Selasa, 25 Jun 2013

Kerajaan tidak takut dengan Malaysian Spring

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata kerajaan tidak gentar dengan penggunaan ungkapan ‘Malaysian Spring’ untuk menggambarkan usaha menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan, dan tidak akan mengambil tindakan terhadap mereka yang menggunakan ‘rakyat’ untuk melahirkan rasa tidak puas hati, selagi tindakan mereka tidak melangkaui batas undang-undang negara. Perdana menteri berkata mereka yang menggunakan perkataan ‘rakyat’ semata-mata untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diberi ruang membantah selagi tindakan seumpama itu tidak melangkaui batas undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan. “Jika tindakan sudah langkaui batas undang-undang Perlembagaan Persekutuan, kerajaan tidak teragak-agak untuk bertindak agar kedaulatan negara terus dihormati,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (BN-Mersing) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. Soalan Abdul Latiff yang menyentuh pandangan kerajaan mengenai penggunaan perkataan ‘rakyat’ untuk melahirkan rasa tidak puas hati mengenai keputusan PRU13 dan cubaan mewujudkan ‘Malaysian Spring’ menjadi soalan pertama yang dikemukakan pada persidangan Dewan Rakyat penggal pertama ini. Soalan serupa turut dibangkitkan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor). Najib berkata sebarang usaha untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan tidak akan membawa sebarang kebaikan kepada Malaysia. “Malah jika diamati dan diteliti, keadaan negara yang bergolak angkara rusuhan dan pergolakan jalanan, tidak ada perkara positif yang terhasil daripadanya. Ekonomi dan politik di negara-negara itu masih tercalar akibat persengketaan dan tidak nampak sebarang tanda untuk pulih seperti sedia kala,” katanya. Terdahulu, Najib berkata perbezaan pandangan bukan penyebab malapetaka dan punca perpecahan, sebaliknya jika ditangani dan diurus dengan baik, ia mampu mendatangkan rahmat dan kebahagiaan kepada rakyat dan memajukan negara. Kerajaan, katanya, mengakui kematangan dan kebijaksanaan rakyat dengan memberi hak untuk memilih kepimpinan negara melalui peti undi yang menjadi kaedah terbaik yang boleh diamalkan mana-mana negara. “Ironinya, mereka yang lantang menyuarakan mengenai ketidakadilan, menerima pula keputusan di kawasan yang dimenangi mereka,” katanya sinis. Menjawab soalan tambahan Abdul Latiff, kerajaan belum berhasrat untuk mewajibkan rakyat untuk mengundi. Bagaimanapun, katanya, kerajaan tidak menolak cadangan untuk melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik. “Apa-apa undang-undang jika difikirkan baik, perlu dilihat dahulu sama ada ia boleh dikuatkuasakan secara praktikal atau tidak,” katanya. – Bernama

Ghani Othman dilantik Pengerusi Sime Darby

Bekas Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman telah dilantik sebagai Pengerusi dan Pengarah Sime Darby Bhd yang baru berkuat kuasa 1 Julai, bagi menggantikan pemangku Pengerusi Tan Sri Samsudin OSman. Abdul Ghani, 66, akan berkhidmat sebagai Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif Sime Darby manakala Samsudin ditukar menjadi Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif Sime Darby, demikian menurut konglomerat itu di dalam satu kenyataan hari ini. "Abdul Ghani telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan pada Disember 1993 sehingga Mac 1995 sebelum menjadi Menteri Besar Johor sehingga Mei 2013," katanya. Samsudin dilantik sebagai pemangku Pengerusi Sime Darby berikutan persaraan Tun Musa Hitam sebagai pengerusi pada mesyuarat agung tahunan yang diadakan pada 8 Nov, 2012. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Tan Sri Mohd Bakke Salleh mengalu-alukan pelantikan Abdul Ghani, sambil menyatakan ia baik bagi kumpulan multinasional itu. "Sime Darby berbesar hati menerima beliau sebagai ahli Lembaga Pengarah dan kami yakin beliau akan membantu menyumbang bagi mengemudikan syarikat itu ke tahap lebih tinggi lagi dan bagi mengharungi tempoh yang mencabar," katanya. - Bernama

Isnin, 24 Jun 2013

Sesumpah yang sudah angkat sumpah...

Terciptalah sejarah, sekaligus bagi mereka yang mempunyai akal fikiran yang dibukakan oleh Allah Taala, akan melihat sendiri tembelang dan belang Anwar Ibrahim yang selama ini cukup kuat menipu dan memperdayakan rakyat Malaysia semata-mata untuk kepentingan peribadinya atau lebih tepat lagi demi menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia. Sejurus selepas kegagalan demonstrasi di Padang Merbok, Anwar Ibrahim menyatakan Pakatan Rakyat tidak akan menganjurkan sebarang himpunan atau demonstrasi lagi. Seolah-olah dia sudah serik kerana sambutan yang diberikan terhadap himpunan di Padang Merbok amat mengecewakan. Bagaimanapun, Anwar Ibrahim menegaskan bahawa dia tidak akan menutup mulut daripada mencaci Malaysia dan kerajaan kepada pihak asing, selagi mana dia akan terus diberikan sokongan dari pelbagai sudut dan bentuk. Itu janjinya…. Beberapa hari sebelum hari angkat sumpah dan perlantikan Speaker Dewan Rakyat, Anwar bersuara juga. Katanya, Pakatan Rakyat mencadangkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Abdul Kadir Sulaiman sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baru walaupun sebenarnya cadangan itu membuang masa, memandangkan jumlah Ahli Parlimen mewakili Barisan Nasional jauh mengatasi jumlah Ahli Parlimen mewakili Pakatan Rakyat. Namun Anwar Ibrahim yang licik cuba pula kaedah lain. Dia menuntut agar undian dijalankan secara rahsia dan ada nombor siri seolah-olah akan berlaku penipuan sepertimana dalam pemilihan CEC DAP mahupun pemilihan MPP PKR. Menjelang dua hari sebelum hari angkat sumpah, Anwar Ibrahim ke Padang Merbok. Berapi-apiucapannya. Bersemangat seperti biasa walaupun air mukanya keruh apabila melihat lebih ramai peserta demonstrasi angkat kaki dan enggan mendengar ucapan skemanya. Selesai program berkenaan, Anwar Ibrahim menghamburkan kemarahan kerana pemimpin Pakatan Rakyat kebanyakannya enggan memberikan komitmen dalam menjayakan demonstrasi terbesar rakyat Malaysia menentang Kerajaan UMNO-BN. Hadi Awang yang berjanji akan turun padang, tak nampak batang hidung. Para pemimpin PAS kecuali manusia seperti Mujahid Yusof dan Khalid Samad, lebih senang berada di Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut daripada sama-sama berarak meredah jerebu tebal yang didatangkan Allah Taala dari arah selatan Semenanjung. Itu cerita dua hari sudah… Semalam, gerombolan yang diketuai oleh Chegu Bard, Harris Ibrahim, Aruchelvam dan Adam Adli dengan bertemankan Tian Chua menjadikan Padang Merbok sebagai lapangan untuk mereka berkhemah. Jam 4:40 pagi, penguatkuasa DBKL merobohkan khemah-khemah mereka dan tercetus pula provokasi sambil Tian Chua menyatakan, tindakan anggota-anggota penguatkuasa DBKL itu melanggar Akta Perhimpunan Aman. DBKL terpaksa membuat laporan polis dan meminta bantuan polis agar menangani kedegilan kelompok manusia yang gemar menyalahgunakan undang-undang untuk kepentingan mereka. Pagi tadi, mereka berarak dan melakukan kekecohan di luar Parlimen. Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dicederakan. Alasan mereka hanyalah ingin menyerahkan memorandum tetapi tindakan mereka menyusahkan lebih ramai orang. Pemilihan speaker Dewan Rakyat berjalan penuh kontroversi. Anwar Ibrahim tidak membuat usul sebab dia tahu, usul itu adalah usul bodoh. Sebaliknya dia mengarahkan si tongong yang jadi Menteri Besar Selangor untuk buat usul. Keputusan akhirnya berpihak kepada Pandikar Amin Mulia dengan keseluruhan undi wakil Barisan Nasional diberikan kepada Pandikar Amin Mulia. Mahfuz Omar melalak melolong bagi pihak Anwar Ibrahim. Semuanya diungkit dan alasan kononnya, undi tidak dijalankan secara rahsia kerana Barisan Nasional takut ada Ahli Parlimen mereka yang khianat, dipopularkan. Sedangkan selama ini, itulah proses yang diamalkan di Parlimen sepanjang sejarah Parlimen Malaysia. Kecoh lagi… Tetapi sewaktu rehat tengah hari, Anwar Ibrahim bergelak tawa dan sungguh mesra dengan Najib Abdul Razak serta Muhyiddin Yassin! Gelagatnya jelas menunjukkan para pengikutnya telah dikencing dan diberak di atas kepala masing-masing. Anwar sedikit pun tidak prihatin dengan semangat meluap-luap para penyokongnya sendiri!!! mykmu.net

Keputusan pembangkang turut angkat sumpah bukti demokrasi masih diperakui...

Kehadiran semua 89 anggota Parlimen pembangkang pada majlis angkat sumpah anggota Dewan Rakyat hari ini menunjukkan sistem demokrasi di negara ini diperakui pembangkang di sebalik laungan tidak puas hati terhadap keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata dengan itu, pembangkang pada masa depan tidak sepatutnya mempertikaikan lagi sistem pilihan raya atau demokrasi negara. “Proses ini (angkat sumpah) menandakan sistem demokrasi di negara kita sudah diamalkan dengan baik, dan kitapun, termasuk pembangkang, telah angkat sumpah taat setia, mematuhi undang-undang dan menghormati Perlembagaan,” katanya ketika ditemui selepas majlis angkat sumpah anggota Dewan Rakyat di bangunan Parlimen di sini. Ditanya kekecohan yang dicetus segelintir pemimpin pembangkang sewaktu proses pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat pagi ini, anggota Parlimen Semporna, Sabah itu berkata perkara yang dipertikai hanyalah kecil dan sengaja diperbesarkan. “Kita selaku anggota Parlimen sepatutnya ada peradaban dan faham aturan mesyuarat mana yang boleh, mana yang tidak, takkanlah kita terlampau ‘rigid’ sangat dalam cara perjalanan mesyuarat, sedikit perkataanpun nak dijadikan pertikaian dia (pembangkang),” katanya. Acara angkat sumpah melibatkan 222 anggota Dewan Rakyat itu didahului Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, diikuti anggota Dewan Rakyat lain, termasuk 89 daripada gabungan pembangkang PAS-DAP-PKR. Komposisi Dewan Rakyat kali ini terdiri daripada 133 anggota Parlimen Barisan Nasional selain 38 dari DAP, PKR (30) dan PAS (21). Turut menyokong kenyataan Mohd Shafie ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang menjelaskan prosedur pemilihan Speaker dan timbalannya melalui undi bersurat sudah dinyatakan dalam Peraturan Mesyuarat 4. “Undi bersurat bermakna kita kena tandatangan sebab nanti sesiapapun boleh undi, jadi bila kita undi kita tanda tangan, bererti kena tulis nama kitalah untuk pastikan tandatangan itu tandatangan kita,” katanya. Dalam pada itu, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang menasihatkan semua wakil rakyat agar mematuhi lafaz sumpah yang diucap pada sesi mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat hari ini. “Keputusan pilihan raya telah dibuat malah sudah sampai masanya semua wakil rakyat datang bersidang dan lupakan isu-isu politik dan sebaliknya menunjukkan komitmen serta semangat mereka untuk menyumbang kepada rakyat,” katanya. Abu Zahar berkata semua wakil rakyat tanpa mengira parti politik seharusnya menggunakan persidangan kali ini sebagai platform untuk menyumbang khidmat bakti kepada negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula berharap anggota Dewan Rakyat pada kali ini akan berhujah dengan lebih bijaksana selaras dengan peringatan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. “Beliau telah memberi peringatan awal supaya Parlimen Malaysia menjadi contoh dan anggota Parlimen yang baharu dan lama dijadikan ikutan ketika sesi perbahasan,” katanya.Petikan Umnoonline.com

Jumaat, 17 Mei 2013

PM Najib dijangka dilanda gelora-Kabinet yang sugul.

TIDAK ada sesiapa pun yang mempertikaikan pemilihan ataupun sipa yangPM najib pilih Ahli Parlimen daripada Sabah maupun Sarawak kerana kedua-dua negeri ini layak untuk diberikan sedikit kelebihan berbanding dengan negeri-negeri lain lantaran kemenangan besar mereka dalam PRU13 hingga menyumbang kepada pembentukan kabinet Najib. Namun meminggirkan Ahli Parlimen di negeri-negeri yang menang seperti Kedah dianggap oleh pemerhati politik sebagai menafikan sumbangan besar pimpinan negeri yang telah berjaya merampas serta menumbangkan kerajaan PAS di negeri itu dan sekaligus mengembalikan Kedah ke tangan Barisan Nasional. Apakah kejayaan tersebut tidak dilihat sebagai sebuah kejayaan yang besar oleh PM Najib?Kalau Sabah dan Sarawak boleh diberikan tempat yang begitu besar dalam kabinet PM Najib,adakah cukup dengan hanya seorang sahaja MP diberikan jawatan sebagai Menteri cabinet sedangkan Terengganu yang hilang begitu banyak kerusi Parlimen dihadiahkan dua jawatan Menteri? Apakah Johari Baharum tidak layak sedangkan beliau sudah tiga penggal menjadi Ahli Parlimen dan memegang jawatan Pengerusi Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah dan memegang jawatan Timbalan Menteri di Kementerian Pertanian Dan Indsutri Asas Tani ataupun Johari Bahrum dicantas oleh Tun M kerana dendam kesumat?Pengalaman Johari Bahrum rupa-rupanya gagal memikat PM Najib.Kejayaan Johari Bahrum meningkatkan majoriti dalam PRU13 daripada tujuh ribu ke 10,444 bukan ukuran keberkesanan pimpinan beliau? Apakah Mahadzir Khalid tidak layak sedangkan beliau bekas Menteri Besar Kedah seperti juga Sahidan Kasim dan Idris Jusuh yang diberikan jawatan Menteri Penuh dalam kabinet Najib?Sepatutnya bekas Menteri Besar Kedah ini menolak perlantikan tersebut kerana inaya bersifat penghinaan kepada beliau..PM Najib `menampar’ Mahadzir Khalid dalam senyum dan sepatutnya Mahadzir Khalid menolak lantikan tersebut kerana beliau tidak rugi apa-apa pun apatah lagi pengalaman beliau sebelum ini tidak mendapat tempat. Jo Bahrom mangsa dendam Tun M? Siapa yang menyusun kabinet ini?PM Najibkah ataupun masih ada campurtangan Tun M ataupun orang-orang yang sama sebelum ini menyusun calon yang kononnya `winnable candidate’ dan akhirnya PM Najib terpempam tidak memperolehi majoriti 2/3 turut sama menjadi tangan-tangan ghaib menasihati PM Najib dalam masa menyusun kabinet ini? Apakah PM Najib tidak melihat kejayaan pimpinan Kedah itu bukan sesuatu yang patut dibanggakan dan kita bersetuju keputusan PM Najib yang tidak menyenarai satu pun jawatan Menteri kepada calon yang menang di Selangor ekoran kegagalan mengambilalih negeri itu dari pembangkang tetapi memandang remeh kepada kejayaan pimpinan UMNO Kedah menakluk kembali negeri itu merupakan satu tindakan yang silap dan PM Najib seperti tidak berterima kasih kepada segala usaha mereka itu selama ini. 10 Parlimen BN Berjaya rampas datri PAS dan menumbangkan PAS untuk mengambil alih kerajaan negeritetapi malangnya perjuangan serta pengorbanan pimpinan Kedah tidak mendapat tempat di hati Najib sebagaimana Sabah dan Sarawak yang diberikan enam jawatan Menteri manakal Sarawak pula mendapat tujuh jawatan Menteri termasuk bertaraf Senator. Di Sarawak pula,Parti Progresif Demokratilk Sarawak (SPDP) yang bertanding di empat kerusi Parlimen dan menang kesemuanya,itu pun tidak mendapat perhatian daripada PM Najib sedangkan Joseph Kurup yang bertanding satu kerusi dan tidak pun mempunyai keahlian yang ramai dipilih Najib untuk mengisi jawatan menteri. Apakah Tiong King Sing yang merupakan bekas Pengerusi BNBBC tidak layak untuk mengisi kuota parti itu bagi jawatan Menteri?Buruk sangatkah pimpinan SPDP ini hingga PM Najib langsung tidak memandang keupayaan mereka?Tafsiran perkongsian kuasa apa yang PM Najib lakukan ini? Mahadzir patut tolak jawatan Timbalan Menteri..! Kita bersetuju andai PM Najib kata politik bukan satu bentuk jaga hati,politik adalah perjuangan menentukan nasib serta masa depan agama,bangsa dan negara tetapi PM Najib harus mengambil kira perjuangan serta pengorbanan mereka tatkala Najib mengambil alih pimpinan daripada Pak Lah dan kepada mereka inilah antara yang Najib sandarkan apabila berlakunya ura-ura ada penghijrahan ataupun lompat parti beberapa orang MP sebelum ini dan adakah PM Najib begitu yakin,peristiwa 16 September tidak berulang lagi? Sekarang ini pun sudah terdengar bisik-bisik suara yang tidak puas hati apabila yang patut menjadi Menteri disingkirkan atapun tidak mendapat tempat dihati PM Najib dan penasihat-penasihat dan PM Najib tidak perlu yakin dengan AkuJanji calon-calon yang bertanding kerana dalam demokrasi AkuJanji bukan penghalang untuk mereka berhijrah.moral bukan lagi keutamaan. Sekiranya masih ada ruang yang terbuka,kabinet berimbang PM Najib ini harus secara menyeluruh supaya tidak ada Ahli Parlimen yang menang terguris hati dengan gaya politik PM Najib ini dan sebagai rakyat bawahan,kita mahu semua yang berkelayakan serta berpengalaman harus mendapat tempat sejajar dengan segala kerja keras mereka untuk memenangkan parti hingga PM Najib boleh menubuh kerajaan.Petikan: Sanggahtokjanggut.

Rabu, 15 Mei 2013

barisan kabinet Persekutuan 2013

Berikut ialah senarai barisan kabinet Persekutuan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini: Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Seri Jamil Khir Baharom Datuk Seri Abdul Wahid Omar (akan dilantik sebagai senator) Datuk Seri Idris Jala (Senator) Tan Sri Joseph Kurup Datuk Seri Shahidan Kassim Nancy Shukry Datuk Joseph Entulu Belaun Datuk Paul Low Seng Kuan (Senator) Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim Timbalan Menteri: P.Waythamoorthy (akan dilantik sebagai senator) Kementerian Kewangan Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan Kementerian Pelajaran Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri II Datuk Seri Idris Jusoh Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan Kementerian Dalam Negeri Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar Kementerian Komunikasi dan Multimedia Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed Timbalan Menteri: Hamim Samuri Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Menteri: Datuk Seri G. Palanivel Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit Kementerian Pengangkutan Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (pangku) Timbalan Menteri: Datuk Aziz Kaprawi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman Kementerian Pertahanan Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri Kementerian Kerja Raya Menteri: Datuk Fadillah Yusof Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin Kementerian Kesihatan Menteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam Timbalan Menteri:Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya Kementerian Belia dan Sukan Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan Kementerian Sumber Manusia Menteri: Datuk Richard Riot Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Menteri: Datuk Hasan Malek Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (akan dilantik senator) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun Kementerian Luar Negeri Menteri: Datuk Seri Anifah Aman Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi Kementerian Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Timbalan Menteri: Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan air Menteri: Datuk Seri Maximus Ongkili Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi: Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin Timbalan Menteri Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Khamis, 2 Mei 2013

ANCAMAN CAMPURTANGAN KUASA ASING TERHADAP KEDAULATAN ISLAM

1. Semenjak beberapa hari lalu, beberapa pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO Islam) telah menerima aduan yang tidak henti-henti daripada orang ramai yang menzahirkan rasa bimbang dan marah mereka berkaitan suatu klip video bertajuk “Malaysia Prophecy from Jerusalem” yang telah dimuatnaik ke laman Youtube pada 26 April 2013 oleh seorang paderi bernama Karen Dunham dari Living Bread Church – sebuah organisasi gereja yang mempunyai cawangan di Israel, Amerika Syarikat dan Gaza. 2. Klip video tersebut telah disaksikan berpuluh ribu pengunjung Youtube. Pada waktu kenyataan akhbar ini dibuat, hampir seratus ribu klik telah dibuat ke atas klip video tersebut. Kilp video tersebut juga telah dikongsi oleh berpuluh blogger melalui blog-blog mereka. Manakala melalui laman facebook pula video tersebut telah menjadi bahan “panas” yang dikongsi bersama oleh beribu pemilik akaun facebook. 3. Susulan dari aduan tersebut, pihak NGO Islam telah meneliti video berkenaan dan kami membangkitkan kebimbangan yang mendalam berhubung isu kandungan video itu dan mesej yang ingin disampaikan di saat-saat Malaysia sedang berdepan suasana tidak menentu menjelang PRU-13. Kami mendapati wujud kecenderungan untuk mengaitkan doa penganut Kristian di dalam klip video berkenaan dengan kewujudan ‘sebuah kerajaan baru selepas PRU-13 kelak’. 4. Video ini juga menimbulkan pertanyaan di kalangan NGO-NGO Islam kerana pihak yang mennyebut doa-doa dan ucapan di dalam video tersebut dilihat begitu memahami dan mengetahui secara dekat apa yang berlaku di Malaysia walaupun mereka berada di Jurusalem. Mereka cuba menggambarkan bahawa Tuhan mereka akan membantu memberi kemenangan kepada kerajaan baru di Malaysia. Mereka juga berkeyakinan bahawa kerajaan baru di Malaysia kelak akan mengiktiraf hubungan dengan Negara haram Israel. 5. Melalui penelitian kami dan rentetan beberapa fakta sejarah, persoalan yang timbul ialah adakah video ini mempunyai kaitan langsung dengan dakwaan menggemparkan oleh bekas Setiausaha Organisasi dan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), Razali Abdul Rahman dan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa bahawa adanya usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Kristian? 6. Adakah ini juga ada kaitannya dengan seorang pemimpin pakatan pembangkang di Malaysia yang dikatakan pernah cuba mengiktiraf Negara Israel dan diwar-warkan oleh media Israel, the Jerusalam Post di dalam laporannya bertarikh 20 Mac 2008 sebagai ahli politik yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia? 7. Sebagai kumpulan aktivis yang telah sekian lama memantau ‘trend’ gejala pemurtadan, pluralisme, liberalisme dan LGBT, NGO-NGO Islam telah berhadapan dengan pelbagai bukti-bukti yang sukar disangkal dan kami percaya bahawa usaha-usaha untuk mengancam kesucian Islam di Malaysia adalah nyata, benar lagi sahih. Ini termasuklah agenda ‘Rainbow Nation’ yang pernah didedahkan beberapa bulan yang lepas. 8. Kami memberikan amaran bahawa NGO-NGO Islam dan ummah di Malaysia tidak sesekali akan berdiam diri dan bersedia memperjuangan kesucian Islam dan aqidah hingga ke titisan darah yang terakhir, biarpun terpaksa mengorbankan nyawa kami sendiri. 9. Kami juga memberikan peringatan bahawa sebarang usaha untuk mencabar kesucian Islam di Negara ini adalah bertentangan dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menegaskan kedudukan Islam sebagai agama Negara dan pelbagai peruntukan lain sama ada di peringkat Persekutuan ataupun Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu. 10. Bersandarkan perkembangan ini, kami ingin mengajak seluruh umat Islam di Malaysia untuk sama-sama menunaikan solat hajat selepas solat Jumaat esok, 3 Mei 2013 bagi memohon bantuan dan pertolongan Allah SWT menggagalkan usaha jahat anasir-anasir yang cuba menggugat kedaulatan Islam di Negara kita. 11. Pada kesempatan ini kami ingin memaklumkan bahawa satu perhimpunan aman akan diadakan selepas solat Jumaat esok di Masjid Negeri Shah Alam bagi menzahirkan kerisauan dan perasaan marah umat Islam terhadap sebarang bentuk percubaan kuasa asing untuk campur tangan dalam hal-hal berkaitan Negara kita. Kami juga menyeru aktiviti yang sama dilakukan di masjid-masjid di seluruh Negara demi mempertahankan kesucian Islam yang telah didaulatkan sekian lama dibumi tercinta ini. 12. Pihak NGO Islam juga ingin menyeru kesemua umat Islam yang masih ‘tidur’, alpa dan lalai (sehingga lebih sibuk memikirkan harga minyak dan harga kereta turun) supaya berfikir dan menanamkan kesedaran terhadap hal yang sangat serius ini. Tolonglah celikkan mata selebar-lebarnya, bukalah hati dan dengarlah seruan mempertahankan Islam yang sedang dalam proses dihancurkan oleh anasir-anasir luar. 13. Kami pasti bahawa teguran dan pandangan kami ini akan dilabel sebagai “siege mentality” dan dituduh menerima upah pihak-pihak tertentu. Pihak NGO Islam ingin menegaskan bahawa tanggapan sebegini dengan sendirinya menggambarkan sikap taksub dan bebal dengan politik kepartian mereka semata-mata dan menafikan kedegilan menerima bukti kebenaran yang jelas di depan mata. 14. Pihak NGO Islam telah menghidangkan masyarakat Islam dengan pelbagai bukti realiti ancaman ini, bangkitlah ! Bangunlah ! Dan pertahankanlah Islam di Malaysia dengan penuh keimanan dan tanpa ragu-ragu! Bagi Pihak NGO-NGO Islam 2 MEI 2013 KELAB SULTAN SULAIMAN KG. BARU, KUALA LUMPUR

