Khamis, 10 Januari 2013

Awas agenda besar Anwar!...

Sebagaimana yang di rancang, puak pembangkang akan menganjurkan satu perhimpunan besar yang mesasarkan lebih 1 juta rupiah rakyat ( terpaksa guna satu juta rupiah biar nampak lebih besar). Perhimpunan yang dinamakan Perhimpuan Pakatan Rakyat@ Shamsidar dicetuskan sebaik sahaja mahkamah menolak cubaan Anwar untuk mengenepikan beberapa nama dalam kes yang dibawa oleh bekas sahabat karibnya, Datuk Nalakaruppan. Antaranya nama yang gagal diketepikan Anwar adalah Shamsidar, isteri kepada bekas Setiausaha sulitnya Azmin Ali yang kini menjadi orang kanan dalam parti diasaskan Anawar. Dengan kegagalan itu, nama nama tersebut akan menjadi saksi di mahkamah dan terdedah pelbagai kemuskilan yang berlegar sebelum ini dan tentunya, Datuk Nalla mempunyai bukti kukuh untuk membuka mulut mereka ini termasuk juga Shamdidar. Ekoran dari keputusan mahkamah itu jugalah, tercetusnya perhimpunan ini yang mana sudah menjadi kebiasaan Anwar mengunakan rakyat sebagai benteng menutup kerakusan nafsunya, sebagaimana kes Saiful dulu, dia cetuskan pilihanraya kecil Permatang Pauh, Perhimpunan bersih yang kotor dan sebagai. Kali ini, bekas sahabat karibnya yang dayus, Hishamuddin Rais diberikan peranan untuk menghasut golongan muda bagi turut serta dalam perhimpunan esok dengan pelbagai tipu helah mereka uuntuk mengaburi mata rakyat. Hishamuddin yang pernah menghilangkan diri selepas peristiwa baling awal tahun 70 dulu dan muncul kembali sewaktu Anwar berada dalam kerajaan, turut menghasut rakyat bagi turut serta dalam perhimpunan untuk menjatuhkan kerajaan. Jelas niat mereka perhimpunan untuk Shamsidar itu adalah untuk menjatuhkan kerajaan secara jalanan dan bukan melalui pilihanraya dan bukan sekadar memprotes tindakan kerajaan. Kalau melalui pilihanraya kenapa mereka perlu adakan perhimpunan sekarang sedangkan pilihanraya semakin hampir dan tidak mustahil hanya tinggal tidak sampai 100 hari lagi. Tetapi agenda mereka yang lebih besar dari itu mendorong perhimpunan untuk shamsidar ini diadakan dengan mengemukakan lapan alasan untuk mengelirukan rakyat. Kerahan tenaga terpaksa dibuat dengan kos yang agak tinggi dan setiap pemimpin parti pembangkang di beri peranan tertentu tetapi seperti biasa Anwar hanya akan melihat dari jauh dan baling batu sembunyi tangan. Susunan dan gerakan mereka yang akan bergerak berkumpulan dari satu kawasan tertentu untuk menuju ke Stadium Merdeka juga sebagai bukti ada agenda besar yang mereka selindungkan. Kenapa tidak perlu terus saja mengarahkan penyokong terus sahaja ke stadium dan barangkali permit perhimpunan diluluskan untuk perhimpunan di Stadium Merdeka dan tidak di tempat lain seperti Dataran Merdeka, KLCC, Masjid Negara dan sebagainya.
Tentunya pergerakan yang akan bermula di beberapa tempat akan menyebabkan kesesakan jalanraya, kerosakan harta benda, kerugian kepada peniaga, pemandu teksi dan menakutkan pelancung dan boleh menimbulkan ketegangan kepada pihak berkuasa. Suasana ini yang mereka cari bagi menimbulkan kemarahan kepada kerajaan yang pihak berkuasa akan berada dalam delima, bertindak salah tak bertidak pun salah dan tentunya media asing akan memainkan peranan mereka... Tentunya pelbagai provikasi akan dicetuskan bagi menunjukkan kekejaman anggota keselamatan dan cuma dua ingatan untuk penganjur, Hishamuddin bawa beg pakaian sekali nanti senang nak lari dan Mat Sabu jangan lagi lari naik motosikal nanti polis langgar lagi sekali...

Siapa Hishamuddin Rais yang mengepalai perhimpunan 12 Januari..

