Sabtu, 22 Februari 2014

Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun calon BN PRK DUN Kajang

Barisan Nasional menamakan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun, sebagai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac depan. Pengumuman calon rasmi BN itu dibuat Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin pada satu sidang media berhubung PRK Kajang di Menara Dato Onn, di sini Jumaat. Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata Chew, yang berasal dari Selangor, menjadi pilihan kerana beliau seorang yang berwibawa, mempunyai pengalaman luas serta sudah biasa berurusan dengan kerajaan persekutuan. PRK DUN Kajang diadakan berikutan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Jan lepas. Muhyiddin berkata BN akan mengatur gerak kerja sebagaimana yang biasa dilakukan, dan akan memberi tumpuan yang khusus kepada jentera komponen parti dari situ. “Komponen parti telah pun diarahkan untuk buat persiapan yang perlu termasuk daripada barisan Wanita, Pemuda dan Puteri untuk bergerak di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM). Kita juga telah mengenal pasti PDM yang kita menang dan kalah,” katanya. Timbalan perdana menteri menjelaskan bahawa keputusan bertanding di Kajang merupakan satu ruang dan peluang BN menawarkan khidmat kepada pengundi untuk membuat pemilihan yang bijak. “BN berjanji sekiranya (Chew) Mei Fun dipilih sebagai Ahli DUN di Kajang, dia akan memberi tumpuan sepenuh masa untuk bela rakyat di Kajang, tidak kira kaum dan bangsa. “Strategi kita pastilah mencapai kemenangan. Walaupun kita tahu akan berhadapan dengan tentangan yang hebat daripada Pakatan Rakyat atau lain-lain pihak tapi kita anggap ini suatu peluang untuk BN tawarkan seorang calon. “Calon BN yang dipilih ini, saya kira berwibawa, berpengalaman, (dan) pernah berada dalam kerajaan, (serta) menjawat jawatan sebagai naib presiden MCA,” katanya.

Selasa, 18 Februari 2014

Khairy dedah perangai buruk Pengerusi Hindraf P WaythaMoortyh...

Selepas umum letak jawatan sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri minggu lalu, P. Waytha Moorthy yang juga Pengerusi Hindraf sudah memulakan serangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau mengadakan sidang media ringkas pada Selasa semata-mata meminta Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri atas alasan gagal menunaikan janjinya kepada masyarakat India yang miskin. “Beliau sudah hilang kuasa moral untuk memimpin negara,” kata Waytha Moorthy yang kemudian meninggalkan P Waytha Moorthy umum lepaskan semua jawatan dalam kerajaan berkuatkuasa Isnin Waytha Moorthy salahkan Najib sidang media tanpa melayan sebarang soalan daripada pemberita dan bercakap berdasarkan kenyataan yang disediakan. KJ Tweet ttg WyathamoorthyWaytha Moorthy menuduh Najib menipu rakyat Malaysia apabila mengatakan “Saya tidak berbincang dengannya mengenai peletakan jawatan.”. Timbalan Pengerusi Hindraf, V Sambulingam memberitahu pemberita, satu lagi sidang media akan diadakan pada Sabtu di mana Waytha Moorthy akan menjawab soalan pemberita. Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi laman Twitternya, mengecam kenyataan pemimpin Hindraf itu yang tidak sepatutnya menyalahkan Perdana Menteri kerana kegagalan beliau membawa perubahan terhadap masyarakat India. Katanya, semua keputusan dalam Kabinet dibuat secara konsensus tetapi Waytha Moorthy menuntut untuk bekerja bersendirian. Ketua Pemuda UMNO itu mendedahkan bekas timbalan menteri itu mahu semua peruntukan kerajaan berkaitan masyarakat India diletakkan di bawah bidang kuasanya. “Wytha Moorth mahu kawalan penuh ke atas wang peruntukkan dan membelakangkan semua kementerian dan agensi berkaitan. Bila hasrat tidak dipenuhi, beliau letak jawatan dan salahkan Perdana Menteri,” ujarnya. Khairy berkata, beliau mengenali pemimpin Hindraf itu dan enggan mendedahkan perkara ini namun beliau tiada pilihan apabila Wytha Moorthy menyalahkan Najib. Beliau menjelaskan, banyak perkara dibangkitkan pemimpin Hindraf itu kepada Perdana Menteri sudah diselesaikan. Dalam pada itu, ada pula pihak berpendapat, tindakan Wyha Moorthy itu kemungkinan berkait dengan kes abangnya Uthayakumar yang kekal dijatuhi hukuman penjara dua tahun enam bulan kerana kesalahan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan pada 11 Disember 2007. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa mengekalkan keputusan hukuman Mahkamah Sesyen dan menolak rayuan Uthayakumar.-bnbbc.my

Sultan Selangor larang kerabat campurtangan PRK DUN Kajang

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melarang semua kerabat Diraja Selangor daripada campur tangan, melibatkan diri atau membiarkan mana-mana pihak menggunakan kedudukan mereka untuk kepentingan mana-mana parti politik dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Muhamad Munir Bani berkata baginda juga berharap semua parti dan ahli politik tidak mengaitkan pihak istana dalam kempen pilihan raya kecil itu. “Titah larangan ini dikeluarkan berikutan terdapatnya laporan akhbar sama ada di media cetak atau media elektronik beserta gambar pemimpin parti tertentu bersama dengan ahli Kerabat Diraja Selangor dengan komen yang mempamerkan kononnya penglibatan ahli Kerabat Diraja Selangor dalam kempen pilihan raya berkenaan. “Titah ini dikeluarkan bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif rakyat mengenai penglibatan pihak istana dalam arena politik yang seharusnya tidak berlaku dan perlu dielakkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini Selasa. Muhamad Munir berkata baginda sultan turut menegaskan bahawa pihak istana akan kekal sebagai satu institusi bebas yang tidak condong kepada mana-mana parti politik dan hanya berlandaskan kepada peruntukan undang-undang serta kuasa yang termaktub di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dan undang-undang yang berkaitan. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mac untuk penamaan calon dan pengundian pada 23 Mac bagi pilihan raya kecil itu. Kerusi DUN Kajang kosong selepas penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan pada 27 Jan lepas.

Tidak adil P Waythamoorthy menyalahkan salahkan PM...

Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin berkata adalah tidak adil bagi P Waythamoorthy menyalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kegagalan bekas senator dan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu melaksanakan perubahan. Menteri Belia dan Sukan itu dalam tulisan di twitternya berkata Waythamoorthy tidak bertindak sebagai peserta pasukan dan tidak melaksanakan apa yang diperjuangkannya. Beliau berkata Waythamoorthy mendesak supaya semua bajet kerajaan untuk masyarakat India diletakkan di bawah budi bicaranya kerana beliau mahu mengawal wang, dengan mengetepikan agensi dan kementerian. “Bila beliau tidak mendapat ini, beliau berhenti dan menyalahkan Perdana Menteri,” kata Khairy. Beliau berkata bila Waythamoorthy membawa hal-hal tertentu ke perhatian Najib, segalanya diselesaikan. Khairy berkata sekalipun ketiadaan Waythamoorthy, kerajaan tetap komited memajukan masyarakat India dan menyelesaikan isu seperti pendidikan dan kemiskinan. Minggu lepas, Waythamoorthy melepaskan semua jawatannya, dengan mendakwa kerajaan tidak melakukan perubahan sosio-ekonomi untuk membantu masyarakat miskin India.

Sabtu, 15 Februari 2014

Anwar ahli politik putar belit-Tun M

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memainkan peranan penting menjayakan Op Lalang pada 1987 menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sambil menafikan tuduhan Anwar bahawa beliau bertanggungjawab sepenuhnya dalam operasi yang menyaksikan 108 pemimpin politik dan aktivis ditahan, Dr Mahathir berkata sebagai seorang anggota Kabinet ketika itu, Anwar perlu bertanggungjawab. “..kecuali kalau beliau berkata, saya meletak jawatan kerana tidak bersetuju. Dia tidak pernah berkata seperti itu. Beliau setuju, sokong semua termasuk ISA,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar pemikiran Kassim Ahmad “Suatu Penilaian” anjuran Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini. Dr Mahathir juga menyifatkan Ketua Umum PKR itu sebagai ‘ahli putar belit’ dan bukan pemikir ideal, dan PKR ditubuhkan semata-mata untuk mencapai cita-citanya. Katanya, Anwar sentiasa mempotretkan dirinya sebagai manusia yang tidak pernah bersalah dan berdosa, demi kepentingan peribadi dan karier politik. “Dia punya parti itu bukan Parti Keadilan tetapi Parti KeAnwaran, semuanya untuk Anwar dan keluarga dia, bukan untuk bangsa, agama dan lain-lain. Malah bukan untuk ideologi. “Dia memang ahli putar belit, ahli (parti) menafikan apa yang dia kata dulu dan memberi imej baharu seolah-olah dia ini tak pernah berdosa, tak pernah salah dan selalunya betul. Kalau Anwar betul, hari ini dia jadi Perdana Menteri,” kata Dr Mahathir. Beliau berkata Anwar mempunyai kemahiran untuk mempengaruhi orang ramai dengan cara berilmiah, tetapi pada hakikatnya beliau bukan seorang pemikir atau pemimpin yang boleh memimpin negara ini. “Dia bukan pemikir, tetapi dia pandai berpidato. Dia pandai bercakap untuk meyakinkan orang tentang kebenaran dirinya. Orang yang menggunakan perkataan untuk kepentingan, bukan menggunakan perkataan untuk kebenaran. Inilah Anwar. “Bila dia cakap, bunyi cukup baik. Sehingga saya pun yakin. Dia menggunakan akal fikirannya untuk memutar belit dengan cara berilmiah,” katanya.

Rabu, 12 Februari 2014

Adenan Satem ganti Taib Mahmud

Tan Sri Adenan Satem yang dicadangkan sebagai Ketua Menteri Sarawak baharu menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud disifatkan sebagai keputusan yang baik dengan pengalamannya yang luas dalam bidang pentadbiran, baik di peringkat negeri mahupun pusat. Pemimpin-pemimpin parti Barisan Nasional (BN) turut menyifatkan Adenan mampu merapatkan lagi hubungan antara Sarawak dengan kerajaan pusat. Bagi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau yakin Adenan dapat menggunakan segala pengalamannya berkhidmat dengan kerajaan negeri dan persekutuan bagi tugas baharu itu nanti. Adenan, Menteri di Pejabat Ketua Menteri dan Menteri Tugas-tugas Khas Sarawak dan baru menyambut hari lahirnya yang ke-70 pada 27 Jan lepas, merupakan seorang pemimpin dengan latar belakang yang berwarna-warni. Beliau yang pernah bertugas sebagai seorang wartawan, guru dan juga penasihat perundangan, pernah dilantik sebagai menteri kabinet Persekutuan pada 2004 iaitu sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Dr Mahathir turut menasihati calon-calon yang tidak terpilih mengisi jawatan itu supaya terus setia kepada Ketua Menteri yang baharu. "Jangan sesama mereka berkelahi dan berpecah. Nanti akan jadi lemah. Yang menang lemah, yang kalah pun lemah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar dan Forum Buku Perdana di sini, Rabu. Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas pengumuman Abdul Taib yang akan berundur sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 28 Feb ini, dan menamakan Adenan sebagai pengganti. Ditanya desas-desus pengunduran Taib adalah untuk mengambil alih jawatan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Mahathir berkata: "Tiada yang lebih layak daripada Taib." Di KOTA KINABALU, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengucapkan tahniah kepada Adenan dan melahirkan keyakinannya bahawa dengan pengalaman luas Adenan, Sarawak akan terus maju dan makmur dan membawa pembangunan berterusan kepada negeri itu. Dalam kenyataannya, Musa berkata di bawah Adenan, kepimpinan Barisan Nasional negeri akan terus kukuh dan mengekalkan kestabnilan politik dan ekonomi di Sarawak. Beliau juga memuji Taib kerana menjadi pemimpin berwawasan dan membawa pembangunan di Sarawak sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai ketua menteri. Taib benar-benar seorang negarawan, yang mendedikasikan hampir keseluruhan hidupnya berkhidmat kepada rakyat dan membawa pembangunan sosio ekonomi kepada negeri. Saya berdoa moga beliau sentiasa sihat dan semua yang terbaik dalam kehidupan beliau seterusnya, kata Musa. Di JOHOR BAHARU, Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata Adenan adalah orang yang tepat sebagai ketua menteri Sarawak yang baharu, untuk terus mengukuhkan hubungan di antara Sarawak dan kerajaan persekutuan dengan pengalamannya yang luas di peringkat negeri dan persekutuan. Setiausaha Agung MIC A.Prakash Rao pula berkata peralihan kepimpinan itu diharap akan membuka lembaran baharu kepada rakyat Sarawak khususnya dari aspek pembangunan infrastrukur dan kemajuan ekonomi. "Kebiasaannya apabila seseorang pemimpin baharu mengambil alih, dia selalunya akan mempunyai idea dan perancangan baharu untuk dilaksanakan. Begitu juga dengan Adenan yang pastinya mempunyai idea baharu untuk mentadbir urus Sarawak. "Kalau ada kelemahan atau kekurangan sebelum ini dalam pentadbiran, sekarang ini masalah itu akan menjadi tanggungjawab Adenan dan saya percaya dengan pengalamannya dia akan dapat menjadikan Sarawak lebih maju," katanya ketika dihubungi Bernama. Sambil mengucapkan tahniah dan syabas kepada Adenan di atas pemilihan itu, Prakash Rao berkata pemimpin berpengalaman seperti Adenan pastinya akan mempunyai formula untuk mengukuhkan lagi kedudukan Barisan Nasional di Sarawak. --BERNAMA

Bila Yusuf Qaradawi puji PM Najib..

Ilmuan Islam terkemuka Prof Dr Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi mengutuskan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana pelbagai sumbangan dan tindakan penting beliau untuk masyarakat Islam di seluruh dunia. Ini termasuk lawatan Najib ke Gaza, pertemuannya dengan penduduk Palestin, pendirian beliau dalam isu Syria dan Mesir serta usaha perdana menteri untuk membantu umat Islam di Filipina dan Thailand. Penghargaan presiden Kesatuan Ilmuan Islam Antarabangsa (IUMS) itu disampaikan kepada Najib oleh wakil khasnya Dr Ahmad Amer Ali, yang juga anggota jawatankuasa IUMS, pada pertemuan mereka di pejabat perdana menteri di sini Rabu. Dr Ahmad tiba di bangunan Perdana Putra pada pukul 2.45 petang dengan diiringi bekas Timbalan Presiden PAS Dr Nasharuddin Mat Isa bagi menyerahkan surat al-Qaradawi kepada Najib. Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan itu, Dr Ahmad berkata al-Qaradawi memuji kunjungan Najib ke Gaza untuk menunjukkan sokongan beliau kepada rakyat Palestin dan menyuarakan keyakinannya bahawa perdana menteri mampu memainkan peranan penting dalam menyatupadukan umat Islam di Asia Tenggara. Dr Ahmad berkata al-Qaradawi juga memuji pendekatan Wasatiyah yang menjadi amalan Malaysia dan penubuhan Institut Wasatiyah Malaysia. Katanya ulama Mesir itu masih ingat layanan baik yang beliau terima ketika berkunjung ke Malaysia untuk menerima anugerah “Tokoh Maal Hijrah 2009″. Dr Ahmad berkata al-Qaradawi berharap dapat berkunjung ke negara ini sekali lagi dalam tempoh terdekat, mungkin bulan depan. Sementara itu, Nasharuddin berkata beliau difahamkan Dr Ahmad, yang merupakan sahabatnya, menyampaikan sendiri surat yang diutus al-Qaradawi kepada perdana menteri dalam pertemuan itu. Kata Nasharuddin beliau difahamkan antara kandungan surat yang dibawa Dr Ahmad itu ialah keyakinan al-Qaradawi terhadap kemampuan perdana menteri dan parti pemerintah dalam mewujudkan penyatuan dan perpaduan ummah di Malaysia serta di seluruh dunia Islam. “Saya difahamkan, secara spesifik, al-Qaradawi juga memuji lawatan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia baru-baru ini yang menyaksikan banyak kerjasama dan persefahaman dalam pelbagai isu dicapai. “Al-Qaradawi ada menyebut bahawa Malaysia dan Turki sebenarnya adalah model negara Islam yang sederhana, yang sepatutnya menjadi contoh kepada dunia Islam keseluruhannya,” kata beliau. Nasharuddin berkata beliau berpendapat kenyataan al-Qaradawi berhubung penyatuan dan perpaduan ummah di negara ini serta di peringkat antarabangsa, adalah saranan yang bernas dan perlu mendapat respons semua pihak

Ahad, 9 Februari 2014

Abang Johari pilihan rakyat Serawak...

Keputusan kaukus Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) memberi kuasa penuh kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menamakan penggantinya adalah tidak relevan, kata seorang pemerhati politik. Pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak, Dr Jeniri Amir berkata ini kerana Taib yang juga Presiden PBB sewajarnya memilih pemimpin paling kanan dalam parti sebagai pengganti. "Berdasarkan kekananan dalam parti, Timbalan Presidennya Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (gambar) paling layak untuk memimpin negeri," kata Jeniri dalam temu bual dengan Bernama, di Kuching hari ini. Jeniri berkata jika Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan atau bekas Menteri Pertanian Datuk Seri Effendi Norwawi dipilih, keputusan itu akan melukakan hati pemimpin kanan parti dan boleh mencetuskan rasa tidak puas hati serta mungkin perpecahan dalam PBB. Berdasarkan keadaan itu juga adalah bijak bagi Taib menamakan Abang Johari sebagai penggantinya bagi mengelakkan perpecahan dalam parti dan Barisan Nasional (BN) di peringkat negeri, katanya. Jeniri berkata selain mempunyai rekod cemerlang sebagai menteri di Sarawak dan timbalan presiden PBB, Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan dan Perumahan negeri, merupakan pilihan rakyat kerana beliau dianggap kawan semua kaum. Beliau juga membuktikan popularitinya apabila menewaskan Menteri Tugas-tugas Khas Sarawak dan Ketua Penerangan PBB Datuk Seri Adenan Satem bagi jawatan timbalan presiden dalam satu pemilihan parti. Mengenai Adenan sebagai ketua menteri yang baharu, Jeniri berkata pemimpin itu merupakan sekutu yang dipercayai oleh Abdul Taib. "Adenan pemimpin yang bijak tetapi negeri dan parti memerlukan pemimpin yang sihat. Saya bukan menentang Adenan sebagai ketua menteri, tetapi kesihatannya tidak mengizinkan beliau memegang jawatan itu," katanya. Jeniri juga percaya Taib akan bersara pada hujung bulan ini memandangkan ramai berpandangan beliau sudah terlalu lama memegang jawatan itu. Jeniri juga tidak menyokong idea Taib melantik sama ada Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu atau Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar sebagai pemangku ketua menteri. "Langkah itu agak janggal. Beliau sepatutnya memberi ruang secukupnya kepada ketua menteri yang baharu bersedia menghadapi pilihan raya negeri pada 2016," katanya. Taib, 78, mengumumkan hasrat untuk berundur sebagai Ketua Menteri Sarawak semalam ketika mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PBB namun semasa mesyuarat parti komponen BN negeri hari ini beliau tidak menyatakan tarikh untuk berbuat demikian. Sementara itu, Awang Tengah, seorang daripada tiga nama yang disebut oleh Taib, masih dianggap oleh rakyat sebagai "junior" untuk memegang jawatan tersebut manakala Jabu pula dikatakan sudah terkeluar daripada senarai. Seorang bekas anggota MT PBB berkata perkara itu mungkin disebabkan Jabu daripada sayap Pesaka, namun ada kemungkinan Taib menamakan beliau selaku "individu berkecuali" untuk memangku jawatan ketua menteri ketika Taib bercuti selama tiga bulan. Sebagai pemangku ketua menteri, Jabu akan mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong agar Taib dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri yang baharu apabila penggal perkhidmatan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng tamat pada 28 Februari ini, katanya. "Susulan itu pilihan raya kecil untuk kerusi Balingian perlu diadakan kerana Taib mesti melepaskan kerusi dewan undangan negeri tersebut jika mahu dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baharu. "Effendi pula perlu bertanding di kerusi itu kerana ketika ini beliau bukan anggota dewan undangan negeri (Adun) jika Taib mahu beliau jadi ketua menteri yang baharu," kata bekas anggota MT PBB itu lagi. Effendi yang bersara daripada politik pada 2008 merupakan Adun di Sarawak dari 1991 hingga 1999, anggota parlimen Rejang (1999-2006) dan senator (2006-2012). - Bernama,

Nasib Anwar sebagai MB Selangor masih kabur...

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata hari ini pihaknya masih dalam peringkat perbincangan sebelum membuat sebarang keputusan berhubung status Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa bakal menggantikannya. Abdul Khalid berkata perbincangan lanjut juga akan diteruskan bersama pucuk pimpinan Pakatan Rakyat bagi mencapai kesepakatan sebelum perkara tersebut diputuskan. “(Perkara) itu tidak mengapa…kami masih membincangkan isu ini dan perkara ini juga memerlukan perbincangan (kepimpinan) Pakatan Rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Tahun Baharu Cina di Pasaraya Giant, Bukit Tinggi di sini. Abdul Khalid diminta mengulas mengenai kenyataan Anwar dalam satu temu bual bersama ‘Australia’s Newsline’ baru-baru ini bahawa beliau sedang berunding untuk mengambil alih tugas Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor. Anwar juga dilaporkan berkata beliau akan menggunakan Selangor sebagai model bagi membuktikan kepimpinannya. Sementara itu, mengulas mengenai gesaan Anwar yang mahu beliau menghentikan perbalahan dengan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berhubung isu penamatan kontrak kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB), Abdul Khalid berkata perbalahan mengenai itu tidak berlaku. “We are not (Kami tidak (berbalah). You must understand the enacment (Anda perlu faham enakmen)…Apa-apa pun orang lain nak campur, hal itu mesti melalui exco (kerajaan) negeri,” tambahnya. Selasa lepas, PHSB yang merupakan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dilapor menamatkan perkhidmatan 22 kakitangannya dengan notis 24 jam berkuat kuasa sehari sebelum itu. Berikutan itu, Azmin secara terbuka mengecam tindakan tersebut dan mendakwa Abdul Khalid menggunakan PKNS sebagai senjata untuk menentang musuh-musuh politiknya.

Jumaat, 7 Februari 2014

Perang Azmin Khalid semakin hebat...

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini mengecam tindakan PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB) yang disifatkannya sebagai tindakan tidak bertanggungjawab berhubung pemecatan 23 kakitangannya. Sambil mendesak PHSB membatalkan surat pemecatan itu, Azmin mendakwa tindakan yang diarahkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang pekerjaan tetapi tidak berperikemanusiaan. "Ia benar-benar bercanggah dengan prinsip yang didukung kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat bahawa semua pekerja perlu dilayan dengan penuh maruah dan belas kasihan. Walaupun pemecatan secara tiba-tiba itu keras dan akan menyebabkan kerugian kewangan yang besar kepada pekerja, gaji pemberhentian dua bulan hanya menambah penghinaan kepada apa yang terjadi," katanya dalam satu kenyataan. Azmin juga menuntut Abdul Khalid supaya berhenti daripada menggunakan PKNS sebagai senjata peribadi terhadap saingan politiknya. Sebelum itu, pada 5 Feb, 23 kakitangan PHSB diberhentikan tanpa amaran berkuat kuasa serta merta dan diberikan pampasan dua bulan gaji. Berikutan itu, pengurus besar PHSB Noor Hisham Mohd Ghouth dilaporkan meletak jawatan sebagai tanda bantahan. Walaupun, pada mulanya Abdul Khalid mendakwa beliau tidak bertanggungjawab atas keputusan itu, beliau kemudiannya mengesahkan pemberhentian itu merupakan langkah korporat bagi menstrukur semula pengurusan PKNS dan mengurangkan kos operasi yang didakwanya boleh dijimatkan sehingga RM7 juta setahun. Sebelum ini, PKNS menjadi perhatian ketika pentadbiran memutuskan tidak meneruskan perkhidmatan Azmin sebagai ahli lembaga pengarah. Ini mencetuskan lagi khabar angin bahawa persaingan yang berterusan antara Azmin dan Abdul Khalid tidak akan tamat dalam masa terdekat. Ia juga menyatakan bahawa disebabkan isu ini, bekas pengurus besar PKNS Datuk Othman Omar dan setiausaha eksekutif Norita Abdul Sidek dipindahkan ke jabatan lain dengan serta merta sebagai satu bentuk tindakan disiplin.

