Sabtu, 2 Februari 2013

PAS PUNCA KEKELIRUAN DAP

Apapun alasannya, pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa isu kalimah Allah masih belum selesai membuktikan kelemahan besar kepimpinan PAS yang bersikap talam dua muka dalam menangani perkara ini. Ini ekoran pendirian Presiden Pas, Haji HAdi yang menyokong pengunaan kalimah suci itu dalam perbincangan awal Pakatan Rakyat pada 6 Januari lalu sebagaimana yang diakui sendiri Karpal dan Anwar Ibrahim sebelum ini. Malahan selepas perbincangan tertutup itu, Nik Aziz secara terbuka menyokong desakan yang dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahukan pengunaan kalimah Allah dibenarkan pengunaannya pada bible. Bagaimanapun selepas isu tersebut menjadi pembahasan besar bercanggah dengan Islam dan mendapat tentangan hebat ilmuan dan pakar agama termasuk dari kalangan PAS sendiri memaksa Majlis Syura membuat pendirian menentang isu tersebut. EKoran keputusan Majlis FAtwa itu, PAS terpaksa mengubah pendirian tidak menyokong pengunaan kalimah Allah itu dan bersetuju tindakan tersebut bercanggah dengan akidah umat Islam. Ekoran dari itu juga timbulkan kekeliruaan di kalangan DAP yang sekaligus mendesak Majlis Syura mengkaji semula keputusan yang dibuat mereka 15 Januari lalu. Sebaiknya Karpal membidas kenyataan Haji Hadi yang menyifatkan isu tersebut telah selesai dan diterima baik oleh masyarakat bukan Islam dan sekalgus menegaskan bahawa DAP tetap berpegang pada pendirian pakatan pembangkang yang dibuat awal bulan lalu.
Apa yang berlaku ini adalah jelas, Haji Hadi dan Nik Aziz berada dalam keadaan serba salah daripada sikap mereka sendiri yang pada awalnya sudah membuat keputusan yang salah. Barangkali sekiranya pada pertemuan mereka pada 6 Januari lalu, kedua pemimpin PAS ini tidak tunduk pada mana mana desakan dan menyatakan pendirian tegas menentang pengunaan isu ini dan menjelaskan pendirian agama mengenai pengunaan kalimah umat Islam itu tentunya isu ini tidak berpanjangan. Barangkali DAP akan dapat menerima pendirian tersebut yang tentunya mendapat sokongan pihak PKR kerana peneraju utamanya juga adalah seorang Muslim. Tapi nasi sudah jadi bubur, apapun alasan sudah sukar untuk membetulkan persepsi yang dibuat awalnya, terima lah hakikat dan terimalah akibat....

USTAZ NASHA MAHU BETUL PAS DARI DALAM

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa hari ini menegaskan beliau akan kekal sebagai anggota Pas untuk memastikan perjuangan asal parti dalam menegakkan Islam dan membela orang Melayu tidak 'dicairkan' berikutan hubungan parti itu dengan PKR dan DAP. Beliau yang juga bekas anggota Majlis Syura Pas berkata, statusnya sekarang yang tidak menyandang jawatan dalam kepimpinan parti tidak menghalangnya daripada terus mempertahankan perjuangan asal parti. "Tidak betul kata kalau tak jadi anggota Majlis Syura tidak boleh bersuara, saya masih boleh bersuara sebagai anggota biasa akar umbi parti. Saya mahu perjuangan asal Pas kekal, bukan sewenangnya dicairkan ikut kemahuan rakan pembangkang lain. "Pas sebelum adanya pakatan pembangkang ini punyai kekuatan bagi berdiri dan maju sendiri sebagai sebuah parti yang perjuangkan Islam. Namun kekuatan itu dicairkan sedikit demi sedikit demi memenuhi kehendak pakatan itu," katanya. Isnin lepas, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Nasharuddin masih kekal anggota Pas walaupun dipecat daripada Majlis Syura Ulama Pas, dan Nasharudin juga tidak disenarai sebagai calon Pas pada pilihan raya umum ke-13. Nasharudin berkata, beliau menyertai Pas kerana parti itu dahulunya sentiasa konsisten memperjuangkan isu Islam. "Mutahir ini dilihat kepentingan politik itu diambil kira terlebih dahulu. Ia semakin melampau apabila semakin menghilangkan identiti Pas sebagai parti yang sentiasa konsisten memperjuangkan Islam, malah mula menenggelamkan suara akar umbi yang mahu perjuangan Islam itu di depan," katanya.
Mengenai pemecatannya daripada Majlis Syura, beliau berkata: "Saya akur dengan keputusan majlis itu, tetapi sehingga kini selepas lebih dua minggu saya hanya mengetahuinya melalui media tanpa apa-apa surat rasmi... saya juga ingin tahu apa status keanggotaan saya sekarang." Ditanya adakah pemecatan beliau dan tindakan tidak meletakkan beliau sebagai calon Pas pada PRU13 berkait dengan golongan 'parasit Pas', Nasharudin berkata, pendirian Pas tentang sesuatu isu kini melanggar dasar utama parti hasil perbuatan parasit itu dan tidak menolak kemungkinan pemecatannya memudahkan usaha 'pelanggaran' itu. Mengulas tindakan beliau mengikut lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini dan Makkah tidak lama dahulu sehingga menimbulkan kontrovesi di kalangan penyokong pembangkang, Nasharudin berkata, tindakan itu adalah perjuangan untuk membela nasib umat dan agama Islam. "Ini adalah sumbangan saya untuk negara, tidak kira Umno, BN (Barisan Nasional) atau Pas, sekiranya ada peluang bagi saya membela nasib umat Islam dan memperjuangkan Islam, saya akan ambil. "Pihak Umno dan BN menerima pendirian saya ini dengan tangan terbuka, mereka tidak kisah saya orang Pas. Sebagai seorang rakyat Malaysia bila negara mahukan saya menyumbang demi kemajuan Islam dan rakyat, saya terima dengan hati terbuka," katanya. Nasharudin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan beliau menerima habuan daripada Umno dan BN untuk berpaling tadah s