Semenjak kepulangannya ke Malaysia, hanya dalam tempoh setahun sahaja Hishamuddin Rais tutup mulut. Namun dasar agen subversif sepertinya, tidak akan berdiam diri selama-lamanya. Apatah lagi, kerap kali dia dilihat menerima panggilan telefon misteri dan dia sentiasa cuba bersembunyi apabila panggilan telefon itu dijawab. Apabila Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan kerana kesalahan meliwat serta rasuah salahguna kuasa, Hishamuddin Rais mulai tunjuk belang. Bergabung dengan Tian Chua dan kepala-kepala bengkeng yang lain, Hishamuddin Rais merencanakan pelbagai rusuhan dan demonstrasi liar. Walaupun kelihatan seperti ingin mendesak Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Dr. Mahathir agar membebaskan Anwar Ibrahim, tetapi motif sebenar ialah menimbulkan kekacauan dan campurtangan dari Amerika Syarikat ke atas negara ini menjadi realiti. Dalam apa juga keadaan, Hishamuddin Rais cuba menunjukkan dan membuktikan dia adalah seorang ilmuwan walaupun hakikatnya dia tidak banyak tahu tentang sejarah negara ini. Kepetahan dan kelicikannya selain persepsi ramai bahawa sepanjang dia menjadi pelarian di negara asing, banyak ilmu yang telah ditimbanya, menjadikan Hishamuddin Rais seperti Sang Dewa yang dipercayai memberi kehidupan baru kepada generasi muda. Hishamuddin Rais dan kepercayaannya terhadap Sosialisme dan Marxisme tidak pernah surut meskipun, usianya semakin menghampirkannya dengan liang lahad. Hishamuddin Rais masih lagi percaya tentang teori golongan pekerja adalah penguasa dan kapitalis adalah musuh kemanusiaan. Budaya samseng dan rukun hidup komunis yang mahu bertapak seperti demonstrasi liar, telah disuburkan oleh Hishamuddin Rais yang memberikan bantuan sepenuhnya kepada Anwar Ibrahim. Cakap sahaja, apa demonstrasi di Kuala Lumpur yang tidak disertai oleh Hishamuddin Rais. Bahkan, apa demonstrasi besar Pakatan Rakyat di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur yang tidak dirancang oleh Hishamuddin Rais. Malah sewaktu Himpunan Sejuta Rakyat kononnya di Kelana Jaya, budaya tunjuk punggung mula diperkenalkan oleh Hishamuddin Rais. Biarpun selepas itu, dia menangis-nangis dan merayu-rayu meminta maaf, ia sebenarnya hanyalah lakonan si sosialis tua untuk menagih simpati. Keinginannya untuk mengembangkan budaya kurang ajar dan biadap yang diimport dari golongan punk dan skinhead serta anggota komunis Eropah, terlalu menebal. Anwar tahu keupayaan Hishamuddin Rais setelah lebih dua dekad berada di Eropah. Hubungan Hishamuddin Rais dengan pihak-pihak tertentu semenjak dari tahun 1974 tidak pernah terputus. Hishamuddin Rais suatu ketika pernah berlakon dan berbohong, kononnya dia pernah berada di Palestin menentang Zionis, walhal fahaman yang dianutinya dengan Zionis tiada jauh bezanya. Bahkan dia banyak menerima bantuan daripada Zionis dan hanya menunggu-nunggu masa untuk pulang ke Malaysia. Hanya apabila Anwar Ibrahim memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan selepas Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Mahathir Mohamad bercuti dan mempersiapkan Anwar Ibrahim untuk menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia serta melepaskan jawatan Presiden UMNO kepadanya, barulah Hishamuddin Rais pulang. Itu pun puas dikempen oleh media-media massa yang dikuasai oleh kroni-kroni Anwar Ibrahim pada waktu itu sehinggakan ada pula drama dan cerekarama yang digarap untuk ditayangkan di kaca televisyen bagi membenarkan Hishamuddin pulang. Walaupun beberapa kali Hishamuddin Rais yang dipercayai sehingga kini masih perlu melaporkan diri ke Balai Polis Brickfield, telah ditahan namun kebijaksanaan peguam-peguam Pakatan Rakyat, berjaya membebaskannya. Hishamuddin Rais telah mempergunakan kemahiran yang diasahnya di luar negara untuk melepaskan diri, ditambah pula dengan bantuan peguam-peguam Pakatan Rakyat yang diketahui amat bijak memanipulasikan undang-undang di negara ini. Bahkan, ditambah-tambah pula dengan kelemahan Pejabat Peguam Negara yang nampaknya lebih banyak memihak kepadanya, menjadikan Hishamuddin Rais seperti babi hutan yang gila hendak mengawan. Petaka pijak gambar pemimpin dan tunjuk punggung seperti yang berlaku pada malam Ambang Merdeka tajaan Pakatan Rakyat di Dataran Merdeka, sebenarnya akan terus berlaku bahkan akan bertambah teruk selagi manusia bernama Hishamuddin Rais terus dibiarkan bebas. Tiada sebarang kerugian sekiranya, Hishamuddin Rais yang sedang mengembangkan pembohongannya tentang sejarah bendera Malaysia dan sejarah kemerdekaan negara ini, disimpan atau didiamkan. Dia tidak pernah membawa sebarang jasa kepada negara ini. Sebelum keburukan yang lebih besar berlaku di Malaysia, pengajaran yang seharusnya diterima pada tahun 1974 lagi, perlu diberikan kepada Hishamuddin Rais. Dia perlu disedarkan bahawa tangan yang mencincang, maka bahunya jugalah yang perlu menanggung