Khamis, 21 Mac 2013

LEMBAGA DISIPLIN UMNO PANTAU AHLI SABOTAJ PRU

Lembaga Disiplin UMNO telah bersiap sedia untuk bertindak ke atas mana-mana pemimpin dan ahli UMNO yang melakukan kesalahan sabotaj terhadap parti menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke -13 ini, kata Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail. Jelasnya, antara tindakan tegas dikenakan adalah termasuk pecat dan gantung keahlian sebagaimana telah pun diambil terhadap sebuah bahagian UMNO di Sabah yang didapati bersalah kerana kesalahan sabotaj. “Lembagaa Displin UMNO juga sudah melantik Pemantau di setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memantau dan melaporkan kes-kes sabotaj parti yang berlaku di kawasan masing-masing bagi membolehkan tindakan disiplin lebih awal dapat diambil terhadap mereka yang melakukan perbuatan sabotaj,” katanya dalam satu siaran media hari ini. Jelas beliau, sebuah Jawatankuasa Khas telah diwujudkan yang akan berperanan mempercepatkan proses membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman kepada mereka yang didapati bersalah atas kesalahan sabotaj atau melanggar disiplin parti. “Jawatankuasa Khas ini dianggotai oleh empat orang wakil Majlis Tertinggi UMNO dan empat orang wakil daripada Lembaga Displin dan akan dipengerusikan oleh saya selaku Pengerusi LD UMNO.” Dengan kewujudan Jawatankuasa Khas ini tindakan tegas dan segera boleh diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan sabotaj dan disiplin parti. “Namun begitu sebelum memutuskan apa juga hukuman, Lembaga Displin akan menjalankan siasatan terperinci dan membuat keputusan berdasarkan kepada bukti-bukti yang kukuh.” Selaras dengan itu, beliau menyeru kepada semua ahli UMNO di seluruh negara supaya bersatu padu dan menyokong siapa sahaja yang akan diletakkan sebagai calon oleh pucuk pimpinan parti dan tidak melakukan sabotaj terhadap parti. “Jauhi perbuatan sabotaj atau perbuatan yang boleh melemahkan parti. Lembaga Displin tidak akan berkompromi serta akan mengambil tindakan tegas kepada sesiapa sahaja yang mengkhianati parti,” tegasnya lagi. –

Tiada ulasan:

Catat Ulasan