Rabu, 1 Mei 2013

PANAS !! BAPA SAIFUL DEDAH ANWAR SOGOK DUIT

Bapa Saiful Bukhari waktu ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia diatas keterlanjuran beliau menerima suapan dari Anwar Ibrahim untuk menafikan anak beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim. Dalam kenyataan Bapa Saiful Bukhari tadi beliau akan terus membela Saiful Bukhari walau apa pun yang berlaku dan beliau amat menyesali keterlanjuran beliau yang gagal melawan nafsu menerima habuan wang yang ditawarkan oleh Anwar Ibrahim. Azlan juga takut dengan sumpah Lakhnat yang telah dibuat anak nya Saiful Bukhari mengenai insiden diliwat Anwar Ibrahim. Laporan lanjut menyusul... Untuk makluman semua Bapa Saiful Bukhari ditawarkan habuan wang RM 3 Juta oleh Anwar Ibrahim untuk menafikan Anwar Ibrahim meliwat Saiful Bukhari. Harus kita ingat Anwar Ibrahim penuh dengan wang dan beliau mampu membeli siapa sahaja bagi menampakkan kepada rakyat Malaysia bahawa Anwar Ibrahim adalah manusia yang bersih dan layak diangkat sebagai pemimpin negara. Gomo sendiri mengakui pernah ditawarkan habuan Wang Ringgit untuk menghentikan serangan keatas Anwar Ibrahim tempoh hari. Satu jumlah yang banyak ditawarkan Anwar Ibrahim agar Papa Gomo membuat satu artikel berkenaan Fitnah ke atas Anwar Ibrahim dan memadamkan semua artikel yang pernah dikarang berkenaan Anwar Ibrahim. Gomo menolak tawaran habuan dari Anwar Ibrahim dan atas sebab sebab tersebut Blog Papa Gomo sehingga hari ini diserang begitu hebat oleh puak Anwar Ibrahim termasuk melakukan serangan HACK dan DDOS blog Papa Gomo. Apa sekalipun Gomo akan terus menentang manusia MUNAFIK bernama Anwar Ibrahim ini sehingga ke titisan darah yang terakhir. Jangan dia ingat kerana dia mempunyai wang dia boleh beli jiwa dan raga rakyat Malaysia. Anwar Ibrahim adalah BAPAK PERASUAH paling besar dalam dunia dan orang seperti ini perlu kita tolak dan singkirkan dari negara kerana inilah yang akan menghancurkan negara kelak jika dia berkuasa.Petikan: PAPAGOMO.

10 SEBAB KENAPA RAKYAT KEDAH MESTI TOLAK PAS.

7. TIDAK MAMPU BINA MASJID: Kerajaan PAS dalam laporan pencapaian lima tahunnya menyebut membina 12 buah masjid sejak 2008. Tapi hakikatnya ianya dibina melalui peruntukan kerajaan pusat. Statik ICU menjelaskan 24 masjid dibina melalui peruntukan kerajaan pusat sepanjang tempoh tersebut. Walaupun ditadbir oleh sebuah parti yang mendakwa berteraskan Islam tetapi gagal untuk membina sebuah masjid sebalik kejayaan besar mereka ialah meroboh sebuah surau wakaf di bandar Alor Setar. Foto Foto

10 SEBAB KENAPA RAKYAT KEDAH MESTI TOLAK PAS

6. GAGAL SEDIAKAN INFRASTRUKTUR: Kerajaan PAS Negeri cuma mengunakan sebahagian peruntukan rm147 juta kerajaan Pusat bagi membaik pulih jalanraya sebebihnya dikatakan disimpan dalam Tabung Amanah yang diwujudkan pemerintahan kerajaan PAS negeri. Akibat penyalahgunaan peruntukan tersebut urusan penyelengaraan jalan jalan negeri menjadi tidak terurus terutama dikawasan luar bandar.

5 Kedutaan Asing Ramal BN Menang

Pilihanraya Malaysia kali ini nampaknya bukan sahaja penting untuk rakyat Malaysia, tetapi entah kenapa negara-negara asing juga begitu teruja menunggunya. Rata-rata, pilihanraya yang dikatakan ‘ibu segala pilihanraya’ ini dianggap sebagai ketibaan di dua persimpangan bertentangan di mana salah satunya akan mengubah segala-galanya, iaitu daripada landskap dan struktur asas negara ini. Dari satu segi pula, pilihanraya ini hanyalah salah satu dari beberapa pilihanraya yang perlu dilalui oleh Barisan Nasional, iaitu pertandingan untuk mengekalkan kuasa. Dalam kata lain, PRU hanyalah satu platform untuk parti BN meneruskan khidmat tidak kira siapa pun pemimpinnya. Namun, bagi PR ia adalah lebih dari itu. Bagi pemimpin-pemimpin PR, pilihanraya adalah sesuatu yang peribadi. Ini kerana, jika pemimpin BN bersilih ganti, pemimpin PR pula menyaksikan muka yang sama sejak berpuluh tahun dahulu. Maka, pemimpin-pemimpin PR ini bukan lagi bertanding kerana parti tetapi sebenarnya mempertaruhkan ‘hidup’ mereka sendiri. Memandangkan mereka masing-masing sudah mencapai usia senja, maka slogan ‘Ini Kalilah’ dengan sendirinya memaparkan keterdesakan yang tidak tertahan-tahan lagi seolah-olah jika kali ini kalah juga, maka ‘matilah’ mereka. Malangnya, kita mempunyai berita buruk untuk pemimpin-pemimpin PR ini iaitu berita yang didapati dari sumber dalaman mengenai ramalan PRU kali ini. Nampaknya, lima dari kedutaan asing percaya bahawa BN akan menang sekali lagi dengan majoriti yang lebih besar dari PRU2008. Pihak asing yang berkata demikian ialah Kedutaan China, Taiwan, Indonesia, Jepun dan Amerika Syarikat. Kita tahu bahawa pihak gereja Jerusalem di Israel ada menghantar perutusan khas dalam bentuk video sebagai pembakar semangat untuk PR menghadapi PRU. Malah, pihak gereja itu tampak begitu yakin dengan kemenangan PR dan telah meraikannya lebih awal dengan ‘menerima’ Malaysia kedalam ‘jemaah’ mereka untuk sama-sama menuju cahaya keberkatan ‘the Lord’. Namun, mengambil prinsip demokrasi, ramalan satu pihak sahaja tentulah tidak boleh dipakai jika dibandingkan dengan ramalan 5 pihak kedutaan asing tadi. Lagipun, selalunya ramalan pihak kedutaan asing boleh dipercayai kerana mereka tidak terlibat dengan sentimen rakyat Malaysia. Pihak asing juga tidak perlu membuat atau menyebar ramalan palsu kerana maklumat yang tepat adalah penting untuk mereka mengatur langkah seterusnya dalam hubungan dengan Malaysia terutama dari segi dagangan. Justeru, kita harap pemimpin-pemimpin PR bersedia untuk menerima kekalahan ini dengan baik. Kita tidak dapat membantu memujuk hati mereka dengan menukar slogan kepada ‘Lain Kalilah’ kerana kita tahu dalam usia mereka kini, ungkapan ‘lain kali’ tentu saja tidak relevan. Anwar sudah berkata jika beliau kalah, beliau akan bersara dan mengajar di Perancis, mungkin kerana Perancis baru sahaja meluluskan undang-undang kahwin sejenis. Manakala, Lim Kit Siang pula telah menyatakan bahawa beliau bersedia menerima ‘kematiannya’ sendiri di Gelang Patah. Nik Aziz pula….mungkin beliau akan ‘terbersara’ sendiri tanpa sedar, sekiranya beliau kalah di kawasannya kali ini. Maka tinggallah Hadi Awang. Tetapi Hadi Awang juga katanya rela menjadi nelayan sahaja asalkan Islam menang. Dan kita pasti, Islam akan terus menang di bawah BN dan tiada siapa yang akan mampu mengganggu-gugat Kalimah Allah lagi sekiranya PR terkubur. Dengan jaminan ini, kita harap Hadi Awang tidak begitu gusar dengan ramalan kedutaan asing tersebut. Anwar, Kit Siang dan Nik Aziz bagaimanapun terpaksa terus melayan kegusaran masing-masing sementara menunggu ‘hari perhitungan’. Seperti yang dikatakan tadi, kita faham betapa pentingnya PRU kali ini untuk mereka. Maklumlah, seluruh hidup telah dihabiskan untuk mengabdikan diri kepada perebutan kuasa sehingga tidak sempat menikmati keindahan dunia. Saban hari terasa diri dalam neraka walaupun dihiburkan oleh China Doll, jambu-jambu atau anak-anak ikan, dan walaupun wang sudah berkoyan-koyan. Entah kenapa tiba-tiba menjelang PRU ini, hidup terasa seperti sia-sia, bukan?http://din.huluselangor.net

Isnin, 29 April 2013

10 SEBAB KENAPA RAKYAT KEDAH MESTI TOLAK PAS.

4. GAGAL TARIK PELABUR: Pelabur baru masuk ke Kedah terlalu kecil kalau berbanding sebelum 2008. Kedah dibawah BN mencatat kemasukan pelabur asing sebanyak RM14 bilion bagi tahun 2007. PDI Kedah dizaman kerajaan Pas hanya RM 2.5 bilion sahaja. Penangguhan Projek Sungai Limau Hidrokarbon Hub yang dianggapkan melibat pelaburan RM35 bilion yang dijangka siap pada 2013 yang dijangka mampu menjana pendapatan rm400 juta setahun.Bagaimanapun sehingga ini projek berkenaan tidak dapat dilaksanakan ekoran sikap tidak prihatinan kerajaan negeri. 5. BANYAK HUTANG: Kelemahan pentadbiran kewangan kerajaan negeri hingga menyebabkan sehingga kini kerajaan negeri di bawah kepimpinan PAS mengalami bebanan hutang yang serius. Sehingga hari ini beban hutang kerajaan negeri mencecah RM3 bilion yang boleh mendedahkan kepada risiko muflis.

