Khamis, 20 Januari 2011

UMNO Labis sokong penuh Azhar




UMNO Bahagian Labis memberi sokongan penuh terhadap pemilihan Mohd Azahar Ibrahim sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, 30 Januari ini.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian itu Rosdin Mahamud berkata, walaupun sebelum ini namanya disenarai pendek sebagai calon BN, beliau tidak mempunyai masalah bekerjasama dan membantu Azahar memenangi pilihan raya kecil tersebut.

"Azahar merupakan batang tubuh yang dipinjamkan kepada parti untuk mewakili parti, tapi yang sebenarnya, inilah semangat yang perlu ada pada kita, kita tidak perlu nak melobi sana melobi sini...

"Siapa saja yang dipilih pucuk pimpinan, walaupun ada nama saya, nama naib, nama Ketua Pemuda, saya terbuka, kita serahkan kepada pucuk pimpinan," katanya pada sidang akhbar di pejabat Umno di sini.

Beliau berkata, adalah penting semua anggota di setiap peringkat menyokong calon yang dipilih pucuk pimpinan atasan bagi mendukung aspirasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rosdin menyifatkan kredibiliti dan ketokohan Azahar, selain memiliki ramai kenalan kaum Cina, mampu menjadi kekuatan beliau untuk memenangi kerusi DU NTenang.

"Saya cukup berkeyakinan dengan kerjasama yang akan diberikan oleh seluruh pimpinan sama ada Pemuda, Wanita seluruh bahagian ditambah dengan parti-parti komponen dan NGO yang ada di Labis ini, kita akan dapat melihat satu keputusan yang cukup membanggakan kita," katanya - Putra Merdeka

ADUN Merlimau meninggal dunia



Takziah buat ahli keluarga Adun Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia hari ini setelah tenat selepas mendapat rawatan serangan jantung.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.