Selasa, 14 Oktober 2014

Tiga ahli UMNO dipecat kerana sabotaj parti

Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan keputusan hukuman terhadap kes sabotaj parti dan melanggar tataetika yang dibuat oleh Lembaga Disiplin UMNO iaitu pemecatan tiga anggota parti. Mereka adalah Mohd Zamri Sham (Bahagian Maran) – Berceramah di pentas PKR dan memburukkan UMNO/BN kerana tidak berpuas hati terhadap kepimpinan Bahagian – Keputusan bersalah (Dipecat), Mohd Khiri Dahalan (Bahagian Maran) – Mempunyai dua keahlian iaitu UMNO dan PKR, mengaku sudah menjadi ahli Cabang PKR – Bersalah (Dipecat)dan Haji Ahmad Shuhor Awang (Bahagian Maran) – Mempunyai dua keahlian iaitu UMNO dan PKR, mengaku sudah menjadi ahli Cabang PKR – Bersalah (Dipecat) Penggumuman tersebut dibuat dalam sidang akhbar selepas mengpengerusikan mesyurat Majlis Tertinggi UMNO hari ini Sementara itu, Presiden juga memaklumkan mengenai Perhimpunan Agung UMNO 2015 akan diadakan pada 25 – 29 November hadapan dengan dimulakan oleh Forum Antarabangsa pada 24-25 November. Katanya, Forum Antarabangsa kali ini bertajuk ‘A Hyperconnected World: Challenges In Nation Building’ “MT juga mengambil maklum bahawa mesyuarat Bahagian UMNO berlangsung lancar dan hanya satu bahagian sahaja yang memohon penangguhan dan akan diadakan pada 19 Oktober ini,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang berlangsung di Ibu Pejabatnya, Menara Dato Onn, hari ini. Beliau turut menerangkan berkaitan perjalanan Perhimpunan Agung UMNO yang akan dimulakan sebagaimana lazimnya dengan Taklimat Presiden pada 25 November dan perasmian Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang akan berlangsung pada sebelah malam. Pada hari berikutnya persidangan pergerakan sayap akan berjalan dengan Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UMNO pada sebelah malamnya. Kemudian pada 27– 29 Nov, Perhimpunan Agung UMNO akan berlangsung dan jamuan makan malam akan diadakan pada malam 27 Nov. “MT juga mengambil maklum berkaitan pencapaian Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor dan kita mengucapkan tahniah kepada jentera UMNO dan BN yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Datuk Mustapa Mohamad selaku Pengerusi Perhubungan yang dibantu oleh jentera Ibu Pejabat UMNO serta pergerakan Wanita, Pemuda Puteri UMNO Bahagian dan semua yang terlibat.” Tegas beliau, UMNO mengambil maklum bahawa kejayaan ini mesti dikaji sebagai kerangka untuk menentukan kejayaan secara berterusan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan