Jumaat, 13 Mei 2016
PRK KUALA KANGSAR- PERAK SUDAH ADA SENARAI CALON
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata tidak timbul soal sama ada calon dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar adalah anak setempat atau orang luar.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak itu berkata keutamaan Barisan Nasional (BN) adalah untuk meletakkan calon yang boleh diterima serta disukai pengundi sekali gus dapat membawa kemenangan besar kepada parti.
"Kita telah mendapat senarai (calon) serta maklum balas daripada pelbagai pihak sama ada dari peringkat akar umbi dan parti mengenai cadangan nama yang hendak dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Tidak timbul soal calon setempat atau tidak kerana pada tahap ini kita memfokuskan kepada calon yang boleh diterima, calon yang dikenali dan disukai," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Perak di sini, hari ini.
Katanya beliau akan mengadakan perbincangan dengan Najib selaku Pengerusi BN yang akan membuat keputusan mengenai calon PRK Parlimen Kuala Kangsar berdasarkan prinsip 'musyawarah' yang diamalkan oleh BN.
Menteri Besar Perak itu berkata BN tidak akan melakukan pemilihan calon hanya berdasarkan kepada pilihan individu semata-mata.
"Saya ingin tegaskan, BN sentiasa membuat penilaian berdasarkan kepada maklum balas oleh rakyat yang berada di kawasan berkenaan (kawasan pilihan raya).
Kerusi Parlimen Kuala Kangsar kosong berikutan penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas. Turut terkorban dalam nahas itu anggota Parlimen Sungai Besar, Selangor Datuk Noriah Kasnon.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan diadakan serentak pada 18 Jun ini, manakala penamaan calon pada 5 Jun.
Pada pilihan raya umum ke-13, Wan Mohammad Khair-il Anuar yang mewakili BN menang dengan majoriti 1,082 undi, mengalahkan calon PAS Khalif Idham Lim Abdullah dan calon Bebas Datuk Kamilia Ibrahim.BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
BalasPadamJika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)