Khamis, 21 Mac 2013
ANWAR KALUT BILA DITANYA SAMA ADA DIA GAY!...!
Dalam wawancara dengan satu stesen radio, Encik Anwar ditanya apakah dia seorang Gay, ini jawapannya!..fikir2kan lah.
HINA ANGGOTA KESELAMATAN TIDAK LAYAK JADI WARGA NEGARA
Mereka yang memperlekeh atau menghina anggota pasukan keselamatan yang menjaga keamanan dan keselamatan negara tidak layak menjadi warganegara Malaysia.
Menurut bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, tindakan menghina atau memperlekehkan anggota pasukan keselamatan yang berkorban demi negara menunjukkan seseorang itu tidak menghormati kedaulatan negara ini.
"Kalau pasukan keselamatan diperlekehkan, maka tiada semangat patriotik, seseorang itu tidak layak menjadi warganegara di negara ini," katanya.
Mereka yang menjadi warganegara sesebuah negara, perlulah cinta dan sayangkan negara itu malah sanggup mati untuk negaranya.
"Kalau pasukan keselamatan yang berkorban menjaga kedaulatan negara menjaga keamanan negara pun dihina, tidak mustahil jika kita mendapat ancaman lebih besar, mereka yang menghina pasukan keselamatan kita akan berpaling tadah kepada musuh," katanya.Seorang lagi anggota panel program anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Pahang itu, bekas Panglima Medan Tentera Darat, Lt Jen (B) Datuk Seri Zaini Mohd Said berkata, tindakan pihak tertentu yang menghina dan memperlekehkan pasukan keselamatan tidak ubah seperti duri dalam daging. "Kita sepatutnya menyokong apa yang dilakukan pasukan keselamatan yang menjaga kedaulatan negara kita. Anggota pasukan keselamatan juga manusia, apabila mereka diperlekehkan, sudah tentulah akan timbul jua keraguan mereka ketika di perbatasan. "Malah terdapat bekas bos yang turut mengutuk mereka (merujuk kepada pegawai kanan tentera menyertai parti pembangkang dan memperlekehkan anggota tentera),ini akan meruntuhkan moral mereka di perbatasan," katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Musa dan Zaini turut berkongsi pendapat supaya pasukan risikan dan peralatan pasukan keselamatan ditingkatkan. Isu keselamatan dan keperluan peralatan keselamatan bukanlah sesuatu perkara yang perlu dipolitikkan oleh mana-mana pihak. "Peralatan yang canggih diperlukan, kita harap kerajaan dapat membeli peralatan yang lebih canggih bagi memantapkan lagi kawalan keselamatan negara kita," katanya.
LEMBAGA DISIPLIN UMNO PANTAU AHLI SABOTAJ PRU
Lembaga Disiplin UMNO telah bersiap sedia untuk bertindak ke atas mana-mana pemimpin dan ahli UMNO yang melakukan kesalahan sabotaj terhadap parti menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke -13 ini, kata Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail.
Jelasnya, antara tindakan tegas dikenakan adalah termasuk pecat dan gantung keahlian sebagaimana telah pun diambil terhadap sebuah bahagian UMNO di Sabah yang didapati bersalah kerana kesalahan sabotaj.
“Lembagaa Displin UMNO juga sudah melantik Pemantau di setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memantau dan melaporkan kes-kes sabotaj parti yang berlaku di kawasan masing-masing bagi membolehkan tindakan disiplin lebih awal dapat diambil terhadap mereka yang melakukan perbuatan sabotaj,” katanya dalam satu siaran media hari ini.
Jelas beliau, sebuah Jawatankuasa Khas telah diwujudkan yang akan berperanan mempercepatkan proses membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman kepada mereka yang didapati bersalah atas kesalahan sabotaj atau melanggar disiplin parti.
“Jawatankuasa Khas ini dianggotai oleh empat orang wakil Majlis Tertinggi UMNO dan empat orang wakil daripada Lembaga Displin dan akan dipengerusikan oleh saya selaku Pengerusi LD UMNO.”
Dengan kewujudan Jawatankuasa Khas ini tindakan tegas dan segera boleh diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan sabotaj dan disiplin parti.
“Namun begitu sebelum memutuskan apa juga hukuman, Lembaga Displin akan menjalankan siasatan terperinci dan membuat keputusan berdasarkan kepada bukti-bukti yang kukuh.”
Selaras dengan itu, beliau menyeru kepada semua ahli UMNO di seluruh negara supaya bersatu padu dan menyokong siapa sahaja yang akan diletakkan sebagai calon oleh pucuk pimpinan parti dan tidak melakukan sabotaj terhadap parti.
“Jauhi perbuatan sabotaj atau perbuatan yang boleh melemahkan parti. Lembaga Displin tidak akan berkompromi serta akan mengambil tindakan tegas kepada sesiapa sahaja yang mengkhianati parti,” tegasnya lagi. –
Uptown Girl: Untuk Tatapan 18 Tahun Ke Atas....Aksi Anwar Ibrah...
Uptown Girl: Untuk Tatapan 18 Tahun Ke Atas....Aksi Anwar Ibrah...: VIDEO YANG DINANTI-NANTIKAN OLEH RAKYAT MALAYSIA.... UG MALAS NAK KOMEN BANYAK-BANYAK... KORANG TENGOK DAN NILAI LAH SENDIRI... NI KE...
Rabu, 20 Mac 2013
Antara syarikat kroni dalam kerajaan Selangor
Apabila mengambil alih pemerintahan Selangor 2008, PKR menerusi Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor membuat pengumuman bahawa kerajaan mereka akan menghentikan sebarang pemberian projek secara lantikan terus (direct nego).
Bagaimanapun berdasarkan senarai yang dibekalkan kepada kami oleh seorang kakitangan pejabat MB mendapati apa yang diungkapkan oleh Khalid Ibrahim itu adalah satu pembohongan.
Pada tahun pertama mereka memerintah Selangor iaitu tahun yang sama Khalid Ibrahim mengungkapkan kata-kata di atas sebanyak RM 80 juta projek lantikan terus telah dikeluarkan. Tahun 2009 pula sebanyak RM 30 juta, dan tahun 2010 juga RM 30 juta.
Pemberian projek-projek lantikan terus ini membuktikan mereka cakap tidak serupa bikin dan mereka juga mengamalkan kronisme dimana semua projek-projek tersebut dibolot oleh kontraktor yang mempunyai kepentingan dengan pemimpin pakatan di Selangor.
Berikut adalah senarai antara nama-nama syarikat yang dibekalkan kepada kami dan selepas ini kami akan berusaha mendedahkan satu persatu siapa dibelakang syarikat-syarikat berkenaan.
Tarikh lulus : 14 Julai 2009
Projek: Kelulusan untuk percetakan akhbar Selangorkini
Kontraktor: Syarikat Media Sdn Bhd
Nilai : RM 307,480.00
Tarikh lulus : 1 September 2009
Projek: Membekal kad raya, sampul raya serta mereka bentuk banner hari raya MB Selangor
Kontraktor: D’Macriz Communication
Nilai: RM 53,050.00
Tarikh lulus : 18 Feb 2009
Projek: Penyelenggaraan E-Perkhidmatan gerbang mesra Selangor
Kontraktor: Evera Solution Sdn Bhd
Nilai: RM 91,200.00
Tarikh lulus : 14 Mei 2009
Projek: Peralatan ICT
Kontraktor: Datamini Sdn Bhd
Nilai: RM 800,000.00
Tarikh lulus : 7 Jan 2009
Projek: Sewaan perlatan ICT
Kontraktor: BSO Technologies
Nilai: RM 300,000.00
Tarikh lulus : 2 Mac 2009
Projek: Perkhidmatan urusan publisiti sambutan satu tahun pemerintahan Selangor
Kontraktor: Luk Resources dan D’Macriz Communications
Nilai: RM 160,260.00
Tarikh lulus : 20 Mac 2009
Projek: Pembekal urusan program karnival sempena sambutan satu tahun pemerintahan Selangor
Kontraktor: Ursyahdu Entertainment dan Nasyeed Edtainment Sdn Bhd
