Isnin, 4 Februari 2013
PM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT TPM KYRGYZSTAN
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkesempatan bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Kyrgyzstan, Djoomart Otorbaev yang mengadakan kunjungan hormat di Seri Perdana Rabu lalu.
Kunjungan hormat itu adalah sebahagian daripada rangka lawatan kerja beliau selama empat hari ke negara ini.
Dalam pertemuan itu, Djoomart yang bertanggungjawab dalam bidang ekonomi dan kewangan menyatakan minat Kyrgyzstan dalam meneroka kerjasama dalam bidang pelaburan dengan Malaysia.
'Saya harap pertemuan ini akan merapatkan lagi hubungan Malaysia dan Kyrgyzstan, sekali gus dapat memberi manfaat kepada kedua-dua negara". kata PM dalam email yang dihantarkan kepada rakan rakan media hari ini.
UGUTAN PUAK PENENTANG LYNAS TIDAK BOLEH DIPANDANG RINGAN
Ugutan kumpulan aktivis alam sekitar Himpunan Hijau untuk membakar loji nadir bumi Lynas Corps jika kerajaan baru yang dipilih gagal untuk menutupnya selepas Pilihan Raya 2013,tidak harus di pandang ringan.
Sikap ganas yang ditunjukkan itu adalah satu yang keterlaluan dan melampaui batasan dan tata susila rakyat negara ini dan pihak
berkuasa tidak haru melihatnya sebagai ugutan poltik sebaliknya sebagai satu ugutan jenayah.
Pengerusinya Wong Tack harus bertanggjawab dengan ugutan tersebut dan jangan melempar batu sembunyi tangan dan mendapat perlindungan politik dari parti parti yang mendalangi aktiviti mereka selama ini.
Wong memberitahu The Malaysian Insider kumpulan anti-Lynas akan membakar loji pemprosesan tersebut dengan rasa “marah dan kecewa” jika kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) masih kekal berkuasa.
Beliau berkata amaran tersebut juga terpakai jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya memperoleh kuasa tetapi gagal untuk memenuhi janji mereka untuk menutup loji Lynas tersebut.
“Jika Pakatan ditampuk kuasa dan masih enggan untuk menutup kilang, mereka (rakyat) akan menjadi lebih kecewa dan marah ... Pegangan kami adalah kami akan merancang satu lagi pemberontakan, menjatuhkan Pakatan Rakyat dan membakar kilang,” katanya.
Beliau menyatakan Himpunan Hijau kini memberi sokongan kepada pembangkang kerana janji mereka untuk menutup operasi Lynas dan perlombongan emas Bukit Koman yang melibatkan penggunaan sianida.
Tindakan keterlaluan kumpulan yang menentang projek loji nadir bumi Lynas ini tidak lagi harus di lihat sebagai agenda politik walaupun yang mendokong perjuangan mereka adalah kalangan pemimpin dan parti politik pembangkang.
Malahan kalangan pemimpin parti politik juga harus dipertanggjawabkan sekiranya wujudnya tanda tanda yang boleh mencetuskan keadaan tegang dan menudaratkan rakyat dan negara.
APA MOTIF TIAN CHUA FITNAH PEMIMPIN PAS
Terkenal dengan seorang pemimpin yang suka menyebarkan berita palsu seperti gambar Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia sebelum ini, yang akhirnya mengaku senjaga mencipta gambar tersebut dan kali ini sekali lagi Ahli Parlimen Batu, dari PKR, Tian Chua cuba menyebarkan berita palsu kononnya Ahli Parlimen PAS, Datuk Taib Azamudin telah kembali ke rahmatullah.
Tak pasti dengan sengaja atau tidak dan apa motifnya, Tian Chua dalam twitternya menyebarkan berita ahli Parlimen Baling itu yang yang sedang dalam rawatan di sebuah hospital di Pulau Pinang.
Ustaz Taib Azamuddin adalah antara Ahli Parlimen Pas yang cukup lantang menentang penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja, tentangan taib azamuddin bukan setakat di atas pentas ceramah, malah dia juga lantang menentang perkara itu di dalam dewan parlimen...
Apa motif berita itu di sebarkan, hanya tian chua sahaja yang tahu dan ahli pas patut meminta tian chua meminta maaf atas penyebaran berita palsu itu.
Bagaimanapun sehingga hari ini,kalangan pemimpin PAS masih mendiam diri mengenai berita palsu yang disebarkan oleh Tian Chua melalui twitternya.Sumber; DARUL EHSAN TODAY.
