Rabu, 20 Mac 2013

Antara syarikat kroni dalam kerajaan Selangor

Apabila mengambil alih pemerintahan Selangor 2008, PKR menerusi Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor membuat pengumuman bahawa kerajaan mereka akan menghentikan sebarang pemberian projek secara lantikan terus (direct nego). Bagaimanapun berdasarkan senarai yang dibekalkan kepada kami oleh seorang kakitangan pejabat MB mendapati apa yang diungkapkan oleh Khalid Ibrahim itu adalah satu pembohongan. Pada tahun pertama mereka memerintah Selangor iaitu tahun yang sama Khalid Ibrahim mengungkapkan kata-kata di atas sebanyak RM 80 juta projek lantikan terus telah dikeluarkan. Tahun 2009 pula sebanyak RM 30 juta, dan tahun 2010 juga RM 30 juta. Pemberian projek-projek lantikan terus ini membuktikan mereka cakap tidak serupa bikin dan mereka juga mengamalkan kronisme dimana semua projek-projek tersebut dibolot oleh kontraktor yang mempunyai kepentingan dengan pemimpin pakatan di Selangor. Berikut adalah senarai antara nama-nama syarikat yang dibekalkan kepada kami dan selepas ini kami akan berusaha mendedahkan satu persatu siapa dibelakang syarikat-syarikat berkenaan. Tarikh lulus : 14 Julai 2009 Projek: Kelulusan untuk percetakan akhbar Selangorkini Kontraktor: Syarikat Media Sdn Bhd Nilai : RM 307,480.00 Tarikh lulus : 1 September 2009 Projek: Membekal kad raya, sampul raya serta mereka bentuk banner hari raya MB Selangor Kontraktor: D’Macriz Communication Nilai: RM 53,050.00 Tarikh lulus : 18 Feb 2009 Projek: Penyelenggaraan E-Perkhidmatan gerbang mesra Selangor Kontraktor: Evera Solution Sdn Bhd Nilai: RM 91,200.00 Tarikh lulus : 14 Mei 2009 Projek: Peralatan ICT Kontraktor: Datamini Sdn Bhd Nilai: RM 800,000.00 Tarikh lulus : 7 Jan 2009 Projek: Sewaan perlatan ICT Kontraktor: BSO Technologies Nilai: RM 300,000.00 Tarikh lulus : 2 Mac 2009 Projek: Perkhidmatan urusan publisiti sambutan satu tahun pemerintahan Selangor Kontraktor: Luk Resources dan D’Macriz Communications Nilai: RM 160,260.00 Tarikh lulus : 20 Mac 2009 Projek: Pembekal urusan program karnival sempena sambutan satu tahun pemerintahan Selangor Kontraktor: Ursyahdu Entertainment dan Nasyeed Edtainment Sdn Bhd Nilai: RM 127,880.00 Tarikh lulus : 20 Mac 2009 Projek: Memasang sistem pencegahan kebakaran Bangunan SSAAS Kontraktor: SK Securesafe Sdn Bhd Nilai: RM 135,298.00 Tarikh lulus : 12 Feb 2009 Projek: Juruperunding rancangan terbatan banjir Sungai Bangi Kontraktor: Team Associates Consultants Sdn Bhd Nilai: RM 214,492.15 Tarikh lulus : 28 Okt 2009 Projek: Barang-barangan komputer untuk pejabat SUK Kontraktor: Blue Lane Sdn Bhd dan Teras Solution Sdn Bhd Nilai: RM 1,443,610.00 Tarikh lulus : 9 Apr 2009 Projek: Kerja pemasangan penutup longkang di kawasan Tmn Sri Manja PJ Kontraktor: Mirazat Murni Resources Nilai: RM 420,000.00 Tarikh lulus : 7 Mei 2009 Projek: Kerja pemasangan penutup longkang di kawasan Tmn Sri Manja PJ Kontraktor: Mirazat Murni Resources Nilai: RM 420.00 Kerja diatas dipecahkan 2 kali kepada syarikat yang sama supaya jumlah kelihatan lebih kecil dan tidak perlu dilakukan tender. Dilakukan begitu untuk menghalalkan pemberian kontrak kepada kroni. Syarikat berkenaan difahamkan ada kaitan dengan ahli majlis MBPJ.- Sumber Sel13.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan