Khamis, 30 Disember 2010

Hero Harimau Muda ke 5 popular di Twitter



Persembahan cemerlang penjaga gawang Malaysia Khairul Fahmi Che Mat bukan sekadar mampu menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkannya di kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter.

Dalam tempoh sejam, penjaga gawang kelahiran Kelantan yang sebelum ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima, menumpaskan ‘Support Timnas’, yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia.

Fahmi juga menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia.

Laman Facebook beliau mendapat hit sebanyak 57,000 daripada peminat, ketika artikel ini ditulis kurang daripada dua jam, berbanding tidak lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan bermula.

Khairul Fahmi, 21, berupaya menyelamatkan lebih daripada 10 percubaan mendebarkan oleh pasukan Indonesia yang menyerang secara agresif sejurus selepas wisel perlawanan dibunyikan.

“Terima kasih kerana mengembalikan ‘keseksian’ dalam bola sepak Malaysia,” kata seorang peminat dalam laman bola sepak pemain itu.

Lima daripada 10 trend teratas Twitter seluruh dunia didominasi perlawanan bola sepak yang berlangsung selama 90 minit pada pertandingan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Gelora Bung Karno.

Sebelum ini, Twitter juga menjadi platform kepada penyokong bola sepak Indonesia yang berang dan mendakwa Malaysia memenangi perlawanan akhir pertama di Kuala Lumpur secara tidak adil, manakala penyokong Malaysia lebih gemar menunjukkan sokongan dan kecintaan mereka menerusi Facebook.

Seorang lagi pemain cemerlang, Mohd Safee Mohd Sali, hampir mendapat hit 17,000 “Like” dalam Facebook dari 15,000 pada separuh masa perlawanan.

Mohd Safee yang menjaring gol pertama pada perlawanan akhir kedua, turut merangkul gelaran sebagai penjaring terbanyak dengan jumlah lima gol.

Apa yang paling menarik ialah pemain Manchester United iaitu Rio Ferdinand turut mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya dalam akaun twitternya, @rioferdy5.

“Tahniah kepada Malaysia yang menewaskan Indonesia pada final Piala Suzuki. Saya pernah bermain menentang pasukan bawah 23 tahun Malaysia 18 bulan lepas. Memang satu pasukan yang bagus,” katanya.

Dilaporkan bahawa penduduk Asia Tenggara merupakan pengguna terbesar Twitter dan Facebook dengan Indonesia mempunyai 15 juta ‘tweeters’, ketiga tertinggi selepas Amerika Syarikat dan Brazil, manakala rakyat Malaysia mempunyai ‘friends’ Facebook paling ramai dengan purata 230 setiap pengguna.

2011 tahun mantapkan parti- PM



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap tahun baru 2011 dijadikan tahun untuk memperkemaskan lagi struktur dan kepimpinan parti di semua peringkat agar UMNO dan Barisan Nasional dapat bergerak lebih teratur, tersusun dan berkesan seterusnya mencapai kemenangan besar di pilihan raya akan datang.

Beliau melahirkan harapan tersebut ketika menyampaikan perutusan sempena tahun baru di Putrajaya.

“Kita perlu melakukan sebarang usaha untuk menjadikan setiap kawasan parlimen dan Dun sebagai kawasan yang boleh dimenangi oleh BN. Lakukan apa sahaja yang dapat meningkatkan lagi keyakinan rakyat terhadap UMNO dan BN,” ujar beliau.

Najib mahu semua pemimpin melakukan perkara-perkara yang disenangi rakyat agar rakyat mudah menerima perjuangan dan menyokong UMNO dan BN seterusnya membantu parti untuk terus mengusai PRU 13.

Perlantikan Ahmad Said- Ada lempar batu sembunyi tangan?



Pelantikan Ahmad Said – Pemimpin UMNO Terengganu Tidak Gembira?
Walaupun dikatakan banyak pihak yang mengalu-alukan pelantikan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri yang baru, tiada kenyataan pemimpin UMNO Terengganu mengalu-alukannya.

Hanya kenyataan Setiusaha Perhubungan UMNO, Datuk Tengku Putera Tengku Awang sahaja yang boleh ditatap - sementara yang lain membisu.

Menurut Tengku Putera, pelantikan semula Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri akan memberi nafas baru kepada UMNO dan negeri ini. Ia membuktikan pucuk pimpinan tertinggi negara yakin dengan kemampuan pemimpin negeri menerajui parti dan memenuhi harapan rakyat.

Beliau menyifatkan pelantikan itu turut melenyapkan pelbagai persepsi negatif terhadap UMNO negeri seterusnya menjadi permulaan baru untuk parti menyusun dan menggerakkan agenda menghadapi pilihan raya. “Saya rasa pengumuman ini amat dinantikan oleh semua. Menteri Besar sendiri akan mengetuai UMNO negeri dibantu oleh Timbalannya, Yahya Khatib Mohamad.

Mereka merupakan orang yang paling layak untuk menjadi perantaraan antara kepimpinan dan rakyat. Pelantikan ini tentunya ditimbangkan bukan dalam sehari dua dan saya yakin penyerahan kembali jawatan ini amat bermakna dalam perkembangan politik di negeri ini,” katanya.

Kita tidak tahu apa reaksi Ketua-Ketua Bahagian UMNO Terengganu, kecuali Ketua UMNO Bahagian Marang, Yahya Khatib Mohamad yang kebetulan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Negeri.

Menurutnya, walaupun menyedari tanggungjawabnya kini semakin besar, namun dia akan bekerja seperti biasa dan melipatgandakan usaha untuk menyatukan UMNO Terengganu.

Beliau mengakui tidak akan mampu untuk bergerak seorang diri dan memerlukan sokongan di semua peringkat, terutamanya di peringkat bahagian dan semua wakil rak-yat yang telah diberi amanah.

“Kalau dulu, tumpuan saya adalah memperkemaskan UMNO Bahagian Marang, tapi apabila diberi tanggungjawab baru ini, saya perlu memikirkan dan melipatgandakan usaha kerana dalam konteks negeri, ia lebih meluas. Walaupun begitu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada presiden parti, Datuk Seri Najib Razak yang mempercayai dan memberikan saya amanah ini, saya berjanji akan melaksanakannya dengan sebaik mungkin demi UMNO Terengganu dan juga parti,” katanya.
Ketika ditanya gandingannya iaitu Datuk Seri Ahmad Said yang menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Yahya berkata, dia akan memberikan sokongan sebaik mungkin kepada Menteri Besar Terengganu itu. “Saya sudah biasa bekerja dengannya dan saya tiada masalah untuk bersamanya memperkasakan UMNO, terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang. Kita akan laksanakannya sebaik mungkin, selaras de-ngan kehendak parti dan juga rakyat,” katanya

Bagaimana pula dengan Exco Kerajaan Negeri yang kebanyakan mereka juga mempunyai jawatan dalam parti di bahagian-bahagian, kalaupun tidak sebagai Ketua Bahagian.

Apa sikap pemimpin UMNO Kemaman sendiri, umpamanya ADUN Cukai, Datuk Mohd Awang Tera?

Juga cuba diintai pendirian pemimpin seperti Ketua Wanita UMNO, Ketua Pemuda UMNO dan Puteri UMNO mengenai pelantikan itu tetapi ternyata mereka berdiam diri.

Persoalannya apakah pemimpin UMNO negeri Terengganu membisu sebagai tanda setuju seperti ‘anak dara di zaman 50an dan 60an’ yang berdiam diri tanda setuju apabila ada yang masuk meminang?

Kenapakah pemimpin UMNO negeri bersikap membisu seribu bahasa mengenai pelantikan ini kecuali beberapa blog yang mengalu-alukan pelantikan Ahmad Said menggantikan Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkuatkuasa mulai esok (1 Januari 2011).

Kita boleh faham jika puak yang ‘kurang berahi’ dengan Ahmad Said menyepi. Orang seperti Datuk Din Adam (ADUN Bukit Besi), Alias Abdullah (Alor Limbat) , Zakaria Abdullah (Paka), Halim Jusoh (Permaisuri) dan beberapa yang main mungkin tengah telan Panadol. Sebabnya? Demam Tak Kebah!

Mereka tentunya berasa kalah dalam usaha mengetepikan Ahmad Said apabila Presiden UMNO tetap membuat keputusan menggembalikan Ahmad Said ke tempat sepatutnya.

Tentunya mereka ketika ini bagaikan laying-layang yang putus talinya apabila tempat bergantung mereka – Hishamuddin – tidak lagi boleh diharapkan.

Beberapa blog pemimpin Terengganu seperti blog Datuk Rosol Wahid , Ramli Nuh, Datuk Nasir Ibrahim Fikri serta Ahmad Razif langsung tidak menyentuh soal ini.

Walaupun blog Rosol, Nasir dan Razif diupdate, kecuali blog Ramli Noh yang tidak dikemaskini sejak Ogios, tiada langsung komen dan ucapan tahniah terhadap bos mereka.

Razif dan Nasir hanya memperkatakan aktiviti mereka sementara blog Rosol yang mengulas mengenai ‘Tahun baru 2011,Syukur dan Sawit ‘ hanya mengucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak Malaysia yang menang Piala Suzuki.

Pada blognya bertarikh hari ini 31 Disember 2011, Rosol mengatakan blognya tidak dikemaskinikan kerana ketiadaan masa yang sesuai ditambah pula ketiadaan isu atau perkara yang boleh dibangkitkan.

Rosol bersyukur kerana harga sawit dan getah melambung tinggi. “Anak buah saya di Felda Bukit Bading, Felda Mengkawang, Felda Tersat dan Felda Jerangau Barat serta pekebun kecil getah dan sawit hari ini beritahu (royat) kepada saya bahawa mereka tidak pernah mengimpikan harga komoditi setinggi hari ini.”

Akhir sekali Rosol memetik kata hukamak berbunyi: 'Jadilah orang yang banyak memberi manfaat bukan mereka yang banyak membawa mudarat'.


Kepada dirinya atau kepada siapa beliau berpesan tak siapa yang tahu.

