Jumaat, 14 Mei 2010

Wee Cho Keong keluar PKR



Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Cho Keong hari ini mengumum keluar dari PKR dan menjadi ahli Bebas.

Wee berkata tindakannya itu berkuat-kuasa dan meninggalkan PKR kerana kecewa dengan cara parti itu dan kerajaan negeri Selangor dalam menangani skandal pasir menerusi Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Wee juga mengumumkan meletakkan semua jawatan partinya, termasuk ketua PKR Wilayah Persekutuan.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Wangsa Maju itu disebut sebut antara mereka yang akan meninggalkan PRK ekoran beberaoa tindakan beliau yang mengkritik pemimpin parti itu secara terbuka.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas khabar khaba agin tersebut, sama ada menafikan atau mengesahkannya.

Wee sebaliknya berkata wartawan lebih mengetahui perkara berkenaan.

“Anda tahu segala-galanya. Kenapa perlu bertanya lagi? Anda lebih mengetahui, mengapa tidak anda siarkan berita itu terlebih dahulu?” katanya.

Beliau juga menyerang media baru yang dilabelkannya sebagai tidak bertanggung-jawab.

“Saya akan hanya bercakap dengan media tertentu kerana sesetengah media adalah tidak bertangung-jawab,” katanya.

Menurut Wee sesetengah portal berita tidak boleh dipercayai kerana “mereka akan hanya memutar-belitkan kata-kata saya...mereka akan tukar B ke A dan A ke B”.

NOTA KAKI: Apabila Wee Choo Keong mengambil keputusan yang sudah dijangka itu, sekali lagi menjelaskan bagaimana parti PKR atau kini boleh di panggil @ Parti Keluar Ramai ramai sedang menuju ke tanah perkuburan yang dicipta mereka sendiri.

Semuanya berlaku kerana sikap kepimpinan parti itu sendiri yang jelas lebih bersikap cakap tak serupa bikin dan sebuah parti yang tidak memperjuangkan idealogi sebenar untuk membela rakyat.

Seperti dalam kes Wee, sebelum ini beliau telah membuat teguran terbuka terhadap beberapa pemimpin parti itu temasuk mendedahkan pelbagai kepincangan yang dilakukan tetapi tidak ada tindakan yang di ambil.

Contohnya dalam kes skandal tanah di Selangor, tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri sehinggakan memaksa Wee dan Ahli Parlimen Kapar mengambil tindakan sendiri melaporkan kes itu kepada pihak berkuasa.

Apapun alasan dan dakwaan yang akan dibuat oleh pemimpin PKR nanti dalam menangani isu ini jelas bahawa parti itu sedang menghadapi suasana tenat dan sedang menghitung hari.

PKR akan hanya mengalami nasib seperti ,parti Negara dan Semangat 46 yang ditubuhkan oleh individu tertentu untuk kepentingan mereka tetapi ianya tidak akan bertahan lama.