Selasa, 4 Februari 2014

Pecat lagi di Selangor...

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB), Selasa memecat 30 kakitangannya, tanpa sebarang sebab munasabah, dengan notis 24 jam berkuat kuasa Isnin (semalam). Kesemua kakitangan PHSB, yang juga anak syarikat PKNS, menerima surat pemecatan itu dalam satu pertemuan dengan pihak pengurusan pagi Selasa selepas hadir bekerja seperti biasa. Surat itu ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Paduka Norazlina Zakaria. Wakil pekerja terbabit, Dr Alif Aiman berkata mereka berasa amat terkejut dengan pemecatan itu berikutan tiada sebarang perbincangan diadakan sebelum ini dan menganggap pemberhentian serta-merta itu menganiaya mereka. "Kejutan yang kami terima semasa hadir bekerja hari ini ibarat penganiayaan malah tiada alasan kukuh. Pemberhentian ini betul-betul menyusahkan kami yang rata-rata pencari nafkah utama keluarga. "Apa yang kami amat kesalkan adalah sehingga saat ini, kami semua masih tidak tahu mengapa kami diberhentikan sedangkan kami tidak melakukan sebarang kesalahan terhadap syarikat malah kami sanggup berkorban masa dan tenaga demi membangunkan PHSB," katanya kepada pemberita di Shah Alam. Alif, yang juga Pengurus Kanan Pemasaran PKNS, berkata menerusi surat berkenaan mereka hanya dimaklumkan mengenai pemberhentian dibuat selaras dengan perubahan dan hala tuju PKNS dalam menyusun semula organisasi dan sumber manusia termasuk PHSB. Katanya, alasan pihak pengurusan syarikat itu dilihat tidak dinyatakan secara terperinci terutama proses penyusunan semula itu sedangkan prestasi PKNS berada dalam kedudukan yang baik malah mampu menjana pendapatan sehingga jutaan ringgit. "Apa salah kami sehingga diberhentikan serta-merta dan jika ada salah, mengapa tidak diberikan surat tunjuk sebab ataupun adakan siasatan dalaman. Jika kami hilang punca pendapatan begini, bagaimana pula nasib keluarga yang kami tanggung. "Antara objektif kerajaan negeri adalah untuk membantu rakyat dan kami bekerja keras membantu PKNS menjana pendapatan demi bantu rakyat lain, tapi ini balasan yang PKNS bagi pada kami dan adakah ini negeri berkebajikan yang dicanang kerajaan Selangor," katanya. Beliau juga melahirkan rasa kesal dengan pemecatan itu dan berharap pihak yang sepatutnya bertanggungjawab dapat menyatakan sebab pemecatan dan menyelesaikan perkara itu secepat mungkin.

Isnin, 3 Februari 2014

Apa sudah jadi Jabatan Peguam Negara?...

Panel Penasihat Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bimbang mengenai spekulasi dalam media berhubung dua bekas pegawai seorang menteri Kabinet yang belum didakwa di mahkamah seperti diumumkan minggu lepas. "Sebagai sebuah panel bebas, kami berasa bimbang tentang perkembangan ini kerana ia boleh menimbulkan spekulasi atau tanggapan mengenai campur tangan luar," kata pengerusinya Datuk Johan Jaaffar. Dalam kenyataan kepada Bernama Isnin, panel itu menarik perhatian bahawa ia dengan tegas berpendapat bahawa untuk menampakkan ketelusan, Jabatan Peguam Negara perlu memberi penjelasan. Menurut panel itu, ia kesal terhadap spekulasi bertiup kencang mengenai campur tangan politik atau pendakwaan terpilih berhubung dengan perkara itu tetapi menambah ia percaya perkara seumpama itu tidak benar sama sekali. Panel 11 anggota itu seterusnya berkata ia membantah keras sebarang campur tangan politik atau sebaliknya terhadap usaha SPRM untuk memerangi rasuah kerana ini boleh menghakis kepercayaan masyarakat terhadap SPRM, Jabatan Peguam Negara dan kerajaan sendiri. SPRM, dalam kenyataan sebelum ini berkata seorang bekas setiausaha politik bergelar Datuk, dan pengarah sebuah daripada yayasan yang diketuai oleh Datuk berkenaan, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah Kanun Keseksaan atas tuduhan pecah amanah membabitkan lebih RM1.1 juta dan satu lagi tuduhan menipu membabitkan RM1 juta. Panel itu berkata ia akan meminta penjelasan daripada Jabatan Peguam Negara tentang mengapa kedua-dua mereka, seorang daripadanya ialah bekas setiausaha politik, belum didakwa di mahkamah seperti diumumkan oleh SPRM, Isnin lepas. Menurut Johan, apabila anggota-anggota panel menerima surat pelantikan semula untuk satu lagi penggal daripada Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, perdana menteri mengulangi komitmennya bahawa walaupun SPRM menunjukkan penambahbaikan dalam usaha memerangi rasuah, ia seharusnya meningkatkan lagi usaha ke arah itu selaras dengan aspirasi rakyat bagi menghapuskan rasuah. Kedua-dua mereka ditangkap oleh SPRM dan dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 seorang. Ia berkata ketiga-tiga yayasan itu ditubuhkan antara 1980-an dan 2011 tetapi tidak didaftarkan sebagai pertubuhan kebajikan atau persatuan. Sebaliknya ia beroperasi sebagai syarikat. SPRM berkata kedua-dua mereka memegang jawatan sebagai pengarah dan anggota Lembaga Pemegang Amanah ketiga-tiga yayasan berkenaan, dan dana yayasan itu juga dikeluarkan dan ini bertentangan dengan objektif penubuhan ketiga-tiga badan itu.

Tidak laluan mudah pembangkang di PRK Dun Kajang

Barisan Nasional (BN) tidak akan memberi laluan mudah kepada mana-mana calon lawan dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang nanti, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata walaupun ada pihak memberikan pandangan supaya BN tidak payah bertanding andai PRK DUN Kajang diadakan, amalan biasa BN ialah menawarkan peluang kepada pengundi untuk memilih calon. “Saya tak fikir kita (BN) nak bagi laluan mudah untuk pihak pembangkang bertanding sama ada (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim atau sesiapa sahaja (yang bertanding),” katanya dalam sidang media selepas membuat tinjauan mengejut harga barang di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, di sini Isnin. Beliau berkata walaupun kerusi itu dimenangi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum lalu, namun pengundi kawasan itu diberikan pilihan sekali lagi untuk memilih wakil rakyat mereka. Kerusi DUN Kajang kosong selepas anggota DUN itu Lee Chin Cheh dari PKR meletak jawatan pada 27 Jan lepas, dan pakatan pembangkang menamakan Anwar yang juga Penasihat PKR sebagai calon mereka jika pilihan raya kecil diadakan. Mengenai calon BN, Muhyiddin berkata ia akan diputuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tub Razak selaku pengerusi BN dengan mendapat pandangan daripada pemimpin parti komponen BN selepas pengumuman oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). “Secara peribadi (tradisi) kawasan itu adalah kawasan MCA, ada yang berpandangan dengan kepimpinan baharu MCA, kemungkinan kita nak bagi peluang, nak menguji penerimaan pengundi disitu tentang kepimpinan baharu MCA,” katanya. Sementara itu, mengenai persekolahan empat anak pasangan Malaysia yang sedang ditahan di Sweden, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan hari ini telah mengeluarkan surat membolehkan mereka meneruskan pelajaran mereka. “Isu ini tidak jadi masalah bagi kita. Kita bagi segala tempat bagi mereka belajar di sekolah yang dekat dengan tempat kediaman mereka. “Kalau mereka kurang fasih Bahasa Melayu (BM), dalam tempoh pembelajaran nanti kita bagi sedikit penekanan supaya mereka boleh tumpu pada penguasaan BM,” katanya. Empat beradik itu, Aishah Azizul Raheem, 14, dan tiga adiknya Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7, tiba di tanah air Sabtu lepas. Mereka kini dijaga ibu saudara mereka di Kampung Bukit Tanah di Peringat, Kelantan. Bapa dan ibu mereka, Azizul Raheem Awalludin, pegawai Tourism Malaysia di Stockholm dan Shalwati Norshal, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan reman pihak berkuasa Sweden sejak 18 Dis lepas kerana didakwa memukul tangan seorang anak lelaki mereka kerana tidak solat

