Sabtu, 2 Februari 2013

PAS PUNCA KEKELIRUAN DAP

Apapun alasannya, pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa isu kalimah Allah masih belum selesai membuktikan kelemahan besar kepimpinan PAS yang bersikap talam dua muka dalam menangani perkara ini. Ini ekoran pendirian Presiden Pas, Haji HAdi yang menyokong pengunaan kalimah suci itu dalam perbincangan awal Pakatan Rakyat pada 6 Januari lalu sebagaimana yang diakui sendiri Karpal dan Anwar Ibrahim sebelum ini. Malahan selepas perbincangan tertutup itu, Nik Aziz secara terbuka menyokong desakan yang dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahukan pengunaan kalimah Allah dibenarkan pengunaannya pada bible. Bagaimanapun selepas isu tersebut menjadi pembahasan besar bercanggah dengan Islam dan mendapat tentangan hebat ilmuan dan pakar agama termasuk dari kalangan PAS sendiri memaksa Majlis Syura membuat pendirian menentang isu tersebut. EKoran keputusan Majlis FAtwa itu, PAS terpaksa mengubah pendirian tidak menyokong pengunaan kalimah Allah itu dan bersetuju tindakan tersebut bercanggah dengan akidah umat Islam. Ekoran dari itu juga timbulkan kekeliruaan di kalangan DAP yang sekaligus mendesak Majlis Syura mengkaji semula keputusan yang dibuat mereka 15 Januari lalu. Sebaiknya Karpal membidas kenyataan Haji Hadi yang menyifatkan isu tersebut telah selesai dan diterima baik oleh masyarakat bukan Islam dan sekalgus menegaskan bahawa DAP tetap berpegang pada pendirian pakatan pembangkang yang dibuat awal bulan lalu.
Apa yang berlaku ini adalah jelas, Haji Hadi dan Nik Aziz berada dalam keadaan serba salah daripada sikap mereka sendiri yang pada awalnya sudah membuat keputusan yang salah. Barangkali sekiranya pada pertemuan mereka pada 6 Januari lalu, kedua pemimpin PAS ini tidak tunduk pada mana mana desakan dan menyatakan pendirian tegas menentang pengunaan isu ini dan menjelaskan pendirian agama mengenai pengunaan kalimah umat Islam itu tentunya isu ini tidak berpanjangan. Barangkali DAP akan dapat menerima pendirian tersebut yang tentunya mendapat sokongan pihak PKR kerana peneraju utamanya juga adalah seorang Muslim. Tapi nasi sudah jadi bubur, apapun alasan sudah sukar untuk membetulkan persepsi yang dibuat awalnya, terima lah hakikat dan terimalah akibat....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan