantik sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Utusan diiktiraf sebagai pejuang bangsa yang banyak berjasa ketika zaman beliau menjadi wartawan sehinggalah berada di dalam Kabinet.

Beliau yang dilahirkan pada 29 Jun 1939 di Kota Kuala Muda, Kedah pernah menuntut di Maktab Mahmud, Alor Setar sebelum melanjutkan pengajian sehingga memperoleh Diploma Kewartawanan daripada Institute of Journalism di Jerman pada 1969.

Zainuddin kemudian memperolehi Fellowship Kewartawanan daripada Universiti of Michigan, Amerika Syarikat (AS) pada 1981.

Beliau mula bertugas sebagai wartawan sambilan di Utusan Malaysia cawangan Alor Setar pada 1959 dan kemudian menjadi wartawan tetap pada 1969.

Bermula daripada itu, Zainuddin kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pemberita dan seterusnya diangkat menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, jawatan yang dianggapnya sebagai ‘bom jangka’.

Semasa menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, tulisannya di dalam pojok Awang Selamat sentiasa bersifat provokatif bagi mengisi agenda negara secara kritis.

Zainuddin yang dilucutkan jawatannya itu pada 1992 kemudian bergiat aktif di dalam bidang politik.
Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara, Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Timbalan Menteri Penerangan dan kemudian dilantik menjadi Menteri Penerangan.

Pada Pilihan Raya Umum 2004, Zainuddin bertanding merebut kerusi Parlimen Merbok dan menang dengan majoriti 15,162 undi.

Beliau turut menulis beberapa buah buku termasuk “Yang Pertama dan Terakhir”, “Mahathir Di Sebalik Tabir”, “Tun Razak: Jejak Bertapak Seorang Patriot” dan “Wira Tidak Didendang.”