Dalam konteks UMNO Terengganu sekarang, kata-kata yang dipetik Rosol ini menarik kerana baki 10 Budak Hitam sepatutnya mengorak langkah segera untuk meninggalkan peranan mereka selama ini sebagai ‘mereka yang banyak bawa mudarat’ dan kembali ke pangkal jalan.

Kepada pemimpin mereka, Datuk Seri idris Jusoh, sudah-sudahlah. Kalaupun ada dendam kesumat, jangan dilemparkan kepada Ahmad Said kerana yang penting pencapaian UMNO.

Kerja ini kerja berpasukan. Jika Ahmad Said pernah membantu Idris – termasuk sanggup bergaduh pada persidangan DUN ketika menjadi Exco – Idris pula jangan main ‘lempar batu sembunyi tangan’.

Jangan hanya kerana tidak dapat menjadi Menteri Besar, UMNO Terengganu mahu dikorbankan dan ingatlah kata petikan oleh Rosol agar menjadi ‘orang yang banyak memberi manfaat’. (Sumber: teganu kini)

Selamat pulang wira negara...






Kehadiran lebih lima ribu rakyat pelbagai lapisan menyambut kepulangan wira negara di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA)Sepang, petang tadi adalah satu petanda baru terhadap sukan bola sepak negara.

Turut berada di KLIA memyambut kepulangan wira yang baru dicipta termasuk Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Sabery Chik dan Timbalannya, Datuk Razali Ibrahim.

Sejarah boleh sepak negara yang pernah dingin beberapa ketika, kembali panas dengan kemenangan luar jangkaan team Harimau Malaysia yang menjaya menundukkan jaguh tuan rumah Indonesia semalam sebagai membuka kembali kunci dan semangat baru bukan sahaja buat pasukan negara malah peminat keseluruhannya.

Sewaktu gelora politik yang panas dengan pelbagai isu dan menjelang pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang, kejayaan anak buah K Rajagopal itu seolah olah menghentikan sekejab bara tersebut.

Pelbagai pihak yang kadangkala di lihat tidak sependapat dalam pandangan politik memberikan tumpuan dan sokongan senada terhadap kejayaan yang baru dicatit itu.

Harapan kita kejayaan ini adalah satu permulaan yang besar bagi negara terus melakar sejarah yang bukan saja dalam bidang sukan, malahan semua bidang yang menuntut satu persaingan yang sihat.

Tidak lupa juga pujian harus diberi kepada Pengurus Pasukan Malaysia, Datuk Subahan Kamal, pemimpin muda dalam arena bola sepak negara yang boleh diketengahkan dalam membimbing misi besar selepas ini.

Tahniah Datuk Ahmad Sabery dan Datuk Razali. Maju Sukan Untuk Negara dan sudah terbukti sukan boleh menyatukan generasi muda kita!.


Foto foto dari facebook Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Tahniah juga buat Datuk.

Rabu, 29 Disember 2010

Tahniah buat team Malaysia...



Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana menundukkan Indonesia dengan Agregat 4-2.walaupun kalah di Stadium Gelora Bung Karno semalam 2-1,kelebihan 3 gol di Stadium Bukit Jalil akhir nya melayakkan Malaysia untuk menjulang Piala Suzuki AFF 2010.

Sejarah sudah tercipta di bumi Stadium Gelora Bung Karno setelah menunggu selama 14 tahun.Tahniah juga di ucapkan kepada Presiden FAM yang baru.

Kejayaan yang dicatat di hadapan 95,000 penyokong Indonesia itu diharapkan sebagai satu permulaan baru kepada mutu bola sepak negara yang pernah mengalami zaman gerhana sebelum ini.

Harapan kita, kemenangan yang boleh dijadikan hadiah tahun baru itu juga akan membuka semula pintu stadium yang sentiasa lenggang kebelakangan ini kerana kedinginan peminat bola sepak negara terdapat team negara sejak di serang sindrom mengatur perlawanan.

Bagi team Malaysia, tahniah yang diterima dari semua lapisan rakyat dan pengumuman cuti oleh YAB Perdana Menteri bagi meraikan kemenangan bersejarah itu harus dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Jangan terlalu cepat berpuas hati dan tidak lagi mudah untuk menjual perlawanan, segala sejarah hitam itu harus dibenamkan bersama sorakan kemenangan seluruh rakyat.

Apapun sekali lagi sekalung tahniah kepada anak didik K. Rajagobal yang memaksa team Indonesia yang menelan kepahitan bahawa Malaysia lebih berhak merangkul kejuaraan edisi kelapan Piala Suzuki.

Bukan sekadar itu,penyerang negara,Safee Sali dinobatkan selaku penjaring terbanyak kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 dengan lima gol mengatasi pesaing terdekat,Cristian Gonzales.

Maju Sukan Untuk Negara

Isu lantikan SUK, Faekeh cuba hina Sultan?



Menurut Faekah Husin, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, kerajaan Pakatan Selangor kesal dengan perkembangan mutakhir dalam pelantikan jawatan itu dan merasakan ia “tindakan yang didalangi individu tertentu yang mahu menggunakan istana demi kepentingan politik”.

Justeru, tambahnya, selain memohon rakyat negeri itu bertenang dan tidak mengeluarkan kenyataan provokasi, kerajaan negeri menyeru orang ramai mengadakan solat hajat “bagi memberi kekuatan dan kebijaksanaan kepada DYMM Sultan Selangor dan pemimpin negeri dalam menangani salah faham ini”.

“Begitu juga kepada masyarakat bukan Islam digalakkan menjalankan upacara keagamaan menurut kepercayaan masing-masing,” katanya. (sumber:Malaysiakini).

NOTA KAKI: Satu lagi tindakan kerajaan negeri yang boleh dianggap sebagai perbuatan yang cuba menghina Sultan Selangor apabila wanita yang paling berkuasa di negeri itu, Faekah Husin membuat kenyataan menyeru seluruh rakyat sembahyang hajat memberi kekuatan kepada Sultan dalam menangani isu perlantikan SUK yang baru.

Kenyataan tersebut yang turut mendakwa ada kuasa politik yang mempengaruhi keputusan Sultan itu seolah-olah Sultan begitu kecil dan lemah sehinggakan keputusan Baginda dipengaruhi oleh pihak tertentu.

Sedangkan sebagai sebuah institusi tertinggi dalam negeri, tentunya Sultan membuat keputusan dengan pertimbangan wajar dan tepat setelah mengambil kira pelbagai faktor yang tidak sama sekali dipengaruhi sentimen peribadi atau didalangi individi tertentu.

Keputuan sedemikian juga bukan lah kali pertama dibuat oleh Sultan, malahan adalah menjadi rutin bagi Baginda untuk melihat setiap tindakan dan memberikan pandangan dalam sesuatu yang membabitkan kepentingan rakyat jelata.

Tetapi apabila pihak kerajaan menyeru seluruh rakyat mengadakan sembayang hajat dan upacara ugama bagi agama lain, tentu sesuatu yang pelik. Apakah Sultan tersilap buat keputusan atau terlalu lemah dan membuat persetujuan.

Faekah juga menyeru rakyat Selangor bertenang dalam menghadapi isu tersebut, apakah benar rakyat mula memerontak.Tetapi sebenarnya siapa yang mencetuskan isu tersebut, rakyat atau pemimpin utama kerajaan negeri.

Mengapa terlalu mudah untuk mereka mengunakan institusi lain bagi menutup agenda tersembunyi itu, dan dengan cepat mengaitkan rakyat yang seolah olah memberontak dan tidak berpuashati.

Sampai bila mereka terus bermain politik dan menunjukkan sikap kurang ajar terhadap institusi Raja dan sekali lagi agama turut diseret bagi mencapai cita cita politik yang muflis itu.

Perlantikan Ketua baru: Mengapa pahat masih berbunyi...



Perlantika Pengerusi Perhubungan UMNO negeri yang baru di beberapa buah negeri sebagaimana yang di umumkan Setiusaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Isnin lalu selaligus menamatkan pelbagai spekulasi yang timbul sebelum ini.

Sebagaimana yang diumumkan oleh Tengku Adnan, perlantikan yang diputuskan oleh Presiden parti,YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, atas kehendak dan pandangan kepimpinan disemua peringkat bagi mengukuhkan parti menghadapi cabaran mendatang.

keputusan yang memang di tunggu itu harus diterima oleh semua pihak dalam parti bagi menguatkan parti menghadapi pelbagai caraban terutama menjelang pilihnraya umum akan datang yang semakin hampir.

Tentunya, Presiden mempunyai alasan yang kukuh dan pelbagai perhitungan dibuat untuk menguatkan barisan kepimpinan dalam memilih ketua panglima perang sebelum sebarang keputusan yang dibuat.\

Tentunya dalam membuat keputusan tersebut ia tidak mampu untuk memenuhi kehendak semua pihak dan pertimbangan kehendak mejoriti mengatasi tuntutan individu.

Tetapi apa yang menyedihkan sewaktu UMNO masih menghadapi cabaran besar, ada lagi pemimpin yang mengaku berjiwa besar terus bersuara dan mempertikai perlantikan dibuat.

Sindrom rumah siap pahat berbunyi masih kedengaran sewaktu masing masing sepatutnya harus berusaha menguatkan saff kepimpinan.

Di Kedah, masih ada suara yang mempertikai perlantikan Datuk Ahmad Basha Hanipah dan mula mengukur kemampuan beliau mengemudikan negeri yang kini di bawah pentadbiran pembangkang.

Mula timbul suara suara sumbang yang mengukur ketinggian kelulusan beliau, sedangkan meliaht dari sejarah, pengelaman Basha dalam politik negeri jelapang padi itu tidak kurang kelebihan.

Beliau memjadi pemimpin UMNO negari di bawah beberapa menteri besar, sejak Tan Sri Osman Aroff hingga Datuk Mahadir Khalid dan sehingga hari ini masih menjadi wakil rakyat yang di pilih dalam pilihan raya umum.