Ahad, 28 April 2013

10 SEBAB KENAPA RAKYAT KEDAH MESTI TOLAK PAS.

3. MASALAH KESIHATAN AZIZAN Menteri Besar, Ustaz Azizan yang sering menghadapi masalah tetapi mendakwa masih mampu menjalankan tanggjungjawab juga menimbulkan perasaan kurang senang dikalangan exco dan pegawai kerajaan. Ramai dikalangan mereka beranggapan sudah sampai masanya bagi Azizan berhenti kerana dianggap tidak mampu lagi menerajui kerajaan negeri yang memerlukan seorang pemimpin yang aktif dan agresif.

10 SEBAB KENAPA RAKYAT KEDAH MESTI TOLAK PAS.

2.KEMELUT DALAMAN PAS. Azizan Vs Phahrozrazi. Dua Exco sebelum ini tidak mahu dilantik semula kerana tidak bersetuju dengan Menteri Besar menyebabkan PAS Pusat campurtangan hingga sebuah jawatankuasa pemandu pusat ditubuhkan. Krisis kepimpinan itu membabitkan antara Ustaz Azizan dengan Phahrozrazi hingga mencetuskan perlbagai peristiwa yang melucukan antaranya, Phahzorazi pernah di kurung puak Azizan dalam satu kejadian di Sungai Limau baru baru ini. Selain itu wujud juga krisis kepimpinan dikalangan rakan pakatan pembangkang Kedah sehingga membawa kepada perebutan kerusi di kalangan mereka. Kerana kurang sefahaman itu ada juga yag bertanding bebas dan ada bekas EXCO yang tidak dicalonkan semula.

SURAT ANAK DR MAZLAN KEPADA ANWAR IBRAHIM

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi. Setelah lama menyepi maka aku akan ceritakan sebab-sebab Dr Mazlan menentang DSAI. Ramai rakan-rakan yang baik hati, private message aku dan tanya kenapa lawan DSAI. Alhamdulillah cara yang baik dan Islami. Tapi aku terkilan dengan mereka yang secara terbuka menyerang dan mengkritik aku, tag di sana sini. Kot2 nak PM dulu ka tanya ka, dak pun. Tanpa menyelidik pun sebab kenapa lawan DSAI. Maka hari ini saya secara terbuka akan menceritakan kenapa kita perlu menentang DSAI. Dr Mazlan telah menggadaikan pekerjaan besar Naib Presiden Telekom Malaysia hanyalah demi menyelamatkan akidah ummat! Anwar Ibrahim membawa bersamanya ideologi yang pelik, bercanggah dengan syarak. Maka kerana tiada siapa yang sudi untuk menentang beliau, maka Dr Mazlan lah yang menjadi ayam tambatan kepada ummat. Itu pun masih lagi yang menyerang beliau. Malah rakan-rakan aku dari PAS ada jugak yang taksub tu, kutuk Dr Mazlan, "kata dia ni memang tak suka Anwar lepastu UMNO guna la".. Beradap la sikit.. tak boleh nak husnul zhon langsung. Orang seperti Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin Pakatan Rakyat, berilah kepimpinan kepada orang baru pulak, pimpinan PAS lagi ramai yang tak menjual agama demi undi. Anwar Ibrahim tidak layak menjadi PM sekiranya PR menang. Dasar PKR sebagai parti paling banyak bertanding kerusi melebihi PAS, bukan bawa agenda Islam, bukan ada Majlis Syura, bukan dasar Islam pun. Serahkan yang hak kepada mereka yang berhak. Kepada yang kata kita menentang Anwar sebab kita anti-anwar, itu salah sama sekali! Kita menentang ideologi, dasar mencabar akidah yang dibawanya. Ideologi ini sepanjang masa akan menjadi ancaman buat islam, dan hari ini ideologi ini bertopengkan manusia bernama Anwar Ibrahim. Persoalannya, siapakah yang sudi menentang beliau dan menjadi katalis dalam tindakan ini?? Dan siapakah yang akan berada di sebelah sana membela tindakan Anwar Ibrahim? Sesiapa yang ada fikrah Islam yang jelas pasti akan memilih menentang Anwar Ibrahim, bukannya setakat sembang lebat nak buat Islam tapi berdiam diri soal siapa Anwar Ibrahim; seterusnya membiarkan Dr Mazlan dicaci dihina walaupun perbuatan ini untuk kebaikan Ummat. Kepada yang kata kita bergabung dengan pihak yang zalim, aku nak habaq orang yang zalim ialah orang yang membiarkan Anwar Ibrahim menjadi pemimpin, membiarkan ummat dirosakkan akidah mereka oleh manusia ini. Ini bukan soal gabung dengan sesiapa, tapi soal nak halang orang yang tidak layak menjadi pemimpin, ketua di negara kita. Berlambak lagi yang layak, nak pilih orang macam ni buat apa? Jika ada individu yang berakidah sebegini dalam PKR, PAS, bahkan UMNO sekalipun maka semua orang wajib menolak orang ini tanpa kira parti. Weight bertanding menentang Anwar Ibrahim tidak sama dengan weight menentang ahli biasa PKR. Kerana Anwar Ibrahim pemimpin PR, dan fikrah beliau akan dijadikan dasar negara sekiranya menang negara. Takpayah cakap banyak. Kami bukan lawan PAS PKR tapi lawan figure yang bernama Anwar Ibrahim. Jangan dok ambik personal. Kawan2 aku yang PAS hampa dok kalut apa, kami bukan lawan PAS..PAS jugak untung kalau Anwar takdak, boleh PAS jadi kuat dalam PR. KALUT SUNGGUH. Ni aku nak habaq mai, hampa khatam blog yang aku sertakan itu, lepas tu mai lah balun aku dan habaq benda kami buat ni betul atau salah! Tak percaya lagi blog tu, pi jumpa ustaz-ustaz, bagi link blog tu suruh depa baca, dan tanya betui dak tindakan Dr Mazlan lawan Anwar? Satu lagi, yang dok bubuh kesalahan konon ada ahli UMNO hina Nik Aziz kata kafir la, buat video seks konon Mustafa Ali la, apa kaitan dengan Dr Mazlan? Boleh dak aku kata ahli PAS yang kata ahli UMNO kafir, tu Ustaz Hadi yang salah? Boleh ka? Aku nak bagi cayaq sikit otak jumud tu. Akhlak ahli UMNO atau ahli PAS yang berjuta-juta orang mana boleh nak sama dengan Dr Mazlan atau Tuan Guru Haji Hadi. Ini tanggungjawab semua untuk dakwah, bukan bubuh kesalahan atas mana-mana pihak. Buang la sifat taksub tu... Yang dok share sana sini konon Anwar dihina dimaki la dipenjara ditelanjangkan la apa, ya kita kesian kalau benda itu benar; tapi itu masih tidak menghilangkan kebenaran yang dengan akidah dia ni. Kalau Anwar jadi pemimpin negara dan dibawa bersamanya ideologi yang pelik dan bercanggah dengan syarak untuk dijadikan polisi negara, siapa nak tanggung? Maka haram untuk kita memilih beliau. Awat kalau kesian kat dia, dia jadi layak memimpin? Takkan la kriteria layak nak jadi pemimpin itu kena buat orang kesian kat kita. Ni orang yang fikrah Islam yang jelas, dia tak akan biaq orang macam Anwar ni jadi pemimpin. So something to ponder- pihak mana yang angkat Anwar jadi pemimpin? Parti UMNO ka? Dr Mazlan kena caci maki berkandaq, yang konon 'fikrah jelas' tu diammm ja, biaq kami kena maki. Hampa sedaq dak kalau Dr Mazlan tak ambik tanggungjawab lawan Anwar dan Anwar menang dalam pilihanraya, dia jadi PM dan jadikan ideologi yang bercanggah islam tu dasar negara, hampa yang undi dia, hampa yang 'fikrah jelas' tu tanggung la dosa sebab mendiamkan kebenaran, seperti firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 42 "Dan janganlah kamu mencampurkan kebenaran dan kebatilan dan jangan kamu sembunyikan kebenaran itu sedang kamu mengetahuinya". Yang kata Dr Mazlan gila duit la apa, dia tu dah VP TM kot, tak payah susah2 dah cari kerja lain, gaji dah berlambak pun, nak pi turun menghadap caci maki hampa ni buat apa. Yang pembangkang yang kata Dr Mazlan lapaq kontrak kerajaan lepas pilihanraya, bukankah hampa yang kata Kerajaan BN akan jatuh, oleh itu memang tak cerdik la sapa yang pi bertanding time ni, baik duduk diam2 kat Telekom, takdak caci maki. Orang dah berkorban jiwa raga hampa dok kutuk Dr Mazlan. Takpala... kami buat demi Islam. Allah jugak yang nak judge kami di akhirat. Bukannya manusia mana2 yang hina Dr Mazlan tu.. Semoga Allah beri kefahaman Islam kepada semua, kemaafan kepada yang menghina, dan rahmat ke atas rakyat Malaysia. Aaameen inshaAllah. Wallahua'lam. Ahmad Uzair Mazlan Anak Dr Mazlan Labels: Politik

MUSA HITAM YAKIN KEMAMPUAN KHALED NORDIN

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yakin dengan kemampuan Datuk Seri Khaled Nordin memandangkan pengalaman dan keperibadian bekas Menteri Pengajian Tinggi itu. Katanya, Khaled Nordin telah berjanji kepadanya bahawa beliau akan mendukung prinsip-prinsip yang “bersih, cekap dan amanah” .Kerajaan perlu ada budaya perundingan. Beliau berkata, ‘budaya perundingan’ perlu diterapkan dalam kerajaan dan NGO serta memainkan peranan penting untuk menggambarkan isu-isu harian. “Ia adalah jelas semua orang mesti berjanji, tetapi yang lebih penting ia adalah keupayaan untuk MENEPATI JANJI. “Saya yakin dengan kemampuan Datuk Seri Khaled, dan digabungkan dengan pengalaman beliau, ia boleh dilakukan,” katanya. Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam mendakwa bahawa dengan memainkan ‘sentimen dan kebimbangan’ orang cina di Johor, DAP dan Lim Kit Siang sedang mengancam tradisi hubungan erat antara kaum di negeri itu. “Kali terakhir apabila saya berada di sekolah, kita menggunakan banyak nama untuk berjenaka tentang satu sama lain, memanggil mereka nama-nama seperti belacan dan babi. Ia menunjukkan keakraban. Di Johor ia telah menjadi seperti itu. “Adakah saya fikir ia (keakraban) akan terjejas (kerana Lim bertanding di Johor)?. “Sudah tentu ia akan terjejas, ini adalah apa yang mereka berharap untuk mencapai. Mereka mahu menukar undi Cina berdasarkan emosi dan ketakutan, “katanya. Musa berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai sama ada Lim Kit Siang akan dapat menarik undi Cina dari BN di Johor. Lim Kit Siang bertanding di kawasan Gelang Patah , dia berdepan dengan Menteri Besar Johor Abdul Ghani Othman. Tun Musa yang merupakan bekas orang kuat UMNO, berkata Johor tidak memerlukan “orang luar” untuk datang ke sini dan memberitahu rakyat apa yang baik untuk mereka. Orang luar ini bertujuan untuk mengkritik dan mewujudkan ketakutan dengan bermain dengan sentimen. “Saya pernah melalui 13 Mei, Maka sesiapa yang memainkan sentimen orang Cina atau Melayu, saya tidak akan terima, “katanya, merujuk kepada Lim Kit Siang , yang telah menghabiskan sebahagian besar kehidupan politik di negeri-negeri lain. Beliau berkata MB Johor itu telah membuktikan rekod prestasi beliau dalam mentadbir negeri itu selama 18 tahun. “Tidak syak lagi Lim Kit Siang merupakan pemimpin pembangkang yang berani dan dinamik, tetapi dia tidak mempunyai pengalaman menjalankan kerajaan seperti Ghani,” katanya. Tun Musa, yang berada di Johor, pada satu majlis yang dianjurkan oleh gabungan NGO Pasir Gudang untuk BN dan calon BN Permas Jaya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

JALAN JALAN TENGOK TENGOK FIKIR FIKIR TAK PERLU KATA APA APA...

