Isnin, 7 Januari 2013

Zairil bukan anak Khir Johari

Oleh Sanggah Tok Janggut Orang2 lama di kampung Kanchut, Alor Setar memang mengetahui bahawa Pak Khir Johari mengahwini Che Tom Abdul Rahman (Puan Seri Kelsom) pada tahun 1943....dan Che Tom meninggal pada 20 September 1994. UMUM JUGA MENGETAHUI BAHAWA CHE TOM DAN PAK KHIR MEMPUNYAI 7 ORANG ANAK. Selepas Che Tom meninggal dunia, Pak Khir berkahwin semula dengan Puan Seri Christine Lim pada February 1996, jika Zairil (GAMBAR ATAS) di lahirkan pada 1996 atau 1997 maka Zairil sekarang berumur 17 atau 18 tahun...umur Zairil sekarang 30 tahun. ALAMAK!!!!!! KACAU!!!!! TERLEBIH 13 atau 14 TAHUN SAH DAN SAHIH bahawa Zairil Khir Johari BUKAN ANAK KANDUNG PAK KHIR, BELIAU ADALAH ANAK CHRISTINE LIM BERSAMA BAPAK KANDUNG ASALNYA YANG BERBANGSA CINA. SAH. DAN SAHIH ZAIRIL ADALAH CINA BUKAN MELAYU SEPERTI YANG DI BOHONGKAN OLEH Lim Guan Eng hanya ahli dan pemimpin serta penyokong PAS - Parti Islam Se-Malaysia (فاس) yang boleh di bohongkan oleh CM Lim Guan Eng.

Ingatan Ayahanda Tun M buat generasi muda...

Generasi muda hari ini harus bijak membuat penilaian terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara sepanjang 55 tahun mentadbir negara, kata Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam. Beliau berkata, generasi muda yang lahir selepas negara mencapai kemerdekaan dan maju telah menganggap kemajuan negara adalah satu perkara yang biasa dan mereka juga tidak bersyukur dan berterima kasih terhadap usaha kerajaan. Sehubungan itu, beliau yang sudah hampir 67 tahun menceburi bidang politik khuatir golongan muda yang kurang pengalaman mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mahu mengubah kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Ada pula yang kata mahu tukar kerajaan kerana sudah diperintah BN selama 55 tahun. Ini sesuatu yang merbahaya dan kalau memberi kuasa kepada orang yang tidak baik, ia boleh merosakkan negara kita dalam jangka masa singkat dan ia tidak mudah dipulihkan. "Generasi muda jangan nak ada selera baru dan cuba parti pembangkang yang hanya akan membawa kerosakan kepada negara. Mereka harus bijak membuat perbandingan iaitu Malaysia dahulu, sebelum merdeka dan apa yang dicapai sekarang. "Mereka harus ikhlas membuat penilaian bahawa Barisan Nasional yang memerintah selama 55 tahun telah banyak berjasa dalam memajukan Malaysia. Mereka harus membuat pertimbangan waras dan memilih siapa yang boleh memerintah negara ini menjelang PRU13 nanti," katanya selepas menghadiri sesi dialog bersama anggota Kelab Veteran Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini. Dr Mahathir juga mahu pemimpin veteran yang mengetahui matlamat dan pencapaian negara terus membantu dan memimpin generasi muda yang akan menentukan masa depan negara agar terus menyokong BN yang telah berjasa dalam membawa pembangunan di negara ini. "Tidak dapat dinafikan bahawa generasi muda hari ini mungkin tidak sependapat atau tidak puas dengan kerajaan sekarang tetapi adalah lebih baik memilih orang yang kita kenal dan tahu daripada orang yang tidak kenal. Bak pepatah Inggeris, 'Better the devil you know than the angel you don't," katanya. Sementara itu, Dr Mahathir menyaran semua ahli Umno berganding bahu untuk memastikan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menang dalam PRU13 nanti. Sambil mengakui bahawa Najib bukan terbaik dan ada kelemahan, beliau mahu semua ahli Umno agar tidak membuat penilaian terbuka tentang baik buruknya, sebaliknya mengemblengkan tenaga untuk memastikan BN boleh mendapat majoriti dua pertiga. "Apabila BN dah menang pada PRU13 dan tubuhkan kerajaan, kita boleh memperbetulkan kesilapan dan kesalahan demi kepentingan bersama... pada masa itulah, kita boleh tegur dan menggodam," katanya.