Nilai: RM 127,880.00
Tarikh lulus : 20 Mac 2009
Projek: Memasang sistem pencegahan kebakaran Bangunan SSAAS
Kontraktor: SK Securesafe Sdn Bhd
Nilai: RM 135,298.00
Tarikh lulus : 12 Feb 2009
Projek: Juruperunding rancangan terbatan banjir Sungai Bangi
Kontraktor: Team Associates Consultants Sdn Bhd
Nilai: RM 214,492.15
Tarikh lulus : 28 Okt 2009
Projek: Barang-barangan komputer untuk pejabat SUK
Kontraktor: Blue Lane Sdn Bhd dan Teras Solution Sdn Bhd
Nilai: RM 1,443,610.00
Tarikh lulus : 9 Apr 2009
Projek: Kerja pemasangan penutup longkang di kawasan Tmn Sri Manja PJ
Kontraktor: Mirazat Murni Resources
Nilai: RM 420,000.00
Tarikh lulus : 7 Mei 2009
Projek: Kerja pemasangan penutup longkang di kawasan Tmn Sri Manja PJ
Kontraktor: Mirazat Murni Resources
Nilai: RM 420.00
Kerja diatas dipecahkan 2 kali kepada syarikat yang sama supaya jumlah kelihatan lebih kecil dan tidak perlu dilakukan tender. Dilakukan begitu untuk menghalalkan pemberian kontrak kepada kroni. Syarikat berkenaan difahamkan ada kaitan dengan ahli majlis MBPJ.- Sumber Sel13.com
SKANDAL RM50 RIBU ABBY DI LONDON DIDEDAHKAN
ABBY Abadi yang sedang digelarkan sebagai Ustazah Mee Segera ini semakin hari semakin melampau dan berbagai-bagai fatwa gila dikeluarkannya termasuklah menyokong gerakan pengganas Kiram di Lahad Datu dan juga mengangkat pengganas Kiram yang mati itu sebagai mati syahid dan kegilaan beliau semakin menjadi-jadi.
Saya tidak berminat untuk menulis tentang selebriti munafik ini tetapi sejak melihat tingkahnya di media maya semakin menjadi-jadi,tekak tiba-tiba terasa loya melihat betapa `alim dan mulianya’ bekas selebriti ini dan bekas barang terpakai tinggalan Norman Hakim ini perlu diberikan kata dua supaya beliau tahu bahawa ada orang tahu siapa beliau sebenarnya.
Bekas pelakon ini boleh dikategorikan antara wanita nakal,bermulut jahat,merelakan dirinya jadi alat untuk memecahbelahkan indsutri dunia hiburan tanahair dan janda Norman Hakim ini perlu diajar supaya tidak menjadi telunjuk lurus tetapi kelingking berkait dan kalau mahu bertaubat sekalipun taubatlah sepenuhnya dan jangan berlakon sebagai orang baik-baik sedangkan hakikatnya Abby bagaikan menyembunyikan `kejalangannya’ baik dari tutur kata serta perbuatannya.
Saya ingin memberikan peringataan kepada Abby Abadi bahawa saya tahu apa yang berlaku di London baru-baru ini dan dengan siapa Abby ke sana.Siapa VVIP yang menaja segala perbelanjaan.Abby ke London yang pada mulanya hanya berbekalkan satu beg tetapi pulangnya ke Malaysia dengan enam beg dan beg-begnya dibawa oleh private jet balik ke Malaysia.Dan apa kerja yang Abby lakukan hingga dapat bayaran RM50,000 selama seminggu?Takkan menyanyi ataupun berceramah di London hingga dapat bayaran sedemikan besar jumlahnya.
Ini peringatan kepada Abby,Jika beliau tidak menghentikan keceluparannya mempermainkan agama,mengadu domba serta memberikan tafsiran agama yang bukan-bukan,saya akan menelanjangi satu persatu topeng-topeng munafik yang sedang dipakai oleh Abby ketika ini.