Tindakan tegas terhadap Teresa Kok

Pergerakan Wanita Umno Selangor meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok berhubung penerbitan video berbaur sindiran sempena Tahun Baharu Cina baru-baru ini. Ketuanya Datuk Nor Hayati Onn menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat berbilang kaum terutama semasa masyarakat Cina sedang menyambut perayaan mereka. "Dalam suasana perayaan kaum di negara ini, seharusnya Teresa sensitif dengan apa yang ingin dilakukannya. Walaupun video itu hanya video Tahun Baharu Cina, mengapa ia mempunyai kenyataan berunsur provokasi termasuk apa yang berlaku di Lahad Datu," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin. Nor Hayati menambah tindakan tegas itu juga perlu sebagai memberi pengajaran kepada mana-mana pihak untuk tidak menerbitkan apa jua bahan yang berunsurkan provokasi. Ini kerana kebelakangan ini, terdapat pihak yang cenderung untuk sengaja menimbulkan provokasi melalui media sosial yang medium capaiannya amat luas dan pantas, katanya. Teresa, yang juga Naib Pengerusi DAP, didakwa terbabit dalam penerbitan klip video bertajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014 Video Clip' yang tersebar luas dalam laman YouTube sejak Isnin lepas. Dalam video klip berdurasi hampir 12 minit itu, Teresa 'berlakon' sebagai pengacara yang menemuramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baharu Cina untuk tahun ini dan tetamu undangan Teresa pula mengeluarkan kenyataan menyindir dalam beberapa perkara, antaranya sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah. Sindiran-sindiran lain didakwa turut ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Sementara itu, tiga badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia dan Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) membuat laporan polis pada 11.15 pagi tadi untuk menuntut tindakan tegas diambil terhadap Teresa.

Ahad, 2 Februari 2014

Bekas Peguam peribadi dedahkan tembelang Anwar...