Malahan setengah nama yang dicanang untuk mengambil tempat Ketua UMNO ALor Setar itu masih lagi tidak mengenal parti itu sewaktu Basha mula berjuang menentang PAS negeri yang bergabung dengan Semangat 46 untuk menawan Kedah.

Tentunya segala pengalaman itu adalah aset yang paling baikl untuk UMNO negeri mengukuhkan barisan dengan gandingan tokoh muda, Datuk Mukhriz Mahathir. Dan tidak perlu apa percatuan untuk melaga lagakan kedua pemimpin berkenaan.

Begitu juga mengekalkan Datuk Mohd Isa Sabu sebagai pengerusi UMNO Perlis dan pelantikan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai timbalan juga tidak di terima dengan hati terbuka.

Masih ada lagi yang sanggup baling batu sembunyi tangan.

Ini jelas bila sudah muncul kembali kain rentang mempertikai perlantikan tersebut yang dibuat dengan cara yang memalukan UMNO sendiri.

Tentunya pembangkang tidak akan melakukan kerja bodoh seperti itu tetapi tentunya mereka hanya akan bertepuk tangan kegembiraan melihat kebodohan segelintar pemimpin UMNO yang banyak menguntungkan mereka menghadapi situasi ini.

Walaupun dalam pilihan raya umum lalu, Barisan Nasional Perlis agak berada dalam Zon selesa itum buykan

Selasa, 28 Disember 2010

Perlantikan SUK: Mengapa Khalid jadi kalam kabut



Pelantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri tidak perlu mendapat persetujuan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana Sultan Sharafudin Idris Shah telah memberi perkenan atas pelantikan itu.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan atas pelantikan tersebut dan mengikut Perlembagaan negeri, baginda mempunyai kuasa eksekutif untuk tujuan itu.

Beliau berkata, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor juga menyatakan, jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri dan beberapa jawatan lain perlu diwujudkan dan pelantikannya akan dibuat oleh suruhanjaya yang berkenaan iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

”Kalau Ketua Setiausaha Negara (KSN) mahu melantik individu itu, beliau akan mendapat perkenan Tuanku terlebih dahulu. Selepas Tuanku memberi perkenan pelantikan boleh dilakukan dan mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri tidak perlu melalui Menteri Besar,” kata beliau.

”Kalau Ketua Setiausaha Negara (KSN) mahu melantik individu itu, beliau akan mendapat perkenan Tuanku terlebih dahulu. Selepas Tuanku memberi perkenan pelantikan boleh dilakukan dan mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri tidak perlu melalui Menteri Besar,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan sekretariat akhbar pejabat Menteri Besar hari ini yang memaklumkan pelantikan Mohammed Khusrin belum muktamad kerana Abdul Khalid tidak pernah dimaklumkan mengenainya.

Kenyataaan itu dikeluarkan ekoran pengumuman pelantikan Mohammed Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri berkuatkuasa 1 Janurai ini oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Mohamad Munir memberitahu, beliau telah menulis surat tentang persetujuan Sultan Sharafuddin mengenai pelantikan Mohammed Khusrin dan satu salinan telah dihantar kepada Menteri Besar untuk tujuan pemberitahuan.

”Saya percaya setiausaha sulit beliau telah menerimanya. Mungkin Abdul Khalid belum mendapat surat itu kerana beliau sedang bercuti,” katanya.

Jelas sekali, dalam pelantikan itu yang bukan pun dalam bidang kuasa MB, Abdul Khalid cepat melatah dan tindakannya mahu menghadap Sultan Selangor bagi menuntut penjelasan ibarat memohon sembah derhaka!.

Abdul Khalid biadap kerana kerana walaupun telah dinyatakan pelantikan Mohammed Khusrin mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, namun kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menganggap keputusan itu sebenarnya belum muktamad.

Kenyataan sekretariat akhbar pejabat Menteri Besar berkata, cadangan itu belum muktamad dan Abdul Khalid telah mempersembahkan surat kepada Sultan Sharafuddin untuk memaklumkan yang beliau tidak dihubungi bagi diberitahu tentang cadangan tersebut.

Mohammed Khusrin, 54, dilantik bagi menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember ini.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut juga memberitahu, Abdul Khalid akan menghadap Sultan Sharafuddin pada Rabu ini berhubung perkara itu.

NOTA KAKI: BIla jelas perlantikan Setiausaha Kerajaan negeri di bawah kuasa kerajaan pusat dan dengan persetujuan Sultan, sepatutnya pihak pentadbiran kerajaan negeri tidak harus mempertikiakan lagi.

Sepatutnya mereka harus menerima perlantikan tersebut dan bukan cuma menafikannya lagi kerana tindakan itu sekolah olah cuba mempertikaikan persetujuan yang diperkenankan Sultan.

Biasanya kalau tidak ada udang di sebalik batu kenapa kerajaan negeri mempertikai dan sekalgus menafikan peranan dan keputusan Sultan sehingga sanggup untuk mengadap baginda memprotes perlantikan tersebut.

Tugas pegawai kerajaan hanya untuk membantu kerajaan dalam melaksanakan tugas dan melancarkan perjalanan pentadbiran untuk rakyat bukan menjadi 'pemudah' bagi kumpulan tertentu dalam pentadbiran kerajaan.

Oleh itu tidak ada sebab untuk ada pihak tidak berpuas hati dan sekali lagi melakukan tindakan bodoh semata mata untuk kepentingan politik masing masing.

Isnin, 27 Disember 2010

Azam pengerusi baru Felda



Sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang baru, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata impian beliau ialah memastikan badan itu terus mencapai matlamat yang dihasratkan oleh kerajaan ketika menubuhkannya.

“Saya tidak ada impian peribadi, cuma saya mahu mencapai apa yang dimatlamatkan kerajaan ketika menubuhkan Felda,” katanya mengulas pelantikannya sebagai Pengerusi Felda berkuatkuasa 1 Jan 2011.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, pelantikan itu dibuat berdasarkan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Mohd Isa untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dan efektif.

Mohd Isa, 61, menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda.

Bercakap kepada Bernama hari ini beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan di atas kepercayaan yang diberikan.

“Saya akan cuba menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin,” katanya.

Mohd Isa, yang menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari 1982 hingga 2004, merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Naib Presiden Umno.

Beliau merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang dalam kawasan Parlimen Teluk Kemang, Negeri Sembilan.

Beliau menang besar dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 11 Okt 2009 mengalahkan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi.

NOTA KAKI: Penulis sempat mengenali Tan Sri Isa dari jauh, pernah bertemu dan menghadiri majlis yang disertai bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan ADUN Sungai Pinang itu.

Beliau seorang yang disenangi dan mudah didekati disamping sentiasa mengemukakan pandangan dan idea bernas untuk parti yang mudah diterima rakyat.

Kesimpulannya, Isa adalah seorang pemimpin berbadan kecil tapi berjiwa besar.Dan Selamat mengemudikan Felda sebagai sebuah organisasi yang mulia untuk membantu anak banga. Isa mampu membuang duri dan jendalu yang sedang merayap dalam Felda sekarang akibat kealpaan pemimpim sebelum.

Rombakan untuk mengukuhkan parti- Ku Nan



Pengumuman barisan baru kepimpinan beberapa UMNO negeri semalam diharapkan mampu mengukuhkan parti bagi menghadapi cabaran mendatang dan sekaligus menolak pergolakan yang didakwa berlaku.

Perubahan yang menamatkan pelbagai spekulasi itu yang diputuskan sendiri oleh Presiden parti, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengambil kira pandangan akar umbi dan pandangan dari semua pihak.

Setiuasaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor ketika ditanya sama ada pelantikan berkenaan akan menyelesaikan masalah di kalangan pemimpin parti di negeri berkenaan, Tengku Adnan berkata masalah seperti itu tidak wujud.

"Tak ada masalah, (media) yang kata ada masalah," katanya secara berseloroh.

Tambahnya, beliau juga yakin Shahidan akan dapat membantu parti itu di negeri Perlis sebagai timbalan pengerusi perhubungan.

Katanya lagi, pelantikan Mukhriz yang juga timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri sebagai timbalan pengerusi Umno Kedah pula akan dapat menarik sokongan pengundi muda.

"Kita yakin dengan Datuk Mukhriz sebab dia ada pengaruh tertentu," katanya lagi.

Tambahnya, beliau akan mengutuskan surat kepada pengerusi perhubungan berkenaan supaya segera melantik setiausaha, ketua penerangan dan bendahari negeri.

"(Umno) akan beri input kepada mereka supaya lantik orang yang berkewibawaan yang boleh bekerja untuk parti," katanya.

Jawatankuasa perhubungan negeri berkenaan juga diharapkan akan dapat mengadakan mesyuarat setiap dua bulan sekali, katanya lagi.

Perlantikan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri diumum



Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan pelantikan semula Pengerusi Perhubungan dan Timbalan UMNO Negeri melibatkan 13 buah negeri.

Dalam kenyatannya, Tengku Adnan memberitahu pelantikan semula Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan Timbalannya akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat UMNO, hari ini.