Jalan2 tinjau2 terjumpa lagi bukti2 jelas kerjasama erat PAS dengan DAP. Satu semangat satu azam memperjuangkan kesamarataan agama. Tahniah DAP sudah berjaya membeli PAS...fikir2kan lah! Kesamarataan yang diperjuangkan PAS mula menampakkan hasil dalam kerjasama erat Parti yang kononnya memperjuangkan ISlam sudah berada di bawah telunjuk DAP. Segalanya ini didorong oleh kerakusan untuk mengekalkan kuasa walapun terpaksa bersekutu dengan musuh Islam. APapun tahniah buat pAS yang semakin berani!

10 SEBAB KENAPA RAKYAT KEDAH MESTI TOLAK PAS.

1.TIDAK CEKAP MENTADBIR NEGERI . ISU BALAK: Kerajaan negeri melakukan aktiviti pembalakan di Gunung Inas, Jening dan Tasek Pedu demi menjana pendapatan negeri dan kononnya membangun projek ladang rakyat dan agropelancongan tetapi ia lebih dilihat banyak membawa kemusnahan kepada negeri . ISu KUIN: Krisis kewangan KUIN bermula dengan demontrasi pelajar tahfiznya, protes kakitangan kerana gaji lewat dan berlaku pecah amanah. KEGAGALAN PROJEK Di PUPAU NEW GUINEA: Pelaburan tersebut menyebabkan kerugian lebih rm4 juta termasuk rm 1.5 juta digunakan untuk melobi menteri bagi projek itu yang akhirnya hilang begitu sahaja.KRISIS PERKHIDMATAN PEGAWAI TAKBIR NEGERI (KCS) Krisis ini bermula apabila Setiausaha Kerajaan Negeri memindahkan Pegawai Daerah Kubang Pasu ke Kuala MUda. Perkembangan ini menyebabkan ramai KCS tidak bersetuju dan tidak berpuas hati dan menganggapkan Mennteri Besar sebagai lemah. Kami akan menyiarkan setiap siri hingga siri ke 10 mulai hari ini.

Jumaat, 26 April 2013

BUKTI PAS JUAL ISLAM

Bila melihat kenyataan Karpal Singh mengenai hukum hudud dan pelaksanaan undang Islam dengan pendirian pemimpin PAS, Haji Nik Aziz, Presiden PAS, Haji Hadi Awang, nampaknya antara mereka ada pencanggahan. PAS tidak boleh bekerjasama dengan DAP mengenai hukum Islam dan tidak ada tolak ansur dalam menegakkan undang undang Islam. Tetapi hakikatnya parti yang menggunakan nama ISlam ini adalah sebuah parti kepura puraanya yang sedang memperdagangkan ISlam semata mata untuk bersama sekutu mereka DAP dan PKR. Gambar2 ini sebagai bukti jelas kerjasama sesama mereka mememang sentiasa terjalin erat, kenyataan untuk mempertahankan Islam adalah sekadar retorik untuk mengelirukan umat Islam. Agama dijual begitu murah demi untuk mengekalkan kuasa.Menariknya kain kain rentang ini dipasang sendiri puak PAS. Sama sama kita renung dan fikir2kan!

KENALI HUSAM MUSA ATAU HUSAM PANTALON

BARANGKALI fitnah serta permbohongan telah menjadi darah daging Husam Musa dan kita tahu daripada mana atau siapa guru ataupun orang-orang yang berada di belakang untuk menjadikan beliau berani menabur fitnah terutama sekali menjelang tarikh mengundi PRU13 pada 5 Mei nanti. Tidak cukup menabur fitnah di negeri kelahirannya Kelantan,penyakit fitnah terus menjalar hingga ke Putrajaya apabila beliau memfitnah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memecat AJK Masjid serta menghentikan azan Subuh di Putrajaya. Husam Musa sudah hilang sahsiah dan jati dirinya dengan meletakkan kepentingan politik lebih utama daripada maruah beliau sebagai seorang Islam dan tidak cukup selama ini PAS mempersendakan islam,Husam mula membuka laluan fitnah serta pembohongan di sepanjang kempen PRU13 di Putrajaya. Husam yang bertanding menentang penyandang kerusi Parlimen Putrajaya,Tengku Adnan Tengku Mansor di Parlimen tersebut kelihatan semakin terdesak dan tindakan beliau memfitnah itu membuatkan Pengarah JAWI Dato Che Mat membuat laporan polis dan akan menyaman Husam musa kerana memfitnah jabatan tersebut.
Husam telah menggunakan taktik kempen dan rayu undi dengan cara cukup jahat serta tidak berhemah apabila membawa budaya fitnah serta caci maki ke dalam masyarakat ataupun rakyat di Putrajaya.Nyata Husam begitu terdesak untuk menang dan tidak hairanlah beliau terpaksa mengheret lelaki tua berumur 84 tahun untuk berkempen bagi dirinya dan lelaki tua ini jugalah yang terus gila mahu bertanding walaupun kesihatannya tidak cukup mengizinkan namun demi kerusi DUN Cempaka,walaupun bertongkat,berpapah dan berpimpin,lelaki tua bernama Nik Aziz ini juga terus bernafsu besar.
Dah jadi Husam Pantalon? Sesiapa sahaja yang mengenali Husam Musa,mereka tidak akan terkejut dengan tindakan ataupun fitnah sedemikian rupa apatah lagi sejak Husam Musa menjadi ayam sabung kepada Anwar Ibrahim,matlamat menghalalkan cara terus menjadi pilihannya walaupun beliau berada dalam kepimpinan PAS yang kononnya parti memperjuangkan Islam. Kempen fitnah memfitnah begini bukan perkara baru dalam PAS malah sejak Hadi Awang mengambil alih kepimpinan PAS, prinsip perjuangan Islam amal makruf nahi mungkar bukan lagi menjadi asas kepada perjuangan parti ini dan tidak salahlah Husam Musa membudayakan fitnah seperti ini untuk meracuni pemikiran pengundi di Putrajaya. Husam barangkali ingat rakyat Putrajaya begitu bodoh serta mudah dimomokkan sebagaimana beliau memperbodohkan pengundi beliau di Kelantan dalam DUN Salor dan kita percaya rata-rata penjawat awam yang menjadi pengundi lebih mengenali Tengku Adnan daripada Husam Musa yang pernah digelarkan Husam Jamnapari kerana terlibat dalam perniagaan kambing bersama Dato Amin yang akhirnya kambing entah kemana,Dato Amin juga terlopong menanggung kerugian. Husam yang begitu yakin boleh memperbodohkan rakyat Kelantan yang sebahagian besar tinggal dan menetap serta mengundi di Putrajaya dengan memainkan sentimen kenegerian dan barangkali Husam Musa menganggap pengundi yang tinggaldi Putrajaya itu sama bodoh dan bangang dengan pengundi yang memilih beliau di DUN Salor dan bodoh sangatlah pengundi di Putrajaya sekiranya mereka memilih Husam Musa sebagai wakil rakyat di Parlimen tersebut. Kepada rakyat atau pengundi di Putrajaya,sebelum memilih Husam dan mahu meluapakan segala bakti serta tanggungjawab Tengku Adnan di Putrajaya,kenalilah Husam Musa melalui buku `Kenali Husam’ yang sudahpun diedarkan oleh pihak-pihak tertentu di sekitar Putrajaya hari ini.Sumber: Sanggahtokjangggut.

Rabu, 24 April 2013

FITNAH TERHADAP SAYA TIDAK JEJAS PENGUNDI- Dr Rahman BN Gombak

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gombak, Datuk Dr. Raman Ismail tidak gentar dengan isu fitnah mengenai moral beliau pada 2008 dijadikan bahan berkempen pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Isu fitnah telah menyebabkan nama beliau digugurkan pada PRU-12 yang lalu walaupun pernah menjadi ahli Parlimen kawasan itu pada PRU-11 selepas mengalahkan calon Pas, Dr. Mohd Hatta Ramli dengan majoriti 13,207. “Selepas peristiwa itu saya ambil tindakan mahkamah terhadap tuduhan itu. Mahkamah telah membersihkan nama saya termasuk akuan bersumpah bahawa perkara ini tidak benar, berlaku akibat salah faham. Pengakuan itu sangat jelas. Nama saya telah dibersihkan,” katanya. Dr Raman berkata beliau yakin isu berkenaan tidak menjejaskan peluang beliau pada PRU-13 yang akan diadakan pada 5 Mei depan. “Rakyat tahu mengetahui latar belakang saya. Semasa saya bertugas dengan Hospital Kuala Lumpur, saya melakukan klinik kebajikan selama 15 tahun di Batu Caves. Selepas waktu bertugas di hospital, saya memberi khidmat nasihat dan pemeriksaan secara percuma kepada pesakit dengan hanya mengenakan kos ubat. “Malahan khidmat berkhatan juga diberi secara percuma selama 15 tahun. Mereka (rakyat) tahu siapa saya, isteri dan keluarga saya tahu siapa saya, sebab itu saya tidak risau persepsi daripada masyarakat dan keluarga, kerana mereka tahu apa yang saya lakukan. "Ini adalah sepak terajang politik jadi saya kira itu tidak menjejaskan saya sama sekali,” katanya. Justeru bagi kempen PRU-13 yang sedang rancak berjalan kini, beliau tidak akan menyentuh isu peribadi lawannya, Azmin Ali yang juga penyandang kerusi Parlimen Gombak. “Saya hanya mahu masyarakat bandingkan perubahan yang dilakukan Perdana Menteri dan apakah perubahan yang boleh dibawa oleh calon dan wakil rakyat. Saya tidak akan sentuh soal peribadi, pada saya kita harus lari dari politik sedemikian kerana kita mahu ke hadapan,” tegas beliau.Sumber KLpos.

Pengalaman di Parlimen bantu kemenangan-Mukhriz

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata beliau yakin rakyat dapat menilai sumbangannya sepanjang lima tahun sebagai Anggota Parlimen Jerlun untuk terus memilih beliau sebagai wakil rakyat. Beliau yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Hitam berkata pengundi kawasan itu, satu daripada dua kerusi Dun dalam Parlimen Jerlun, boleh menilai sejauh mana sumbangannya terhadap kawasan berkenaan dan tidak akan mudah terpedaya dengan pakatan pembangkang. ” Kita ambil satu isu, mengenai pembinaan Masjid Telaga Batu… ini jelas menunjukkan betapa rakus kerajaan Pas nak ambil nama,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Telaga Batu, Sungai Korok dekat sini hari ini. Mukhriz berkata kerajaan negeri menyatakan masjid tersebut dibina sewaktu pemerintahan mereka sedangkan rakyat tahu bahawa pembinaan masjid berkenaan sebenarnya mendapat peruntukan daripada kerajaan persekutuan hasil usaha wakil rakyat BN. “Lepas itu timbul isu kata kerajaan guna duit rakyat untuk bina masjid berkenaan. Ya, saya mengaku memang guna duit rakyat tapi yang pentingnya siapa yang uruskan amanah itu secara berhemah? “Mereka (kerajaan negeri) guna RM1.5 juta sebagai dorongan kepada menteri di sebuah negara asing untuk beri konsesi balak, tapi kita guna RM1.5 juta untuk buat masjid,” katanya. Beliau berkata kerajaan negeri juga dilihat lemah apabila mengumumkan 12 masjid dibina sejak 2008, sedangkan sebenarnya 22 masjid dibina (menerusi usaha kerajaan persekutuan). “Mereka sendiri tak tau, walhal mereka kerajaan negeri… sebabnya mereka tak buat, kalau dia (kerajaan negeri) yang buat takkan boleh silap angka,” katanya. Mukhriz hari ini memulakan siri lawatannya ke setiap PDM dalam Dun itu bagi memastikan jentera parti bergerak di tahap optimum dalam tempoh berkempen ini. Katanya pihaknya akan segera menyelesaikan lawatan ke 18 PDM di samping mengambil kesempatan menyampaikan pesanan kepada pengundi-pengundi mengenai cabaran yang dihadapi menjelang PRU kali ini. “Saya juga ambil kesempatan ini untuk berpesan kepada jentera parti supaya masuk ‘gear lima’ dah. Setakat ni saya berpuas hati sebab sampai pukul 1 pagi pun pondok-pondok BN masih aktif,” katanya.

Rabu, 17 April 2013

Siapakah Lelaki Ini?

Saya membuat satu analisa berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya di dalam bidang perfileman semenjak 1990. Analisa ini saya buat tanpa membuat perbandingan dengan foto mana-mana individu. Sample yang saya terima ialah di dalam bentuk DVD dan saya dapati mutu rakaman audio dan videonya adalah di dalam keadaan baik. Suara boleh didengar dan difahami perbualannya. Saya berpendapat video ini adalah satu rakaman yang telah dirancang dengan baik oleh individu atau kumpulan yang mempunyai pengetahuan asas tentang pencahayaan dan juga rakaman audio. Saya berpendapat kamera ini diletakkan di satu sudut di sebelah bawah sebuah peti televisyen. Ini adalah satu pemilihan sudut yang bijak kerana perakam tahu pelaku di dalam video ini akan kerap menoleh ke arah peti televisyen, justeru wajah pelaku dapat terakam dengan sempurna. Terdapat dua orang pelaku di dalam video ini. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Walaupun hubungan diantara kedua-dua pelaku ini adalah tidak jelas, tetapi niat pertemuan mereka di dalam bilik tersebut adalah jelas, iaitu untuk melakukan hubungan seksual. Durasi keseluruhan video ini adalah 11 minit 26 saat. Saya telah membuat screenshot aksi-aksi di dalam video ini dan di failkan mengikut susunan dengan nama fail Fa 1-1 sehingga Fa 16-1. Saya juga membuat screenshot jarak dekat wajah pelaku dan dinamakan sebagai Fa E CU 1-2 sehingga Fa E CU 3-2. Screenshot dibuat menggunakan applikasi Grab oleh Apple. Kemudian gambar-gambar dari video itu dibuka menggunakan Adobe Photoshop dan di ‘enhance’ menggunakan filter smart sharpen dan filter reduce noise. Di bawah adalah foto-foto mengukut susunan. Secara keseluruhan saya berpendapat bahawa video ini adalah authentic dan tidak ada pengubahsuaian selain dari suntingan untuk memendekkannya. Suntingan yang dibuat adalah amat asas dan tidak menjelaskan atau mencemar kandungan video tersebut. Lelaki di dalam video tersebut adalah individu yang sama dari permulaan video sehingga ke penghujungnya. Lelaki itu boleh dikenalpasti dengan jelas menerusi cara dan corak beliau berpakaian, saiz dan bentuk badan, rupa parasnya dan suaranya. Kesimpulan yang dapat saya buat ialah pelaku lelaki di dalam video ini boleh dikenalpasti.Sumber:Kickdefella

Calon BN Ampang, Dr Rozaidah Talib mangsa politik jijik pembangkang

Pembangkang yang sedar dengan kesukaran peluang mereka untuk menyakini rakyat menjelang hari pembuangan undi 5 Mei nanti, sehubungan itu palbagai usaha sudah dilakukan sebagai jalan mudah untuk memenenangi kerusi yang ditanding antara penyebaran fitnah dan dan mencipta persepsi buruk terhadap calon Barisan Nasional. Antaran yang paling awal menerima kesan dari kerja kerja keji puak pembangkang ialah, Calon BN Ampang, Datuk Dr Rozaidah Talib. Kami cuba membentangkan fakta sebenar disebalik fitnah jahat terhadap Calon BN P99 Ampang, Datuk Dr. Rozaidah Talib. 1. Isu rumahtangga beliau adalah sesuatu yang peribadi, justeru diharap semua pihak menghormati beliau dan tidak memfitnah beliau untuk tujuan tertentu. 2. Untuk makluman. Berikut adalah fakta mengenai isu beliau : - Beliau telah bercerai bersama bekas suami beliau pada 8.7.2007. - Namun demikian, bekas suami beliau enggan utk keluar rumah walaupun selepas penceraian mereka diputuskan di mahkamah - Aduan polis terhadap keganasan suami beliau terhadap beliau juga telah dilakukan, serta permohonan perintah mahkamah utk belas suaminya keluar rumah telah dilakukan. - Bekas suaminya enggan keluar dari rumah malahan memaksanya membuka pintu bilik hingga pintu terkopak. - Demi keselamatan dirinya, beliau sendiri telah keluar dari rumah yang didiaminya dan berlindung di sebuah hotel daripada dicari dan diganggu oleh bekas suaminya. - Pada 26.8.2007 bekas suaminya dapat mengesan hotel yang didiaminya dan memaksa pintu bilik hotel untuk dibuka. Beliau hanya duduk mendiamkan diri kerana takut dikasari oleh bekas suaminya. - Bekas suaminya kemudiannya membuat laporan polis menuduh beliau dengan kenyataan "mengesyaki beliau bersama lelaki lain". 3. Tiada tangkapan khalwat sepertimana tuduhan terhadap beliau. Jelas di sini bahawa isu ini telah dimanipulasi oleh pihak tertentu sehingga menjejaskan nama baik beliau. 4. Beliau tidak pernah ditangkap khalwat atau disabitkan dengan mana2 kesalahan berkaitan oleh Jabatan Agama Islam. Semakan boleh dilakukan terhadap mana - mana pihak Jabatan Agama untuk mengesahkan kenyataan ini. 5. Jelas beliau adalah seorang wanita yang menjadi mangsa kepada konflik rumahtangga. Lelaki yang sepatutnya melindungi, mendidiknya dengan ajaran agama dan mempertahankan kehormatan diri beliau gagal menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai seorang suami. 6. Diharap semua pihak menghormati beliau dan keluarga baru beliau yang dibina bersama Muhamed Bin Che Sulaiman dengan tidak mengungkit isu yang telah menjadi sejarah hitam dalam hidup beliau. 7. Terdapat pihak tertentu kini cuba memburukkan lagi nama beliau dengan mengedarkan gambar beliau bersama seorang lelaki. Untuk makluman, lelaki dalam gambar tersebut adalah suami beliau yang baru, Muhamed Bin Che Sulaiman. Kini mereka hidup bahagia bersama. 8. Beliau adalah seorang yg berdedikasi dalam menjalankan tugas sewaktu menjawat jawatan Ahli Parlimen Ampang untuk tempoh 2004-2008. 9. Berdasarkan track record kecemerlangan beliau sebelum ini serta latar belakang profesional beliau, Datuk Dr. Rozaidah Talib kini dipilih semula oleh BN untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada warga Ampang dan seluruh Rakyat di Selangor. Sayangi Selangor, Yakini BN.

Papa Gomo lancar manifesto lawan Papa Homo malam ini

Majlis Pelancaran Mani Festo Buku JingGay PapaGomo Vs PapaHomo PRU13 pada 17 April 2013 ~Rabu,hari ini~Jam 8.45 mlm di Dataran Sri Perak,Perumahan Awam Sri Perak,Bandar Baru Sentul,KL.Perasmian oleh Ybhg Sdr Zahid Mohd Arip,Mursiydul Am TIBAI.Mohon war2kan di medium fb atau twiter dan juga blog Gomo sudah tidak sabar lagi untuk berental dengan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Inikalilah kita akan pastikan Anwar Ibrahim berkubur di Permatang Pauh. Harap dapat semua hadir beramai ramai bagi memastikan Anwar Ibrahim dinyahkam dari terus menghuru harakan Malaysia. Jangan lupa dapatkan I Mani Festo Jin GAY Papa Gomo vs Papa Homo. Elok untuk diedarkan kepada seluruh rakyat Malaysia.Semua dijemput hadir

AWASi JIRAN SEBELAH KITA DAH MULA PASANG JARUM

Dap-papDAP dan pengkhianatan kepada negara ini, bukannya baru. Dari zaman Lim Kit Siang masih menjadi Setiausaha Agung parti tersebut dan sekarang jawatan tersebut diwarisi oleh anak lelakinya, DAP tidak pernah menumpahkan kesetiaan kepada negara ini. Walaupun parti tersebut terlibat dalam proses pilihanraya negara ini, tetapi DAP sekadar ingin merebut kuasa dan seterusnya bertindak sebagai PENJAJAH sepertimana yang dilakukan oleh Lim Guan Eng dan Teresa Kok di Pulau Pinang dan Selangor. Tiada sebarang usaha yang dilakukan untuk menambahbaikkan taraf kehidupan rakyat, sebaliknya para pemimpin DAP sentiasa memastikan kantung mereka berisi tebal menerusi pemberian projek bernilai berbilion-bilion ringgit kepada syarikat-syarikat kroni. DAP dan Singapura memang tidak dapat dipisahkan. Sebabnya seperti semua orang tahu, DAP merupakan proksi PAP pimpinan Lee Kuan Yew yang diterajang keluar oleh Malaysia pada tahun 1965 selepas Lee Kuan Yew yang berasal dari Johor, berkempen untuk menghapuskan Melayu-Bumiputera, Islam, Bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu-Bumiputera-Islam. Malah Lee Kuan Yew jugalah yang mempopularkan teori bangangnya, konon Melayu juga seperti Cina dan India, merupakan pendatang di negara ini. Taktik keganasan sepertimana yang berlaku di Singapura pada tahun 1964 semata-mata untuk menghalau Melayu keluar dari sesebuah kawasan, menyebabkan Malaysia terpaksa mengambil jalan berat, singkat dan dilihat tidak popular langsung memandangkan Singapura memang semulajadinya adalah sebahagian daripada Tanah Melayu malah di pulau tersebut pernah wujud beberapa kesultanan dan kerajaan Melayu. Keputusan DAP untuk meletakkan Lim Kit Siang di Gelang Patah yang sekarang ini sedang menarik lebih ramai penduduk berketurunan Cina ke kawasan yang telah dibangunkan oleh UMNO dan Barisan Nasional, membuatkan DAP semakin dekat dengan Singapura. Apatah lagi, DAP memang bercita-cita hendak Singapura bergabung kembali dengan Malaysia dengan sekurang-kurangnya 87 Kerusi Parlimen sudah ada dalam tangan mereka bagi membolehkan DAP secara bersendirian mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen Malaysia. Bayangkanlah apa yang akan berlaku sekiranya, DAP berjaya memperolehi dua pertiga majoriti. Sedangkan dengan jumlah kerusi yang mereka kuasai sekarang pun, DAP sudah jadi kelingking berkait telunjuk mencucuk mata. Dan yang pastinya, nasib Melayu-Islam-Bumputera di negara ini tidak ubah seperti rakyat Palestin di negara mereka sendiri. Itu adalah pasti memandangkan Lim Guan Eng telah pun melakukannya di Pulau Pinang sekalipun cuba dikaburi oleh para pencacai upahan berbangsa Melayu dan beragama Islam. Dilaporkan pada 11 April 2013, dari jam 4:00 petang sehingga 10:00 malam, DAP akan melancarkan kempen balik mengundi di Singapura. Lokasinya adalah Bugis Junction, Bugis Street dan Bugis MRT. Butiran lanjut boleh anda dapati di www.facebook.com/DapGelangPatah?ref=ts. Sasaran DAP adalah 4 ribu rakyat Malaysia yang mendaftar undi di Gelang Patah, di Singapura! Kesian Melayu… satu lagi kawasan Melayu yang bakal terbang dan Melayu jadi kelas kedua seandainya cubaan DAP tidak dihalang! Jangan pula nanti, Gelang Patah maju, Melayu Gelang Patah merempat sepertimana Melayu Pulau Pinang dan akhirnya menjadi anjing belaan seperti para pecacai Lim Guan Eng yang terdiri daripada Melayu beragama Islam yang akan sentiasa menjilat dan memastikan tuan mereka mencampakkan tulang kepada mereka!Sumber: Sel13.com