Salam 2 all. Selepas sah di umum yang Anwar Ibrahim dipilih menjadi calon PKR untuk Pilihanraya Kecil DUN N.25 Kajang (walaupun SPR belum pun buat pengumuman kekosongan kerusi); barulah saya faham mengapa isu PKNS tercetus, mengapa Khalid Ibrahim diserang bertubi-tubi oleh partinya sendiri tanpa belas-ihsan; kenapa kes cerai fasakh Nurul Izzah didedahkan; mengapa kerusi DUN Kajang dikosongkan tanpa sebab dan kenapa UMNO/ BN didendangkan dengan Pelan Damai Nasional! Ada kopi disebalik karipap rupanya yop! SEJARAH BERULANG – KES SAIFUL BUKHARI MENGHANTUI ANWAR Teringat saya selepas PRU-12 tahun 2008 dahulu. Setelah memenangi kerusi Kulim Bandar-Baharu pada 08.03.2008, berlaku satu insiden yang sangat menakutkan Anwar. Pada 28.06.2008, Saiful Bukhari Azlan, pembantu peribadi Anwar membuat lapuran polis dia diliwat oleh Anwar pada 26.06.2008.Ketakutan Anwar masa itu memang agak luar biasa! Saya tidak bercadang menceritakan secara terperinci apa yang saya sendiri lihat masa itu. Itu lain kali jika perlu. Tetapi cukup sekadar memberitahu bagaimana Anwar pergi menyembunyikan diri di rumah Duta Turki pada 29.06.2008. Kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada masa itu ialah Anwar meminta perlindungan kerana ada ‘cubaan mahu menembak Anwar‘!!! Anwar baru sahaja bebas daripada penjara pada 02.09.2004 setelah menjalani hukuman 6 tahun penjara di Penjara Sg. Buloh setelah disabitkan pada 14.04.1999 dengan kesalahan menyalahgunakan kuasa sebagai TPM mengarahkan Cawangan Khas PDRM mendapatkan Akuan Bersumpah palsu daripada Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar (pemandunya) yang mendakwa diliwat oleh Anwar pada bulan Mac 1993 di Tivolli Villa. Anwar tahu kalau dia diheret ke Mahkamah dan dikenakan pertuduhan dan disabitkan kesalahan meliwat Saiful, hukuman penjara melebihi 6 tahun menanti beliau. Segala harapan dia nak menjadi PM akan hancur berkecai; malah pada umur senja, dia mungkin reput dalam penjara! Salah satu strategi yang dirangka pada masa itu ialah untuk memastikan Anwar menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang; dan dicanangkan kemungkinan Anwar akan menjadi PM melalui konspirasi 16.09.2008. Dengan 81 Ahli Parlimen dibelakang beliau, dengan jawatan sebagai Ketua Pembangkang, kemungkinan untuk Anwar disabitkan kesalahan meliwat Saiful agak tipis.Mana mungkin Anwar akan dihukum penjara. Satu dunia akan bising. Amerika akan bising. Turki akan bising. IPU akan bising. UNHRC akan bising. Amnesty International akan bising. Dan kita ada Kerajaan yang takut dengan bunyi bising diluar! Jadi perancangan untuk melaksanakan agenda itu dimulakan dengan mengenal pasti kerusi mana Anwar hendak bertanding. Teman yang pada masa itu penuh dengan semangat dan ketaatan mengkhinzir buta telah menawarkan kerusi Parlimen Kulim Bandar-Baharu. Namun kerja Allah tidak siapa dapat mengatasinya. Petisyen pilihanraya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Alor Setar terhadap kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu menyebabkan kerusi itu tidak dapat dikosongkan mengikut perancangan. Lalu Wan Azizah isteri tercinta, Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh terpaksa mengorbankan kerusinya demi ‘kesejahteraan PKR’. Dan Anwar memenangi PRK P-044 Permatang Pauh pada 26.08.2008. Setelah mengangkat sumpah pada 28.08.2008, Anwar dilantik menjadi Ketua Pembangkang. Setelah melalui proses perbicaraan yang meleret-leret dengan jumlah penangguhan yang melayakkan kes dimasukkan kedalam Malaysia Book of Record, pada 10.01.2012, Mahkamah membebaskan Anwar daripada dakwaan meliwat Saiful!*** Sekarang Anwar berdepan dengan rayuan kes Saiful. Mahkamah Rayuan telah menetapkan tarikh perbicaraan dalam masa terdekat ini (iaitu 11, 12 & 13 Februari); dan sekali lagi Anwar berdepan dengan risiko hukuman penjara yang panjang jika Mahkamah menerima rayuan Pendakwaraya.Dan kali ini Pendakwaraya diwakili peguam veteran terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, seorang peguam no-nonsense yang diperakui kehebatan guamannya! Risiko dipenjarakan menjadi real; risiko impian menjadi PM ke 7 hancur lebur menjadi real; dikala umur 67 tahun dan sudah masuk waktu kubor kata mari, Anwar tidak mungkin boleh menerima hukuman penjara yang panjang. Ianya mesti dipintas at all cost! Siapa yang berani mahu menghukum penjara seorang Menteri Besar yang berpengaruh atas tuduhan meliwat? Siapa yang berani berdepan dengan masyarakat dunia liberal barat sebagai pemimpin negara yang menghukum MB Selangor dengan tuduhan meliwat? Siapa yang berani nak berdepan dengan kuasa besar Amerika Syarikat? Siapa mahu berdepan dengan Erdogan dan Turki? Siapa nak berdepan dengan Amnesty International, Human Rights Commission dan negara liberal Eropah yang lain – yang mengamalkan seks bebas terbuka termasuk membenarkan homoseksual! Matlamatnya – Anwar mesti jadi MB Selangor at all cost untuk memastikan Penjara Sg. Buloh bukan destinasi terakhir Anwar dimuka bumi ini! TAN SRI KHALID PENGHALANG Tapi Tan Sri Khalid Ibrahim ada disana sebagai MB. Beliau mendapat sokongan penuh DAP; masyarakat peniaga dan korporat Cina dikatakan menyukai cara pentadbirannya yang dikatakan business-friendly, efficient & corrupt free Menteri Besar! PAS pula tidak senang dengan pendirian Anwar yang liberal, yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh kristian yang bercanggah dengan ketetapan Majlis Syura’ PAS. Dan Khalid bukan jenis yang akan tunduk na’am kepada semua kehendak Anwar. Walaupun beliau diketepikan sebagai Ketua Perhubungan PKR Negeri Selangor, beliau masih lagi berpengaruh. Bila Anwar menghantar Saifudin Nasution sebagai Liason Director antara pejabat MB dengan PKR, Khalid memperlekehkan perlantikan tersebut dengan menyumbat Saifudin di Tingkat 5 dan ‘kami boleh berhubung dengan email‘ – begitu Khalid memperlekeh duta Anwar ke pejabat MB. Khalid tahu kekuatannya terletak kepada perlindungan dan pengaruh Presiden, Datin Seri Wan Azizah. Selagi Wan Azizah menyokongnya, Anwar dan konco-konconya tidak akan berani melakukan sesuatu terhadap Khalid. Sebab itu Faekah Hussein, panglima kanan Wan Azizah, wanita besi yang paling dibenci oleh segelintir kumpulan anti-Khalid didalam PKR dilantik memegang beberapa portfolio berpengaruh dan berkuasa didalam pejabat MB. Beliau bukan sahaja Setiausaha Politik dan Pegawai Khas MB, beliau juga Pengerusi MBI, badan korporat paling bepengaruh dalam negeri Selangor dengan kekuatan dana yang besar!Saya kenal Faekah Hussin ini. Beliau adik bekas Ketua Pengarah BPR Datuk Zaki Hussin. Beliau jenis no-nonsense; dan saya cukup yakin beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menyundal dan merampok khazanah Negeri Selangor. Dan Faekah ini jenis tidak gentar dengan sesiapa – almaklumlah dia seorang peguam! Ini antara punca saya percaya Faekah menjadi begitu tidak terkenal, malah dibenci oleh segelintir mereka dalam PKR yang anti Tan Sri Khalid! Lalu bagaimana nak pastikan Wan Azizah, dan Faekah, tidak lagi melindungi Khalid? CHECK-MATE TERHADAP WAN AZIZAH & NURUL IZZAH Tiba-tiba terbongkar kisah juicy permohonan perceraian fasakh oleh Nurul Izzah, anak sulong Wan Azizah dengan suaminya Raja Ahmad Syahrir. Sebenarnya permohonan sudah difailkan lama, dan tiada sesiapa pun mengetahuinya kecuali peguam, Mahkamah dan beberapa inner-circle dalam PKR. Tiba-tiba Ahad 26 Jan lepas, berita permohonan perceraian itu terbongkar. Ada sumber dalaman PKR telah mendedahkannya kepada para blogger dan media arus perdana. malah ada yang menerima transkrip terperinci sebab-sebab permohonan perceraian itu dimohon oleh Nurul Izzah, termasuk gambar seorang jejaka yang agak ‘jambu’ turut disebarkan. Nurul Izzah adalah Naib Presiden PKR, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan rising star didalam PKR. Malah beliau pernah menyatakan hasrat menentang orang kanan Anwar Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan lalu. Beliau penyokong kuat ibunya Wan Azizah dan Khalid Ibrahim. Sebarang sokongan terbuka daripada Nurul Izzah, disertai sokongan terbuka ibunya Wan Azizah terhadap kepimpinan Khalid sebagai MB akan menyukarkan sebarang cubaan untuk menjatuhkan Khalid.Jadi Wan Azizah dan Nurul Izzah harus dikekang! Pembongkaran kes permohonan cerai fasakh oleh Nurul Izzah dengan segala kisah sensasinya menjadi check-mate terhadap Wan Azizah dan Nurul Izzah. Bagaimana mungkin sekarang Wan Azizah dan Nurul Izzah mahu memberikan sokongan terbuka kepada Khalid – pasti mereka akan dicemuh supaya pergi urus hal rumahtangga engkau sendiri lah! Lalu Khalid terkonteng-konteng keseorangan, tanpa sokongan Presiden dan Naib Presiden, tanpa sebarang jawatan dalam parti. Hanya tinggal DAP dan PAS menjadi sandaran akhir Khalid! STRATEGI MENGGUSARKAN DAP-PAS Tiba-tiba muncul pula isu tuntutan untuk terus mengguna-pakai kalimah Allah dalam upacara keagamaan kristian digereja-gereja mereka di Selangor. Pelik! Hanya di gereja-gereja di Selangor, tidak di Pulau Pinang! Dalam keadaan mereka sudah pasti tahu Selangor mempunyai Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. Bila isu rampasan bible versi Bahasa Melayu yang menyalah-terjemahkan kalimah Allah tercetus dan JAIS melaksanakan tugasnya mengikut undang-undang dan merampas bible-bible tersebut, ruang terbuka luas untuk Khalid diserang. Kesempatan ini diambil untuk menakutkan DAP. Sikap Khalid tiba-tiba membuat kenyataan menyokong titah Tuanku Sultan Selangor melarang penggunaan kalimah Allah dan akan terus akur dengan titah itu sudah pasti menggusarkan parti cauvinis DAP ini. Sikap ini sudah pasti akan mengendurkan sokongan DAP kepada Khalid. Diwaktu yang sama, tindakan Khalid mengarahkan JAIS mengembalikan bible yang dirampas menyebabkan ada penentangan daripada PAS. Kenyataan Exco Hal Ehwal Islam daripada PAS, YB Solehin Mukhyi dilihat tidak senada dengan kenyataan Khalid. Saya cukup pasti faktor ini akan digunakan sepenuhnya untuk menakutkan elemen-elemen didalam PAS Selangor. Kononnya kalau dibiarkan Khalid terus menajdi MB, PAS akan hilang lebih banyak kerusi dalam PRU nanti, sebab orang Melayu benci! Ini akan pasti menyebabkan PAS berfikir dua tiga kali untuk terus menyokong Khalid! Akhirnya dengan strategi yang cukup licik dan holistik, Khalid terkonteng-konteng keseorangan. Kali ini Khalid benar-benar terjebak. Dia sudah tidak boleh lari. Perletakkan jawatan YB Lee Chin Cheh dan pengosongan kerusi DUN Kajang sekadar pelengkap kepada konspirasi menjatuhkan Khalid dan menobatkan Anwar Ibrahim sebagai MB. Malah kemungkinan YB Lee sendiri tidak menyedari permainan politik puak-puak ini! PELAN DAMAI NASIONAL MEMERANGKAP UMNO Dan untuk memastikan semuanya berjalan lancar mengikut perancangan, maka ditawarkan kepada UMNO dan Barisan Nasional ‘Pelan Damai Nasional’! Ini lawak senario abad ini. Bagaimana mungkin parti yang cacamerba penuh dengan percakaran dalaman dengan begitu sardin mengemukakan ‘Pelan Damai Nasional‘. Saya ingat Saiful Apek boleh mati ketawa tertelan gigi palsu mendengar berita ini. Jika UMNO/BN menerima pelan ini, saya cukup yakin nanti akan timbul desakan supaya UMNO/BN membuktikan keikhlasan dengan tidak meletakkan calon bagi PRK N.25 DUN Kajang ini. Sekaligus memberikan Anwar laluan-percuma untuk menjadi ADUN Kajang dan selayaknya ditabalkan sebagai MB Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid. Kalau UMNO/ BN termakan dengan taktik ini, saya kira tidak ada ayat lagi nak diberi kepada UMNO/ BN selain daripada melafazkan innalillah hiwa inna ilai hiro ji’un kepada UMNO/ BN. Nampak sangat UMNO/ BN bekerja keras untuk menjadi pembangkang dalam PRU-14 nanti. Dan jika ditakdirkan berlaku PRK N.25 Kajang, saya menasihatkan UMNO meletakkan calon UMNO disitu. Saya percaya dengan calon UMNO yang berkaliber dan punya integriti dan kewibawaan, UMNO punya peluang cerah memenangi kerusi DUN Kajang. Jangan dibiar hak demokrasi rakyat Selangor diliwat dengan begitu mudah oleh para peliwat democrazy ini. TAKTIK AKHIRUL KALAM – VIDEOKLIP Saya menerima maklumat jika semua perancangan ini gagal, atau pun jika rancangan ini memerlukan satu water-tight ending, maka sebuah videoklip yang diambil daripada sebuah sudut yang agak tinggi disebuah kediaman akan disebarkan. Apa video itu…tunggu dan lihat! RUMUSAN & OPSYEN BUAT TAN SRI KHALID Persoalan cepumas sekarang ialah: adakah riwayat Khalid sudah berakhir! Belum. Jangan write-off Khalid cepat sangat. Beliau seorang tokoh korporat, beliau sudah biasa dengan taktik dan maneouvre seperti ini. Khalid sekarang ada beberapa opsyen: 1. Khalid boleh buat keras kepala dan terus kekal sebagai MB. Tiada sesiapa pun boleh menggugat kedudukannya. Kalau Khalid memilih opsyen ini, Anwar tidak ada pilihan selain meminta DUN Selangor memanggil sidang tergempar membuat usul undi tidak percaya kepada Khalid. Untuk itu Anwar memerlukan sokongan penuh ADUN DAP dan PAS selain ADUN PKR sendiri. Atau dalam keadaan ekstrim, Anwar boleh mengarahkan semua ADUN PKR tidak menyokong Khalid. Ini akan menjadikan satu suasana DUN tergantung. Tetapi ini semua belum tentu berjaya; dan kalau berjaya pun Anwar akan dilihat sebagai aggressor yang tamak mahukan jawatan sehingga menganiaya dan mengkhianati MB sendiri! 2. Khalid boleh mempengaruhi kesemua ADUN PKR, DAP dan PAS untuk terus menyokong beliau dengan mengadakan undi kepercayaan dalam Dewan. Tetapi ini juga mempunyai risiko kerana tidak mungkin ADUN PKR akan menyebelahi beliau; 3. Khalid boleh membuat pakatan dengan ADUN BN, dengan syarat dia boleh membawa jumlah ADUN yang cukup menyokongnya untuk membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan, dan dia terus menjadi MB. Ini juga opsyen yang mempunyai risiko yang tinggi kerana Khalid akan sentiasa duduk dibawah ugutan dan tekanan ADUN-ADUN ini; 4. Atau Khalid boleh mengambil opsyen menelan sahaja apa yang berlaku. Terima sahaja takdir masanya dah berlalu, dah tak ada rezeki. Lantak pi lah siapa pun nak jadi MB. Elok pencen jaga cucu dudok kat masjid bilang buah tasbih; cari pahala sikit; atau 5. Opsyen terakhir dan paling realistik untuk Khalid sekarang ialah membubarkan DUN Selangor. Sebagai MB, hanya beliau, dan tidak ada orang lain dalam dunia ini, yang mempunyai hak legal dan politikal untuk menasihatkan Tuanku Sultan Selangor untuk membubarkan DUN Selangor. Beliau boleh menggunakan alasan bahawa hak demokrasi rakyat Selangor untuk menentukan kepimpinan Kerajaan Selangor yang baru harus dihormati. Sekiranya beliau digulingkan dengan cara democrazy pintu nelakang luar tabi’e ini, maka apa yang terjadi sebenarnya ialah hak demokrasi rakyat Selangor telah diliwat melalui kaedah politiking pintu belakang akibat mainan politik luar tabi’e pihak tertentu! Dan jika Tuanku Sultan Selangor memperkenankan sembahan beliau, DUN Selangor boleh dibubarkan dan Pilihanraya Negeri Selangor wajib diadakan dalam tempoh 60 hari. Khalid boleh mengadakan kerjasama-strategik dengan UMNO-BN untuk menawan semula Selangor dengan syarat beliau kekal menjadi MB. Saya percaya UMNO/BN terbuka dalam menimbang kerjasama-strategik ini. Apa yang penting ialah hak demokrasi rakyat Selangor tidak dicabul sewenang-wenangnya oleh golongan yang tidak bertanggungjawab! Apa pun, hayat-politik Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor sudah hampir ke penghujungnya. Malaikat sakarat-politik sedang menunggu di pintu Bukit Malawati. Tetapi Khalid boleh menukar destinasi politiknya jika bijak mengatur langkah. Nasihat saya kepada Tan Sri Khalid, baca dan perhalusi sejarah bagaimana Allahyarham Tun Gafar Baba jatuh terkangkang akibat mainan politik luar tabi’e ini. Pisau ditangan Tan Sri, timun pun ditangan Tan Sri. Buat apa yang Tan Sri patut buat untuk memastikan hak demokrasi rakyat Selangor terus terpelihara, dan maruah Tan Sri dipertahankan! Wallahua’alam dan Wassalam. Adios amigos, grasias. Zulkifli Bin Noordin Sabtu 01 Rabi’ul Akhir 1435 01 Februari 2014 Petikan: blog Zulkifli Nordin.zul4kulim.blogspot.com