Berikut adalah senarai Pengerusi Dan Timbalan Pengerusi UMNO Negeri 2011:

1. PERLIS
PENGERUSI - YAB DATO’ SERI DR. MD ISA BIN SABU
TIMB. PENGERUSI - YB DATO’ SERI SHAHIDAN KASSIM

2. KEDAH
PENGERUSI - YB DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH MD HANIPAH
TIMB. PENGERUSI - YB DATO’ MUKHRIZ BIN TUN MAHATHIR

3. KELANTAN
PENGERUSI - YB DATO’ SRI MUSTAPA BIN MOHAMED
TIMB. PENGERUSI - YB SEN. DATO’ DR AWANG ADEK HUSSIN

4. TERENGGANU
PENGERUSI - YAB DATO’ SERI AHMAD BIN SAID
TIMB. PENGERUSI – YB YAHYA BIN KHATIB MOHAMAD

5. PULAU PINANG
PENGERUSI - YBHG DATO’ HJ ZAINAL ABIDIN HJ OSMAN
TIMB. PENGERUSI - YB SENATOR DATUK HAJI MUSA HJ SHEIKH FADZIR

6. PERAK
PENGERUSI - YAB DATO’ SERI DR. ZAMBRY B. ABD KADIR
TIMB. PENGERUSI - YB DATO’ SERI HJ AHMAD HUSNI HANADZLAH

7. PAHANG
PENGERUSI - YAB DATO’ SRI ADNAN BIN YAAKOB
TIMB. PENGERUSI - YB DATO’ HJ MOHD SHARKAR SHAMSUDIN

8. SELANGOR
PENGERUSI - YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN HJ ABDUL RAZAK
TIMB. PENGERUSI - YB DATO’ SERI NOH B. OMAR

9. W.PERSEKUTUAN
PENGERUSI - YAB TAN SRI DATO’ MUHYIDDIN MOHD YASSIN
TIMB. PENGERUSI - YB. SEN. DATUK RAJA NONG CHIK DATO’ RAJA ZAINAL ABIDIN

10. NEGERI SEMBILAN
PENGERUSI - YAB DATO’ SERI UTAMA MOHAMAD HASSAN
TIMB. PENGERUSI - YB DATO’ SHAZIMAN HAJI ABU MANSOR

11. MELAKA
PENGERUSI - YAB DATUK SERI MOHD ALI B. MOHD RUSTAM
TIMB. PENGERUSI - YB DATUK WIRA ABU SEMAN B. YUSOP

12. JOHOR
PENGERUSI - YAB DATO’ HAJI ABDUL GHANI B. OTHMAN
TIMB. PENGERUSI - YB DATUK DR. HJ ABDUL LATIFF HAJI AHMAD

13. SABAH
PENGERUSI - YAB DATUK SERI PANGLIMA MUSA HJ AMAN
TIMB. PENGERUSI - YBHG DATUK SP MOHD SALLEH TUN SAID

NOTA KAKI: Dengan pengumuman itum, berakhir lah spekulasi sebelum ini terutama bagi negeri Kedah dan Terangganu dan kini adalah masa bagi ahli UMNO bersama barisan kepimpinan yang baru untuk segera turun ke pandang bekerja

Jangan sampai, rumah siap pahat berbunyi kerana masih ada tugas besar yang sedang menunggu di depan kita, jangan UMNO akan menjadi menang sorak kampong tergadai.

Bersama sama kita menghayati lagu keramat UMNO, "bersatu kita bersatu, dengan setia berganding bahu"...

Jumaat, 24 Disember 2010

Isu APCO: Saudagar mimpi mula jual minyak



Isu Apco bukan hanya mengenai siapa yang mengilhamkan konsep 1Malaysia tetapi kurangnya ketelusan dalam perbelanjaan sembrono kerajaan sebanya, RM77 juta untuk mengupah sebuah syarikat asing yang mempunyai rekod berkhidmat dengan sebuah regim penindas.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu asasnya berlegar mengenai "kurangnya tanggungjawab seorang perdana menteri yang mengabaikan rekod Apco" dan kurangnya akauntabiliti dalam membelanjakan wang rakyat untuk membina imej partinya sendiri.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh, digantung enam bulan daripada menghadiri sidang parlimen kerana membangkitkan isu kaitan Apco dengan '1Malaysia' dan 'One Israel' yang diilhamkan oleh bekas perdana menteri Israel Ehud Barak.

Dalam satu kenyataan, ketua umum PKR itu mendakwa "penglibatan mendalam" Apco dalam pentadbiran Najib merupakan "bukti sikap hipokrat Umno/BN" dalam melancarkan "propaganda tak henti-henti" untuk menggambarkan dirinya (Anwarnya) sebagai agen Yahudi.

NOTA KAKI: Saudagar Mimpi, Anwar Ibrahuim sudah mula jual minyak mengenai isu APCO selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz membuat pendedehan sebenar mengenai isu tersebut di lobi Parlimen baru baru ini.

Anwar yang digantung Parlimen selama enam bulan itu ekoran isu tersebut mula berdolak dalih mengenai apa yang didakwanya sebelum ini dengan hanya mengaitkan kos yang digunakan oleh kerajaan Barisan Nasional dalam melantik APCO itu.

Itu la hakikatnya seorang yang layak di gelar suadara mimpi sentiasa berdolah dalih isu yang ditimbulkan dengan mudah menyalahkan BN apabila dia tersepit daripada perbuatan sendiri.

Sebenarnya siapa yang lebih penipu, sama2 kita renungi sebahagian daripada rentetan tipu yang pernah dilakukan oleh saudara mimpi ini.
Antara mimpi yang diperdagangkan dan laku oleh Anwar Ibrahim adalah seperti berikut :

1.Pertukaran kerajaan 16 September (Mimpi 16 September)

2. Pertukaran Kerajaan terlewat sedikit iaitu 13 Oktober 2008 untuk beliau jadi PM

3. Kemudian, setelah mengencingi penyokongnya yang tetap tidak sedar kena kencing, Anwar cuba untuk kencing lagi dengan mengatakan pertukaran kerajaan pada 23 Oktober 2008.

4. Kerana sudah tahu dengan kebodohan penyokongnya, tarikh 8 Disember digunakan untuk sebagai tarikh mimpi yang panjang untuk beliau menjadi Perdana Menteri

5. Mimpi seterusnya diperpanjangkan dengan menjadikan Agong wujud di dalam mimpi untuk membenarkan pertukaran kerajaan tersebut, malah nama Raja-raja melayu juga termasuk dalam mipi beliau.

6. Dalam mimpi tersebut, Anwar dengan tanpa segan silu membawah nama ATM dalam pertukaran kerajaan .

7. Seteleh gagal kesemua itu, dia dengan beraninya akan menyelesaikan isu tanah Kg Buah Pala, Pulau Pinang.

8. Kemudian, Anwar masuk pula ke dalam mimpi-mimpi orang cina dan india. Anwar membawa janji-janji manis bahawa Malaysia ini bukan tanah melayu, tetapi orang cina dan india yang punya tanah melayu ini. Mimpi yang nampak bangang inipun disukai oleh orang cina dan india yang mempunyai fahaman chauvinisme. Mereka terlupa nama Malaysia ini berasal dari nama Melaya iaitu melayu.

Dun Tenang: Analisis Ringkas



DUN Tenang(N5) merupakan salah satu DUN yang berada di bawah Parlimen Labis selain daripada DUN Bekok. Kawasan ini sebahagian di bawah kawalan Majlis Daerah Labis yang terletak di utara negeri Johor.

DUN Bekok di wakili oleh wakil MCA iaitu Tan Kok Hong yang juga Exco Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar Negeri Johor.

Parlimen Labis pula diwakili oleh Chua Tee Yong yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sejak PRU 2008. Sebelum ini ia diwakili oleh bapa Tee Yong iaitu Chua Soi Lek yang mewarisi kawasan ini daripada Tun Ling Liong Sik.

Dun Tenang yang diwakili oleh Allahyarham Datuk Sulaiman Taha sejak PRU 2004 merupakan PRK pertama yang diadakan di negeri Johor selepas PRU12. Dun Tenang pada dasarnya merupakan kerusi milik Umno di kawasan Parlimen Labis.

Pada PRU 2004 BN memperolehi sebanyak 7655 undi manakala pada 2008 pula sebanyak 6367 undi. Ia mengalami kemorosotan sebanyak 1288 undi sahaja.

Manakala PAS memperoleh 3875 undi pada PRU 2008 berbanding 2138 undi pada tahun 2004. Peningkatan yang diperoleh hanya sebanyak 1737 undi sahaja.

Jumlah kemerosotan dan peningkatan undi yang tidak selari mungkin berdasarkan faktor pengundi baru dan pembersihan senarai pengundi lama oleh SPR.

Kemerosotan undi BN dipercayai disebabkan faktor isu-isu tempatan yang mendapat protes dari masyarakat setempat. Isu nasional seperti kes Anwar kurang mendapat ruang di kalangan penduduk tempatan.

Namun BN perlu berhati-hati dengan isu harga barang yang dipercayai dapat mempengaruhi penduduk setempat. Penduduk kawasan ini juga mempunyai pemikiran yang lebih terbuka dan tidak begitu memerlukan projek segera.

Penduduk daerah Labis sebelum ini hanya dipengaruhi oleh parti Umno, MCA dan DAP. Pengaruh parti PAS boleh diibaratkan umpama hidup segan mati tidak mahu. Hanya selepas PRU tahun 2008, PAS mula mendapat nafas baru gara-gara kejayaan pembangkang di peringkat nasional.

PKR pula baru bertapak di daerah ini pada tahun 2010. Ia mengambil alih sedikit penyokong MCA, DAP dan sebahagian bekas penyokong MIC. Namun begitu, pengaruh parti ini tidak begitu meluas berbanding parti-parti lain.

Walaupun majoriti penduduk kawasan bandar berbangsa Cina, namun penduduk Melayu masih menguasai majoriti pengundi sekitar 50%. Ini disebabkan beberapa gugusan felda yang hampir keseluruhan penduduk berbangsa Melayu seperti Felda Tenang, Felda Cempelak Timur dan Felda Cempelak Barat yang mewakili sekitar 4000 undi.

Selain peneroka, rata-rata penduduk di sini bekerja sebagai pekebun, berniaga kecil-kecilan dan bekerja di sektor kerajaan.

Penduduk di kawasan ini boleh dikatakan rapat dan jarang berlaku pertelingkahan dan pergaduhan yang berskala besar. Suasana harmoni ini mungkin disebabkan faktor kawasan luar bandar dan kurangnya semangat kepartian yang berlebihan.

Secara dasarnya, Umno dilihat tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan penguasaan di kawasan DUN ini. Apatah lagi pembangkang tidak mempunyai asas yang kukuh di kawasan Labis dan beberapa isu nasional ternyata telah menjejaskan imej pembangkang sejak kebelakangan ini.

Walau bagaimanapun, isu yang paling ketara ialah samada MCA berjaya menarik semula undi kam Cina ataupun tidak. Umno juga perlu lebih bersedia memandangkan pembangkang pasti mencuba sedaya upaya untuk memenangi mahupun mengurangkan lagi undi majoriti di kawasan ini. Sumber:umnojohor.blogspot.

PRK Tenang 30 Januari 2011



Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, di Labis, Johor ditetapkan pada 30 Januari (Ahad) depan.

Manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 22 Jan, (Sabtu) kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.

Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat pagi ini, katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya.

Menurut Abdul Aziz, seramai 14,753 pengundi yang melibat 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos, layak memilih ADUN Tenang.

Pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun ketiga tahun ini yang telah dikemaskini sehingga 17 Disember lalu.

Abdul Aziz berkata, sebanyak 376 petugas telah dilantik sepanjang lapan hari tempoh berkempen. Manakala seorang pengurus pilihan raya dan tiga penolongnya daripada Majlis Daerah Labis turut dilantik.

'Dengar nasihat, patuh arahan'

SPR menubuhkan tiga pasukan penguatkuas kempen pilihan raya untuk mengurus perjalanan pilihan raya dan mengawal kempen.

Pilihan raya itu juga akan menggunakan tiga dewan dan sembilan buah sekolah sebagai tempat pengundian yang melibatkan 32 saluran mengundi.

azlanKatanya, penamaan calon akan diadakan di Majlis Daerah Labis manakala Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis akan dijadikan pusat penjumlahan undi.

Sementara itu, Abdul Aziz turut mengambil kesempatan mengingatkan majikan supaya memberi kebenaran kepada pekerja mereka bagi keluar mengundi.

"Mungkin ada daripada pihak swasta yang bekerja pada hari pilihan raya. Oleh itu, majikan mesti memberikan kebenaran kepada pekerja mereka untuk keluar mengundi. Jika tidak mereka boleh dihukum melalui akta pilihan raya.

"Saya juga akan menulis surat kepada ketua setiausaha sumber manusia supaya jangan menghalang pengundi keluar mengundi," katanya lagi. (sumber Malaysiakini)

Muhyiddin cabar Anwar naikkan gaji di negeri pembangkang



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mencabar penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melaksanakan kenaikan gaji bagi pegawai-pegawai awam di negeri-negeri di bawah pakatan pembangkang dahulu sekiranya pembangkang benar-benar prihatin dengan nasib penjawat awam.

Sambil menolak dakwaan Anwar bahawa beliau memperlekehkan peranan guru apabila mempertikaikan tawaran pembangkang untuk memperkenalkan imbuhan khas RM500 seorang setiap bulan, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, sebaliknya menyifatkan dakwaan itu hanya menunjukkan betapa terdesaknya Ketua Pembangkang itu untuk meraih sokongan rakyat.

“Hanya Menteri Pelajaran tidak berhati perut yang tidak menghargai guru… beginilah terdesaknya Anwar Ibrahim, yang sebelum ini pernah menjadi Menteri Pendidikan. Saya gembira mendengar tawaran ini … tetapi apa yang saya katakan adalah kita perlu melihat secara keseluruhan untuk menterjemahkan apa yang dikatakan tawaran ini dalam hakikat sebenar.

"Anwar Ibrahim yang pakar dan bijaksana itu harus tahu, tetapi kerana muslihat politik dan pilihan raya maka dia sanggup buat begitu… tak apalah kalau bankrap, tak apalah kalau tangggung lebih belanja asalkan kita menang dan saya akan jadi perdana menteri, itu tujuan dia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Mendidik Demi Malaysia di sini hari ini.

Muhyiddin berkata demikian ketika mengulas dakwaan Anwar yang kesal dengan kenyataannya apabila menyebut bahawa tindakan memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 seorang setiap bulan akan menyebabkan Malaysia muflis.

Mengenai tawaran pembangkang, Muhyiddin berkata kerajaan akan memberi maklum balas secara keseluruhan berkenaan tawaran-tawaran pakatan pembangkang termasuk imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 tidak lama lagi.

“Kita akan teliti perkara yang ditawarkan… bagus juga dia umum. Tetapi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) juga sudah bagi tahu kita akan respond secara keseluruhan tentang tawaran 100 Hari pakatan pembangkang itu,” katanya.

Tawaran istimewa pembangkang kepada golongan pendidik itu antara yang terkandung di dalam Program 100 hari yang dikemukakan pakatan pembangkang pada konvensyen mereka di Pulau Pinang, Ahad lalu.

Ia mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum (PRU) Ke-13.

Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilan alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol, merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat, menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

Rabu, 22 Disember 2010

Jeneral Tun Ibrahim meninggal dunia



Jeneral Tun Ibrahim Ismail (Bersara), 88 tahun, telah meninggal dunia pada jam 4.40 pagi tadi di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan disebabkan kompilasi sakit tua. Jenazahnya akan dibawa ke Masjid Negara petang ini dan akan dikebumikan mengikut Istiadat Pengkebumian Ketenteraan di Makam Pahlawan selepas Solat Asar.

Allahyarham Tun Ibrahim merupakan anak jati Johor, dilahirkan pada 9 Oktober 1922, telah banyak menabur bakti kepada nusa dan bangsa, bermula dari era Peperangan Jepun lagi. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seri Kopi di Ayer Molek dan seterusnya di Johore English College. Berkawan rapat dengan Allahyarham Tun Hussein Onn ketika zaman persekolahannya dan sama-sama menyertai Johore Military Forces (bermulanya kerjaya Allahyarham di dalam tentera, iaitu pada tahun 1941) dan kemudian dipilih menyertai Latihan Kadet di Akademi Tentera India, Dehra Dun India.

Beliau telah ditauliahkan sebagai Pegawai Tauliah Baginda King dengan pangkat Leftenan Muda dan telah berkhidmat dengan Rejimen ke 19 Hyderabad (Rejimen Kumaon). Kemudian telah dipilih menyertai Pasukan Force 136 Kumpulan B yang beroperasi di Tanah Melayu.

Merupakan anak tempatan ketiga yang telah dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera Malaysia bermula 1 Julai 1970 sehingga 30 November 1977.

Seluruh warga Kementerian Pertahanan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang Soleh.

NOTAKAKI: Takziah buat keluarga Allahyarham dan moga Allah menempatkan rohnya dikalangan orang yang Soleh. Allahyarham bukan sahaja seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada bangsa dan agama malahan perjuangannya berterusan untuk memertabatkan bangsa sehingga akhir hayat.

Walaupun sudah berkerusi roda, Allahyarham sering mengingatkan generasi sekarang untuk terus mentarbatkan agama, bangsa dan negara. Penulis sering bertemu Allahyarham ketika bersolat di Masjid Aman, Jalan Damai, Kuala Lumpur ketika mengejarkan solat di situ. Alfatihah buat Allahyarham.

Isu APCO- Nazri dedah tembelang Anwar



Kandungan surat yang dihantar oleh firma perhubungan awam, APCO Wolrdwide kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dijadikan asas untuk menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, dalam surat bertarikh 19 Ogos itu, firma berkenaan dengan jelas menafikan pembabitannya dalam mencipta slogan 1Malaysia, sekaligus menafikan kenyataan Anwar yang mengaitkan slogan itu dengan firma berkenaan.

“Jadi jelaslah Anwar telah menipu di dalam Dewan, dan inilah bukti yang terpenting sekali untuk membuktikan Anwar menipu,” katanya kepada media di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai penggantungan Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan kerana memberi keterangan tidak benar kepada Dewan kerana mengaitkan konsep 1Malaysia dengan “One Israel”.

Nazri berkata beliau menerima akuan bersumpah daripada Robert M. Shrum, seorang warga negara Amerika Syarikat yang merupakan pakar strategi dan perunding dalam banyak kempen politik di pelbagai peringkat termasuk sebagai penasihat kanan pada 1999 dalam kempen Perdana Menteri Israel Ehud Barak.

Nazri berkata, dalam akuan bersumpah itu, Shrum yang terlibat dalam kempen One Israel pada masa itu, menafikan penglibatan APCO sekaligus mengukuhkan lagi penafian firma berkenaan dalam suratnya itu mengenai sebarang pembabitan dalam kempen “One Israel”.

“Anwar ada sebut Ehud Barak dan One Israel dalam ucapan dia, tapi di sini jelas menunjukkan orang yang bertanggungjawab itu (Robert M. Shrum) menafikan apa yang disebutkan oleh Anwar mengenai penglibatan APCO dengan One Israel,” katanya.

Nazri juga menafikan dakwaan kononnya Anwar tidak diberi hak untuk membela diri dan mengemukakan bukti bagi menyokong kenyataannya yang mengaitkan konsep 1Malaysia dengan “One Israel”.

Katanya Anwar telah beberapa kali diberi peluang itu sejak penasihat Parti Keadilan Rakyat itu mengeluarkan kenyataan berkenaan pada persidangan Dewan Rakyat pada Mac lepas, namun tidak menggunakan kesempatan itu, sebaliknya terus mengaitkan konsep 1Malaysia dengan “One Israel”.

“Dia diberi hak untuk membela diri pada 22 April lalu, iaitu hari yang saya bentang usul untuk merujuk dia ke jawatankuasa, sebelum kita mahu luluskan usul itu dia telah diberi hak untuk bela diri.

“Sebelum itu pun pada 17 Mac selepas dia buat kenyataan itu kita bagi dia seminggu untuk membela diri dan menarik balik kenyataan dia tapi dia pilih untuk serang kita lagi tanpa beri bukti-bukti,” katanya.

Dimana pendirian Pas mengenai isu 'al juburi'



Pas perlu menyatakan pendirian mereka berhubung pendedahan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin terhadap kenyataan Karpal Singh terhadap kes liwat Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata dalam perkara ini, Pas tidak harus mendiamkan diri kerana kenyataan itu dibuat oleh sekutu rapat mereka dalam pakatan pembangkang.

“Di manakah pendirian Pas, apakah mereka terpaksa mendiamkan diri atau sengaja menutup mata mengenai perkara itu kerana pendedahan itu membabitkan Anwar Ibrahim yang menjadi ketua dalam pakatan pembangkang.

“Di manakah perjuangan Islam yang dilaung-laungkan oleh kepimpinan Pas, apabila sesuatu perkara yang membabitkan rakan mereka, Pas akan mengenepikan perjuangan Islam. Apakah perjuangan Islam yang menjadi prinsip parti itu hanya sebagai perjuangan politik mereka untuk mengelirukan rakyat,” katanya kepada UMNO-online

Semalam, Zulkifli mendedahkan kenyataan Karpal pada 22 Oktober 2007 di parlimen mengenai kegiatan songsang Ketua Pembangkang itu sebelum Dap, PKR dan Pas menubuhkan pakatan pembangkang ketika PRU ke 12 lalu.

Menurut Zulkifli, Karpal yang memaklumkan kisah homoseks dan liwat kepada pimpinan Pas masa itu sehingga mereka melabel Anwar sebagai ‘al Juburi’ dan ‘pak janggut’.

Bagaimanapun, Pas sehingga kini dilihat cuba mengelak membuat sebarang kenyataan membabitkan kes perkara itu, malah Pas juga dilihat akan mendiamkan diri termasuk berhubung kes liwat Anwar yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Hamidah berkata, tindakan yang dilakukan oleh Pas ini menunjukkan mereka cuba `bermain selamat’ dengan tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh dianggap akan menyinggung mana-mana pihak dalam pakatan pembangkang.

“Sebelum mereka bersama dalam pakatan pembangkang, ketiga-tiga parti itu akan buat serangan antara satu sama lain , tetapi apabila sudah duduk semeja nampaknya segala apa yang berlaku sebelum ini dipendamkan begitu sahaja bagaikan tiada apa yang berlaku.

“Inilah mainan pakatan pembangkang yang tidak disedari oleh rakyat, Pas tidak mahu buat kenyataan kerana khuatir kehilangan sokongan bukan Melayu begitu juga dengan Dap yang khuatir hilang sokongan daripada penyokong PKR dan Pas.

“Demi kepntingan politik, nampaknya Pas sanggup menjadi `pak turut’ dan mendiamkan diri sehingga mereka dilihat cuba tidak menampakkan perjuangan pemerintahan Islam demi memastikan mereka terus berada adalam pakatan pembangkang,” katanya.

Hamidah berkata, apa yang berlaku ini membuktikan Pas kini sudah hilang pendirian dan berada dalam keadaan tersepit demi masatikan hubungan mereka bersama Dap dan PKR berkekalan sehingga pilihan raya akan datang. -MediaUMNO.

Rakyat dah lama kenal siapa Anwar- Ku Nan


“Siapa yang tidak kenal Anwar Ibrahim? Rakyat dah lama kenal dan tahu siapa dia sebenarnya,” kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkaitan pendedahan oleh sebuah laman web antarabangsa, WikiLeaks, tentang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, pendedahan demi pendedahan berkaitan perlakuan Anwar tidak perlu dihebah atau dibongkar oleh UMNO atau mana-mana pihak dalam kerajaan kerana sehingga kini pelbagai kebobrokan Anwar dihebahkan sendiri oleh rakan dan anggota yang pernah menjadi pengikutnya.

“Satu demi satu pendedahan berkaitan kerakusan Anwar dibuat oleh orang-orang yang pernah menjadi sahabatnya, berada dalam PKR dan pernah menjadi pemimpin dalam parti tersebut,” katanya kepada umno-online.com.

Justeru jelas beliau, tuduhan yang mengatakan bahawa pendedahan perlakuan sumbang Anwar kononnya adalah hasil kerja musuh politiknya adalah tidak berkaitan dengan UMNO atau Barisan Nasional (BN) kerana WikiLeaks boleh mengeluarkan apa jua dakwaan.

“Anwar seperti seorang penglipurlara moden yang mengangankan impian-impian berlandaskan pangkat, kuasa dan kedudukan sebagai imbuhan dan pemanis dalam ceritanya sedangkan realitinya, dia sanggup melakukan apa saja termasuk memburuk-burukkan nama negara dan bangsa sendiri,” tegasnya.

Dalam hal ini, beliau menggesa rakyat agar berfikir secara waras apakah yang mampu dilakukan oleh Anwar sebagai Ketua Pembangkang sedangkan selama jawatan tersebut dipegangnya, sumbangan manakah yang boleh dibanggakan; bukan sahaja kepada masayarakat keseluruhan tetapi juga tumpuan kepada ahli PKR sendiri.

“Anwar telah membelakangkan kepentingan negara malah sebelum ini beliau sanggup meninggalkan tugasnya sebagai Ahli Parlimen dan ketua pembangkang tetapi berada di luar negara dengan mempropagandakan Malaysia sebagai sebuah negara yang negatif.

“Saya amat kecewa dengan sikap sedemikian yang sanggup canang cerita yang bukan-bukan sedangkan hal ini akan beri satu kesan yang tidak baik kepada Negara,” tegasnya.

Jelasnya lagi, sememangnya apa yang diperkatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan Anwar sebagai pengkhianat besar terhadap perjuangan orang Melayu kerana sanggup memutarbelitkan fakta mengenai usaha UMNO untuk memartabatkan bangsa adalah tepat.

“Anwar dan pakatan pembangkang selalu membuat tuduhan pada UMNO sedangkan jika difikir secara logiknya, Anwarlah yang sentiasa memanipulasi isu tempatan, mempropagandakan hal-hal perpaduan dan mencipta isu-isu baru yang digunakan untuk popularitinya sendiri.”

Tegas Tengku Adnan lagi, inilah wajah sebenar Anwar yang memiliki sikap iri hati, angkuh dan cemburu atas apa yang dimiliki oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Saya harap janganlah ada lagi rakyat yang bersikap seperti Anwar dan melakukan agenda yang bukan hanya merugikan diri sendiri tetapi juga menjejaskan nama baik agama, bangsa dan Negara. Sikap orang seperti Anwar inilah yang perlu ditolak.”

Pesan beliau, usahlah masyarakat tertipu oleh orang seperti Anwar yang pandai bercakap, berpidato dan bermuka-muka sedemikian. - MediaUMNO

Selasa, 21 Disember 2010

salam bertemu kembali...



AGAK lama tidak muncul di sini, barangkali sebok dengan tugas harian yang tidak berkesempatan untuk melontarkan isu isu yang berlaku di sekeliling dan kadangkala
didorong oleh kekecewaan dengan percaturan yang sedang dimainkan oleh pihak tertentu yang terlalu tamakkan kuasa sehingga sanggup memperkosakan prinsip Agama dan Bangsaku.

Sikap berdiam diri selama ini juga kerana ingin melihat adanya penghujung bagi mereka yang tamak itu untuk kembali ke pangkal jalan bagi menyelamatkan nasib bangsa dan negara yang diperkosakan mereka.

Ketuanan Melayu sudah menjadi bahan dagangan politik untuk meraih populariti dan institusi Agama dan Raja Raja mula dinyahkan dengan pelbagai hujah yang di dokong oleh fahaman politik sempit masing masing.

Namum, melihat kepada perkembangan yang tidak menampakkan penghujungnya, menimbulkan keinsafan untuk kembali berkarya di ruang lingkup yang sempit ini, kerana menyedari dengan sedikit pengalaman yang ada dan pemerhatian yang panjang, rasa terpanggil untuk kembali bercakap yang yang terbuku dan yang tersirat agar bangsaku tidak akan terus diperdagangkan oleh anak bangsa sendiri yang semakin tamak.

Buat rakan rakan yang agak lama tidak ketemu di ruanga ni, harap kita kembali bersua semula dengan satu prinsip BERANI UNTUK BENAR !.

Rabu, 13 Oktober 2010

Pekong konspirasi kes liwat Anwar makin terbongkar

Makin lama makin terbongkar. Kali ini bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wee Choo Keong tampil mendakwa wujudnya konspirasi berhubung akuan bersumpah bekas Setiausaha Sulit, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman.

Wee yang juga Ahli Parlimen Wangsa Maju berkata konspirasi itu dilakukan menerusi akuan bersumpah yang ditandatangani Rahimi bagi memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Jelasnya niat jahat berkenaan disedarinya apabila mengetahui bahawa ada ‘pihak tertentu’ yang tidak berpuas hati dengan akuan bersumpah pertama yang ditandatangani Rahimi.

Menerusi akuan bersumpah pertama yang ditandatangani Muhamad Rahimi, kata beliau lagi tidak langsung mengaitkan mana-mana pihak berhubung kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Saya boleh katakan 100 peratus dalam akuan bersumpah pertama yang dikatakan oleh pihak tertentu telah hilang, kandungannya tidak menuduh sesiapa terlibat dalam laporan polis Mohd Saiful.

“Ia hanya mengenai perasaan takut (Rahimi) mengenai keselamatannya, hanya tentang itu. Sebab itu saya terkejut, mengapa dalam akuan bersumpah kedua ada menyatakan Perdana Menteri terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian media di lobi Parlimen di sini, hari ini sebagai reaksi kepada kenyataan Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya yang mendedahkan bahawa beliau terlibat semasa Muhamad Rahimi menandatangai akuan bersumpahnya.

Tambah Wee yang juga seorang peguam, beliau hanya terlibat dalam akuan bersumpah pertama sebagai Pesuruhjaya Sumpah.

“Saya amat kecewa apabila Latheefa libatkan saya. Dari awal lagi saya tak mahu campur tangan dalam skandal ini sebab saya tahu bahawa akuan bersumpah kedua ini merupakan skandal dan konspirasi untuk mencemarkan imej pihak tertentu.

“Ia hanya untuk tujuan politik, Latheefa ini saya anggap seperti seorang budak politik tak matang, dia mungkin dalam keadaan terdesak untuk membebaskan diri sendiri daripada kemungkinan didakwa oleh polis mengenai akuan bersumpah (kedua) yang didakwa Muhamad Rahimi sebagai palsu,” katanya.

Menceritakan mengenai situasi pada malam 28 Jun 2008 semasa beliau hadir di Hotel Quality Shah Alam, Muhamad Rahimi dibawa masuk ke salah satu bilik di hotel berkenaan dengan diiringi beberapa orang individu.