Ahad, 3 Februari 2013
NEGARA HURU HARA PEMBANGKANG SIAP SEDIA
EDAH PRU13 semakin hampir dan makin kelihatan bahawa UMNO dan Barisan Nasional sedang menjuarai isu,mendekati rakyat malah seluruh pimpinan BN mula bergabung tenaga memberikan tekanan kepada pembangkang,menangani isu,persepsi serta fitnah yang bertahun-tahun dilemparkan oleh pembangkang.
Saat pembangkang terkial-kial menepis isu kalimah Allah yang mereka sedang persendakan,dendam Nik Aziz hingga membawa kepada pemecatan Nasharudin sebagai ahli Majlis Syura,kebangkitan rakyat seluruh Negara yang mula menyedari tipu helah pembangkang serta kegilaan DAP yang masuk campur dalam segala urusan parti yang bergabung dengan mereka,UMNO terus memacu serta memperkasakan komitmen membela rakya,agama,bangsa dan negara.
Namun dalam masa yang sama,BN jangan sesekali terlepas pandang dengan gerakan senyap daripada pembangkang apatah lagi memperkecilkan segala usaha mereka untuk menumbangkan BN kerana PRU13 sahajalah peluang yang ada kepada pakatan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan sedia ada kerana mereka sedar mereka tidak akan berpeluang lagi selepas ini.
Sesekali BN harus berpaling ke belakang kerana pembangkang mempunyai strategi fitnah politik yang berseni dan tersendiri malah dengan bantuan daripada seluruh pengkhianat agama,bangsa dan Negara.kita yakin pembangkang sedang menyusun strategi untuk membantut segala usaha penerangan UMNO kepada rakyat yang selama ini terpedaya dengan tipu helah mereka.
Kelicikan Anwar dan kuncu-kuncunya termasuklah Nik Aziz,Hadi Awang,Karpl Singh.Lim Guang Eng serta Lim Kit Siang harus dijadikan keutamaan oleh pimpinan BN kerana mereka ini terbukti pakar dalam membina kilang-kilang fitnah serta menggerakkannya untuk terus mengelirukan rakyat dan kita percaya semakin hampir dengan PRU13,mereka akan semakin menggila menabur racun dan fitnah di kalangan rakyat jelata.
Anwar sedar bahawa partinya tidak mungkin menang dan beliau dia tidak akan menjadi PM melalui mana-mana PRU sekalipun dan beliau cuma berharap PRU13 sahaja yang akan menentukan untung nasibnya dalam kitaran politik tanahair.
Anwar yang di`remote’ oleh tangan-tangan ghaib harus mencuba dengan segala daya dengan melancarkan serangan secara konsisten bagi menghakis keyakinan rakyat terhadap agensi-agensi kerajaan seperti PDRM, Institusi Kehakiman, SPRM, Angkatan Tentera Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Agama Negeri termasuklah SPR adalah bertujuan untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap sistem dinegara ini.
Serangan terhadap Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia pasti akan ditingkatkan kononnnya mahu rakyat menuduh SPR tidak menjalankan sistem pilihanraya yang adil dan saksama dan kita percaya pembangkang sedang menyusun strategi bagi menjadikan PRU13 kali ini adalh satu pilihnaraya paling buruk dalam sejarah tanahair dan berkemungkinan besar rakyat yang buta mata hati mereka akan diheret ke jalanraya bagi membantah kekalahan mereka nanti.
Kita lihat bagaimana kumpulan pengkhianat Negara ini bergerak mencari sokongan,tidak cukup dengan agensi kerajaan,mereka turut menyerang GLC,GOC dan syarikat gergasi dimiliki kerajaan lain seperti Petronas, Felda, Khazanah Holding malah badan seperti PTPTN serta AES juga di cabuli kononnya kerajaan menzalimi rakyat dan mengaut untung daripada mereka.
Anwar tahu, jika mengharapkan pilihan rakyat, semestinya rakyat telah mula sedar pembohongan beliau terhadap seluruh bangsa dalam Negara ini termasuklah Cina, India,Melayu dan seluruh bangsa di Sabah serta Sarawak pun telah sedar bahawa Anwar adalah `sesumpah’ politik yang sentiasa berubah mengikut keadaan sepertimana di depan Cina, Anwar berjanji dengan pelbagai kemewahan seperti peluang perniagaan dan kesamarataan dalam semua bidang,, di depan India, Anwar berjanji menaikkan taraf hidup kaum itu malah didepan Melayu pula, beliaulahdilihat pejuang agama,bangsa dan negara terulung.
Dalam masa edah PRU13 ini,kita yakin dan percaya isu seperti Altantunya, Scorpene, NFC, RCI dan beberapa isu terdahulu akan di rebus serta di perhangatkan semula untuk tujuan mencalarkan imej PM dan keluarganya.Pimpinan BN harus bersedia untuk menangkis serangan berbau fitnah ini.
Inilah yang disebutkan sebelum ini strategi Blitzkrieg yang mereka gunakan iaitu mengumpul sebanyak mana isu dan fitnah dan mereka akan gunakan apabila tiba masa yang sesuai dan Anwar serta pasukannnya mempunyai kepakaran menyusun bagi melaksanakan gerakan rekayasa fitnah terhadap BN dan juga PM Najib.
Beberapa siri demonstrasi dan pehimpunan jalanan adalah antara strategi menghasut rakyat untuk bangkit menentang kerajaan dan Revolusi Warna yang disebutkan sebelum ini serta perhimpunan yangg menggunakan lambang tertentu yang di pelopori barat telah manjadi acuan pembangkang untuk menunjukkan kepada dunia bahawa sistem negara ini perlu di ubah.
Anwar dan pemikirnya dari luar negara melalui NGO tertentu yg memiliki dana tanpa had menyusup masuk ke dalam negara melalui gerakan mahasiswa dan badan bukan kerajaan yang kononnya berjuang atas dasar kebebasan sedangkan mereka ini adalah alat kepada kuasa lain yang terancang untuk mengubah rejim di sesebuah negara.
BN tidak boleh memberi muka serta memandang ringan terhadap orang seperti Anwar ini yang merupakan politikus yang sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai matlamat peribadi dan yakin serta percayalah, anwar akan membuat sesuatu diluar kotak pemikiran kita termasuklah menangis ataupun bersumpah bahawa beliau bukan peliwat ataupun penzina
Tidak mustahil peristiwa kematian Benazir Bhuto akan menjadi `grand design' kepada anwar untuk menagih undi simpati daripada rakyat dan jangan terkejut sekiranya Anwar akan menjadikan peristiwa Wan Azizah ditembak sebagai kaedah terakhir mendapatkan sokongan dan mengajak rakyat bangkit.
Moga rakyat menjadikan PRU13 sebagai kesempatan terakahir menolak kegilaan politik pembangkang dan juga medan mempertahankan Negara ini daripada terus di peralatkan oleh kuasa asing.- SANGGAH TOK JANGGUT.
Sabtu, 2 Februari 2013
PAS PUNCA KEKELIRUAN DAP
Apapun alasannya, pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa isu kalimah Allah masih belum selesai membuktikan kelemahan besar kepimpinan PAS yang bersikap talam dua muka dalam menangani perkara ini.
Ini ekoran pendirian Presiden Pas, Haji HAdi yang menyokong pengunaan kalimah suci itu dalam perbincangan awal Pakatan Rakyat pada 6 Januari lalu sebagaimana yang diakui sendiri Karpal dan Anwar Ibrahim sebelum ini.
Malahan selepas perbincangan tertutup itu, Nik Aziz secara terbuka menyokong desakan yang dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahukan pengunaan kalimah Allah dibenarkan pengunaannya pada bible.
Bagaimanapun selepas isu tersebut menjadi pembahasan besar bercanggah dengan Islam dan mendapat tentangan hebat ilmuan dan pakar agama termasuk dari kalangan PAS sendiri memaksa Majlis Syura membuat pendirian menentang isu tersebut.
EKoran keputusan Majlis FAtwa itu, PAS terpaksa mengubah pendirian tidak menyokong pengunaan kalimah Allah itu dan bersetuju tindakan tersebut bercanggah dengan akidah umat Islam.
Ekoran dari itu juga timbulkan kekeliruaan di kalangan DAP yang sekaligus mendesak Majlis Syura mengkaji semula keputusan yang dibuat mereka 15 Januari lalu.
Sebaiknya Karpal membidas kenyataan Haji Hadi yang menyifatkan isu tersebut telah selesai dan diterima baik oleh masyarakat bukan Islam dan sekalgus menegaskan bahawa DAP tetap berpegang pada pendirian pakatan pembangkang yang dibuat awal bulan lalu.
Apa yang berlaku ini adalah jelas, Haji Hadi dan Nik Aziz berada dalam keadaan serba salah daripada sikap mereka sendiri yang pada awalnya sudah membuat keputusan yang salah.
Barangkali sekiranya pada pertemuan mereka pada 6 Januari lalu, kedua pemimpin PAS ini tidak tunduk pada mana mana desakan dan menyatakan pendirian tegas menentang pengunaan isu ini dan menjelaskan pendirian agama mengenai pengunaan kalimah umat Islam itu
tentunya isu ini tidak berpanjangan.
Barangkali DAP akan dapat menerima pendirian tersebut yang tentunya mendapat sokongan pihak PKR kerana peneraju utamanya juga adalah seorang Muslim.
Tapi nasi sudah jadi bubur, apapun alasan sudah sukar untuk membetulkan persepsi yang dibuat awalnya, terima lah hakikat dan terimalah akibat....
USTAZ NASHA MAHU BETUL PAS DARI DALAM
Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa hari ini menegaskan beliau akan kekal sebagai anggota Pas untuk memastikan perjuangan asal parti dalam menegakkan Islam dan membela orang Melayu tidak 'dicairkan' berikutan hubungan parti itu dengan PKR dan DAP.
Beliau yang juga bekas anggota Majlis Syura Pas berkata, statusnya sekarang yang tidak menyandang jawatan dalam kepimpinan parti tidak menghalangnya daripada terus mempertahankan perjuangan asal parti.
"Tidak betul kata kalau tak jadi anggota Majlis Syura tidak boleh bersuara, saya masih boleh bersuara sebagai anggota biasa akar umbi parti. Saya mahu perjuangan asal Pas kekal, bukan sewenangnya dicairkan ikut kemahuan rakan pembangkang lain.
"Pas sebelum adanya pakatan pembangkang ini punyai kekuatan bagi berdiri dan maju sendiri sebagai sebuah parti yang perjuangkan Islam. Namun kekuatan itu dicairkan sedikit demi sedikit demi memenuhi kehendak pakatan itu," katanya.
Isnin lepas, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Nasharuddin masih kekal anggota Pas walaupun dipecat daripada Majlis Syura Ulama Pas, dan Nasharudin juga tidak disenarai sebagai calon Pas pada pilihan raya umum ke-13.
Nasharudin berkata, beliau menyertai Pas kerana parti itu dahulunya sentiasa konsisten memperjuangkan isu Islam.
"Mutahir ini dilihat kepentingan politik itu diambil kira terlebih dahulu.
Ia semakin melampau apabila semakin menghilangkan identiti Pas sebagai parti yang sentiasa konsisten memperjuangkan Islam, malah mula menenggelamkan suara akar umbi yang mahu perjuangan Islam itu di depan," katanya.
Mengenai pemecatannya daripada Majlis Syura, beliau berkata: "Saya akur dengan keputusan majlis itu, tetapi sehingga kini selepas lebih dua minggu saya hanya mengetahuinya melalui media tanpa apa-apa surat rasmi... saya juga ingin tahu apa status keanggotaan saya sekarang."
Ditanya adakah pemecatan beliau dan tindakan tidak meletakkan beliau sebagai calon Pas pada PRU13 berkait dengan golongan 'parasit Pas', Nasharudin berkata, pendirian Pas tentang sesuatu isu kini melanggar dasar utama parti hasil perbuatan parasit itu dan tidak menolak kemungkinan pemecatannya memudahkan usaha 'pelanggaran' itu.
Mengulas tindakan beliau mengikut lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini dan Makkah tidak lama dahulu sehingga menimbulkan kontrovesi di kalangan penyokong pembangkang, Nasharudin berkata, tindakan itu adalah perjuangan untuk membela nasib umat dan agama Islam.
"Ini adalah sumbangan saya untuk negara, tidak kira Umno, BN (Barisan Nasional) atau Pas, sekiranya ada peluang bagi saya membela nasib umat Islam dan memperjuangkan Islam, saya akan ambil.
"Pihak Umno dan BN menerima pendirian saya ini dengan tangan terbuka, mereka tidak kisah saya orang Pas. Sebagai seorang rakyat Malaysia bila negara mahukan saya menyumbang demi kemajuan Islam dan rakyat, saya terima dengan hati terbuka," katanya.
Nasharudin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan beliau menerima habuan daripada Umno dan BN untuk berpaling tadah s
Jumaat, 1 Februari 2013
Kalimah Allah hak Islam
Penganut-penganut agama lain tidak mempunyai hak untuk menuntut kesamarataan dalam soal beragama termasuk penggunaan kalimah suci Allah kerana tindakan seumpama itu amat bertentangan dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan negara ini.
Sehubungan itu bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim meminta penganut-penganut bukan Islam sedar tentang kedudukan tersebut terutama kedaulatan Islam sebagai Agama Persekutuan supaya mereka lebih bijak membawa diri dengan tidak menyentuh isu-isu sensitif.
Beliau berkata, penggunaan kalimah Allah sememangnya amat berkaitan dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan langkah mempertahankannya daripada dicemari oleh pihak tidak bertanggungjawab merupakan satu jihad yang perlu digalas oleh seluruh umat Islam negara ini.
''Hanya Islam sahaja Agama Persekutuan dan bukannya agama Kristian, Buddha atau Sikh. Penganut-penganut agama lain harus sedar tentang kedudukan ini dan sebab itu mereka tidak boleh menuntut hak kesamarataan dalam soal beragama,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan ringkas selaku Pengerusi Sekretariat Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Persekutuan selepas pembentukan rasminya di Masjid Negara di sini hari ini.
Hadir sama Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dan Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) Ismail Mina Ahmad.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis pembentukan sekretariat itu Ahmad Fairuz berkata, Perlembagaan tidak menghalang penganut bukan Islam mengamalkan agama masing-masing tetapi hendaklah dibuat secara aman damai
''Usaha mereka hendak menggunakan kalimah Allah merupakan satu perkara yang sensitif bagi orang Islam dan kemungkinan boleh mencetuskan perbalahan dan juga perkara-perkara yang tidak diingini.
''Ini bererti penganut-penganut agama lain itu telah tidak mengamalkan agama mereka secara aman dan damai,'' katanya.
Dalam perkembangan sama, Ahmad Fairuz mengakui sejak negara merdeka lebih 50 tahun yang lalu beliau tidak pernah melihat bagaimana Islam telah dicemari dengan begitu hebat.
''Sebagai seorang Islam saya sendiri terasa amat sangat. Jika kita sebagai seorang Islam tidak mempertahankan hak kita sebagai muslimin apa ertinya kita sebagai seorang Muslim.
''Saya rasa kebanyakan orang Islam akan mengatakan kita perlu berjihad dalam hal hak kita telah dipermainkan, diperlekehkan dan cuba dicemarkan oleh penganut-penganut agama lain,'' katanya.
Sementara itu, beliau turut menarik perhatian pemberita bagaimana Kamus Dewan turut merujuk perkataan God kepada tuhan.
''Sebentar tadi saya melihat kamus dwibahasa menyatakan perkataan God itu merujuk kepada tuhan dan tidak menyatakan Allah tetapi ada juga disebut salah satu pengertiannya merujuk kepada Allah namun khusus untuk Islam sahaja.
''Dalam kamus sendiri telah menjelaskan Allah itu hanya untuk Islam, jadi orang bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah,'' ujarnya.
Beliau turut menyentuh mengenai pelaksanaan Enakmen Kawalan Agama Bukan Islam di 10 negeri yang antara lain mengharamkan penganut-penganut agama lain daripada menggunakan kalimah Allah.
''Cuma saya memikirkan mengapa kita tidak menguatkuasakan undang-undang yang telah dibuat di 10 negeri ini. Mungkin juga tiada laporan dibuat.
''Saya fikir jika laporan dibuat sudah tentu penyiasatan akan dibuat oleh pihak polis dan sekiranya ada kes pendakwaan boleh dijalankan. Isu ini sebenarnya amat sensitif dan boleh membangkitkan kemarahan orang Melayu dan Islam khususnya,'' ujarnya.
Menjawab satu soalan beliau berkata, tindakan penganut agama lain membawa isu penggunaan kalimah Allah itu ke mahkamah mungkin ada motif tertentu.
''Mereka tahu Allah itu hak Islam namun mereka tetap pergi ke mahkamah untuk mendapatkan deklarasi daripada mahkamah bahawa Allah bukan hak orang Islam sahaja.
''Kalau Allah bukan hak orang Islam mengapa ada Enakmen Kawalan Agama Bukan Islam di 10 negeri. Saya tidak tahu mengapa mereka tidak guna nama tuhan tetapi mahu juga guna nama Allah. Mereka tahu tuhan mereka 'Trinity' tetapi Allah di dalam Islam adalah bersifat Esa (Ahad) seperti mana surah al-Ikhlas. Mungkin ada motifnya,'' katanya lagi.
Langgan:
Ulasan (Atom)