Senarai penuh calon BN untuk Parlimen

P001. Padang Besar: Datuk Zahidi Zainul Abidin (Umno) P002. Kangar: Ir Shaharuddin Ismail (muka baharu) (Umno) P003. Arau: Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (Umno) P004. Langkawi: Datuk Nawawi Ahmad (Umno) P005. Jerlun: Datuk Othman Aziz (Umno) P006. Kubang Pasu: Datuk Mohd Johari Baharom (Umno) P007. Padang Terap: Datuk Seri Mahdzir Khalid (Umno) P008. Pokok Sena: Datuk Shahlan Ismail Umno/muka baharu) P009. Alor Setar: Datuk Seri Chor Chee Heung (MCA) P010. Kuala Kedah: Dr Zaki Zamani Abdul Rashid (Umno/muka baharu) P011. Pendang: Datuk Othman Abdul (Umno) P012. Jerai: Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Umno/muka baharu) P013. Sik: Dr Mansor Abdul Rahman (Umno/muka baharu) P014. Merbok: Prof Dr Ismail Daud (Umno/muka baharu) P015. Sungai Petani: Shamsul Anuar Ismail (Umno/muka baharu) P016. Baling: Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Umno) P017. Padang Serai: Datuk Heng Seai Kie (MCA/muka baharu) P018. Kulim/Bandar Baharu : Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (Umno) P019. Tumpat: Mansor Salleh (Umno) P020. Pengkalan Chepa : Datuk Dali Husin (Umno) P021. Kota Baharu: Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh (Umno) P022. Pasir Mas: Che Johan Che Pa (Umno/ muka baharu) P023. Rantau Panjang: Ghazali Ismail (Umno/muka baharu) P024. Kubang Kerian: Anuar Safian (Umno) P025. Bachok: Datuk Dr Awang Adek Hussin (Umno) P026. Ketereh: Tan Sri Annuar Musa (Umno) P027. Tanah Merah: Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (Umno) P028. Pasir Puteh: Tuan Mustaffa Tuan Mat (Umno/muka baharu) P029. Machang: Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Umno) P030. Jeli: Datuk Seri Mustapa Mohamed (Umno) P031. Kuala Krai: Tuan Aziz Tuan Hamat@Tuan Mat (Umno) P032. Gua Musang: Tengku Razaleigh Hamzah (Umno) P033. Besut: Datuk Seri Idris Jusoh (Umno) P034. Setiu: Che Mohamad Zulkifly Jusoh (Umno/muka baharu) P035. Kuala Nerus: Datuk Mohamed Nasir Ibrahim Fikri (Umno) P036. Kuala Terengganu : Mohd Zubir Embong (Umno/muka baharu) P037. Marang: Datuk Yahya Khatib (Umno) P038. Hulu Terengganu: Datuk Jailani Johari (Umno/muka baharu) P039. Dungun: Datuk Dr Rosli Mat Hassan (Umno) P040. Kemaman: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Umno) P041. Kepala Batas: Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Umno/muka baharu) P042. Tasek Gelugor: Shabudin Yahaya (Umno) P043. Bagan: Chua Teik Siang (MCA) P044. Permatang Pauh: Dr Mazlan Ismail (Umno/muka baharu) P045. Bukit Mertajam: Gui Guat Lye (MCA) P046. Batu Kawan: N. Gobalakrishnan (Gerakan/muka baharu) P047. Nibong Tebal: Datuk Zainal Abidin Osman (Umno) P048. Bukit Bendera: Teh Leong Meng (Gerakan/muka baharu) P049. Tanjong : Ng Song Kheng (Gerakan/muka baharu) P050. Jelutong : Ng Fook On (Gerakan) P051. Bukit Gelugor : Teh Beng Yeam (MCA) P052. Bayan Baru : Tang Heap Seng (MCA) P053. Balik Pulau : Datuk Seri Hilmi Yahaya (Umno) P054. Gerik : Datuk Hasbullah Osman (Umno) P055. Lenggong : Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Umno) P056. Larut : Datuk Hamzah Zainudin (Umno) P057. Parit Buntar : Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaludin (Umno/muka baharu) P058. Bagan Serai : Dr Noor Azmi Ghazali (Umno/muka baharu) P059. Bukit Gantang : Datuk Ismail Safian (Umno) P060. Taiping : Datuk Tan Lian Hoe (Gerakan) P061. Padang Rengas : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Umno) P062. Sungai Siput : Datuk S.K Devamany (MIC) P063. Tambun : Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Umno) P064. Ipoh Timur : Kathleen Wong Mei Yin (MCA/muka baharu) P065. Ipoh Barat : Dr Cheng Wei Yee (MCA/muka baharu) P066. Batu Gajah : Loo Thin Tuck (MCA/muka baharu) P067. Kuala Kangsar : Datuk Wan Mohammad Khair-Il Anuar Wan Ahmad (Umno) P068. Beruas : Datuk Chang Ko Youn (Gerakan) P069. Parit : Datuk Mohd Zaim Abu Hassan (Umno) P070. Kampar : Datuk Lee Chee Leong (MCA) P071. Gopeng : Datuk Tan Chin Meng (MCA) P072. Tapah : Datuk M. Saravanan (MIC) P073. Pasir Salak : Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Umno) P074. Lumut : Datuk Seri Kong Cho Ha (MCA) P075. Bagan Datoh : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Umno) P076. Teluk Intan : Datuk Mah Siew Keong (Gerakan) P077. Tanjung Malim : Datuk Seri Ong Ka Chuan (MCA) P078.Cameron Highlands : Datuk Seri G. Palanivel (MIC) P079. Lipis : Datuk Mohd Shahrum Osman (Umno) P080. Raub : Datuk Hoh Khai Mun (MCA/tukar kerusi) P081. Jerantut : Ahmad Nazlan Idris (Umno/muka baharu) P082. Indera Mahkota : Datuk Wan Adnan Wan Mamat (Umno/tukar kerusi) PO83. Kuantan : Datuk Mohamad Suffian Awang (Umno/muka baharu) P084. Paya Besar : Datuk Abdul Manan Ismail (Umno) P085. Pekan : Datuk Seri Najib Tun Razak (Umno) P086. Maran : Ismail Mutalib (Umno) P087. Kuala Krau : Datuk Ismail Mohd Said (Umno) P088. Temerloh : Datuk Saifuddin Abdullah (Umno) P089. Bentong : Datuk Seri Liow Tiong Lai (MCA) P090. Bera : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Umno) P091. Rompin : Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis (Umno) P092. Sabak Bernam : Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Umno/muka baharu) P093. Sungai Besar : Datuk Noriah Kasnon (Umno) P094. Hulu Selangor : P. Kamalanathan (MIC) P095. Tanjong Karang : Datuk Seri Noh Omar (Umno) P096. Kuala Selangor : Datuk Irmohizam Ibrahim (Umno/muka baharu) P097. Selayang : Datuk Ir Donald Lim Siang Chai (MCA) P098. Gombak : Datuk Dr Rahman Ismail (Umno) P099. Ampang : Dr Rozaidah Talib P100. Pandan : Garry Lim Chin Yee (MCA) P101. Hulu Langat : Adzhaliza Mohd Nor (Umno/muka baharu) P102. Serdang : Datuk Yap Pian Hon (MCA) P103. Puchong : A. Kohilan Pillay (Gerakan/muka baharu P104. Kelana Jaya : Loh Seng Kok (MCA) P105. Petaling Jaya Selatan : Seah Kok Fah (MCA) P106. Petaling Jaya Utara : Chew Hoong Ling (MCA) P107. Subang : A. Prakash Rao (MIC/muka baharu) P108. Shah Alam : Zulkifli Noordin (rakan BN) P109. Kapar : Saktivel Alagappan (MIC) P110. Klang : Datuk Teh Kim Poo (MCA) P111. Kota Raja : Datuk Murugesan Sinnandavar (MIC) P112. Kuala Langat : Sharuddin Omar (Umno/muka baharu) P113. Sepang : Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed (Umno) P114. Kepong : Datuk Chandrakumanan Arumugam (PPP) P115. Batu : Dr Dominic Lau Hoe Chai (Gerakan) P116. Wangsa Maju : Datuk Dr Mohd Shafie Abdullah (Umno) P117. Segambut : Jayanthi Devi Balaguru (Gerakan) P118. Setiawangsa : Datuk Ahmad Fauzi Zahari (Umno) P119. Titiwangsa : Datuk Johari Abdul Ghani (Umno) P120. Bukit Bintang : Frankie Gan Joon Zin (MCA) P121. Lembah Pantai : Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Umno) P122. Seputeh : Nicole Wong Siaw Ting (MCA) P123. Cheras : Teoh Chee Hooi (MCA) P124. Bandar Tun Razak: Tan Kok Eng (MCA) P125. Putrajaya : Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Umno) P126. Jelebu : Zainuddin Ismail (Umno) P127. Jempol : Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (Umno) P128. Seremban : Datuk Dr Yeow Chai Thiam (MCA) P129. Kuala Pilah : Datuk Hasan Malek (Umno) P130. Rasah : Teo Eng Kian (MCA) P131. Rembau : Khairy Jamaluddin (Umno) P132. Telok Kemang : Datuk V.S Mogan (MIC) P133. Tampin : Datuk Seri Shaziman Abu Mansor (Umno) P134. Masjid Tanah : Mas Ermieyati Samsudin (Umno/muka baharu) P135. Alor Gajah : Datuk Koh Nai Kwong (MCA) P136. Tangga Batu : Datuk Prof Madya Dr Abu Bakar Mohamad Diah (Umno/muka baharu) P137. Bukit Katil : Datuk Seri Mohd Ali Rustam (Umno) P138. Kota Melaka : Dr Yee Kok Wah (MCA/muka baharu) P139. Jasin : Datuk Ahmad Hamzah (Umno) P140. Segamat : Datuk Seri Dr S. Subramaniam (MIC) P141. Sekijang : Anuar Abd Manap (Umno/muka baharu) P142. Labis : Datuk Chua Tee Yong (MCA) P143. Pagoh : Tan Sri Muhyiddin Yassin (Umno) P144. Ledang : Hamim Samuri (Umno) P145. Bakri : Lee Ching Yong (MCA) P146. Muar : Datuk Razali Ibrahim (Umno) P147. Parit Sulong : Datuk Noraini Ahmad (Umno) P148. Ayer Hitam : Datuk Wee Ka Siong (MCA) P149. Seri Gading : Datuk Ab. Aziz Kaprawi (Umno) P150. Batu Pahat : Dr Mohd Puad Zarkashi (Umno) P151. Simpang Renggam : Liang Teck Meng (Gerakan) P152. Kluang : Hou Kok Chung (MCA) P153. Sembrong : Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Umno) P154. Mersing : Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (Umno) P155. Tenggara : Datuk Halimah Mohamed Sadique (Umno) P156. Kota Tinggi : Datuk Nor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (Umno/muka baharu) P157. Pengerang : Datuk Seri Azalina Othman (Umno) P158. Tebrau : Khoo Soo Seang (MCA/muka baharu) P159. Pasir Gudang : Normala Abdul Samad (Umno/muka baharu) P160. Johor Bahru : Tan Sri Sharil@Shahrir Ab Samad (Umno) P161. Pulai : Datuk Nur Jazlan Mohamed (Umno) P162. Gelang Patah : Datuk Abdul Ghani Othman (Umno) P163. Kulai : Teh Chin Hein (MCA/muka baharu) P164. Pontian : Datuk Ahmad Maslan (Umno) P165. Tanjong Piai : Belum diumumkan P166. Labuan : Rozman Isli (Umno) P167. Kudat : Datuk Abdul Rahim Bakri (Umno) P168. Kota Marudu : Datuk Seri Maximus Ongkili (PBS) P169. Kota Belud : Datuk Abd Rahman Dahlan (Umno) P170. Tuaran : Datuk Wilfred Madius Tangau (Upko) P171. Sepanggar : Datuk Jumat Idris (Umno/muka baharu) P172. Kota Kinabalu : Chin Tek Ming (PBS/muka baharu) P173. Putatan : Datuk Marcus Mojigoh (Upko) P174. Penampang : Tan Sri Bernard Giluk Dompok (Upko) P175. Papar : Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin (Umno) P176. Kimanis : Datuk Anifah Aman (Umno) P177. Beaufort : Datuk Azizah Mohd Dun (Umno/bertukar kerusi) P178. Sipitang : Datuk Sapawi Ahmad (Umno) P179. Ranau : Datuk Ewon Ebin (Upko) P180. Keningau : Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (PBS) P181. Tenom : Belum diumumkan P182. Pensiangan : Belum diumumkan P183. Beluran : Datuk Ronald Kiandee (Umno) P184. Libaran : Datuk Juslee Ajirol (Umno) P185. Batu Sapi : Datin Linda Tsen Thau Lin (PBS) P186. Sandakan : Belum diumumkan P187. Kinabatangan : Datuk Bung Moktar Radin (Umno) P188. Silam : Datuk Datu Nasrun Datu Mansur (Umno/bertukar kerusi) P189. Semporna : Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Umno) P190. Tawau : Datuk Mary Yap Kain Ching (PBS/muka baharu) P191. Kalabakan : Datuk Abdul Ghapur Salleh (Umno) P192. Mas Gading : Anthony Nogeh Gumbek (SPDP/muka baharu) P193. Santubong : Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB) P194. Petra Jaya : Datuk Fadillah Yusof (PBB) P195. Bandar Kuching : Tan Kai (SUPP/muka baharu) P196. Stampin : Datuk Yong Khoon Seng (SUPP) P197. Kota Samarahan : Rabiah Wang (PBB/muka baharu) P198. Mambong : Datuk Seri Dr James Dawos Mamit (PBB) P199. Serian : Datuk Richard Riot (SUPP) P200. Batang Sadong : Nancy Shukri (PBB) P201. Batang Lupar : Datuk Rohani Abdul Karim (PBB) P202. Sri Aman : Masir Kujat (PRS) P203. Lubok Antu : William @ Nyallau Badak (PRS) P204. Betong : Datuk Seri Douglas Uggah Embas (PBB) P205. Saratok : Tan Sri William Mawan (SPDP) P206. Tanjong Manis : Datuk Norah Abdul Rahman (PBB) P207. Igan : Datuk Abdul Wahab Dolah (PBB) P208. Sarikei : Ding Kuong Hiing (SUPP) P209. Julau : Datuk Joseph Salang Gandum (PRS) P210. Kanowit : Datuk Ago Dagang (PRS) P211. Lanang : Datuk Tiong Thai King (SUPP) P212. Sibu : Vincent Lau Lee Ming (SUPP/muka baharu) P213. Mukah : Datuk Seri Dr Muhammad Leo Michael Toyad (PBB) P214. Selangau : Datuk Joseph Entulu Belaun (PRS) P215. Kapit : Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB) P216. Hulu Rajang : Wilson Ugak Kumbong (PRS/muka baharu) P217. Bintulu : Datuk Seri Tiong King Sing (SPDP) P218. Sibuti : Ahmad Lai Bujang (PBB) P219. Miri : Datuk Sebastian Ting (SUPP/muka baharu) P220. Baram : Anyi Ngau (SPDP/muka baharu) P221. Limbang : Hasbi Habibollah (PBB) P222. Lawas : Datuk Henry Sum Agong (PBB). – Bernama