Menurut Wee, beliau kemudiannya dibawa bertemu dengan Anwar bagi mengadakan perbincangan di dalam bilik lain selama lebih kurang satu jam.

“Apabila Muhamad Rahimi keluar, beliau diminta menandatangani satu akuan bersumpah dalam bahasa Malaysia. Masa itu lebih kurang pukul 2 atau 3 pagi pada 29 Jun.

“Ketika itu saya nampak Muhamad Rahimi dalam keadaan gementar dan tertekan,” katanya.

Minggu lalu Muhamad Rahimi membuat laporan polis mendakwa dia dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada Jun 2008 berhubung kes liwat Anwar,

Satu lagi akuan bersumpah yang dipaksa ditandatangani adalah melibatkan kes fitnah terhadap Perdana Menteri dan isteri.

Selasa, 7 September 2010

Salam Aidilfitri buat semua...


Selamat tinggal Ramadan dan Selamat datang Shawal.


Sempena hari yang baik bulan yang mulia ini, saya sekeluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tinggal ramadan dan selamat datang shawal dan kesempatan ini dipohon maaf zahir batin sempena kedatangan Aidilfitri.

Sebagai manusia yang lemah dan serba kekurangan tentunya kita sentiasa melakukan kesalahan secara sedar dan tidak disengaja dan bagi pihak diri dan keluarga saya memohon jutaan kemaafan.

Mudah mudahan kita akan dapat berjumpa lagi selepas Ramadan ini bagi meneruskan kehidupan dan tugasan harian kita untuk agama, bangsa dan negara.

Bagi mereka yang akan meneruskan perjalanan, berhati hati di jalan raya.

Isnin, 6 September 2010

Sokongan untuk Azmin, sejarah Anwar lawan Ghafar berulang...



Ahli parlimen PKR hari ini menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Azmin Ali bagi merebut jawatan timbalan presiden PKR walaupun tuan punya badan sendiri belum menawarkan diri secara terbuka.

Anggota majlis pimpinan pusat Kamarul Baharin (Teluk Kemang) berkata, ini kerana Azmin telah melalui pelbagai perit lelah bersama parti itu sejak ditubuhkan selepas gerakan reformasi lebih 10 tahun lalu.

Kamarul menambah, sebagai timbalan presiden, Azmin akan mampu berganding baik dengan presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bagi menguatkan parti.

Daripada 24 ahli parlimen, 18 menyatakan sokongan itu bersama dua daripada tiga senator lagi.

Antara ahli parlimen yang hadir Zuraida Kamaruddin (Ampang), Johari Abdul (Sungai Petani), S Manikavasagam (Kapar), Loh Gwo Burne (Kelana Jaya) and Amran Abdul Gani (Tanah Merah).

Manakala 12 lagi Abdullah Sani (Kuala Langat), Fuziah Salleh (Kuantan), Azan Ismail (Indera Mahkota), Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan), Dr Lee Boon Chye (Gopeng), Ab Aziz Ab Kadir (Ketereh), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), Rashid Din (Merbok), Tian Chua (Batu), William Leong (Selayang), R Sivarasa (Subang) dan Ahmad Kasim (Kuala Kedah).

Manakala dua senator itu Mustafa Kamal Mohd Yusoff daripada Pulau Pinang dan Zamri Yusof daripada Kedah. Seorang lagi senator PKR Syed Husin Ali yang kini penyandang jawatan timbalan presiden.

Lima wakil rakyat yang tidak hadir Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh) dan anaknya Nurul Izzah (Lembah Pantai), Saifuddin Nasution (Machang), Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak) serta N Gobalakrishnan (Padang Serai).

NOTA KAKI: Melihat pada trend sokongan yang diperolehi oleh Azmin Ali untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR, sidang akhbar khas diadakan, teringat kepada peristiwa bagaimana sewaktu Anawar Ibrahim membuat pengumuman untuk menentang Ghafar Baba bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Dalam peristiwa pada 1993,Anwar menggunakan ibu pejabat dan dan dengan membawa sebahagian besar pemimpin UMNO negeri dan pusat untuk bersama sama beliau bagi membuat pengumuman tersebut.

Walaupun majlis yang kelihatan meriah itu di adakan di ibu pejabat UMNO dan kehadiaran sebahagian besar pemimpin UMNO, ada yang tidak sedar kehadiran mereka memmang di pergunakan oleh Anwar untuk tujuan meraih sokongan.

Malahan,penulis yang turut berada di majlis berkenaan dibisik oleh beberapa UMNO tertentu yang rasa terperanjat "Mereka turun dikaitankan dengan sokongan untuk Anwar"...sedangkan mereka tidak tahu menahu mengenai program ini.

Peristiwa itu berlaku lebih 17 tahun lalu, kini berulang lagi dengan cara yang sama, Azmin melalui kumpulan yang menyokong beliau mengadakan sidang akhbar di ibu pejabat parti bagi mengumumkan hasratnya itu.

Tetapi sebaik saja membuat pengumuman itu, sudah ada suara suara yang kurang berpuas hati dan mempersoalkan tindakan kumpulan pro azmin itu.

Apapun perkembangan itu tidak menghairankan kerana tentunya, kuah tidak akan tumpah kemana, ke nasi juga, macam tu la juga Anwar dengan Azmin. Selamat bertanding buah hati kesayangan Anwar..

Selasa, 31 Ogos 2010

ORANG MELAYU MULA GELISAH

Melayu mula gelisah

Apabila ada bukan Melayu melatah

Minta lupakan sejarah

Mahu Perlembagaan diubah

Hak Melayu dibuang mudah

Jalur Gemilang dipandang rendah

Perpaduan tidak diendah



Melayu akan bangkit

Apabila ada bukan Melayu mula sakit

Kontrak sosial diungkit ungkit

Mahu lebih bukan sedikit

Bukan busut tetapi bukit

Permintaan melangit



Bukan Melayu yang melatah

Baca dan fahami sejarah

Negara terbina atas penat lelah

Bapa bangsa yang megah

Terlepas daripada penjajah

Mahukan negara tersergam gagah

Anak cucu hayati faedah



Subang Jaya, 6.15 pagi 30 Ogos 2010
Petikan dari blog DUNIATIGER.

Terima kasih daun keladi...


ZOOM DI TAPAK PROGRAM AMAL BUBUR LAMBUK...






Penganjur Program Amal,Bubur Lambuk Drive Thru,Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama bagi menjayakan iktiviti tersebut sempena Ramadaan tahun ini dengan jayanya.

Program yang dimulakan pada hari pertama Ramadan sehingga 20 Ramadan itu berjaya mencapai matlamat dengan dapat menyediakan lebih 100 periuk periuk bubur.

Kejayaan ini juga adalah sebagai sebahagian daripada aktivti kebajikan yang membabitkan pengagihan percuma lebih 3000 bungkusan bubur lambuk setiap hari termasuk penagihan kepada rumah anak yatim dan anggota polis trafik Kuala Lumpur.

Aktiviti yang diadakan secara gotong royong yang membabitkan kaki tangan Masjid Wilayah Persekutuan dan pihak swasta seperti Pack One Caterer n Services, Daya Intelek Marketing tidak akan berjaya tanpa membabitkan kerjasama pihak swasta dan individu yang turut memberikan sumbangan kewangan dan tenaga.

Sokongan yang berterusan sepanjang program ini berjalan akan memberikan sokongan dan dorongan untuk diteruskan pada tahun yang akan datang.

Bagi pihak penganjur, semangat seperti ini mudah mudahan akan terus kekal bagi menjayakan lagi program seperti ini untuk tahun akan datang.

Bagi kami, TERIMA KASIH DAUN KELADI. Dan bagi yang tidak berkesempatan menikmati resepi kami, insallah tunggu tahun depan. Terima kasih, kepada Ketua Pengarah Jakim,Y.Bhg. Dato’ Hj Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz; yang turut meluangkan masa membuat pengagihan bubur kepada orang ramai.

Tidak ketinggalan, Imam Besar Masjid Wilayah, Haji Zakariah Isa, Ustazah Fathiah, Saudara Jamil Ismail dan team tukang masak beliau, Abang Yusuf, Pak Su dan CC dan semua pihak yang turut menjayakannya.

Masak Bubur dari pagi
Bila siap terus di beri
Terima kasih daud keladi
insallah tahun depan jumpa lagi.
..

Jumaat, 27 Ogos 2010

Tindakan tegas terhadap menghasut -PM



Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini memberi amaran tegas tiada pihak di negara ini yang terkecuali daripada tindakan undang-undang berhubung isu membangkitkan sensitiviti perkauman.

Perdana Menteri berkata, tindakan tegas tanpa sebarang pengecualian akan tetap diambil terhadap sesiapa sahaja yang didapati melafazkan ungkapan berbaur perkauman termasuk menggugat kepentingan negara dan tindakan merosakkan harta benda termasuk gereja dan surau.

“Majlis Tertinggi (MT) UMNO memandang serius penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) tertentu yang tidak tepat bertujuan membakar sentimen seolah-olah tindakan yang diambil kerajaan berdasarkan kepada pertimbangan kaum.

“Jangan sesiapa putar belit ini mengikut sudut perkauman seolah-olah kita melakukan pendakwaan terpilih dalam hal ini,” katanya.

Beliau yang juga Presiden UMNO bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat MT UMNO di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib-Naib Presiden dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Perdana Menteri merujuk kepada isu keluarga tiga remaja Cina yang ditahan kerana menyimbah cat dan melempar botol arak di Surau Taman Pulai Impian, Sikamat, Negeri Sembilan yang tampil semalam memohon maaf kepada masyarakat Islam atas perbuatan yang dilakukan anak-anak mereka itu.

Hari ini, tiga remaja itu yang dihadapkan di Mahkamah Kanak-Kanak Seremban mengaku bersalah atas pertuduhan yang dihadapi mereka.

Majistret M. Mageshwary membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM1,000 dan menetapkan 22 September sebagai tarikh sebutan semula kes itu sementara menunggu laporan akhlak ketiga-tiga remaja itu.

Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Tawar Khidmat



Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan akan memberi sokongan dan berkhidmat kepada UMNO, termasuk memenangi pilihan raya umum selaras hasrat ahli-ahlinya membantu parti yang telah banyak berjasa dan menjadi tunjang kepada kerajaan.

Pengerusinya, Tan Sri Dr. Aseh Che Mat memberitahu, kelab tersebut ditubuhkan dengan objektif utama ialah memastikan hubungan antara pegawai-pegawai kanan kerajaan yang telah bersara ini tidak terputus ikatannya dengan UMNO biarpun perkhidmatannya dalam kerajaan telah tamat.

“Sebelum ini, kita adalah pembuat dasar dan pelaksana paling utama termasuk memainkan peranan sebagai penasihat kepada pimpinan-pemimpin atasan jadi kita tidak mahu putus hubungan dengan kerajaan setelah bersara dan juga hubungan sesama ahli rapat dan mereka terus menyokong kerajaan,” katanya kepada UMNO-online, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melakukan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang tadi .

Selain itu, Ase berkata, antara tujuan penubuhan kelab tersebut adalah untuk memastikan sokongan sepenuhnya kakitangan perkhidmatan awam kepada kerajaan.

“Kita adalah abang-abang dan kakak-kakak mereka dalam perkhidmatan awam dan menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan supaya mereka patuh kepada kerajaan yang mentadbir,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa sebagai pesara tentunya mempunyai kualiti masa, tenaga kerja dan sumber yang boleh membantu kepada kepimpinan negara.

“Kami sedia menawarkan diri bagi membantu UMNO dan juga pemimpin-pemimpinnya bagi meringankan beban dan memudahkan urusan-urusan di Ibu Pejabat UMNO supaya menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti kita betul-betul telah mendapat sokongan dan matlamat untuk menang dapat dicapai sepenuhnya.”

Kelab yang ditubuhkan sejak Februari lalu telah mempunyai keanggotaan seramai 300 orang dan dijangka akan bertambah selaras dengan konteks jalinan hubungan berpanjangan dengan beribu-ribu pesara kanan kerajaan.

“Kita amat berterima kasih kerana Perdana Menteri kerana memahami dan memberi sokongan selain turut memberikan cadangan terhadap beberapa program yang boleh kita laksanakan,” tambahnya.

Pelancaran secara rasmi kelab ini akan dibuat menjelangnya Perhimpunan Agung UMNO, Oktober depan di Seri Perdana sebagai simbolik menunjukkan hubungan akrab anggota pesara pegawai kanan kerajaan dengan pentadbir negara.

“Pada Perhimpunan Agung UMNO nanti, kita juga akan turut serta dan terlibat sebagai pemerhati,” katanya.

Kelab tersebut aktif dengan pelbagai program selain telah mengadakan mesyuarat agungnya bersama exco dan mempunyai wakil di setiap negeri kecuali Sarawak. – MediaUMNO

Demonstrasi di Indonesia perbuatan upahan- Najib



Tindakan memijak Jalur Gemilang dan melempar najis manusia ketika berdemonstrasi di hadapan bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta Isnin lalu merupakan perbuatan sekumpulan penunjuk perasaan upahan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara itu tidak perlu dihairankan kerana di Indonesia terdapat kumpulan penunjuk perasaan yang diupah oleh pihak-pihak tertentu jika timbul satu-satu isu.

Beliau percaya dalang yang mengupah kumpulan penunjuk perasaan dalam demonstrasi tersebut mahu merenggangkan hubungan Malaysia dan Indonesia.

“Saya tidak hairan kerana di Indonesia ada kumpulan upahan. Kita mesti bezakan bahawa ini adalah tindakan yang diupah oleh pihak tertentu untuk merenggangkan hubungan kita dengan kerajaan Indonesia.

“Saya tidak anggap ini sebagai mencerminkan pendirian pemerintah Indonesia malah hubungan kita dengan Indonesia sangat baik dan sangat erat. Kita amat selesa dengan hubungan ini,’’ katanya.

Najib berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan sekumpulan rakyat Indonesia memijak Jalur Gemilang dan melempar najis manusia ketika berdemonstrasi di depan bangunan Kedutaan Malaysia di Jakarta Isnin lalu.

Ekoran kejadian tersebut, pasukan keselamatan Indonesia telah mempertingkatkan kawalan di Kedutaan Malaysia di Jakarta bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

Bagaimanapun ia tetap berulang semalam apabila kumpulan itu terus bersikap liar dengan membakar dan meludah Jalur Gemilang serta bergaduh dengan pasukan polis Indonesia yang mengawal di kawasan kedutaan tersebut.

Seramai 600 orang menyertai demonstrasi itu sambil berteriak ‘Ganyang Malaysia’ bagi membantah apa yang mereka dakwa pencerobohan pihak berkuasa Malaysia di sempadan perairan kedua-dua negara, berhampiran Bintan, Kepulauan Riau, 13 Ogos lepas.

Najib dalam pada itu turut mengingatkan supaya tidak ada sesiapa yang sengaja merosakkan hubungan antara kepimpinan Malaysia dan Indonesia.

Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai amat meresahkan rakyat Malaysia, beliau menegaskan, tujuan penunjuk perasaan adalah untuk mencetuskan kemarahan di kalangan rakyat negara ini.

“Itulah niat sebenar mereka. Mereka mahu kita bertindak balas, menimbulkan kemarahan supaya hubungan kita dan Indonesia menjadi renggang. Oleh itu kita jangan terperangkap dengan permainan ini.

“Di peringkat Kabinet kita telah membincangkan isu ini dan kita juga telah memanggil Duta Indonesia di Malaysia dan kita telah meminta pihak berkuasa Indonesia mengambil langkah kawalan lebih ketat bagi menghindarkan perkara seperti ini berulang,’’ ujarnya.

MP Serdang beri 'tazkirah' -Sultan Selangor murka



Sultan Selangor amat murka dan dukacita terhadap tindakan sebuah surau di Kajang yang membenarkan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching memberikan 'tazkirah' di situ Ahad lalu, kata pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, setelah memanggil pihak pengurusan surau itu memberikan penjelasan pada hari ini, Mais mendapati bahawa ucapan oleh Teo di dalam dewan solat di Surau Al-Huda, Kajang berlaku seperti dilaporkan.

Sehubungan itu, tambahnya, Mais diarahkan mengambil tindakan tegas terhadap surau itu, termasuk mengambil alih surau dan menguruskan pentadbirannya dengan serta merta kerana insiden itu jelas bertentangan dengan titah Sultan Selangor.

"MAIS memandang serius berhubung isu ini memandangkan ini merupakan kes kedua seumpanya yang melibatkan ahli politik dan orang bukan Islam memberikan ucapan di dalam masjid/surau di negeri Selangor," kata Mohamad Adzib.

Sementara itu, Mohamad Adzib berkata, Mais juga akan memberikan surat amaran kepada Teo supaya mengambil perhatian terhadap perkara itu dan tidak mengulangi lagi.

"Mais juga mengingatkan mana-mana wakil rakyat bukan Islam untuk tidak mengulangi perbuatan yang sama dan tidak menggunakan masjid/surau," katan Mohamad Adzib.

"Pihak Mais juga menggesa supaya semua pihak termasuk parti-parti politik agar lebih sensitif kepada perasaan umat Islam amnya dan hendaklah menjunjung titah perintah DYMM Sultan Selangor bagi menjaga kesucian institusi masjid dan surau di negeri Selangor."

NOTA: Itulah akibatnya apabila politik sudah menguasai diri, pihak yang tamatkan kuasa sanggup melanggar perintah dari pada pihak yang berkuasa dan pihak yang taksub pula mula mengenepikan tata susila dan tidak sensitif kepada perasan umat Islam.

Dan apabila kenyataan bantahan dibuat, akan dicap resis dan sebagainya sedangkan jelas apa yang dilakunya bercanggah dengan peraturan agama dan tata susila.

Seharusnya dalam menangani isu ini pihak yang bertanggungjawab harus bertindak tegas tanpa tunduk kepada tekanan mana-mana pihak.

Yang sampai satu hari nanti, Islam akan dipermainkan sebegitu rupa kerana kerakusan untuk berkuasa semata-mata.

Rabu, 25 Ogos 2010

Nurul Izzah berdosa buruk negara-Jamil Khir



Mereka yang memburukkan negara sendiri dengan niat menimbulkan kekacauan disanggap berdosa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Kita kena sayangkan dan cintakan negara kita dan perlu bersedia dalam mempertahankan negara kerana ia merupakan satu jihad dan sudah pasti ganjarannya untuk orang yang berjihad ini juga besar.

"Maka, kalau besar ganjarannya, besarlah juga kesalahannya apabila seseorang itu memburukkan negaranya sendiri, maruah negara, di tempat orang dengan harapan negara akan jadi huru-hara," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian di majlis penyampaian sumbangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada pesakit di hospital-hospital di Wilayah Persekutuan hari ini.

Jamil Khir diminta mengulas laporan bahawa ahli parlimen Lembah Pantai daripada PKR, Nurul Izzah Anwar, yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan imej dan maruah negara dalam satu temubual dengan sebuah akhbar Indonesia baru-baru ini.

Dalam temubual itu Nurul Izzah didakwa telah menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai dasar baru ekonomi serta memperkecilkan keupayaan kapal selam negara ini.

Terdahulu, Jamil Khir menyampaikan sumbangan Aidilfitri daripada MAIWP berjumlah RM1.4 juta kepada Hospital Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Putrajaya, dan sumbangan RM20,000 kepada Hospital Nukleus di Labuan.

Katanya, sumbangan itu selain bagi membantu pihak hospital membeli peralatan perubatan, juga diagihkan kepada tabung kebajikan perubatan hospital bagi membantu pesakit yang kurang berkemampuan menyambut Aidilfitri.

Tahun ini MAIWP membelanjakan RM1.32 juta mbagi membantu 519 orang daripada golongan asnaf yang menghidapi penyakit kronik.

- Bernama