Kita tidak mahu mendedahkan pada setiap persembahan pentas sebelum ini beliau sering sebilik dengan teman lelakinya malah sering meminta penganjur menyediakan bilik bersebelahan bila mereka ada pertunjukan pentas secara bersama tetapi kita juga ngin tahu wang siapa sebanyak RM20,000 yang Abby minta bagi menjayakan majlis harijadi anaknya.Tidak cukup RM50,000 di London!Rumah Kedai di Taman Melawati itu pun kita tahu datang daripada siapa?Jangan berselindung di sebalik penjualan jubah sedangkan hakikat sebenar ada yang tahu puncanya.
Ini juga akan didedahkan sekiranya Abby tidak bertaubat dan meminta maaf kepada rakan-rakan yang beliau kafir serta sesatkan selama ini.Jangan tunjuk baik sangat Abby!Jangan selak kain orang lain kalau kain sendiri koyak rabak!Jangan satu jari menuding kepada orang lain sembilan jari lagi menuding ke diri sendiri..!
Kalau beliau betul sudah insaf,bertaubat dan ingin menjadi muslimah sejati yang diredai Allah dunia dan akhirat,Abby tidak akan memilih jalan sesat begini hingga segala tutur kata terutama sekali dalam Twiter dan juga berceramah,penghinaan demi penghinaan dilemparkan kepada orang yang tidak menyokong beliau.
Kita sedar artis ini semakin sesat dalam dunia yang beliau sedang ciptakan dan itu urusan beliau kalau mahu sesat sekalipun tetapi mengajak orang lain agar sesat sama sesuatu yang cukup bertentangan apatah lagi kita pun tidak tahu siapa guru agama janda yang sedang didkawa ramai sebagai tengah meroyan ini.
Abby belum putih sepenuhnya dan nilai taubat yang sedang beliau laung-laungkan ketika ini sama sahaja dengan nilai perjuangan PAS parti yang Abby dokong penuh dengan kehanyirannya yang tersendiri malah Abby juga sama dengan para pejuang PAS lain yang menggunakan agama untuk menutup kebejatan moral masing-masing.Dan pejuang PAS kononnya seperti Abby inilah yang diusung ke hulu ke hilir bagi dijadikan agen memecahbelahkan orang muda.
Jadi kepada Abby,kita pesan sekali lagi.Hentikan segala keceluparan,kebodohan serta kebiadapan ini sekiranya tidak mahu topeng yang sedang menutupi wajahnya ketika ini terbuka satu persatu.Sumber: SANGGAHTOKJANGGUT
Selasa, 19 Mac 2013
PENGUNDI CINA BERSAMA BN- NUR JAZLAN
Datuk Nur Jazlan Mohamed hanya menggeleng kepala tanpa mampu mengulas secara spontan apabila dimaklumkan bahawa pembangkang terutama DAP bercita-cita besar menawan 15 daripada 26 kerusi parlimen di Johor pada pilihan raya umum ke-13.
Berfikir sejenak, anggota Parlimen Pulai itu berkata DAP silap besar jika gagal memahami sikap unik masyarakat Cina di Johor yang berdiri teguh memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama.
“Daripada satu kerusi (2008) kepada 15 kerusi parlimen? Saya tidak tahu dari mana mereka dapat benda ini (jangkaan kemenangan besar). Ia tidak realistik,” kata Nur Jazlan, 47.
Terbaru, penasihat DAP Lim Kit Siang diumumkan akan bertanding bagi kerusi Parlimen Gelang Patah, dan seterusnya mengepalai jentera pakatan pembangkang di Johor.
Tidak hairanlah veteran pembangkang berusia 73 tahun itu dikatakan begitu kerap berkunjung ke Johor.
Jika diikuti entri blognya baru-baru ini, beliau ada menyebut 15 kerusi parlimen yang menjadi fokus pembangkang di Johor - Bakri, Segamat, Tebrau, Kluang, Kulai, Batu Pahat, Pulai, Johor Baru, Penggerang, Semberong, Labis, Muar, Ledang, Simpang Renggam dan Gelang Patah .
Pada 2008, calon BN Tan Ah Eng mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zaliha Mustafa di Gelang Patah dengan majoriti 8,851 undi setelah memperoleh 33,630 undi.
Nur Jazlan berkata BN tetap yakin dengan pengundi Cina.