Isnin, 15 April 2013

Pihak asing jangan campur tangan_ Khaled Nordin

Warganegara Singapura diingatkan supaya tidak mencampuri urusan politik di negara ini lebih-lebih lagi bagi membantu mana-mana parti berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Menteri Pengajian Tinggi yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berpendapat, tindakan orang asing mencampuri urusan pilihan raya sesebuah negara adalah tidak patut kerana ia tidak baik untuk hubungan dua negara. “Berkempen di negara yang mana rakyat Malaysia sedang bekerja dan mempengaruhi mereka untuk mengundi parti yang mempunyai kepentingan mereka adalah tidak betul,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. Mohamed Khaled mengulas kebanjiran kenderaan dari Singapura di bandar raya ini yang dilihat turut berkempen membantu pakatan pembangkang dalam mengajak rakyat negara ini pulang mengundi. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada pemilik kenderaan berkenaan terdiri daripada warga negara jiran atau rakyat Malaysia yang mempunyai taraf penduduk tetap di republik itu. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi pula berpendapat, perbuatan itu tidak wajar dan bertentangan dengan polisi mana-mana negara pun. “Mereka sepatutnya tidak masuk campur, urusan politik kita biarlah kita sesama kita,” katanya. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Jaya, Tan Cher Puk mahu pemerintah Singapura menyiasat penduduk negara itu yang menyalahgunakan kenderaan dari republik tersebut untuk berkempen di Malaysia. “Pemerintah Singapura harus melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan yang memasuki Malaysia,” tegasnya.

Rabu, 10 April 2013

Pengumuman Khas Manifesto Barisan Nasional (BN) Negeri Selangor 10/4/2013

Antara calon boleh memang dan syok sendiri

Oleh ZULKIFLEE BAKAR SELEPAS debaran menanti bila Parlimen dibubarkan dan bila Pilihan Raya Umum Ke-13 diadakan berakhir, kini wujud pula debaran siapa yang bakal menjadi calon bagi membawa panji-panji Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya tersebut. Sememangnya sementara menanti keputusan muktamad dan pengumuman secara rasmi dilakukan oleh pucuk pimpinan parti debaran semakin kencang. Ada sesetengahnya tidur tak lena kerana memikirkan akan terpilih atau tidak. Selalunya sindrom ini `menjangkiti' pemimpin-pemimpin yang mempunyai jawatan di peringkat bahagian khususnya dalam UMNO. Ada antara mereka masih mahu melawan arus menyatakan dialah calon boleh menang biar pun kalau diikutkan, umum namapun sudah kalah. Malahan sudah ada ketua-ketua bahagian yang bertanding dalam pilihan raya umum lalu tetapi kalah menaruh harapan untuk dipilih sekali lagi dengan alasan, dulu mereka kalah kerana tsunami politik. Kata mereka, masa tu ramai yang kalah. Ada pula ketua bahagian yang selama ini tidak pernah ada di kawasan secara tiba-tiba muncul melaksanakan pelbagai program dengan harapan terpilih sebagai calon. Semua ini adalah drama-drama sebabak yang ditonjolkan oleh pemimpin-pemimpin berkenaan termasuklah ada antara mereka yang sudah berpuluh-puluh tahun menjadi wakil rakyat masih mahu menongkat langit dengan alasan dia calon boleh menang sedangkan maklumat yang diterima, hendak dapat 50 peratus sokongan rakyat di kawasannya pun susah. Apa pun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah menegaskan pemilihan calon BN turut bergantung kepada penerimaan rakyat, kemampuan dan rekod pencapaian calon selain mengambil kira pertimbangan yang adil antara parti komponen BN. Selain itu Najib menggariskan bahawa kriteria calon boleh menang BN ialah peribadi, kebolehan, ketokohan dan pengalaman individu menjadi asas dalam pemilihan. Justeru tidak perlulah mana-mana pemimpin-pemimpin sama ada di peringkat pusat atau bahagian mendabik dada kononnya mereka berada dalam kategori calon boleh menang. Ini memandangkan sama ada boleh menang atau tidak bukan mereka yang tentukan tetapi rakyat. Oleh itu, dalam soal ini adalah penting jika pemilihan calon kali ini dilakukan secara berhati-hati dengan mengambil kira pandangan rakyat dan laporan agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan. Ia memandangkan jika BN tersilap langkah dalam membuat perhitungan semata-mata untuk menjaga hati mana-mana pemimpin maka yang akan menanggung akibat adalah parti. Dalam berhadapan pilihan raya umum yang cukup getir ini, BN dan UMNO perlu memastikan calon yang dipilih diterima oleh rakyat dan bukannya pemimpin yang mengamalkan sikap `syok sendiri' kononnya dia masih boleh menang. Malahan jangan ada pandangan kononnya kalau seseorang pemimpin itu tidak terpilih ia boleh membawa bencana kepada peluang BN. Bagi pemimpin seumpama ini, kalau betul rakyat mahukan dia tetapi tidak dipilih oleh parti mungkin ia bencana untuk parti tetapi kalau dia memang tidak dikehendaki oleh rakyat tetapi dipilih oleh parti maka itu adalah bencana yang sengaja diundang. Justeru kepada pemimpin-pemimpin yang berhasrat masih mahu menjadi calon atau berasa layak menjadi calon sedangkan, dia sendiri memahami bagaimana penerimaan rakyat di kawasannya maka belajar-belajarlah menilai diri dan bermuhasabah. Pilihan Raya Umum Ke-13 bukannya medan untuk survival politik mana-mana individu tidak kira apa juga jawatannya di peringkat pusat, bahagian mahupun negeri. Kalau kajian menunjukkan pencalonannya boleh mengundang kekalahan atau bencana kepada parti maka terima sahaja dengan terbuka keputusan pucuk pimpinan. Memanglah semua orang merasakan dirinya layak, apatah lagi kalau dia memegang jawatan di peringkat bahagian tetapi itu bukan jaminan pencalonannya boleh membawa kemenangan kepada parti. Apa yang lebih utama seperti mana kata Najib, kepentingan parti harus mengatasi kepentingan individu. Kalau benarlah mereka sayangkan parti dan mahu memastikan kedudukan bangsa, agama dan negara tidak digugat oleh pakatan pembangkang maka bersedialah untuk tidak dicalonkan. Kita percaya setiap keputusan dalam soal pemilihan calon ini akan dilakukan dengan penuh hati-hati dan kebijaksanaan oleh pucuk pimpinan parti demi memastikan kemenangan yang diidam-idamkan tercapai. Kecewa dan sedih tidak salah tetapi jangan sampai bertindak sebagai pengkhianat apabila tidak terpilih sebagai calon kerana bak kata Najib, "Jika kita faham kenapa pilihan raya diadakan, kita takkan benarkan perasaan dan pertimbangan lain menggantikan pertimbangan untuk parti, seelok-eloknya kalau kecewa pun dalam tempoh 24 jam sahaja. Lepas itu kena turun padang.'' Semoga pesanan Perdana Menteri ini akan menjadi iktibar kepada mereka yang tidak terpilih sebagai calon agar impian BN untuk meneruskan kesinambungan perjuangan demi bangsa, agama dan negara tidak dikhianati dari dalam. - UTUSAN ONLINE