Sabtu, 1 Februari 2014

Tun M Menceritakan Siapa Itu Anwar Ibrahim. Calon PKR Dun Kajang..

ANWAR IBRAHIM KAKI KELENTONG DAN MENIPU RAKYAT MALAYSIA !!!

Amaran Mukhriz: Kita tidak teragak agak dedah kepincangan pemerintahan PR

Kerajaan negeri tidak teragak-agak membuka fail-fail projek bawah kerajaan PR terdahulu jika terus diserang pembangkang yang seolah mahu menggambarkan kerajaan BN dipenuhi amalan korupsi. Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, jika pembangkang berterusan mengambil pendekatan dedah dan serang, pihaknya juga akan mempertimbang pendekatan sama pada masa akan datang. “Kita sedang pertimbangkan perkara ini. Saya ingat dahulu tidak perlu ungkit perkara-perkara lama tetapi jika pihak sana (pembangkang) seolah mahu tunjukkan mereka bersih dan kita kotor, kita juga akan bertindak,” katanya, selepas majlis penyerahan buah limau kepada 14 cawangan MCA Jerlun, sempena sambutan Tahun Baru Cina, di Wisma Umno Jerlun, semalam. Menurutnya, pihaknya juga bersedia mendedahkan kepincangan dalam mana-mana projek yang dirancang bawah PR sepanjang lima tahun lalu. “Mungkin sudah tiba masa kita buka rekod fail-fail projek lama, antaranya pelaburan pembalakan di Papua New Guinea yang merugikan, projek ladang buah di Pedu serta pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (Kuin),” katanya. Mengulas tindakan PR yang mengheret isu penyelesaian luar mahkamah kes saman Bina Darul Aman Berhad (BDB) dengan sebuah syarikat pembalakan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), katanya, pihaknya sedia memberi kerjasama yang diperlukan oleh badan itu. “Sudah tentu kita akan beri kerjasama dalam usaha membersihkan segala tuduhan yang boleh menjejaskan nama baik kerajaan negeri BN. Saya alu-alukan jika SPRM beranggapan kes itu wajar disiasat kerana mereka hanya menjalankan tugas,” katanya. Rentetan laporan SPRM itu, laporan sama turut dibuat di Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia), Suruhanjaya Sekuriti dan Badan Pengawas Saham Minoriti Berhad (Minority Shareholder Watchdog Group), Isnin lalu. Sejak awal Januari lalu, kerajaan BN diserang secara berterusan oleh pembangkang, bermula dengan isu kenaikan harga barangan, isu pembelian Mercedes Benz S300 yang dikaitkan dengan kereta rasmi Menteri Besar, diikuti kes BDB yang dikaitkan dengan pembalakan di Lebuhraya Trans Eastern Kedah Interland Highway (Tekih).

Pantun gerimdam Kajang cerita...