Menurutnya, generasi terdahulu masyarakat Cina Johor dijemput oleh Sultan
Johor pada akhir 1800-an untuk terlibat dalam aktiviti perniagaan dan perdagangan di negeri ini.
“Mereka (masyarakat Cina Johor) tidak dibawa masuk ke negeri ini oleh British, berlainan dengan kawasan negara ini. Sebab itu mereka ada ‘sense of belonging’ (semangat kekitaan) di Johor,” katanya yang juga Pengerusi UDA Holdings.
Masyarakat Cina Johor, katanya, juga berintegrasi dengan kehidupan penduduk tempatan, menguatkan lagi sikap unik mereka berbanding rakan-rakan mereka di negeri lain.
“Sebenarnya DAP dan Pakatan Rakyat telah menghina masyarakat Cina Johor dengan menolak sikap dan pemikiran unik mereka,” katanya.
Keyakinan Nur Jazlan berasas. Ketika BN tidak begitu cemerlang di negeri lain pada tahun 2008, BN cuma tewas kerusi parlimen di Bakri kepada calon DAP tetapi terus menjadi kubu kuat BN, menguasai 50 kerusi dewan undangan negeri (DUN) berbanding DAP (4) dan PAS (2).
Malah BN memperoleh majoriti lebih tinggi pada pilihan raya kecil di kerusi DUN Tenang pada Januari 2011, meskipun pilihan raya berlangsung pada musim banjir, apabila calonnya menang dengan majoriti 3,707 undi berbanding sebelumnya 2,492 undi, kedua-duanya menewaskan calon PAS.
Pemimpin parti-parti komponen BN Johor menyedari keghairahan pembangkang untuk menggempur benteng utama BN itu. Bagi mereka ia lebih merupakan perang psikologi menjelang pilihan raya.
Ketua Bahagian MCA Gelang Patah Jason Teoh juga bersetuju sikap unik masyarakat Cina Johor akan menggagalkan cita-cita besar DAP bersama sekutunya PKR dan PAS.
Teoh yang juga naib pengerusi MCA Negeri berkata, nafsu besar pembangkang untuk menguasai sebahagian besar daripada 26 kerusi parlimen di Johor pada pilihan raya umum ini tidak lebih hanya ‘cakap-cakap kosong politik.’
“Itu satu kenyataan am daripada pembangkang yang tidak mempunyai bukti. Sebagai negeri kubu kuat BN, MCA Johor telah mengekalkan penyokong-penyokong tegar yang mengambil berat tentang parti,” katanya.
Selain itu, pembangkang juga perlu mengambil kira fakta bahawa Johor merupakan negeri yang mempunyai anggota MCA paling ramai.
Teoh yang disebut-sebut sebagai bakal calon BN di kerusi panas Parlimen Gelang Patah berkata BN selama ini berjaya membela isu-isu yang dekat di hati pengundi Cina seperti ekonomi, perniagaan, pendidikan dan keselamatan.
Anggota Parlimen Johor Baru Tan Sri Shahrir Samad pula berkata tsunami politik yang terjadi pada PRU-12 yang menyaksikan pengundi Cina beralih kepada pembangkang telah lenyap hasil kerja keras kerajaan pimpinan BN.
DAP yang kini menganggap dirinya sebagai ‘Taiko’ dalam pakatan pembangkang, katanya, tidak lagi boleh bergantung kepada jangkaan tsunami politik 2008 akan berterusan.
“Keadaan sudah pun berubah (berbanding 2008) dan BN di Johor bukan duduk diam, kaku dengan keadaan yang dirasakan penting tetapi sebaliknya kami sudah merubah cara dan pendekatan kami.”
“Ia (usaha keras BN Johor) telah berjalan sejak empat tahun lepas dan sebab itu kini kami sudah bersiap sedia untuk berdepan dengan pilihan raya umum,” kata beliau.
Bagi Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan pula, selain tsunami politik 2008 telah lama berakhir, di Johor, kepimpinan BN berjaya menguruskan ekonomi dengan kebanjiran pelaburan serta mewujudkan peluang ekonomi yang cukup menarik untuk memenangi hati pengundi pada pilihan raya akan datang. – Bernama
Langgan:
Ulasan (Atom)