DI kejar buaya lari telanjang tak dapat putrajaya lari ke Kajang... mandi telanjang di sungai besar sambil mencari ikan sepat hajat ke kajang nak jadi menteri besar bukan senang belum tentu dapat ikan sepat dicari di dalam paya dapat tangkap terus dipijak ingatkan PAS nak duduk saja depa pun ada tokoh bijak ikan ditangkap di kurung dicucuk hayat nak masak dengan daun pandan kat jepun pun tak boleh masuk pasal rupanya bekas banduan dimasuk pula mengunakan tong lepas masak di bawa bekal kat permatang pauh boleh lah kelentong kat Kajang dah ramai yang guna akal terlebih bekal simpan di tempayan untuk di buat kuah laksa kalau tak dapat mula la nak meroyan Umno dituduh dijadikan mangsa bersambung...

PRK Dun Kajang: BN tetap lawan- DS Zahid

Barisan Nasional (BN) memegang prinsip 'lawan tetap lawan' biarpun belum memuktamad calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata walaupun secara lazimnya kerusi Dun Kajang diperuntuk kepada MCA namun kuasa mutlak pemilihan calon terletak di tangan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan akan diputus pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang bakal diadakan dalam masa terdekat. "Saya berpendirian bahawa jika BN putuskan untuk letakkan calon dalam PRK Dun Kajang dari parti mana sekalipun, terutama jika parti itu pernah meletakkan calonnya dalam PRU lalu di Dun itu, maka kita akan hormati keputusan tersebut. "Dan sekiranya seseorang calon itu telah dimuktamad menjadi calon rasmi BN, pendirian saya secara peribadi 'lawan tetap lawan' kerana mana-mana parti yang meletakkan calon mereka dalam pilihan raya kecil sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, tetap dianggap musuh politik BN," katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional 2014 (PENA) peringkat negeri Selangor di Universiti Teknologi MARA hari ini. Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan, yang juga Ketua Penerangan Umno. Kerusi Dun Kajang kosong berikutan peletakan jawatan oleh penyandangnya, Lee Chin Cheh dari DAP pada 27 Jan lepas dan sehari selepas itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diumum sebagai calon pada PRK berkenaan.

Kuasa mutlak Sultan Selangor lantik MB

Pencalonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menjadi topik hangat di seluruh negara. Keputusan itu menimbulkan pelbagai persepsi termasuk hasrat Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor, namun persoalan yang sering diutarakan ialah adakah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu layak dilantik memegang jawatan itu. Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah menerangkan bahawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan pelantikan individu yang layak menjadi Menteri Besar negeri itu. Beliau berkata kuasa itu diperuntukkan dalam Artikel 51, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959. "Sultan Selangor mempunyai kuasa mutlak dalam dua perkara dan boleh membuat keputusan tanpa perlu nasihat iaitu yang pertama dalam hal pemilihan Menteri Besar dan kedua, soal pembubaran Dewan Undangan Negeri. "Dalam membuat keputusan menyentuh kedua-dua perkara itu, Sultan tidak perlu bertindak atas nasihat sesiapa," katanya kepada pemberita di Menara Felda di sini, baru-baru ini. Jelas Mohd Noor, Sultan berhak untuk melantik seorang anggota DUN sebagai menteri besar yang menurut pertimbangan baginda mendapat keyakinan majoriti dewan, dan syarat kedua, seorang menteri besar yang dilantik mestilah berketurunan Melayu dan beragama Islam. Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada Artikel 51 (1) serta berdasarkan Artikel 53 (2)(a); dan Artikel 51 (2) tertakluk kepada Artikel 53 (4) dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959. "Mengikut peruntukan tersebut, Raja atau Sultan bagaimanapun boleh melonggarkan syarat kedua menurut kuasa budi bicaranya bagi menepati syarat pertama," katanya. Dalam erti kata lain, katanya, perlembagaan memperuntukkan kuasa berada di tangan rakyat dalam proses demokrasi di mana Sultan hanyalah merupakan pemerintah perlembagaan dan mempunyai kuasa melantik menteri besar berdasarkan undang-undang yang ditetapkan. Bagaimanapun, katanya, Sultan tidak boleh memilih siapa yang disukai baginda untuk menjadi Menteri Besar kerana ia boleh ditafsir sebagai mencampuri urusan politik negeri. "Kalau dalam kes Selangor, dua parti iaitu PAS dan PKR boleh mencadangkan nama calon yang sesuai dan jika ditolak, mereka mesti mencadangkan nama lain," katanya. Namun, Mohd Noor berkata calon yang dicadangkan itu mesti daripada parti yang menang dan dalam situasi di Selangor, misalnya, Sultan Selangor boleh menentukan sama ada calon itu pemimpin parti PAS atau PKR. Katanya, Sultan juga tidak mempunyai kuasa untuk menangguhkan pelantikan itu. "Namun, sebagai contoh, sekiranya wakil A yang mendapat majoriti undi, tetapi wakil B pula menjadi pilihan Sultan, maka parti akan membuat keputusan siapa menjadi menteri besar melalui proses lobi antara satu sama lain. Jadi, apabila wakil B dipilih, maka wakil B akan berjumpa Sultan dan mendapatkan perkenan Sultan. "Ini bermakna (satu daripada) parti beralah. Tapi, kalau parti tetap dengan keputusan majoriti untuk memilih wakil A, maka Sultan tidak boleh lantik B. Ini kerana sekiranya wakil B dilantik dan kemudian mendapat undi tidak percaya, dia kena buang juga," terang beliau. Dalam situasi sekarang, Mohd Noor berkata DUN Selangor sudah bersidang dan katakan Anwar menang dalam pilihan raya kecil itu, maka boleh diusulkan di dewan, beliau dicalonkan jadi menteri besar. "Menteri Besar sedia ada (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) menjadi MB atas perkenan Sultan untuk lima tahun. Kalau beliau hendak meletak jawatan sebelum lima tahun, beliau boleh menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Sultan. "Sekiranya beliau tidak mahu meletakkan jawatan, maka adakan usul undi tidak percaya terhadap beliau sebagai menteri besar dan (jika )usul (itu) menang, beliau kalah. Maka, beliau kena lepaskan jawatan," terang Mohd Noor. Katanya selepas melantik menteri besar, Sultan juga diperuntukkan kuasa untuk melantik Exco kerajaan negeri berdasarkan cadangan menteri besar. Berdasarkan Undang-undang dan Perlembagaan negara, Mohd Noor berkata kriteria bagi seseorang calon untuk bertanding kerusi DUN, beliau mestilah warganegara Malaysia, beralamat di negeri yang ingin ditandingi, berumur lebih 21 tahun, sempurna akal, tidak muflis dan tidak pernah dipenjara melebihi satu tahun (tetapi boleh bertanding selepas tamat hukuman). "Alamat kad pengenalan calon mestilah di negeri tersebut, contohnya dalam kes kekosongan DUN Kajang, mana-mana calon yang ingin bertanding, perlu beralamat di Selangor. Tetapi, undang-undang tidak menyatakan berapa lama calon perlu duduk di Selangor," katanya. Pilihan raya kecil itu bakal diadakan berikutan tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri Kajang Lee Chin Cheh dari PKR mengosongkan kerusi itu Isnin lepas. Kepada persoalan sekiranya keputusan rayuan pihak pendakwaan terhadap kes liwat Anwar nanti berpihak kepada kerajaan, adakah ia akan menjejaskan peluang Anwar untuk bertanding, Mohd Noor berkata ia tidak terjejas kerana Anwar masih boleh membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan. "(Namun), sesiapa sahaja yang akhirnya disabitkan oleh Mahkamah Persekutuan untuk satu kesalahan yang serius dan tuduhan itu adalah satu kesalahan yang serius, maka kerjayanya sebagai ahli politik atau profesion yang lain akan berakhir," jelasnya. Pada 7 Ogos 2008, Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah unit kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara. Bagaimanapun, pada 9 Jan 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat ketetapan bahawa Anwar tidak bersalah dan bersetuju melepas dan membebaskan beliau atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa. Pada 20 Jan 2012, Pejabat Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu dan rayuan terhadap pembebasan Anwar dijangka didengar pada 12 dan 13 Feb ini di Mahkamah Rayuan. -- BERNAMA